12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
12 SOALAN Yang Wajib Ditanya Sebelum BERHUTANG ! KHAIRULNAHAR JAMALUDDIN (KJ) 2
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
PENaFIAN Ebook ini ditulis dengan tujuan memberikan panduan dan maklumat bagi meningkatkan kemahiran pembaca. Tetapi idea, cadangan dan prinsip asas yang dikemukakan adalah tertakluk pada undang-undang tempatan, negeri dan persekutuan. Pembaca dinasihatkan supaya merujuk pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan, juru runding percukaian, penasihat pelaburan, dan peguam bagi nasihat terperinci. Strategi yang diberikan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin menghasilkan keputusan yang diharapkan. Ini kerana setiap individu ataupun syarikat mempunyai profil dan situasi yang tidak sama dan berubahubah dari semasa ke semasa. Sebarang istilah undang-undang, penyataan dan fakta yang melibatkan kontrak dalam ebook ini hanya bersifat panduan dan bukannya mutlak. Tiada jaminan disabitkan merujuk pada ketetapan ataupun kelengkapan maklumat yang diterbitkan. Penulis dan penerbit tidak bertanggungjawab di atas sebarang liabiliti, kehilangan ataupun risiko sama ada peribadi ataupun sebaliknya yang terjadi akibat penggunaan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung daripada idea-idea yang disarankan di dalam ebook ini
3
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
THINKERICH ENTERPRISE 12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG Oleh : Khairulnahar Jamaluddin(KJ) Diterbitkan oleh Thinkerich Enterprise Untuk : www.PanduanBebasHutang.com E-mel :
[email protected] Blog : www.pemikirkaya.com Web : www.AkademiWang.com
Hakcipta © 2016 oleh Khairulnahar Jamaluddin (KJ) Hakcipta Terpelihara tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan laporan ini, dalam apa-apa juga bentuk dan apa cara pun sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain, sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada penerbit. Pihak kami akan bertindak TEGAS melalui saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.
Anda dilarang sama sekali mengubah atau menjual e-book ini kepada pihak lain kerana ianya PERCUMA! Walau bagaimanapun, ANDA BEBAS BAHKAN DIGALAKKAN UNTUK MENGEDARKAN E-BOOK INI SECARA PERCUMA kepada sesiapa.
Kandungan ebook ini dihasilkan untuk memberi pengajaran dan maklumat umum mengenai subjek yang dibincangkan. Ia tidak boleh dianggap sebagai mengandungi nasihat kewangan atau konsultansi profesional. Strategi yang dibincangkan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Penulis serta penerbit tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung ataupun tidak langsung. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila dapatkan nasihat dan khidmat profesional dari pakar yang berkelayakan.
4
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
PENDAHULUAN Bila berhutang jarang sekali kita tanya soalan pada diri sendiri, “kenapa kita berhutang?” Bunyi macam soalan bodohkan! Dah tentulah orang berhutang sebab nak pakai duit! Betul tak? Tak kira lah nak buat beli barang keperluan atau pun try nak penuhi kemahuan dan impian tertentu. Tapi apa yang ingin saya sampaikan di sini, adalah berkaitan pengetahuan kita tentang hutang. Bila sebut pasal hutang sudah pasti ianya bukan setakat bayar balik wang yang dipinjam, bahkan kita juga mesti bayar faedahnya sekali. Pinjam RM50,000 sudah tentu bayaran baliknya bukan jumlah tersebut sahaja, tapi dah jadi RM72,500 jika dikenakan caj faedah tetap 5% bagi tempoh bayaran balik 9 tahun! Nah, lihat! Pinjam RM50,000 tapi terpaksa bayar tambahan sebanyak RM22,500. Jumlahnya faedah bunganya 45% daripada jumlah pinjaman sebenar! Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab bila kita berhutang sudah tentu ianya melibatkan ‘Pokok’ dan ‘Bunga faedahnya’. Makin lama tempoh masa hutang kita maka lebih tinggilah faedahnya ‘berbunga-bunga’. Berhutang tidak semestinya tak baik. Ini kerana hutang hanyalah salah satu alat kewangan yang dicipta untuk kemudahan pengguna. Cumanya sejauh mana pengetahuan kita menggunakannya. Jika sekiranya kita ada ilmu pengurusan hutang yang baik, hutang boleh jadi ‘kawan’ yang sangat baik untuk bantu kita sebaliknya ianya boleh jadi ‘musuh’ jika sekiranya kita tiada ilmu pengetahuan yang betul tentangnya.
5
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
Satu perkara yang ingin saya beritahu kepada pembaca semua, hutang hanyalah satu alat. Ya, alat yang boleh digunakan untuk memudahkan kehidupan kita dan dalam masa sama ianya juga mungkin boleh menjadi ‘Bom Jangka’ jika kita tiada pengetahuan tentangnya. Jadi apa kata mulai sekarang, kita mula dapatkan jawapan bagi 12 soalan yang wajib anda tanya sebelum berhutang. Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu pembaca mendapat sedikit pengetahuan berkaitan hutang dan pinjaman. Selamat membaca. Semoga Berjaya dunia dan akhirat!
Salam kejayaan,
Khairulnahar Jamaluddin (KJ) Registered Financial Planner (Affiliate RFP, MFPC) Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida USA) Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi www.PemikirKaya.com www.KewanganPeribadi.com www.AkademiWang.Com
6
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 1 Apakah Perkara Yang Perlu Diambilkira Sebelum Pinjaman Dibuat?
Sekiranya nak meminjam, kita perlu tahu apakah tujuan pinjaman tersebut dibuat. Ingat, kita mesti sedar yang kita membuat pinjaman adalah
semata-mata
untuk
memenuhi
keperluan dan bukannya
kemahuan kita. Berikut soalan yang perlu ditanya pada diri sendiri terlebih dahulu: Adakah barangan atau perkhidmatan yang kita ingin beli itu suatu
keperluan ataupun sekadar memenuhi kemahuan sahaja?
Adakah kita mampu membayar ansurannya nanti?
Sekiranya melibatkan pembelian besar, seperti membeli rumah atau kereta bagi keperluan sendiri, tanya diri sendiri, bolehkah saya menyediakan wang pendahuluan yang lebih tinggi? Ingat bukan sekadar 10% tapi LEBIH TINGGI! Kerana ianya lebih baik dan menguntungkan!
7
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 2 Kebanyakan Orang Membuat Pinjaman Kerana Sekadar Memenuhi Kemahuan. Ada Tak Tip Atau Panduan Khusus Yang Boleh Digunapakai Sebelum Pinjaman Dibuat?
Sebelum meminjam sepatutnya kita semua tahu
tentang asas dan
peraturan meminjam. Ini sangat penting kerana ianya boleh membantu kita mengurus pinjaman/hutang kita dengan lebih baik. Berikut adalah tip atau peraturannya:
#1 - Pinjam Hanya Untuk Hutang Produktif Pinjam untuk sesuatu yang amat-amat-amat diperlukan sahaja. Contohnya apabila kita tidak mempunyai wang tunai yang cukup. Maksud “tidak mempunyai wang tunai yang cukup” adalah untuk tujuan pembelian rumah, pembelian kereta, menghantar anak melanjutkan pelajaran atau menampung perbelanjaan pada waktu kecemasan sahaja. Kecemasan di sini bermaksud antara hidup dan mati! Bukannya antara beli atau tidak!
8
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
#2 -Pinjam Mengikut Keperluan Bukan Kelayakan Pinjaman. Ramai yang tersilap langkah kerana memaksimakan pinjaman berdasarkan kelayakan. Ini yang sering terjadi kerana terpedaya dengan
sesetengah
pegawai
bank
yang
tiada
pengetahuan
mendidik pelanggan dengan betul. Memaksimakan jumlah pinjaman kesannya amat buruk kerana ia menjejaskan peluang untuk kita buat pinjaman pada masa akan datang. Sebaik-baiknya
buatlah
pinjaman
berdasarkan
keperluan
dan
kemampuan untuk bayar balik dengan selesa. Jumlah pembayaran bulanan yang disarankan bagi semua hutang adalah tidak melebihi 40% pendapatan kasar anda.
#3 - Bertanggungjawab Dan Sanggup Membayar Balik.
Harus ingat, penilaian kredit anda akan terjejas jika anda gagal atau tidak membayar balik mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan. Ianya akan direkodkan dalam CCRIS yang dikawalselia oleh Bank Negara.
9
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 3 Sebelum Berhutang, Apakah Perkara Utama Yang Perlu Diberikan Perhatian?
Sebelum seseorang itu mengambil keputusan untuk berhutang, empat (4) perkara berikut terlebih dahulu perlu dipertimbangkan iaitu: 1. Beban Hutang -
Tanya diri, “Adakah kita mampu untuk berhutang?”
-
Mampukah kita untuk menjelaskan bayaran balik hutang tersebut nanti?
-
Berapakah komitmen bayaran yang terpaksa kita buat setiap bulan?
-
Sekiranya kita sudah berhutang, tanya diri kita, “Apakah kita masih mampu untuk buat hutang baharu?
2. Nilai Bersih
-
Cuba buat penilaian ke atas Kedudukan kewangan semasa kita, sama ada mempunyai aset atau sedang menanggung liabiliti? (Tak tahu nak buat penilaian sendiri? Teruskan bacaan, jawapan kepada soalan ini akan terjawab selepas ini)
10
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
3. Pinjaman Yang Diambil
-
Berapakah jumlah pinjaman yang nak diambil & kadar faedah yang dikenakan ke atas pinjaman tersebut?
-
Jumlah pinjaman dan kadar faedah yang besar akan memerlukan kita membayar lebih banyak wang untuk bayar faedah pada masa akan datang.
-
Buatlah pilihan yang tepat. Berhutang hanya jumlah yang benarbenar perlu sahaja.
-
Jangan terpengaruh dengan cakap pegawai bank atau konsultan pinjaman yang galakkan anda ambil pinjaman maksima kerana ianya akan merugikan keupayaan kredit anda pada masa depan!
4. Bayar Balik Hutang
-
Berapakah tempoh masa pinjaman yang diambil? Semakin lama tempoh masa pinjaman, maka semakin besar jumlah wang dan faedah perlu dibayar balik. Buatlah pilihan yang tepat. Sekali lagi pesan saya, hutang hanya jumlah yang benar-benar perlu sahaja.
11
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 4 Beban Hutang? Apa Itu beban Hutang? Boleh Tolong Jelaskan?
Begini, beban hutang adalah istilah yang sering digunakan untuk menggambarkan jumlah atau amaun hutang seseorang.
Biasanya ia digunakan untuk melihat situasi semasa kewangan kita sama ada kita masih memiliki amaun kredit yang "selamat" atau sebaliknya.
Pemberi pinjaman (pemiutang) biasanya akan melihat kadar Nisbah Tanggungan Hutang yang dibenarkan [(Debt Service Ratio (DSR)], dan membandingkan pendapatan dengan perbelanjaan untuk dianalisa sama ada nisbah hutang kita baik atau tidak.
Ianya juga akan mendedahkan betapa baik, atau buruk kedudukan kewangan semasa seseorang dalam satu-satu masa.
12
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 5 Apa Itu Nisbah Tanggungan Hutang/Debt Service Ratio (DSR)?
DSR atau Debt Service Ratio adalah peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia. Tujuannya adalah untuk menetapkan jumlah hutang yang boleh kita miliki dalam satu-satu masa. Secara mudahnya ia adalah Nisbah Hutang Berbanding Pendapatan Anda. Permohonan pinjaman kita biasanya ditolak mempunyai banyak sebab tetapi salah satunya (dan yang paling utama) adalah kerana peraturan DSR. Iaitu berapakah komitmen hutang kita setiap bulan jika dibandingkan dengan pendapatan yang kita terima setiap bulan. Secara umumnya DSR adalah 70%. Namun setiap bank mempunyai polisi-polisi
tambahan
yang
berbeza
mengikut
kesesuaian
dengan
penilaian berbeza mengikut bank seperti jumlah pendapatan bersih bulanan, lokasi rumah, harga rumah atau barangkali kakitangan awam atau swasta. Ya, kita boleh mengira nisbah ini sendiri. Langkahnya adalah seperti berikut: Jumlahkan semua komitmen bayaran hutang bulanan Kemudian bandingkan jumlah itu dengan jumlah pendapatan BERSIH bulanan kita dan darabkan dengan 100 untuk dapatkan peratusan.
13
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
Apabila kita telah membahagikan bayaran hutang bulanan kita dengan jumlah pendapatan bulanan, kita akan mendapat nisbah tanggungan hutang bulanan (Debt Service Ratio) kita tersebut. Contoh Pendapatan bulanan Bersih : RM 5,000 Pembayaran balik pinjaman secara tetap setiap bulan : RM 2,574 Contoh komitmen hutang sebulan adalah seperti berikut:
Hutang Sewa Beli Kereta RM 777
Purata bayar Hutang Kad Kredit RM 250.
Hutang ASB Loan RM 947.
Hutang Personal Loan RM 600.
Nisbah hutang kepada pendapatan (DSR): RM2,574 / RM5,000 x 100 = 51.5% Ini bermakna jumlah hutang (DSR) kita adalah 51.5% daripada pendapatan yang kita perolehi. Berdasarkan DSR yang ditetapkan 70% misalnya, maka kita cuma dapat buat hutang baru sehingga RM 926 sahaja atau 18.5% lagi. Berikut kiraannya: 70/100 x RM5,000 = RM3,500 RM3,500 – RM2,574 = RM 926 Justeru, pastikan kita merancang hutang dengan betul. Utamakan hutang yang lebih utama. Untuk belajar cara uruskan hutang dengan bijak boleh rujuk www.PanduanBebasHutang.com
14
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 6 Apakah Kriteria Yang Pihak Bank Gunakan Sebelum Permohonan Pinjaman Saya Diluluskan?
Pada kebiasaannya peraturan yang dibuat oleh bank sebelum meluluskan sesuatu pinjaman adalah dengan meneliti 2 perkara berikut:
#1 - Hutang Bukan Perumahan Sekiranya hutang bukan perumahan antara 10 hingga 20 peratus, maka kemungkinan kita mampu memperoleh kredit adalah tinggi. Sekiranya jumlahnya hampir kepada 20 peratus, maka tiba masanya untuk kita fikirkan bagi mengurangkan beban hutang sedia ada.
#2 - Hutang Perumahan Antara formula yang digunapakai bagi menetapkan had untuk amaun hutang perumahan yang seseorang boleh tanggung adalah 3 kali pendapatan tahunan.
Sekiranya pendapatan tahunan
ialah RM70,000, sebuah syarikat gadai janji atau bank mungkin boleh memberi pinjaman sehingga RM210,000, dengan syarat rumah itu mempunyai nilai yang sama dan faktor kredit yang lain (bayaran pinjaman lain) adalah memuaskan.
15
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 7 Saya Nak Tahu Tip-Tip Sebelum Berhutang. Boleh Kongsikan?
Ok, satu perkara yang kita perlu Ingat! Apabila kita berhutang, kita telah MEMBELANJAKAN pendapatan masa depan kita. Akibatnya, kini kita mempunyai wang yang kurang untuk berbelanja sesuatu yang kita inginkan. Ini kerana kita mesti membayar barang/perkhidmatan yang telah kita beli secara hutang sebelum ini.
Ramai
yang
tak
menyedari
hal
ini
kerana
perkara
yang
paling
menyedihkan, kebanyakan barangan yang kita hutang dulu mungkin sudah tidak boleh digunakan lagi atau mungkin telah dibuang. Namun kita
masih
‘terpaksa’
membayar
baki
hutang
yang
masih
besar
jumlahnya !
Jadi berikut adalah antara tip yang perlu difikirkan sebelum kita berhutang:
#1 - Kestabilan Pendapatan – Tanya diri kita sendiri, adakah kita akan punyai pendapatan yang stabil pada masa akan datang atau tidak menentu? Jika tidak menentu saya cadangan kita Tangguh Dahulu! 16
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
#2 - Perbelanjaan Lain – Cuba buat analisa ke atas perbelanjaan yang lain, adakah ianya tidak menganggu perbelanjaan keperluan asas kita seperti bayaran bil utiliti (elektrik, air, telefon, internet), makan minum, perbelanjaan dapur, sewa rumah, kereta dan sebagainya.
#3 - Mulakan Tabiat Berjimat Yang Kerap - Adalah lebih murah untuk berjimat terlebih dahulu (dengan sediakan tabung simpanan khas) daripada membeli secara kredit dan kemudian ‘terpaksa’ membayar ansuran dengan faedah yang tinggi! Pastikan beban hutang masa depan kita adalah berpatutan iaitu tidak melebihi 40%.
#4 - Lihat Dan Analisa Penyata Kewangan Peribadi – Ini adalah tip yang terpenting! Pastikan sebelum berhutang, buat kaji selidik dan analisa kedudukan kewangan sebenar dengan menyediakan Penyata Pendapatan (Penyata Aliran Tunai) & Penyata Nilai Bersih (Penyata Aset Bersih) terlebih dulu. Dengan cara ini, kita akan dapat gambaran sebenar kedudukan kewangan semasa kita yang sebenar.
17
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 8 Bagaimana Cara Untuk Mengira Nilai Aset Bersih?
Langkah 1
Senaraikan barangan bernilai yang anda miliki (Wang tunai, saham, hartanah, emas, dan sebagainya.)
Langkah 2
Langkah 3
Jumlahkan Aset tersebut
Senaraikan hutang anda (Pinjaman peribadi, pendidikan, baki kad kredit, hutang dengan kawan, saudara, baki bayaran ansuran mudah dan sebagainya.)
Langkah 4
Langkah 5
Jumlahkan Liabiliti Tersebut
Jumlah Aset Tolak Liabiliti (Jika sekiranya jawapannya adalah positif, tahniah. Anda mungkin
boleh
pertimbangkan
untuk
meneruskan
permohonan pinjaman. Jika hasilnya Negatif, tangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk berhutang tersebut!)
18
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 9 Bagaimana Kadar Faedah Pinjaman Hutang Dikira?
Satu perkara yang mesti kita tahu, apabila kita berhutang ianya pasti melibatkan pengiraan kadar faedah, tempoh masa bayaran balik dan jumlah kompaun yang ‘terpaksa’ dipersetujui oleh peminjam. Jadi amat pentinglah untuk kita tahu dan faham setiap komponen tersebut apabila berhutang. Setiap satu daripadanya akan memberikan kesan jangka masa panjang kepada kedudukan kewangan masa depan kita. Harus diingat setiap kali hutang pinjaman dibuat ianya akan melibatkan pengiraan komponen seperti berikut: 1. Jumlah Pinjaman Pokok 2. Kadar Faedah 3. Jenis Faedah 4. Tempoh Masa Pinjaman Berikut adalah formula kiraan FAEDAH bagi pinjaman RM50,000 yang dikira berasaskan jenis faedah pada kadar tetap (flat rate) 5% selama 9 tahun:Jumlah Pinjaman
x
Kadar Faedah
x
Tempoh Masa (Tahun)
JUMLAH FAEDAH
RM50,000
x
5%
x
9 tahun
RM22,500
19
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 10 Jenis Faedah? Berapa Banyak Jenis Faedah Yang Ada Dalam Pinjaman?
Sebenarnya terdapat lebih daripada satu jenis faedah yang boleh digunakan oleh pemberi pinjaman. Jenis faedah inilah yang menentukan keuntungan yang dibuat oleh pemberi pinjaman. Jenis faedah yang biasa digunakan dan biasa kita dengar adalah kadar tetap atau flat rate. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi pinjaman sewa beli barangan pengguna termasuk belian secara ansuran mudah dan pembelian kereta ataupun motor secara sewa beli. Jenis faedah yang biasa dikenakan adalah berbentuk kadar tetap tahunan atau yearly rest. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi membeli barangan pengguna seperti barangan elektrik ataupun perabot, pinjaman peribadi atau personal loan, dan sewa beli kenderaan. Jenis faedah yang ketiga adalah berbentuk kadar bulanan atau monthly rest. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan pada pinjaman perumahan. Jenis faedah yang keempat dan yang terakhir adalah berbentuk kadar harian atau daily basis. Kebiasaannya jenis faedah ini digunakan bagi overdraf, kad kredit dan juga pinjaman perumahan.
20
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 11 Apakah Beza Di Antara Jenis Faedah Ini?
Setiap jenis faedah ini mempunyai perbezaan yang sangat ketara dari segi formula kiraan faedahnya. Berikut adalah perbezaannya:Kadar tetap atau flat rate dikira berdasarkan jumlah tahunan dan faedah tetap yang dikenakan. Kadar tetap tahunan atau yearly rest dikira berdasarkan kepada baki keseluruhan setiap tahun pada akhir kiraan buku. Kadar bulanan atau monthly rest dikira berpandu kepada hutang keseluruhan pada akhir setiap bulan. Kadar harian atau daily basis dikira berdasarkan kepada baki harian keseluruhan pinjaman.
21
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
SOALAN 12 Di Antara Jenis Faedah Ini Yang Manakah Lebih Baik?
Soalan yang sangat bagus! Bila kita dah tahu ada lebih daripada satu jenis faedah, jadi timbul pula rasa ingin tahu yang manakah yang terbaik untuk dipilih. Baiklah sebelum saya berikan jawapan, perkara pertama yang perlu kita tahu ialah pihak yang menentukan jenis faedah bukanlah kita sebagai pihak
pengguna
sebaliknya
pihak
pemberi
pinjaman
yang
menentukannya. Ini kerana jenis faedah adalah penentu keuntungan yang dikehendaki oleh pemberi pinjaman. Kita sebagai pengguna atau peminjam tiada hak untuk menentukan jenis faedah pinjaman tersebut. Namun begitu, kita masih berpeluang untuk memilih jenis faedah pinjaman sesuai dengan pilihan dan kehendak kita daripada pihak lain. Ini kerana terdapat banyak pemberi pinjaman yang
menawarkan
pelbagai jenis faedah yang lebih menarik dan menguntungkan peminjam bagi mendapatkan pelanggan. Persaingan
untuk
mendapatkan
pelanggan
menyebabkan
pemberi
pinjaman bersaing menawarkan jenis faedah pinjaman hutang yang lebih baik untuk pengguna.
22
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
Di
antara
jenis
faedah
tersebut,
perkhidmatan
pinjaman
yang
menggunakan caj faedah harian adalah yang terbaik dan menjimatkan. Kenapa saya kata begitu? Adakah tuan – puan ingin tahu jawapannya dengan lebih terperinci? Dapatkan segala jawapan berkaitan hutang melalui ebook
101 Soal Hutang Yang Wajib Anda Tahu Jawapannya Agar Hidup Lebih Tenang, Hati Pun Senang!
Download Melalui Link Di Bawah http://soal.panduanbebashutang.com
23
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
PENUTUP
Begitulah 12 soalan yang wajib ditanya sebelum berhutang yang dapat saya kongsikan bersama pembaca semua. Kandungan ebook ini adalah sebahagian daripada kandungan ebook 101 Soal Hutang.
Sekiranya tuan-puan telah membacanya sehingga ayat ini, saya ucapkan tahniah dan syabas di atas kejayaan tersebut. Ini bermakna tuan-puan telah
menambah
ilmu
pengetahuan
berkaitan
pengurusan
hutang
peribadi.
Sebenarnya terdapat lebih banyak jawapan kepada persoalan hutang yang WAJIB diketahui oleh kita jika sekiranya kita tidak mahu terus menerus hidup dibelenggu hutang. Oleh itu saya sangat sarankan untuk dapatkannya di http://soal.panduanbebashutang.com
Semoga soal jawab yang telah dikongsikan sedikit sebanyak dapat membantu dalam menguruskan hutang dengan lebih efektif. Besarlah harapan
saya agar kandungan dan tip-tip yang telah dinyatakan telah
dapat memberikan manfaat buat pembaca semua.
24
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
Jika pembaca ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang pengurusan kewangan peribadi, sila lawati blog saya di www.PemikirKaya.com atau boleh dapatkan lain-lain produk saya yang dapat menambahkan lagi pengetahuan kewangan tuan-puan di www.KewanganPeribadi.com
Akhir kata dari saya, untuk memastikan anda berjaya mengurus hutang dengan lebih efektif:-
“Hutang Bukanlah Satu Masalah Kerana Ianya Hanyalah Alat! Kitalah Yang Menentukannya Sama ada Mahu Menggunakannya Untuk Keuntungan Atau Menggunakannya Untuk Tujuan Yang Merugikan…!”
Salam Kejayaan,
KJ Khairulnahar Jamaluddin (KJ) Registered Financial Planner (Affiliate RFP) Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida USA) Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi www.PemikirKaya.Com www.AkademiWang.Com www.KewanganPeribadi.Com
25
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
PROFIL PENULIS Khairulnahar Jamaluddin juga lebih mesra disapa dengan panggilan KJ merupakan Blogger Motivasi & Kewangan Peribadi
yang
berkongsi
idea
dan
penulisannya
di
www.PemikirKaya.com. Merupakan seorang Jurulatih Kejayaan & Kewangan Peribadi, usahawan dan penulis buku dan ebook yang prolifik. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah ebook bertemakan motivasi dan kewangan peribadi.
Ebook
pertama
beliau
‘7
Cara
Mengatasi
Masalah
Kekurangan Wang’ telah mendapat kepercayaan pihak penerbit untuk diterbitkan semula dalam bentuk buku fizikal oleh TrueWealth Sdn. Bhd., syarikat penerbitan yang dimiliki oleh Speaker Kewangan nombor 1 di Malaysia, Jurulatih Jutawan - Azizi Ali!
Beliau juga merupakan seorang Certified NLP Practitioner (NFNLP, Florida USA) dan kini sedang aktif menjalankan seminar kewangan peribadi dengan menerapkan teknologi kejayaan NLP dalam modul Seminar dan latihan kewangan peribadi yang dijalankannya.
26
12 SOALAN YANG WAJIB DITANYA SEBELUM BERHUTANG
Turut aktif memberikan khidmat nasihat kewangan dan turut dijemput sebagai panel jemputan dalam program TV Al Hijrah.
Kini beliau giat menjalankan seminar untuk orang awam, agensi kerajaan mahu pun swasta. Untuk menjemput beliau berkongsi ilmu kejayaan dan kewangan peribadi boleh hubungi beliau melalui: Facebook : https://www.facebook.com/khairulnahar Blog : http://pemikirkaya.com/contact-me/
27