Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 59
UNIT PELAJARAN 5 KITAB KARYA TOKOH HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyatakan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis 2. Menjelaskan metodologi yang digunakan oleh para muhaddithin dalam pembukuan hadis 3. Menjelaskan kepentingan pembukuan hadis kepada generasi kini dan akan datang
PENDAHULUAN
A
bad ke-3 hijrah kemuncaknya perkembangan ilmu hadis dan pembukuannya, lahir banyak tokoh muhaddithin sehingga mereka berjaya membuat kompilasi terhadap hadis-hadis yang dihafal serta dinukilkan dalam bentuk kitab supaya dapat disampaikan kepada seluruh umat Islam. Nama-nama ulama' yang tidak asing lagi pada kita antaranya ialah Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Ahmad bin Hanbal dan Imam Abu Daud. بلغوا عنى ولو أية
Perkembangan
Islam
dalam bentuk penulisan adalah
suatu
perkara
yang tidak mustahil. Hal ini kerana ajaran Islam berkembang melalui ilmu yang ditulis dan dibaca sejak zaman Rasulullah S.A.W.
Mari kita hayati Firman Allah Surah Al-'Alaq (96): 1 Maksudnya: Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk).
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 60
ISI KANDUNGAN
1. Definisi istilah dalam ilmu Tadwin al-Hadith.
2. Senarai kitab hadis muktabar. 3. Methodologi penulisan dalam Tadwin al-Hadith.
DEFINISI ISTILAH DALAM ILMU TADWIN ALHADITH.
A
pabila kita merujuk kepada kitab-kitab hadis, kita akan dapati istilah yang menjadi tajuk kitab-kitab tersebut
Surah al-Kahfi (18): 109 Maksudnya: Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
berbeza-beza antara satu sama lain contohnya al-
Jami', al-Musnad dan lain-lain lagi. Pernahkah kita meneliti mengapa terdapat perbezaan istilah yang digunakan oleh para ulama' tersebut? Adakah ianya menunjukkan kreativiti mereka dalam memilih tajuk atau pun istilah yang digunakan menunjukkan sesuatu perkara khusus yang penting? Bagi meleraikan persoalan ini, mari kita meneliti perkara ini dengan lebih mendalam. Istilah yang biasa digunakan oleh para muhaddithin bagi memperkenalkan kitab-kitab mereka ialah al-Jami’, Sahih, Sunan, Musnad, Mustadrak, Mustakhraj, Muwatta’ dan Musannaf. Kepelbagaian istilah yang digunakan sudah pasti menunjukkan perbezaan dalam penyusunannya. Sebagai contoh, Sahih Bukhari juga diberikan nama sebagai Al-Jami' al-Sahih al-Musnad, al-Muhkhtasar min Umur Rasulillah Wa Sunanihi wa Ayyamihi. Umumnya, setiap istilah tersebut dapat dihuraikan sebagaimana berikut: 1. Al-Jami': Penulisan hadis di dalam kitab yang dinamakan al-Jami' atau jamaknya al-Jawami' merangkumi tajuk-tajuk terpenting dalam agama. Antara bab yang penting dalam ajaran Islam ialah akidah, hukum, raqaq, adab, tafsir, syama'il, fitan, dan manaqib. Kitab ini termasuklah kitabkitab Sahih sebagaimana diterangkan nanti. 2. Musnad: Ia juga disebutkan sebagai al-Musanid. Karya-karya yang bersangkutan dengan alMusnad disusun hadisnya secara khusus dan lengkap meliputi sanad dan matan hadis. Ia disusun mengikut nama-nama sahabat sama ada berdasarkan susunan abjad atau mengikut keturunan
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 61
atau berpandukan kepada keutamaan dan ketinggian sahabat. Sanad setiap hadis yang dikumpul bersifat muttasil dari perawi sampai kepada Rasulullah. Tokoh yang mula menyusun musnad ialah Abu Daud Sulaiman ibn al-Jarud al-Tayalisi (m204H). Selepas itu ialah Asad ibn Musa al-Amawiy (m122H), Musaddad al-Bashriy (m228H); Yahya ibn Abd al-Hamid al-Hamaniy alKufiy (m228H); yang pertama di Kufah sebagimana dinyatakan oleh Ibn Addiy, Nu'aim ibn Hammad al-Khaza'iy al-Mishriy (m228H) dan Ahmad ibn Hambal (164-241H). Antara tujuan metodologi penulisan dalam susunan sahabat dilaksanakan adalah untuk membezakan antara hadis dengan athar sahabat dan tabi'in. 3. Al-Sahih: Ia juga disebutkan sebagai kitab al-Sihhah.
Hadis
yang
dikumpulkan
merupakan hadis-hadis yang mencapai tahap hadis sahih sahaja iaitu berhubung sanad dari perawi yang terakhir hingga sampai kepada Rasulullah S.A.W. dan diriwayatkan oleh perawi yang 'adil, sempurna ingatan, tiada illat dan tidak janggal. Kitab ini diyakini tidak mempunyai hadis Dhaif dan Maudu' sebagaimana yang diteliti oleh pengarangnya. 4. Al-Sunan: Kitab hadis yang disusun berdasarkan ilmu fiqh iaitu hadis-hadis yang berkaitan soal hukum. Ia juga berteraskan subjek yang umum seperti perkara berkaitan taharah, solat, zakat dan sebagainya. Perkara yang berkaitan dengan petunjuk dan amalan nabi atau sifat nabi tidak dimasukkan di dalam sunan tersebut. Hadis yang dimasukkan di dalam kitab Sunan termasuk hadis Sahih, Hasan dan Dhaif
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 62
5. Al-Muwatta': Penyusunan hadis di dalam kitab ini berdasarkan ilmu fiqh. Ia merangkumi haidshadis Marfu', Mawquf, dan Maqtu'. Antara kitab al-Muwatta' yang masyhur ialah Muwatta' Imam Malik, Muwatta' Ibn Abi Dhi'b al-Madani (m.158H) dan kitab Muwatta' Abi Muhammad 'Abd Allah alMawarzi (m.293H). 6. Al-Musannaf: Penyusunan hadis di dalam kitab ini juga berdasarkan ilmu Fiqh. Ia juga merangkumi hadis Marfu' Mawquf dan Maqtu'. Hanya nama yang membezakan antara al-Musannaf dan alMuwatta'. Antara kitab al-Musannaf yang masyhur ialah Musannaf 'Abd al-Razzaq a-San'ani (m.211H), Musannaf Ibn Abi Syaibah (m.235H) dan Musannaf Baqi ibn Makhlad (m.276H). 7. Al-Mu'jam: Penyusunan hadis di dalam kitan al-Mu'jam mengikut nama-nama sahabat atau guru dalam bidang hadis atau negeri. Kemudia ianya disusun mengikut abjad. Antara kitab al-Mu'jam yang masyhur ialah Al-Mu'jam al-Kabir li Abu al-Qasim Sulayman ibn Abi Ahmad al-Tabrani (m.360H), Al-Mu'jam al-Awsat dan Almu'jam alSaghir juga oleh al-Tabrani, al-Mu'jam Ibn 'Arabi (m.340H) dan al-Mu'jam a-Buldan li Abi Ya'la al-Mawsili (m.307H) Terdapat banyak lagi istilah yang digunakan di dalam penulisan ilmu hadis oleh para ulama'. Istilah-istilah tersebut digunakan sebagai judul penulisan bagi membezakan isi kandungan kitab masing-masing. Mari kita senaraikan istilah-istilah tersebut bagi menambahkan pengetahuan kita. Ia adalah sebagaimana berikut: i.
Ahadith Ahkam
ii.
Al-Ajza' atau al-Juz'
iii.
Al-Majmu'
iv.
Al-Atraf
v.
Al-Zawa'id
vi.
al-Mustadrak
vii.
al-Mustakhrajat
viii.
Al-Masyhur
ix.
Al-Mawdu'
x.
Al-Takhrij
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 63
Cuba anda senaraikan istilah-istilah yang digunakan dalam pembukuan hadis dan huraikannya secara tuntas.
METHODOLOGI PENULISAN DALAM TADWIN AL-HADITH.
K
ita telah bincangkan mengenai klasifikasi kitab hadis sebelum ini dan secara tidak langsung didapati terdapat banyak kitab hadis hasil karya para ulama'
silam dapat dikumpulkan. Ianya dapat dijadian sumber rujukan bukan sahaja pada zaman penulisnya, bahkan sehingga ke hari ini ia tetap mempunyai kepentingan dalam perkembangan ajaran Islam. Malah, ianya akan terus relevan untuk masa-masa akan datang. Sanjungan kepada tokoh-tokoh ulama' atas keilmuwan mereka sememangnya tidak dapat disanggah. Kredibiliti kitab-kitab hadis ini juga tinggi kerana diperkukuhkan oleh metodologi penulisannya yang dapat mengabsahkan penulisan hadis-hadis tersebut. Oleh yang demikian, mari kita telusuri beberapa karya penulisan hadis yang agung dan meneliti metodologi yang diaplikasikan dalam beberapa karya tersebut. 1. Sahih Bukhari 1.1. Pengenalan Imam Bukhari Nama beliau ialah Abu 'Abdillah Muhammad ibn Isma'il ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah al-Ja'fiy al-Bukhari. Beliau lahir pada hari Jumaat, 13 Syawal 194H di Kota Bukhara. Gelarannya di ambil sempena nama tempat kelahirannya. Beliau wafat pada 30 Ramadan 256H. 1.2. Pengenalan Kitab Nama kitab karangan Imam Bukhari ialah al-Jami' al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min Hadith Rasulullah wa Sunanih wa Ayyamih. Namun kitabnya lebih dikenali sebagai Kitab Sahih Bukhari. Keseluruhan isi
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 64
kandungan kitab tersebut disusun dalam 7 kitab yang utama. Ia mempunyai
3450 bab dan
sekiranya dikira satu persatu terdapat
9082
hadis di dalamnya. Penelitian para ulama' mendapati terdapat 6397 daripada keseluruhan hadis yang tercatat di dalamnya adalah hadis yang
jelas
sahih
dan
daripada
jumlah
keseluruhannya terdapat 2531 buah hadis yang tidak berulang. Merujuk kepada taraf kitab ini, para ulama' membuat kesimpulan bahawa kitab ini adalah kitab yang paling sahih selepas al-Quran. 1.3. Metodologi Penulisan Apabila anda meneliti kitab tersebut, anda akan dapati bahawa Imam Bukhari tidak menyatakan metodologi yang digunakan dalam penulisan kitab beliau. Namun begitu, para ulama' yang mengkaji kitabkitab beliau dapat mengeluarkan kaedah-kaedah yang digunakan oleh Imam Bukhari dengan mudah dan tepat. Berdasarkan penelitian terhadap nama kitab tersebut, dapat disimpulkan bahawa Imam Bukhari menekankan beberapa ciri tersebut iaitu dari aspek penjenamaan: 1. Kalimah al-Jami' menegaskan bahawa hadis yang dikumpulkannya meliputi keseluruhan perkaraperkara yang terdapat dalam ajaran Islam meliputi hukum, perkara yang lalu dan akan datang, akhlak dan lain-lain lagi. 2. Kalimah al-Sahih menjelaskan bahawa beliau hanya memilih hadis-hadis yang sahih sahaja dan menghindari hadis yang tdak mencapai tahap tersebut. 3. Kalimah al-Musnad menjelaskan bahawa beliau hanya mengumpulkan
hadis-hadis
yang
disandarkan
Rasulullah S.A.W. sahaja. Dari aspek syarat-syarat penerimaan hadis sahih:
kepada
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 65
1. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya. 2. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus periwayatnya. 3. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada sahabat atau tabi'in. 4. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya dan mereka hendaklah sempat bertemu sekurang-kurangnya sekali. Syarat ini dinamakan Mu'asyarah (sezaman) dan Liqa' (bertemu). 2. Sahih Muslim 2.1. Pengenalan Imam Muslim Nama sebenar Imam Muslim ialah Abu al-Husain Muslim Abu al-Hajjaj ibn Muslim Ibn al-Warid Ibn al-Qusyairi alNaisaburi. Beliau lahir pada tahun 204H/206H dan wafat pada 25 Rejab 261H di Nasr Abad, Naisabur. 2.2. Pengenalan Kitab Nama kitab beliau ialah al-Musnad al-Sahih al-Mukhtasar min alSunan bi Naqal al-A'dil 'an Rasulullah, namun ia lebih dikenali sebagai al-Jami' al-Sahih dan Sahih Muslim. Keseluruhan isi kandungan kitab Sahih Muslim mengandungi 7275 hadis yang mana terdapat 4000 hadis tidak berulang. Ia telah dibahagikan kepada 54 tajuk yang dikategorikan sebagai kitab-kitab. Para ulama' bersepakat bahawa tarafnya adalah kedua selepas Sahih Bukhari 2.3. Metodologi Penulisan Sahih Muslim 1. Memasukkan hadis Sahih yang telah disepakati para ulama' manakala hadis yang baginya Sahih tetapi tidak disepakati oleh para ulama' tidak dimasukkannya. 2. Syarat perawi ialah 'adil, dhabit, thiqah dari segi riwayat hidupnya serta sifat-sifatnya.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 66
3. Hadis mestilah bersambung (muttasil) dari Rasulullah hingga ke akhir sanad tanpa terputus periwayatnya. 4. Hendaklah disandarkan kepada Rasulullah perkataan, perbuatan dan pengakuan dan bukan kepada sahabat atau tabi'in. 5. Perawi hendaklah hidup sezaman dengan perawi sebelumnya. Syarat ini dinamakan 'An'anah. Pandangan Imam Muslim berbeza dengan Imam bukhari dalam hal ini iaitu beliau tidak mensyaratkan perawi perlu bertemu kerana perawi yang thiqah pasti akan meriwayatkan hadis yang didengarinya sahaja. 6. Dari segi matan, beliau mengumpulkan matan yang berbeza dalam satu riwayat tanpa dipecahkan kepada bab berasingan 7. Penulisan kitab a. Mempunyai pendahuluan b. Menerangkan tabaqat perawi-perawi c. menerangkan pengkelasan taraf hadis 3. Sunan Abu Daud 3.1. Pengenalan Imam Abu Daud Nama sebenar beliau ialah Sulaiman ibn al-Asy'ath ibn Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. Beliau lahir pada tahun 202H dan wafat pada 16 Syawal 275H di Basrah. 3.2. Pengenalan Kitab Nama kitab beliau ialah Sunan Abu Daud. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 40 kitab yang meliputi 1871 bab. Beliau telah memasukkan 4800 hadis yang terdiri daripada 600 hadis sahih manakal hadis yang lain menyamai taraf hadis sahih. Hadis yang dikumpulkan di dalam kitab tersebut adalah hadis yang berkaitan dengan hukum-hukum sahaja. 3.3. Metodologi Penulisan: 1. Penyusunan bab berdasarkan permasalahan Fiqh dan penulisannya dimulakan dengan bab bersuci dan bersolat.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 67
2. Di dalam sunannya, terdapat hadis Sahih, hasan dan dhaif. Beliau tidak memasukkan hadis yang telah disepakati muhaddithin untuk ditinggalkan. 3. Menjelaskan taraf sesuatu hadis seperti hadis dhaif, munkar dan mudallas. Namun demikian hadis yang sahih tidak dinyatakan tarafnya. 4. Menerangkan kredibiliti perawi sama ada thiqah, wahm, majhul dan lain-lain lagi. Hadis yang diriwayatkan oleh perawi yang matruk tidak dimasukkan. 4. Sunan Al-Tirmizi 4.1. Pengenalan Imam al-Tirmizi Nama sebenar Imam Tarmizi ialah Imam al-Hafiz Muhammad ibn Isa ibn Surah ibn Musa ibn al-Dahhak al-Silmu al-Tirmizi. Beliau juga dikenali dengan panggilan Abu Isa. Beliau lahir pada tahun 200H di Tirmiz dan wafat pada 13 Rejab 279H juga di Tirmiz. 4.2. Pengenalan Kitab Nama kitab beliau ialah Jami' al-Tirmizi atau juga dikenali sebagai Sunan al-Tirmizi. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut terdiri daripada 46 bab. Jumlah keseluruhan hadis yang terdapat di dalamnya pula ialah sebanyak 3956 buah hadis. 4.3. Metodologi Penulisan 1. Menerangkan taraf sesuatu hadis daripada hadis sahih, hasan, dhaif, gharib dan mu'allal serta menjelaskan illatnya 2. Mempelopori satu klasifikasi baru dalam pentarafan hadis iaitu seperti hadis hasan, hadis gharib, hasan sahih, hasan sahih gharib, hasan li ghairihi. 3. Menerangkan Rijal al-Hadith iaitu tentang perawi hadis. 4. Menyusun hadis berdasarkan permasalahan fiqh. Memasukkan hadis yang menjadi sandaran dan pegangan fuqaha' bagi mazhab yang rajih dan tidak rajih sama ada sahih ataupun tidak untuk dibuat penilaian serta menerangkan sebab-sebab kecacatannya.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 68
5. Sunan al-Nasa'i 5.1. Pengenalan al-Nasa'i Nama sebenar beliau ialah Abu Abd al-Rahman Ahmad ibn Ali ibn Syu'ib ibn Ali ibn Sinan ibn Bahr ibn Dinar al-Khurasani al-Nasa'i. Beliau juga dikenali sebagai al-Nasa'i Abu Abd al-Rahman. Beliau lebih dekenali dengan nama al-Nasa'i sempena nama tempat kelahiran beliau di Nasa' iaitu sebuah perkampungan kecil di pinggir bandar Khurasan. Beliau lahir pada tahun 215H dan wafat pada 13 Safar 303H di Palestin. 5.2. Pengenalan Kitab Nama sebenar kitabnya ialah al-Mujtaba min al-Sunan al-Kubra yang bermaksud pilihan daripada Sunan al-Kubra. Ia juga dikenali sebagai Sunan al-Sughra, Sunan al-Nasa'i atau al-Mujtaba. Di dalamnya terdapat 5270 buah hadis yang dipecahkan kepada 51 bab. Hadis di dalamnya adalah dipilih dan dikeluarkan daripada Sunan al-Kubra miliknya. 5.3. Metodologi Penulisan 1. Menyusun hadis berdasarkan ilmu Fiqh. 2. Menulis hadis daripada perawi yang diterima Ijma' para fuqaha' sahaja. 3. Syarat perawi: pemilihan beliau dikatakan lebih ketat daripada al-Bukhari dan Muslim, namun masih terdapat pendapat yang menyatakan beliau masih tidak terlepas dari melakukan penilaian yang tidak tepat. Seperti Ibn Kathir yang berpandangan bahawa beliau telah melakukan kajian yang mendalam terhadap para perawi namun di dalam kitabnya masih terdapat perawi yang lemah dari sudut al-Jarh dan terdapat hadith dhaif, muallal serta mungkar. 4. Terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif di dalamnya dengan diterangkan secara tuntas. 5. Mencatatkan pelbagai isnad dalam suatu perkara kemudian dijelaskan tentang kebenaran dan kesalahan yang terdapat pada sanad hadis tersebut. 6. Menjelaskan sanad dan matan serta disertai dengan takhrij hadis.
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 69
6. Sunan Ibn Majah 6.1. Pengenalan Ibn Majah Nama sebenar beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Yazid ibn Abdullah ibn Majah al-Quzwani al-Rabi'. Beliau juga dikenali dengan nama Abu Abdullah dan Majah Maula Rab'at. Beliau lahir pada tahun 209H di Quzwain dan wafat pada tahun 273H. 6.2. Pengenalan Kitab Nama kitab beliau ialah Sunan Ibn Majah. Keseluruhan isi kandungan kitab tersebut dibahagikan kepada 1500 bab daripada 37 kitab. Terdapat juga ulama' yang merumuskan bahawa hadis-hadisnya dipecahkan kepada 32 bab sebagaimana menurut al-Zahabi. Keseluruhan hadis di dalamnya ialah sebanyak 4000 buah hadis. 6.3. Metodologi Penulisan 1. Membahagikan hadis berdasarkan ilmu Fiqh 2. Di dalamnya terdapat hadis sahih, hasan dan dhaif dan mungkar tetapi tidak dinyatakan oleh beliau taraf setiap hadis yang ada kerana mengambil pendekatan
tidak
menilainya.
Berdasarkan
penyelidikan, 428 hadis sahih kerana sanadnya thiqah, 199 hadis hasan kerana sanadnya hasan, 613 hadis dhaif kerana sanadnya lemah atau dhaif, 99 lagi hadis mungkar dan mahzub kerana sanadnya terlalu lemah, mungkar dan dusta. Kitab ini dimasukkan dalam kumpulan Kutub al-Sittah kerana terdapat tambahan hadis yang dikemukakan oleh Ibn Majah jika dibandingkan dengan kitab haids sahih yang lain Kitab-kitab yang telah kita bincangkan di atas adalah kitab-kitab hadis yang paling masyhur. Ia dikategorikan sebagai Sunan Sittah. Walau bagaimanapun terdapat juga ulama' yang mengetengahkan
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 70
beberapa buah kitab hadis lagi untuk diangkat sebagai rujukan yang muktabar. Antaranya ialah kitab Sahih Ibn Hibban, Sahih Ibn Khuzaimah, Sunan Imam Baihaqi, Sunan Daruqutni dan Muwatta' Imam Malik.
RUMUSAN 1. Terdapat beberapa sitilah yang digunakan dalam penulisan kitab hadis antaranya alJami', al-Musnad, al-Sahih dan lain-lain lagi.
Para perawi hadis mempunyai latar belakang pengajian ilmu yang menarik untuk diselidiki. Mereka menuntut ilmu dari ramai guru, malah ramai juga ulama' telah berjaya dihasilkan daripada ilmu yang dimiliki oleh mereka. Huraikan latar belakang ulama' muhaddithin dalam kategori Sunan Sittah secara terperinci supaya dapat mengenali mereka dengan lebih mendalam.
Penggunaan istilah ini mempunyai maksud yang tertentu dan khusus serta mempunyai perbezaan antara satu sama lain. 2. Para ulama' muhaddithin menggunakan metodologi tertentu dalam penulisan kitab-kitab mereka dan saling berbeza antara satu sama lain. 3. Penulisan kitab-kitab tersebut mempunyai taraf-taraf yang tertentu bergantung kepada metodologi penulisan yang diaplikasikan. Kitab Sahih Bukhari mencapai taraf kitab yang paling sahih dan seterusnya barulah kitab-kitab yang lain. namun demikian, masing-masing mempunyai kelebihan yang tertentu dan saling lengkap melengkapi untuk kegunaan umat Islam setiap zaman.
KATA KUNCI 1. Kitab 2. Sahih 3. Sunan
PENILAIAN KENDIRI 1. Berdasarkan ketelitian para muhaddithin dalam menilai sifat adil seorang perawi, bagaimanakah kita dapat mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian sebagai umat Islam. 2. Huraikan pengertian istilah-istilah yang digunakan dalam penulisan kitab hadis 3. Senaraikan kitab-kitab yang disenaraikan di dalam kumpulan Kutub al-Sittah atau Sunan al-Sittah
Ilmu-ilmu Hadith (Sciences of Hadith) 71
4. Jelaskan perbandingan terhadap metodologi penulisan para ulama' muhaddithin dari aspek persamaan dan perbezaan di dalam kitab-kitab mereka.
RUJUKAN 1. Muhammad 'Ajjaj al-Khatib (1998). Ushul al-Hadits: Pokok-pokok Ilmu Hadits (terj.). Jakarta: Gaya Media Pratama. 2. Mohd. Muhiden Abd Rahman (2010). 'Ulum Hadis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka