WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 4)
Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD
Silibus
1. Tujuan dan matlamat pendidikan Islam 2. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam 3. Sejarah pendidikan Islam Zaman Rasulullah 4. Sejarah pendidikan Islam zaman Khulafa’ al-Rashidin 5. Sejarah pendidikan Islam zaman Umayyah, Abbasiyah dan Andalus 6. Sejarah pendidikan Islam zaman Islam di India 7. Sejarah pendidikan Islam zaman penjajahan dan masakini
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN ABBASIYAH
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Latar Belakang Kemunculan Kerajaan Abbasiyah
• Khalifah Bani Abbasiyah merupakan pengganti khalifah Bani Umayyah. Abdullah al-Saffah ibn Muhammad ibn Ali ibn Abdullah ibn al-Abbass . • Empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Umayyah (750M). Berkembang selam dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan. • Kerajaan ini berakhir pada tahun 1258M selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan kota Baghdad
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Garis Masa: Pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyah
Fasa Pertama (Pemerintahan oleh Khalifah) (749-847 M) Zaman Keemasan
Fasa Kedua (Pemerintahan oleh Kerajaan Kecil) (847-1194 M) 24 Khalifah
Antara Khalifah Terkenal (9 khalifah)
(847-946 M) Turki pertama
Abu Abbas al-Suffah (750 -754 M)
(946-1055 M) Bani Buwaih Persia
Abu Jaafar al-Mansur (754-775M) Harun Al-Rasyid (786 – 809M
Fasa Ketiga (Pemerintahan oleh Khalifah) (1194-1258 M ) Kota Baghdad 4 Khalifah
(1031 – 1157 M) Bani Saljuk Turki Kedua
Abdullah al-Makmun (813-833M)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bagaimana Perkembangan Pendidikan Zaman Abbasiyyah?
• Perkembangan pendidikan zaman Abbasiyyah lebih pesat dari kerajaan Ummaiyah. • Sebab: Zaman Ummaiyah banyak pemberontakan berlaku khususnya dari Syiah. • Para Khalifah Umaiyyah menumpukan perhatian dalam penyebaran Islam dan membuka wilayah-wilayah baru. • Sebaliknya pada zaman Abbasiyyah, kerajaan Islam telah kukuh (2/3 dunia) dan usaha lebih tertumpu kepada pengukuhkan sistem pendidikan dan ekonomi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Faktor Utama Perkembangan Ilmu Pengetahuan Pada Zaman Abbasiyah
1. 2. 3. 4. 5. 6.
7. 8.
Usaha dan galakan para khalifah. Aktiviti penterjemahan pelbagai bidang ilmu. Kestabilan politik dan kewangan kerajaan Abbasiyyah Dasar kerajaan Abbasiyah yang mengutamakan kepada ilmu pengetahuan. Kewujudan prasarana pendidikan yang baik. Kedudukan Baghdad yang menjadi pusat keilmuan dan perdagangan antarabangsa. Hubungan diplomatik antara kerajaan Abbasiyyah dengan negara-negara luar. Islam mengalakkan umatnya agar mengkaji alam sekitar.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Pendidikan Pada Zaman Abbasiyyah
Masjid
Istana Khalifah
Perpustakaan
Pusat Pengajian
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Masjid
Masjid bukan sekadar tempat ibadah bahkan pusat penyebaran ilmu pengetahuan. Halaqah-halaqah ilmu diadakan selalu sepertimana pada zaman Rasulullah dan sahabat
Contoh: Masjid Jami’ Al-Mansuir (145H) dibina oleh Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur berfungsi sebagai Pusat Pengajian IlmuIlmu Islam.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Istana Khalifah
• Istana = Lokasi para ulama bermuzakarah dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Contoh: Khalifah Mu’tadhilu Billah (289H/902M) menyediakan sudut-sudut tertentu di istana untuk para sarjana Islam menyampaikan ilmu.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perpustakaan • Baitul Hikmah di Baghdad dibina oleh Khalifah Harun. • Darul Hikmah di Mesir dibina oleh Khalifah Al-Hakim Biamrillah. • Kegiatan Baitul Hikmah dalam pendidikan antaranya ialah: 1. Pusat pertemuan para sarjana 2. Pusat penterjemahan 3. Pusat sumber 4. Pusat penyelidikan ilmiah 5. Pusat latihan para ilmuan • Di Baitul Hikmah terdapat banyak karya sarjana tempatan serta karya terjemahan daripada bahasa Parsi, Yunani, Cina dan India. • Khalifah Al-Makmun mengambil inisiatif membawa masuk khazanah-khazanah karya Yunani yang diambil dari Pulau Cyprus dan Istabul. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Pusat Pengajian
• Pusat Pengajian dibina di atas tanah milik persendirian, wakaf atau milik kerajaan oleh khalifah, menteri dan orang kaya. • Sumber kewangan pusat pengajian diambil daripada hasil tanah-tanah wakaf dan perbendaharaan negara. • Contoh: Madrasah Nizamiyah yang dibina pada (457H@1092M) oleh Nizam Al-Mulk (Menteri berketurunan Seljuk). Al-Madrasatul An –Nizamiyyah telah melahirkan ulama’ terkemuka seperti Abu Imad Al-Asfahani, Abu Ishak Al-Syirazi dan Imam Al-Ghazali.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Bidang Ilmu Yang DiTerokai Pada Zaman Abbasiyyah
Jenis Ilmu
Ilmu berteraskan wahyu
Ilmu berteraskan akal
Ilmu Tafsir, Hadis, Fiqeh, Tauhid dan Qiraat
Matematika, ilmu falak, ilmu kimia, ilmu fizik, geografi & perubatan
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Berteraskan Wahyu
1. Ilmu Tafsir - Tafsir Al-Quran disusun mengikut sususnan surah oleh Yahya Ziyad al-Fara; (207H@883M). - Ibnu Jarir Al-Tobri (310H @923M) meneruskan pembaharuan di dalam karyanya iaitu Tafsir Al-Tobri
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Hadis
Kemunculan pakar-pakar hadis terkemuka: 1. Imam Al-Bukhari (256H/870M) penyusun kitab Soheh Al-Buhori. 2. Imam Muslim (261H@875M) penyusun kitab Soheh Muslim. 3. Abu Daud (275H@888M) penyusun Sunan Abu Daud. 4. Al-Tirdmizi (279H@892M) penyusun Sunan AlTirmidzi. 5. An-Nasa’ie (303H@916M) penyusun Sunan AnNasa’ie) 6. Ibnu Majah (273H/886M) penyusun Sunan Ibnu Majah
Karya-karya mereka dikenali sebagai Kutubu Sittah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Fiqeh
Muncul ulama’ muktabar yang mengasaskan Mazhab Fiqeh 1. 2. 3. 4.
Imam Abu Hanifah (150H @767M) Imam Malik (179H @795M) Imam Syafi’e (204H@820M) Imam Ahmad bin Hanbal (241H@855M)
Ulama Terkenal yang lain seperti: 1. 2. 3. 4.
Al-Qodi Abu Yusof (182H@798M) Sahnun (240H@854M) Al-Mawardi (450H@1058M) Ibnu Qudamah (620H@1223M)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Tauhid
Ulama Islam berusaha gigih untuk memurnikan aqidah masyarakat Islam ketika itu yang terpengaruh dengan falsafah Yunani yang mereka jadikan rujukan dalam masalah aqidah. Antara tokoh yang mewarnai perkembangan Tauhid ketika itu: 1. Imam Abu Hasan Al-As’yari (324H@935) 2. Imam Ghazali (505H@1111M)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Berteraskan Akal 1. Ilmu Matematik Formula baru matematik (ilmu hisab) telah dihasilkan oleh sarjana Muslim. Antaranya: i) Al-Masallis (Trigonometri) ii) Al-Jabr (Algebra) iii) Al Handasah (Geometri) iv) Logarithm (Logarithm) v) Memperkenalkan sistem angka dalam abjad arab. vi) memperkenalkan bilangan sifar (0) dalam sistem angka. angka. vii) Muhammad bin Musa Al-Khawarimi (236H@850M) telah ke India untuk mempelajari ilmu matematik. viii) Menghasilkan karya dalam bidang ini bertajuk “Hisan Al-Jabari wal Muqobah (intergration and Equations)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Falak
Menghasilkan penemuan baru oleh sarjana Islam 1. Mengukur jarak antara bumi dan langit. 2. Jadual pergerakan bulan dan bintang. 3. Menjelaskan sistem geografi bumi serta pengaruh bulan dan matahari. 4. Alat pengukur sudut yang dikenali AstroLabe 5. Tokoh ilmu falak ialah al-Batani (317H@929M). Beliau berjaya menemui cara mengukur jarak antara bumi dan matahai dan membuat jadual perkarakan bulan dan bintang.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Kimia
Mengasaskan fakta kimia berdasarkan ujikaji (eksperimen). Penemuan lain antaranya: 1. 2. 3. 4. 5.
Penemuan asid galian seperti asid sitrik Asid sulfurik dan asid hidroklorik Teori penghasilan petroleum Teori Penghasilan alkohol Membaiki proses pembuatan kaca
Tokoh kimia ialah Jabir B.Hayyan (198H@813M). Beliau orang pertama menemui asid sulfurik. Selain itu beliau menghasilkan 8 buah karya tentang Kimia.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Fizik
1. Mencipta teori gerakan jirim, daya graviti dan pantulan cahaya. 2. Menjelaskan lapisan mata dan serta proses penglihatan. 3. Menyukat kelajuan bunyi dan cahaya. 4. Mencipta cermin mata Hasan bin Haisam (430H@1039M) menghuraikan proses penglihatan menerusi pembalikan cahaya pada retina sekaligus membetulkan kesalahan pandangan ahli fizik Yunani. Menghasilkan lebih 200 karya antaranya dalam bidang fizik seperti kitab Manazir Maqalah Fi Daui, Maqalah fi Tahlil Wal Tarkib. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Geografi
• Memberi ukuran yang tepat keluasan permukaan bumi. • Menghasilkan peta dunia pertama berbentuk globe Syarif Al-Idris dijemput oleh King Roger II di Sicily untuk membuat peta dunia terkini berbentuk globe. Ensiklopedia yang mempunyai peta yang lengkap tentang Eropah berjudul Nuzhatul Mustaq Fi Ihtiraqi Afaak telah dihasilkan beliau.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Ilmu Perubatan Pembinaan 2 buah hospital di Baghdad oleh Khalifah Jaafar Al-Mansur. Pencapaian dalam bidang perubatan: 1. 2. 3. 4. 5. 6.
Menjelaskan kesan kuman dalam penyakit Menjelaskan teori jangkitan virus seperti TB Menemui pelbagai jenis penyakit seperti Rubela Alahan, Cacar, dan penyakit jiwa Mencipta ubat untuk pelbagai penyakit kronik Mencipta pecagari, ubat bius dan benang yang khusus untuk menjahit luka pembedahan.
Ibnu Sina (428H@1037M) menghasilkan 116 buah buku perubatan. Karya beliau yg terkenal ialah Qanun Fi Tib. Karya ini mengandungi maklumat tentang jenis-jenis penyakit serta ubat-ubatan. Karya-karya beliau dijadikan bahan rujukan asas di Eropah pada abad pertengahan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM DI ANDALUSIA
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ANDALUSIA PRA-ISLAM • Sejak awal abad 5 (406M) wilayah Spanyol dikuasai oleh bangsa Vandals (pribumi). Kekuasaan Vandal diambil alih oleh orang-orang Gothic. • Kemudian dinasti Merovingian dari kerajaan Frank merebutnya dari orang-orang Gothic dan terdiri kerajaan Visigoth dimana wilayah tersebut di kenali dengan Vandalusia. • Setelah kedatangan orang-orang Islam pada tahun 92H/711M, sebutan Vandalusia diubah menjadi Andalusia atau al-Andalus (Hitti, 1970:498). • Kehadiran orang-orang Islam di Spanyol merupakan awal munculnya Islam di benua Eropa kerana Spanyol merupakan pintu gerbang bagi benua tersebut. Terjadi pada masa kekhilafahan Bani Umayyah dengan khalifah (pemimpin) AI-Walid bin Abdul Malik.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Kedatangan Islam Di Andalusia • Islam mula masuk ke Sepanyol pada 92 Hijrah (911 Masihi) di bawah kepemimpinan Panglima Tariq bin Ziyad, Musa bin Nusair dan Abdul Aziz bin Musa.
• Selepas kemasukan mereka melalui Jabal Tariq (Gibral Tar) pada tahun itu, Sepanyol kemudian muncul menjadi negeri paling makmur. Pasukan Islam tidak hanya berhenti di Sepanyol, malah terus memperbesarkan empayar ke negara sekitar seperti Perancis. Kota Carcassone, Nimes, , Lyon, Poitou dan Tours. • Walaupun pasukan Islam sangat kuat dan memiliki kekuasaan yang luas, tetapi mereka tetap mengutamakan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang juga kawasan pergunungan. • Kedatangan Islam dianggap sebagai pembebas dari segala bentuk kejahilan yang melanda Eropah pada masa itu. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkembangan Pendidikan Islam di Spanyol 1. Mendirikan Lembaga Pendidikan Ketika umat Islam berkuasa di spanyol telah mendirikan madrasahmadrasah bagi menampung perkembangan pendidikan. Madrasahmadrasah tersebar di seluruh daerah kekuasaan Islam, antara lain: Qurthubah (Cardova), Isybiliah (Seville), Thulaitihillah (Toledo), Gharnathah (Granada). Khalifah Abdul Rahman III mendirikan Universitass Cordova sebagai pusat ilmu pengetahuan. Universitas ini mengambil tempat di sebuah masjid. Pada masa pemerintahan Al-Hakam II (961-976 M), universiti tersebut diperluas lokasinya, dan bahkan mendatangkan para professor dari timur (Al-Azhar dan Nizhamiyyah) sebagai pensyarah undangan untuk memberikan perkuliahan dan menanggung pembayaran kepada mereka.Malahan siswa tidak perlu membuat pembayaran. Langkah yang diambil Al-Hakkam II dalam memajukan pendidikan Islam di Spanyol, kemudian diikuti oleh para penguasa sesudahnya. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Pendidikan Islam di Spanyol
• Catatan sejarah dalam bidang intelektual. • Fiqh menurut mazhab Maliki (Para Ulama yang memperkenalkan mazhab ini adalah Ziyad ibn Abd Al-Rahman. Perkembangan selanjutnya ditentukan ibn Yahya yang menjadi qadhi pada masa Hisyam ibn Abd Rahman. Ahli-ahli fiqih lainnya adalah Abu bakar ibn Al-Quthiyah, Munzir ibn Said Al-Baluthi dan Ibn Hazm. • Bahasa Arab telah menjadi bahasa rasmi dan bahasa administrasi dalam pemerintah Islam di Andalusia. Bahasa Arab diajarkan kepada para pelajar Islam dan agama lain.Di antara ahli bahasa tersebut yang termasyhur ialah Ibnu Malik pengarang kitab Alfiah, Ibn Sayyidih, Ibn Khuruf, Ibn Al-Hajjjj, Abu Ali Al-Isybili, Abu Al-hasan Ibn Usfur, dan Abu Hayyan Al-Garnathi
Muncul karya-karya sastra seperti Al-‘Iqd al-Farid karya Ibn AbidinRabbih, al-Dzakhirah fi Mahasin Ahl al-Jazirah oleh Ibn Basam, kitab al-Qalaid buah karya Al-Fath Ibn Khaqan. Sya’ir merupakan ekspresi utama dari peradaban Andalusia. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkembangan Pendidikan Islam di Spanyol
2. Pengembangan Perpustakaan Khalifah Abdurrahman III (912-961 M) membangun perpustakaan dikota Granada hingga mencapai 600.000 jilid buku. Upaya yang sama juga dilakukan oleh khalifah Al-Hakam II (961976 M). Ia juga membangun perpustakaan yang terbesar (Greatest Library) di seluruh Eropah pada masa itu dan pada masa-masa sesudahnya. Perpustakaan Khazanatul Humits-Tsani di Andalusia memiliki buku sebanyak 400.000 jilid buku,
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkembangan Pendidikan Islam di Spanyol
3. Bidang Ilmu Pengetahuan dan Filsafat • Mengalami perkembangan yang cukup pesat • Islam lahir sebagai agama pemenyatu dan peradaban. • Bangsa Yunani sedang tenggelam dalam kekuasaan pemerintah yang kejam • Dunia Islam terus bebas mengembangkan ilmu pengetahuan. • Minat terhadap filsafat dan ilmu pengetahuan mulai dikembangkan oleh penguasa Muslim ketika itu, sehingga melahirkan para ilmuan dan ahli filosofi seperti Ibnu Hazm dengan karnyanya al-Milal wa al-Nihal, Abu Bakr Muhamad Ibnu Al-Asyik (Ibnu Bajah) wafat 1138, Abu Bakar Ibnu Tufael (Hay bin Yaqdzan), wafat 1185.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkembangan Pendidikan Islam di Spanyol 4. Bidang Sains Abbas Ibn Farnas termasyhur dalam ilmu kimia dan astronomi. Ia adalah orang pertama yang menemukan pembuatan kaca dari batu.
Ibrahim ibn Yahya Al-Naqqash terkenal dalam ilmu astronomi. Ia dapat menentukan waktu terjadinya gerhana matahari dan menentukan berapa lamanya. Ia juga berhasil membuat teropong modern yang dapat menentukan jarak antara tata surya dan bintang-bintang. Ahmad ibn Ibas dari Cordova adalah ahli dalam bidang ubat-ubatan. Umm AlHasan bint Abi Ja’far dan saudara perempuan Al-Hafidz adalah dua orang ahli kedokteran dari kalangan wanita. Tokoh terkenal dalam bidang kedokteran adalah Ibn Rusdy. Selain sebnagai filosof ia juga ahli kedokteran. Namun kemahirannya dalam filsafat membuat keahlian dalam kedokterannya tertutupi. Karya Monumentalnya dalam bidang ini adalah al-Kulliyat fi al-Thibb (generalitas dalam kedokteran). Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Perkembangan Pendidikan Islam di Spanyol
5. Bidang sejarah dan geografi Wilayah Islam bagian Barat melahirkan banyak pemikir terkenal. Ibn Jubair dari Valencia (1145-1228 M) menulis tentang negeri-negeri muslim di Mediterania Sicilia. Ibn Batuthah dari Tangier (1304-1377 M) mencapai samudra Pasai dan Cina. Ibn Al-Khatib (1317-1374 M) menyusun riwayat Granada, sedangkan Ibn Khaldun dari Tunis adalah perumus filsafat sejarah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Kesimpulan
Terdapat perbezaan diantara kehadiran Islam di Spanyol dengan masuknya Islam di negara-negara lain. Islam di Spanyol berkembang di atas kelemahan pemerintah sebelumnya dan di atas keperluan ilmu pengetahuan dan peradaban.
Kedatangan Islam membawa perubahan pada peradaban dan pengetahuan baik kepada dunia Islam maupun Barat. Perubahan ini ternyata memberi manafaat terhadap Barat untuk bangkit melaksanakan kajian-kajian ilmiah.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUKAN Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. Terj. H Muchtar Jahja & M Sanusi Latief. Singapura:Pustaka Nasonal Hassan Langgulung. 1996. Pengenalan Tamaddun Islam dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Sa’id Ramadan Al Buti. 1997. Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD