UNDANG-UNDANG KECIL & ATURAN-ATURAN
EDISI 2012
1
UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS (M) BHD Edisi 2012 BAHAGIAN I PERMULAAN 1. Tajuk Dan Mula Berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Perubahan Dari Segi Nahu, Jenis Jantina Dan Bilangan.
BAHAGIAN II NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI 4. Nama. 5. Alamat. 6. Kawasan Operasi. BAHAGIAN III MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI 7. Matlamat. 8. Fungsi. 9. Aktiviti. BAHAGIAN IV KEANGGOTAAN 10. Anggota. 11. Kelayakan Menjadi Anggota. 12. Permohonan Menjadi Anggota. 13. Fi Masuk. 14. Ikrar Anggota. 2
15. Penerimaan Menjadi Anggota. 16. Perolehan Hak, Kewajipan Dan Liabiliti Anggota. 17. Pemberian Undang-Undang Kecil. 18. Penama. 19. Liabiliti Anggota. 20. Hilang Kelayakan Sebagai Anggota. 21. Terhenti Menjadi Anggota. 22. Menarik Diri. 23. Penggantungan Dan Pembuangan Anggota. 24. Penyelesaian Wang Anggota.
BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI 25. Mesyuarat Agung Perwakilan. 26. Pemilihan Perwakilan Dan Urusan Mesyuarat Agung Kawasan. 27. Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan. 28. Mesyuarat Agung Perwakilan Khas. 29. Notis Mesyuarat Agung Perwakilan. 30. Kuorum Mesyuarat Agung Perwakilan. 31. Undi Mesyuarat Agung Perwakilan. 32. Pembatalan Dan Tundaan Mesyuarat Agung Perwakilan Khas. 33. Fungsi Mesyuarat Agung Perwakilan. 34. Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan. 35. Lembaga Koperasi. 36. Kelayakan Menjadi Anggota Lembaga. 37. Tempoh Memegang Jawatan Anggota Lembaga. 38. Lucut Dan Penggantungan Jawatan Anggota Lembaga. 39. Penamatkan Pelantikan Anggota Lembaga. 40. Mesyuarat Lembaga. 3
41. Kuorum Mesyuarat. 42. Urusan Mesyuarat Lembaga. 43. Undi Anggota Lembaga.
44. Buku Minit Mesyuarat Lembaga. 45. Kuasa Dan Kewajipan Lembaga. 46. Liabiliti Anggota Lembaga. 47. Tugas Pengerusi. 48. Tugas Setiausaha. 49. Tugas Bendahari. 50. Jawatankuasa Audit Dalaman. 51. Kelayakan Menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman. 52. Tempoh Memegang Jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman. 53. Kuasa Dan Kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman. BAHAGIAN VI ASET DAN WANG KOPERASI 54. Wang Dan Kumpulan Wang Koperasi. 55. Modal Syer. 56. Yuran. 57. Simpanan Khas, Deposit Atau Pinjaman. 58. Pindahan Syer. 59. Penyelesaian Modal Syer. 60. Keuntungan Modal. 61. Kumpulan Wang Rizab Statutori. 62. Simpanan Khas. 63. Pinjaman Luar. 64. Pelaburan Wang. 65. Pemberian Pinjaman Oleh Koperasi. 66. Pengagihan Untung Bersih Teraudit. 67. Dividen Dan Potongan Langganan. 4
BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT 68. Tahun Kewangan. 69. Penyenggaraan Akaun. 70. Resit-Resit Dan Baucar. 71. Pelantikan Dan Kewajipan Juruaudit. 72. Penyerahan Buku Dan Dokumen Untuk Diaudit. 73. Mengemukakan Penyata Kewangan Dan Laporan Kepada Perwakilan.
BAHAGIAN VIII PELBAGAI 74. Akaun Bank. 75. Mohor Koperasi. 76. Pertukaran Alamat Anggota. 77. Penyediaan Dokumen Untuk Diperiksa. 78. Penyerahan Tugas. 79. Laporan Oleh Seseorang Yang Dilantik Mewakili Koperasi. 80. Pelantikan Yang Dipertua. 81. Pertikaian. 82. Pemeliharaan Kerahsiaan. 83. Pembubaran. 84. Akta, Peraturan Dan Undang-Undang Kecil. 85. Undang-Undang Kecil Hendaklah Mengikat Anggota.
5
LAMPIRAN 1 ATURAN PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA DAN PERWAKILAN Tajuk Tafsiran Syarat-Syarat Sebagai Calon Perwakilan Kawasan Syarat-Syarat Sebagai Calon Anggota Lembaga Pencalonan Perwakilan Kawasan Pencalonan Anggota Lembaga Cara Pengundian
LAMPIRAN 2 ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI KUMPULAN WANG PELAJARAN & KEBAJIKAN 1. Tajuk 2. Tafsiran
BAHAGIAN I : Kumpulan Wang Pelajaran 3. Perjalanan Kumpulan Wang Pelajaran 4. Syarat-syarat Penerima Anugerah 5. Kadar Pemberian Dari Kumpulan Wang
BAHAGIAN II : Kumpulan Wang Kebajikan 6. Perjalanan Wang Kebajikan 7. Syarat-syarat Memohon Wang Kebajikan 8. Kadar Pemberian dari Kumpulan 9. Sumber Kumpulan Wang Dan Keputusan Lembaga
6
LAMPIRAN 3 ETIKA MESYUARAT AGUNG 1. Perhimpunan 2. Bahasa Rasmi 3. Pengerusi Mesyuarat 4. Perkara-perkara Mesyuarat 5. Kuorum 6. Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu 7. Setiausaha Mesyuarat 8. Hak-Hak Anggota 9. Laporan Tahunan 10. Tertib Bercakap 11. Had Masa Bercakap 12. Isi-Isi Ucapan 13. Menutup Ucapan/Perbahasan 14. Usul (Motion) 15. Cadangan dan Sokongan 16. Pindaan 17. Hak Menjawab 18. Usul Tergempar (Emergency) 19. Pengundian 20. Adab Anggota tidak bercakap masa Mesyuarat sedang berjalan 21. Kuasa Pengerusi Mesyuarat dan Tertib dalam Mesyuarat 22. Penggantungan mana-mana Peruntukan Etika Mesyuarat Agung 23. Kuasa Pembatalan
7
LAMPIRAN 4 PERATURAN-PERATURAN AM BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN Pembiayaan Bai Al-Inah Tanpa Penjamin Pembiayaan Bai Al-Inah Berpenjamin Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil Pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi Pembiayaan Kebajikan / Kecemasan Pembiayaan Pelancongan & Umrah Pembiayaan Khas Perubatan Pembiayaan Pendidikan Rendah Pembiayaan Takaful Kenderaan Bermotor Dan Cukai Jalan Pembiayaan Walimatulurus Pembiayaan Perumahan Pembiayaan Perayaan Pembiayaan Al-Qardul Hasan (Quick Cash)
LAMPIRAN 5 PERATURAN TABUNG PERLINDUNGAN PEMBIAYAAN
LAMPIRAN 6 PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI
LAMPIRAN 7 PERATURAN-PERATURAN AKAUN YURAN ANGGOTA
LAMPIRAN 8 PERATURAN SIMPANAN KHAS
8
UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI SERBAGUNA KAKITANGAN MAS MALAYSIA BERHAD BAHAGIAN I PERMULAAN Tajuk dan mula berkuatkuasa 1. (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-Undang Kecil Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad. (2) Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya. Tafsiran 2. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain – semasa;
“Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke
“Anggota” termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Arahan” ertinya arahan-arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa; “Aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta Koperasi 1993, Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung perwakilan; “Dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggotaanggotanya mengikut kadar modal syer yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga atau Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap; “Garis Panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa; “Honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Kawasan operasi” ertinya kawasan di mana Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut peraturan; 9
“Kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan dibawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu; “Koperasi” atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad; “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “MAS” ertinya Malaysia Airlines System Berhad atau Penerbangan Malaysia .” “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Pegawai” ” berhubung dengan koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau manamana anggota lain Lembaga, dan termasuklah a. mana-mana orang yang diberikuasa oleh Lembaga, peraturan-peraturan atau perintah atau Undang-Undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini ; atau b. mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif SuruhanjayaKoperasi Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaanpindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa; “Perwakilan” ertinya wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat kawasan anggota-anggota Koperasi ini, bagi menghadiri mesyuarat agung perwakilan sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Prinsip koperasi” termasuklah – (a) keanggotaan sukarela dan terbuka; (b) kawalan demokratik oleh anggota; (c) penglibatan ekonomi oleh anggota; (d) autonomi dan kebebasan; (e) pendidikan, latihan dan maklumat; (f ) kerjasama antara koperasi; dan 10
(g) mengambil berat terhadap masyarakat. sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993. “Pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urus niaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 AktaKoperasi 1993; “Sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 AktaKoperasi 1993; “Simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Subsidiari” sesuatu koperasi ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini,atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; “Syer” ertinya bahagian dalam modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; 1993;
“Tribunal Koperasi” ertinya Tribunal Koperasi yang ditubuhkan menurut seksyen 83 Akta Koperasi
“Undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993; ”Wang berlebihan” ertinya tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurutseksyen 2 Akta Koperasi 1993. “Yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam undang-undang kecil atau apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993. “Tahun Kewangan” ertinya tempoh kewangan perniagaan bagi koperasi ini sebagaimana yang diperuntukkan dalam undang-undang kecilnya ;
11
Perubahan dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan 3.
(1) Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam sesuatu undang-undang bertulis takrif itu hendaklah diperluaskan kepada segala perubahan-perubahan nahu dan perbahasan-perbahasan kognat perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan. (2) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan. (3) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan tunggal.
BAHAGIAN II NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI Nama 4.
Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad;
Alamat 5.
(1) Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah Tingkat Bawah,Bangunan Letak Kereta Bertingkat, Kompleks A MAS, LapanganTerbang Sultan Abdul Aziz Shah, 47200 Subang, Selangor Darul Ehsan (2) Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh (30) hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat menurut seksyen 11 Akta.
Kawasan operasi 6.
Kawasan operasi Koperasi ini ialah seluruh Malaysia.
BAHAGIAN III MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI Matlamat 7.
Menurut subseksyen 4(1) Akta , matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
Fungsi 8.
Fungsi utama Koperasi ini ialah kredit.
12
Aktiviti 9.
(1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi yang tersebut di dalam undang-undang kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh,tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti-aktiviti berikut: (a) menyediakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka dan menjalankan aktiviti pembiayaan dan kemudahan pembiayaan barangan pengguna; (b) menjalankan aktiviti-aktiviti perusahaan dan perdagangan; (c) menjalankan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan; (d) memiliki tanah dan mendirikan bangunan atau rumah serta menjual, memajak, mencagar kepada anggota dan bukan anggota; (e) memperolehi tanah untuk dibuka dan dimajukan bagi maksud perladangan, perusahaan dan perumahan; (f ) memperoses dan memasarkan hasil pengeluaran anggota; (g) menjalankan aktiviti kebajikan anggota, pendidikan dan perniagaan; (h) membeli, menjual, memindahkan hak milik, mendirikan,menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta alih dan harta tak alih; (i) melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 54 Akta ; (j) mengadakan subsidiari menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya; (k) menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain; dan (l) mengadakan aktiviti lain yang berfaedah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan. (2) Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh mendapatkan – (a) modal dengan cara mengumpul syer, yuran, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada
anggota; dan
(b) deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan 50(e), subsekyen 52(2) dan seksyen 52A Akta dan Peraturan. (3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti yang disebutkan menurut fasal (1) itu, Lembaga hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu.
(4) Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, deposit atau pinjaman menurut Peraturan, Lembaga hendaklah – (a) menyediakan suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma dan syaratsyarat bagi skim tersebut; 13
(b) mengemukakan surat cara skim itu kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan untuk kelulusan; dan (c) mengemukakan satu salinan surat cara yang diluluskan itu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tigapuluh hari selepas diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan itu. (5) Walau apa pun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain
BAHAGIAN IV KEANGGOTAAN Anggota 10.
Anggota-anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan permulaan koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undangundang Kecil ini selepas pendaftaran.
Kelayakan menjadi anggota 11.
(1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad, subsidiari-subsidiarinya dan syarikat-syarikat bersekutunya yang mempunyai kontrak perkhidmatan melebihi tiga tahun, layak menjadi anggota Koperasi. (2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah – (a) warganegara Malaysia; (b) telah mencapai umur lapan belas tahun; (c) bermastautin atau mempunyai hartanah atau bekerja dalam kawasan operasi Koperasi ini; dan (d) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar, atau tidak upaya dari segi mental, atau bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh satu tahun.
Permohonan menjadi anggota 12.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha koperasi atau pegawai koperasi yang dipertanggungjawabkan.
Fi masuk 13.
(1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan dengan fi masuk sebanyak RM10.00 (Ringgit : Sepuluh). Fi masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga. (2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula dikenakan fi masuk sebanyak RM20.00. (Ringgit : Dua puluh). 14
(3) Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk. (4) Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung rugi.
Ikrar anggota 14.
(1) Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota hendaklah diminta menandatangani suatu ikrar bahawa dia – (a) akan terikat dengan undang-undang kecil ini dan aturanaturanaktiviti yang sedia ada serta apaapa pindaan; (b) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan; (c) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatusabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan (d) tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-manakoperasi dalam tempoh satu tahun. (2) Mana-mana pemohon yang enggan menandatangan ikrar tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota. (3) Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan mereka yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan koperasi ini, dikehendaki menandatangan ikrar seperti menurut fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangan ikrar tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.
Penerimaan menjadi anggota 15.
Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebab-sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota 16.
Menurut seksyen 28 Akta , tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM200.00 (Ringgit : Dua ratus) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.
Pemberian Undang-undang Kecil 17.
Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskah Undang-undang Kecil ini. Naskah tambahan akan dikenakan bayaran.
15
Penama 18.
(1) Tiap-tiap anggota Muslim hendaklah menamakan seorang wakil di sisi undang-undang untuk menerima setelah anggota mati, wang yang terhak baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang berhak mengikut hukum Islam. (2) Tiap-tiap anggota yang bukan Muslim hendaklah menamakan seorang atau lebih daripada seorang sebagai penama. (3) Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau menukar penamaan tersebut dan hendaklah memberitahu Koperasi akan perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu. (4) Penamaan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi. (5) Tertakluk undang-undang kecil 11, seseorang penama boleh diterima menjadi anggota dan penama yang demikian itu hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.
Liabiliti anggota 19.
(1) Liabiliti seseorang anggota hendaklah terhad kepada jumlah syer yang dimilikinya sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan. (2) Liabiliti seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan lebih daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti, menurut subseksyen 35(1) Akta. (3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak bertanggungan bagi hutang Koperasi ini, sebagaimana yang ada pada tarikh kematiannya, melebihi tempoh dua (2) tahun dari tarikh kematian itu, menurut subseksyen 35(2) Akta. (4) Harta pusaka, menurut fasal (3) adalah syer dan yuran dalam Koperasi ini.
Hilang kelayakan sebagai anggota 20.
Seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia – (a) tidak upaya dari segi mental; (b) seorang bankrap yang belum dilepaskan; (c) seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar; (d) telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu; atau (e) tidak lagi bermastautin, bekerja dan mempunyai hartanah dalam kawasan operasi Koperasi.
Terhenti menjadi anggota 21.
(1) Keanggotaan seseorang anggota terhenti atas sebab berikut: (a) mati;
16
(b) menarik diri menurut undang-undang kecil 22; atau (c) dibuang menurut undang-undang kecil 23. (2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang (a) didapati membuat ikrar palsu menurut undang-undang kecil 14; (b) hilang kelayakan sebagai anggota menurut Undang-undang Kecil 20; (c) terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasal (1); (d) gagal menjelaskan syer minimum menurut Undang-undang Kecil 55; atau (e) gagal menjelaskan yuran menurut undang-undang kecil 56, bagi tempoh 3 (tiga) bulan berturutturut dengan tiada kebenaran Lembaga Menarik diri 22.
(1) Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini dengan memberi notis bertulis enam bulan terlebih dahulu kepada Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat. (2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap tempoh notisnya. (3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
Penggantungan dan pembuangan anggota 23.
(1) Seseorang anggota hendaklah dianggap telah bertindak memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh digantung keanggotaannya jika didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara berikut: (a) merujukkan pertikaian atau aduan kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya; (b) membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana media massa mengenai Koperasi ini tanpa kebenaran Lembaga; (c) membuat tuduhan palsu ke atas anggota Lembaga atau anggota atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini; (d) memburuk-burukkan Koperasi sehingga mencemarkan nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi ini; atau (e) bertindak di luar etika mesyuarat di dalam mana-mana mesyuarat sehingga menjejaskan perjalanan mesyuarat itu. (2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan seseorang anggota boleh dibuat oleh Lembaga hanya setelah anggota yang berkenaan itu diberitahu secara bertulis mengenai tuduhan yang jelas terhadapnya dan diberi peluang untuk menyatakan sebab mengapa keanggotaannya tidak boleh digantung.
17
(3) Tiap-tiap kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan yang terawal dan dijadikan sebagai agenda pertama, dan anggota yang digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat, berkaitan tarikh, masa, tempat dan haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu. (4) Sebelum mengesahkan atau mengetepikan penggantungan itu, mesyuarat agung perwakilan hendaklah mendengar penjelasan anggota yang digantung oleh Lembaga itu, jika dia memilih untuk memberi penjelasan, dan keanggotaannya tidak lucut melainkan jika mesyuarat agung perwakilan dengan undi dua pertiga daripada perwakilan yang hadir membuat keputusan membuangnya. (5) Sehingga perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan oleh mesyuarat agung perwakilan, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai apa-apa hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam mesyuarat agung perwakilan.
Penyelesaian wang anggota 24.
(1) Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah (a) sekiranya dia ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan kepadanya dengan segera tanpa apaapa syarat; (b) sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya yang telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja penerima itu ditentukan; (c) sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya atau warisnya atau wakilnya yang sah, menurut seksyen 24 Akta , disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim, pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik; (d) sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya selepas akhir tempoh notis; dan (e) sekiranya dia tidak lagi bermastautin, mempunyai tanah dan tidak lagi bekerja dalam kawasan operasi Koperasi, dikembalikan kepadanya dengan sewajarnya. (2) Penyelesaian mengenai syer seseorang yang terhenti keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit terakhir Koperasi ini, hendaklah tertakluk kepada peruntukan Undangundang Kecil 58 dan 59. BAHAGIAN V ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI
Mesyuarat agung perwakilan 25.
(1) Tertakluk kepada peruntukan Akta , Peraturan, arahan atau garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini 18
hendaklah terletak hak pada mesyuarat agung perwakilan,menurut seksyen 36 Akta , yang padanya tiap-tiap anggota perwakilan mempunyai hak untuk hadir dan mengundi. (2) Mesyuarat agung perwakilan hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat agung perwakilan tahunan dan mesyuarat agung perwakilan khas. Pemilihan perwakilan dan urusan mesyuarat agung kawasan 26.
(1) Bagi maksud seksyen 37 Akta , Lembaga boleh menentukan kawasan-kawasan mesyuarat dan memanggil satu mesyuarat agung di tiap-tiap kawasan untuk memilih perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan. Setiap kawasan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua puluh orang anggota. (2) Bilangan perwakilan yang dipilih bagi sesuatu kawasan hendaklah mengikut nisbah anggota seperti berikut: (a) bagi dua puluh orang anggota yang pertama seorang perwakilan; (b) tiap-tiap tambahan tiga ratus orang anggota berikutnya seorang perwakilan; dan (c) jumlah perwakilan-perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah tidak melebihi empat puluh orang. (3) Pecahan kawasan adalah terbahagi seperti berikut: (a) Kawasan A - Subang, Kelana Jaya, Kuala Lumpur dan Putrajaya (b) Kawasan B - KLIA dan Melaka; (c) Kawasan C - Pulau Pinang; (d) Kawasan D - Alor Setar; (e) Kawasan E - Ipoh; (f ) Kawasan F - Johor Baharu; (g) Kawasan G - Kuantan; (h) Kawasan H - Terengganu; (i) Kawasan I - Kota Bharu; (j) Kawasan J - Pulau Langkawi; (k) Kawasan K - Kota Kinabalu; (l) Kawasan L – Tawau / Lahad Datu; (m) Kawasan M - Sandakan; (n) Kawasan N - Labuan; (o) Kawasan O - Kuching (p) Kawasan P - Miri; 19
(q) Kawasan Q - Sibu; (r) Kawasan R - Bintulu (4) Notis bagi mesyuarat agung kawasan hendaklah :(a) diberi kepada anggota layak dan tinggal dalam sesuatu kawasan tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu; (b) menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat; dan (c) disampaikan berasingan melalui pos, e-mail atau dengan cara lain yang munasabah. (5) Hanya anggota-anggota yang telah menjelaskan bayaran menurut undang-undang kecil 16 pada tiga puluh satu haribulan Disember tahun sebelum tarikh mesyuarat agung kawasan, berhak menerima notis untuk menghadiri mesyuarat agung kawasan dan berhak mempunyai satu undi dan layak menjadi seorang perwakilan ke sesuatu mesyuarat agung perwakilan. (6) Seorang perwakilan akan kekal menjadi perwakilan selagi dia menjadi anggota, sehingga mesyuarat agung kawasan yang akan datang untuk memilih perwakilan-perwakilan baru. Sekiranya perwakilan itu berhenti menjadi anggota atau menarik diri menjadi perwakilan, maka hilanglah hak perwakilan kawasan yang berkenaan. (7) Kuorum bagi mengadakan mesyuarat agung kawasan hendaklah satu pertiga daripada jumlah anggota yang layak menerima notis mesyuarat dalam kawasan yang berkenaan atau dua puluh mengikut mana yang kurang. Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas waktu yang ditetapkan bagi mesyuarat itu bilangan anggota yang hadir belum cukup kuorum, maka mesyuarat itu hendaklah dibatalkan. (8) Lembaga kemudiannya hendaklah memanggil satu mesyuarat lain dengan memberi notis seperti yang diperuntukkan menurut fasal (4). Sekiranya dalam masa tiga puluh minit selepas masa yang ditetapkan bagi mesyuarat ini, tidak hadir kuorum yang dikehendaki di bawah fasal (7), maka perwakilan tidaklah boleh dipilih dan hilanglah hak perwakilan kawasan itu. (9) Anggota-anggota yang hadir dalam mesyuarat agung kawasan hendaklah memilih seorang pengerusi untuk mempengerusikan mesyuarat dan seorang setiausaha untuk merekodkan segala butirbutir mesyuarat. Minit mesyuarat hendaklah ditandatangani oleh pengerusi dan setiausaha mesyuarat yang dipilih oleh anggota-anggota itu dan hendaklah disampaikan kepada Lembaga dalam masa tujuh hari dari tarikh mesyuarat diadakan. (10) Seseorang anggota tidak boleh melantik wakil untuk hadir atau mengundi bagi pihaknya dalam suatu mesyuarat agung kawasan. (11) Seseorang anggota Lembaga hendaklah – (a) dianggap sebagai seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan yang diadakan; (b) menjadi seorang perwakilan dalam mesyuarat agung perwakilan walaupun ia mengosongkan jawatan atau tidak dipilih sebagai Lembaga; dan (c) menjadi perwakilan sehingga mesyuarat agung kawasan terdekat. 20
(12) Menurut Peraturan, mesyuarat agung kawasan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya (02) dua tahun sekali iaitu selewat-lewatnya satu bulan sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan dan hendaklah menimbangkan perkara-perkara berikut – (a) akaun teraudit koperasi, jika tiada, draf akaun; (b) belanjawan tahunan untuk dibentangkan di mesyuarat agung perwakilan tahunan koperasi; (c) cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil koperasi;jika ada; (d) melantik perwakilan ke mesyuarat agung perwakilan tahunan koperasi; dan (e) usul-usul daripada Lembaga dan anggota koperasi, jika ada,untuk dikemukakan kepada koperasi tujuh hari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan. Mesyuarat agung perwakilan tahunan 27.
Mesyuarat agung perwakilan tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat agung perwakilan khas 28.
(1) Lembaga pada bila-bila masa boleh, atau apabila ada rekuisisi yang ditandatangan oleh sekurangkurangnya satu perlima atau satu ratus perwakilan mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil suatu mesyuarat agung perwakilan khas menurut subseksyen 40(1) Akta . (2) Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil pada bila-bila masa suatu mesyuarat agung perwakilan khas, mengikut cara masa dan tempat yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu, dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah yang sama seperti mesyuarat agung perwakilan tahunan yang dipanggil di bawah Akta atau Undang-undang Kecil ini.
Notis mesyuarat agung perwakilan 29.
(1) Notis bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan hendaklah diberi kepada perwakilan dalam tempoh tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan mesyuarat agung perwakilan itu. (2) Notis hendaklah menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat dan bagi mesyuarat agung perwakilan tahunan hendaklah disertakan – (a) akaun-akaun dan kunci kira-kira Koperasi ini dan subsidiarinya,jika ada, yang teraudit; (b) belanjawan bagi tahun kewangan yang akan datang; (c) laporan Lembaga; (d) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman; dan (e) dokumen-dokumen lain yang berkaitan. (3) Satu salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat Koperasi ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana akhbar tempatan dan laman web koperasi. 21
(4) Menurut seksyen 41 Akta , Lembaga hendaklah memberi kepada Suruhanjaya notis bertulis yang mengandungi maklumat berkaitan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat agung perwakilan tahunan yang akan diadakan oleh Koperasi dalam tempoh tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum diadakan mesyuarat agung perwakilan itu. Kuorum mesyuarat agung perwakilan 30.
(1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan bagi apa-apa maksud adalah seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan. (2) Kuorum bagi mesyuarat agung perwakilan kerana meminda Undang-undang Kecil ini menurut Peraturan, hendaklah dua pertiga dari jumlah perwakilan, melainkan kuorum terkurang dibenarkan oleh Suruhanjaya, menurut Peraturan. (3) Bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya menurut fasal (2) undang-undang kecil 28 yang ditunda – (a) kuorum hendaklah tidak kurang daripada dua kali ganda bilangan anggota Lembaga; dan (b) keputusan boleh dibuat dengan kelebihan undi dua pertiga daripada perwakilan yang hadir dan layak mengundi menurut Peraturan.
Undi mesyuarat agung perwakilan tahunan 31.
(1) Semua perbahasan kecuali yang berkaitan dengan pindaan Undang-undang Kecil hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota yang hadir sebagaimana di dalam daftar kehadiran (2) Jika undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah. Perwakilan yang berkecuali dianggap tidak menyokong usul itu. (3) Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus.
Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung perwakilan khas 32.
(1) Jika selepas tiga puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung perwakilan khas itu bilangan perwakilan yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung perwakilan khas itu – (a) dibatalkan, jika dipanggil oleh Lembaga atau atas rekuisisi perwakilan; atau (b) ditunda, jika dipanggil oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta. (2) Bagi mesyuarat yang ditunda menurut perenggan (b) fasal (1) – (a) tarikh mesyuarat tertunda hendaklah tidak kurang daripada empat belas hari tetapi tidak lebih daripada tiga puluh hari; dan (b) notis penundaan hendaklah diposkan dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat yang ditunda. (3) Perkara-perkara yang telah dicadangkan bagi mesyuarat agung perwakilan yang ditunda hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda itu. Jika terdapat perubahan kepada perkara-perkara yang telah
22
dicadangkan itu, notis baru menurut fasal (1) undang-undang kecil 29, hendaklah diberi kepada tiap-tiap perwakilan bagi mesyuarat tertunda itu. 33. (1) Menurut Peraturan, fungsi mesyuarat agung perwakilan hendaklah termasuk yang berikut: (a) mengesahkan minit mesyuarat agung perwakilan tahunan yang terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung perwakilan khas yang berselang; (b) menimbang laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman; (c) menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, bersama dengan laporan juruaudit; (d) memilih anggota Lembaga; (e) menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi tahun kewangan yang akan datang; (f ) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi, jika ada; (g) meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada dua firma audit untuk mengaudit akaun-akaun Koperasi; (h) menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang berlebihan Koperasi; (i) menentukan had maksimum keterhutangan Koperasi; (j) melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang perwakilan dan empat orang anggota Lembaga untuk menentusahkan draf minit mesyuarat agung perwakilan tahunan; (k) menimbang dan meluluskan pembahagian keuntungan; (l) mengisytihar atau menerbitkan syer bonus, jika ada; (m) mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa usul atau urusan lain koperasi yang suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah diberikan; (n) menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada Undang-undang Kecil Koperasi, jika ada. (o) mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah dikemukakan kepada Koperasi yang dikemukakan oleh perwakilan yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga; (p) meluluskan apa-apa perbelanjaan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman; dan (q) menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan menurut Akta dan Peraturan, jika ada. (2) Perkara-perkara menurut perenggan (a), (b), (c), (d) dan (e) fasal (1) hendaklah diputuskan di dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan atau mesyuarat agung perwakilan khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya, menurut subseksyen 40(2) Akta.
23
(3) Minit-minit mesyuarat agung perwakilan hendaklah direkodkan dan satu salinan hendaklah diserahkan kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat agung perwakilan itu, menurut perenggan 14(1)(b) Akta, (4) Mesyuarat agung perwakilan boleh menamatkan pelantikan kesemua atau mana-mana anggota Lembaga dengan syarat usul secara bertulis telah diterima oleh Koperasi dalam tempoh tujuh hari sebelum mesyuarat agung perwakilan diadakan. Sebarang usul tergempar tidak dibenarkan. Pengerusi mesyuarat agung perwakilan 34.
(1) Mesyuarat hendaklah memilih mana-mana perwakilan yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat agung perwakilan. (2) Pengerusi dengan persetujuan mesyuarat boleh menangguhkan mesyuarat agung perwakilan – (a) dalam tempoh tujuh hari dari tarikh mesyuarat asal; (b) di dalam kawasan operasi Koperasi; dan (c) menjalankan urusan mesyuarat yang asal sahaja. (3) Notis tidak perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu.
Lembaga Koperasi 35.
Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi lima belas orang yang terdiri daripada anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung perwakilan, menurut seksyen 42 Akta dan perenggan (d) fasal (1) undangundang kecil 33.
Kelayakan menjadi anggota Lembaga 36.
(1) Tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan menurut Akta; (b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi; (c) menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi ini; (d) ada percanggahan kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini ; atau (e) belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota Koperasi yang telah didaftarkan melebihi dua tahun. (2) Walau apa pun fasal (1) dan menurut subseksyen 43(2) Akta , dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau garis panduan sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, koperasi ini hendaklah, sebelum perlantikan atau perlantikan semula mana-mana orang sebagai Anggota Lembaga, meminta penentusahan daripada Suruhanjaya sama ada orang itu memenuhi kriteria layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
24
(3) Setelah penentusahan bahawa orang itu telah memenuhi kriteria layak dan sesuai di bawah fasal (3), koperasi boleh melantik atau melantik semula orang itu sebagai anggota Lembaganya. Tempoh memegang jawatan anggota Lembaga 37.
(1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat agung perwakilan tahunan. (2) Aturan yang ditetapkan menurut fasal (1), hendaklah diulangi bergilir-gilir tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya supaya pada permulaan tahun keempat atau lebih awal daripada itu, kesemua anggota Lembaga hendaklah telah mengosongkan jawatan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga tahun sebelum itu. (3) Pelantikan seseorang anggota Lembaga yang dibuat menurut subsubperenggan 69(1)(iv)(B) Akta tidak tertakluk kepada fasal (2). (4) Kekosongan jawatan anggota Lembaga hendaklah dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan melantik mana-mana anggota yang berkelayakan dan perkhidmatannya hendaklah tamat sehingga mesyuarat agung perwakilan tahunan akan datang.
Lucut dan penggantungan jawatan anggota Lembaga 38.
(1) Seseorang anggota Lembaga akan lucut jawatannya dengan serta merta jika dia – (a) disabitkan atas kesalahan boleh daftar atau kesalahan menurut Akta atau Peraturan; (b) menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini; (c) tidak hadir di dalam mesyuarat Lembaga tiga kali berturut-turut, melainkan dengan sebabsebab yang boleh diterima oleh Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu; atau (d) hilang kelayakan sebagai anggota, menurut undang-undang kecil 20. (2) Seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung dari jawatannya jika – (a) sesuatu langkah perbicaraan diambil terhadap anggota itumengenai sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatukesalahan menurut subseksyen 47(1) Akta; atau (b) majoriti anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini, menurut Peraturan. (3) Tiap-tiap kes penggantungan menurut perenggan (b) fasal (2),hendaklah – (a) didengar oleh mesyuarat agung perwakilan yang terawal diadakan selepas penggantungan itu; (b) anggota itu telah diberitahu secara bertulis akan kesalahannya dalam masa tujuh hari sebelum diadakan mesyuarat agung perwakilan; (c) anggota itu diberi peluang membela diri dalam mesyuarat agung perwakilan tersebut; dan (d) keputusan penggantungan anggota tersebut hendaklah tertakluk kepada pengesahan atau pengetepian oleh majoriti perwakilan yang hadir di dalam mesyuarat agung perwakilan itu.
25
Penamatan pelantikan anggota Lembaga 39.
(1) Walau apa pun peruntukan fasal (1) undang-undang kecil 37, mesyuarat agung perwakilan tahunan mempunyai kuasa menurut Peraturan – (a) untuk menamatkan pelantikan mana-mana atau kesemua anggota Lembaga pada bila-bila masa; dan (b) memilih gantinya dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk menamatkan pelantikan anggota Lembaga itu hendaklah disampaikan kepada Koperasi dalam tempoh tujuh hari sebelum mesyuarat agung perwakilan itu diadakan. (2) Keputusan untuk menamatkan pelantikan seseorang atau ke semua anggota Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung perwakilan tahunan itu mendengar penjelasan anggota atau anggota Lembaga yang terlibat. (3) Anggota yang ditamatkan pelantikannya menurut Undang-undangKecil ini tidak boleh dilantik semula sehingga mesyuarat agung perwakilan tahunan yang akan datang.
Mesyuarat Lembaga 40.
(1) Mesyuarat Lembaga pertama hendaklah – (a) diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung perwakilan tahunan; dan (b) melantik di kalangan anggota Lembaga seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari. (2) Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua bulan. (3) Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya – (a) Suruhanjaya mengeluarkan arahan; atau (b) lapan orang anggota Lembaga membuat permintaan bertulis menyatakan perkara-perkara yang hendak dibincangkan. (4) Keputusan mesyuarat anggota Lembaga adalah sah walaupun – (a) ketidakhadiran mana-mana Lembaga; (b) terdapat kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam pelantikan atau kelayakan mana-mana Lembaga atau pembentukan Lembaga; (c) terdapat peninggalan, kecacatan atau salah aturan mesyuarat; atau (d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan anggota Lembaga. (5) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang ke mesyuarat – (a) untuk memberi nasihat berkenaan dengan apa-apa perkara yang dibincangkan; (b) tetapi orang tersebut tidak boleh mengundi; dan
26
(c) orang berkenaan boleh dibayar elaun atau perbelanjaan lain sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga. (6) Semasa ketiadaan pengerusi, seorang daripada anggota Lembagal ain yang hadir boleh dipilih untuk mempengerusikan mesyuarat. Kuorum mesyuarat Lembaga 41.
Kuorum mesyuarat Lembaga hendaklah melebihi satu perdua daripada bilangan anggota Lembaga menurut undang-undang kecil 35.
Urusan mesyuarat Lembaga 42.
Urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk yang berikut: (a) mengesahkan minit mesyuarat Lembaga terdahulu; (b) membincangkan perkara berbangkit; (c) mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan di mana berkenaan, perkara-perkara berikut: (i) keputusan-keputusan mesyuarat agung perwakilan tahunan dan menentukan tindakantindakan; (ii) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman; (iii) laporan pengurusan; (iv) permohonan menjadi anggota Koperasi; (v) permohonan berhenti daripada menjadi anggota; (vi) permohonan pembiayaan Islam dan kemudahan kredit daripada anggota; (vii) permohonan menambah dan mengurangkan ansuran pinjaman dan (viii) permohonan menambah atau mengurangkan caruman syer atau yuran (d) membentang dan meluluskan kedudukan kewangan bulanan; (e) mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan projek Koperasi; (f ) mengkaji, membincang dan memutuskan – (i) hal-hal perjawatan; (ii) program latihan pekerja; dan (iii) program pendidikan anggota. (g) melantik Jawatankuasa Audit Dalaman di kalangan anggota menurut undang-undang kecil 50; dan (h) menjalankan apa-apa urusan lain dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh hari. 27
Undi anggota Lembaga 43.
(1) Semua usul dan cadangan hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah undi anggota Lembaga yang hadir. (2) Jika bilangan undi sama banyak, maka usul atau cadangan yang diundi itu tidak diterima. (3) Seseorang anggota Lembaga tidak boleh mengundi dalam perkara mengenai dirinya sendiri atau ia ada kepentingan peribadi. (4) Seseorang anggota Lembaga yang ada kepentingan peribadi dalam perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau kepentingannya dalam perkara itu.
Buku minit mesyuarat Lembaga 44.
(1) Segala keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah – (a) diminitkan dalam tempoh tujuh hari; (b) ditandatangan oleh setiausaha mesyuarat itu; dan (c) diedarkan kepada anggota Lembaga dalam tempoh empat belas hari. (2) Minit yang telah disahkan dalam mesyuarat berikutnya hendaklah ditandatangan oleh pengerusi mesyuarat tersebut. (3) Minit bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan (a) kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(c) Akta ; dan (b) dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu.
Kuasa dan kewajipan Lembaga 45.
(1) Lembaga bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut subseksyen 44(1) Akta. (2) Bagi melaksanakan tanggungjawab menurut fasal (1), Lembaga hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang berikut: (a) melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari di kalangan anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga yang diadakan menurut perenggan (b) fasal (1) undang-undang kecil 40; (b) mengemukakan suatu senarai anggota Lembaga yang mengandungi butir-butir berikut: (i) nama; (ii) alamat kediaman; (iii) nombor kad pengenalan; (iv) tarikh keanggotaan; (v) pekerjaan; dan 28
(vi) jawatan dalam koperasi; dalam tempoh lima belas hari selepas mesyuarat agung perwakilan tahunannya kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(a) Akta. Apa-apa perubahan berkaitan butir-butir berkenaan hendaklah dimaklumkan kepada Suruhanjaya secara bertulis dalam tempoh lima belas hari dari tarikh berlakunya perubahan tersebut; (c) menimbang dan menerima permohonan keanggotaan; (d) meluluskan dan mengesahkan pemindahan dan penebusan syer anggota; (e) melantik (i) seorang pegawai yang bergaji tetap; atau (ii) sebuah firma bagi menjalankan mana-mana daripada tugas setiausaha jika perlu dengan syarat pegawai yang dilantik itu tidak boleh menjadi anggota Lembaga; (f ) menyenggara akaun bagi wang yang diterima dan yang dibelanjakan atas nama Koperasi dengan benar dan betul; (g) menyenggara akaun bagi aset dan liabiliti Koperasi dengan benar dan betul; (h) membenarkan perbelanjaan, menyemak dan mengawasi semua akaun, buku, rekod serta dokumen Koperasi yang disenggara, diuruskan dengan sempurna dan kemas kini; (i) membentangkan kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan (i) akaun perdagangan; (ii) akaun untung rugi; (iii) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (iv) kunci kira-kira; (v) laporan Lembaga menurut subseksyen 59(3) Akta; (vi) laporan juruaudit; dan (vii) pandangan Suruhanjaya tentang akaun dan kunci kira-kira jika ada bagi koperasi dan subsidiari; (j) membuat perakuan pembahagian keuntungan bersih dan pengisytiharan syer bonus Koperasi jika ada kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan; (k) mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyata dan surat arahan Suruhanjaya atau wakilnya; (l) membentang laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan; (m) memenuhkan jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga, menggantung keanggotaan anggota dan anggota Lembaga serta menyingkirkan keanggotaan menurut fasal (2) undangundang kecil 21 dan melucutkan jawatan anggota Lembaga; (n) memanggil mesyuarat agung perwakilan menurut Undang-undang Kecil; 29
(o) membuat perjanjian bagi mendapatkan pinjaman tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung perwakilan; (p) melantik pekerja termasuk pengurus dengan mengeluarkan surat rasmi yang mengandungi terma dan syarat perkhidmatan; (q) bertindak atas nama dan bagi pihak Koperasi atau melantik seseorang wakil bagi menyelesaikan segala pertikaian Koperasi atau menjalankan dan memberhentikan mana-mana tindakan mahkamah; (r) melabur wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung perwakilan dan tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan; (s) mengkaji dan merancang projek yang memberi manfaat kepada anggota dan Koperasi dengan melaksanakan projek mengikut keputusan mesyuarat agung perwakilan; (t) melaksanakan projek dan memberi peluang kepada anggota untuk(i) mengambil bahagian dalam pelaksanaan projek; atau (ii) menyumbangkan modal tambahan atau simpanan khas sebagaimana yang dipersetujui; (u) memasuki perjanjian bagi pihak Koperasi dan dimeterai dengan mohor Koperasi serta ditandatangan oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau orang lain yang diberi kuasa oleh Lembaga; (v) melantik wakil di kalangan anggotanya untuk menghadiri mesyuarat mana-mana koperasi yang dianggotainya; (w) menubuhkan jawatankuasa, jika perlu, bagi menjalankan aktiviti Koperasi dengan sempurnanya dan mewakilkan kuasa kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan Lembaga; (x) membuat aturan aktiviti dari semasa ke semasa bagi pelaksanaan aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan dan mengemukakan satu salinannya dalam tempoh tiga puluh hari kepada Suruhanjaya menurut fasal (3) undang-undang kecil 9; (y) mencadangkan belanjawan termasuk elaun kepada anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman untuk dibentangkan di mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi; (z) mencadangkan saraan kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi untuk dibentangkan di mesyuarat agung perwakilan tahunan Koperasi; (aa) mengawasi kecekapan, tatatertib dan daya usaha semua pegawai dan pekerja Koperasi dalam menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka; (bb)memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan koperasi dan anggotanya terpelihara; dan (cc) melaksanakan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Akta, Peraturan, perintah, garis panduan, arahan Suruhanjaya, undang-undang kecil dan mesyuarat agung perwakilan tahunan dari semasa ke semasa.
30
(3) Lembaga hendaklah mengisytiharkan kepentingannya berkaitan perniagaan dengan koperasi dan tidak mengundi atau terlibat dalam perbincangan mengenai perkara di mana dia mempunyai kepentingan. Liabiliti anggota Lembaga 46.
Lembaga hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Koperasi atas sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan peruntukan Akta, Peraturan, perintah atau undang-undang kecil ini serta aturan aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan mesyuarat agung perwakilannya.
Tugas pengerusi 47.
(1) Pengerusi hendaklah menjalankan tugas seperti berikut: (a) mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga; (b) menandatangan minit mesyuarat yang disahkan; (c) memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi, menurut Peraturan, bersama setiausaha melalui satu akuan yang bertarikh dan ditandatangani; (d) memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat Lembaga bila perlu; (e) mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi pada bila-bila masa dan melaporkan kepada Lembaga; (f ) menandatangan permohonan pendaftaran kepada pindaan undang-undang kecil dan dokumen lain yang berkaitan bersama dua anggota Lembaga; dan (g) menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi. (2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1) boleh diamanahkan kepada mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.
Tugas setiausaha 48. (1) Setiausaha hendaklah menjalankan tugas seperti berikut: (a) memanggil dan menghadiri mesyuarat agung perwakilan, mesyuarat Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan mesyuaratmesyuarat itu; (b) merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu mesyuarat; (c) menyenggara dan mengemaskini semua daftar anggota,daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki olehLembaga; (d) menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga; (e) mengesahkan bersama pengerusi salinan segala perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi; (f ) menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor Koperasi;dan 31
(g) menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (2) Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga. Tugas bendahari 49.
(1) Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut: (a) mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga; (b) menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan Lembaga; (c) menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima dalam tempoh dua puluh empat jam hari bekerja daripada penerimaannya; (d) mengeluarkan resit, menyediakan baucar dan surat lain mengikut arahan Lembaga; (e) menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu; (f ) menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan; (g) menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga; (h) menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung perwakilan tahunan; dan (i) menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan. (2) Mana-mana tugas bendahari boleh diamanahkan kepada pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
Jawatankuasa Audit Dalaman 50.
Menurut subseksyen 42A(1) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah mengandungi lima (5) orang, terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Lembaga, menurut perenggan (g) undang-undang kecil 42.
Kelayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman 51.
Tiada seorang pun layak menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman atau kekal sebagai seorang Jawatankuasa Audit Dalaman jika dia –
32
(a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta; (b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu koperasi; dan (c) menjadi anggota Lembaga Koperasi ini. Tempoh memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman 52.
(1) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa Audit Dalaman ini adalah satu tahun atau sehingga mesyuarat agung perwakilan akan datang mana yang terdahulu dan perkhidmatan mereka boleh disambung semula setelah diputuskan oleh mesyuarat Lembaga. (2) Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah diisi oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengosongan jawatan dengan melantik mana-mana anggota yang layak.
Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman 53.
(1) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa untuk memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain yangberhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan Koperasi dan subsidiarinya, jika ada, bagi memastikan hal-ehwal Koperasi dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Undang-undang Kecil serta keputusan mesyuarat agung perwakilan. (2) Jawatankuasa Audit Dalaman mempunyai kuasa memanggil mana-mana orang yang dikehendakinya supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan. (3) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah menjalankan tugas seperti berikut: (a) memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan; (b) memeriksa akaun-akaun Koperasi pada lat-lat masa yang tetap dan tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan; (c) memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam pengurusan Koperasi dengan serta-merta; dan (d) mengemukakan kepada Lembaga laporan mengenai pengurusan dan hal-ehwal Koperasi termasuk pelanggaran terhadap Akta, Peraturan atau Undang-undang Kecil. (4) Jawatankuasa Audit Dalaman, tertakluk kepada kelulusan Lembaga dibayar elaun yang sewajarnya atas khidmat yang diberikan kepada Koperasi. (5) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah – (a) bersidang tidak kurang daripada dua kali setahun; dan (b) mengemukakan laporan bertulis kepada Lembaga dan Suruhanjaya.
33
BAHAGIAN VI ASET DAN WANG KOPERASI Wang dan kumpulan wang Koperasi 54.
(1) Wang dan Kumpulan Wang Koperasi boleh mengandungi (a) fi masuk, syer dan yuran anggota; (b) simpanan khas daripada anggota; (c) pinjaman atau deposit daripada anggota dan bukan anggota; (d) Kumpulan Wang Rizab Statutori; (e) Akaun Rizab Modal; (f ) Kumpulan Wang Penebusan Syer; (g) derma dan pemberian tertentu; (h) baki keuntungan terkumpul; dan (i) kumpulan wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan. (2) Kumpulan wang Koperasi selain daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti yang diperuntukkan, menurut fasal (1) undang-undang kecil 9.
Modal syer 55.
(1) Menurut perenggan 50(b) Akta, setiap anggota hendaklah melanggan RM200.00 (Ringgit : Dua Ratus) syer, sebagai sumbangan minimum dan hendaklah dijelaskan dalam tempoh tiga bulan. Syer minimum ini tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat. (2) Mana-mana anggota yang gagal melanggan syer menurut fasal (1) hendaklah disingkirkan.
Yuran 56.
(1) Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan di bawah perenggan 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 (Ringgit: Tiga puluh) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam meminjam yang dibuat dengan kelulusan Lembaga. (2) Had Simpanan Akaun Yuran bagi setiap Anggota hanya berjumlah RM200,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu Sahaja). Maka, bagi mana-mana Anggota yang telah mempunyai Jumlah Simpanan di dalam Akaun Yuran melebihi RM200,000.00 (Ringgit Malaysia : Dua Ratus Ribu Sahaja) tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dibuat menurut fasal (4) Undang-Undang Kecil 9. (3) Mana-mana Anggota yang tertakluk kepada fasal (2), maka jumlah Caruman Bulanan melalui potongan gaji akan secara automatik diturunkan kepada kadar minima RM30.00 (Ringgit Malaysia : Tiga Puluh Sahaja) sebulan seperti yang diperuntukkan di bawah 34
perenggan 50(c) Akta. Potongan minima Caruman Bulanan ini akan dimasukkkan ke dalam Akaun Simpanan Khas Anggota. (4) Anggota hanya dibenarkan membuat bayaran yuran seperti yang diperuntukkan subseksyen 56(2) melalui potongan gaji bulanan anggota sahaja tetapi tidak dibenarkan membuat simpanan secara tunai atau cek ke dalam akaun yuran. Simpanan khas, deposit atau pinjaman 57.
(1) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya – (a) simpanan khas seperti yang ditetapkan dalam aturan-aturannya dan wang ini boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa tertakluk kepada terma dan syarat-syarat pengeluaran menurut fasal (4) (a) Undang-Undang Kecil 9; atau (2) Koperasi boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menerima deposit atau pinjaman daripada bukan anggota koperasi. (3) Fasal (2) tidak terpakai kepada deposit atau pinjaman yang diberikan oleh kerajaan. (4) Pada setiap mesyuarat agung perwakilan tahunan, koperasi hendaklah – (a) memberitahu perwakilannya mengenai pinjaman daripada anggota menurut subseksyen 52(3) Akta; dan (b) menetapkan had maksimum keterhutangan yang sedia ada dan yang baru akan ditanggung dalam tahun akan datang.
Pindahan syer 58.
(1) Seseorang anggota boleh memindahkan syernya yang melebihi sumbangan minimum menurut fasal (1) undang-undang kecil 55 kepada anggota lain dengan menandatangani borang pemindahan syer. (2) Pindahan syer tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah didaftarkan oleh Koperasi. (3) Syer seseorang anggota yang mati boleh dipindahkan kepada penama. Bagi anggota Muslim, pemindahan tersebut hendaklah menurut fasal (1) undang-undang kecil 18. (4) Pemindahan syer tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu.
Penyelesaian modal syer 59.
(1) Jika pemindahan syer tidak dapat dibuat menurut undang-undang kecil 58, bagi seseorang anggota yang tamat keanggotaannya oleh apa-apa sebab jua pun, maka syernya yang diperihalkan di dalam undang-undang kecil itu boleh dikeluarkan menurut fasal (2). (2) Syer boleh ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer dan Kumpulan Wang Rizab Statutori tertakluk kepada Peraturan. Nilai tebusan syer ini hendaklah mengikut sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit terakhir bagi Koperasi akan tetapi tidak boleh melebihi nilai asalnya. (3) Syer yang ditebus menurut fasal (2) boleh jika diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan, diterbitkan semula sebagai syer bonus. 35
Keuntungan modal 60.
(1) Menurut subseksyen 55(1) Akta, semua keuntungan modal yang diperolehi daripada perkaraperkara berikut hendaklah dikreditkan ke Akaun Rizab Modal – (a) penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya sebagai aset tetap; dan (b) penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-duanya, sebagai aset tetap, dengan kelulusan Suruhanjaya. (2) Keuntungan modal menurut perenggan (a) fasal (1) boleh, jika diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan, digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) penerbitan syer bonus; (b) penghapusan kira kerugian terkumpul; (c) penghapusan kira kerugian modal; dan (d) pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus. (3) Syer bonus boleh diterbitkan menurut Peraturan berasaskan kepada – (a) jumlah syer yang dipegang oleh tiap-tiap anggota; atau (b) penerbitan semula daripada syer bonus yang ditebus dengan syarat: (i) syer menurut perenggan (a) dan (b) dipegang dalam tempoh masa dua belas bulan sebelum tarikh pengisytiharan syer bonus; (ii) nama anggota yang akan menerima syer itu ada dalam daftar Koperasi pada tarikh pengisytiharan syer bonus itu; (iii) semua kerugian terkumpul dan semasa telah dihapuskira; dan (iv) buku dan rekod Koperasi telah disenggara dengan memuaskan menurut pendapat Suruhanjaya. (4) Syer bonus yang diterbitkan daripada keuntungan modal menurut perenggan (b) fasal (1), boleh dengan kelulusan Lembaga – (a) dipindahkan kepada anggota lain Koperasi ini; atau (b) dikeluarkan dalam hal anggota yang mati. (5) Pemindahan atau pengeluaran menurut fasal (4), dibayar daripada Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus Koperasi.
Kumpulan Wang Rizab Statutori 61.
(1) Menurut subseksyen 57(1) Akta, Koperasi ini hendaklah menyenggarakan satu Kumpulan Wang Rizab Statutori. (2) Koperasi hendaklah memindahkan suatu jumlah wang ke Kumpulan Wang Rizab Statutori berdasarkan jadual di bawah: 36
Jumlah Terkumpul Kumpulan Wang Rizab Statutori
Kurang daripada 50% daripada syer/ dan yuran
Jumlah Pindahan
Tidak kurang 25% daripada untung bersih teraudit.
50% tetapi kurang daripada 100% daripada syer / dan Tidak kurang 15% daripada untung bersih teraudit yuran
(3) Kumpulan Wang Rizab Statutori tidak boleh dibahagi dan tidak seorang pun anggota berhak untuk menuntut suatu bahagian tertentu daripadanya. (4) Koperasi boleh membuat pembayaran balik syer dan yuran daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori, dan pada setiap masa baki dalam kumpulan wang tersebut hendaklah tidak kurang daripada lima belas peratus daripada jumlah syer dan yuran koperasi berkenaan. Simpanan khas 62.
Menurut perenggan 50(d) Akta, Koperasi boleh menerima simpanan khas tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang dibuat menurut fasal (4) undang-undang kecil 9.
Pinjaman luar 63.
(1) Tertakluk kepada subseksyen 52(2) dan seksyen 52A Akta dan Peraturan, Koperasi boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, meminjam wang daripada orang yang bukan anggota Koperasi. (2) Koperasi hendaklah memaklumkan kepada anggotanya mengenai pinjaman menurut fasal (1) pada mesyuarat agung perwakilan tahunannya.
Pelaburan wang 64.
(1) Wang berlebihan Koperasi boleh dilabur tertakluk kepada peruntukan seksyen 54 Akta dan Peraturan. (2) Had maksimum yang boleh dilaburkan oleh Koperasi bagi sesuatu maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung perwakilan.
Pemberian pinjaman oleh Koperasi 65.
Menurut seksyen 51 Akta, Koperasi boleh memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit lain kepada – (a) anggotanya, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan dalam aturan yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan; (b) pekerjanya, termasuk ketua pegawai eksekutif tertakluk kepada terma dan syarat-syarat guna khidmat mereka; atau (c) subsidiarinya atau koperasi lain, tertakluk kepada kelulusan Suruhanjaya.
37
Pengagihan untung bersih teraudit 66.
(1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi seperti yang ditunjukkan dalam akaun untung rugi menurut seksyen 56 Akta, hendaklah diagihkan, tertakluk kepada seksyen 57 Akta, seperti berikut: (a) sebanyak mana yang ditentukan menurut fasal (2) Undang-undang Kecil 61 dibayar kepada Kumpulan Wang Rizab Statutori; dan (b) sebanyak mana yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Suruhanjaya dibayar kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah Pembangunan Koperasi Disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, boleh ditolak apa-apa bayaran yang dibuat menurut di perenggan (b) fasal (1) daripada jumlah wang menurut perenggan (a) fasal (1). (2) Selepas pengagihan menurut fasal (1), dan peruntukan cukai pendapatan, jika ada, baki untung bersih teraudit, termasuk baki keuntungan yang belum dibahagikan menurut subseksyen 57(5) Akta, boleh digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut: (a) pembayaran potongan langganan; (b) pembayaran dividen atas syer dan yuran anggota sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis panduan (c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga yang tidak boleh, bagaimanapun, melebihi jumlah wang yang disyorkan oleh mesyuarat agung perwakilan tahunan dan diluluskan oleh Suruhanjaya; atau (d) pembayaran untuk kebajikan anggotanya dan masyarakat. (e) pembayaran pulangan atas Akaun Simpanan Khas anggota sepertimana tertakluk kepada Peraturan Akaun Simpanan Khas menurut fasal (4) (a) Undang-Undang Kecil 9. (3) Pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat, kecuali dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Suruhanjaya yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-apa kadar maksimum, sebagaimana yang ditentukan dalam arahan atau garis panduan. (4) Menurut subseksyen 57(7) Akta, bayaran kepada perkara-perkara menurut perenggan (b) fasal (1), (2) dan fasal (3), boleh dibuat hanya jika semua kerugian terkumpul telah dihapuskira sepenuhnya. (5) Dengan kelulusan Suruhanjaya, Koperasi boleh, sekiranya kerugian terkumpul tidak dihapuskira sepenuhnya, menggunakan untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen kepada anggotanya yang tidak boleh melebihi lima peratus daripada jumlah syer atau yuran anggota, menurut subseksyen 57(8) Akta.
Dividen dan potongan langganan 67.
(1) Kadar dividen yang dibayar atas syer dan yuran kepunyaan seseorang anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan menurut Peraturan, hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali dengan kelulusan Suruhanjaya.
38
(2) Kadar dividen yang dibayar sepertimana fasal (1) mengikut pengiraan secara pro-rata mengikut baki simpanan terendah pada setiap bulan pada tempoh menurut fasal (1) layak bagi semua anggota menerima dividen. Seseorang yang namanya tidak ada dalam daftar nama anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun kewangan yang berkenaan tidak layak menerima dividen (3) pembayaran pulangan atas Akaun Simpanan Khas anggota mengikut pengiraan secara pro-rata mengikut baki simpanan terendah pada setiap bulan berakhir pada 31hb Disember tahun kewangan sepertimana tertakluk kepada Peraturan Akaun Simpanan Khas menurut fasal (4) (a) Undang-Undang Kecil 9. (4) Dividen hendaklah dibayar secara tunai ke dalam penyata gaji bulanan sekiranya anggota itu tidak meminta dikreditkan ke dalam akaun yuran dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan. (5) Potongan langganan boleh diberi hanya jika langganan seseorang anggota tidak kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit : Satu Ribu) dalam tahun kewangan yang berkenaan
BAHAGIAN VII AKAUN DAN AUDIT Tahun kewangan 68.
Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada Satu haribulan Januari dan berakhir pada Tiga Puluh Satu haribulan Disember setiap tahun.
Penyenggaraan akaun 69.
(1) Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara dengan sempurna dan kemaskini rekod-rekod perakaunan dan rekod-rekod lain mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan koperasi dan subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan – (a) aset tetap, pelaburan dan deposit; (b) syer, yuran serta simpanan khas yang dicarum oleh anggota; dan (c) aktiviti-aktiviti yang dijalankan. (2) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod-rekod lain menurut fasal (1), hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi, menurut subseksyen 58(2) Akta. (3) Penyediaan akaun-akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan kunci kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit. (4) Akaun-akaun menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah dibentangkan di dalam mesyuarat agung perwakilan tidak lewat daripada enam bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu. 39
(5) Rekod perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan – (a) di pejabat berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh Lembaga menurut subseksyen 58(4) Akta; dan (b) selama enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan. (6) Rekod-rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga. (7) Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk mengemaskinikan rekod perakaunan bagi memastikan rekod tersebut dapat diaudit dalam tempoh yang ditetapkan. (8) Suruhanjaya boleh menurut subseksyen 58(5) Akta , dalam kes-kes tertentu memerintahkan supaya rekod-rekod perakaunan Koperasi diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak bagi pihak seseorang anggota atau pegawai. (9) Suatu senarai terperinci butir-butir perbelanjaan Lembaga dan bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan jawatankuasa hendaklah dimasukkan dalam nota kepada akaun untung rugi Koperasi menurut Peraturan. Resit-resit dan baucar 70.
(1) Resit-resit Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi semua wang atau penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang diterima. Resit-resit itu hendaklah ditandatangan oleh bendahari atau pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa. (2) Baucar hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang dibuat oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah ditandatangan atau diluluskan oleh bendahari atau pengurus serta disahkan oleh pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Pelantikan dan kewajipan juruaudit 71.
(1) Lembaga hendaklah melantik seorang juruaudit yang diluluskan oleh Suruhanjaya bagi mengaudit akaun koperasi, menurut perenggan 60(1)(a) Akta. (2) Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1) hendaklah dipilih oleh mesyuarat Lembaga daripada panel yang diluluskan oleh mesyuarat agung perwakilan dan mengemukakan satu salinan suratcara pelantikan menurut peraturan kepada Suruhanjaya. (3) Juruaudit berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod Koperasi dan hendaklah memberi laporan mengenai penyata kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas berakhirnya tahun kewangan itu untuk perhatian Suruhanjaya serta anggota Koperasi, menurut seksyen 63 Akta.
Penyerahan buku dan dokumen untuk diaudit 72.
Menurut Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah disediakan oleh Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangan sebagai pengakuan penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi.
40
Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada perwakilan 73.
Satu salinan penyata berikut hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap perwakilan tidak lewat daripada lima belas hari sebelum mesyuarat agung perwakilan tahunan: (a) akaun perdagangan; (b) akaun untung rugi; (c) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; (d) kunci kira-kira dan laporan Lembaga mengenai kedudukan hal ehwal Koperasi dan subsidiari yang telah dikemukakan untuk mendapat pandangan Suruhanjaya, menurut subseksyen 59(2) Akta; (e) laporan juruaudit; dan (f ) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman.
BAHAGIAN VIII PELBAGAI Akaun bank 74.
Akaun bank bagi Koperasi hendaklah diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau setiausaha dan bendahari atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Mohor Koperasi 75.
(1) Koperasi hendaklah mempunyai satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari atau pegawaipegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak dimeteraikan. (2) Dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan atau tidak, dan ditandatangan dengan sahnya oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan mengikat ke atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan.
Pertukaran alamat anggota 76.
Tiap-tiap anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan pertukaran alamatnya dalam tempoh tiga puluh hari. Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau dikirimkan kepada alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan.
Penyediaan dokumen untuk diperiksa 77.
(1) Menurut seksyen 13 Akta, Koperasi hendaklah menyediakan perkara berikut yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota Koperasi sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada masa-masa yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi – (a) suatu salinan Akta dan Peraturan atau perintah, arahan atau garis panduan; 41
(b) suatu salinan Undang-undang Kecil dan akaun teraudit yang terakhir; (c) suatu senarai anggota; (d) suatu senarai anggota Lembaga; (e) nama ketua pegawai eksekutif, jika ada; dan (f ) suatu senarai pegawai Koperasi yang berkenaan dengan pengurusan Koperasi, jika ada. (2) Koperasi hendaklah juga menyediakan aturan-aturan aktiviti untuk diperiksa oleh anggota, jika ada. Penyerahan tugas 78.
Penyerahan tugas hendaklah dilakukan secara bertulis apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa jawatan dalam Koperasi dan disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu.
Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi 79.
(1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili Koperasi di dalam apa-apa mesyuarat, seminar, forum atau lawatan sambil belajar atas perbelanjaan Koperasi sama ada di dalam atau di luar negeri menurut Peraturan, hendaklah mengemukakan laporan ringkas kepada mesyuarat agung perwakilan tahunan yang akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi. (2) Jika orang itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada Koperasi.
Pelantikan Yang Dipertua 80.
Lembaga boleh melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi. Dia hanya bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.
Pertikaian 81.
(1) Segala pertikaian menurut subseksyen 82(1) Akta, yang menyentuh hal penubuhan, Undangundang Kecil, pemilihan pegawai, perjalanan mesyuarat agung perwakilan, pengurusan atau perniagaan Koperasi hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan. (2) Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Suruhanjaya hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh dikenakan tindakan, menurut undangundang kecil 23. (3) Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan menurut subseksyen 82(1) Akta, hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung perwakilan Koperasi untuk penyelesaian. Apa-apa pertikaian yang tidak dapat diselesaikan hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya dan keputusannya adalah muktamad.
42
Pemeliharaan kerahsiaan 82.
Anggota Lembaga, pegawai, pekerja, juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat mana-mana anggota yang diperolehi dalam melaksanakan perniagaan atau tugas dengan Koperasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak boleh dizahirkan kepada manamana orang tanpa izin anggota melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis.
Pembubaran 83.
Koperasi hanya boleh dibubarkan dengan perintah Suruhanjaya.
Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil 84.
(1) Undang-undang Kecil ini adalah dibuat menurut Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa pindaan kepada Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat melainkan dengan kehendak atau kebenaran Suruhanjaya. Aturan aktiviti tidak boleh dibuat melainkan dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan. (2) Apa-apa urusan Koperasi hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti dan hendaklah dibaca bersekali.
Undang-undang kecil hendaklah mengikat anggota 85.
Menurut seksyen 17 Akta, Undang-undang Kecil ini hendaklah mengikat Koperasi dan anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah ditandatangani oleh tiap-tiap anggota dan mengandungi waad pada pihak tiap-tiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan Undang-undang Kecil ini.
Diakui pindaan Undang-undang Kecil ini telah dibentangkan, dibincangkan, dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
43
LAMPIRAN 1 ATURAN PEMILIHAN ANGGOTA LEMBAGA DAN PERWAKILAN Tajuk 1.
Aturan ini dinamakan Aturan Pemilihan Anggota Lembaga dan Perwakilan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad yang diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan
Tafsiran 2.
Tujuan Aturan ini dibuat bagi memudahkan urusan pemilihan Anggota Lembaga di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan serta pemilihan Perwakilan di Mesyuarat Agung Kawasan ”Akta” Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa;
”Anggota” Anggota yang menghadiri Mesyuarat Agung Kawasan dan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi; ”Anggota Perwakilan” Anggota yang telah dipilih sebagai wakil di Mesyuarat Agung Kawasan ke Mesyuarat Agung Perwakilan bagi tempoh 2 tahun; ”Aturan-Aturan” ertinya Aturan-Aturan yang dibuat oleh Lembaga dari masa ke semasa bagi memudahkan perjalanan mana-mana aktiviti dan termasuk aturan ini, tertakluk kepada Akta, Peraturan, UndangUndang Kecil dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan; ”Calon atau Calon-Calon” Anggota yang dicalonkan di Mesyuarat Agung Kawasan dan di Mesyuarat Agung Perwakilan; Berhad
”Koperasi” atau ”Koperasi ini” atau ”KSK MAS” ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia
”Mesyuarat Agung Kawasan” Mesyuarat Agung Kawasan yang diadakan 2 tahun sekali seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang Kecil Perkara 26 (12); ”Mesyuarat Agung Perwakilan” Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan setiap tahun seperti yang dinyatakan dalam Undang-Undang Kecil Perkara 27; ”Undang-Undang Kecil” Undang-Undang Kecil Koperasi ini dan termasuklah sesuatu pindaan keatasnya. Syarat-Syarat Sebagai Calon Perwakilan Kawasan 3.
(i) Seseorang Anggota yang dilantik menjadi perwakilan di kawasan masing-masing hendaklah telah menjadi Anggota selama 1 (satu) tahun. (ii) Semasa perlantikan menjadi Perwakilan kawasan, seseorang Anggota itu hendaklah masih menjadi kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad atau Subsidiari-Subsidiarinya atau Syarikat-Syarikat Bersekutunya tidak kurang dari dua tahun sebelum mencapai umur persaraan yang akan datang.
44
Syarat-Syarat Sebagai Calon Anggota Lembaga 4.
(i) Kelayakan seseorang Anggota yang dicalonkan atau bertanding semula sebagai Anggota Lembaga dan sekiranya dipilih hendaklah masih menjadi kakitangan Sistem Penerbangan Malaysia Berhad atau Subsidiari-Subsidiarinya atau Syarikat-Syarikat Bersekutunya, tidak kurang dari 3 (tiga) tahun sebelum mencapai umur persaraan yang akan datang. (ii) Anggota yang dicalonkan atau bertanding semula sebagai Anggota Lembaga hanyalah setelah penentusahan bahawa orang itu telah memenuhi kriteria layak dan sesuai di bawah Undang-Undang Kecil 36(3) dan menurut subseksyen 43(2) Akta, koperasi boleh melantik atau melantik semula orang itu sebagai Anggota Lembaganya (iii) Anggota Perwakilan yang menawarkan diri untuk menjadi seorang Lembaga hendaklah menjadi Anggota Perwakilan kawasan sekurang-kurangnya selama 1 (satu) tahun dan pernah mengikut sekurang-kurangnya satu kursus yang berkaitan dengan Koperasi.
Pencalonan Perwakilan Kawasan 5.
(i) Seseorang Anggota yang ingin berkhidmat sebagai seorang Perwakilan bagi sesuatu kawasan hendaklah mengemukakan borang pencalonan yang disediakan kepada Setiausaha Koperasi / Setiausaha Kerja dalam tempoh 5 (lima) hari sebelum tarikh Mesyuarat Agung. (ii) Borang Pencalonan itu hendaklah ditandatangani seorang Pencadang dan seorang Penyokong yang kedua-duanya hendaklah terdiri dari anggota kawasan berkenaan. Setiap calon Perwakilan yang layak akan menerima nombor percalonan danakan diedarkan sebelum Mesyuarat Agung Kawasan berlangsung. (iii) Mana-mana calon Perwakilan yang menarik diri hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi Mesyuarat kawasan sebelum pengundian dijalankan. (iv) Jika sekiranya tiada calon Perwakilan yang layak atau berminat untuk menjadi Perwakilan pada tarikh pencalonan, maka Perwakilan bagi kawasan yang lalu kekal menjadi Perwakilan untuk tempoh 2 (dua) tahun lagi tertakluk kepada perkara 3 (ii) Aturan ini.
Pencalonan Anggota Lembaga 6.
(i) Setiap Anggota Perwakilan yang menerima diri mereka dicalonkan sebagai Anggota Lembaga hendaklah mengisi borang Pencalonan yang disediakan dan hendaklah dikemukakan kepada Setiausaha KSK MAS / Setiausaha Kerja dalam tempoh (2) dua bulan sebelum tarikh Mesyuarat Agung Perwakilan. (ii) Semua borang Pencalonan bagi jawatan Anggota Lembaga hendaklah ditandatangani seorang Pencadang dan seorang Penyokong yang merupakan Anggota Perwakilan pada tahun tersebut. (iii) Selain daripada Borang Pencalonan, Calon hendaklah juga mengisipenuh dan menghantar borang yang disediakan oleh Suruhanjaya menurut subseksyen 43(2) Akta seperti berikut : i.
Borang SKM/BP
ii.
Borang SKM/TAP/KEW
iii.
Laporan Kewangan CCRIS oleh Bank Negara 45
Calon Anggota Lembaga yang layak tertakluk kepada perkara 4(ii) Aturan in akan menerima nombor pencalonan. (iv) Di samping nombor pencalonan, bagi jawatan Anggota Lembaga akan diedarkan semasa pendaftaran Mesyuarat Agung Perwakilan butiran calon-calon Perwakilan yang dicalonkan. (v) Mana-mana Calon Anggota Lembaga yang ingin menarik diri hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi Mesyuarat Agung Perwakilan sebelum pengundian dijalankan. Cara Pengundian 7.
(i) Cara pengundian bagi memilih Perwakilan di Mesyuarat Agung Kawasan akan dilakukan samada secara sulit atau mengangkat tangan. (ii) Pengundian bagi memilih Anggota Lembaga di Mesyuarat Agung Perwakilan akan dibuat secara sulit.
Diakui Aturan Pemilihan Anggota Lembaga dan Perwakilan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012.
Bil. Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN
620903-03-5317
(..............................)
710501-10-6871
(..............................)
690315-01-5647
(..............................)
(PENGERUSI) 2.IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA) 3.HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
46
LAMPIRAN 2 ATURAN MENJALANKAN AKTIVITI KUMPULAN WANG PELAJARAN & KEBAJIKAN Tajuk 1.
(1) Aturan ini dinamakan Aturan Aktiviti Kumpulan Wang Pelajaran & Kebajikan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS (Malaysia) Berhad. (2) Tujuan aturan ini dibuat bagi memudahkan urusan Kumpulan Wang pelajaran & Kebajikan dilaksanakan dari masa ke semasa.
Tafsiran 2.
Di dalam aturan-aturan ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain, iaitu:”Akta” Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari masa ke semasa; ”Anggota” ertinya anggota atau anggota Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad;
”Anugerah” ertinya pemberian dalam bentuk wang atau hadiah dengan kadar tertentu bagi mengiktiraf kejayaan yang diperolehi oleh anak-anak anggota; ”Aturan-aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari masa ke semasa bagi memudahkan perjalanan mana-mana aktiviti dan termasuk aturan ini, tertakluk kepada Akta, Peraturan, Undangundang Kecil dan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan; ”Bantuan” ertinya pemberian dalam bentuk wang atau peralatan dengan kadar tertentu kepada anggota atau keluarga anggota atau individu-individu lain yang mendapat musibah; ”Koperasi” atau Koperasi ini atau ”MAS Malaysia Berhad”; ”Lembaga” ertinya Lembaga yang dipertanggungjawab yang mengendalikan aturan ini; ”Mesyuarat Agung Perwakilan” ertinya Mesyuarat Agung Perwakilan yang diadakan setiap tahun seperti yang dinyatakan dalam Undang-undang Kecil Perkara 27; ”Undang-undang Kecil” ertinya Undang-undang Kecil Koperasi ini dan termasuklah sesuatu pindaan ke atasnya.
47
BAHAGIAN I KUMPULAN WANG PELAJARAN Perjalanan Kumpulan Wang Pelajaran 3.
(1) Memberi anugerah dalam bentuk wang kepada anak-anak anggota yang cemerlang dalam bidang akedemik di peringkat sekolah rendah dan menengah. (2) Anugerah ini diberikan kepada anak-anak anggota yang cemerlang di peringkat seperti berikut:Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Penilaian Menengah Rendah (PMR) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (3) Pemberian anugerah cemerlang ini di peruntukan setiap tahun selepas keputusan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Syarat-syarat Penerima Anugerah 4.
(1) Seseorang anggota yang telah menjadi anggota selama satu tahun, mempunyai anak dan telah memperolehi keputusan yang dinyatakan dalam aturan 3(2) adalah layak membuat permohonan untuk dipertimbangkan penerima anugerah pelajar cemerlang. (2) Anggota itu hendaklah mengisi borang yang disediakan dan mengemukan salinan slip keputusan yang disahkan. (3) Pihak Lembaga akan meneliti dan membuat pertimbangan terhadap semua permohonan berdasarkan kriteria yang ditetapkan. (4) Semua keputusan pemilihan berdasarkan keputusan Lembaga adalah muktamad.
Kadar Pemberian Dari Kumpulan Wang 5.
(1) Kadar bagi anugerah pelajar cemerlang akan ditentukan dari masa ke semasa oleh Lembaga berdasarkan jumlah dan kelayakan permohonan yang diperolehi.
48
BAHAGIAN II KUMPULAN WANG KEBAJIKAN Perjalanan Wang Kebajikan 6.
(1) Membantu anggota dalam bentuk kewangan yang mengalami musibah dan kerugian seperti berikut:i) Rumah terbakar; dan ii) Banjir (2) Sumbangan sebagai khairat kematian kepada anggota yang meninggal dunia. (3) Memberi sumbangan kepada anggota dan ahli keluarga yang menghidap penyakit kritikal untuk perbelanjaan perubatan.
Syarat-syarat Memohon Wang Kebajikan 7.
(1) Anggota yang ingin mendapatkan bantuan hendaklah mengisi borang yang ditetapkan. (2) Menyertakan bersama dokumen yang menyokong permohonan ini.
Kadar Pemberian dari Kumpulan 8.
(1) Kadar bagi pemberian kerana berlaku musibah seperti yang diputuskan oleh Lembaga. (2) Kadar pemberian berdasarkan oleh keputusan Lembaga.
Sumber Kumpulan Wang Dan Keputusan Lembaga 9.
(1) Sumber kumpulan wang kebajikan dan pelajaran ini diperolehi dari akaun pembahagian keuntungan setiap tahun dan diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan yang ditetapkan oleh Undang-undang Kecil. Mesyuarat Agung Perwakilan berkuasa memutuskan supaya tidak lebih dari sepuluh peratus daripada baki keuntungan bersih Koperasi pada tiap-tiap tahun dipindahkan kepada kumpulan wang ini sepertimana yang dibolehkan menurut fasal (d) Undang-undang kecil 66 Koperasi ini. (2) Sekiranya kumpulan wang ini tidak mencukupi dan habis sebelumtempoh kewangan Koperasi, maka pihak Lembaga berhak memberhentikan pemberian melaluinya. (3) Keputusan Lembaga ke atas perjalanan kumpulan wang ini adalah muktamad dan tiada seorang anggota pun yang boleh menuntut apa-apa pemberian melalui Kumpulan wang ini sebagai satu haknya.
49
Diakui Peraturan Pembiayaan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
50
LAMPIRAN 3 ETIKA MESYUARAT AGUNG 1. Perhimpunan Anggota-anggota hendaklah berhimpun di suatu tempat pada masa dan tarikh yang ditetapkan dalam Notis Mesyuarat. 2. Bahasa Rasmi Bahasa Rasmi bagi acara mesyuarat hendaklah Bahasa Malaysia. 3. Pengerusi Mesyuarat Pengerusi acara mesyuarat hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-Undang Kecil. 4. Perkara-perkara Mesyuarat Agenda mesyuarat sebagaimana dinyatakan dalam Notis Mesyuarat. Semua perkara yang tercatat dalam Agenda Mesyuarat hendaklah diutamakan lebih daripada perkara-perkara yang lain. 5. Kuorum Kuorum hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-undang Kecil. 6. Minit Mesyuarat Agung Yang Lalu Minit Mesyuarat Agung yang lalu akan diedarkan dan dibaca untuk pengesahan. Selain dari pembetulan minit, perbincangan atasnya tidak dibenarkan. Hanya selepas pengesahan dibuat dan ditandatangani oleh Pengerusi, anggota-anggota boleh bertanya sekadar mendapat penjelasan sahaja. Perbahasan terhadapnya tidak dibenarkan. 7. Setiausaha Mesyuarat Setiausaha Koperasi ini boleh melantik Pencatat Minit di kalangan pihak pengurusan Koperasi ini untuk mencatat perjalanan mesyuarat dan hendaklah menyerahkan Minit Mesyuarat itu kepada Setiausaha Koperasi ini dalam tempoh (2) dua minggu tarikh Mesyuarat Agung diadakan. 8. Hak-Hak Anggota Anggota-anggota yang sah dalam mesyuarat mempunyai hak untuk bercakap, menyuarakan pendapat, pandangan, cadangan, sokongan dan mengundi atas sesuatu perkara yang dibincangkan dalam Agenda Mesyuarat. 9. Laporan Tahunan 9.1 Laporan Tahunan yang mengandungi Laporan Lembaga dan Penyata Kewangan akan dibentangkan untuk dibincangkan setelah Minit Mesyuarat Agung yang lalu disahkan. Penerimaannya hendaklah dibawah syor “Telah diterima dan diluluskan”. 9.2 Laporan Tahunan hendaklah diberi keutamaan dari lain-lain perkara. Sesuatu syor boleh dibuat terhadap mana-mana bilangan dalam laporan tersebut dan ia hendaklah dibuat dengan persetujuan Pengerusi. Syor
51
seperti ini hendaklah mengenai perkara yang tidak boleh diterima atau sebarang ketinggalan yang mendukacitakan. 10. Tertib Bercakap 10.1 Anggota-anggota yang lain bercakap hendaklah bangun dan apabila dipanggil oleh Pengerusi hendaklah ia berdiri dan mengarahkan ucapannya kepada Pengerusi. Apabila lebih dari seorang bangun untuk bercakap, anggota terdahulu bangun diberi keutamaan. Walau bagaimanapun, keputusan terletak pada Pengerusi. 10.2 Anggota-anggota tidak boleh bercakap lebih dari sekali di atas sebarang usul atau pindaan yang sama kecuali (sebagai pembawa usul atau pindaan kepada usul itu) untuk menjawab. Tetapi sekiranya ada pindaan dibuat ke atas usul asal, seseorang anggota, sungguhpun telah bercakap sekali lagi terhadap pindaan yang dibuat itu. 10.3 Seseorang anggota tidak boleh mengganggu anggota yang sedang bercakap kecuali:a) jika hendak mengeluarkan teguran berkenaan perkara tertib mesyuarat. Ketika itu anggota yang sedang bercakap hendaklah menarik perhatian kepada perkara yang hendak dikeluarkan buat pengetahuan mesyuarat dan diserahkan kepada Pengerusi untuk memutuskannya; atau b) jika hendak menerangkan apa-apa perkara yang dikeluarkan oleh anggota yang bercakap itu mahu beralah dan duduk dan anggota yang hendak menggangu itu dipanggil oleh Pengerusi. 10.4 Jika seseorang anggota menggangu anggota yang lain sedang bercakap semasa mesyuarat berjalan atau menggunakan bahasa kasar atau biadap dan engkar mematuhi arahan Pengerusi apabila diminta menjaga tertib mesyuarat, namanya akan dicatat oleh Pengerusi. Ia akan diminta meninggalkan bilik mesyuarat dan tidak akan dibenarkan masuk selagi ia tidak meminta maaf yang memuaskan dan diterima oleh Pengerusi. 10.5 Jika Pengerusi memberi arahan untuk bertenang, atau apa-apa arahan yang ada kaitan dengan mesyuarat, anggota yang sedang bercakap hendaklah kembali duduk dan lain-lain anggota tidak dibenarkan bercakap sehingga Pengerusi memberi kebenaran untuk melanjutkan perbincangan. 11. Had Masa Bercakap Pembawa usul atau pindaan tidak dibenarkan bercakap lebih daripada lima minit. Anggota yang membicarakan usul selepas itu tidak dibenarkan melebihi tiga minit, kecuali jika dibenarkan masa tambahan oleh Pengerusi. Tambahan masa yang diberi hendaklah tidak melebihi dua minit. 12. Isi-Isi Ucapan 12.1 Anggota hendaklah menghadkan percakapan kepada perkara yang dibincangkan sahaja, dan tidak boleh mengeluarkan apa-apa yang tidak ada kaitan dengan perkara yang dibincangkan itu. 12.2 Perkara-perkara yang dalam timbangan mahkamah tidak boleh disebut. 12.3 Perkara-perkara yang telah diputuskan oleh mesyuarat tidak boleh ditimbangkan semula kecuali dengan adanya usul tersendiri bagi membatalkan keputusan mesyuarat berkenaan dengan perkara itu. 12.4 Seseorang anggota tidak boleh menggunakan bahasa biadap dan tidak boleh mengeluarkan sangkaan jahat terhadap anggota lain.
52
12.5 Nama, kelakuan dan sifat ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong atau nama DYMM Raja-Raja Melayu atau Tuan Yang Terutama Yang Dipertuan Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak tidak boleh digunakan bagi mempengaruhi mesyuarat. 12.6 Seseorang anggota yang bercakap tidak boleh menggunakan:a) perkataan-perkataan derhaka pada negeri; b) perkataan-perkataaan yang membangkitkan perasaan melawan kuasa kerajaan, dan c) perkataan-perkataan yang menaikkan perasaan sakit hati dan permusuhan di antara kaum Malaysia. 12.7 Jika pada timbangan Pengerusi, bahawa apa-apa usul atau pindaan atau perbahasan yang akan dijalankan atas usul atau pindaan itu tujuannya melanggar peraturan ini, maka Pengerusi boleh menolak usul atau pindaan itu, atau memberhentikan perbahasan itu dan memerintahkan usul atau pindaan itu tidak dibahaskan lagi. 13. Menutup Ucapan/Perbahasan Setelah sesuatu masalah dikemukakan kepada mesyuarat, seseorang anggota boleh mencadangkan usul itu diputuskan. Jika pada fikiran Pengerusi usul itu tidak akan membawa kepada salah dari segi mana-mana peraturan, maka masalah itu boleh dikemukakan untuk diputuskan dengan serta merta. Ia hendaklah diputuskan dengan tidak boleh dipinda atau dibincang (bahas) walaupun pembawa usul atau pindaan tidak berpeluang menjawab. 14. Usul (Motion) 14.1 Sebarang cadangan pertama di dalam satu perkara itu akan dikenali sebagai “Usul Asal” dan semua cadangan mengenai perkara yang sama dikenali sebagai “Pindaan”. 14.2 Tiap-tiap usul atau pindaan-pindaan kepadanya hendaklah ada pencadang dan penyokongnya dan hendaklah dibentang secara bertulis. 14.3 Tiap-tiap usul yang hendak dimasukkan ke dalam Agenda hendaklah dihantar secara bertulis kepada Setiausaha Koperasi sekurang-kurangnya tujuh (7) hari sebelum Mesyuarat Agung diadakan. 14.4 Seorang anggota yang ingin menarik atau mengubah atau meminda isi-isi sesuatu usul yang dibuat olehnya boleh berbuat demikian dengan memberitahu secara bertulis berkenaannya kepada Setiausaha sebelum tarikh Mesyuarat Agung. Tetapi disyaratkan pindaan itu pada timbangan Pengerusi tidak mengubah atas atau tujuan yang terkandung dalam usul asal itu. 14.5 Apabila sesuatu usul itu ditarik balik selepas ianya dimasukkan dalam Agenda, Pengerusi, apabila sampai masanya, mengisytiharkan dalam Mesyuarat Agung bahawa usul tersebut itu telah ditarik balik dan tidak boleh dibahas lagi. 15. Cadangan dan Sokongan 15.1 Sesuatu usul atau pindaan tidak boleh dibincangkan atau dibahas sehingga ia mendapat sokongan. Jika tiada sokongan usul atau pindaan itu gugur dengan sendirinya. 15.2 Seorang anggota tidak boleh mencadangkan atau menyokong lebih dari sekali Pencadang atau Penyokong sesuatu usul atau pindaan usul tidak boleh mengemukakan (mencadangkan) atau menyokong pindaan lain kepada usul tersebut. 53
16. Pindaan Jika sebarang pindaan dikemukakan dan sokong terhadap sesuatu usul, pindaan selanjutnya tidak boleh dibuat sehingga pindaan terdahulu itu dibatalkan. Apabila pindaan kepada usul tersebut diisytiharkan, usul yang dipinda menjadi usul asal, yang mana pindaan-pindaan selanjutnya boleh dikemukakan tertakluk kepada peraturan 18 Etika ini. 17. Hak Menjawab 17.1 Pembawa usul (termasuk pembawa pindaan yang menjadi usul asal) mempunyai hak untuk menjawab dengan syarat ia hendaklah menjawab kepada ucapan yang dibuat olehnya terdahulu. Perkara-perkara baru tidak boleh dibangkitkan. Setelah menjawab, usul hendaklah diundi dengan segera untuk mendapatkan suara majoriti anggota-anggota yang hadir. 17.2 Jika usul asal telah diganti dengan pindaan, hak menjawab diberikan pembawa pindaan. 18. Usul Tergempar (Emergency) Perkara 18 - Usul Tergempar – dimansuhkan 19. Pengundian 19.1 Semua perkara hendaklah diputuskan dengan kelebihan undi kecuali perkara-perkara berkaitan dengan Pindaan Undang-undang Kecil. Jika undi sama banyak, perkara yang dibincangkan disifatkan kalah. Pengerusi tiada undi muktamad. 19.2 Pengerusi mesyuarat tidak boleh mengundi berkenaan sebarang perkara mengenai dirinya sendiri. 19.3 Cara mengundi hendaklah sebagaimana ditetapkan oleh Undang-undang Kecil. 20. Adab Anggota Tidak Bercakap Masa Mesyuarat Sedang Berjalan:i) Anggota hendaklah masuk ke Dewan atau keluar dari Dewan atau membawa diri dalam Dewan dengan tertib adab; ii) Seseorang anggota tidak boleh melintas ruangan tengah Dewan tanpa apa-apa urusan; iii) Anggota-anggota tidak boleh membaca surat-surat khabar, buku-buku, surat-surat atau lain-lain kecuali literature yang ada kena mengena dengan perkara yang dibahaskan; iv) Masa seseorang anggota bercakap, anggota lain hendaklah diam dan tidak mengganggu; 21. Kuasa Pengerusi Mesyuarat Dan Tertib Dalam Mesyuarat 21.1 Bila anggota-anggota ditegur oleh Pengerusi berkenaan dengan peraturan mesyuarat atau bangun semasa perbahasan berjalan, mana-mana anggota yang sedang bercakap atau yang hendak bercakap, hendaklah duduk supaya percakapan Pengerusi dapat didengar dan tidak terganggu. 21.2 Adalah menjadi tanggungjawab Pengerusi memastikan supaya Etika Mesyuarat ini dipatuhi dan keputusannya mengenai apa-apa perkara peraturan mesyuarat tidak boleh diminta untuk mempertimbangkan semula.
54
21.3 Pengerusi, setelah menarik perhatian mesyuarat kepada kelakuan seseorang anggota yang degil dengan menyebut perkara-perkara yang tidak kena mengena dengan perkara mesyuarat boleh, memerintahkan ia berhenti bercakap. 21.4 Pengerusi hendaklah memerintahkan mana-mana anggota yang berkelakuan tidak senonoh (biadap) keluar dengan serta merta dari bilik mesyuarat. 21.5 Anggota yang diperintahkan keluar menurut 21.4 dengan serta merta hendaklah keluar dari Dewan dan tidak dibenarkan masuk sehingga habis mesyuarat. 21.6 Sesuatu perkara yang dibangkitkan mengenai prosedur, maka proses pengundian untuk membuat keputusan adalah tidak diperlukan. Adalah memadai dengan keputusan Pengerusi sahaja. Sekiranya perkara yang dibincangkan melibatkan perkara hakiki (substantive), maka keputusan hendaklah dibuat secara pengundian. 21.7 Jika mesyuarat Agung membincangkan sesuatu perkara yang melibatkan kepentingan Pengerusi, maka mesyuarat hendaklah dipengerusikan oleh seorang yang lain sehingga keputusan telah dibuat. Dalam hal ini prinsip ‘natural justice’ hendaklah dipakai. 21.8 Jika berlaku kekacauan besar dan luar jangka dalam mesyuarat, Pengerusi boleh, jika pandangannya wajar, menangguhkan mesyuarat tanpa perlu meminta keputusan mesyuarat selama yang ditetapkan olehnya. 22. Penggantungan Mana-mana Peruntukan Etika Mesyuarat Agung Mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung ini boleh diketepikan atas cadangan mana-mana anggota berhubung dengan mana-mana perkara khas mengenai kelicinan mesyuarat. Dengan syarat cadangan ini hendaklah disokong oleh dua pertiga anggota-anggota yang hadir. 23. Kuasa Pembatalan Lembaga dari masa ke semasa boleh mengemukan cadangan kepada Mesyuarat Agung bagi membatalkan atau meminda mana-mana peruntukan Etika Mesyuarat Agung.
55
LAMPIRAN 4 PERATURAN-PERATURAN AM BAGI MENJALANKAN AKTIVITI PEMBIAYAAN 1. Tajuk (1) Peraturan-peraturan ini adalah dinamakan peraturan-peraturan bagi menjalankan aktiviti pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad. (2) Peraturan-peraturan ini diwujudkan di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(w) Koperasi ini dan dikuatkuasakan selepas persetujuan Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini dan Ketua Pendaftar. 2. Tujuan Tujuan peraturan-peraturan ini diwujudkan ialah untuk :(a) Merancang aktiviti yang berkaitan dengan pembiayaan yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan. (b) Menjalankan aktiviti itu dengan sempurna. (c) Mengawal akan perjalanan aktiviti itu. 3. Modal Operasi & Sumber Kewangan (1) Modal bagi melaksanakan aktiviti ini adalah diperolehi dari caruman saham dan yuran anggota-anggota Koperasi. (2) Persetujuan anggota-anggota hendaklah diperolehi terhadap perubahan caruman ini melalui surat dialamatkan kepada Setiausaha Kehormat. Persetujuan anggota-anggota bolehlah diambil :(a) Tatkala memohon masuk menjadi anggota. (b) Manakala membuat permohonan pembiayaan. (c) Apabila rela berbuat demikian. 4. Jumlah Maksima Pembiayaan Jumlah maksima pembiayaan yang diberi kepada seorang anggota adalah tertakluk kepada syarat-syarat jenis pembiayaan yang dipohon serta kelayakan potongan gajinya mengikut Akta Pekerja Malaysia. 5. Jenis Pembiayaan Kemudahan pembiayaan yang disediakan adalah seperti berikut :1. Pembiayaan Bai Al Inah Tanpa Penjamin 2. Pembiayaan Bai Al Inah Berjamin 3. Pembiayaan Al Bai Bithaman Ajil 4. Pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi 5. Pembiayaan Kebajikan / Kecemasan 6. Pembiayaan Pelancongan & Umrah 7. Pembiayaan Khas Perubatan 8. Pembiayaan Pendidikan Rendah 9. Pembiayaan Memperbaharui Takaful Kenderaan Bermotor dan Cukai Jalan 10. Pembiayaan Perumahan 11. Pembiayaan Walimatul Urus 12. Pembiayaan Perayaan 13. Pembiayaan Al Qardul Hasan (Quick Cash)
56
6. Bayaran Proses Pembiayaan Bayaran proses pembiayaan yang dikenakan adalah mengikut jenis pembiayaan yang diambil pada setiap kali memohon pembiayaan. 7. Caj Perkhidmatan Ke Atas Pembiayaan (i) Caj perkhidmatan adalah sepertimana yang telah ditentukan mengikut jenis-jenis pembiayaan yang mana telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. (ii) Pembiayaan yang dijelaskan dalam tempoh kurang dari dua tahun sedangkan mengikut perjanjian asal sama ada dua tahun atau lebih akan dikira pada kadar dua tahun caj perkhidmatan kecuali untuk pembiayaan perumahan yang mana ianya akan mengikut syarat yang ditentukan oleh pembiayaan tersebut. (iii) Pengiraan caj perkhidmatan di atas sesuatu pembiayaan melingkungi sebahagian satu tahun dikira setahun cukup. (iv) Dikecualikan kepada Anggota yang tergolong dalam golongan Orang Kurang Upaya (OKU) tertakluk kepada terma dan syarat yang diluluskan oleh Anggota Lembaga Koperasi. 8. Tempoh Bayaran Balik Pembiayaan Tempoh membayar balik pembiayaan adalah mengikut jenis pembiayaan yang diambil yang mana telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. 9. Perlindungan Pembiayaan Akibat Kematian Atau Hilang Upaya Kekal Anggota-anggota yang mengambil pembiayaan kecuali Pembiayaan Bai Al Inah Tanpa Penjamin diwajibkan mengambil perlindungan insurans / takaful yang telah ditetapkan oleh Anggota Lembaga Koperasi. Perlindungan ini adalah untuk kematian atau kehilangan upaya kekal bagi melepaskan tanggungan anggota yang meminjam. 10. Anggota Yang Layak Memohon Pembiayaan Anggota yang layak memohon pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang diadakan mengikut jenis pembiayaan yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan. 11. Penjamin (i) Hanya anggota yang telah diterima masuk menjadi anggota tidak kurang dari tempoh satu tahun dan telah menjelaskan bayaran penuh dua ratus ringgit saham adalah layak menjadi penjamin. (ii) Setiap anggota hanya boleh menjamin tidak lebih daripada lapan pembiayaan pada satu masa. (iii) Penjamin baru mestilah diganti oleh peminjam apabila diketahui bahawa penjamin sesuatu pembiayaan itu mati atau berhenti menjadi anggota atau pun tidak mampu menyempurnakan syarat-syarat jaminannya. (iv) Seseorang peminjam yang gagal memberitahu Lembaga akan kematian atau tidak kemampuan penjamin-penjaminnya di dalam menyempurnakan tanggungan-tanggungannya akan dituntut membayar balik dengan serta-merta pembiayaan sepenuhnya yang diberi kepadanya. 12. Permohonan Pembiayaan (i) Semua permohonan pembiayaan hendaklah dibuat di atas borang rasmi Koperasi. (ii) Pemohon hendaklah terlebih dahulu menentukan bahawa borang permohonan diisi dengan sempurna dan dokumen-dokumen telah dilampirkan bersama. Kecuaian dari segi ini akan menyebabkan permohonan itu ditolak.
57
13. Memproses Borang Permohonan Pembiayaan (1) Biro Pembiayaan yang telah dilantik oleh Lembaga di bawah Undang-undang Kecil 45(2)(x) memberi mandat kepada Pejabat Koperasi untuk memproses borang permohonan pembiayaan. Hanya borang permohonan yang layak sahaja akan disenaraikan ke dalam permohonan pembiayaan untuk dibawa kepada Mesyuarat Biro Pembiayaan. (2) Di dalam kerja-kerja memproses borang permohonan ini, pejabat dikehendaki memastikan perkaraperkara berikut :(a) Kesempurnaan borang-borang yang diisi dan ditandatangani. (b) Dokumen sampingan seperti penyata gaji pemohon, salinan kad pengenalan diri pemohon serta penjamin-penjaminnya disertakan semasa permohonan dibuat. (c) Segala penentuan had dari masa ke semasa adalah mengikut kelayakan yang ditentukan oleh Undang-undang Buruh Malaysia. (d) Kesanggupan si pemohon untuk memberi kuasa kepada majikannya supaya memotong gajinya untuk membayar bayaran-bayaran dan caruman kepada Koperasi ini. (e) Mana-mana anggota yang tidak layak untuk membuat permohonan pembiayaan akan diberitahu sebab-sebab ketidaklayakannya. Rayuan boleh dibuat melalui Biro Pembiayaan untuk dibawa kepada Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad. 14. Tindakan Biro Pembiayaan Memproses Dan Meluluskan Pembiayaan (i) Biro Pembiayaan memberi mandat kepada pejabat untuk membuat kelulusan kepada jenis pembiayaan seperti berikut: 1. Pembiayaan Bai Al Inah - Tanpa Penjamin 2. Pembiayaan Bai Al Inah - Berjamin - RM5,000.00 atau kurang 3. Pembiayaan Al Bai Bithaman Ajil - RM5,000.00 atau kurang 4. Pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi - RM5,000.00 atau kurang 5. Pembiayaan Kebajikan / Kecemasan - RM5,000.00 atau kurang 6. Pembiayaan Takaful Kenderaan Bermotor dan Cukai Jalan 7. Pembiayaan Pelancongan / Umrah - RM5,000.00 atau kurang 8. Pembiayaan Walimatul Urus - RM5,000.00 atau kurang 9. Pembiayaan Pendidikan Rendah 10. Pembiayaan Perayaan 11. Pembiayaan Perubatan - RM5,000.00 atau kurang 12. Pembiayaan Al Qardul Hasan (ii)
Pejabat dikehendaki mengemukakan senarai nama anggota - anggota yang telah diproses dan diluluskan permohonan untuk dibawa ke Mesyuarat Pembiayaan bagi mendapatkan pengesahan Biro.
(iii) Biro Pembiayaan akan mengadakan mesyuarat sehari selepas tarikh tutup penerimaan borang permohonan bagi jenis seperti berikut: 1. Pembiayaan Bai Al Inah Berjamin - Melebihi RM5,000.00 2. Pembiayaan Al Bai Bithaman Ajil - Melebihi RM5,000.00 3. Pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi – Melebihi RM5,000.00 4. Pembiayaan Perumahan 5. Pembiayaan Kebajikan / Kecemasan - Melebihi RM5,000.00 6. Pembiayaan Pelancongan / Umrah - Melebihi RM5,000.00 7. Pembiayaan Walimatul Urus - Melebihi RM5,000.00 8. Pembiayaan Perubatan - Melebihi RM5,000.00 58
(iv) Di dalam mesyuarat ini Biro akan membentang, memperakui dan meluluskan permohonan pembiayaan berpandukan kepada senarai nama permohonan pembiayaan. (v) Di dalam mengambil keputusan untuk meluluskan sesuatu permohonan pembiayaan, Biro Pembiayaan akan berpegang kepada prinsip ‘yang dahulu, didahulukan’. (vi) Biro Pembiayaan setelah selesai mesyuaratnya akan menyerahkan segala-galanya kepada Pejabat Koperasi untuk tindakan selanjutnya. (vii) Pemohon-pemohon yang permohonannya telah diluluskan akan diberitahu supaya Surat Ikatan Janji (Bond) Pembiayaan dapat dilengkapi dengan sempurna oleh pemohon dan penjamin-penjaminnya. Tidaklah menjadi suatu kesalahan jika pihak Koperasi dan pihak pemohon bersetuju agar Surat Ikatan Janji ini diisi dan ditandatangani terlebih dahulu iaitu semasa pemohon mengemukakan permohonannya. 15. Perakuan Kelulusan Pembiayaan Di Dalam Mesyuarat Lembaga Biro Pembiayaan akan mengemukakan Laporan Biro Pembiayaan semasa Mesyuarat Lembaga diadakan untuk memperakui kelulusan permohonan pembiayaan. 16. Membayar Wang Pembiayaan (1) Sebelum bayaran dilaksanakan, penandatangan cek hendaklah memastikan perkara-perkara berikut :(a) Surat Ikatan Janji pembiayaan telah siap disempurnakan dan ditandatangani oleh semua pihak yang berkenaan. (b) Baucar pembayaran telah siap ditandatangani. (c) Jumlah pembiayaan yang diluluskan direkodkan di dalam Daftar Peminjam. (d) Daftar penjamin telah sempurna diselenggarakan. (2) Semua bayaran pembiayaan hendaklah dibuat dengan cek. 17. Bayaran Balik Pembiayaan Semua bayaran ansuran bulanan pembiayaan hendaklah dilakukan dengan potongan gaji selepas cek pembiayaan telah ditunaikan oleh anggota yang meminjam. 18. Permohonan Menangguhkan Atau Mengurangkan Bayaran Kembali Pembiayaan Di dalam keadaan-keadaan terkecuali, Lembaga bolehlah membenarkan penangguhan atau pengurangan di atas sebarang bayaran ansuran pembiayaan dengan syarat bahawa permohonan penangguhan atau pengurangan itu telah dipersetujui oleh penjamin-penjamin. Tidak akan diberi penangguhan atau pengurangan itu kerana sebab-sebab kecuaian anggota-anggota itu dari segi pentadbiran kewangannya sendiri. Semua permohonan-permohonan hendaklah disertakan dengan bukti penjelasan dan pengesahan daripada penjamin-penjaminnya. 19. Mengambil Balik Pembiayaan Dengan Segera Pembiayaan kenalah dibayar balik dengan serta-merta bersekali dengan caj perkhidmatan dengan tidak kelewatan dan tidak terikat kepada mana-mana syarat berikut :(a) Jika seseorang yang meminjam itu berhenti menjadi anggota kerana apa-apa sebab jua pun. (b) Jika seseorang daripada penjamin-penjamin berhenti menjadi anggota dan peminjam gagal mengadakan seseorang penjamin lain yang memuaskan Lembaga. 59
(c) Jika dibuktikan bahawa sikap dan kejujuran peminjam itu terhadap Koperasi ini adalah berlawanan dengan kepentingan Koperasi. 20. Mendapatkan Pembiayaan Yang Tidak Dibayar Lembaga akan mendapatkan balik pembiayaan yang telah diberi bersekali dengan caj perkhidmatannya daripada penjamin-penjaminnya jika bayaran ansurannya tidak diterima lebih dari tiga bulan berturut-turut. 21. Tanggungjawab Lembaga Jika Lembaga mungkir dengan sebab lalai dari mengambil tindakan terhadap peminjam - peminjam yang membayar lewat itu maka adalah menjadi tanggungjawab Lembaga bersama-sama menanggung manamana kerugian yang dialami oleh Koperasi. 22. Anggota-anggota Tidak Boleh Berhenti Melainkan Pembiayaan Telah Dibayar Balik Apabila seseorang anggota telah mengambil pembiayaan atau menjadi penjamin bagi sesuatu pembiayaan maka permohonan untuk berhenti dari menjadi anggota tidak boleh diterima melainkan pembiayaannya bersekali dengan caj perkhidmatannya dijelaskan dan tanggungannya sebagai penjamin telah dihapuskan. 23. Peruntukan Untuk Kegunaan Pembiayaan Bagi Maksud Belanjawan Tahunan Lembaga akan memperuntukkan jumlah wang yang akan dikeluarkan sebagai pembiayaan mengikut jenisjenis pembiayaan bagi tiap-tiap bulan di dalam anggaran belanjawan tahunan Koperasi. Dengan adanya peruntukan ini, maka kawalan terhadap aliran wang tunai akan dapat dipraktikkan dengan berkesan dan ini akan memudahkan Lembaga merancang pelaburan dan sebagainya. 24. Makluman Kepada Mesyuarat Lembaga akan membentangkan laporan mengenai aktiviti pembiayaan untuk makluman anggota-anggota di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Koperasi ini. 25. Pertikaian Jika berbangkit sebarang perselisihan faham di atas tafsiran peraturan-peraturan ini atau timbul apa-apa perbalahan mengenainya, maka pertikaian itu akan dirujuk kepada pihak Lembaga KSK MAS. Diakui Peraturan Pembiayaan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
60
Pembiayaan Bai Al-Inah Tanpa Penjamin 1. Syarat-Syarat Dan Kelayakan 1) Kelayakan Pemohon i. Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. ii. Jumlah yuran terkumpul hendaklah tidak kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja. 2) Had Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah lapan puluh peratus (80%) dari akaun yuran atau maksima RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) sahaja ikut yang mana kurang. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah seperti berikut: a) Bayaran proses pembiayaan sama atau kurang dari RM50,000.00 ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja. b) Bayaran proses pembiayaan sama atau lebih dari RM 50,001.00 ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4.75% setiap setahun. 5) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah seratus lapan puluh (180) bulan sahaja. 6) Pembiayaan Bertindih. i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Bai Al Inah Tanpa Penjamin dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 7) Mana-mana anggota yang telah menggunakan kemudahan Pembiayaan Perumahan layak untuk memohon pembiayaan ini sekiranya baki yuran masih ada berbanding dengan jumlah Pembiayaan Perumahan yang telah diluluskan. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia.
61
2. Dokumen-dokumen yang diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan. - Salinan Kad Pekerja.
62
Pembiayaan Bai Al-Inah Berpenjamin 1. Syarat-Syarat Dan Kelayakan 1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah maksima RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah seperti berikut:a. Bayaran proses pembiayaan sama atau kurang dari RM50,000.00 ialah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja. b. Bayaran proses pembiayaan sama atau lebih dari RM50,001.00 ialah RM100.00 (Ringgit Malaysia Seratus) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan adalah seperti berikut: a. Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b. Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. c. Pembiayaan dari RM10,001.00 hingga RM30,000.00 hendaklah dijamin oleh 3 penjamin yang layak. d. Pembiayaan dari RM30,001.00 hingga RM50,000.00 hendaklah dijamin oleh 4 penjamin yang layak. e. Pembiayaan dari RM50,001.00 hingga RM75,000.00 hendaklah dijamin oleh 5 penjamin yang layak. f. Pembiayaan dari RM75,001.00 hingga RM100,000.00 hendaklah dijamin oleh 6 penjamin yang layak. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah seratus lapan puluh (180) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Bai Al Inah Berjamin dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan - Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9)
Kelulusan permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia.
10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 63
2. Dokumen-dokumen yang diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
64
Pembiayaan Al-Bai Bithaman Ajil 1. Syarat-Syarat Dan Kelayakan 1) Kelayakan Pemohon i. Jumlah pembiayaan kurang dari RM5,001.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Satu). Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh keanggotaannya. ii. Jumlah pembiayaan lebih dari RM5,001.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Satu). mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah pembiayaan adalah seperti berikut: a. Pembiayaan Peralatan Pengguna maksima hendaklah sama atau kurang dari RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) sahaja. b. Pembiayaan Kenderaan Baru maksima RM50,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Ribu) sahaja. 3) Pembelian Kenderaan Baru Semua pembelian kenderaan baru hendaklah melalui Panel Vendor yang telah dilantik oleh KSK MAS sahaja. 4) Hakmilik dan Geran kenderaan a. Pembiayaan 100% melalui KSK MAS - Hakmilik pembeli dan geran disimpan oleh KSK MAS. b. Sebahagian jumlah pembiayaan melalui KSK MAS dan pihak bank - Hakmilik pembeli dan geran disimpan oleh bank. 5) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja. 6) Caj Perkhidmatan Caj Perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 5% setiap setahun. 7) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan adalah seperti berikut: a. Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b. Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. c. Pembiayaan dari RM10,001.00 hingga RM30,000.00 hendaklah dijamin oleh 3 penjamin yang layak. d. Pembiayaan dari RM30,001.00 hingga RM50,000.00 hendaklah dijamin oleh 4 penjamin yang layak. 8) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah seratus dua puluh (120) bulan sahaja. 9) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan - Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 10) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia.
65
11) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS melalui potongan gaji. 2. Dokumen-dokumen yang diperlukan:i. Anggota dikehendaki mendapatkan sebutharga dari Panel Vendor / pembekal yang telah dilantik oleh KSK MAS. ii. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja iii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
66
Pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi 1.
Pembiayaan ini diwujudkan khusus untuk pendidikan di peringkat tinggi (Tertiary Education). Ia merupakan kemudahan pembiayaan untuk kemasukkan ke Pusat Pengajian Tinggi atau masih menuntut di Pusat Pengajian Tinggi.
2. Syarat-Syarat Dan Kelayakan:1) Kelayakan Pemohonan i. Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. ii. Pemohon mestilah terdiri daripada diri sendiri atau ibu / bapa / penjaga yang sah kepada anak tersebut. iii. Pemohon yang telah berkahwin dibolehkan memohon untuk pasangan sama ada suami / isteri bagi tujuan melanjutkan pelajaran. iv. Manakala pemohon yang belum berkahwin dibolehkan memohon untuk adik beradik bagi tujuan melanjutkan pelajaran. v. Tempoh pengajian yang ditawarkan mestilah sekurang- kurangnya satu (1) tahun dan pengajian yang diambil hendaklah di peringkat diploma ke atas bagi permohonan untuk diri sendiri. vi. Tempoh pengajian yang ditawarkan mestilah sekurang-kurangya dua (2) tahun dan pengajian yang diambil hendaklah di peringkat diploma ke atas bagi permohonan untuk pasangan / anak-anak / adik beradik. vii. Sekiranya masih dalam pengajian maka baki tempoh pengajian hendaklah enam (6) bulan ke atas. 2) Had Pembiayaan Jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 3.5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan seperti berikut:a) Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b) Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah tujuh puluh dua (72) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Khas Pendidikan Tinggi dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 67
8)
Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS.
9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 3. Dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja 4. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:i. ii. iii. iv. vi. iv.
Surat tawaran kemasukan ke Pusat Pengajian Tinggi (yang asal dan salinannya) Salinan K/Pengenalan Pasangan / Anak yang ditawarkan masuk ke Pusat Pengajian Tinggi Salinan K/Pengenalan dan Sijil Kelahiran Adik yang ditawarkan ke Pusat Pengajian Tinggi Salinan resit pembayaran pendaftaran (untuk kemasukkan baru sahaja) Salinan Kad Pelajar (jika telah mendaftar) Salinan Sijil Nikah (jika pasangan yang melanjutkan pelajaran Pelajar (bagi yang telah mendaftar)
68
Pembiayaan Kebajikan / Kecemasan 1. Pembiayaan ini diadakan dengan tujuan membantu anggota yang mempunyai masalah kewangan dan dapat menambahkan jenis pembiayaan yang sedia ada. 2. Syarat-syarat Dan Kelayakan: 1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM15,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Belas Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Pemohon dikehendaki membayar RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja sebagai bayaran proses pada setiap kali memohon pembiayaan ini. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4.5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan adalah seperti berikut: a. Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b. Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. c. Pembiayaan dari RM10,001.00 hingga RM15,000.00 hendaklah dijamin oleh 3 penjamin yang layak. 6) Tempoh Bayar Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah tujuh puluh dua (72) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Kebajikan / Kecemasan dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan - Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS.
69
3. Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
70
Pembiayaan Pelancongan & Umrah 1. Tujuan Pembiayaan ini diadakan untuk membantu anggota yang berhasrat untuk melancong atau membuat Umrah menerusi pakej yang disediakan oleh Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS sahaja. 2. Syarat-syarat dan Kelayakan. 1) Kelayakan Permohonan i. Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. ii. Pembiayaan hendaklah dipohon sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum tarikh pakej. iii. Sebarang pembatalan hendaklah dibuat 14 hari sebelum tarikh pakej. Kegagalan berbuat demikian akan dikenakan penalti sepertimana yang ditetapkan oleh agen pelancongan. iv. Semua pakej yang diambil hendaklah digunakan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh permohonan dibuat. Pakej yang tidak digunakan tidak akan dibayar semula kepada pemohon. 2) Had Pembiayaan adalah seperti berikut: a) Pembiayaan 1 Jumlah maksima pembiayaan adalah RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) sahaja. Anggota dikehendaki mengambil pakej dengan harga minima RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja. Pakej hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KSK MAS sahaja. b) Pembiayaan 2 Jumlah maksima pembiayaan adalah RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) sahaja. Anggota dikehendaki mengambil pakej dengan harga minima RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja. Pakej hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KSKMAS sahaja. c) Pembiayaan 3 Jumlah maksima pembiayaan adalah RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja. Anggota dikehendaki mengambil pakej dengan harga minima RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) sahaja. Pakej hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KSKMAS sahaja. d) Pembiayaan 4 Jumlah maksima pembiayaan adalah RM20,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Ribu) sahaja. Anggota dikehendaki mengambil pakej dengan harga minima RM3,000.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu) sahaja. Pakej hendaklah menggunakan kemudahan yang disediakan oleh KSKMAS sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran Proses yang dikenakan adalah RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan seperti berikut:a) Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b) Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. c) Pembiayaan dari RM10,001.00 hingga RM20,000.00 hendaklah dijamin oleh 3 penjamin yang layak.
71
6) Tempoh Bayar Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah tujuh puluh dua (72) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Pelancongan & Umrah dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan - Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 3. Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
72
Pembiayaan Khas Perubatan 1. Pembiayaan ini diadakan untuk membiayai perbelanjaan kos perubatan seperti berikut: i. Anggota Yang Telah Berkahwin a) Membiayai kos rawatan di Pusat Perubatan yang diiktiraf; (Anggota, pasangan, anak-anak dan ibubapa kepada anggota) b) Membiayai kos bersalin (Usia kandungan 7 bulan hingga bersalin) c) Membiayai kos peralatan yang disyorkan oleh Doktor (Anggota, pasangan, anak-anak dan ibubapa anggota) d) Membiayai kos rawatan pergigian ii. Anggota Yang Belum Berkahwin a) Membiayai kos rawatan di Pusat Perubatan yang diiktiraf; (Anggota, ibubapa dan adik beradik kepada anggota) b) Membiayai kos peralatan yang disyorkan oleh Doktor (Anggota, ibubapa dan adik beradik kepada anggota) c) Membiayai kos rawatan pergigian 2. Syarat-Syarat Dan Kelayakan:1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan seperti berikut:a) Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b) Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah 72 (tujuh puluh dua) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Perubatan dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. 73
iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 3. Dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja 4. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:i. Surat asal dari Pusat Perubatan yang diiktiraf atau bil-bil rawatan yang belum dijelaskan. DAN ii. Orang Yang Mendapat Rawatan, a. Sekiranya Anak - Salinan Sijil Kelahiran b. Sekiranya Pasangan - Salinan Sijil Nikah / Pendaftaran Perkahwinan c. Sekiranya Ibu/Bapa - Salinan Kad Pengenalan d. Sekiranya Adik Beradik - Salinan Sijil Kelahiran
74
Pembiayaan Pendidikan Rendah 1. Pembiayaan ini adalah untuk membiayai perbelanjaan anak-anak / adik anggota yang masih bersekolah di peringkat tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, matrikulasi dan juga kursus-kursus jangka pendek. 2. Syarat-Syarat Dan Kelayakan:1) Kelayakan Pemohon i. Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. ii. Pemohon mestilah terdiri daripada ibu / bapa / adik beradik / penjaga yang sah kepada anak tersebut. 2) Had Pembiayaan Jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 3.5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Pembiayaan ini hendaklah dijamin oleh seorang (1) orang penjamin yang layak menjamin. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah 72 (tujuh puluh dua) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Pendidikan Rendah dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS.
75
3. Dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja 4. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:i. Surat Pengesahan Dari Sekolah / Surat Tawaran Kursus / Matrikulasi ii. Salinan Sijil Kelahiran & No. Kad Pengenalan (Anak atau adik beradik)
76
Pembiayaan Takaful Kenderaan Bermotor Dan Cukai Jalan 1. Tujuan Pembiayaan Pembiayaan ini diadakan bagi membantu anggota untuk perkara berikut :i. Memperbaharui takaful kenderaan bermotor ii. Memperbaharui Cukai Jalan 2. Syarat-syarat Dan Kelayakan: 1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh keanggotaannya. 3) Had Pembiayaan i. Jumlah pembiayaan adalah tertakluk kepada premium takaful dan cukai jalan. ii. Jumlah minima pembiayaan adalah RM500.00 (Ringgit Malaysia Lima Ratus) sahaja dan jumlah maksima RM4,000.00 (Ringgit Malaysia Empat Ribu) sahaja - tidak tertakluk kepada satu kenderaan sahaja. 4) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 5) Caj Perkhidmatan Caj Perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4% setiap setahun. 6) Jaminan Pembiayaan a) Pembiayaan sehingga RM2,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b) Pembiayaan dari RM2,001.00 hingga RM40,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak; atau c) Pembiayaan kurang dari RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) sahaja tidak memerlukan penjamin dengan syarat seperti berikut :i. Yuran mestilah melebihi RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Seribu) sahaja ii. Telah menjadi anggota selama lima (5) tahun iii. Tertakluk kepada baki pembiayaan Tanpa Penjamin 7) Tempoh Bayaran Balik Tempoh pembayaran balik adalah dua belas (12) bulan sahaja. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS melalui Potongan gaji. 11) Syarikat Takaful Anggota dikehendaki mengambil takaful yang telah dilantik oleh KSK MAS. 77
12) Tempoh Permohonan Pembiayaan Pembiayaan hendaklah dipohon sekurang-kurangnya tiga (3) minggu sebelum Cukai Jalan tamat. 13) Nama Pendaftaran Kenderaan Nama pemohon pembiayaan mestilah sama dengan nama di dalam kad pendaftaran kenderaan dan jika nama didaftarkan selain dari nama pemohon maka nama pemohon tersebut diwajibkan dinamakan sebagai nama kedua di dalam polisi takaful kenderaan tersebut. 14) Dokumen-dokumen Yang Diperlukan :i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan & Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan & Salinan Kad Pekerja 15) Dokumen Sokongan Yang Diperlukan :i. Salinan Kad Pendaftaran Kenderaan ii. Salinan Kad Pengenalan pemilik kenderaan iii. Salinan Lesen Memandu yang sah - pemilik kenderaan / penama iv. Polisi insurans / takaful yang asal
78
Pembiayaan Walimatulurus 1.
Pembiayaan Walimatulurus diperbolehkan pinjaman dibuat sebanyak 4 kali seumur hidup. Boleh digunakan untuk menguruskan perkahwinan anak-anak anggota dan juga diri sendiri.
2. Syarat-syarat Dan Kelayakan: 1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah minima pembiayaan adalah sebanyak RM1,000.00 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) sahaja dan jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM10,000.00 (Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4.5% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Penjamin yang diperlukan dengan jumlah pembiayaan seperti berikut:a) Pembiayaan sehingga RM5,000.00 hendaklah dijamin oleh 1 penjamin yang layak. b) Pembiayaan dari RM5,001.00 hingga RM10,000.00 hendaklah dijamin oleh 2 penjamin yang layak. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah tujuh puluh dua (72) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Walimatulurus dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS.
79
3. Dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan dan Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan dan Kad Pekerja 4. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:A. Anggota Beragama Islam i. Salinan Borang Kebenaran Bernikah (Yang Telah Disahkan Pejabat Agama) ii. Kad Jemputan (Yang Asal) B. Anggota Bukan Beragama Islam i. Salinan Pendaftaran Perkahwinan ii. Kad Jemputan (Yang Asal)
80
Pembiayaan Perumahan 1) Pembiayaan ini diadakan bagi membantu anggota untuk perkara berikut:i. Membeli rumah ii. Membina rumah iii. Mengubahsuai rumah iv. Mengurangkan / menyelesaikan baki pinjaman perumahan di bank 2) Kelayakan Pemohon i. Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya. ii. Mempunyai yuran terkumpul melebihi RM5,000.00 hingga RM10,000.00 layak memohon hanya bagi tujuan berikut: a. Membeli rumah b. Menyelesaikan / mengurangkan baki pinjaman perumahan dibank iii. Mempunyai yuran terkumpul melebihi RM10,000.00 layak memohon bagi tujuan berikut: a. Membeli rumah b. Membina rumah c. Mengubahsuai rumah d. Menyelesaikan / mengurangkan baki pinjaman perumahan dibank 3) Had Pembiayaan i. Jumlah pembiayaan adalah gaji pokok dicampur elaun tetap darab 20 (dua puluh) atau maksima RM100,000.00 (Ringgit Malaysia Seratus Ribu) sahaja ikut mana kurang. ii. Mana-mana anggota yang telah menggunakan kemudahan pembiayaan Bai Al Inah Tanpa Penjamin tidak layak memohon skim ini. iii. Mana-mana anggota yang telah menggunakan kemudahan pembiayaan ini layak untuk memohon pembiayaan Bai Al Inah Tanpa Penjamin sekiranya baki yuran masih ada berbanding dengan Jumlah Pembiayaan Perumahan yang telah diluluskan. iv. Jumlah kelayakan pemohon adalah tertakluk kepada pembiayaan-pembiayaan lain yang telah sedia ada. 4) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah sebanyak 0.5% dari jumlah permohonan pembiayaan yang telah diluluskan. 5) Caj Perkhidmatan Caj perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 3.5 % setiap setahun. 6) Jaminan Pembiayaan Penjamin kepada pembiayaan adalah seperti di dalam Jadual Jaminan Pembiayaan.
a.
Yuran terkumpul (RM) 118,000.00 ke atas
b.
100,00.00 – 117,00.00
Jumlah Pembiayaan (RM) 100,000.00 85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 100,00.00
81
Jumlah Penjamin 1
c.
90,000.00 – 99,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran – 90,000.00 91,000.00 – 100,000.00 85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 80,000.00 81,000.00 – 90,000.00 91,000.00 – 100,000.00 3
1 2 1 2 3
d.
80,000.00 – 89,000.00
e.
70,000.00 – 79,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 70,000.00 71,000.00 – 80,000.00 81,000.00 – 90,000.00 91,000.00 – 100,000.00
1 2 3 4
f.
60,000.00 – 69,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 60,000.00 61,000.00 – 70,000.00 71,000.00 – 80,000.00 81,000.00 – 90,000.00
1 2 3 4
g.
50,000.00 – 59,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 50,000.00 51,000.00 – 60,000.00 61,000.00 – 70,000.00 71,000.00 – 80,000.00
1 2 3 4
h.
40,000.00 – 49,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 40,000.00 41,000.00 – 50,000.00 51,000.00 – 60,000.00 61,000.00 – 70,000.00
1 2 3 4
i.
30,000.00 – 39,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 30,000.00 31,000.00 – 40,000.00 41,000.00 – 50,000.00 51,000.00 – 60,000.00
1 2 3 4
j.
20,000.00 – 29,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 20,000.00 21,000.00 – 30,000.00 31,000.00 – 40,000.00 41,000.00 – 50,000.00
1 2 3 4
k.
5,000.00 – 19,000.00
85% dari jumlah yuran 86% dari jumlah yuran - 10,000.00 11,000.00 – 20,000.00
1 2
82
21,000.00 – 30,000.00 31,000.00 – 40,000.00
3 4
7) Tempoh Bayaran Balik Tempoh minima pembayaran balik ialah empat puluh lapan (48) bulan dan maksima satu ratus lapan puluh (180) bulan. Anggota dibenarkan membuat pembayaran balik kurang dari empat puluh lapan (48) bulan. Walau bagaimanapun caj perkhidmatan penuh untuk empat puluh lapan (48) bulan akan dikenakan. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 11) Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen sokongan yang berkaitan yang telah ditetapkan oleh Koperasi seperti berikut :i. Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:Pemohon - Penyata Gaji Terkini (asal) dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja Penjamin
- Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
ii. Dokumen Sokongan Yang Diperlukan:1. Membeli Rumah i. Bayaran Tempahan ii. Perjanjian Jual Beli (mesti ada nama pemohon) 2. Membina Rumah i. Kelulusan Dari Majlis Perbandaran / Majlis Daerah ii. Pelan Rumah Dari Arkitek Bertauliah iii. Geran Tanah (untuk rumah kampung) - mesti ada nama pemohon iv. Cop Ketua Kampung (untuk rumah kampung) 3.
Mengubahsuai Rumah i. Geran Tanah / Perjanjian Jual Beli ii. Surat Kelulusan Majlis Daerah / Perbandaran atau Cop Ketua Kampung (untuk rumah kampung) iii. Pelan Rumah Dari Arkitek Bertauliah iv. Sebut Harga Dari Kontraktor v. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) vi. Salinan Perakuan Pendaftaran Kontraktor (CIDB)
4. Menyelesaikan / mengurangkan baki pinjaman perumahanan di bank 83
i. Perjanjian Jual Beli ii. Surat Dari Bank / Penyata Baki Pinjaman 12) Kaedah Pembayaran Pembiayaan i. Bayaran akan dibuat kepada kontraktor secara berperingkat (mengikut serahan bil atau inbois) bagi pembiayaan perumahan di atas tujuan berikut:a. Membina Rumah b. Mengubahsuai Rumah ii.
Bayaran akan dibuat kepada bank / syarikat guaman bagi pembiayaan perumahan di atas tujuan berikut:a. Membeli Rumah b. Menyelesaikan / mengurangkan baki pinjaman perumahan di bank
iii. Bayaran akan dibuat kepada pemaju / penjual bagi pembiayaan perumahan di atas tujuan berikut:a. Pembayaran Pendahuluan Pembelian Rumah
84
Pembiayaan Perayaan 1. Pembiayaan ini bertujuan memberi kemudahan kewangan kepada anggota bagi membuat persiapan perayaan berikut : i) Hari Raya Aidil Fitri / Hari Raya Aidil Adha ii) Tahun Baru Cina iii) Hari Keamatan / Pesta Menuai iv) Hari Gawai / Hari Dayak v) Deepavali vi) Hari Krismas 2. Syarat-syarat Dan Kelayakan: 1) Kelayakan Pemohon Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh keanggotaannya. 2) Had Pembiayaan Jumlah maksimum pembiayaan adalah sebanyak RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) sahaja. 3) Bayaran Proses Bayaran proses yang dikenakan adalah RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh) sahaja. 4) Caj Perkhidmatan Caj Perkhidmatan adalah kadar rata sebanyak 4% setiap setahun. 5) Jaminan Pembiayaan Pembiayaan ini hendaklah dijamin oleh seorang (1) penjamin yang layak menjamin. 6) Tempoh Bayaran Balik Tempoh maksima pembayaran balik adalah dua puluh empat (24) bulan sahaja. 7) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Perayaan dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 8) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 9) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 10) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 85
11) Anggota boleh membuat permohonan pembiayaan ini 2 bulan sebelum perayaan atau 1 bulan selepas perayaan. 3) Dokumen-dokumen Yang Diperlukan :i. Pemohon - Penyata gaji terkini (asal) dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan & Salinan Kad Pekerja ii. Penjamin - Salinan Kad Pengenalan & Salinan Kad Pekerja
86
Pembiayaan Al-Qardul Hasan (Quick Cash) 1. Tujuan pembiayaan ini diadakan bagi membantu anggota yang memerlukan tunai dengan kadar segera. 2. Syarat-syarat Dan Kelayakan Pemohon 1) Pemohon mestilah telah menjadi anggota sekurang-kurangnya satu (1) tahun dari tarikh keanggotaannya 2) Jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) sahaja. 3) Pemohon dikehendaki membayar RM50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) sahaja sebagai bayaran proses pada setiap kali memohon pembiayaan ini. 4) Pembiayaan ini tidak memerlukan penjamin. 5) Tempoh maksima pembayaran balik adalah lapan belas (18) bulan sahaja. 6) Pembiayaan Bertindih i. Anggota yang masih mempunyai baki pembiayaan Al Qardul Hassan dibenarkan untuk membuat permohonan pembiayaan bertindih. Baki pembiayaan lama akan ditolak dari jumlah cek pembiayaan yang baru. ii. Mana-mana anggota yang menggunakan kemudahan pembiayaan bertindih akan diberi rebet 50% (Lima Puluh Peratus) kepada baki caj perkhidmatan pembiayaan lamanya. iii. Anggota juga boleh menyelesaikan mana-mana baki pembiayaan lain KSK MAS dan juga baki pinjaman luar melalui cek pembayaran pembiayaan ini. 7) Peminjam adalah tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS. 8) Kelulusan permohonan untuk pembiayaan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat potongan yang diperuntukan oleh Akta Pekerja Malaysia. 9) Pemohon dikehendaki membayar premium Tabung Perlindungan Pembiayaan yang disediakan oleh KSK MAS. 3. Dokumen-dokumen Yang Diperlukan:i. Pemohon - Penyata Gaji Terkini - asal dan salinannya. - Salinan Kad Pengenalan - Salinan Kad Pekerja
87
Diakui Peraturan Pembiayaan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
88
LAMPIRAN 5 PERATURAN TABUNG PERLINDUNGAN PEMBIAYAAN 1. Objektif Melindungi anggota-anggota yang membuat pembiayaan jika berlaku kematian atau kehilangan keupayaan kekal. 2. Tafsiran "KSK MAS" ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad. "Undang-undang kecil" ertinya panduan kerja untuk KSK MAS. "Lembaga KSK MAS" ertinya Pemegang Amanah KSK MAS. "Tabung" ertinya Tabung Perlindungan Pembiayaan. "Peserta" ertinya anggota-anggota yang mencarum untuk Tabung. "Urusetia" ertinya kakitangan yang dilantik untuk menjalankan tugas. 3. Tujuan Melindungi anggota-anggota yang mendapatkan pembiayaan daripada KSK MAS. Perlindungan yang diberikan disebut di dalam perkara 8. 4. Kadar Peratusan Caruman Tabung Ditetapkan oleh Lembaga KSK MAS seperti berikut untuk semua jenis pembiayaan kecuali Bai Al Inah Tanpa Penjamin:Tempoh Pembayaran Balik Pembiayaan 12 Bulan 24 Bulan 36 Bulan 48 Bulan 60 Bulan 72 Bulan 84 Bulan 96 Bulan 108 Bulan 120 Bulan 132 Bulan 144 Bulan 156 Bulan 168 Bulan 180 Bulan
Kadar Premium 0.273% 0.415% 0.564% 0.718% 0.878% 1.310% 1.452% 1.601% 1.755% 1.915% 2.347% 2.489% 2.638% 2.792% 2.952%
89
5. Keuntungan Dari Caruman Tabung 1. 50% dari caruman ini akan dimasukkan ke akaun Untung & Rugi dan baki 50% akan dikekalkan di dalam Tabung Perlindungan Pembiayaan. 2. Keuntungan akan dikira selepas matangnya setiap perlindungan terhadap sesuatu pembiayaan atau apabila pembiayaan tersebut telah diselesaikan pembayarannya. 3. Pengiraan keuntungan akan dibuat pada setiap akhir Tahun Kewangan. 6. Pengurusan Tabung Urusetia yang dilantik akan menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dan melaporkan kepada Lembaga KSK MAS. 7. Kelayakan Menyertai Tabung Anggota-anggota yang menerima pembiayaan dengan syarat-syarat pembiayaan yang telah ditetapkan di dalam Peraturan-peraturan Am Bagi Menjalankan Aktiviti Pembiayaan KSK MAS. 8. Jenis Perlindungan Jenis Perlindungan yang diberikan adalah seperti berikut:1. Kematian. i. Tabung akan mambayar baki pembiayaan dan baki caj perkhidmatan peserta kepada KSK MAS. ii. Tabung akan membayar Khairat Kematian sebanyak RM500.00 kepada waris. 2. Hilang Upaya Kekal. i. Tabung akan mambayar baki pembiayaan dan baki caj perkhidmatan peserta kepada KSK MAS. 9. Proses Tuntutan Dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan adalah seperti berikut:1. Kematian. i. Salinan Sijil Kematian ii. Salinan Kad Pengenalan waris. iii. Salinan Sijil Pernikahan / Pendaftaran Perkahwinan (jika sudah berkahwin) 2. Hilang Upaya Kekal. i. Salinan Surat Diberhentikan Kerja Atas Dasar Kesihatan (surat yang dikeluarkan oleh majikan) 10. Pengurusan Wang Tabung Lembaga KSK MAS hendaklah bertindak sebagai pengurus tabung ini dan juga Pemegang Amanah. 11. Pelaburan Wang Tabung Sebarang pelaburan menggunakan wang tabung hendaklah mendapat kelulusan Lembaga KSK MAS. 12. Pendapatan Dari Wang Pelaburan Pendapatan pelaburan dari wang tabung hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Perlindungan Pembiayaan. 13. Tahun Kewangan Tahun kewangan bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember.
90
14. Audit Juru Audit Dalaman dan juga Audit Luar yang dilantik oleh KSK MAS dibenarkan mengaudit Tabung Perlindungan Pembiayaan ini. 15. Penangguhan Dan Penghapusan Tabung KSK MAS akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan yang diperlukan tetapi jika tabung tidak mampu menanggung kos tuntutan yang terlalu tinggi ianya boleh ditangguh dan dihapuskan. 16. Maklumat Kepada Mesyuarat Agong Lembaga akan membentangkan laporan mengenai aktiviti tabung ini untuk makluman anggota-anggota di dalam Mesyuarat Agong Tahunan KSK MAS. Diakui Peraturan Tabung Perlindungan Pembiayaan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
91
LAMPIRAN 6 PERATURAN TABUNG KEBAJIKAN KOPERASI
1. Objektif Meringankan beban keluarga Anggota KSK MAS sekiranya Anggota meninggal dunia. Memupuk semangat bantu membantu dan tolong menolong dikalangan Anggota. 2. Tafsiran "KSK MAS" ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad. "Undang-Undang kecil" ertinya panduan kerja untuk KSK MAS. "Lembaga KSK MAS" ertinya Pemegang Amanah KSK MAS. "Tabung" ertinya Tabung Kebajikan KSK MAS. "Peserta" ertinya Anggota-Anggota KSK MAS yang mencarum untuk Tabung. "Urusetia" ertinya kakitangan KSK MAS yang dilantik untuk menjalankan tugas. 3. Caruman Tabung Caruman Tabung adalah seperti di bawah: i) Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke 13, pada 26 Jun 2010 telah mewajibkan semua Anggota KSK MAS membuat caruman bulanan melalui potongan gaji bulanan bagi menyertai tabung ini. ii) Anggota KSK MAS yang bergaji pokok RM 1,500.00 dan ke bawah. Caruman sebanyak RM 5.00 akan dibuat melalui potongan gaji bulanan Anggota berkenaan manakala KSK MAS akan memberi subsidi sebanyak RM 5.00 ke akaun Tabung. iii) Anggota KSK MAS yang bergaji pokok RM 1,501.00 dan ke atas. Caruman sepenuhnya sebanyak RM 10.00 akan dibuat melalui potongan gaji bulanan Anggota berkenaan. iv) KSK MAS akan mengemaskini caruman bulanan Peserta berpandukan kepada gaji pokok terkini Peserta berkenaan. v) Sekiranya caruman terhenti disebabkan faktor seperti cuti sakit, cuti tanpa gaji, digantung perkhidmatan maka caruman tertunggak perlu dijelaskan untuk melayakkan Peserta menikmati faedah tabung ini. 4. Manfaat Tabung i) Tabung ini menawarkan sejumlah sumbangan sekiranya Peserta meninggal dunia disebabkan kematian biasa atau kemalangan. ii) Hanya Anggota yang membuat caruman untuk tabung ini diambil kira sebagai Peserta dan layak menerima manfaat tabung manakala Anggota KSK MAS yang tidak membuat caruman tidak layak menerima manfaat tabung ini. iii) Bantuan persekolahan kepada anak-anak anggota yang mana anggota meninggal dunia semasa menyertai tabung ini tertakluk kepada `Aturan Bantuan Persekolahan Anak Yatim Tabung Kebajikan Koperasi’. iv) Anggota yang disahkan `Medical Board’ oleh panel SOCSO
92
5. Kadar Manfaat Kadar Manfaat seperti berikut akan dibayar dari Tabung ini selepas Anggota membuat caruman tabung:i) Kematian biasa - RM 25,000.00 ii) Kematian akibat kemalangan - RM 35,000.00 iii) Berhenti Atau Bersara dengan Majikan - 45% dari jumlah caruman terkumpul Peserta berkenaan akan dikembalikan. iv) Bantuan persekolahan tertakluk kepada `Aturan Bantuan Persekolahan Anak Yatim Tabung KSK MAS’. v) Medical Board – RM10,000.00 6. Pendapatan Dari Wang Pelaburan Pendapatan yang diperolehi dari pelaburan yang menggunakan wang tabung ini hendaklah dimasukkan ke dalam Tabung Kebajikan Koperasi. 7. Proses Tuntutan Dokumen yang diperlukan untuk proses tuntutan adalah seperti berikut:1. Kematian Biasa / Kemalangan i) Salinan Sijil Kematian. ii) Salinan Kad Pengenalan waris. iii) Salinan Sijil Pernikahan / Pendaftaran Perkahwinan (jika sudah berkahwin) iv) Salinan Sijil Kelahiran (jika penama adalah anak anggota) v) Salinan Laporan Polis (jika kematian akibat kemalangan) 2. Persaraan Wajib Dengan Majikan i) Salinan Surat Persaraan dari Majikan ii) Salinan Kad Pengenalan Peserta 8. Pengurusan Wang Tabung i) Lembaga KSK MAS hendaklah bertindak sebagai Pengurus tabung ini dan juga Pemegang Amanah. ii) Urusetia akan menjalankan urusan-urusan yang berkaitan Tabung dan melaporkan kepada Lembaga KSK MAS. 9. Pelaburan Wang Tabung Sebarang pelaburan menggunakan wang tabung hendaklah mendapat kelulusan Lembaga KSK MAS. 10. Tahun Kewangan Tahun Kewangan bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember. 11. Audit Juru Audit Dalaman dan juga Audit Luar yang dilantik oleh KSK MAS dibenarkan mengaudit Tabung Khairat Kematian ini. 12. Penangguhan Dan Penghapusan Tabung KSK MAS akan menanggung sepenuhnya perbelanjaan yang diperlukan tetapi jika Tabung tidak mampu menanggung kos tuntutan yang terlalu tinggi ianya boleh ditangguh atau dihapuskan dengan kelulusan Mesyuarat Agung Tahunan.
93
13. Maklumat Kepada Mesyuarat Agong Tahunan Lembaga akan membentangkan laporan mengenai aktiviti Tabung ini untuk makluman Anggota-Anggota di dalam Mesyuarat Agong Tahunan KSK MAS. Diakui Peraturan Tabung Kebajikan Koperasi ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
94
LAMPIRAN 7 PERATURAN-PERATURAN AKAUN YURAN ANGGOTA Tujuan / Objektif 1. 2.
Bagi memberikan had samarata kepada semua Anggota untuk membuat simpanan atau caruman ke dalam Yuran agar pulangan yang diterima secara adil dan saksama Bertujuan untuk membolehkan Anggota membuat simpanan atas lebihan atas Yuran yang telah melebihi had simpanan berjumlah RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) ke dalam Akaun Simpanan Khas
Tafsiran ”KSK MAS” ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad ”Undang-Undang Kecil” ertinya panduan kerja untuk KSK MAS ”Yuran” ertinya Akaun Yuran Anggota ”Anggota” ertinya Anggota KSK MAS ”Urusetia” ertinya kakitangan yang dilantik untuk menjalankan tugas Jumlah Had Simpanan a. b. c. d.
Setiap Anggota hanya dibenarkan membuat caruman ke dalam Yuran secara potongan caruman bulanan Had Simpanan setiap Anggota di dalam Yuran yang dibenarkan adalah pada had maksima RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) Sekiranya Yuran Anggota telah melebihi had maksima RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja), maka Anggota hanya dibenarkan membuat caruman minima RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) pada setiap bulan. Caruman RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) pada Perkara (c) akan dimasukkan terus ke dalam Simpanan Khas secara automatik pada setiap bulan
Pulangan Atas Yuran a.
Penetapan Kadar dividen atau pulangan akan dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS
Syarat-Syarat Pengeluaran Yuran a. b.
c.
Bagi Anggota yang mempunyai Simpanan RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) dan ke bawah tidak dibenarkan membuat sebarang pengeluaran wang kecuali jika Anggota telah berhenti atau menamatkan Keanggotaan sepertimana pada peruntukan Undang-Undang Kecil Sebaliknya jika terdapat lebihan di dalam Yuran daripada Had Maksima RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja), maka Anggota mempunyai 2 pilihan atas Lebihan Yuran iaitu : a. Membuat pengeluaran sepenuhnya daripada Akaun Yuran atau; b. Menyimpan ke dalam Simpanan Khas dengan tertakluk kepada Peraturan Simpanan Khas Permohonan pengeluaran bagi setiap Anggota berpandukan kepada kelulusan Mesyuarat Lembaga.
95
Pengurusan Wang Yuran a.
Lembaga KSK MAS hendaklah bertindak sebagai pengurus wang Yuran dan juga Pemegang Amanah sepertimana peruntukan Undang-Undang Kecil
b.
Urusetia yang dilantik akan menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dan melaporkan kepada Lembaga KSK MAS
Tahun Kewangan a.
Tahun Kewangan bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember
Audit a.
Jawatankuasa Juruaudit Dalaman dan juga Audit Luar yang dilantik oleh KSK MAS dibenarkan mengaudit Wang Simpanan ini
Maklumat kepada Mesyuarat Agung a.
Lembaga KSK MAS akan membentangkan laporan mengenai aktiviti wang Yuran ini dan penetapan kadar dividen atau pulangan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS
Diakui Peraturan Akaun Yuran Anggota ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
96
LAMPIRAN 8 PERATURAN-PERATURAN SIMPANAN KHAS
Tujuan / Objektif 1. 2. 3. 4.
Mengujudkan Simpanan Khas ini bertujuan untuk membolehkan Anggota membuat simpanan atas lebihan Akaun Yuran yang telah melebihi had simpanan berjumlah RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) Bagi memberikan had sama rata kepada semua Anggota untuk membuat simpanan atau caruman ke dalam Yuran agar pulangan yang diterima secara adil dan saksama Memberikan peluang kepada Anggota untuk turut serta dalam setiap pelaburan dan projek yang dijalankan oleh KSK MAS bagi menikmati pulangan yang menyakinkan Menepati kepada peruntukan UUK 57(1)(a)
Tafsiran ”KSK MAS” ertinya Koperasi Serbaguna Kakitangan MAS Malaysia Berhad ”Undang-Undang Kecil” ertinya panduan kerja untuk KSK MAS ”Lembaga KSK MAS” ertinya Pemegang Amanah KSK MAS ”Simpanan” ertinya Simpanan Khas ”Anggota” ertinya Anggota KSK MAS ”Urusetia” ertinya kakitangan yang dilantik untuk menjalankan tugas Sumber Dana a. b. c. d.
Lebihan dana daripada had RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) di dalam Akaun Yuran Anggota bermula 1hb Januari 2012 secara keseluruhan jika Anggota memilih untuk tidak mengeluarkan lebihan tersebut. Potongan hanya setakat RM30.00 (Ringgit Malaysia Tiga Puluh Sahaja) sebulan yang dibenarkan setelah Anggota melebihi simpanan RM200,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Ribu Sahaja) di dalam Akaun Yuran. Jika KSK MAS memerlukan Modal Pusingan Tambahan bagi keperluan projek / perniagaan baru Anggota tidak dibenarkan membuat potongan caruman bulanan ke dalam Simpanan Khas kecuali berpandukan keperluan semasa Perkara (c).
Pulangan Atas Simpanan Khas a. b. c.
Kadar pulangan akan dibentang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS Kadar pulangan ini berpandukan kepada pulangan atas Simpanan Tetap Semasa atau sebarang projek / perniagaan KSK MAS yang menggunakan dana ini Sekiranya pada peringkat permulaan projek / perniagaan yang menggunakan dana ini tidak memberikan keuntungan, maka kadar pulangan minimum atas Simpanan Khas ini berpandukan kepada pulangan atas Simpanan Tetap Semasa
97
Syarat-Syarat Pengeluaran Simpanan Khas a.
b. c. d. e.
Permohonan pengeluaran bagi setiap Anggota berpandukan kepada kelulusan Mesyuarat Lembaga. Pemulangan pengeluaran dari simpanan ini hanya atas jumlah pokok manakala jumlah pulangan keuntungan pula berdasarkan kelulusan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS mengikut kadar purata. Pembayaran atas pulangan keuntungan hanya akan dibuat setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS Had pengeluaran adalah sebanyak 2 kali setahun sahaja. Bagi mana-mana jumlah pengeluaran sebanyak RM5,000.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu Sahaja) dan ke bawah boleh diluluskan oleh Pengurusan KSK MAS manakala melebihi RM5,001.00 (Ringgit Malaysia Lima Ribu dan Satu Sahaja) dan ke atas perlu dibentang dan diluluskan oleh Mesyuarat Lembaga. Bagi mana-mana Anggota yang berhenti atau menamatkan Keanggotaan KSK MAS, maka pemulangan Simpanan ini secara automatik sepertimana peruntukan Undang-Undang Kecil
Pengurusan Wang Simpanan a. b.
Urusetia yang dilantik akan menjalankan urusan-urusan yang berkaitan dan melaporkan kepada Lembaga KSK MAS Lembaga KSK MAS hendaklah bertindak sebagai pengurus wang simpanan khas dan juga Pemegang Amanah
Pelaburan Wang Simpanan a.
Sebarang pelaburan menggunakan wang simpanan ini hendaklah mendapat kelulusan Lembaga KSK MAS
Proses Pengeluaran a.
Dokumen yang diperlukan untuk proses pengeluaran wang simpanan adalah seperti berikut : 1. Salinan Kad Pengenalan Anggota 2. Salinan Kad Pekerja
Tahun Kewangan a.
Tahun Kewangan bermula pada 1hb Januari dan berakhir pada 31hb Disember
Audit a.
Jawatankuasa Juruaudit Dalaman dan juga Audit Luar yang dilantik oleh KSK MAS dibenarkan mengaudit Wang Simpanan ini
Maklumat kepada Mesyuarat Agung a. b.
Lembaga KSK MAS akan membentangkan laporan mengenai aktiviti wang simpanan ini dan penetapan kadar pulangan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS Jumlah caruman wang ke dalam Simpanan Khas hanya boleh diterima daripada Anggota sekiranya KSK MAS ada cadangan projek / perniagaan baru yang telah dibentang dan diluluskan di Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan KSK MAS 98
Diakui Peraturan Simpanan Khas ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Perwakilan Kali Ke Limabelas pada 10hb Jun 2012. Bil.
Nama / Jawatan
No. Kad Pengenalan
Tandatangan
1.
HJ. MOHD SUKRI BIN HUSIN (PENGERUSI)
620903-03-5317
(..............................)
2.
IAN KRISNAWAN BIN AHMAD (SETIAUSAHA)
710501-10-6871
(..............................)
3.
HJ. MOHD YAMIN BIN ABD MANAP@YUSOP (BENDAHARI)
690315-01-5647
(..............................)
99