SOALAN LAZIM ZRIINEW™ Apakah yang menjadikan produk penjagaan kulit ZriiNew lain daripada produk yang lain? Produk penjagaan kulit ZriiNew telah direka untuk meningkatkan keremajaan dan kecantikan semula jadi kulit – tanpa mengira usia, jantina, kumpulan etnik atau jenis kulit anda. Rahsia di sebalik sains: satu pendekatan bersepadu terhadap rumusan produk. Ini bermaksud apabila setiap produk ZriiNew bertindak secara berasingan, produk-produk lain juga memperhebatkan kelebihan sesama mereka ketika digunakan secara gabungan, dan menghasilkan kesan sinergi yang dapat anda lihat dan rasai. Produk-produk ZriiNew turut membentuk satu sistem bersepadu siang-ke-malam yang memberi manfaat kuasa bahan-bahan yang berasaskan sumber semula jadi dan sains pintar yang disasarkan. Pada hari siang, produk-produk ZriiNew membantu melindungi dan menyuburi kulit anda, manakala pada waktu malam, mereka menambah lagi dan memperbaharui kulit wajah anda – mengikut bioritma semula jadi dan keperluan tubuh anda. Pendekatan bersepadu juga bermaksud bahawa kami telah melangkaui tahap pemilihan bahan asas. Sebaliknya, kami bertanya pada diri sendiri cara terbaik untuk menggabungkan bahanbahan di dalam dan di seluruh produk, serta bagaimana kami boleh menghantarnya ke dalam kulit secara berkesan untuk memaksimumkan kecantikan dan keremajaan anda. Sehingga kini, kami telah menciptakan dua bahan campuran proprietari, MicroMelt™ dan Liquid Light™, yang eksklusif untuk barisan produk ZriiNew (baca lebih lanjut mengenai bahan campuran yang berkesan tinggi ini di bawah!). Ciri utama pada semua produk Zrii sudah tentunya adalah kami menggunakan kandungan bahan yang teruji berkesan dan berasaskan sumber semula jadi – bahan-bahan seperti buah nadir amalaki. Kami menggabungkan bahan-bahan ini melalui teknik sains moden terbaik untuk menghasilkan produk-produk yang tidak dapat ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Jarang ada syarikat di dunia ini dapat mengamalkan pendekatan yang Zrii tawarkan.
Adakah ZriiNew berdaftar dengan atau mendapat kelulusan badan kawal selia kerajaan di negara saya? Ya, produk-produk ZriiNew telah melakukan pendaftaran seperti yang diwajibkan dan memenuhi semua syarat yang ditetapkan di setiap pasaran di mana mereka boleh didapati. Barisan produk ZriiNew hanya menggunakan kandungan bahan yang mematuhi dan memenuhi semua keperluan standard ujian domestik dan antarabangsa bagi produk kami. Selain itu, kami juga menetapkan tahap piawaian yang amat tinggi untuk proses pemilihan bahan, dan mengelakkan kandungan bahan yang kini diharamkan oleh manamana pasaran kami. Ini sebabnya anda tidak akan nampak paraben, ftalat, sulfat dan sebagainya dalam produk kami. Bagi mendapatkan senarai penuh piawaian produk ZriiNew, sila lihat dokumen Standard ZriiNew kami.
Adakah produk ZriiNew telah diuji ke atas haiwan? Tidak, produk kami tidak diuji ke atas haiwan.
Adakah ZriiNew selamat digunakan pada kesemua jenis kulit? Bahkan kulit sensitif? ZriiNew telah dirumus untuk semua jenis kulit. Setiap produk yang dihasilkan hanya menggunakan kandungan bahan yang tersenarai dalam Pangkalan Data Bahan Kosmetik Amerika Syarikat dan Pangkalan Data Kesatuan Eropah pada tahap yang disyorkan; garis panduan ini membantu kami menghasilkan produk yang selamat. Dalam beberapa kajian klinikal dan kepenggunaan pengguna, kami turut menguji rangkaian produk penjagaan kulit ZriiNew ke atas pelbagai jenis kulit, usia, kumpulan etnik, tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita. Dalam kajian-kajian tersebut, tiada gejala pemekaan kulit, kerengsaan kulit atau tindak balas alergi diperhatikan walaupun selepas 2 bulan menggunakan produk. NOTA: Penyebab kepada kulit sensitif adalah rumit dan mungkin berkaitan dengan banyak faktor lain termasuk, tetapi tidak terhad kepada: jenis kulit, keadaan kulit, paras hormon, tahap pH, kepekaan terhadap bahan tertentu, dan iklim. Sekiranya anda memiliki kulit yang mudah sensitif atau alergi terhadap kebanyakan produk penjagaan kulit, sila berbincang dengan pakar dermatologi sebelum menggunakan ZriiNew atau sebarang produk penjagaan kulit yang lain.
Bolehkah saya guna ZriiNew jika saya mempunyai masalah kulit berminyak atau kulit kering? Ya. ZriiNew telah direka untuk memberi kesan pada semua jenis kulit, termasuk mereka yang memiliki kulit berminyak atau kulit kering. Kami telah menguji produk ZriiNew ke atas orang yang mempunyai jenis kulit berminyak dan kulit kering. Tidak kira kulit jenis apa sekali pun, anda akan melaraskan jumlah produk yang digunakan mengikut keperluan dan keutamaan peribadi anda. Mereka yang memiliki kulit berminyak mungkin hendak menggunakan jumlah produk yang lebih sedikit. Mereka yang memiliki kulit kering pula mungkin hendak menggunakan lebih banyak. Ia sebenarnya bergantung kepada kesukaan anda dan apa yang paling berkesan untuk kulit anda.
Adakah ZriiNew baik untuk kulit yang mudah berjerawat?
Bolehkah saya guna ZriiNew di bahagian leher, dada, tangan atau kulit tubuh?
Walaupun ZriiNew bukannya direka khas untuk merawat masalah jerawat (ia tidak mempunyai kandungan anti-jerawat seperti asid salisilik atau benzoil peroksida), tetapi dalam ujian klinikal menggunakan produk ZriiNew tidak membawa kepada masalah jerawat atau akne.
Tentunya boleh! Produk ZriiNew juga selamat digunakan dan berkesan pada bahagian tubuh lain. Malahan, kami mencadangkan anda supaya menggunakan produk ZriiNew di bahagian leher dan dada (atau kawasan garis leher dedah bahu), serta muka anda. Ramai orang masih terlupa untuk menjaga bahagian tubuh yang penting itu, meskipun mereka terdedah kepada cahaya matahari dan menunjukkan tanda penuaan yang jelas.
Adakah ZriiNew mengandungi paraben? Tidak, tentunya tidak. Produk ZriiNew tidak mempunyai kandungan paraben. Kami patuh kepada piawaian ketat dalam penghasilan produk. Bahan yang DIHALANG adalah sama penting dengan kandungan yang DIPILIH dalam produk kami. Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai piawaian ZriiNew kami, sila klik DI SINI atau cari dokumen Standard ZriiNew dalam back office MyZriiPro anda.
Adakah ZriiNew mengandungi ftalat? Tidak, produk kami tidak mempunyai kandungan ftalat. Kami patuh pada piawaian ketat dalam penghasilan produk. Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai piawaian ZriiNew kami, sila klik DI SINI atau cari dokumen Standard ZriiNew dalam back office MyZriiPro anda.
Adakah ZriiNew mengandungi steroid? Tidak, produk ZriiNew tidak mempunyai kandungan steroid. Kami patuh pada piawaian ketat dalam penghasilan produk. Bagi mendapatkan butiran lanjut mengenai piawaian ZriiNew kami, sila klik DI SINI atau cari dokumen Standard ZriiNew dalam back office MyZriiPro anda.
Adakah ZriiNew mengandungi sebarang pewangi sintetik? Tidak. Sesetengah produk ZriiNew adalah tidak berbau wangi (SPF Day Cream), manakala yang lain pula telah diwangikan dengan minyak pati semula jadi (Serum, Night Cream, Facial Exfoliator) yang tidak menyebabkan kerengsaan memandangkan pewangi sintetik boleh memberi kesan berbahaya kepada kulit. Campuran minyak pati ZriiNew bukan sahaja memberikan bau harum yang wangi, segar dan menyenangkan, tetapi juga direka untuk menawan hati lelaki mahupun wanita.
Bagaimanakah Amalaki boleh memberi manfaat kepada kulit saya apabila digunakan secara topikal? Tanpa rasa ragu-ragu, buah amla yang berkhasiat tinggi ialah bahan kemegahan syarikat kami. Amla terkenal dengan keupayaan untuk meremajakan tubuh dan kulit dalam perubatan tradisional Ayurveda. Secara topikal, ekstrak amalaki adalah kaya dengan Vitamin C, di mana kuasa antioksidannya dapat membantu mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas.
Bolehkah saya guna produk ZriiNew di sekitar kawasan mata? Ya. Semua produk ZriiNew adalah cukup lembut untuk digunakan di sekitar kawasan mata. Kami mencadangkan supaya mengelakkan bahagian kelopak mata. Seperti kebanyakan produk penjagaan kulit yang lain, jangan sapu terus pada mata. Sekiranya terkena mata, bilas mata anda betul-betul dengan air bersih. NOTA: Bagi kulit sensitif, elakkan dari terkena bahagian mata.
Bilakah masanya saya perlu mula menggunakan produk ZriiNew? ZriiNew telah direka dan diuji untuk kegunaan semua jenis kulit orang dewasa. Sungguhpun produk ZriiNew menawarkan kesan peningkatan keremajaan dan awet muda yang jelas, produk kami tetap memberi manfaat kepada kulit tua mahupun muda. Mengapa? Ini kerana mereka bukan sahaja membantu meningkatkan penampilan kulit, tetapi juga menyokong kesihatan kulit secara keseluruhan.
Berapa lamakah produk ZriiNew boleh bertahan? Produk ZriiNew telah dibungkus secara teliti untuk bertahan selama 30 hari jika digunakan seperti yang disyorkan.
Berapa lamakah saya perlu menggunakan sistem ZriiNew sebelum saya dapat melihat kesannya? Orang yang mengikut arahan dalam mengamalkan sistem ZriiNew biasanya dapat menampilkan kulit yang lebih licin dan lembut setelah hanya satu kali menggunakannya. Dalam masa 1 minggu, kebanyakan orang boleh melihat perbaikan pada tekstur kulit, serta kelembapan dan penghidratan. Dan setelah hanya 1 bulan sahaja, hampir semua pengguna ZriiNew melaporkan perbaikan pada tekstur kulit, peningkatan dalam kelembapan/penghidratan dan/atau perbaikan pada penampilan kulit secara keseluruhan, dan sebagainya. Dengan penggunaan yang tetap dan berterusan, kesannya semakin ketara dan bertambah dalam jangka masa panjang, agar kesan terbaik dapat dilihat dalam masa 8 –12 minggu.*
ZRIINEW™ FACIAL SERUM Apakah yang istimewa tentang ZriiNew Facial Serum berbanding dengan produk rawatan penjagaan kulit lain? Tidak seperti serum rawatan anti-penuaan lain di pasaran yang hanya mengandungi satu atau dua bahan yang berkesan dan kebanyakannya tertinggal di lapisan permukaan kulit sahaja, Facial Serum ZriiNew telah dirumuskan dengan bahan campuran eksklusif yang boleh menembusi secara mendalam dan memberikan banyak manfaat dalam peningkatan keremajaan kulit. Serum wajah kami adalah satu-satunya produk di dunia ini yang menonjolkan bahan campuran Liquid Light™ eksklusif, ia bertindak bersama-sama biologi semula jadi kulit untuk meningkatkan keserian melalui pemantulan cahaya yang lebih sekata dari permukaan kulit. Selain menyeragamkan tona kulit, bahan campuran Liquid Light™ kami juga membantu melicin, melembut, mencerah dan menegangkan kulit secara ketara bagi menghasilkan tekstur yang amat cantik dan penampilan yang kelihatan muda. Facial Serum ZriiNew turut
memegahkan bahan campuran MicroMelt™ eksklusif dengan kandungan istimewa yang memberikan anda satu lapisan lembapan ringan dan menarik, manakala bahan bersaiz mikro pula menembusi secara mendalam untuk menyuburi dan mencantikkan kulit wajah. Hasilnya? Kulit kelihatan lebih lembut, cerah dan sihat tidak kira siang mahupun malam. Rumusan anti-penuaan dua-kali-sehari ini boleh membantu menambahkan lagi nutrien penting untuk kulit, di samping mencerah dan menerangi untuk tona kulit yang lebih sekata, serta menyuburi, memontok dan menegangkan kulit bagi kulit wajah yang muda berseri.
daripada krim pekat kerana kulit berminyak atau mudah berjerawat akan terkagum dengan kesan lembapan ringan dan menarik yang ditawarkannya. Bagaimanakah ini boleh terjadi? Teknologi MicroMelt™ eksklusif dari Zrii telah dicipta untuk menghidrat secara mendalam tanpa merengsakan kulit berminyak atau mudah berjerawat. Produk penambahan keremajaan ini membantu mengurangkan garis halus dan kedutan, memberikan anda kulit wajah yang lebih cerah dan sekata; penghidratan mendalam; dan kulit yang lebih tegang, malam demi malam.
Apakah itu Campuran MicroMelt™ dalam Facial Serum ZriiNew?
Apakah itu bahan campuran MicroMelt™ dalam Night Cream ZriiNew?
Banyak produk penjagaan kulit berkualiti premium hanya menggunakan bahan kandungan yang singgah di lapisan atas permukaan kulit sahaja. Produk-produk jenama lain, dalam usaha untuk membawa bahan berkesan mereka menembusi secara mendalam, telah menjejaskan perlindungan kelembapan semula jadi kulit. Memperkenalkan bahan campuran MicroMelt™ dari ZriiNew. Teknologi proprietari ini memiliki bahan kandungan istimewa yang boleh meningkatkan perlindungan kelembapan vital anda, sementara bahan bersaiz mikro yang telah dirumuskan dengan teliti dapat menembusi secara mendalam untuk menyuburi dan mengindahkan kulit wajah. Anda boleh memiliki lapisan lembapan ringan dan menarik, serta manfaat-manfaat untuk memperbaiki penampilan dan tekstur kulit anda secara ketara. Sebagai hasilnya: kulit wajah tampak amat cantik, bercahaya dan terasa lembut.
Hakikat yang malang ialah kebanyakan produk penjagaan kulit berkualiti premium hanya menggunakan bahan kandungan yang singgah di permukaan kulit sahaja. Produk-produk jenama lain, dalam usaha untuk membawa bahan berkesan mereka menembusi secara mendalam, telah menjejaskan perlindungan kelembapan semula jadi kulit. Memperkenalkan bahan campuran MicroMelt™ dari ZriiNew. Teknologi proprietari ini memiliki bahan kandungan istimewa yang boleh meningkatkan perlindungan kelembapan vital anda, sementara bahan bersaiz mikro yang telah dirumuskan dengan teliti dapat menembusi secara mendalam untuk menyuburi dan mengindahkan kulit wajah. Anda boleh memiliki lapisan lembapan ringan dan menarik, serta manfaat-manfaat untuk memperbaiki penampilan dan tekstur kulit anda secara ketara. Sebagai hasilnya: kulit wajah tampak amat cantik, bercahaya dan terasa lembut.
Apakah itu Campuran Liquid Light™ dalam Facial Serum ZriiNew? Apabila permukaan kulit menjadi kasar atau mempunyai tompok gelap, ia kelihatan kusam dan lebih tua. Liquid Light™ eksklusif dari ZriiNew bertindak bersama-sama biologi semula jadi kulit untuk meningkatkan keserian dengan mengimbangi cara pantulan cahaya dari permukaan kulit. Selain meratakan tona kulit, bahan campuran Liquid Light™ kami turut membantu melicin, melembut, memontok, mencerah dan menegangkan kulit secara ketara bagi menghasilkan tekstur yang amat cantik dan penampilan yang kelihatan muda. Facial Serum ZriiNew adalah satu-satunya produk di dunia ini yang menonjolkan bahan campuran yang paling maju ini.
Bolehkah saya guna ZriiNew Facial Serum di bahagian leher, dada, tangan atau kulit tubuh? Tentunya boleh! Produk ZriiNew juga selamat digunakan dan berkesan pada bahagian tubuh lain. Malahan, kami mencadangkan anda supaya menggunakan produk ZriiNew di bahagian leher dan dada (atau kawasan garis leher dedah bahu), serta muka anda. Ramai orang masih terlupa untuk menjaga bahagian tubuh yang penting itu, meskipun mereka terdedah kepada cahaya matahari dan menunjukkan tanda penuaan yang jelas.
Apakah itu perlindungan kelembapan semula jadi kulit? Secara ringkasnya, ia adalah perlindungan kelembapan semula jadi kulit yang merangkumi lapisan kulit paling luar. Semasa permukaan kulit dalam keadaan sihat, ia kelihatan dan terasa licin, lembut dan montok (seperti kulit bayi). Apabila perlindungan kelembapan semula jadi terjejas, permukaan kulit yang rosak akan kelihatan kering, kasar, kusam dan dinyahidratkan. Jika anda mahu kulit yang nampak muda berseri, ia adalah penting untuk memiliki perlindungan kelembapan yang sihat dan berfungsi sepenuhnya. ZriiNew Night Cream telah dirumus untuk mengimbangi, menyuburi dan melindungi perlindungan kelembapan semula jadi kulit dengan kandungan bahan yang dirumus khas dan “mesra” kulit.
Bolehkah saya menggunakan ZriiNew Night Cream pada waktu siang, jika itu yang saya mahukan?
ZRIINEW™ NIGHT CREAM
Tentunya boleh! Anda boleh menggunakan ZriiNew Night Cream pada bila-bila masa kulit anda memerlukan kelembapan tambahan. Namun, kami mencadangkan rejim penjagaan kulit waktu siang yang baik perlu merangkumi perlindungan matahari, itu sebabnya kami telah mencipta ZriiNew SPF 30 Day Cream. Walau bagaimanapun, jika anda perlukan kelembapan tambahan, anda boleh guna ZriiNew Night Cream pada siang hari dan kemudian sapu ZriiNew SPF 30 Day Cream selepas itu.
Apakah yang menjadikan ZriiNew Night Cream satu produk pelembap malam yang superior?
Bolehkah saya guna krim malam ZriiNew di bahagian leher, dada, tangan atau kulit tubuh?
Krim malam ZriiNew yang menghidrat secara mendalam ini mampu mencair dengan cepat ke dalam kulit atas penggunaan, kemudian bertindak secara mendalam bagi menghidrat, menyuburi dan memperbaharui kulit untuk menjadikan wajah anda muda berseri. Penggemar krim malam pasti amat suka dengan teksturnya yang kaya, licin dan mewah – manakala mereka yang mengelakkan diri
Tentunya boleh! Produk ZriiNew juga selamat digunakan dan berkesan pada bahagian tubuh lain. Malahan, kami mencadangkan anda supaya menggunakan produk ZriiNew di bahagian leher dan dada (atau kawasan garis leher dedah bahu), serta muka anda. Ramai orang masih terlupa untuk menjaga bahagian tubuh yang penting itu, meskipun mereka terdedah kepada cahaya matahari dan menunjukkan tanda penuaan yang jelas.
ZRIINEW™ FACIAL EXFOLIATOR Apakah yang menjadikan ZriiNew Facial Exfoliator begitu istimewa? Facial Exfoliator ZriiNew mampu membuang kotoran dan sel kulit mati secara serentak, serta menghidratkan kulit dengan bahan emolien yang berasaskan sumber semula jadi. Tindakan serentak dalam pengelupasan dan penghidratan ini membantu menghasilkan kulit yang terasa lembut dan licin. Facial Exfoliator ZriiNew turut menonjolkan serbuk aprikot dan serbuk buluh yang bersifat lembut dan sesuai untuk kegunaan harian, berbanding dengan kandungan kulit kasar dan biji keras yang pinggirpinggir tajamnya boleh menyebabkan pelelasan dan kerosakan mikroskopi pada permukaan kulit. Akhir sekali, kami tidak akan menggunakan bahan plastik mikro-manik yang tidak terbiodegradasikan di dalam produk kami, supaya anda sentiasa berasa ceria yang Facial Exfoliator kami adalah baik untuk kulit anda dan alam sekitar.
Bolehkah ZriiNew Facial Exfoliator digunakan pada kesemua jenis kulit? Bahkan kulit sensitif? Ya. Facial Exfoliator ZriiNew telah dirumus untuk semua jenis kulit.
Bagaimanakah caranya ZriiNew Facial Exfoliator boleh mengelupas kulit? ZriiNew Facial Exfoliator telah dirumus dengan serbuk buluh dan serbuk aprikot semula jadi yang sangat halus, membantu untuk melonggar dan membuang sel kulit mati dan kotoran secara lembut tanpa mencalarkan atau menanggalkan kelembapan kulit. Sebagai hasilnya: kulit terasa lembut dan licin.
Mengapakah ZriiNew Facial Exfoliator disyorkan untuk kegunaan harian sedangkan kebanyakan skrub di pasaran mengesyorkan penggunaan hanya 2 – 3 hari dalam seminggu sahaja? Kebanyakan produk pengelupasan dan skrub di pasaran mencadangkan anda menggunakannya hanya 2-3 hari dalam seminggu sahaja kerana kandungan bahan pengelupasan yang mereka gunakan adalah lebih besar dan kasar. Kebanyakan daripada mereka menggunakan partikel kekeras atau kulit keras yang boleh menyebabkan pelecetan minor pada kulit akibat penggunaan berpanjangan. Produk lain yang menggunakan bahan mikrosfera yang tidak terbiodegradasikan boleh memberi impak negatif terhadap alam sekitar dan hidupan liar. Facial Exfoliator ZriiNew telah dirumus dengan serbuk buluh dan serbuk aprikot semula jadi yang sangat halus dan lembut, sesuai digunakan setiap hari bagi membuang sel kulit mati secara lembut dari permukaan kulit. Kelebihan bonus: guna ZriiNew Facial Exfoliator setiap hari boleh membantu anda meningkatkan keupayaan kulit untuk menyerap kandungan bahan yang berkesan dalam ZriiNew Facial Serum, Night Cream dan SPF Day Cream.
Berapa lamakah pengelupasan disyorkan berlangsung, dan bagaimanakah saya melakukannya? Apa yang penting ialah melakukan pengelupasan secara lembut selama kira-kira 30 saat bagi mendapatkan kesan yang terbaik daripada bahan penghidratan penting di dalamnya. Ia membenarkan kandungan kelembapan kami – termasuk minyak labu, minyak jojoba, shea butter dan glukan oat – untuk menembusi secara mendalam bagi memberikan penghidratan yang baik, serta kulit yang lembut dan licin. Kami mencadangkan supaya pengelupasan dilakukan tidak kurang dari 30 saat dengan pergerakan membulat secara lembut.
Bolehkah saya guna ZriiNew Facial Exfoliator di bahagian leher, dada, tangan atau kulit tubuh? Tentunya boleh! Produk ZriiNew juga selamat digunakan dan berkesan pada bahagian tubuh lain. Malahan, kami mencadangkan anda supaya menggunakan produk ZriiNew di bahagian leher dan dada (atau kawasan garis leher dedah bahu), serta muka anda. Ramai orang masih terlupa untuk menjaga bahagian tubuh yang penting itu, meskipun mereka terdedah kepada cahaya matahari dan menunjukkan tanda penuaan yang jelas.
Apakah yang unik tentang partikel pengelupasan di dalam ZriiNew Facial Exfoliator? Banyak produk pengelupasan di pasaran menggunakan partikel kekeras atau kulit keras yang nampak bergerigi di bawah mikroskop dan ia boleh menyebabkan pelecetan minor (ada kalanya mikroskopi) pada permukaan kulit. Serbuk semula jadi buluh dan aprikot ZriiNew adalah amat halus dan licin. Produk pengelupasan secara lembut dan berkesan ini mampu menyingkirkan kotoran dan sel kulit mati tanpa menyebabkan kerosakan pada permukaan kulit.
Adakah ZriiNew Facial Exfoliator selamat untuk alam sekitar? Ya! ZriiNew Facial Exfoliator telah dirumus dengan serbuk buluh dan serbuk aprikot yang semula jadi, minyak pati dan shea butter, supaya anda sentiasa berasa ceria kerana ianya adalah 100% terbiodegradasikan. Bandingkannya dengan produk pengelupasan lain yang mengandungi bahan plastik mikrosfera tidak terbiodegradasikan, di mana mereka boleh merosakkan alam sekitar dan menjejaskan habitat hidupan liar. Justeru itu, ketika anda pilih Facial Exfoliator ZriiNew, anda bukan sahaja pilih produk yang amat berkesan; anda juga pilih untuk menjaga alam sekitar.
ZRIINEW™ SPF 30 DAY CREAM Apakah yang menjadikan ZriiNew SPF 30 begitu istimewa dan penting? Tanpa rasa ragu-ragu, sinaran UV adalah salah satu punca utama kepada kerosakan dan penuaan kulit, justeru itu penggunaan produk SPF harian amat penting bagi membantu melindungi kulit anda dari sinaran matahari yang berbahaya. Kami telah memilih untuk menghasilkan satu produk spektrum luas dengan Faktor Perlindungan Mentari 30, dan menggabungkannya bersama bahan pelembap yang berkualiti premium supaya menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian. Kandungan antioksidan dalam SPF30 Day Cream ZriiNew turut membantu melawan kesan kerosakan radikal bebas. Akhir sekali, bahan emolien membantu memperkukuhkan perlindungan kelembapan kulit, bagi memberikan anda kulit yang licin dan terasa lembut. SPF 30 Day Cream ZriiNew mampu meresap dengan cepat dan mudah, tanpa meninggalkan sebarang sisa, lalu melembutkan kulit agar membentuk satu asas solekan yang sempurna. Lelaki pula boleh mendapat perlindungan daripada cahaya matahari tanpa rasa berminyak, berkilat atau sisa baki yang ada pada krim siang SPF lain. Maka wujudlah satu produk perlindungan dan penyuburan kulit yang pasti anda suka guna tiap-tiap pagi.
Adakah ZriiNew Day Cream SPF 30 memberikan perlindungan daripada sinaran UVA dan UVB? Ya, ZriiNew Day Cream SPF 30 memberikan perlindungan spektrum luas yang lengkap daripada sinaran matahari yang berbahaya.
Apakah yang dimaksudkan dengan Pelindung Suria Spektrum Luas SPF 30? Berapa banyak perlindungan yang dapat saya peroleh, berbanding dengan pelindung suria lain? “Spektrum Luas” adalah satu istilah yang merujuk kepada keupayaan produk pelindung suria itu melindungi kulit daripada sinaran matahari UVA dan UVB. Peraturan FDA Amerika Syarikat pada masa ini menyatakan bahawa bagi membolehkan sebarang produk berkaitan dengan SPF untuk membuat tuntutan** spektum luas, ianya mesti lulus satu “ujian jarak gelombang kritikal” dan menjalani ujian yang wajib untuk memastikan nilai SPFnya 15 atau lebih tinggi. Sebarang produk dengan nilai di bawah SPF 15 hanya boleh membuat tuntutan spektrum luas yang dikaitkan dengan perlindungan selaran matahari, dan bukannya penuaan kulit (kedutan, bintik perang). Produk yang lulus ujian spektrum luas dapat memberi perlindungan radiasi ultra lembayung B (UVB) dan radiasi ultra lembayung A (UVA). Selaran matahari biasanya disebabkan oleh UVB. Kedua-dua sinaran UVB dan UVA boleh menyebabkan selaran matahari, kanser kulit, dan penuaan pramatang kulit. Peratusan tertentu dari jumlah perlindungan produk spektrum luas telah diperuntukkan untuk menentang UVA. Bagi produk spektrum luas, nilai SPF (faktor perlindungan mentari) yang lebih tinggi juga menandakan tahap perlindungan secara keseluruhan yang lebih baik.
Apakah perbezaannya antara pelindung suria fizikal dengan kimia? Pelindung suria fizikal mengandungi bahan mineral aktif, seperti titanium dioksida atau zink oksida, yang bertindak dari lapisan atas kulit untuk memesong dan menyebarkan sinaran UV berbahaya jauh dari kulit. Pelindung suria kimia pula mengandungi sebatian yang mampu mengubah sinaran UV menjadi haba, kemudian membebaskan haba tersebut dari kulit. Pelindung suria kimia mempunyai rasa yang lebih ringan, lebih mudah diserap dan tidak meninggalkan sebarang sisa putih, berbanding dengan pelindung suria fizikal – terutamanya mereka yang mempunyai nilai SPF lebih tinggi (seperti 30 dan ke atas).
*Rujukan: *BioScreen Testing Services, Inc. (April 25, 2016). Penilaian Klinikal Tentang Keberkesanan Produk Penjagaan Kulit Dalam Memperbaiki Kulit Krim Malam dan Serum Wajah. Didapat kembali dari Bahagian Perkhidmatan Klinikal BioScreen *Zrii (July 2016). In-House Consumer Use Study **Sila semak dengan pasaran tempatan anda untuk peraturan khusus yang dikenakan ke atas produk SPF. ZriiNew SPF 30 Day Cream patuh kepada semua peraturan dan undangundang setempat bagi produk SPF di mana produk itu telah dipasarkan.
Semua produk penjagaan kulit ZriiNew adalah disahkan Halal. Kosmetik dan produk penjagaan diri yang mempunyai pensijilan halal mestilah selamat dan tidak berbahaya kepada pengguna; ia telah dirumuskan sedemikian bahawa mereka dibenarkan atau yang diperakui mengikut undang-undang Islam, dan dijamin bebas daripada alkohol, hasil-sampingan haiwan tertentu, dan beberapa bahan-bahan dilarang yang lain.
Saya tidak keluar rumah setiap hari. Mengapakah saya perlukan pelembap harian dengan SPF? Walaupun anda tidak banyak melakukan aktiviti luar di bawah cahaya matahari, anda tetap terdedah kepada sinaran UV semasa menjalani aktiviti harian seperti memandu kereta, berjalan kaki keluar dari rumah, membuat kerja suruhan, dan sebagainya. Walaupun hari mendung, sinaran UVA masih boleh menembusi kulit kita dan menyebabkan penuaan dan kerosakan. Penggunaan pelembap harian dengan SPF mampu melindungi kulit anda dari kesan kerosakan sinaran UV sepanjang hari, setiap hari.
Adakah SPF 30 Day Cream dari ZriiNew kalis air? Tidak, produk ini bukan bertujuan menjadi produk pelindung matahari kalis air atau kalis peluh yang tahan lasak. SPF 30 Day Cream ZriiNew ialah sejenis pelembap SPF yang direka untuk kegunaan harian, bahkan memakai solekan.
Bolehkah saya guna ZriiNew SPF Day Cream di bahagian leher, dada, tangan atau kulit tubuh? Tentunya boleh! Produk ZriiNew juga selamat digunakan dan berkesan pada bahagian tubuh lain. Malahan, kami mencadangkan anda supaya menggunakan produk ZriiNew di bahagian leher dan dada (atau kawasan garis leher dedah bahu), serta muka anda. Ramai orang masih terlupa untuk menjaga bahagian tubuh yang penting itu, meskipun mereka terdedah kepada cahaya matahari dan menunjukkan tanda penuaan yang jelas. 1606005 ©2016 Zrii, LLC. Hak cipta terpelihara.