HELAIAN KETERANGAN PRODUK TAKAFUL IKHLAS BERHAD (Sila baca Helaian Keterangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan IKHLAS Individual Medical Secure Takaful untuk menyertai “IKHLAS Individual Medical Secure Takaful Rider”. Sila Rider pastikan juga anda membaca terma dan syarat am). dd/mm/yyyy Tarikh: 1.
Produk apakah ini? Pelan rider ini boleh disertakan dengan pelan keluarga individu dengan Sumbangan Takaful berkala. Pelan rider ini menyediakan perlindungan perubatan menyeluruh, dengan membayar semula kepada Peserta Takaful, terhadap perbelanjaan perubatan yang tertanggung yang disebabkan oleh kemasukan ke hospital, pembedahan, atau rawatan perubatan pesakit luar seperti yang dinyatakan di dalam Jadual Manfaat. Peserta Takaful boleh memilih untuk menyertai di antara sepuluh (10) pelan dengan tahap manfaat-manfaat dan Sumbangan Takaful yang berbeza, yang disediakan di bawah pelan rider ini. Peserta-peserta Takaful mempunyai pilihan untuk menyertai pelan tanpa tunai yang membolehkan kemasukan ke hospital tanpa kesulitan dengan kad perubatan bagi memenuhi perlindungan bersesuaian dengan bajet Peserta Takaful.
2.
3.
Apakah konsep Syariah yang digunapakai?
Tabarru’ – bermaksud derma bagi tujuan perpaduan dan kerjasama di kalangan Peserta-peserta Takaful dan akan digunakan untuk membantu Peserta Takaful yang ditimpa musibah. Di dalam konteks Takaful IKHLAS, Tabarru’ akan diperuntukkan ke dalam Dana Risiko.
Wakalah – bermaksud agensi. Di dalam konteks ini, ia merujuk kepada kontrak di antara Syarikat dan Peserta Takaful di mana Peserta Takaful melantik Syarikat untuk menguruskan dana bagi pihak Peserta Takaful, yang membenarkan Syarikat untuk mengenakan yuran Wakalah.
Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan? a) Jadual Manfaat Penerangan Manfaat-manfaat
Pelan Platinum A
B
C
Pelan Gold D
Pelan Silver
E
F
G
H
I
J
400
300
200
150
150
100
Bahagian A: Manfaat Kemasukan ke Hospital dan Penjagaan Pembedahan 1.
Bilik Hospital & Makan, maksimum harian sehingga 180 hari
2.
Unit Rawatan Rapi, maksimum harian sehingga 30 hari
3.
Bekalan & Khidmat Hospital
4.
Yuran Pembedahan, termasuk penjagaan selepas pembedahan sehingga 30 hari
5. 6.
Yuran Pakar Bius Caj Bilik Bedah
7.
Rundingan Pakar Sebelum Kemasukan ke Hospital, dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan
8.
Ujian Diagnosis Sebelum Kemasukan ke Hospital dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan
9.
10.
Lawatan Pengamal Perubatan semasa di Hospital, 2 lawatan sehari dengan maksimum sebanyak 180 hari Rawatan Susulan Selepas Keluar Hospital, dalam tempoh 60 hari dari tarikh dibenarkan keluar
11. Yuran Ambulans Rawatan Pesakit Luar Akibat Kemalangan, setiap 12. kemalangan termasuk rawatan susulan sehingga 30 hari
400
300
200
150
Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang Biasa Diamalkan
Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang Biasa Diamalkan, serta ko-Takaful.
Seperti yang dicajkan, tertakluk kepada Keperluan, Kewajaran, dan Caj yang Biasa Diamalkan
Rawatan Pergigian Akibat Kemalangan, setiap 13. kemalangan termasuk rawatan susulan sehingga 30 hari Penjagaan di Rumah, secara harian dengan maksimum 14. sehingga 60 hari dari tarikh dibenarkan keluar dari Hospital
300
Bahagian B: Penjagaan Jangka Panjang
250
150
100
(Tambahan kepada Had Tahunan Keseluruhan)
1.
Rawatan Kanser Pesakit Luar, setahun
80,000
60,000
40,000
30,000
2.
Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, setahun
40,000
30,000
20,000
15,000
3.
Permindahan Organ, sekali seumur hidup
30,000
Tidak Dilindungi
Tidak Dilindungi
Bahagian C: Manfaat-manfaat Lain 1.
Rawatan Perubatan Tradisional Akibat Kemalangan
200
200
2.
Elaun Tunai harian Hospital Kerajaan, sehari maksimum sehingga 60 hari
100
100
3.
Perbelanjaan Penginap
4.
Pembedahan Katarak
5.
Yuran Laporan Perubatan, setiap hilang upaya
Tidak Dilindungi
600
400
250
150
600
400
250
150
1,000 50
Cukai Perkhidmatan Kerajaan Bahagian D. Had-had
Dilindungi
6.
1.
Had Tahunan Keseluruhan
2.
Had Seumur Hidup
150,000
100,000
1,500,000 1,000,000
65,000
50,000
650,000
500,000
200
120
150,000
100,000
1,500,000 1,000,000
65,000
50,000
35,000
20,000
650,000
500,000
350,000
200,000
150
100
80
50
Bahagian E: Ciri-ciri Istimewa Manfaat Kesihatan
600
450
500
400
b) Manfaat Sijil Takaful Matang Jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, jika ada, akan dibayar apabila Sijil Takaful matang. c) Manfaat Serahan Sijil Takaful Jumlah terkumpul di dalam PRIA, termasuk pendapatan pelaburan dari PRIA dan lebihan boleh-agih bersih daripada Dana Risiko, akan dibayar apabila berlakunya penyerahan Sijil Takaful. 4.
Berapakah jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar? Jumlah Sumbangan Takaful yang perlu dibayar berbeza bergantung kepada keperluan pengunderaitan, umur, tempoh, dan Amaun Perlindungan yang dipohon. Sumbangan Takaful anda adalah seperti berikut: Pelan Umur Peserta Takaful Jantina Umur matang Sumbangan Takaful Tahunan
: : : : :
Pelan A 5 Perempuan 0 RM0.00
Sumbangan Takaful pembaharuan adalah tidak dijamin dan pihak Takaful IKHLAS berhak untuk menyemak kadar Sumbangan Takaful setiap Peserta Takaful pada ulang tahun Sijil Takaful berikutnya berdasarkan pengalaman tuntutan untuk keseluruhan produk. Syarikat akan memberi tiga (3) bulan notis bertulis kepada Peserta Takaful sekiranya berlaku penyemakan semula Sumbangan Takaful atau penarikan-balik portfolio. Sumbangan Takaful boleh diubah sekiranya pengalaman tuntutan semakin meningkat, terdapat perubahan terhadap sebarang manfaat produk dan/ atau profil risiko Peserta Takaful. Sebab-sebab untuk perubahan ini adalah tidak terhad dan Sumbangan Takaful juga boleh disemak semula di atas alasan-alasan lain yang munasabah. 5.
Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar? a) Yuran Wakalah Tahun Pertama Kedua
Yuran Wakalah
Komisyen
0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 atau RM0
Ketiga Keempat Kelima Keenam Ketujuh dan ke atas
0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0
0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 0% daripada Sumbangan Takaful Tahunan atau RM0 Tiada Komisyen Dibayar
Satu yuran pengurusan sebanyak RM56.20 akan dikenakan setiap tahun terhadap setiap Peserta Takaful di bawah Sijil Takaful ini.
* Komisyen adalah sebahagian daripada yuran Wakalah. b) Caj Tabarru akan ditolak daripada PRIA. Tabarru' akan meningkat seiring dengan peningkatan usia Peserta Takaful dan/ atau Pembayar. 6.
Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui? a) Pendedahan maklumat – anda dikehendaki mendedahkan semua maklumat dan fakta seperti umur, pekerjaan dan keadaan kesihatan dengan betul. Takaful IKHLAS mempunyai hak untuk menolak pembayaran tuntutan jika anda didapati gagal untuk mendedahkan maklumat yang releven yang akan mempengaruhi keputusan untuk menerima atau menolak risiko, dan tentang peruntukan-peruntukan yang akan ditetapkan pada anda. b) Tempoh Khiyar – Anda boleh membatalkan Sijil Takaful dengan mengembalikan Sijil Takaful tersebut kepada pihak Syarikat dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh Sijil Takaful diterima. Sumbangan Takaful yang telah dibayar (selepas ditolak dengan jumlah perbelanjaan perubatan – sekiranya ada) akan dikembalikan. Syarikat akan membatalkan Sijil Takaful dengan serta-merta setelah penerimaannya dan ianya akan dianggap tidak berkuatkuasa semenjak dari tarikh dikeluarkan. c) Tempoh Menunggu: i) Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari adalah terpakai tetapi tempoh menunggu tidak terpakai bagi sebarang kecederaan yang terjadi akibat kemalangan. ii)
Penyakit-penyakit berikut tidak akan dilindungi bagi 120 hari pertama Sumbangan Takaful Peserta Takaful:Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular. ● Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari ● Semua keadaan telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak ● Hernia, Hemorrhoid, Fistulae, Hidrosel, Varikosele ● Endometriosis termasuk penyakit sistem Pembiakan ● Gangguan Vertebrospinal (termasuk cakera) dan keadaan lutut. ●
d) Jumlah terkumpul di dalam PRIA– Pendapatan pelaburan sebenar boleh berubah-ubah mengikut keadaan pasaran. Oleh itu, jumlah terkumpul di dalam PRIA boleh meningkat naik atau menjadi kurang daripada jumlah Sumbangan Takaful yang telah dibuat ke dalam PRIA (berkemungkinan menyebabkan peluputan Sijil Takaful sebelum tempohnya). e) Keuntungan pelaburan daripada PRIA, jika ada, akan dipulangkan kepada Peserta Takaful (melalui PRIA) setelah ditolak Yuran Prestasi Pelaburan sebanyak 30% daripada keuntungan pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun pihak Syarikat boleh, mengikut budi bicara mengenakan caj kurang daripada 30% daripada keuntungan pelaburan sebagai Yuran Prestasi Pelaburan. f)
Syarikat akan mengenakan Caj Pengurusan Lebihan (SAC) sebanyak 50% daripada sebarang lebihan boleh-agih kasar yang diisytiharkan pada setiap akhir Tahun Kewangan Syarikat. Lebihan boleh-agih bersih (selepas ditolak SAC) daripada Dana Risiko akan diperuntukkan sepenuhnya (100%) kepada Peserta Takaful.
g) Adalah penting bagi anda untuk menerima dan menyimpan resit-resit sebagai bukti pembayaran Sumbangan-sumbangan Takaful. h) Sekiranya anda tidak menerima Sijil Takaful selepas empat belas (14) hari dari tarikh penyertaan, sila hubungi kami. i)
Notis terhadap tuntutan haruslah dibuat secara bertulis kepada Syarikat dalam masa tiga puluh (30) hari selepas berlakunya kejadian yang mengakibatkan tuntutan. Setelah notis tuntutan dikemukakan, pihak Syarikat akan memberikan borang-borang berkaitan kepada pihak yang melakukan tuntutan bagi menfailkan bukti tuntutan serta memaklumkan pihak yang menuntut akan keperluan-keperluan lain yang mungkin diperlukan. Walaubagaimanapun, ini tidak akan menghalang pihak Syarikat dari meminta dokumen yang selanjutnya mengenai tuntutan tersebut sekiranya didapati perlu. Kesemua maklumat dan bahan bukti ini hendaklah di kemukakan kepada Syarikat dalam tempoh sembilan puluh (90) hari daripada tarikh berlakunya peristiwa-peristiwa yang dilindungi.
j)
Takaful Ikhlas Berhad adalah didaftarkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh terma-terma dan syarat-syarat yang terdapat di bawah Sijil Takaful. 7.
Apakah pengecualian utama yang terdapat di dalam Sijil Takaful ini? Pelan ini tidak melindungi sebarang kemasukan ke hospital, pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, sepenuhnya atau sebahagiannya, oleh salah satu (1) dari kejadian berikut: a) Penyakit Sedia Ada;
b) Jagaan atau rawatan di mana bayarannya tidak diperlukan atau setakat mana ianya boleh dibayar oleh Pengendali Takaful/ Penanggung Insurans lain atau indemniti yang melindungi Peserta Takaful dan Hilang Upaya yang timbul daripada pekerjaan atau profesion yang dilindungi di bawah Kontrak Insurans/ Takaful Pampasan Pekerja; c) Pembedahan atau rawatan kosmetik rawatan termasuk (tetapi tidak terhad kepada) sebagai contoh, kelopak mata berganda, akne, keloid, parut, tag kulit keguguran rambut / kehilangan rambut dan sebagainya, atau rawatan akibat komplikasinya kecuali yang diperlukan secara perubatan oleh kecederaan akibat kemalangan dalam tempoh enam bulan dari rawatan awalan. Bagi tujuan pengecualian ini “rawatan awalan” bermaksud rawatan pertama diterima dalam merawat kecederaan akibat kemalangan; d) Mana-mana rawatan pergigian atau pembedahan kecuali bila diperlukan akibat kecederaan yang dialami di dalam kemalangan; e) Perkhidmatan penjagaan jururawat persendirian atau lawatan kerumah yang diupah oleh Peserta Takaful atau perkhidmatan untuk rehat penyembuhan yang disediakan oleh rumah rehat / pusat penjagaan semata-mata untuk tujuan pemulihan; f)
Ubat-ubatan dan alat pencegah kehamilan, prosedur-prosedur pemandulan atau rawatan untuk komplikasi berkaitan, prosedurprosedur pembalik dan pemulihan atau rawatan disfungsi seksual atau ketidaksuburan, pembedahan tukar jantina dan terapi hormon seks;
g) Sebarang rawatan atau penilaian bagi kongenital, penyakit keturunan atau penyakit perkembangan, kecacatan dan mana-mana hilang upaya atau komplikasi yang timbul daripadanya termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, hernia kanak-kanak/ hidrosel (semua jenis hernia sehingga usia enam tahun adalah tidak dilindungi), kaki belantan, kecacatan septum ventrikel (VSD), kecacatan atrium septal (ASD), Thalasemia, Mata Juling, Haemangioma dan lain-lain lagi; h) Penyiasatan dan rawatan berkaitan kehamilan termasuk keguguran, kehamilan ektopia, menggugurkan kandungan, tahi lalat Vesikular, jagaan pranatal atau postnatal dan semua komplikasi yang berkaitan dengannya; i)
Penjagaan atau rawatan percubaan, tinjauan dan tidak mengikut piawaan profesional yang diterima dan/ atau tidak diperlukan secara perubatan. Pengecualian ini termasuk (tetapi tidak dihadkan kepada) rawatan seperti: rawatan sel stem, latihan yang berkaitan dan sebarang komplikasi yang timbul selepasnya; ● penjamin darah; ● rawatan untuk gangguan menopaus, kecuali menopaus yang dicetuskan oleh pembedahan; ●
j)
Perkhidmatan bukan perubatan yang disediakan oleh Hospital seperti televisyen, telefon, faks, radio, atau kemudahan seumpamanya. Caj bagi perkhidmatan ini hendaklah dibayar oleh Peserta Takaful sebelum keluar dari Hospital atau pusat rawatan harian;
k) Vitamin dan krim atau ubat sapu yang berkaitan, Makanan Suplemen, Perubatan Herba, agen Anti Obesiti/ Agen Pelangsingan, Pelincir Mata, produk pembersihan atau kosmetik dan sebarang pelengkap atau ubat-ubatan yang boleh dibeli di kaunter; l)
Penggunaan atau pengambilalihan semua peralatan luaran (misalnya, anggota palsu, alat bantuan pendengaran, kebuk aero dan peralatan bagi penebulan, tekanan saluran udara positif berterusan (CPAP), dialisis peritoneum ambulatori berterusan (CAPD), alas ortopedik) dan kos sewa peralatan tersebut kecuali semasa berada di Hospital;
m) Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya seperti tetapi tidak terhad kepada terjunan udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional dan aktiviti yang tidak dibenarkan; n) Rawatan yang timbul daripada kecederaan yang dialami semasa melakukan jenayah atau feloni, atau di bawah pengaruh alkohol, narkotik atau bahan pengkhayal minda atau sengaja mencederakan diri sendiri samada ketika siuman atau tidak siuman; o) Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri ketika siuman atau tidak siuman; p) Penyakit atau kecederaan yang dialami semasa perjalanan melalui udara kecuali sebagai penumpang bayar tambang sistem penerbangan yang diikitiraf yang beroperasi di laluan udara berjadual dan perjalanan udara oleh pesawat sewa khas yang dilesenkan sebagai pengangkut udara diiktiraf dan diterbangkan oleh krew profesional di antara lapangan terbang yang ditubuhkan dan diselenggarakan; q) Peperangan, penyertaan langsung atau tidak langsung di dalam rusuhan, pemberontakan, pemberontakan militari, kegemparan awam, letupan senjata peperangan, revolusi, tindakan musuh asing atau pertempuran; r)
Sebarang rawatan langsung atau tidak langsung yang timbul akibat pendedahan kepada radioaktif, bahan mudah meletup atau bahan api nuklear yang berbahaya atau harta benda yang dicemari bahan api nuklear, atau kemalangan yang timbul daripadanya;
s) Gangguan psikotik, mental atau saraf dan keadaan tingkahlaku termasuk sebarang neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, dan gangguan tidur; t)
Perbelanjaan yang dikenakan bagi pendermaan sebarang organ badan oleh Peserta Takaful dan kos perolehan organ termasuk kos yang dikenakan oleh penderma semasa pemindahan Organ;
u) Berkhatan kecuali diperlukan secara perubatan untuk merawat penyakit; v) Mana-mana rawatan pembetulan termasuk cermin mata atau kanta sentuh bagi salah bias termasuk tetapi tidak terhad kepada yang berikut seperti Ortoptik, Stimulasi Visual, Radial Keratotomi, Lasik, Intralase, Zyoptics, implan Phakic lOL, atau pembedahan IOL kecuali untuk IOL Monofocul bagi pembedahan Katarak. Nota: Senarai ini tidak muktamad. Sila rujuk kepada Sijil Takaful bagi mendapatkan senarai penuh pengecualian-pengecualian yang terdapat di bawah Sijil Takaful.
8.
Bolehkah Sijil Takaful ini dibatalkan? Anda boleh membatalkan Sijil Takaful anda dengan menyerahkan notis bertulis kepada pihak Syarikat. Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan di bawah Sijil Takaful ini, anda layak untuk mendapat sejumlah pulangan Sumbangan Takaful selepas pembatalan Sijil Takaful ini.
9.
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat perubahan kepada maklumat untuk dihubungi? Adalah penting anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan pada maklumat/alamat untuk memastikan semua komunikasi perhubungan sampai kepada anda dalam jangka masa ditetapkan.
10. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut? Jika anda memerlukan maklumat tambahan mengenai Takaful Keluarga dan/atau Takaful Perubatan dan Kesihatan, sila rujuk kepada buku insuranceinfo mengenai ‘Takaful Keluarga’ dan/atau ’Takaful Perubatan dan Kesihatan’, yang boleh didapati di semua cawangan kami ataupun anda boleh memperolehinya daripada ejen Takaful kami atau lawati www.insuranceinfo.com.my. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di: Jabatan CRM Takaful Ikhlas Berhad IKHLAS Point, Tower 11A, Avenue 5 Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi 59200 Kuala Lumpur Tel: +603 2723 9999 Fax: +603 2723 9998 E-mail:
[email protected] 11. Produk seumpama yang boleh didapati? -TiadaNOTA PENTING: ANDA HENDAKLAH MEMASTIKAN BAHAWA SIJIL TAKAFUL INI MEMENUHI KEPERLUAN ANDA. ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SJIL TAKAFUL DAN BERBINCANG DENGAN EJEN ATAU MENGHUBUNGI PENGENDALI TAKAFUL SECARA TERUS UNTUK MAKLUMAT SELANJUTNYA. Maklumat yang disediakan dalam keterangan maklumat ini adalah sah pada:
dd/mm/yyyy