CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
21/02/2013
1
ZAMAN PERTENGAHAN 2
Zaman Pertengahan 1. 2.
BAB 3 PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM (III)
3. 4.
Zaman Kerajaan Umayyah I (661-750 M) Zaman Kerajaan Umayyah II (756-1031M) Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750-1258 M) Zaman Kerajaan Uthmaniyyah (1299-1923)
CTU 151: PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Maruwiah Ahmat
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 3
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 4
1.
Sultan Abdul Hamid II digulingkan oleh Kumpulan Belia Turki atau Turki Muda (Young Ottoman Turk) yang dipimpin oleh Mustafa Kemal Attarturk. Golongan ini menubuhkan kerajaan sendiri yang berpusat di Ankara.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 5
Kelemahan Pemerintah Sultan-sultan Uthmaniyyah yang terakhir – keperibadian yang lemah menyebabkan kerajaan Turki Uthmaniyyah telah mengalami kemerosotan. Sultan dikatakan suka berfoya-foya, suka berhibur, rakus dan mempunyai sifat yang tamak- leka dengan kemewahan dunia sehinggakan mereka tidak mempedulikan hal kebajikan rakyat. Sultan Salim II (1566-1574) - suka minum arak dan sering barfoya-foya dengan dayang-dayang istana, sehingga meninggal dunia disebabkan terlalu banyak minum arak. Sultan Salim II menyerahkan urusan pentadbiran negara kepada wazir yang bernama Muhammad Pasya Secilli.
Pada akhir kurun ke-18 M, Kerajaan Uthmaniyah mula lemah dan sedikit demi sedikit wilayahnya di Eropah Timur dan Afrika terlepas.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 6
2.
Meningkatnya kuasa al-Harem Sultan juga dipengaruhi oleh ibu dan isterinya dalam hal pentadbiran. Contohnya pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1640 -1648) baginda telah dipengaruhi oleh bondanya dan tiga orang isterinya yang masuk campur tangan dalam hal ehwal pemerintahan. Penyingkiran wazir besar iaitu Kara Mustafa yang telah banyak berjasa kepada Sultan Murad IV. Bonda dan isteri-isterinya telah menghasut golongan Inkishariyah agar mereka menuntut supaya Sultan Ibrahim menyerahkan kepala wazir tersebut kepada mereka.
Maruwiah Ahmat
3.
Kemerosotan dalam bidang ketenteraan Kemerosotan ketenteraan bermula apabila disiplin ketenteraan dalam kalangan pegawai atasan semakin lemah. Sikap tentera yang tamak dan tidak mempunyai semangat untuk berjihad telah menyebabkan mereka membenarkan begitu banyak rasuah berlaku dalam kalangan mereka. Pada zaman ini, penjualan jawatan telah bermula di peringkat atasan lagi, malah Sultan Sulaiman II sendiri telah meminta hadiah daripada orang yang hendak dilantik untuk memegang sesuata jawatan. Pada masa ini juga jawatan tidak lagi dipilih berdasarkan kelayakan.
1
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 7
21/02/2013
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 8
4.
Perebutan kuasa jawatan Sultan Pelantikan sesuatu jawatan juga berdasarkan keturunan, yang mana anak-anak mereka akan mengantikan jawatan mereka. Hal ini telah menyebabkan berlakunya pembunuhan antara waris-waris bagi mendapatkan jawatan tersebut. Waris-waris sendiri terpaksa dibunuh bagi menjamin tidak ada perebutan kuasa di kemudian hari.
Perang Dunia Pertama 9
5.
Terlibat dalam Perang Dunia Pertama Enver Pasha menyertai kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia I. Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikahan antarabangsa dan menjadi punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. TU mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan dan beberapa kawasan lain. Di Caucasus, TU tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabizon, Erzurum, ke arah Van. - TU tewas pada akhir peperangan ini.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 10
PIHAK BERIKAT
6.
PIHAK BERSEKUTU/KUASA PUSAT
Rusia Perancis United Kingdom Kanada Itali Amerika Syarikat
Bulgaria Empayar Turki Uthmaniyyah Austria-Hungary Empayar Jerman
Dimenangi oleh Pihak Berikat menyebabkan empayar2 Bersekutu berpecah.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 11
Kelemahan dalam tadbir urus ekonomi Punca kepada tercetusnya kemerosotan dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Kelemahan adalah disebabkan perlantikan jawatan yang bukan didasari oleh kebolehan. Jawatan memungut cukai diberikan kepada sesiapa sahaja yang berikrar untuk memberi sumbangan kutipan yang besar kepada perbendaharaan negara. Keadaan ini bertambah buruk apabila kadar cukai yang tinggi dikenakan membebankan rakyat.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 12
7.
Kos Perang Uthmaniyah berhadapan perang yang amat mahal dengan Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, dan Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki melibatkan 10 kali perang berlarutan selama 241 tahun. Uthmaniyah tewas dalam Perang Lepanto pada 1571 M dengan Austria. Peperangan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria.
Maruwiah Ahmat
8.
Perdagangan yang lembab saingan dengan negara Eropah yang semakin maju dalam bidang perdagangan. pada abad ke-16, Turki Uthmaniyah bersaing dengan Portugis untuk menguasai jalan perdagangan di perairan India. sistem kapitalisme yang diperkenalkan di Eropah menyebabkan revolusi perindustrian muncul dan menenggelamkan industri tradisional masyarakat Turki.
2
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 13
21/02/2013
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 14
9.
10. Keruntuhan akhlak Kurang penghayatan Islam sedikit sebanyak mempengaruhi kejatuhan empayar agung ini. Ajaran Islam telah dicemari dengan ajaran khurafat, tahayyul, amalan tasawuf yang melampaui batas tanpa menghiraukan tugas wajib iaitu untuk berjihad dan menegakkan amar makruf serta mencegah yang mungkar. Golongan istana juga terlibat dalam krisis moral dengan adanya pesta yang dilengkapi dengan minuman keras, dendangan muzik dan para dayang yang menghiburkan para pembesar negara.
Pemberontakan rakyat Pemberontakan dan rasuah berleluasa. Pemberontakan - tiada lagi penyatuan antara golongan pemerintah dan rakyat jelata. Keadaan dapat dilihat apabila berlaku pemberontakan dalam kalangan puak Kurdish, puak Druze di Syiria, tuantuan tanah tentera di Anatolia dan Janissari di ibu kota yang ingkar dan suka memberontak telah mengganggu tumpuan tentera empayar menentang Austria, Poland dan Safavi. Pemberontakan ini mencetuskan masalah dalaman yang teruk.
Faktor Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 15
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 16
1.
11. Pengaruh Luar Kebangkitan kekuatan Eropah telah menjadi faktor kejatuhan empayar Turki Uthmaniyah. Kemajuan dari aspek ilmu pengetahuan yang telah dicapai oleh Eropah telah mendorong perluasaan kuasa atau imperialisme Barat berlaku. Gerakan-gerakan renaisans melahirkan perubahanperubahan yang besar dalam sejarah dunia iaitu kebangkitan Eropah dan kemunduran kerajaan Islam di empayar Turki Uthmaniyah. Hal ini telah melumpuhkan Turki Uthmaniyah akibat daripada saingan kuasa-kuasa Eropah.
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 17
Kehilangan institusi khilafah Perpecahan negara Islam di bawah satu pemerintahan. Apabila kejatuhan Turki Uthmaniyah, setelah bertukar menjadi negara republik menyebabkan institusi khalifah telah hilang. Hal ini bermula selepas Mustafa Kamal menggantikan Kesultanan Uthmaniyah kepada republik Turki. Negara Islam turut mendapat kesannya kepada negara Iran di bawah pemerintahan Reza Shah yang memperkenalkan sebuah parti sahaja, sama dengan Parti Republikan Rakyat Antartuk. Pembaharuan ini telah melenyapkan sistem pemerintahan Khalifah di negara-negara Islam.
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 18
2.
Perpecahan wilayah umat Islam negara di bawah naungannya telah membebaskan diri dan ditakluk oleh pihak Eropah. Pemberontakan oleh negara seperti Montenegro, Bosnia, Balkan, Serbia, Herzegovina dan di tempattempat lain membebaskan diri menyebabkan perpecahan negara umat Islam. Raja Husein hanya dapat menguasai tidak lebih dari bumi Hijaz. Raja Faizal pula yang telah berusaha memerdekakan bumi Syam dari kuasa Turki.
Maruwiah Ahmat
3.
Kemerosotan ekonomi perbelanjaan yang besar untuk biaya perang. Hal ini telah menyebabkan negara Islam yang dahulunya di bawah pengaruh seperti Timur Tengah dan Afrika Utara mengalami kemerosotan ekonomi. Negara Islam semakin teruk terjejas ekonominya apabila selepas tamat Perang Dunia 1 kerana dengan persetujuan Sykes-Picot 1916. Wilayah Turki Uthmaniyah telah dibahagikan kepada Perancis, Inggeris, Russia dan Itali. Ekonomi negara Islam yang dibahagikan telah terjejas akibat daripada penguasaan orang Eropah.
3
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 19
21/02/2013
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 20
4. Permodenan Turki menjadi ikutan negara Islam yang lain. Kepercayaan sosialis Fabian Qibti Salama Musa di Iran yang berpendapat bahawa kebudayaan Barat menjadi kunci kepada reformasi sosial. Kebudayaan Barat ini telah menyebabkan keruntuhan akhlak masyarakat di negara-negara Islam. Inggeris menggalakkan pemisahan kaum Assyria dengan menubuhkan tentera khas untuk menindas kaum Kurdi dan Turki yang tinggal di utara Iraq. Perpaduan umat Islam mula retak selepas kejatuhan Turki Uthmaniyah.
Perdagangan negara Islam semakin merosot kerana masyarakat Eropah telah menguasai perdagangan di Lautan Hindi, Laut Mediterranean, Terusan Suez dan jalan perdagangan yang lain. Hal ini telah menyebabkan Eropah semakin mengusai ekonomi negara Islam. Contohnya, Perancis dan Inggeris telah mengawal syarikat Terusan Suez dan orang Yahudi di Mesir memiliki hampir seluruh gedung besar perniagaan dan banyak melibatkan diri dalam pasaran saham. Selain itu, penguasaan Soviet Union yang menguasai sekitar satu pertiga daripada jumlah perniagaan asing Iran. Penguasaan ekonomi oleh masyarakat Eropah di negara Islam telah melemahkan ekonomi negara Islam.
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 21
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 22
Tiada penerapan sistem Islam
Berlakunya kekacauan
Terhentinya dakwah Islam
Dunia Islam mengekori Eropah
Akibat Ketiadaan Kuasa Khalifah
Tiada kuasa perlindungan
Perpecahan muslimin dan wilayah Islam
Orang Islam semakin lemah
Terhentinya dakwah Islam
Tiada penerapan sistem Islam
Eksploitasi kekayaan muslim
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 23
Daulah Islamiyah adalah satu kaedah untuk menjalankan sistem Islam. Runtuhnya daulah ini berakhirlah sistem Islam kerana digantikan dengan sistem Barat.
Penyebaran Islam terbantut dengan hilangnya daulah Islamiyah. Sebaliknya ajaran Kristian dan fahaman Yahudi berleluasa.
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 24
Tiada kuasa perlindungan
Negara-negara Islam tiada lagi pelindung. Contohnya, Palestin. KU berjaya menyingkir Perancis dari Mesir dan Sepanyol dari Algeria.
Perpecahan muslimin dan wilayah Islam
Maruwiah Ahmat
KU berpecah menjadi negara bangsa yang kecil. Org kafir melaksanakan dasar ‘pecah dan perintah’. AS berjaya meletakkan pngkalan tentera di Afghanistan, Arab Saudi dan Iraq.
Eksploitasi kekayaan muslim
Org kafir masuk ke negara Islam memperkenalkan sistem ekonominya. Berlakunya eksploitasi – kekayaan bumi Islam dibawa ke negara kafir.
Orang Islam semakin lemah
Apabila ekonomi dikuasai oleh orang kafir, maka orang Islam dan negara Islam makin lemah, dan kemudiannya mundur.
4
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
21/02/2013
Kesan Kejatuhan Kerajaan Uthmaniyah 25
Latihan Pemahaman 26
Dunia Islam mengekori Eropah
Berlakunya kekacauan
Ketiadaan Daulah Khilafah, memberi peluang kepada orang kafir untuk membuat kekacauan di bumi Islam tanpa ancaman. Contohnya: di Iraq dan Afghanistan AS bebas menanam ideologi mereka di dunia Islam tanpa sekatan.
Maruwiah Ahmat
Akhirnya pada masa kini dunia Islam tunduk kepada kuasa-kuasa Barat dan AS. Sistem politik dan ekonomi berasaskan Barat. Menggunakan teknologi Barat. Mendapat pendidikan di Barat.
Pada pendapat anda, apakah punca utama kemerosotan empayar Uthmaniyah?
Apakah impak yang paling besar berlaku dalam dunia Islam akibat keruntuhan empayar Uthmaniyah?
5