WD8013 Sejarah Pendidikan Islam I (Minggu 3)
Pensyarah: Ustazah Dr Nek Mah Batri PhD
Silibus
1. Tujuan dan matlamat pendidikan Islam 2. Falsafah dan Kurikulum Pendidikan Islam 3. Sejarah pendidikan Islam Zaman Rasulullah 4. Sejarah pendidikan Islam zaman Khulafa‟ al-Rashidin 5. Sejarah pendidikan Islam zaman Umayyah, Abbasiyah dan Andalus 6. Sejarah pendidikan Islam zaman Islam di India 7. Sejarah pendidikan Islam zaman penjajahan dan masakini
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN KHULAFA’ RASHIDIN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
INSTITUSI KHALIFAH
• Secara umumnya, pemerintahan dan pentadbiran Islam tidak terhenti selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. •Pemerintahan seterusnya diterajui oleh empat khalifah, iaitu Abu Bakar al-Siddiq, Umar bin al-Khattab, Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib yang berpusat di Madinah.
•Zaman tersebut dikenali sebagai “Zaman Khulafa‟al-Rasyidin”. Pemerintahan Khulafa al-Rasyidin merupakan contoh terbaik dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran Islam selepas zaman Nabi Muhammad s.a.w. •Orang yang mengetahui institusi ini dipanggil Khalifah. Khalifah (tunggal), jamaknya Khulafa yang membawa maksud pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Pendidikan Islam Di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin
•Sistem pendidikan pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin telah berkembang dengan baik. Ia memberi nafas baru bagi menyambung tradisi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. •Pada zaman Rasulullah, negara Islam berkembang meliputi Semenanjung Tanah Arab. Pendidikan hanya berpusat di kota Madinah tetapi perkembangan pendidikan semakin meluas dan berkembang pesat pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin. • Pusat pendidikan tersebar di bandar besar seperti bandar Madinah dan Makkah, Basrah dan Kufa, Damsyik dan Palestin dan Madrasah Fustat (Mahayudin 1993). Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
ISI KANDUNGAN/SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN ISLAM DI ZAMAN KHULAFA RASHIDIN •Isi kandungan pelajaran pendidikan Islam di zaman Khulafa‟ Al-Rasyidin adalah sama dengan isi kandungan yang terdapat pada zaman Rasulullah s.a.w. iaitu wahyu dari Allah (al-Quran). •Walau bagaimanapun, pada zaman pemerintahan Khulafa‟ al-Rasyidin, isi kandungan pelajaran pendidikan Islam telah bertambah dengan adanya perubahan zaman dan masalah yang dihadapi oleh umat Islam ketika itu. •Selain ilmu al-Quran dan As-Sunnah (hadis), pertambahan ilmu yang ada ketika zaman Khulafa‟ al-Rasyidin yang berkaitan ilmu Islam ialah tafsir al-Quran, Tauhid, FIkah, Ilmu Mantiq, Bahasa Arab, sajak, syair yang berunsur pendidikan, Ilmu Fizikal seperti memanah, menunggang kuda, bermain pedang dan ilmu mempertahankan diri untuk menegakkan dan menyebarkan Islam serta menghafaz dan mengingat beberapa surah Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
Menurut Mahmood Zuhdi (1992) sumber pendidikan Islam dari zaman Rasulullah hingga zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. ialah Al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w.. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika Muaz diutuskan ke Yaman jelas menunjukkan penggunaan sumber tersebut digunakan: Sabda Rasullullah s.a.w. kepada Muaz bin Jabal ketika baginda mengutus beliau ke Yaman. Baginda bertanya kepada Muaz: “Dengan apa engkau berhukum?” Jawabnya “dengan kitab Allah?” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak menjumpainya (dalam al-Quran)? Jawab Muaz : Dengan sunnah Rasulullah saw,” Sabda baginda: “ Jika engkau tidak juga menjumpainya? Jawab Muaz: “ Aku berijtihad dengan pendapatku.” Maka rasulullah s.a.w menepuk dada Muaz dan bersabda: “ Segala puji dan puja hanya bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah dalam perkara yang diredai oleh Rasulullah. (Riwayat al-Tarmizi) Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SUMBER PENDIDIKAN ISLAM
•Berdasarkan hadis tersebut, penulis melihat sumber pendidikan Islam pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq r.a. menggunakan al-Quran, As-Sunnah dan Ijtihad para sahabat Rasulullah s.a.w. Ini • dapat kita lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar yang menggunakan ijtihad beliau di dalam membukukan mashaf al-Quran kerana Rasulullah tidak pernah mengarahkan untuk membukukan alQuran.
•Seterusnya pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab sumber pendidikan Islam telah bertambah iaitu dengan menerima ilmu dan tamadun dari sumber luar yang tidak bertentangan dengan ajaran al-Quran dan As-Sunnah terutama ilmu dan tamadun dari wilayahwilayah kekuasaan Islam terutama tamadun dari Parsi. Perkara ini berterusan sehingga ke zaman pemerintahan Khalifah Ali bin Abi Thalib r.a. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TEMPAT PENDIDIKAN Institusi Masjid •Masjid adalah tempat ibadat dijadikan sebagai institusi pendidikan yang kedua dalam dunia Islam selepas rumah al-Arqam bin Abi alArqam. Masjid didirikan di setiap wilayah yang ditakluki sebagai pusat pendidikan dan tempat ibadah muslim (Abdullah Ishak 1995 & Hassan Langgulung 1996). •Masjid juga memainkan peranan penting dalam pembentukan perpaduan ummah. Ini diakui oleh Al Buti (1997) yang berpendapat masjid itu asas pertama dan utama ke arah pembentukan masyarakat Islam kerana dengan masjid itulah masyarakat Islam dapat mengambil suntikan pelalian (immunity) dan kekuatan dengan mengikut dan mematuhi segala sistem Islam, akidah dan peradabannya.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Masjid
•Peranan masjid diperluaskan lagi dimana pada zaman Rasulullah dan para sahabat, masjid berfungsi sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan di samping fungsi-fungsi lain seperti pusat kegiatan kesusasteraan dan persuratan Islam, pusat kegiatan sosial, tempat perisytiharan, tempat keadilan dah kehakiman, penggerak Baitul Mal negara serta tempat para musafir bermalam (Mohd Mokhtar 2003). •Penggunaan masjid sebagai institusi pendidikan selain daripada tempat untuk melakukan aktiviti-aktiviti ibadah khusus adalah bersesuaian dengan inspirasi akhlak dan kemasyarakatan umat Islam. Seiring dengan tersebarnya agama Islam dan perluasan wilayahnya selepas kewafatan Rasulullah, institusi masjid juga berkembang pesat sebagai pusat pendidikan (Nasruddin Yunos & Mohamad Taha 2003)
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Masjid
•Pada zaman khulafa al-Rasyidin masjid memainkan peranan penting sebagai institusi peribadatan, pendidikan, sosial, penghakiman dan pelbagai aktiviti yang memberikan kemudahan kepada umat Islam. •Melalui amalan pengibadatan dan pendidikan yang dijalakan di masjid, ramai cendiakawan Islam dan ulama telah dapat dilahirkan. Ini bersesuaian dengan pandangan Haron Din (2007) yang berpendapat masjid menjadi insitusi pengajian yang melahirkan cerdik pandai Islam dalam setiap bidang kehidupan dan tempat menyemai dan menyuburkan iman.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Suffah
•Menurut Shalaby (1976), Suffah ialah ruang atau bangunan yang dibina bersambung dengan masjid. Institusi Suffah berperanan sebagai sebuah sekolah kerana aktiviti pengajaran dijalankan secara sistematik dan teratur. Antara masjid yang mempunyai institusi Suffah ialah Masjid Nabawi di Madinah. •Pandangan Shalaby ini disokong oleh Abdullah Ishak (1995) yang berpendapat al-Suffah dapat dianggap sebagai sekolah atau madrasah berbentuk formal yang terulung dalam pendidikan Islam.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Kuttab
•Menurut Shalaby (1976) dan Rosnani Hashim (1988), orang-orang Arab telah menubuhkan Institusi Kuttab sejak sebelum kedatangan Islam lagi dengan tujuan sebagai pendidikan kepada kanak-kanak di peringkat rendah iaitu kemahiran asas seperti membaca dan menulis. •Biasanya kuttab ini dibina bersampingan dengan masjid atau surau. Kebanyakkan guru yang mengajar di institusi Kuttab mengajar secara sukarela. Walau bagaimanapun, institusi tersebut tidak mendapat perhatian masyarakat Jahiliyah Arab dengan bilangan pelajar lebih kurang 17 orang.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Institusi Kuttab
•Pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin, Kuttab lebih berfungsi sebagai institusi pendidikan sampingan bagi masjid setelah di dapati masjid terlalu ramai pelajar. Kanak-kanak dan orang yang baru masuk Islam diajar di institusi tersebut. Pada waktu pagi, kanakkanak membaca dan menghafaz al-Quran. • Manakala pada waktu tengahari mereka belajar menulis, belajar solat bahasa dan sastera Arab. Pelajaran yang diajar pada peringkat kuttab ialah belajar membaca dan menulis, membaca al-quran dan menghafalnya serta belajar asas agama islam seperti cara berwuduk, sembahyangh, puasa dan sebagainya (Mahayudin 2005).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
Golongan Guru •Guru yang mengajar Pendidikan Islam di zaman khulafa‟ al-Rasyidin merupakan guru-guru yang pakar mengikut bidang masing-masing. Umar sendiri mengajar ilmu hadis di Masjid Madinah dan menggalakkan dan membenarkan hanya orang yang pandai dan berkebolehan untuk mengajar hadis bagi mengelakkan bercampur antara hadis yang tulen dengan hadis palsu (Suffian Abdul Rahman 1983). Khalifah Umar juga menggalakkan umat Islam membuat kajian tentang Al-Quran dan Hadis (Norliyana 2007). •Tugas muallim atau guru yang dilantik ialah untuk membimbing pelajar membaca, menulis dan memahami isi Al-Quran. Para muallim tersebut diberi ganjaran. Umar juga telah melantik golongan pakar dalam bidang al-Quran seperti pengkaji hadis dan perundangan Islam (Mohd Rashad 2006). Ulama dan muballigh dihantar ke seluruh wilayah kekuasaan Islam seperti Abdullah bin Mas‟ud ke Kufah (Shibli 1981). Ramai juga guru-guru dihantar ke wilayahwilayah kekuasaan Islam yang baru (Norliyana 2007). Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUMUSAN
•Pendidikan Islam pada zaman Khulafa‟ al-Rasyidin merupakan kesinambungan agenda pendidikan yang telah diletak acuannya oleh Rasulullah sendiri. Pendidikan Islam pada zaman Khulafa‟ al Rasyidin dilaksanakan mengikut kredibiliti dan kebijaksanaan pemerintah ketika itu. •Sumber pendidikan yang menjadi rujukan utama pemerintahan, kekal berteraskan Al-Quran dan Al-Sunnah serta Ijtihad para sahabat. Sumber-sumber ini menjadi paksi kepada usaha memartabatkan pendidikan Islam. Keempat-empat tokoh sahabat yang ulung ini telah berjaya memartabatkan pendidikan di landasan yang cukup tinggi dan unggul di dalam pemerintahan masing-masing. Kesinambungan kejayaan mereka telah berkembang pesat dan berlanjutan sehingga ke hari ini.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUMUSAN •Pendidikan di zaman Khulafa‟ al-Rasyidin dijalankan secara sistematik dan teratur, mempunyai objektif, isi kandungan dan sukatan pelajaran, sumber pendidikan serta mempunyai institusi pendidikan yang tersendiri. Pergolakan politik yang terjadi di zaman tersebut tidak menjejaskan perkembangan ilmu dan pendidikan Islam. Bahkan menjadikan pendidikan Islam semakin mantap kerana setiap masalah yang timbul dapat diatasi dengan sempurna dan jayanya. Ini menjadikan pendidikan Islam semakin matang setelah mengharungi cabaran yang dilalui. •Aktiviti pendidikan yang telah dilaksanakan telah merintis kepada kemajuan dalam pelbagai bidang ilmu dan pendidikan yang memberi sumbangan yang cukup besar dan bernilai kepada umat Islam. Sehubungan dengan itu setiap ummah perlu menjadikan acuan pendidikan dan aktiviti pendidikan yang telah diletak asasnya oleh khulafa‟ al Rasyidin ini sebagai contoh dan model ikutan bagi menjadikan kita sebagai umat yang cemerlang. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN UMAYYAH, ABBASIYAH DAN ANDALUS
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SEJARAH PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN UMAYYAH
Latar belakang Kemunculan Bani Umayyah
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH •Pada masa dinasti Umayyah pola pendidikan bersifat desentrasi iaitu berkembang didaerah yang telah dikuasai. •Pakar pendidikan Islam menggunakan kata Al-Maddah untuk pengertian kurikulum kerana pada masa itu kurikulum lebih identik dengan serangkaian mata pelajaran yang harus diberikan pada murid dalam tingkat tertentu. •Dasar muatan kurikulum merangkumi pengetahuan agama dan umum . Lembaga pendidikana Islam digolongkan ke dalam duan bentuk iaitu lembaga pendidikan formal dan tidak formal dan termasuk falsafah(Charles Michael Stanton, 1990 ) •George Makdisi (1981), membahagikan kepada lembaga pendidikan ekslusif (tertutup), iaitu pengetahuan agama; dan lembaga pendidikan inklusif (terbuka), iaitu pengetahuan umum.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERKEMBANGAN KURIKULUM
•Pendidikan pada zaman kerajaan Bani Umayyah merupakan kesinambungan daripada pendidikan zaman permulaan dengan penambahan dari segi struktur institusi,kurikulum dan kepelbagaian guru-guru yang mengajar. Tahap pendidikannya mirip tahap pendidikan pada zaman moden di mana terdapat peringkat pembelajaran yang bermula dari prasekolah yang dinamakan kuttab, peringkat persekolahan yang diadakan di madrasah dan juga masjid yang terbahagi kepada peringkat rendah, menengah dan tinggi. Ilmu-ilmu yang diajarkan pada tingkat menengah dan tinggi terdiri dari Al-Qur‟an dan tafsirannya, hadith dan pengumpulannya, serta fiqih (tasri‟). Kurikulum pendidikan tingkat ini dibagi kepada dua jurusan, jurusan ilmu-ilmu agama (al-ulum al-naqliyah) dan jurusan ilmu pengetahuan (al-ulum alaqliyah). Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH Khuttab atau maktab berasal dari kata dasar kutaba bererti menulis atau tempat menulis. Institusi kuttab adalah sebuah institusi dimana kurikulumnya tertumpu pada pembelajaran asas-asas agama, pembelajaran Al-Quran, cara membaca serta menulis. Menurut Philip K. Hitti (2002), kurikulum pendidikan di kuttab ini berorientasi kepada Al-Quran sebagai suatu buku teks dan merangkumi pengajaran membaca dan menulis, kaligrafi, gramatikal bahasa Arab, sejarah Nabi, hadith khususnya yang berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w. Pendidikan percuma diberikan kepada anak-anak atau pelajar-pelajar miskin yang disebut kuttabus sabil. Pendidikan bagi orang awam dikenakan bayaran. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH
Istana berperanan sebagai sebuah institusi pendidikan di zaman kerajaan Umayyah di mana anak-anak raja, pemimpin dan pembesar-pembesar dididik dan dita‟dib dari segi ilmu yang pelbagai terutamanya sejarah, sastera, ilmu berpidato, tatasusila, cara-cara bergaul dan berhadapan dengan masyarakat (ilmu sosial).
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH
Institusi Suffah Pada masa Rasulullah s.a.w, suffah adalah suatu tempat yang telah digunakan untuk aktiviti pendidikan. Di sini pelajarnya diajar membaca dan menghafal Al-Quran secara benar dan hukum Islam di bawah bimbingan langsung dari Nabi s.a.w.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH Halaqah •Merupakan sebuah wahana tarbiyah (pembinaan) iaitu kelompok kecil yang terdiri dari murabbi (pembina) dan sejumlah mutarabbi (binaan), dengan manhaj (kurikulum) yang jelas, dan diselenggarakan melalui berbagai peringkat tarbiyah. Kurikulum pendidikan tinggi (halaqah) bervariasi tergantung pada syaikh yang mengajar. •Elemen-elemen halaqah adalah (1) murabbi, (2) mutarabbi, (3) manhaj tarbiyah, dan (4) sarana (perangkat) tarbiyah. •Dalam sebuah halaqah, murabbi dan mutarabbi bekerjasama untuk melaksanakan manhaj yang ada menurut peringkat-peringkat yang sesuai. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH
Institusi Masjid
Masjid pada masa Nabi s.a.w, ia telah menjadi pusat kegiatan dan informasi berbagai masalah kaum Muslimin, baik yang bersangkut-paut dengan pendidikan maupun sosial ekonomi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH Institusi Majlis Istilah majlis telah dipakai dalam pendidikan sejak abad pertama Islam. Mulanya ia merujuk kepada tempat-tempat pelaksanaan belajar/mengajar. Pada perkembangan berikutnya di saat dunia pendidikan Islam mengalami zaman keemasan, majlis bererti sesi dimana aktiviti pengajaran atau diskusi/perbincangan berlangsung. Kemudian majlis bererti sejumlah aktiviti pembelajaran, sebagai contoh, majlis Al-Nabi, ertinya majlis yang dilaksanakan oleh nabi.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH
Institusi Hospital Hospital pada masa bani Umayyah bukan hanya berfungsi sebagai tempat merawat dan mengubati orang-orang sakit, tetapi juga mendidik tenaga-tenaga yang berhubungan dengan perawatan dan perubatan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH
Institusi Perpustakaan dan Kedai-Kedai Buku Perpustakaan memiliki peranan penting dalam kegiatan pendidikan keilmuan Islam. Kedai-kedai buku tidak hanya berperan sebagai tempat menjual buku, juga sarana untuk berbincang dan berdebat.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERKEMBANGAN KURIKULUM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERKEMBANGAN KURIKULUM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
SISTEM PENDIDIKAN DI ZAMAN UMAYYAH Institusi Khan Khan biasanya berfungsi sebagai penyimpanan barang-barang dalam jumlah besar atau sebagai sarana komersial yang banyak memiliki kedai-kedai.Selain itu, khan juga berfungsi sebagai asrama untuk murid-murid dari luar kota yang berasal dari jauh yang hendak belajar hukum Islam di sesuatu masjid.Khan juga digunakan sebagai tempat untuk belajar secara peribadi (private tuition).
Institusi Ribbath Ribath adalah tempat kegiatan kaum sufi yang ingin menjauhkan diri dari kehidupan duniawi dan menumpukan perhatian penuh untuk ibadah sematamata. Juga memberikan perhatian terhadap kegiatan keilmuan yang dipimpin oleh seorang syeikh yang terkenal dengan ilmu dan kesolehannya.
Institusi Badiah (Tempat tinggal Badwi) Badiah menjadi pusat untuk sumber belajar pelajaran bahasa Arab yang asli dan murni, sehingga banyak anak-anak khalifah, ulama-ulama dan para ahli ilmu pengetahuan pergi ke badiah-badiah dalam rangka mempelajari ilmu bahasa kesusasteraan Arab.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERKEMBANGAN KURIKULUM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
PERKEMBANGAN KURIKULUM
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TEMPAT PENDIDIKAN
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TEMPAT PENDIDIKAN Madrasah Makkah Guru pertama yang mengajar di Makkah ialah Mu‟az bin Jabal. Beliau telah mengajar Al Qur‟an dan hukum-hukum tentang halal dan haram dalam Islam.
Pada masa khalifah Abdul Malik bin Marwan, Abdullah bin Abbas telah pergi ke Makkah, dan mengajar tafsir, fiqh dan sastera di Masjidil Haram dan dia merupakan pengasas madrasah Makkah, yang termasyur seluruh negeri Islam. Madrasah Madinah Madrasah Madinah lebih masyhur dan lebih dalam ilmunya kerana di sanalah tempat tinggal sahabat-sahabat Nabi yang mana ramai dikalangan mereka merupakan ulama‟ terkemuka.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TEMPAT PENDIDIKAN Madrasah Basrah Ulama‟ sahabat yang termasyur di Basrah ialah Abu Musa Al-asy‟ari dan Anas bin Malik. Abu Musa Al-Asy‟ari adalah ahli fiqih dan ahli hadith, serta ahli Al-Quran. Sedangkan Anas bin Malik termasyhur dalam ilmu hadith. Al-Hasan Basry sebagai ahli fiqh, juga ahli pidato dan kisah, ahli fikir dan ahli tasawuf. Dia bukan saja mengajar tentang ilmu-ilmu agama kepada pelajar-pelajar, bahkan juga mengajar orang awam dengan mengadakan majlis ilmu di masjid Basrah. Madrasah Kufah
Madrasah Ibnu Mas‟ud di Kufah melahirkan enam orang ulama besar, iaitu: „Alqamah, Al-Aswad, Masroq, „Ubaidah, Al-Haris bin Qais dan „Amr bin Syurahbil. Mereka menggantikan Abdullah bin Mas‟ud menjadi guru di Kufah. Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
TEMPAT PENDIDIKAN Madrasah Damsyik Negeri Syam (Syria) menjadi perhatian para khalifah setelah ia menjadi sebahagian negara Islam dengan ramai penduduknya yang memeluk agama Islam. Madrasah itu melahirkan imam penduduk Syam, iaitu Abdurrahman Al- Auza‟iy. Mazhabnya tersebar di Syam sampai ke Magrib dan Andalusia. Tetapi kemudian mazhabnya itu lenyap, kerana pengaruh mazhab Syafi‟i dan Maliki yang lebih besar pada ketika itu.
Madrasah Fustat Ulama‟ yang terawal yang menjadi pengasas madrasah di Mesir ialah Abdullah bin „Amr bin Al-„As, iaitu di Fustat (Mesir lama). Beliau merupakan ahli hadith yang amat mahir dan alim dalam ilmu tersebut kerana beliau bukan sahaja menghafal hadith-hadith yang beliau dengar dari Nabi s.a.w., bahkan beliau juga turut menulis dalam buku catatan, agar beliau tidak lupa atau khilaf pada ketika ingin meriwayatkan hadith-hadith tersebut kepada murid-muridnya Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
KETERBATASAN SUSUNAN KURIKULUM
1.
Tiadanya kurikulum yang terbatas, baik untuk peringkat rendah maupun untuk peringkat tertinggi, kecuali Al-Quran yang terdapat pada kurikulum.
2.
Kesukaran tidak ada masa tertentu yang mengikat muridmurid untuk belajar pada setiap lembaga pendidikan.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD
RUJUKAN Ahmad Shalaby. 1976. Sejarah Pendidikan Islam. Terj. H Muchtar Jahja & M Sanusi Latief. Singapura:Pustaka Nasonal Hassan Langgulung. 1996. Pengenalan Tamaddun Islam dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Sa‟id Ramadan Al Buti. 1997. Fiqh Al-Sirah 2. Terj. Mohd Darus Sanawi. Selangor: Dewan Pustaka Fajar. Norliyana. 2007. Pemerintahan Khalifah Umar Bin Al-Khattab dan Khalifah Umar Bin Abdul Aziz : Persamaan dan Perbezaan. Projek Ilmiyah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ustazah Dr Nek Mah Batri-PhD