Affin Bank Berhad (25046-T) LEMBARAN MAKLUMAT PRODUK Sila baca Lembaran Maklumat sebelum memohon Kad Kredit AFFINBANK Mastercard/VISA. Pastikan anda juga telah membaca terma dan syarat am produk ini.
1.
AFFINBANK Mastercard Gold AFFINBANK Mastercard Classic AFFINBANK VISA Gold AFFINBANK VISA Classic AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless Tarikh: 02/06/2017
Apakah produk ini? Ia adalah kad kredit dengan had kredit yang diberikan oleh AFFINBANK kepada anda di mana apa-apa amaun kredit yang digunakan oleh anda tidak dijelaskan dengan penuh pada atau sebelum tarikh tertentu, amaun yang belum dijelaskan akan dikenakan caj kewangan.
2.
Apakah manfaat yang saya perolehi daripada produk ini? a.
Had kredit. Bergantung kepada kriteria kelayakan anda. Jenis Kad kredit
b.
Mininum (RM)
AFFINBANK Mastercard Classic
AFFINBANK VISA Classic
AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic
AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless
AFFINBANK Mastercard Gold
AFFINBANK VISA Gold
AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold
3,000
8,000
Pengecualian yuran tahunan bagi tahun yang pertama. Pengecualian yuran tahunan bagi tahun pertama apabila kad kredit anda diluluskan.
c.
Mata Ganjaran AFFIN Rewards Perolehi 1 Mata Ganjaran AFFIN Rewards bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk transaksi runcit menggunakan Kad Kredit AFFINBANK anda dan tebus pelbagai barangan di bawah program ini. Nota: Mata Ganjaran AFFIN Rewards tidak diguna pakai untuk kad AFFINBANK Mastercard Basic dan AFFINBANK Visa Basic.
d.
Caj Kewangan yang lebih rendah. Caj kewangan Caj Kewangan untuk pembelian runcit
9.99% setahun apabila pembayaran minimum diterima dan dikredit pada atau sebelum tarikh akhir pembayaran atau 17.5% setahun bagi AFFINBANK Mastercard Gold, AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK VISA Gold, AFFINBANK VISA Classic, AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold, AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic dan 15% setahun untuk AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless apabila pembayaran dibuat selepas tarikh akhir pembayaran.
Pendahuluan tunai
17.5% setahun bagi AFFINBANK Mastercard Gold , AFFINBANK Mastercard Classic, AFFINBANK VISA Gold, AFFINBANK VISA Classic, AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold, AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic dan 15% setahun untuk AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless.
Nota: Caj kewangan dikira mengikut asas harian. e.
Pelan Ansuran Pindahan Baki (BTiP). Dengan Pelan BTiP, anda boleh menjimatkan caj kewangan dengan memindahkan baki kad kredit sebanyak minimum RM1,000 daripada bank lain ke akaun Kad Kredit AFFINBANK anda.
1 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
f.
Pelan Ansuran Mudah (EiPlan). Anda boleh menukarkan transaksi runcit kepada pelan ansuran dengan setiap pembelian minimum sebanyak RM500 menggunakan Kad Kredit AFFINBANK di mana-mana saudagar.
g.
Pelan Bayaran Mudah (EPP). 0% faedah untuk pembelian di saudagar AFFINBANK yang mengambil bahagian. Nota: Pelan Bayaran Mudah bebas dari faedah sekiranya anda membayar penuh bayaran ansuran bulanan.
h.
Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP). CIP ialah kemudahan tunai yang diberikan kepada ahli kad kredit utama warganegara Malaysia. Anda akan dicaj dengan kadar faedah yang dikenakan sekali yang lebih rendah daripada pendahuluan tunai yang dikeluarkan daripada had kad kredit sedia ada. Apabila diluluskan, dana CIP akan dipindahkan ke akaun Simpanan atau Semasa anda. Minimum CIP amaun adalah sebanyak RM1,000.
i.
Insurans Perjalanan automatik. Anda dilindungi oleh Insurans Perjalanan berjumlah sehingga RM500,000 bagi AFFINBANK Mastercard Gold/AFFINBANK VISA Gold/AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless dan RM250,000 bagi AFFINBANK Mastercard Classic/AFFINBANK VISA Classic apabila anda membayar tambang penerbangan penuh menggunakan Kad Kredit AFFINBANK anda.
j.
Insurans Kesulitan Perjalanan percuma. Anda dan keluarga akan diberi pampasan untuk kesulitan seperti penerbangan lewat atau dibatalkan, bagasi lewat atau hilang dan tertinggal penerbangan yang menghubungkan penumpang dengan destinasi seterusnya apabila anda membayar tambang penerbangan penuh menggunakan Kad Kredit AFFINBANK anda.
k.
Insurans Kemalangan Diri percuma bagi AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless. Insurans kemalangan Diri percuma RM30,000 untuk tahun pertama apabila Kad AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless anda diluluskan.
l.
Kredit Petrol bagi AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless. Kredit petrol sebanyak RM20 akan dikreditkan ke dalam akaun kad kredit anda apabila AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless anda diluluskan.
3.
Apakah tanggungjawab saya? a.
Bayaran bulanan minimum Bayaran bulanan minimum
5% daripada jumlah yang belum berbayar atau minimum RM50 yang mana lebih tinggi.
Tempoh bebas faedah
Untuk transaksi runcit – 20 hari dari tarikh penyata, sekiranya anda membayar baki sepenuhnya pada masa yang ditetapkan.
Sekiranya anda tidak membayar baki sepenuhnya pada masa yang ditetapkan, caj kewangan ke atas transaksi runcit akan dikira dari tarikh transaksi diposkan.
Tiada tempoh bebas faedah ke atas pindahan baki atau pendahuluan tunai.
b.
Anda hendaklah memberitahu AFFINBANK sekiranya terdapat pertikaian atau percanggahan perkaitan dengan kad dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyata.
c.
Anda hendaklah mengambil segala langkah berjaga-jaga untuk mencegah kehilangan dan kecurian kad dan pendedahan nombor PIN kepada pihak ketiga. Sila hubungii kami dengan segera di 03-5522 3000 (semasa waktu pejabat) atau 032028 6300 (selepas waktu pejabat) apabila mendapati kad anda hilang atau dicuri atau nombor PIN anda telah terdedah dan diikuti dengan pengesahan bertulis. Sekiranya kad anda digunakan untuk transaksi yang tidak dibenarkan, satu salinan repot polis hendaklah dihantar kepada pihak Bank dalam masa 7 hari dari tarikh transaksi tidak dibenarkan diketahui.
d.
Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan ke atas anda dan ahli kad tambahan anda.
2 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
4.
Apakah yuran dan caj yang perlu saya bayar? a.
Yuran dan caj Yuran tahunan
Kad
Tahun Pertama
Tahun berikut** Kad Utama Kad Tambahan
AFFINBANK Visa atau Mastercard Classic
Dikecualikan
RM53*
RM37.10*
AFFINBANK Visa atau Mastercard Gold
Dikecualikan
RM159*
RM79.50*
Dwi Kad AFFINBANK Visa dan Mastercard Classic
Dikecualikan
RM79.50*
RM74.20*
Dwi Kad AFFINBANK Visa dan Mastercard Gold
Dikecualikan
RM238.50*
RM159*
AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic
Dikecualikan
RM53*
RM37.10*
AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold
Dikecualikan
RM159*
RM79.50*
AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless
Dikecualikan
RM159*
RM79.50*
Nota: yuran tahunan di dalam jadual di atas cuma diguna pakai bagi semua kad kredit yang dikeluarkan pada atau selepas 30 Jun 2015. Pendahuluan tunai
Yuran sebanyak 5.3% ke atas jumlah pendahuluan tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM21.20, yang mana lebih tinggi bagi pendahuluan tunai domestik, atau
Yuran sebanyak 5% ke atas jumlah pendahuluan tunai yang dikeluarkan tertakluk kepada bayaran minimum RM20, yang mana lebih tinggi bagi pendahuluan tunai luar negara.
Penalti penggantian kad
RM50 setiap kad.
Penalti pembayaran lewat
1% daripada jumlah belum berbayar tertakluk kepada RM5 minimum dan RM50 maksimum, yang mana lebih tinggi.
Yuran salinan penyata
RM5.30* setiap salinan.
Yuran Salinan Deraf Jualan
RM10.60* setiap salinan.
Yuran kurier kad
RM5.30* dalam lingkungan Malaysia dan kos sebenar untuk destinasi luar negara akan dikenakan.
Yuran lebih had
Tiada
Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP)
6% yang dikenakan ke atas yuran dan caj terpilih.
Kadar tukaran
Sekiranya anda menggunakan kad di luar Malaysia, transaksi yang ditanggung akan ditukarkan kepada Ringgit Malaysia dimana kadar pertukaran akan ditentukan oleh Mastercard/Visa International dan margin pertukaran mata wang asing (sebelum ini dikenali sebagai kos pentadbiran) sebanyak 1% akan dikenakan.
*Yuran dan caj termasuk CBP.
3 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
**Pengecualian yuran tahunan tahun yang berikut adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang berikut: i)
jumlah perbelanjaan minimum sebanyak RM12,000 setahun bagi salah satu AFFINBANK Visa Classic, AFFINBANK Mastercard Classic atau AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Classic.
ii)
jumlah perbelanjaan minimum sebanyak RM24,000 setahun bagi salah satu AFFINBANK Visa Gold, AFFINBANK Mastercard Gold atau AFFINBANK Touch ‘n Go Mastercard Gold.
iii)
jumlah perbelanjaan minimum sebanyak RM18,000 per annum bagi dwi Kad AFFINBANK Visa Classic dan AFFINBANK Mastercard Classic.
iv)
jumlah perbelanjaan minimum sebanyak RM36,000 bagi dwi Kad AFFINBANK Visa Gold dan AFFINBANK Mastercard Gold.
v)
jumlah perbelanjaan minimum sebanyak RM2,400 setahun bagi AFFINBANK BHPetrol ‘Touch & Fuel’ Mastercard Contactless.
Nota: perbelanjaan minimum adalah termasuk transaksi runcit dan pendahuluan tunai. b.
Pelan Ansuran Pindahan Baki AFFINBANK (BTiP). Tempoh (Bulan)
c.
Jumlah pindahan minimum
Caj faedah pendahuluan sekali
6
RM1,000
2%
12
RM1,000
4%
18
RM2,000
5%
24
RM2,000
6%
36
RM3,000
7%
Jumlah pembelian minimum
Caj faedah pendahuluan sekali
6
RM500
2%
12
RM1,000
4%
18
RM2,000
5%
24
RM2,000
6%
36
RM3,000
7%
Pelan Ansuran Mudah (EiPlan). Tempoh (Bulan)
d.
5.
Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP). Tempoh (Bulan)
Jumlah CIP minimum
Caj faedah pendahuluan sekali
6
RM1,000
6%
12
RM1,000
8%
18
RM2,000
12%
24
RM2,000
14%
Bagaimana sekiranya saya gagal memenuhi tanggungjawab saya? a.
Penalti pembayaran lewat sebanyak RM5 minimum atau 1% daripada jumlah belum berbayar pada tarikh penyata, yang mana lebih tinggi, sehingga maksimum sebanyak RM50 akan dikenakan.
b.
Sekiranya Deposit Tetap dicagarkan kepada kad kredit, AFFINBANK mempunyai hak untuk menolak Deposit Tetap bagi menjelaskan jumlah yang terhutang. Deposit Tetap akan kekal selagi kemudahan kad kredit masih ada.
c.
Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah berasaskan PIN sekiranya terbukti anda telah:
melakukan penipuan;
kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada AFFINBANK selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan kad tidak sah; atau
mendedahkan PIN (Nombor Pengenalan Peribadi) dengan sengaja kepada pihak lain; atau
menyimpan PIN di atas kad, atau di atas apa-apa yang disimpan berdekatan dengan kad dan kemungkinan hilang
4 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
atau dicuri bersama kad. d.
e.
f.
g. 6.
Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi tidak sah dimana memerlukan pengesahan tandatangan atau dengan kad tanpa sentuh, sekiranya terbukti anda telah:
melakukan penipuan;
kelewatan yang munasabah memaklumkan kepada AFFINBANK selepas mengetahui kehilangan atau penggunaan kad tidak sah;
meninggalkan kad atau barang mengandungi kad tanpa dijaga, di tempat yang boleh dilihat dan diakses oleh pihak lain, kecuali di tempat kediaman anda; atau
secara sengaja membenarkan pihak lain menggunakan kad anda.
Anda akan bertanggungjawab ke atas transaksi e-perbankan, sekiranya terbukti anda telah:
melakukan penipuan;
sengaja mendedahkan kata laluan (ID) dan kod laluan kepada mana-mana pihak, melalui e-mail yang tidak dikenali atau di laman sesawang selain dari laman sesawang rasmi pihak Bank;
tidak mengambil langkah yang musabah untuk melindungi peranti keselamatan selamat setiap masa; atau
gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah, apabila Ahli Kad menyedari tentang pelanggaran keselamatan kod laluan atau kehilangan peranti keselamatan.
Anda bertanggungjawab ke atas transaksi tanpa kad, sekiranya terbukti anda telah:
melakukan penipuan; atau
gagal melaksanakan kewajipan untuk melaporkan sebarang transaksi tidak sah kepada pihak Bank dengan segera yang munasabah apabila menyedari tentang transaksi tidak sah tersebut.
AFFINBANK berhak untuk menamatkan kemudahan kad jika anda gagal mematuhi terma dan syarat berhubung penggunaan kad.
Bagaimana sekiranya saya telah menjelaskan sepenuhnya Pelan Ansuran Pindahan Baki, Pelan Ansuran Mudah atau Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon sebelum tempoh matang? Penalti akan dikenakan ke atas pembayaran penuh yang dibuat dalam tempoh Pindahan Baki atau Pelan Ansuran Mudah: a.
Pelan Ansuran Pindahan Baki (BTiP) Tempoh Terikat: 6, 12, 18, 24 dan 36 bulan Penalti: RM100 untuk setiap pindahan
b.
Pelan Ansuran Mudah (EiPlan) Tempoh Terikat: 6, 12, 18, 24 dan 36 bulan Penalti: RM50 untuk setiap pelan
c.
Pelan Ansuran Tunai Melalui Panggilan Telefon (CIP) Tempoh Terikat: Tiada Penalti: Tiada
7.
Apakah risiko utama kad kredit? a.
Jika anda hanya membuat bayaran minimum setiap bulan, anda akan membayar lebih caj kewangan dan mengambil masa yang lebih lama untuk menjelaskan keseluruhan jumlah belum berbayar.
b.
Jika anda menggunakan kad kredit untuk membuat pembayaran hutang pinjaman lain, kos pinjaman anda akan bertambah.
c.
Anda hendaklah bertanggungjawab ke atas semua transaksi yang dicajkan oleh ahli kad tambahan anda.
d.
Sekiranya anda mempunyai masalah untuk membayar baki kad kredit anda, hubungi kami untuk berbincang mengenai alternatif pembayaran.
5 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
8.
Apa perlu saya lakukan jika terdapat perubahan dalam maklumat perhubungan? Sila maklumkan kepada kami dengan segera tentang apa-apa perubahan maklumat perhubungan untuk memastikan semua koresponden diterima tepat pada waktunya melalui saluran berikut: Tulis kepada
:
AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur
E-mel
:
[email protected]
Atau kunjungi cawangan AFFINBANK yang berdekatan anda. 9.
Di manakah boleh saya dapatkan maklumat lanjut? Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami disalah satu saluran yang berikut atau lawati laman sesawang kami di www.affinbank.com.my. Tulis kepada
:
AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur
Pusat Panggilan
:
03-5522 3000 (during office hours) 03-2028 6300 (after office hours)
E-mel
:
[email protected]
Atau kunjungi cawangan AFFINBANK yang berdekatan anda. 10. Apakah lain-lain kad kredit yang ada ditawarkan? Berikut adalah lain-lain kad kredit yang ditawarkan oleh AFFINBANK: a.
AFFINBANK World Mastercard
b.
AFFINBANK Mastercard Basic
c.
AFFINBANK VISA Basic
11. Apakah had pendahuluan tunai saya? Had pendahuluan tunai anda adalah 25% dari jumlah had kad kredit atau had kredit yang masih ada yang mana lebih rendah. 12. Berapa kali saya boleh membuat pengeluaran pendahuluan tunai sehari? Anda boleh membuat pengeluaran tunai sehingga 3 kali sehari. 13. Apakah yang tidak patut dilakukan dengan kad kredit? Anda tidak dibenarkan untuk menggunakan kad anda untuk melakukan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang seperti perjudian haram dalam talian. AFFINBANK, dengan memberi notis terdahulu berhak membatalkan kemudahan kad sekiranya anda didapati bersalah menggunakan kad untuk aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang (terpakai untuk ahli kad utama dan tambahan).
6 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)
14. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat kesilapan/pertikaian mengenai transaksi kad saya? Anda dikehendaki memeriksa rekod akaun kad/penyata dengan segera dan cermat dan perlu memberitahu AFFINBANK mengenai sebarang kesilapan atau sebarang kemungkinan transaksi tanpa kebenaran berhubung dengan kad dalam tempoh 14 hari dari tarikh penyata ke salah satu saluran yang berikut: Tulis kepada
:
AFFIN BANK BERHAD Jabatan Perniagaan Kad Tingkat 1, Menara Affin No. 80, Jalan Raja Chulan 50200 Kuala Lumpur
Pusat Panggilan
:
03-5522 3000 (during office hours) 03-2028 6300 (after office hours)
E-mel
:
[email protected]
Fax ke
:
03-2026 1424
Atau, berikan maklum balas anda melalui e-mel ke
[email protected] atau hubungi Careline kami di 1 800 88 3883. Sekiranya masalah atau aduan anda tidak selesai dalam tempoh masa yang diberi, anda boleh merujuk kepada salah satu badan yang berikut. Bank Negara Malaysia (BNM) BNMTELELINK: 1-300-88-5465 E-mel:
[email protected] Laman sesawang: www.bnm.gov.my/bnmlink
Association of Banks in Malaysia (ABM) ABMConnect: 1-300-88-9980 Laman sesawang: www.abm.org.my
Financial Ombudsman Scheme (FOS) Telefon: 03-2272 2811 Laman sesawang: www.ofs.org.my Faksimili: 03-2272 1577
Faksimili: 03-2078 8804 Financial Ombudsman Scheme
Faksimili: 03-2174 1515 Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK)
The Association of Banks in Malaysia 34 Floor, UBN Tower
Ground Floor, Block D
10 Jalan P Ramlee
Bank Negara Malaysia
50250 Kuala Lumpur
Level 14, Main Block Menara Takaful Malaysia No.4 Jalan Sultan Sulaiman 50000 Kuala Lumpur
Jalan Dato' Onn 50480 Kuala Lumpur Selain itu, anda boleh mendapatkan perkhidmatan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), iaitu agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan pengurusan wang, kaunseling kredit dan pengurusan sumula hutang secara percuma bagi individu. Anda boleh menghubungi AKPK di: Tingkat 8, Maju Junction Mall 1001, Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur Tel: 03-2616 7766 email:
[email protected] NOTA PENTING:TINDAKAN UNDANG-UNDANG BOLEH DIAMBIL TERHADAP ANDA JIKA ANDA TIDAK MENGURUSKAN BAYARAN BALIK BAKI KAD KREDIT ANDA DENGAN BAIK. Maklumat yang diberikan di dalam lembaran maklumat ini sah pada 02/06/2017.
7 Hakcipta 2017 Affin Bank Berhad (25046-T)