LAPORAN AKHIR PROJEK BERKUMPULAN SECARA INDIVIDU LMCK1421 PEMIKIRAN KRITIS DAN PENYELESAIAN MASALAH SEMESTER 1 SESI 2016/ 2017
TAJUK: RAK MENYIMPAN PAYUNG KREATIF “CREATIVE UMBRELLA STAND”
NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. NORA BINTI MUDA
NAMA PELAJAR: NURHAZIRAH BINTI ISKANDARMIZA A149392
NAMA AHLI KUMPULAN: NADIRAH BINTI MOHD ZAIDI
A149599
NUR AIMI AZIMAH BINTI AZIZUL
A149523
NURHAZIRAH BINTI ISKANDARMIZA
A149392
WAN MARYAM BINTI AMRAN
A149868
0
1.0
MAKLUMAT PROJEK
1.1
Pengenalan
Penggunaan payung dalam kalangan masyarakat Malaysia akan meningkat lantaran dengan musim tengkujuh yang bakal melanda. Payung yang berfungsi untuk melindungi penggunanya daripada basah, dapat memudahkan pergerakan masyarakat dari satu tempat ke tempat yang lain walaupun pada musim hujan. Bukan sahaja digunakan pada hari hujan malah, ia juga sering digunakan ketika panas terik bagi melindungi penggunanya daripada terik matahari. Namun, sikap sebahagian masyarakat Malaysia yang sering meletakkan payung di merata tempat setelah digunakan, dapat mengganggu laluan pengguna yang lain. Selain itu, titisan air daripada payung yang basah itu, boleh menyebabkan berlakunya kemalangan akibat lantai yang basah disamping menjadikan lantai kelihatan kotor dan comot. Perkara ini sering dipandang enteng oleh masyarakat kini. Jika hendak dibandingkan dengan negara maju, mereka akan memasukkan payung tersebut kedalam plastik sebelum memasuki sesuatu kawasan bagi mengelakkan daripada perkara-perkara yang dinyatakan berlaku. Walaupun ianya sekadar payung, namun cara penggunaannya sama ada sebelum digunakan atau selepas digunakan, perlulah secara beretika. Seiring dengan negara Malaysia yang menekankan sikap beretika dalam kalangan masyarakat, perkara ini perlulah diterapkan dalam diri seseorang.
1.2
Permasalahan
Memandangkan pola penurunan hujan di Malaysia adalah secara rawak, maka pelajar tidak dapat mengagak bila mereka akan menggunakan payung yang mereka bawa ke kuliah. Bayangkan jika mereka datang ke kuliah dan ketika itu hujan, dengan spontan mereka akan menggunakan payung yang dibawa. Masalahnya adalah, kebanyakan pelajar yang datang ke kuliah dengan payung mereka yang basah akan membuka payung tersebut dan membiarkannya tersadai di belakang atau di luar dewan kuliah. Cara tersebut biasa digunakan oleh pelajar untuk mengeringkan payung mereka. Tetapi, daripada perspektif kumpulan kami, cara tersebut boleh menimbulkan
1
masalah lain. Antara masalah yang timbul adalah, payung-payung yang dibiar terbuka akan menghalang dan menyempitkan laluan pejalan kaki pelajar lain dan juga pensyarah. Selain itu, dewan kuliah akan kelihatan bersepah dan boleh mengganggu suasana belajar. Seterusnya, payung yang basah boleh menyebabkan lantai luar dan dalam dewan turut basah kerana air yang menitik dari payung. Hal ini boleh menyebabkan lantai licin dan berbahaya kepada pejalan kaki. Dari pemerhatian kami, ada juga pelajar yang meletakkan payung basah mereka di atas meja kuliah di bahagian belakang(memandangkan pelajar duduk di depan ketika belajar). Tindakan tidak peka pelajar ini akan menyebabkan kemudahan kuliah iaitu meja cepat rosak memandangkan meja kuliah dibuat dari kayu. Jadi, kami ingin menggunakan masalah ini sebaik mungkin dan hanya menfokuskan kepada pelajar Pusat Pengajian Sains dan Matematik(PPSM) untuk melihat keberkesanan idea dan projek kami ini.
1.3
Objektif 1. Memudahkan pelajar untuk mengeringkan payung ketika musim tengkujuh 2. Menjaga kebersihan dewan kuliah PPSM 3. Mengurangkan kecederaan di dalam dewan kuliah PPSM 4. Mengurangkan kos pembaikan dewan kuliah PPSM
1.4
Metadologi
Kami menggunakan kaedah kerja di lapangan dengan mengumpul alat-alat untuk mencipta rak payung tersebut. Antara alat-alat yang digunakan adalah botol, gunting dan pasu plastik. Tarikh melaksanakan projek ini adalah pada 3 November 2016 bertempat di Kolej Aminuddin Baki. Setelah siap sepenuhnya, kami telah meletakkannya di hadapan dewan kuliah DKG124SM beserta dengan nota yang menyatakan kegunaan rak ini. Sebagai langkah keselamatan, kami juga telah menyatakan peringatan agar pelajar-pelajar mengenali payung masing-masing bagi mengelakkan pelajar terambil payung pelajar yang lain.
2
Selepas membuat beberapa pemerhatian, ternyata pelajar telah menggunakan rak ini sebaik mungkin. Hal ini kerana, tiada lagi payung yang dibiar bersepah di dalam dewan kuliah dan telah diletakkan di dalam rak yang telah disediakan.
2.0
PENGLIBATAN TUGAS
Sebagai
satu
kumpulan,
kebanyakkan
tugasan
telah
dilakukan
bersama-sama.
Memandangkan penglibatan orang luar dalam projek ini hanyalah apabila mereka menggunakan rak ini, maka segala aktiviti penghasilan rak ini hanyalah dilakukan oleh ahli kumpulan kami termasuklah dalam penghasilan poster untuk penilaian projek oleh pensyarah. Antara tugas-tugas yang telah saya lakukan: 1. Melibatkan diri dalam perbincangan idea projek 2. Menggumpul botol-botol plastik yang tidak digunakan 3. Melibatkan diri dalam membina rak payung ini 4. Membuat pemerhatian terhadap penggunaan rak rayung ini 5. Menghasilkan poster untuk penilaian projek 6. Menghadirkan diri pada hari penilaian projek oleh pensyarah set ini
3.0
REFLEKSI
Kursus Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah ini telah membuka mata saya untuk berfikir secara luar kotak dan bukan hanya bergantung kepada bidang yang diceburi sahaja serta menjadikan sesuatu idea itu realistik dan memberi manfaat kepada orang lain. Hal ini dapat dikaitkan dengan penolakkan kertas kerja pertama kami oleh pensyarah set ini. Kertas kerja pertama kami adalah melibatkan penghasilan mesin kitar semula yang dapat menguntungkan pelajar. Walaupun mesin ini dapat menguntungkan pelajar dan pihak-pihak yang terlibat namun ia hanyalah sekadar idea kerana kami tidak mampu menjadikan ia realistik. Sejajar dengan nama kursus ini, bukan sahaja pelajar perlu berfikir secara kritis malah pelajar juga mampu menyelesaikan masalah ini. Selain itu, saya dapat belajar untuk bekerja dalam kumpulan. Walaupun ahli kumpulan saya sangat bertanggungjawab dalam menjayakan projek ini, namun tidak 3
bermakna saya perlu mengambil kesempatan terhadap mereka. Untuk menjadikan projek ini berjaya,
setiap ahli kumpulan perlulah memainkan peranan masing-masing dan
bertanggungjawab dalam menghasilkan projek ini. Akhir sekali, saya dapat meluaskan kreativiti saya dalam menghasilkan poster dengan menggunakan perisian Microsoft Power Point sekali gus menarik minat saya untuk mempelajari perisian Adobe Photoshop dalam menghasilkan poster. Perkara ini telah meningkatkan kemahiran saya dalam penggunaan perisian-perisian yang diperlukan untuk alam pekerjaan kelak.
4.0
Lampiran
Perbincangan idea Tarikh: 7 dan 12 Oktober 2016 Tempat: Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
Perbentangan kertas kerja Tarikh: 14 Disember 2016 Tempat: Bilik Prof. Madya Dr. Nora binti Muda http://ifolio.ukm.my/Scripts/tinymce/plugins/filemanager/files/38055/Kertas_Kerja.pdf
4
Perlaksanaan projek bersama ahli kumpulan Tarikh: 7-14 November 2016 Tempat: Kolej Aminuddin Baki, UKM
Menempatkan rak Tarikh: 14 November 2016 Tempat: Dewan kuliah DKG124SM, Pusat Pengajian Sains Matematik
5
Membuat pemerhatian pada hari hujan Tarikh: 30 November 2016 Tempat: Dewan kuliah DKG124SM, Pusat Pengajian Sains Matematik
Menyiapkan poster untuk penilaian Tarikh: 9 Disember 2016 Tempat: Perpustakaan Tun Sri Lanang, UKM
http://ifolio.ukm.my/Scripts/tinymce/plugins/filemanager/files/38055/Poster_Kumpulan.pdf
6
Pembentangan projek Tarikh: 14 Disember 2016 Tempat: Foyer Pusat Pengajian Sains Matematik
7