UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
BUKU PANDUAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI AKADEMIK 2016/2017
DITERBITKAN OLEH: JABATAN HAL EHWAL AKADEMIK UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
MAKLUMAT DI DALAM BUKU INI ADALAH BENAR PADA MASA BUKU INI DICETAK 1
ALUAN NAIB CANSELOR Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Saya ingin mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada semua pelajar-pelajar baharu yang telah berjaya menempah tempat untuk melanjutkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM). Sesungguhnya kejayaan anda memasuki Univesiti ini adalah satu peluang keemasan dan amanah yang cukup bernilai terhadap diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Anda merupakan insan terpilih yang menjejakkan kaki ke Universiti dengan membawa bersama kepelbagaian latar belakang, sifat, fahaman, harapan dan pengalaman. Ianya merupakan aset penting yang dapat menyatupadukan anda, memupuk rasa saling memahami dan sikap toleransi yang boleh terarah kepada sumber kekuatan untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Di samping itu, saya bersama seluruh warga UUM berazam untuk menjadikan UUM sebagai sebuah universiti pengurusan terkemuka di Malaysia dan juga antarabangsa melalui penawaran program-program yang berkualiti tinggi, penyelidikan yang hebat dan mempunyai impak yang tinggi kepada negara, penerokaan ilmu-ilmu pengurusan baharu, pengrekrutan pegawai-pegawai akademik yang berkaliber dan berkualiti tinggi (memiliki PhD), pemantapan kurikulum dan kokurikulum, penganjuran seminar dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta menghasilkan penerbitan-penerbitan yang berkualiti dan diiktiraf dunia. Kami di UUM akan cuba memberikan khidmat terbaik kami bagi menjadikan kembara ilmu anda sesuatu yang menyeronokkan dan membantu anda dalam mengejar impian dan cita-cita murni Negara. Selamat datang ke Universiti Utara Malaysia. Sekian, terima kasih. “ILMU BUDI BAKTI” PROF. DATO’ SERI DR. MOHAMED MUSTAFA ISHAK Naib Canselor
2
KANDUNGAN PERKARA 1.0
MUKA SURAT
Panduan Pendaftaran 1.1
4
Tawaran Kemasukan Ke UUM
2.0
Syarat-syarat Tawaran Kemasukan Ke UUM
4
3.0
Persediaan Sebelum Hari Pendaftaran
5
4.0
Tindakan Semasa Tiba Di UUM
6
5.0
Semasa Hari Pendaftaran
8
6.0
Sahsiah Rupa Diri Semasa Mendaftar dan Program Suai Kenal
9
Peralatan/Keperluan Sepanjang Mengikuti Pengajian Di Universiti Utara Malaysia
11
8.0
Tindakan Semasa Di Kaunter Pendaftaran
12
9.0
Maklumat Berkaitan Kewangan
13
7.0
9.1 9.2 9.3 9.4 10.0
Maklumat Umum 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5 10.6 10.7 10.8
11.0
16
Maklumat Akademik Unit Kebajikan Pelajar Pembiayaan Pendidikan PTPTN Syarat-syarat Permohonan Persediaan Sebelum Membuat Permohonan Kaedah memohon Persediaan Selepas Membuat Permohonan Pengeluaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut 11.1 11.2 11.3 11.4 11.5 11.6 11.7 11.8 11.9
12.0 13.0 14.0 15.0 16.0 17.0
Pembukaan Akaun Bank Islam Kadar Yuran Pelajar Sarjana Muda Kaedah Pembayaran Yuran Peraturan Bayaran Balik Yuran Pelajar
21
Tawaran Kemasukan Program Minggu Suai Kenal Bahagian Khidmat Siswa Unit Kebajikan Bayaran Yuran Pelajar Pusat KoKurikulum Pusat Pengajian Dewan Penginapan Pelajar Senarai Wakil Pelajar yang boleh dihubungi
Lagu Universiti Peringatan Penting Senarai Semak Dokumen Laluan Pendaftaran Kemasukan di Dewan Penginapan Pelajar Kalendar Akademik Sesi 2016/2017 Etika Pakaian Pelajar
25 26 27 28 29 30
3
1.0
PANDUAN PENDAFTARAN 1.1
TAWARAN KEMASUKAN KE UUM Anda seharusnya menerima dokumen-dokumen seperti berikut: a) b) c) d) e) f) g) h) i) j)
Surat Tawaran Sementara Kemasukan ke Universiti Utara Malaysia Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2016/2017 Buku Panduan Kokurikulum Sesi 2016/2017 Senarai Kursus Kokurikulum Sesi 2016/2017 Buku Panduan Pemindahan Kredit (bagi pelajar lepasan diploma sahaja) Borang Pemindahan Kredit (bagi pelajar lepasan diploma sahaja) Surat Pengakuan (untuk calon lepasan diploma sahaja) Buku Panduan Pengambilan Kursus Borang Kebenaran Bius Borang Takaful
Nota perlu merujuk/ mencetak perkara (a) hingga (j) calon http://www.uum.edu.my/kemasukan Surat Tawaran Rasmi akan dipos ke alamat surat-menyurat masing-masing 2.0
dari
laman
web
SYARAT-SYARAT TAWARAN KEMASUKAN KE UUM Tawaran kemasukan ke UUM adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut: a)
Pengesahan kesihatan oleh Pegawai Perubatan Universiti Utara Malaysia. Anda dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan X-ray di Pusat Kesihatan Universiti sahaja. (Pemeriksaan kesihatan akan diaturkan oleh pihak UUM)
b)
Pihak universiti berhak menjalankan apa-apa ujian pengesanan dadah pada bila-bila masa selama tempoh anda menjadi pelajar di universiti ini. Jika anda didapati positif dadah semasa pemeriksaan, sama ada semasa pendaftaran atau semasa dalam pengajian, maka secara automatik status anda sebagai pelajar universiti ini akan digugurkan.
c)
Pihak universiti berhak menangguhkan kemasukan dan pengajian pelajar jika pelajar didapati menghidap penyakit berjangkit semasa pendaftaran atau dalam tempoh pengajian.
d)
Pengesahan oleh Senat Universiti.
e)
Bahawa tiada kesilapan/penipuan yang telah berlaku tentang kelayakan minimum yang diperoleh oleh anda untuk diterima masuk oleh universiti ini.
f)
Bahawa tiada maklumat yang tidak benar diberikan atau dirahsiakan semasa membuat permohonan masuk ke universiti ini.
g)
Selama tempoh pengajian di universiti ini, anda wajib mematuhi: Undang-undang dan Perlembagaan Negara. Akta Universiti dan Kolej (AUKU). Statut Universiti. Keputusan Lembaga Pengarah dan Senat Universiti serta keputusan Kolej yang berkenaan dengan saudara-saudari. (v) Peraturan Lalu Lintas Universiti dan Akta Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). (vi) Kod Etika Pakaian Universiti. (i) (ii) (iii) (iv)
4
3.0
h)
Jika anda adalah seorang guru/kakitangan kerajaan, kebenaran dan pelepasan daripada majikan hendaklah diperoleh terlebih dahulu.
i)
Surat kelulusan menarik diri dari Jabatan Hal Ehwal Akademik dan resit bayaran asal hendaklah dikemukakan bersama apabila memohon pemulangan yuran pengajian.
j)
Jika anda menerima tawaran ini, sila ambil tindakan yang sewajarnya dan seterusnya mendaftarkan diri pada 28 Ogos 2016 di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) yang telah ditetapkan.
k)
Anda diwajibkan menyertai Program Suai Kenal Sesi 2016/2017 yang bermula pada 28 Ogos 2016. Pada minggu suai kenal tersebut anda diwajibkan menandatangani surat “Aku Janji” yang akan diedarkan oleh pihak universiti.
l)
Sekiranya anda tidak mendaftar seperti perkara (j) dan tidak menghubungi Jabatan Hal Ehwal Akademik, UUM dengan alasan yang munasabah secara bertulis di dalam tempoh tujuh (7) hari bermula dari tarikh pendaftaran, nama saudara-saudari akan digugurkan daripada senarai nama pelajar yang ditawarkan oleh universiti ini.
m)
Jika anda menerima tawaran ini, anda tidak dibenarkan untuk menukar program yang ditawarkan dan tawaran yang diberikan adalah muktamad.
n)
Universiti berhak menarik balik tawaran ini atau menggugurkan anda sebagai pelajar universiti ini jika pada mana-mana peringkat pengajian anda didapati melanggar manamana syarat seperti pada perkara (a) hingga (n) di atas.
o)
Jika anda menerima tawaran ini dan kemudiannya menarik diri selepas anda mendaftar, sebarang pemulangan balik yuran yang dibayar adalah tertakluk kepada peraturan kewangan universiti.
PERSEDIAAN SEBELUM HARI PENDAFTARAN Jika anda membuat keputusan untuk menerima tawaran kemasukan ini anda perlu mengambil tindakan berikut: (a)
Lengkapkan semua borang yang http://www.uum.edu.my/kemasukan iaitu: (i)
disertakan
di
dalam
laman
web
Borang Biodata pelajar
(b)
Membuat bayaran yuran mengikut jumlah yuran seperti yang telah ditetapkan oleh Bendahari UUM di atas Slip Pembayaran Bil Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) selewat-lewatnya tiga hari sebelum hari pendaftaran. Lihat contoh gambarajah A di muka surat 15.
(c)
Sila pastikan anda membawa salinan bil bayaran yuran yang telah dicetak oleh pihak bank apabila datang mendaftar bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pendaftaran.
(d)
Anda dinasihatkan menyimpan salinan bil bayaran yuran dengan baik sehingga tamat pengajian.
5
4.0
TINDAKAN SEMASA TIBA DI UUM a.
Bagi anda yang tiba dengan penerbangan, anda boleh ke kampus Universiti Utara Malaysia dengan menaiki teksi dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas, Alor Setar, Kedah.
b.
Bagi anda yang datang dengan kereta api, anda boleh menaiki teksi dari Stesen Kereta Api Alor Setar, Kedah atau Arau, Perlis ke Universiti Utara Malaysia.
c.
Bagi anda yang datang menaiki bas ekspres, anda boleh memilih untuk berhenti di Stesen Bas Shahab Perdana, Alor Setar atau Changlun dan meneruskan perjalanan dengan menaiki pengangkutan awam ke kampus Universiti Utara Malaysia.
d.
Peta laluan dari Changlun ke kampus UUM:
Laluan B
Laluan A dan C
Laluan D
6
e.
Sekiranya anda sekeluarga memerlukan penginapan, sila hubungi: i.
University Inn University Inn menawarkan penginapan yang tenang dan selesa yang terletak di dalam kampus bagi kemudahan pengunjung dari luar. Lokasi hotel tersebut amat strategik kerana terletak berhampiran Masjid dan Varsity Mall. Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-924 4545 Faks: 04-923 2212.
ii.
EDC-UUM http://www.edc.uum.edu.my EDC-UUM menawarkan kemudahan penginapan bertaraf hotel yang telah beroperasi pada 1 Ogos 2008, menawarkan 88 bilik penginapan dengan kadar sewa mengikut jenis bilik seperti berikut: Sri Cemara Suites Sri Meranti Suites Bilik Standard Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-928 8888
iii.
Penginapan Dalam Kampus Setiap Dewan Penginapan Pelajar (DPP) menyediakan penginapan dalam kampus. Maklumat lanjut sila hubungi DPP yang berkenaan rujukan muka surat 24.
iv.
Taman Siswa UUM Terletak di Bandar Darul Aman, Jitra, iaitu kira-kira 35 km dari UUM. Penginapan yang disediakan di Taman Siswa adalah berkonsepkan rumah tetamu tiga bilik. Tempahan dan maklumat lanjut, sila hubungi 04-9199113/ 04-9199106
v.
Hotel Di Luar Kampus Hotel Grand Crystal, Alor Setar Hotel Seri Malaysia, Alor Setar http://www.serimalaysia.com.my/ Hotel Holiday Villa, Alor Setar http://www.holidayvillahotelalorstar.com Hotel Sentosa Regency, Alor Setar http://sentosaregencyhotel.com.my Darulaman Suite, Jitra Hotel PJ, Jitra Golden Nashmir Hotel, Jitra T-Hotel, Changlun Hotel Changlun, Changlun T-Hotel, Kuala Perlis Hotel Putra Palace, Kangar, Perlis http://www.putrapalace.com.my Hotel Bustani, Jitra http://bustanihotel.com Grand Alora Alor Setar Putra Brasmana, Kuala Perlis HD Hotel, Bandar Darulaman TH Hotel, Alor Setar
04-731 3333 04-730 8737 04-734 9999 04-730 3999 04-917 2008 04-917 6288 04-917 7775 04-924 8888 04-924 1530 04-985 3888 04-976 7755 04-917 7777 04-770 8888 04-985 2773 04-918 3868 04-740 3666
7
5.0
SEMASA HARI PENDAFTARAN DOKUMEN YANG PERLU DIBAWA SEMASA MENDAFTAR Dokumen-dokumen Asal: (a)
Surat Tawaran Sementara atau cetakan dari laman web http://www.uum.edu.my/kemasukan
(b)
Borang Maklumat Biodata Pelajar
(c)
Slip Pembayaran Bil BIMB (sebagai bukti pembayaran)
(d)
Kad Pengenalan
(e)
Sijil Kelahiran
(f)
Sijil SPM/SPMV/Setaraf (bagi calon semua program)
(g)
Sijil STPM/Setaraf (jika berkenaan)
(h)
Sijil STAM/Setaraf (jika berkenaan)
(i)
Transkrip Matrikulasi/Diploma (jika berkenaan)
(j)
Keputusan MUET
(k)
Dokumen lain yang berkaitan
Sekiranya anda kehilangan sijil akademik, anda perlu mendapatkan salinan yang dikeluarkan oleh:
Lembaga Peperiksaan Malaysia - sijil SPM/SPMV Majlis Peperiksaan Malaysia - sijil STPM/STAM dan MUET Institusi berkenaan - transkrip Diploma/Matrikulasi
Nota: Kegagalan untuk mengemukakan dokumen-dokumen di atas akan menyebabkan anda tidak dibenarkan mendaftar.
8
6.0
SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR DAN PROGRAM SUAI KENAL 6.1
6.2
SAHSIAH RUPA DIRI SEMASA MENDAFTAR
Semasa datang mendaftar anda mestilah memakai pakaian formal yang kemas, bersih, menutup aurat dan bersopan mengikut Kod Etika Pakaian Rasmi Universiti. Pakaian melambangkan keperibadian dan imej sebagai bakal mahasiswa UUM.
Pakaian yang kemas dan sopan adalah lambang ketinggian ilmu individu. Setiap urusan sama ada di bilik kuliah dan di pejabat adalah urusan rasmi, maka amalkan cara berpakaian sopan dalam semua aktiviti dalam kampus.
SAHSIAH RUPA DIRI SISWA
6.3
SAHSIAH RUPA DIRI SISWI
6.4
Semua jenis pakaian mestilah kemas dan sopan. Pakaian mestilah tidak menjolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, pendek, berbelah dan mendedahkan mana-mana bahagian badan seperti di bahagian lutut, dada dan perut. Tidak digalakkan memakai barangan kemas. Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar.
PROGRAM SUAI KENAL
6.5
Berpakaian formal, bertali leher dan berseluar “slack”. Rambut mestilah pendek, kemas dan tidak dibenarkan mencecah kolar baju. Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar.
Semua pelajar adalah DIWAJIBKAN menghadiri semua sesi program suai kenal yang telah diaturkan. Kegagalan pelajar menghadiri program suai kenal dengan sepenuhnya akan menyebabkan pelajar dihalang untuk mengikuti pengajian di UUM. Sepanjang tempoh program suai kenal, pelajar akan dibantu oleh Pengetua Dewan Penginapan pelajar (DPP), Penolong Pengetua DPP dan Ahli Jawatankuasa Suai kenal (AJKS). Penginapan, makan dan minum akan disediakan sepanjang tempoh program suai kenal.
SLOT BERSAMA WARIS
Sempena kemasukan pelajar baharu, Slot bersama Waris akan diadakan seperti berikut: Tarikh: 28 Ogos 2016 (Ahad) Masa: 11.00 pagi Tempat: Dewan Mu’adzam Shah, UUM
Semua waris dijemput hadir ke taklimat tersebut dan kenderaan ke dewan akan disediakan bagi memudahkan pergerakan waris.
9
6.6
KOD ETIKA PAKAIAN SEPANJANG PROGRAM SUAI KENAL Pelajar dikehendaki membawa pakaian dan keperluan berikut: i.
Pakaian semasa Program Suai Kenal Lelaki: Kemeja lengan panjang (berwarna cerah, bukan bercorak), seluar, slack panjang hitam/gelap, bertali leher dan kasut kulit. Perempuan: Baju kurung (bagi pelajar Islam) Berpakaian sesuai, sopan dan mengikut etika pakaian (bagi pelajar bukan Islam). Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar. * Pakaian yang ketat dan menjolok mata adalah dilarang.
ii
Pakaian semasa Program Majlis Ikrar Lelaki: Baju Melayu Hitam dan Bersongkok Hitam (pelajar islam). Kemeja lengan panjang berwarna cerah, seluar berwarna gelap dan bertali leher (pelajar bukan islam). Berkasut. Tidak dibenarkan memakai selipar. Perempuan: Baju kurung warna cerah (bagi pelajar Islam). Tudung warna putih atau cerah (bagi pelajar islam) Berpakaian sesuai, sopan dan mengikut etika pakaian (bagi pelajar bukan Islam). Bersepatu. Tidak dibenarkan memakai selipar. * Pakaian yang ketat dan menjolok mata adalah dilarang.
10
7.0
PERALATAN/KEPERLUAN SEPANJANG MENGIKUTI PENGAJIAN DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 7.1
KEPERLUAN PERIBADI A.
DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) Untuk keselesaan pelajar baharu tinggal di DPP, barangan-barangan berikut perlu disediakan sendiri:
B.
Bantal 1 helai selimut. 1 set sarung bantal dan cadar saiz bujang Bekalan ubat-ubatan peribadi Barang-barang keperluan peribadi (baldi, tuala, sabun mandi dan lain- lain). Pakaian harian secukupnya
KEPERLUAN PEMBELAJARAN Adalah dinasihatkan semua pelajar menyediakan keperluan diri untuk dibawa sebagai bekalan sepanjang pengajian.
Pakaian formal ke kuliah. Jeans tidak dibenarkan Pakaian harian/ sukan/ riadah Baju Melayu Kasut kulit hitam/ kasut sukan
Semua keperluan peribadi dan harian boleh dibeli semasa hari pendaftaran atau dibeli di kedai runcit di DPP.
11
8.0
TINDAKAN SEMASA PENDAFTARAN Tindakan yang perlu diambil adalah seperti berikut: Tarikh: 28 Ogos 2016 (Ahad) Masa: 8.30 pagi – 1.00 petang 1. Pelajar dikehendaki mengambil kunci bilik masing-masing. 2. Mengambil fail peribadi yang diedarkan oleh AJKS. 3. Memasukkan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan mengikut susunan berikut:
KAUNTER PENDAFTARAN DPP
Salinan Surat Tawaran atau cetakan dari laman web. Borang Maklumat Pelajar bertampal gambar. Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu bapa. Salinan Sijil SPM/SPMV/setaraf (bagi calon semua program). Salinan Sijil STPM/setaraf (jika berkenaan). Salinan Diploma dan Transkrip (jika berkenaan). Salinan Sijil STAM (jika berkenaan). Salinan Transkrip Matrikulasi (jika berkenaan). Salinan Keputusan MUET. Salinan sijil berhenti sekolah, salinan testimonial/kegiatan kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri/negara dan PLKN (sekiranya ada). xi. Perakuan Kebenaran Bius (Anestesia) dan Pembedahan xii. Borang Penamaan Takaful Kemalangan Diri
i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x.
Tarikh: 29 Ogos 2016 (Isnin) Masa:8.30 pagi – 12.30 tengahari KAUNTER PENDAFTARAN AKADEMIK
1. Menunjukkan Surat Tawaran Asal, Slip Keputusan MUET dan Slip Pembayaran Tunai (SPT), BIMB. 2. Menunjukkan Fail Peribadi yang lengkap disusun untuk tujuan pendaftaran. Tarikh: 29 Ogos 2016 (Isnin) Masa: 2.00 – 3.30 petang
SLOT BERSAMA PUSAT PENGAJIAN
1. Menyerahkan fail peribadi pelajar yang telah lengkap kepada Pusat Pengajian masing-masing
PENTING: Nombor matrik adalah seperti yang tertera dalam surat tawaran.
12
9.0 MAKLUMAT BERKAITAN KEWANGAN 9.1
PEMBUKAAN AKAUN BANK ISLAM i)
Akaun Bank Islam setiap pelajar adalah dibuka secara automatik di cawangan Bank Islam UUM, Sintok. ii) Semua pelajar diminta untuk mengaktifkan Kad Uni-Debit (Kad Pelajar) di Bank Islam UUM, Sintok selepas hari pendaftaran pelajar baharu. iii) Panduan selanjutnya akan dibekalkan semasa pendaftaran pelajar baharu. 9.2
KADAR YURAN PELAJAR SARJANA MUDA Pelajar Tempatan Teknologi Maklumat/ YURAN
Pengurusan Hospitaliti
Program-program lain
RM
RM
Multimedia RM
Bayaran Sekali Sahaja Pendaftaran
634
634
634
80
80
80
714
714
714
660
550
550
-
300
-
Perkhidmatan
393
393
393
Penginapan
375
375
375
1,428
1,618
1,318
2,142
2,332
2,032
2,142
2,332
2,032
1,050
1,150
1,000
Pemeriksaan Kesihatan
Bayaran Setiap Semester Pengajian Makmal
Jumlah a) Jum. Keseluruhan b) Jum. Sebahagian
Nota:
Universiti berhak mengkaji semula kadar yuran di atas mengikut keperluan semasa.
Program-program lain adalah program selain program Teknologi Maklumat/ Multimedia dan Pengurusan Hospitaliti 13
MAKLUMAT TAMBAHAN: i. Yuran Penginapan Kadar penginapan adalah seperti berikut:Yuran Penginapan Pelajar Tempatan (RM) 375/semester
2 orang/bilik DPP MAYBANK
900/semester (perseorangan) 450/semester (berdua) 250 - Deposit
9.3 KAEDAH PEMBAYARAN YURAN b. Pelajar yang menerima tawaran kemasukan hendaklah membuat pembayaran yuran sebelum mendaftar. b. Pembayaran yuran hendaklah dibuat menggunakan Slip Pembayaran Bil yang boleh diperolehi di semua cawangan Bank Islam, selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh pendaftaran. Pelajar hanya perlu mengisi maklumat berikut pada slip berkenaan dan serahkan di kaunter cawangan BIMB beserta wang tunai yang secukupnya;
Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Pelajar Bayar Kepada: UUM Jumlah Bayaran (Jumlah yang perlu dibayar seperti di Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu 2016/17)
Gambarajah A: Contoh Slip Pembayaran
14
c. Pelajar perlu mendapatkan satu salinan Slip Pembayaran Bil dari bank selepas membuat
bayaran dan salinan tersebut perlu disimpan sebagai bukti bayaran dan perlu menunjukan salinan tersebut jika diminta berbuat demikian semasa pendaftaran. d. Pelajar adalah diwajibkan membayar yuran sebelum mendaftar sebagai pelajar Universti Utara Malaysia. Pelajar diberi dua (2) pilihan untuk pembayaran yuran bagi tujuan pendaftaran seperti di jadual 9.1. i) Jumlah Keseluruhan, atau ii) Jumlah Sebahagian Pelajar yang memperolehi tajaan seperti biasiswa, pinjaman dan sumbangan/bantuan kewangan hendaklah membawa bersama surat tawaran tajaan yang asal semasa hari pendaftaran dan satu salinan surat tawaran tajaan tersebut hendaklah diserahkan ke Jabatan Bendahari 9.4
PERATURAN BAYARAN BALIK YURAN PELAJAR a. Pelajar yang menangguhkan pengajian/berhenti/menarik diri adalah layak mendapat bayaran balik mengikut peratus tertakluk kepada syarat–syarat berikut; Pelajar memohon menangguh pengajian, berhenti dan menarik diri dan mendapat surat kelulusan dari Kolej Akademik atau Jabatan Hal Ehwal Akademik. Mengemukakan maklumat akaun bank ke Jabatan Bendahari untuk tujuan bayaran balik. c. Yuran dan peratus yang layak dibayar balik kepada pelajar adalah seperti di bawah: Peratus Yang Layak Dibayar Balik Tangguh/ Berhenti/ Menarik diri Yuran
Pendaftaran Takaful Makmal Pemeriksaan perubatan Kebajikan pelajar Komputer Penginapan Kesihatan Pengajian Perpustakaan Perkhidmatan pergigian Sukan Latihan peradaban eksekutif
Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Pendaftaran
Selepas Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Pendaftaran
Menolak Tawaran/ Menarik Diri (Bayaran dibuat tetapi tidak mendaftar) Tiada Bayaran Balik
Tiada bayaran balik
Tiada Bayaran Balik 100% 50%
100%
15
10.0
MAKLUMAT UMUM 10.1
10.2
MAKLUMAT AKADEMIK (a)
Aktiviti Kokurikulum (Sila rujuk Buku Panduan Pemilihan dan Peraturan Kokurikulum) Pelajar diwajibkan mengumpul empat jam kredit bagi empat semester aktiviti kokurikulum kecuali Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) dan Kor Sukarelawan Siswa Polis (SUKSIS) selama enam jam kredit sebelum dapat dianugerahkan ijazah.
(b)
Pemindahan Kredit (Sila rujuk Buku Kriteria Pemindahan Kredit) Hanya pelajar yang berkelulusan Diploma atau berpindah dari Universiti lain yang diterima masuk ke UUM layak memohon pemindahan kredit.
(c)
Maklumat akademik lain akan dimaklumkan semasa Program Taklimat oleh pihak kolej.
UNIT PERKHIDMATAN DAN SOKONGAN PELAJAR ANTARABANGSA Unit Pekhidmatan dan Sokongan Pelajar Antarabangsa (ISSSU) adalah sebuah unit di bawah Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Utara Malaysia yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat dan sokongan profesional kepada pelajar antarabangsa yang datang bagi tujuan i. Mendapatkan maklumat berkenaan bantuan dan sokongan akademik atau bukan akademik sama ada yang disediakan oleh Universiti Utara Malaysia ataupun pihak lain. ii. Khidmat nasihat mengenai sumber bantuan kewangan termasuk biasiswa dan pinjaman kecemasaan sama ada daripada Universiti Utara Malaysia atau pihak lain terutamanya dalam aspek kebajikan pelajar
10.3
BAHAGIAN PERKHIMATAN PELAJAR Bahagian Perkhidmatan Pelajar (SSD) merupakan baghagian yang bertanggungjawab mengenai urusan kebajikan pelajar yang meliputi pinjaman, dermasiswa, bantuan kewangan serta menyelesaikan dan menangani kes-kes disiplin pelajar di Universiti Utara Malaysia. SSD bertindak sebagai perantara kepada agensi-agensi kerajaan, badan berkanun, sektor swasta dan individu yang menawarkan biasiswa dan bantuan kewangan kepada semua pelajar sepenuh masa Universiti Utara Malaysia. SDD terdiri daripada dua unit iaitu: 1. Pinjaman dan Biasiswa Unit 2. Kebajikan Pelajar dan Unit Tatatertib Perkhidmatan yang ditawarkan untuk pelajar UUM:a.
Fungsi
Semua permohonan untuk mendapatkan biasiswa/pinjaman hendaklah dibuat dengan mengisi borang yang boleh diperolehi daripada SSD. Tarikh pengeluaran borang adalah tertakluk kepada pengumuman yang akan dikeluarkan dari masa ke semasa. (sila rujuk papan notis di HEP)
Untuk membantu meringankan beban kewangan pelajar khususnya kepada pelajar yang berhadapan dengan kes-kes kecemasan, pihak UUM turut
16
menyediakan kemudahan bantuan terus melalui tabung-tabung yang diwujudkan.
10.4
Dalam usaha memastikan aspek kebajikan pelajar terpelihara, UUM turut menyediakan skim kebajikan pelajar yang menawarkan kemudahan bantuan kewangan kepada pelajar yang menghadapi kecemasan seperti kematian waris/malapetaka/bencana dan sebagainya. Jumlah bantuan ini tertakluk kepada syarat yang berkuat kuasa.
Semua pelajar UUM dilindungi oleh Skim Kemalangan Diri Berkelompok/Skim Takaful Malaysia dengan manfaat tertakluk kepada skim tersebut.
Semua pelajar layak dipertimbangkan untuk memohon Skim Pinjaman Pendidikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Rujuk laman web PTPTN.
PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN a.
Pembiayaan pendidikan PTPTN terbuka kepada semua pelajar di IPTA yang mengikuti pengajian secara sepenuh masa, separuh masa dan jarak jauh di peringkat seperti berikut: i) Diploma ii) Ijazah Sarjana Muda iii) Ijazah Sarjana iv) Doktor Falsafah (PhD) v) Kursus Profesional
b.
Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN untuk pengajian terdahulu tetapi gagal menamatkan pengajian boleh memohon pembiayaan kali kedua untuk meneruskan pengajian mereka setelah semua hutang terdahulu diselesaikan. Walau bagaimanapun, pertimbangan bagi pembiayaan kali kedua tertakluk kepada peruntukan kewangan yang mencukupi. Pelajar yang telah mendapat pembiayaan PTPTN dan berjaya menamatkan pengajian terdahulu boleh membuat permohonan untuk ke peringkat pengajian yang lebih tinggi. Permohonan untuk peringkat pengajian yang sama tidak akan dipertimbangkan. Pelajar yang telah menerima pinjaman PTPTN, tetapi mendapat pembiayaan daripada penaja lain boleh membuat permohonan kali kedua mengikut kategori di bawah:i) Bagi pelajar yang menerima tajaan lain dan bertindih pembiayaan (mendapat pembiayaan PTPTN dan penaja lain dalam semester yang sama) Pelajar boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu menyelesaikan jumlah pembiayaan yang bertindih secara sekaligus dalam tempoh yang ditetapkan. ii) Pelajar yang membatalkan pembiayaan pendidikan PTPTN dan membiayai sendiri baki pengajian juga boleh membuat permohonan kali kedua tetapi perlu mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang diperlukan dan disahkan bahawa pelajar membiayai pengajiannya sendiri tanpa menerima pembiayaan daripada mana-mana penaja lain. Pembiayaan akan diberhentikan sekiranya pelajar gagal meneruskan pengajian pada peringkat jurusan atau IPT sepertimana yang dinyatakan dalam permohonan pembiayaan. Pelajar dikehendaki membayar balik wang yang telah diperolehi daripada
c.
d.
e.
17
PTPTN sepanjang tempoh pengajian yang telah diikuti sebagaimana yang ditetapkan dalam perjanjian. 10.5
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN a) Pelajar layak memohon pembiayaan pendidikan sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8. 9.
Pemohon adalah warganegara Malaysia; Berumur tidak melebihi 45 tahun pada tarikh memohon; Mendapat tawaran ke IPTA/IPTS dan Politeknik dengan memenuhi syarat kelayakan masuk yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); Kursus yang diikuti oleh pelajar IPTA/IPTS dan Politeknik mestilah mendapat kelulusan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan berdaftar dengan PTPTN;* Bagi pelajar-pelajar IPTS, kursus yang diikuti mestilah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi deripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan masih di dalam tempoh sah laku semasa tarikh memohon; Bagi pelajar yang mempunyai kelayakan berbeza daripada yang disyaratkan, di perenggan (4) dan (5), pengesahan bahawa kelayakan tersebut setaraf dengan kelayakan yang disyaratkan hendaklah diperolehi daripada jabatan atau agensi sebagaimana dinyatakan; Baki tempoh pengajian semasa permohonan dibuat hendaklah tidak kurang dari satu (1) tahun; Tidak mempunyai penaja lain dan Mempunyai akaun SSPN-i sebelum membuat permohonan.**
*Hanya kursus yang diluluskan tajaan PTPTN akan didaftarkan dan disenaraikan dalam Portal Permohonan Online PTPTN. Pihak IPT perlu membuat permohonan kepada PTPTN sekiranya ingin mendapatkan tajaan pembiayaan PTPTN. **Hanya akaun SSPN-i yang mempunyai 15 digit sahaja yang boleh membuat permohonan PTPTN. Sila hubungi cawangan PTPTN berhampiran untuk menyemak nombor akaun SSPN-i 15 digit. 10.6
PERSEDIAAN SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN
Pelajar PERLU membuka akaun simpanan (persendirian) Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) sebagai persediaan untuk membuat permohonan. Pelajar DIWAJIBKAN untuk mempunyai akaun SSPN-i dengan simpanan minimum RM 20.00 untuk memohon PTPTN (pembukaan akaun boleh dibuat di Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam dan Agrobank). Pemohon PERLU membeli Nombor PIN bernilai RM5.00 disemua cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) melalui salah satu (1) daripada saluran berikut: i) Kaunter ii) Mesin Teller Automatik (ATM) iii) Mesin Deposit Tunai (CDM) No. PTPTN hanya sah dalam tempoh 6 bulan bermula dari tarikh pembelian No. PTPTN di Bank Simpanan Nasional (BSN) sehingga tarikh pendaftaran permohonan online. Nota: Kaedah pembelian nombor PTPTN di BSN boleh diperolehi di www.mybsn.com.my atau di talian 1300 88 1900
18
10.7
KAEDAH PERMOHONAN a. b. c.
10.8
Permohonan adalah secara atas talian melalui http://www.ptptn.gov.my Bagi pemohon kali pertama, anda perlu mendaftarkan diri di laman web ini. Sediakan PIN, Tarikh dan Masa. Maklumat ini boleh didapati di resit BSN anda.
PERSEDIAAN SELEPAS MEMBUAT PERMOHONAN
Pemohon boleh menyemak keputusan permohonan pembiayaan PTPTN di Laman Web Permohonan Pembiayaan Online bermula hari ke - 6 (hari bekerja) selepas tarikh tutup permohonan online yang telah ditetapkan oleh PTPTN. Pemohon yang berjaya ditawarkan pembiayaan PTPTN perlu melayari Laman Web Permohonan Pembiayaan Online untuk mencetak dokumen yang disenaraikan. Dokumen yang tersenarai dibawah hendaklah dicetak dengan menggunakan kertas berwarna putih yang bersaiz A4 (80 gsm). Cetakan hanya dibenarkan pada satu muka sahaja untuk setiap helaian (bagi satu-satu muka surat). Dakwat cetakan hendaklah berwarna hitam. i) ii) iii) iv) v)
Pelajar hanya boleh menggunakan pen mata bulat (ball point) BERDAKWAT HITAM atau BIRU sahaja. Pastikan hanya satu warna pen sahaja digunakan. Setiap dokumen hendaklah DITULIS DENGAN TANGAN dan BERHURUF BESAR. Jika berlaku KESILAPAN semasa MENGISI DOKUMEN TAWARAN, sila buat satu garisan lurus dan turunkan tandatangan ringkas di sebelah sebelah kanan setiap pembetulan (dilarang sama sekali menggunakan sebarang getah atau cecair pemadam/liquid paper). Penerima biaya mestilah dilampirkan SATU (1) SALINAN dokumen sokongan seperti berikut: i. ii.
Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Surat Tawaran Pembiayaan Pendidikan (beserta Akuan Penerimaan, Surat Kebenaran 1, 2 dan 3). Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sila lengkapkan dan tandatangan kedua-dua set dokumen berkenaan. Sediakan 2 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer dan 1 set salinan fotostat) Lampiran Perjanjian Pembiayaan Pendidikan. Sediakan 1 set (dibenarkan 1 set cetakan komputer) Senarai Semak Dokumen dan Lampiran A – Akuan Terimaan Surat Tawaran dan Dokumen Perjanjian. Dokumen Perjanjian Pembiayaan Pendidikan yang telah disempurnakan adalah dikenakan Duti Setem sebanyak RM 20.00 (RM10.00 bagi setiap salinan), hendaklah dilekatkan dengan setem hasil tersebut di sudut atas kanan pada muka depan.
Maklumat Permohonan Pembiayaan yang boleh dicetak di butang CETAK MAKLUMAT di dalam laman Web Permohonan Online yang telah didaftarkan sebelum ini. - dokumen ini tidak perlu disahkan. Salinan Surat Tawaran Kemasukan ke IPT. Surat tawaran yang diperolehi melalui cetakan internet / portal IPT.
Dokumen sokongan disediakan dan disusun sepertimana yang dinyatakan di dalam Senarai Semak. Hanya satu (1) salinan dokumen sokongan diperlukan Salinan dokumen sokongan hendaklah disediakan dengan menggunakan KERTAS BERSAIZ A4 berwarna putih dan tidak perlu disahkan. Setiap salinan dokumen sokongan hendaklah dipalang dua (2) garisan lurus dan ditulis “Kegunaan PTPTN Sahaja”.
19
Tarikh bagi sesi semakan dan serahan dokumen tawaran/ perjanjian Pembiayaan PTPTN akan dimaklumkan oleh pihak UUM kemudian. Tempoh serahan Dokumen Tawaran Pembiayaan Pendidikan PTPTN adalah 14 hari daripada tarikh surat tawaran. 10.9
PENGELUARAN PEMBIAYAAN PENDIDIKAN PTPTN 1. Pengeluaran pembiayaan pertama dibuat setelah pelajar memulangkan dokumen perjanjian lengkap kepada PTPTN. 2. Pengeluaran pembiayaan kepada pelajar bagi semester berikutnya dibuat berdasarkan syarat-syarat berikut: a. Masih meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan; b. Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG) 2.0 ke atas; dan c. Tidak menerima penaja lain. 3. Pengeluaran pembiayaan akan dikreditkan ke akaun pelajar. Potongan bayaran yuran pengajian boleh diuruskan atas persetujuan bersama pelajar, IPT dan bank terlibat. PERTANYAAN/ RUJUKAN Semua pelajar dinasihatkan agar menghubungi/berjumpa dengan pegawai dan kakitangan Unit Pinjaman dan Biasiswa SSD HEP jika mempunyai sebarang masalah dan pertanyaan. Nama Pegawai Unit Pinjaman dan Biasiswa 1. Encik Mohd Ilyas Soffian Telefon: 04-928 4083 E-mail:
[email protected] 2. Puan Shaidah Shaari Telefon: 04-928 4085 E-mail:
[email protected]
20
11.0
PERTANYAAN DAN MAKLUMAT LANJUT Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai pendaftaran kemasukan ini sila hubungi: 11.1 Tawaran Kemasukan Unit Kemasukan, Rekod dan Promosi Jabatan Hal Ehwal Akademik Universiti Utara Malaysia Tel.: 04 928 3323/3324/3334 Faks.: 04 928 3305 E-mel:
[email protected] 11.2 Program Minggu Suai Kenal
11.4 Unit Kebajikan dan Tatatertib Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia Tel.: 04 928 4082/4088/4085 Faks: 04 928 4016 E-mel:
[email protected]
11.5 Bayaran Yuran Pelajar
Bahagian Pembangunan Pelajar Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia
Unit Biasiswa Jabatan Bendahari Universiti Utara Malaysia
Tel.: 04 928 4042/4053/4052 Faks.: 04 928 4016 E-mel:
[email protected]
Tel.: Faks.: E-mel:
11.3 Unit Pinjaman dan Biasiswa
04-928 3258/3231/3208 04 928 3299
[email protected]
11.6 Pusat KoKurikulum
Jabatan Hal Ehwal Pelajar Universiti Utara Malaysia
Pusat KoKurikulum Universiti Utara Malaysia
Tel.: 04 928 4083/4085 Faks.: 04 928 4016 E-mel:
[email protected]
Tel.: 04-928 3507/3509/3511 Faks.: 04 928 3502 E-mel:
[email protected]
21
11.7 PUSAT PENGAJIAN BIL
PUSAT PENGAJIAN
E-MEL
NO. TEL.
NO. FAKS
1.
Pengkomputeran
Saarif Rosli Saarif Ahmad
[email protected]
04-928 5058
04-928 5067
2.
Sains Kuantitatif
Roslee Mardan
[email protected]
04-928 6396
04-928 6309
04-928 5809
04-928 5804
04-928 5394
04-928 5382
3. 4.
Muhammad Khairul Teknologi Multimedia dan Komunikasi Munawwar Ismail
[email protected] Zairi Afandi Ishak Pendidikan dan Bahasa Moden
[email protected]
5.
Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial
Salehuddin Salim
[email protected]
04-928 5798
04-928 5757
6.
Pengurusan Perniagaan
Hanizaton Hassan
[email protected]
04-928 7420
04-928 7422
7.
Perniagaan Islam
Mohamad Fadzil Samiran
[email protected]
04-928 6662
04-928 6730
8.
Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz
Maimunah Mohamad
[email protected]
04-928 7213
04-928 7216
9.
Ekonomi, Kewangan dan Perbankan
Hasliza Hassan
[email protected]
04-928 6763
04-928 6752
10.
Pengurusan Teknologi dan Logistik
Anuar Mahayudin Mokhtar
[email protected]
04-928 7003
04-928 7070
11.
Kerajaan
Mohammad Fadzil Din
[email protected]
04-928 7909
04-928 7914
12.
Undang-Undang
Haslida Ismail
[email protected]
04-928 8110
04-928 8107
13.
Pengajian Antarabangsa
Abdul Razak Abdul Wahab
[email protected]
04-928 8461
04-928 8470
14.
Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Alam Sekitar
Yus Asma Bt Yusoff
[email protected]
04-928 8159
04-928 8163
22
11.8
DEWAN PENGINAPAN PELAJAR
BIL.
DPP
1.
BSN
2.
MISC
3.
NAMA DAN E-MEL PEN.PENGURUS ASRAMA
NO. TEL.
NO. FAKS
Abdul Aziz bin Abdullah
[email protected]
04-928 4251
04-928 4259
Ruzaidi bin Saad
[email protected]
04-928 4552
04-928 4520
YAYASAN ALBUKHARY
Rozana Mohamed Hanifa
[email protected]
04-928 4581
04-928 4585
4.
BANK MUAMALAT
Nor Aliza bt. Khalim
[email protected]
04-928 4451
04-928 4456
5.
MAS
Mohamad Tarmizi bin Othman
[email protected]
04-928 4312
04-928 4311
6.
TNB
04-928 4562
04-928 4566
7.
TRADEWINDS
04-928 4488
04-928 4487
8.
PETRONAS
Norlia bt. Othman
[email protected]
04-928 4333
04-928 4332
9.
EON
Siti Aisyah bt. Yahya
[email protected]
04-928 4281
04-928 4288
10.
SIME DARBY
Zakaria b Abd. Rashid
[email protected]
04-928 4544
04-928 4541
11.
TM
Ana Hayati bt. Salleh
[email protected]
04-928 4411
04-928 4412
12.
PROTON
Mohd Nasiruddin Abu Ghani
[email protected]
04-928 4363
04-928 4360
13.
BANK RAKYAT
Mohd. Yusri bin Hanafi
[email protected]
04-928 4431
04-928 4435
14.
SME BANK
Halimulihsan bin Mustaffa
[email protected]
04-928 4401
04-928 4404
15.
MAYBANK
Nurul Hamiza bt. Hamzah
[email protected]
04-928 4501
04-928 4503
Jafri Bin Ismail
[email protected] Norhafiza bt. Abd. Hadi
[email protected]
23
11.9
SENARAI WAKIL PELAJAR YANG BOLEH DIHUBUNGI NEGERI Perak Terengganu Pahang Johor Sarawak Sabah Kedah Selangor, Kuala Lumpur & Wilayah Persekutuan Melaka Negeri Sembilan Kelantan Pulau Pinang
NAMA WAKIL PELAJAR
NO. TELEFON
Muhammad Hamzah Bin Ismail Adibatun Naimah Bt Yusuan
01136016139 01116988026
Nik Mohd Hafiz Hassan Nurul Awatif Bt Othman
0145063341 0145419635
Muhammad Fareez Bin Rosli
0142426328
Mohamad Saddiq Bin Kamal Nurul Ashikin Bt Ahmat Miskam Puspalela Bt Sapian Vivina Barbra Mohd Azwan Siri Syafiah Bt Abd Jalil M Shahadat Ali Nordin Anis ‘Afifa Bt Zunkafle Fatin Farhana Bt Husin Noor Amalina Ismail
0177806589 0127928317 01110741994 0138254146 0145518193 0145585331 0125460240 0124627101 0175294137 0122524238
Amin Asyraf Bin Ruslai
0176766508
Siti Shuhadah Bt Nor Azman
0176433840
Siti Zalina Bt Abd Aziz Wan Nurhayati Bt Wan Nuzri Izrin Shah Bin Arif Shah Hasyimah Ahmad
0133517384 0199452115 0134336789 0134748457
24
12.0
LAGU UNIVERSITI
BIRU WARNA
Kami Anak Alam Insan Tuhan Ngembara Langit Biru Mencari Ilmu Berteman Kebudimanan Bina Nusa Bina Dunia Sejahtera UNIUTAMA Ibu Yang Tercinta Kami Doa Lanjut Usia Bahagia Kami Janji Hormati Pesanmu ILMU BUDI DAN BAKTI
25
13.0
PERINGATAN PENTING Pelajar yang didapati memberi maklumat salah/tidak benar/manipulasi maklumat berkaitan dengan:
Kewarganegaraan Malaysia, bangsa Melayu, Bumiputera Sabah/Sarawak. Keputusan peperiksaan dalam borang permohonan kemasukan.
Akan diambil tindakan tegas dengan:
Menarik balik surat tawaran tersebut. Dikenakan tindakan undang-undang.
Maklumat ini akan disemak secara terperinci pada hari pendaftaran pelajar baharu. SEKIRANYA ANDA MELAKUKANNYA, BAGI MENJAGA KEPENTINGAN DIRI SENDIRI, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA TIDAK HADIR MENDAFTAR.
“AMARAN”
JIKA ANDA SEORANG PENAGIH, PENGEDAR ATAU TERLIBAT DENGAN PENYALAHGUNAAN DADAH, ANDA TIDAK LAYAK UNTUK MENDAFTAR ATAU MENJADI PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
26
14.0 SENARAI SEMAK DOKUMEN PENTING: Sila pastikan susunan salinan dokumen-dokumen berikut dibawa, dilengkapkan, ditebuk dan dimasukkan ke dalam Fail Peribadi Pelajar yang dibekalkan semasa hari pendaftaran mengikut susunan senarai semak seperti berikut: a)
Salinan Surat Tawaran Rasmi atau cetakan dari laman web
b)
Salinan SPT, BIMB yuran pengajian yang telah dijelaskan
c)
Borang Maklumat Biodata Pelajar
d)
Salinan Keputusan MUET
e)
Salinan Kad Pengenalan Pelajar, Ibu bapa
f)
Salinan Sijil SPM/SPMV/Setaraf (bagi calon semua program)
g)
Salinan Sijil STPM/Setaraf (jika berkenaan)
h)
Salinan Diploma dan Transkrip (jika berkenaan)
i)
Salinan Sijil STAM (jika berkenaan)
j)
Salinan Transkrip Matrikulasi (jika berkenaan)
k)
Salinan sijil berhenti sekolah, salinan testimonial/kegiatan kokurikulum di peringkat Sekolah/Daerah/Negeri/Negara dan PLKN (sekiranya ada)
l)
Borang Takaful
m)
Borang Kebenaran Bius
Semua salinan dokumen perkara (d) hingga sepuluh (j) perlulah mendapat pengesahan daripada Pegawai Kerajaan daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Kumpulan A)/Penghulu/Ketua Kampung/Pengerusi JKKK. Manakala dokumen (l) dan (m) perlu mendapat kebenaran waris/penjaga. DOKUMEN-DOKUMEN BERIKUT MESTI DILENGKAPKAN DAN DIMASUKKAN KE DALAM FAIL PERIBADI PELAJAR YANG AKAN DIBERIKAN SEMASA HARI PENDAFTARAN. JIKA ANDA GAGAL MEMATUHI ARAHAN INI, ANDA TIDAK AKAN DIDAFTARKAN SEBAGAI PELAJAR UUM.
27
15.0
LALUAN PENDAFTARAN KEMASUKAN DI DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (a)
Masa dan Laluan Tempat Pendaftaran Tempat pendaftaran kemasukan pelajar adalah di Dewan Penginapan Pelajar (DPP) seperti yang telah ditetapkan dalam surat tawaran. Sila patuhi arahan papan tanda yang disediakan di sepanjang jalan berdasarkan pada warna pelekat kenderaan yang telah ditetapkan mengikut laluan seperti berikut: PENDAFTARAN SESI PAGI
DEWAN PENGINAPAN PELAJAR (DPP) MAS TRADEWINDS TNB PROTON EON TM SIME DARBY BSN MISC PETRONAS YAYASAN AL-BUKHARY BANK MUAMALAT SME BANK BANK RAKYAT (b)
PINTU MASUK
KOD/WARNA LALUAN PINTU MASUK
MASA PENDAFTARAN
PINTU UTAMA
A
8.30 PG – 1:00 PTG
PINTU BUKIT TANGGA
B
8.30 PG – 1:00 PTG
PINTU UTAMA
C
8.30 PG – 1:00 PTG
BUKIT KACHI
D
8.30 PG – 1:00 PTG
Panduan Laluan Kenderaan Sila lekatkan pelekat kenderaan pada cermin hadapan kenderaan sebelum memasuki kawasan kampus. Sila patuhi arahan Pengawal Keselamatan dan tanda arah laluan yang telah ditetapkan.
Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.
DPP MAS,TRADEWINDS,TNB & PROTON
(c)
Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.
DPP EON, TM,SIME DARBY, BSN, MISC & PETRONAS
Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.
DPP YAYASAN AL-BUKHARY & BANK MUAMALAT
Paparkan Pelekat Kenderaan ini di sebelah kiri cermin kenderaan anda.
DPP BANK RAKYAT & SME BANK
Tempat Letak Kenderaan Pelajar atau ibu bapa/penjaga dinasihatkan untuk mematuhi arahan Pengawal Keselamatan berkenaan ruang tempat meletak kenderaan yang disediakan di sekitar laluan Dewan Penginapan Pelajar Laluan A, B ,C dan D.
28
16.0
KALENDAR AKADEMIK SESI 2016/2017 KALENDAR AKADEMIK SESI 2016/2017 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SEMESTER PERTAMA AKTIVITI
TARIKH
Pendaftaran Pelajar Baru & Minggu Suaikenal Tempoh Pengajaran
Ahad, 28 Ogos 2016 Rabu, 31 Ogos 2016 Ahad, 4 September 2016 Khamis, 27 Oktober 2016
Cuti Pertengahan Semester
Jumaat, 28 Oktober 2016 Sabtu, 5 November 2016 Ahad, 6 November 2016 Khamis, 15 Disember 2016 Sabtu, 17 Disember 2016 Khamis, 12 Januari 2017 Jumaat, 13 Januari 2017 Sabtu, 11 Februari 2017
Tempoh Pengajaran Peperiksaan Cuti Antara Semester
TEMPOH
CATATAN
4 hari 8 minggu 1 minggu
Hari Malaysia, 16 September 2016 Hari Raya Qurban, 12 - 13 September 2016 Awal Muharram, 2 Oktober 2016 Hari Deepavali, 29 Oktober 2016
6 minggu
Maulidur Rasul, 12 Disember 2016
4 minggu
Hari Krismas, 25 Disember 2016
4 minggu
Tahun Baru Cina, 28 - 29 Januari 2017
SEMESTER KEDUA AKTIVITI Tempoh Pengajaran Cuti Pertengahan Semester Tempoh Pengajaran Peperiksaan Cuti Panjang
TARIKH Ahad, 12 Februari 2017 Khamis, 30 Mac 2017 Jumaat, 31 Mac 2017 Sabtu, 8 April 2017 Ahad, 9 April 2017 Khamis, 25 Mei 2017 Sabtu, 27 Mei 2017 Khamis, 22 Jun 2017 Jumaat, 23 Jun 2017 Sabtu, 2 September 2017
TEMPOH
CATATAN
7 minggu 1 minggu 7 minggu 4 minggu 10 minggu
Cuti Hari Pekerja, 1 Mei 2017 Cuti Hari Wesak, Mei 2017 Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong, 3 Jun 2017 Hari Raya Puasa, 26 - 27 Jun 2017 Hari Kebangsaan, 31 Ogos 2017
Pendaftaran Pelajar Baru dan Minggu Suaikenal Semester Pertama Sesi 2016/2017 Ahad, 28 Ogos 2016 – Rabu, 31 Ogos 2016
Hari Malaysia - Jumaat, 16 September 2016
Hari Raya Qurban - Isnin, 12 September 2016 - Selasa, 13 September 2016
Hari Deepavali - Sabtu, 29 Oktober 2016
Hari Krismas - Ahad, 25 Disember 2016
Tahun Baru Cina 2017 - Sabtu, 28 Januari 2017 - Ahad, 29 Januari 2017
Hari Keputeraan Yang DiPertuan Agong - Sabtu, 3 Jun 2017
Hari Raya Puasa - Isnin, 26 Jun 2017 - Selasa, 27 Jun 2017
Hari Kebangsaan - Khamis, 31 Ogos 2017
29
17.0
ETIKA PAKAIAN PELAJAR
30