Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
1. Antara berikut yang manakah tujuan penubuhan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) a. Menentukan kod etika profesion perakaunan. b. Mengeluarkan pernyataan prinsip bagi laporan kewangan. c. Mengendalikan peperiksaan untuk profesion perakaunan. d. Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan. Percubaan SPM - Terengganu 2009 2. “Sesebuah perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk selama-lamanya.” Berdasarkan maklumat di atas, apakah konsep perakaunan yang terlibat? a. Berterusan b. Materialiti c. Ketekalan d. Pemadanan Percubaan SPM - Terengganu 2009
3. Antara berikut, manakah organisasi yang menerbitkan saham kepada orang ramai? a. Megamik Berhad. b. Restoran Kenawar. c. Damai Sendirian Berhad. d. Peguambela Nora dan Rakan-rakan. Percubaan SPM - Terengganu 2009
4. Perniagaan menerima cek RM3 000 daripada Sudin untuk menjelaskan sepenuh hutangnya berjumlah RM3 050. Pilih catatan lejar yang betul untuk merekodkan urus niaga di atas. a. Bank Diskaun diberi
Sudin 3 000 Baki b/b 50
Bank
Sudin 3 050 Baki b/b
b.
c. Baki b/b
d. Baki b/b
3 050
Sudin Bank Diskaun diberi Sudin 3 050 Bank
3 050
3 050
3 000 50
3 050
Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
5. Chah menerima cek berjumlah RM880 daripada seorang penghutang bagi menjelaskan hutangnya RM900. Antara berikut, yang manakah menerangkan kesan urus niaga di atas kepada persamaan perakaunan? a. Bank bertambah RM880, Penghutang berkurang RM900, Untung bersih berkurang RM20. b. Bank bertambah RM900, Penghutang berkurang RM880, Untung bersih bertambah RM20. c. Bank berkurang RM880, Pcnghutang bertambah RM900, Untung bersih berkurang RM20. d. Bank berkurang RM900, Penghutang bertambah RM880, Untung bersih bertambah RM20. Percubaan SPM - Terengganu 2009
6. Kesan urus niaga X terhadap persamaan perakaunan adalah seperti berikut:
Urus niaga X
ASET Berkurang RM4 500
LIABILITI Berkurang RM4 500
MODAL Tidak Berubah
Urus niaga X adalah a. Bayar gaji pekerja dengan cek RM4 500. b. Bayar hutang RM4 500 dengan cek. c. Terima tunai RM4 500 daripada penghutang. d. Jual perabot lama RM4 500 secara kredit. Percubaan SPM - Terengganu 2009
7. Antara berikut, akaun manakah disenaraikan dalam ruangan kredit Imbangan Duga? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Akaun Pinjaman Akaun Angkutan keluar Akaun Faedah atas pinjaman Akaun Peruntukan susut nilai I dan II I dan IV II dan III III dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
8. Imbangan Duga berikut diambil dari buku Perniagaan Ruskani: Imbangan Duga pada 31 Disember 2008 Debit Kredit Butir RM RM Jualan 7 890 Stok 900 Bank 4 750 X 200 Sewa 2 440 Apakah X? a. Ambilan b. Penghutang c. Kadar bayaran d. Diskaun diterima Percubaan SPM - Terengganu 2009
9. Lejar Jualan digunakan untuk merekod a. Akaun Penghutang. b. Akaun Pemiutang. c. Akaun Jualan. d. Akaun Belian. Percubaan SPM - Terengganu 2009
10. Data 1 menunjukkan aset dan liabiliti sebuah perniagaan pada akhir tempoh perakaunan. RM Premis 150 000 Stok 3 750 Tunai 2 500 Pemiutang 4 780 Pinjaman 100 000 Penghutang 5 100 Data 1 Hitungkan ekuiti pemilik perniagaan. a. RM46 370 b. RM50 000 c. RM51 470 d. RM56 570 Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
Soalan 11 dan 12 berdasarkan maklumat berikut: Aset (RM) 20 000 Y
Ekuiti Pemilik (RM) X 15 000
Liabiliti (RM) 5 000 20 000
11. Nilai X ialah a. RM5 000 b. RM15 000 c. RM20 000 d. RM25 000 Percubaan SPM - Terengganu 2009
12. Nilai Y ialah a. RM5 000 b. RM15 000 c. RM20 000 d. RM35 000 Percubaan SPM - Terengganu 2009
13. Berdasarkan keratan cek, apakah catatan yang betul dalam lejar? Akaun didebitkan Akaun dikreditkan a. Akaun Ambilan Akaun Bank b. Akaun Bank Akaun Tunai c. Akaun Pasar Mini Nadia Akaun Bank d. Akaun Tunai Akaun Bank Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
14. Akaun Kenderaan dan Akaun Bank bagi Aisyah Enterprise adalah seperti berikut:
2009 Julai 8 Bank
Akaun Kenderaan RM 100 000 Akaun Bank 2009 Julai 8 Kenderaan
a. b. c. d.
RM 100 000
Urus niaga di atas menunjukkan perniagaan membeli sebuah kenderaan dengan cek. membeli sebuah kenderaan secara tunai. menjual sebuah kenderaan secara tunai. menjual sebuah kenderaan dan terima cek. Percubaan SPM - Terengganu 2009
15. Antara berikut yang manakah benar tentang penutupan akaun? a. Akaun Gaji Kredit Akaun Untung Rugi b. Akaun Belian Kredit Akaun Perdagangan c. Akaun Cukai Belian Debit Akaun Perdagangan d. Akaun Komisen Diterima Debit Akaun Untung Rugi Percubaan SPM - Terengganu 2009
16. Manakah yang benar tentang cara mengawal tunai? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Memastikan tunai adalah mencukupi untuk perbelanjaan harian. Lebihan tunai di tangan mestilah dibankkan pada hari yang sama. Segala penerimaan tunai atau cek mestilah disokong oleh slip atau salinan resit. Kerani yang mengawal pergerakan fizikal tunai dan merekod urus niaga tunai mestilah orang yang sama. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
17. Urus niaga yang manakah menyebabkan ekuiti pemilik bertambah? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Pemilik membawa masuk perabot peribadi ke dalam perniagaan. Perniagaan mengalami rugi bersih. Perniagaan memperoleh untung bersih. Pemilik mengambil barang niaga untuk kegunaan peribadi. I dan II I dan III II dan III II dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
18. Data 2 menunjukkan belanjawan tunai Syarikat Suboh bagi bulan Julai 2009.
Baki Awal
RM 8 000
Penerimaan: Jualan Hasil Perkhidmatan Hasil Komisen Bayaran Masuk
3 000 6 000 300 1 500
Pembayaran: Belian Gaji Sewa Belanja Am
3 600 800 650 130 Data 2
Hitungkan baki pada 31 Julai 2009. a. RM5 180 b. RM5 620 c. RM10 800 d. RM13 620 Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
19. Maklumat berikut diperoleh daripada Akaun Perdagangan Kedai Kasut Wan: Kedai Kasut Wan Akaun Perdagangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2008 RM RM RM Stok Awal 4 500 Jualan 50 000 S Belian 56 400 4 950 P 400 56 000 Duti Belian 1 250 57 250 Q 61 750 (-) Stok Akhir 6 800 R 54 950 54 950
54 950
Apakah butir R dan S? a. Kos jualan dan rugi kasar b. Untung kasar dan kos jualan c. Kos barang untuk dijual dan rugi kasar d. Untung kasar dan kos barang untuk dijual Percubaan SPM - Terengganu 2009
20. Mengapakah dokumen perniagaan diperlukan dalam sesuatu urus niaga? a. Untuk memudahkan penyediaan penyata kewangan. b. Untuk kelancaran perjalanan urus niaga. c. Sebagai bukti bahawa sesuatu urus niaga telah berlaku. d. Sebagai alat perancangan kewangan perniagaan. Percubaan SPM - Terengganu 2009
21. Butir berikut diambil daripada Imbangan Duga Delli Trading bagi tahun berakhir 30 Jun 2009:
Penghutang Hutang lapuk Peruntukan hutang ragu
Debit (RM) 7 000 500
Kredit (RM)
300
Perniagaan bercadang untuk menyelaraskan 5% peruntukan hutang ragu atas penghutang. Berapakah nilai peruntukan hutang ragu yang akan dipindahkan ke Akaun Untung Rugi? a. RM325 b. RM350 c. RM50 d. RM25 Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
22. Hutang lapuk yang dijelaskan oleh penghutang dikenali sebagai a. peruntukan hutang lapuk. b. hutang lapuk terpulih. c. hutang lapuk. d. hutang ragu. Percubaan SPM - Terengganu 2009
23. Jurnal Am berikut diambil daripada buku perniagaan Perkongsian Nur dan Nina: Jurnal Am Butir Akaun Realisasi Akaun Bank
Debit 580
Kredit 580
Catatan Jurnal Am tersebut disediakan apabila perkongsian a. mengalami kerugian. b. menutup Akaun Bank. c. membayar kos pembubaran. d. membayar hutang kepada pemiutang. Percubaan SPM - Terengganu 2009
24. Mengapakah Akaun Bank tidak dipindahkan ke Akaun Realisasi semasa pembubaran? a. Akaun Bank bukan aset bukan semasa. b. Akaun Bank akan direalis selepas pembubaran dilakukan. c. Akaun Bank akan direalis sebelum pembubaran dilakukan. d. Baki Akaun Bank akan digunakan untuk membayar liabiliti yang ada. Percubaan SPM - Terengganu 2009
25. Urus niaga manakah tidak direkodkan dalam Akaun Realisasi ketika pembubaran perkongsian? a. Penerimaan daripada penghutang. b. Menjelaskan belanja pembubaran. c. Pekongsi mengambil alih aset. d. Membayar hutang kepada pemiutang. Percubaan SPM - Terengganu 2009
26. Apakah yang dimaksudkan dengan 7% Saham Keutamaan? a. Bonus kepada pemegang Saham Keutamaan sebanyak 7%. b. Faedah kepada pemegang Saham Keutamaan sebanyak 7%. c. Dividen kepada pemegang Saham Keutamaan sebanyak 7%. d. Jumlah keuntungan syarikat akan dirizab sebanyak 7% untuk diagih kepada pemegang Saham Keutamaan. Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
27. Syarikat Tiara Murni Berhad telah didaftarkan dengan modal yang terdiri daripada 6 000 000 Saham Biasa yang bernilai RM0.50 setiap satu dan 4 000 000 7% Saham Keutamaan bernilai RM2.00 setiap satu. Syarikat telah menerbitkan semua Saham Biasa dan separuh Saham Keutamaan pada nilai tara. Berapakah jumlah modal diterbitkan? a. RM5 000 000 b. RM7 000 000 c. RM8 000 000 d. RM10 000 000 Percubaan SPM - Terengganu 2009
28. Syarikat Alam Fauna Berhad telah menerbitkan 500 000 unit Saham Biasa, RM1.00 setiap satu kepada orang ramai. Catatan jurnal bagi merekod terbitan saham tersebut ialah a. Jurnal Am Butir Debit Kredit Akaun Permohonan Saham Biasa 500 000 Akaun Modal Saham Biasa 500 000 Akaun Bank Akaun Modal Saham Biasa b.
Jurnal Am Butir Akaun Modal Saham Biasa Akaun Permohonan Saham Biasa Akaun Permohonan Saham Biasa Akaun Bank
c.
500 000 500 000 Debit 500 000
Kredit 500 000
500 000 500 000
Jurnal Am Butir Akaun Bank Akaun Pemohonan Saham Biasa Akaun Permohonan Saham Biasa Akaun Modal Saham Biasa
d.
Debit 500 000
Kredit 500 000
500 000 500 000
Jurnal Am Butir Akaun Modal Saham Biasa Akaun Bank
Debit 500 000
Akaun Permohonan Saham Biasa Akaun Modal Saham
500 000
Kredit 500 000
500 000 Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
29. Pernyataan berikut adalah perbezaan antara Saham Biasa dan Saham Keutamaan kecuali: a. Pemegang Saham Keutamaan berhak mengundi dalam mesyuarat agung manakala pemegang Saham Biasa tidak berhak mengundi. b. Kadar dividen bagi pemegang Saham Keutamaaan adalah tetap setiap tahun tetapi kadar dividen Saham Biasa tidak tetap. c. Risiko yang ditanggung oleh pemegang Saham Keutamaan adalah lebih rendah daripada risiko yang ditanggung oleh pemegang Saham Biasa. d. Pemegang Saham Keutamaan menerima dividen terlebih dahulu berbanding dengan pemegang Saham Biasa. Percubaan SPM - Terengganu 2009
30. Antara berikut pernyataan yang manakah benar tentang kelab dan persatuan? I. II. III. IV. a. b. c. d.
Kelab dan persatuan tidak bermotifkan untung. Kelab dan persatuan tidak ditubuhkan untuk menjalankan perniagaan. Rekod kewangan tidak disimpan oleh kelab dan persatuan kerana ia bukan organisasi perniagaan. Kelab dan persatuan bertujuan untuk menyediakan kemudahan dan perkhidmatan sosial, kebudayaan, rekreasi dan sukan kepada ahli-ahli. I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
31. Catatan bergu untuk merekod yuran yang diterima daripada ahli dalam Kelab dan Persatuan ialah Debit Kredit a. Akaun Yuran Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan b. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan Akaun Yuran c. Akaun Yuran Akaun Penerimaan dan Pembayaran d. Akaun Penerimaan dan Pembayaran Akaun Yuran Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
32. Data 3 ialah maklumat yang diambil daripada Kelab Taman Setia pada 1 Januari 2009.
Alatan sukan Tunai Yuran tertunggak Yuran terdahulu Kadar bayaran terakru Data 3
RM 1 800 3 000 170 260 50
Hitung dana terkumpul pada 1 Januari 2009. a. RM4 320 b. RM4 660 c. RM4 760 d. RM4 840 Percubaan SPM - Terengganu 2009
33. Urus niaga yang manakah merupakan perbelanjaan hasil bagi sesebuah kelab? a. Belanja membaiki bumbung bangunan kelab. b. Pembelian perabot untuk kegunaan kelab. c. Belanja mengubah suai bangunan kelab. d. Pembelian alatan sukan. Percubaan SPM - Terengganu 2009
34. Catatan kontra dalam Akaun Kawalan berlaku apabila a. perniagaan membeli dan menjual barang kepada pihak yang sama. b. perniagaan terlebih bayar hutangnya kepada pemiutang. c. perniagaan memulangkan barang yang rosak kepada pembekal. d. perniagaan mengenakan caj angkutan kepada pelanggan. Percubaan SPM - Terengganu 2009
35. Aset dan Iiabiliti berikut dipetik daripada buku seorang peniaga:
Kenderaan Stok akhir Penghutang Pemiutang Tunai Bank
RM 30 000 5 000 10 300 2 200 3 400 8 100
Hitung jumlah modal perniagaan tersebut. a. RM53 500 b. RM54 600 c. RM56 800 d. RM59 000 Percubaan SPM - Terengganu 2009
Percubaan SPM Prinsip Perakaunan (Kertas 1) 2009 – Terengganu ©JPN Terengganu 2009
36. Antara berikut, pernyataan yang manakah benar? a. Untung Bersih = Modal Awal - Modal Akhir + Ambilan - Modal Tambahan b. Untung Bersih = Modal Akhir - Modal Awal - Ambilan + Modal Tambahan c. Untung Bersih = Modal Akhir + Ambilan - Modal Awal - Modal Tambahan d. Untung Bersih = Modal Akhir - Modal Awal + Modal Tambahan + Ambilan Percubaan SPM - Terengganu 2009
37. Kos overhed kilang termasuk I. II. III. IV. a. b. c. d.
upah tak langsung cukai tanah kilang angkutan bahan mentah susut nilai Ioji dan mesin I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
38. Kos tetap terdiri daripada I. II. III. IV. a. b. c. d.
Kos bahan mentah Gaji penyelia Sewa kilang Kos buruh I dan II I dan III Il dan III II dan IV Percubaan SPM - Terengganu 2009
39. Peratus untung kasar atas jumlah jualan adalah a. Tokokan b. margin untung kasar c. pulangan atas modal d. pulangan atas jualan Percubaan SPM - Terengganu 2009
40. Apakah maksud nisbah semasa 3:1? a. Bagi setiap RM3 aset semasa, firma mempunyai RM1 liabiliti semasa. b. Bagi setiap RM1 aset semasa, firma mempunyai RM3 liabiliti semasa. c. Bagi setiap RM3 aset semasa, firma mempunyai RM1 aset bukan semasa. d. Bagi setiap RM3 aset bukan semasa, firma mempunyai RM1 aset semasa. Percubaan SPM - Terengganu 2009
KERTAS SOALAN TAMAT