UCAPAN DASAR PRESIDEN SEMASA PERSIDANGAN PERWAKILAN TAHUNAN NEGARA KE-89 PERSATUAN VETERAN ATM Yang Dihormati Pengerusi Tetap Dan Timbalan Pengerusi Tetap, Yang Berusaha Ahli-Ahli Jemaah Eksekutif Dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi, Yang Dihormati Para Perwakilan Dan Pemerhati Persidangan Sekalian.
Bismillahi Hirohmanirohim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
Salam Sejahtera,
Salam 1Malaysia, dan
Salam 1Veteran Malaysia.
Dato’-Dato’, Tuan-Tuan Dan Puan-Puan Rakan Seperjuangan Yang Dikasihi Sekalian.
1
Pertama sekali saya menzahirkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan inayah Nya, saya dapat berada di dalam dewan Ballroom TH Hotel & Convention Centre ini, untuk bersama-sama rakan-rakan seperjuangan sekalian untuk melaksanakan Persidangan Perwakilan Tahunan Negara Ke-89 yang bersejarah ini.
PENJENAMAAN SEMULA DAN TRANSFORMASI PERSATUAN
2
Kalau rakan-rakan sekalian masih ingat lagi, kita memulakan langkah Penjenamaan
Semula dan Transformasi persatuan pada awal tahun 2013, untuk menjadikan persatuan terus relevan, membawa kembali persatuan ke persada kegemilangan dan menyusun semula perjuangan mengikut arus perdana. Walau pun proses penjenamaan semula dan transformasi yang dilaksanakan telah menampakkan keberhasilannya, namun saya masih belum berpuas hati kerana masih didapati penjenamaan semula dan transformasi di peringkat negeri dan cawangan masih belum menampakkan kesungguhan dan komitment yang diharapkan.
1
3
Proses transformasi yang paling utama adalah pemerkasaan persatuan supaya
mendapat penerimaan daripada kerajaan dan orang ramai secara menyeluruh. Dalam konteks tersebut, yang penting adalah kita mesti terus bersatu di setiap peringkat persatuan, ini bermakna kita mesti terus menentukan sifat dan semangat kesatuan kita kekal di tahap yang tinggi, dan kita jangan cepat melatah kalau menghadapi sesuatu cabaran. Kita mesti ingat apa yang pernah dikatakan oleh Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Muhammad, iaitu “Perjuangan Belum Selesai”.
4
Setelah melaksanakan proses transformasi selama lebih kurang dua tahun maka
didapati hasilnya yang amat ketara setakat ini adalah:
4.1
Persatuan telah mendapat penerimaan dan pengiktirafan kembali oleh pucuk pimpinan negara, negeri dan orang ramai.
4.2
Kewujudan persatuan kita didapati masih kekal relevan dan terkenal dikalangan agensi-agensi kerajaan dan swasta serta orang ramai.
4.3
Didapati pemimpin negara dan negeri mudah diajak berbincang secara berhemah untuk mencari pendekatan dan kaedah penyelesaian masalah sejagat yang dihadapi oleh Veteran ATM.
4.4
Persatuan telah kembali ke persada kegemilangannya dan mendapat penerimaan sebagai peneraju dan penggerak perjuangan Veteran ATM daripada hampir semua persatuan dan Kelab Veteran ATM di Malaysia.
5
Untuk mencapai kejayaan dalam penjenamaan semula dan transformasi bergantung
sepenuhnya kepada Yang Dipertua PVATM Negeri dan Ketua Cawangan kerana merekalah yang paling rapat dengan akar umbi. Pendek kata Jemaah Eksekutif dan ahli Majlis Tertinggi hanya bertanggungjawab ke atas aspek makro manakala Yang Dipertua dan Ketua Cawangan bertanggungjawab ke atas aspek mikro. Tetapi Semuanya perlu bersama berganding bahu ke arah satu landasan dan satu tujuan.
2
BUDAYA BERPERSATUAN
6
Pada hemat saya Veteran ATM mempunyai budaya yang agak berbeza dengan orang
awam yang lain, kerana kita diasuh dan dididik dengan ketahanan mental dan disiplin yang tinggi, iaitu disiplin kesatuan dan disiplin diri. Tetapi malangnya terdapat di kalangan kita mudah sangat berubah setelah menjadi orang awam, perubahan di segi disiplin diri dan juga penampilan diri. Kemungkinan faktor persekitaran telah merubah sebilangan kita, sebab dahulu kita tinggal dalam kelompok golongan kita sahaja di dalam kem, tetapi setelah bersara kita bercampur gaul dengan orang awam yang pelbagai bangsa, agama, budaya dan adat resam. Dan kita pula mudah terikut-ikut kerana telah terlepas dari kongkongan budaya disiplin tentera.
7
Semasa
dalam
perkhidmatan
tentera,
kita
bermati-matian
mempertahankan
kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. Kenapa setelah berhenti tentera ada dikalangan kita mudah berubah, dan sanggup pula menganggu-gugat kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara? Justru itu, marilah kita bersama-sama nasihat menasihati sahabat-sahabat kita yang telah jauh terpesong atau tergelincir dari landasan perdana supaya kembali ke tampuk asal. Inilah perjuangan kita dalam erti kata sebenarnya, iaitu terus berjuang dan sentiasa berjuang berlandaskan sumpah satria kita dahulu. kita seharusnya sedar bahawa kerajaan mentadbir negara dengan jumlah penduduk melebihi 30.0 juta kesemuanya, dan Veteran tentera adalah sebanyak 1.2% sahaja daripada jumlah tersebut.
8
Apa yang sebenarnya mesej yang saya ingin sampaikan adalah kalau kita ingin
memperjuangkan sesuatu isu yang melibatkan Veteran, maka kita harus melakukannya secara
berhemah
dan
bertamadun.
Jangan
sekali-kali
kita
mengambil
tindakan
membelakangkan undang-undang dan budaya tidak bertamadun. Kita Perlu menjaga imej dan kewibawaan institusi kesatuan kita daripada tercemar, janganlah nanti “kerana setitik nila, habis susu sebelanga”. Dalam konteks ini, saya tidak mengalakkan mana-mana kumpulan menubuhkan kumpulan Whatsapp atau telegram menggunakan nama atau platform persatuan. Namun demikian, sekiranya ada mana-mana pihak yang menubuhkan kumpulan tersebut maka ianya haruslah dikawalselia dengan baik dan berkomunikasi secara berhemah terutama dalam melibatkan perkara-perkara yang bersangkutan dengan persatuan khasnya dan Veteran ATM amnya. Ini adalah merupakan satu nasihat daripada saya sebagai Presiden PVATM.
3
MENCARI JALAN PENYELESAIAN ISU-ISU SEJAGAT
9
Kehidupan Veteran ATM selepas bersara terbahagi kepada dua kategori yang besar;
iaitu yang berjaya dan tidak berjaya. Manakala yang tidak berjaya terdiri dari dua kumpulan pula; iaitu pertama, yang tidak berjaya tetapi terus berusaha untuk hidup dalam keadaan sederhana; dan kedua, yang tidak berjaya dan terus hidup dalam keadaan daif.
10
Begitu juga Veteran ATM yang tidak berpencen, mereka dibahagi dalam tiga
kumpulan: pertama, tidak berpencen tetapi bernasib baik kerana berjaya dalam perniagaan atas usaha sendiri. Kedua, mereka tidak berpencen tentera tetapi berpeluang berkerja dengan pihak kerajaan, dan seterusnya mendapat pencen juga. Ketiga, mereka yang tidak berpencen dalam erti kata sebenarnya, dan mereka ini kebanyakannya dalam golongan daif.
11
Dengan itu, kumpulan sasaran kita (target group) sebenarnya ialah mereka yang tidak
berpencen yang meneruskan kehidupan dalam keadaan yang daif. Saya percaya dan pasti yang mereka telah mencuba sedaya upaya berusaha, namun mungkin nasib dan rezeki tidak memihak kepada mereka.
12
Dalam pada itu, kita semua telah sedia maklum bahawa kita telah mengenalpasti
beberapa isu sejagat yang dihadapi oleh sebilangan veteran atm yang memerlukan pembelaan, dan perlu diselesaikan segera. Isu sejagat tersebut adalah:
12.1
Merapatkan jurang perbezaan pencen antara Veteran ATM yang pencen sebelum tahun 2004 dengan yang pencen selepas 2004.
12.2
Meningkatkan jumlah elaun sara hidup bulanan Veteran ATM dan balu yang diterima melalui JHEV ke minimum antara RM300.00 ke RM500.00.
12.3
Meningkatkan jumlah pencen hilang upaya bulanan Veteran ATM antara RM300.00 ke RM500.00 yang diterima melalui JHEV.
12.4
Menyediakan kuota khas projek perumahan pprt dan rumah mampu milik untuk Veteran ATM yang belum memiliki rumah pertama.
12.5
Memberi imbuhan bulanan dalam bentuk elaun sara hidup kepada Veteran ATM tidak berpencen yang layak. Sementara perkara tersebut dalam proses pertimbangan untuk diluluskan maka disarankan pemberian “one-off” sekurang-kurang RM500.00 kepada mereka pada setiap tahun. 4
12.6
Memberi pencen terbitan terus menerus kepada isteri yang dikahwini veteran yang berpencen dalam masa persaraan kerana terjadinya kematian isteri dan penceraian yang sah.
12.7
Memberi kemudahan rawatan perubatan percuma kepada isteri dan anak-anak Veteran ATM yang diberhentikan sebab disiplin, serta juga kemudahan pendidikan kepada anak-anak mereka, iaitu berkuatkuasa selepas 5 tahun mereka diberhentikan.
12.8
Pemberian bantuan kemasukan anak ke institusi pengajian tingga awam (IPTA) hendaklah dipanjangkan kepada kemasukan ke institusi pengajian tinggi swasta.
13
Saya sendiri kerap-kali membisikkan isu-isu tersebut apabila Sahaja Saya Berpeluang
Berjumpa Dengan YAB Perdana Menteri Dan YB Menteri Pertahanan. mereka berdua telah mengambil maklum, dan saya percaya mereka akan cuba sedaya upaya untuk memenuhi permintaan yang kita kemukakan. DATABASE KEAHLIAN
14
Ibu Pejabat Persatuan dengan kerjasama Yang Dipertua PVATM Negeri Perak sedang
melaksanakan proses pemutihan keahlian, di mana objektif utama untuk menentukan jumlah keahlian sebenar yang ada dalam persatuan. Pada masa yang sama senarai keahlian akan dimasukkan dalam pangkalan data keahlian (membership database) untuk memudahkan senarai disenggara dan dikemaskinikan sebilangan masa. Dalam proses pemutihan, nama mereka yang telah meninggal dunia dikeluarkan, nama yang berlaku pertindihan juga akan dikeluarkan, dan yang telah berpindah bermastautin di tempat lain akan digalakkan menukar Cawangan.
15
Alhamdulillah, setakat ini 12 buah PVATM Negeri telah mengadakan database
keahlian masing-masing dan mereka sedang mengemaskinikan daftar keahlian masingmasing, cuma yang masih tertinggal adalah PVATM Negeri Sabah dan Sarawak. saya akan mempastikan selewat-lewatnya pada penghujung bulan januari 2015 semua database PVATM di seluruh negara akan dapat berfungsi sepenuhnya.
16
Saya juga pernah menyarankan agar data-data ahli dimasukkan sekali butiran
berpencen atau tidak, dan juga taraf kesihatan bagi “orang kurang upaya (oku)” serta veteran yang diiktiraf gulungan asnaf. Tujuannya adalah bagi memudahkan kita dan badan-badan yang lain memberi bantuan sekiranya diperlukan. 5
PENGURUSAN KEWANGAN PERSATUAN
17
Alhamdulillah, Ibu Pejabat Persatuan tidak mengalami perbelanjaan defisit dalam
aspek operasi pada tahun ini, tidak seperti ditahun-tahun sebelumnya bahawa setiap tahun kita mengalami perbelanjaan defisit. Saya berharap keadaan perbelanjaan begini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Punca utama mengelakkan keadaan defisit adalah dengan adanya bantuan kewangan RM1.5 juta pemberian YAB Perdana Menteri semasa Jemaah Eksekutif berjumpa dengan beliau pada 14 Februari 2014; dan seterusnya Ibu Pejabat mengamalkan prinsip “berbelanja berhemah”. Semasa perjumpaan tersebut YAB Perdana Menteri pada dasarnya telah bersetuju memberi geran tahunan kepada PVATM. Kita akan meminta geran bantuan tersebut ditambah dari RM1.5 juta ke RM2.5 juta untuk membolehkan kita memanjangkan bantuan hingga ke peringkat Cawangan.
18
Dengan adanya geran tersebut maka setakat ini kita telah menyalurkan bantuan
perbelanjaan pengurusan dan operasi kepada PVATM Negeri Sebanyak RM20,000.00 dan jumlah tersebut akan ditambah ke RM30,000.00 pada tahun hadapan, insyallah.
19
Pengurusan Kewangan persatuan adalah satu aspek penting dalam berpersatuan.
Dengan itu YDP PVATM NegerI dan Ketua-Ketua Cawangan harus memainkan peranan penting dalam hal perakaunan. Dengan itu, semua kedudukan akaun mestilah diterangkan dan dibentangkan secara betul, jujur dan telus di setiap Mesyuarat Exco Dan Ahli Jawatankuasa Peringkat Negeri Dan Cawangan. Mengadakan akaun tersembunyi (hidden account) hendaklah dielakkan sama sekali kerana dikhuatiri amalan salah guna dan penyelewengan boleh berlaku. Dalam konteks ini amalan integriti dan keikhlasan sangat dituntut dan wajib diamalkan.
20
YDP PVATM negeri hendaklah berusaha mencari sumber dana sendiri, dan salah satu
pendekatan dan kaedah yang terbaik adalah mendapatkan peruntukan tahunan daripada kerajaan Negeri. Untuk mencapai kejayaan, YDP PVATM Negeri perlu berbaik budi dengan pucuk pimpinan negeri Dan Ketua Cawangan pula perlu mendampingi dan berbaik budi dengan wakil-wakil rakyat di kawasan masing-masing. Saya percaya kerajaan negeri dan wakil-wakil rakyat dapat menghulurkan bantuan sekiranya kita memohon menggunakan cara yang betul dan berhemah, dan mereka mempunyai kepercayaan bahawa kewujudan kita relevan dan dapat membantu mereka di segi politik dan pembangunan komuniti.
6
PENTADBIRAN PERSATUAN
21
Pengurusan pentadbiran yang cekap, kemas dan sempurna adalah aspek penting
dalam berpersatuan supaya penyaluran maklumat berlangsung dengan pantas dan tepat serta mudah difahami oleh akar umbi. Setiausaha Persatuan di setiap peringkat dengan bantuan pegawai tadbir dan kerani perlu memainkan peranan penting dalam menentukan jentera pentadbiran berjalan lancar dan sempurna. Mereka mesti rela melayani setiap Veteran ATM yang datang mengadu hal, tidak
kira di kalangan ahli persatuan atau pun bukan ahli
persatuan. Semua maklumat yang diterima oleh Pejabat Tadbir masing-masing hendaklah dengan segera dimaklumkan kepada yang dipertua dan Ketua Cawangan masing-masing supaya tindakan dapat dilaksanakan dengan tepat dan pantas.
22
Pernah terjadi di masa lalu di mana surat yang dihantar oleh ibu pejabat persatuan
yang memerlukan tindakan tidak ditunjukkan kepada yang dipertua sehingga mendapat surat peringatan kali kedua daripada ibu pejabat. Perkara begini tidak akan berlaku sekiranya setiausaha dan pegawai tadbir adalah seorang yang bertanggungjawab dan sukarela melaksanakan tugas masing-masing. YDP PVATM Negeri juga perlu sentiasa mengingatkan pemimpin di setiap peringkat mengenai betapa pentingnya aspek pentadbiran dalam berpersatuan. Kerana tujuan wujudnya persatuan adalah untuk memberi perkhidmatan kebajikan kepada ahli-ahli tanpa mengira masa dan keadaan.
23
Justru Itu, bagi menentukan pemimpin masih relevan dan diterima akar umbi maka
pemimpin di setiap peringkat perlu mentransformasi minda dan meningkatkan sifat bertanggungjawab (accountability) serta membaiki keterampilan diri masing-masing. Pemimpin perlu turun padang untuk mendengar sendiri keluhan akar umbi. Zaman telah berubah, dan kita seharusnya mengikuti perkembangan dan kemajuan zaman, prinsip dan amalan pemimpin yang hanya duduk di kerusi empuk tidak boleh dipakai lagi. Pemimpin sekarang perlu mendapat “first hand info” dan perlu tidak takut berjumpa akar umbi untuk mendengar sendiri pemasalahan yang dihadapi oleh mereka. prinsip saya permasalahan kebajikan Veteran perlu diselesaikan “semalam” dan bukan menunggu “nasi menjadi bubur” dan “arang menjadi abu”.
Inilah yang saya pernah katakan “mentransformasi jentera
persatuan dan mentransformasi minda dalam persatuan”.
7
24
Dalam pada itu, bagi menentukan sahabat-sahabat seperjuangan kita dalam kategori
“Orang Kelainan Upaya (OKU)” tidak terasa terpinggir dan suara serta keluhan mereka didengari maka saya telah mengarahkan agar seorang Veteran OKU yang boleh bergerak cergas dilantik sebagai salah seorang ahli jawatankuasa di peringkat negeri. Saya berharap perkara ini telah dilaksanakan dan tidak perlu diperingatkan lagi. KEMPEN TABUNG PAHLAWAN
25
Persatuan kita mula mengadakan Kempen Tabung Pahlawan pada tahun 1950, iaitu
semasa zaman tentera British di Malaya dengan panggilan “Poppy Day”. Kempen seperti ini juga diadakan di United Kingdom dan Negeri Komenwel, contohnya di Britain dikenali sebagai “Poppy Day” dan di Singapura sebagai “Poppy Appealing”. Perbezaan amat ketara cara perlaksanaan “Poppy Day” di britain dengan “Kempen Tabung Pahlawan” kita. di Britain perlaksanaan “Poppy Day” disertai oleh seluruh negara dengan penglibatan yang terurus dan terkordinasi di mana kerajaan, syarikat swasta dan Rakyat Jelata Bersama Berganding Bahu Melaksanakannya. Tetapi kempen tabung pahlawan di Malaysia nampaknya kurang mendapat sambutan dan sokongan daripada sebilangan besar rakyat.
26
Kita seharusnya bersyukur kerana kerajaan telah mengembalikan pengurusan
Kempen Tabung Pahlawan kepada kita bermula tahun lepas setelah dikendali oleh JHEV selama tiga tahun berturut-turut. Pada tahun lalu, kita telah berjaya mengutip dalam bentuk wang
tunai
sebanyak
RM3,619,155.02
dan
barangan
serta
penajaan
sebanyak
RM455,000.00. Di samping memulangkan kutipan yang dibuat oleh PVATM Negeri dan Cawangan serta Kelab/Persatuan Veteran yang lain, hasil kutipan telah dibelanjakan secara berhemah dan dapat dimanfaati oleh semua peringkat dalam persatuan, fokus utama pengagihan adalah dalam aspek kebajikan.
27
Kita telah pertama kalinya dapat memberi “one-off” RM20,000.00 kepada setiap
PVATM Negeri dan RM1,000.00 kepada setiap cawangan. Apa yang lebih membanggakan kita adalah kita telah berjaya memberi sumbangan “one-off” sebanyak RM500.00 kepada setiap Veteran oku seramai 1,632 orang. Saya mengharapkan agar kepimpinan peringkat negeri dapat memanfaatkan sumbangan RM20,000.00 yang telah diberi oleh ibu pejabat disampaikan kepada veteran yang memerlukan bantuan di negeri masing-masing.
8
28
Setakat ini ibu pejabat telah berjaya mengutip sebanyak RM2.1 juta manakala PVATM-
PVATM negeri telah memungut sebanyak RM0.82 juta. Jumlah tersebut belum boleh dibanggakan, dan kita mempunyai sehingga 31 Disember untuk meneruskan kutipan. Dengan itu semua mereka yang berkenaan, terutama Yang Dipertua Negeri dan Ketua Cawangan, harus terus berusaha lagi dengan gigih untuk membuat kutipan. Saya berharap PVATM Negeri dan Cawangan-Cawangan mengambil peluang yang disediakan Kempen Tabung Pahlawan untuk mengumpul dana masing-masing.
29
Kalau Hasil kutipan Tabung Pahlawan pada tahun ini memberangsangkan maka saya
berhasrat untuk meneruskan pemberian “one-off’” kepada sahabat kita dalam ketegori “oku”, dan saya juga berhasrat untuk memanjangkan pemberian “one-off” kepada balu dan anakanak veteran dalam kategori oku. saya juga ada memikirkan untuk menambah pemberian “one-off” kepada cawangan dari RM1,000.00 kepada RM2,000.00. Perlaksanaan semua pemberian one-off ini bergantung sepenunhya kepada prestasi kutipan Tabung Pahlawan pada tahun ini. PERANAN PEMIMPIN PERSATUAN
30
Pada hakikatnya bukan mudah menjadi pemimpin sesebuah organisasi atau
persatuan, tambahan pula persatuan seperti PVATM yang mempunyai keahlian lebih kurang 160,000 orang. Kerana kebanyakan ahli persatuan kita adalah terdiri dari warga emas dan mereka yang kurang sihat di segi kesihatan. Namun kita harus berbangga kerana kita adalah pahlawan-pahlawan negara, kerana kita lah negara dapat mencapai kemerdekaan, mengecapi keamanan, dan rakyat jelata dapat hidup dalam keadaan selamat dan selesa, serta kerajaan dapat meneruskan pembangunan negara.
31
Seorang pemimpin tidak kira di peringkat mana pun, mesti mempunyai sifat dan
keperibadian seorang pemimpin; di antara sifat tersebut adalah jujur, ikhlas, rela berkorban tenaga dan masa, tegas dalam berhemah, ramah mesra dalam pergaulan dan berperibadian serta keterampilan yang mulia yang mudah dapat diterima oleh akar umbi yang dipimpin.
9
32
sehubungan itu, saya sentiasa mengingatkan pemimpin di peringkat negeri dan
cawangan supaya kerap turun padang menemui akar umbi, dan mendengar keluhan dan rintihan mereka. selepas itu mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan segala pemasalahan yang diterima. dalam masa yang sama, saya sering menasihati mereka supaya berkomunikasi dan berinteraksi dengan pemimpin kerejaan di peringkat negeri dan daerah untuk memaklumkan kewujudan kita masih relevan dan kita bersedia berkerjasama merealisasikan inisiatif kerajaan.
HUBUNGAN LUAR
33
Sebagai sebuah NGO, peranan dan faktor hubungan luar adalah sangat penting untuk
kita terus relevan dan mendapat penerimaan dari semua pihak. saya dan ahli Exco akan bertanggungjawab untuk berhubung dan berinteraksi dengan pemimpin negara, biarlah kami memainkan peranan tersebut. Manakala Yang Dipertua PVATM Negeri berperanan berhubung dan berinteraksi dengan pemimpin kerajaan di peringkat negeri, dan ketua cawangan pula bertanggungjawab berhubung dan berinteraksi dengan pemimpin di peringkat daerah. Marilah kita memainkan peranan masing-masing tanpa melangkau perbatasan, baharulah kita dapat diterima baik oleh pemimpin-pemimpin negara, negeri dan daerah.
34
Di samping itu, kita perlu sentiasa menjalinkan hubungan baik dan rapat dengan
Kementerian Pertahanan, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV), Perbadanan Hal Ehwal Bekas Tentera (Perhebat) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kerena Kementerian dan Jabatan serta agensi kerajaan tersebut ada berhubung kait dengan hal ehwal kebajikan Veteran ATM. saya percaya mereka sentiasa rela dan bersedia membantu kita sekiranya diperlukan. Apa yang penting adalah kita mestilah mengamalkan sifat berhemah dan bertolenrasi apabila berkomuniasi dan berinteraksi dengan mereka. Elakkan dari membuat kritikan secara terbuka terhadap mereka, dan selesaikan sebarang permasalahan secara berhemah dan mengikut saluran.
10
HARI PAHLAWAN
35
Pada 31 julai setiap tahun kita menyambut hari pahlawan. Tujuan kerajaan
mengadakan Hari Pahlawan adalah untuk mengajak rakyat jelata untuk mengenang dan menghargai perjuangan serta pengorbanan Veteran-Veteran ATM dalam menjaga dan mempertahankan kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara. Kerajaan juga menyokong sepenuhnya Kempen Tabung Pahlawan, dan YAB Perdana Menteri sendiri mahukan Kempen Tabung Pahlawan dijadikan salah satu platform bagi membantu meningkatkan semangat dan sifat patriotisma dan kecintaan terhadap negara dikalangan rakyat jelata terutama generasi Y.
36
Malangnya sambutan Hari Pahlawan pada hari ini tidak mendapat penerimaan dan
pengiktirafan sepatutnya dari sebilangan besar rakyat jelata. roh Hari Pahlawan dan Kempen Tabung Pahlawan tidak dijiwai oleh rakyat di malaysia seperti mana dijiwai oleh rakyat negara Britain terhadap “Warrior Day dan Poppy Day” mereka. Di Malaysia, sambutan Hari Pahlawan hanya setakat mengadakan majlis tahlil, khutbah solat jumaat dan perbarisan ketenteraan sahaja, dan sambutan hari pahlawan hanya dijiwai oleh anggota tentera yang sedang berkhidmat dan Veteran-Veteran ATM serta segelintir pucuk pimpinan negara. hari pahlawan hanya disambut dan diingati dalam masa sehari sahaja, dan ini sangat berbeza dengan cara ianya disambut di luar negara.
37
Bagi mengimarahkan dan mengajak rakyat jelata menjiwai roh Hari Pahlawan dan
Kempen Tabung Pahlawan maka Exco persatuan sebulat suara bersetuju untuk mengesyorkan kepada kerajaan agar hari pahlawan dan Kempen Tabung Pahlawan dijadikan sebagai salah satu acara negara dan dimasukkan ke dalam kelendar aktiviti negara. kita berpendapat, dengan pendekatan dan kaedah ini serta dengan adanya “political will” dan komitment daripada kerajaan maka hari pahlawan dan kempen tabung pahlawan akan dapat diterima dan dijiwai oleh semua lapisan masyarakat di malaysia terutama di kalangan generasi Y. satu kertas kerja mengenai cadangan ini akan dikemukakan kepada kerajaan dalam masa terdekat
untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Kita mahu hari pahlawan dan Tabung
Pahlawan sekurang-kurangnya menjadi seperti Warrior Day dan Poppy Day di Negara Britain.
11
HUTANG TERTUNGGAK
38
Perlaksanaan beberapa aktiviti pentadbiran dan kebajikan dalam persatuan masih
menghadapi kekangan dan hambatan disebabkan kewangan kita masih dalam keadaan defisit. saya perlu menjelaskan kepada akar umbi bahawa kita mempunyai hutang tertunggak sebanyak RM2.1 juta, kerana tidak membayar cukai pintu di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan caj pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) selama lebih 10 tahun. Saya mahu setiap akar umbi tahu kedudukan sebenar faktor yang menyebabkan kelembapan proses transformasi dan penjenamaan semula persatuan.
39
Walau bagaimanapun, kita sedang giat berusaha untuk membayar hutang-hutang
tertunggak tersebut melalui pendekatan dan kaedah berikut: Pertama – kita telah berbincang dengan dbkl dan iwk untuk mendapatkan potongan atau pun diskaun, setakat ini usaha tersebut telah menampakkan hasil yang positif. Kedua – pada masa yang sama kita telah mula membayar caj semasa untuk mengelakkan hutang tertunggak menjadi lebih banyak. Saya sendiri telah memaklumkan perkara ini kepada YAB Perdana Menteri dan YB menteri pertahanan serta timbalan menteri pertahanan. saya juga telah berbincang dengan YB Menteri Wilayah Persekutuan mengenai hutang di DBKL, di mana beliau telah menyatakan komitment untuk membantu menyelesaikannya.
40
Insyallah, hutang tertunggak ini dapat diselesaikan beransur-ansur dalam masa
terdekat. kerana sebagai sebuah NGO yang berwibawa dan kredibel maka kita bertanggungjawab membayar hutang-hutang tersebut, dan kita tidak mahu ianya menghantui kita dan menghalang pembangunan persatuan dalam usaha menjaga hal ehwal kebajikan akar umbi.
PEMBANGUNAN SEMULA WISMA PAHLAWAN
41
Seperti mana kita semua sedia maklum, Wisma Pahlawan telah dibina pada tahun
1972 dan siap pada tahun 1974. perbelanjaan membina wisma pahlawan adalah menggunakan sumber kewangan kerajaan dan ahli-ahli persatuan sendiri, di mana setiap RM1.00 sumbangan dari ahli telah ditambah RM2.00 oleh kerajaan.
12
42
Kini Wisma Pahlawan telah uzur, dan wujud dikelilingi oleh bangunan yang lebih tinggi
dan serba moden. Menyedari hakikat ini maka Jemaah Eksekutif atau EXCO dan Majlis Tertinggi telah bersetuju sebulat suara agar wisma pahlawan dibangun semula. EXCO Persatuan telah berjaya mendapatkan sebuah syarikat bumiputra untuk membantu membangun semula Wisma Pahlawan tanpa kita mengeluarkan wang se sen pun. Rundingan masih dijalankan dengan syarikat tersebut untuk menetapkan kaedah terbaik dalam keadaan “menang-menang atau win-win” bagi kedua-dua pihak. perkara ini telah dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri dan YB Menteri Pertahanan, dan mereka mengambil maklum dan bersetuju di atas pendekatan dan kaedah yang sedang diambil.
43
Buat masa ini pembangunan semula wisma pahlawan masih belum dapat
dilaksanakan kerana kita menghadapi masalah hak milik tanah. Sebenarnya hak milik tanah Wisma Pahlawan dipegang oleh “Merchantile Bank atau sekarang Hong Kong and shanghai bank” sebagai pemegang amanah atau trustee. Kita tidak tahu kenapa pengurusan persatuan beberapa tahun dahulu tidak mengambil tindakan untuk memindahkan hak milik tersebut kepada persatuan.
44
Kita telah berunding dengan Hong Kong and Shanghai Bank dalam hal ini, dan apa
yang menjadi masalah sedikit ialah dalam rekod Hong Kong and Shanghai Bank tidak ada menunjukkan yang bank Tersebut Menjadi Pemegang Amanah Atau Trustee Kepada Tanah Wisma Pahlawan. Alhamdulillah, hasil rundingan kita nampaknya positif dan perkara ini dijangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Setelah isu hak milik tanah ini selesai, barulah kita boleh memulakan pembangunan semula bangunan Wisma Pahlawan. Marilah kita sama-sama berdoa semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera untuk membolehkan kita membina sebuah Wisma Pahlawan yang baharu setinggi 30 tingkat.
TAHUN PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN BAHARU
45
Pada penghujung tahun hadapan genap pucuk pimpinan yang ada sekarang mentadbir
persatuan selama tiga tahun. Ini bermakna kita akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan baharu persatuan di setiap peringkat bermula pada awal tahun hingga berakhir di peringkat pusat pada bulan November atau Disember tahun depan. Justru itu, saya ingin mengingatkan akar umbi supaya membuat pemilihan yang tepat kerana kita tidak mahu proses tranformasi dan penjenamaan semula yang telah kita mulakan akan terbantut. Tidak kira siapa sahaja yang akan dipilih, namun yang dipilih mempunyai tanggungjawab besar untuk meneruskan perjuangan yang telah diwarisi dari pemimpin-pemimpin terdahulu.
13
46
Berkesempatan ini saya ingin mengambil peluang untuk memaklumkan kepada tuan-
tuan dan puan-puan serta diri saya sendiri mengenai ciri-ciri atau kriteria pemimpin yang harus dipilih oleh kita. Saya tidak berkesempatan untuk menyatakannya lagi perkara tersebut selepas ini kerana pemilihan di peringkat Cawangan akan bermula dari awal tahun hingga pertengahan tahun hadapan. 46.1
Pertama: jujur dan ikhlas serta sukarela melaksanakan tanggungjawab tanpa mengira masa dan mengharapkan sebarang pulangan.
46.2
Kedua: Tidak mementingkan diri dan tidak menpunyai agenda peribadi. tidak menuding jari ke arah orang lain, malah sentiasa perlu berusaha mempertingkatkan kemampuan diri demi kejayaan persatuan.
46.3
Ketiga: Berhemah dalam pergaulan dan tindakan yang dilakukan.
46.4
Keempat:
Memiliki
tiga faktor
penting,
iaitu:
kekuatan kewangan
sendiri,
berpegalaman dalam berpersatuan dan dapat diterima oleh akar umbi serta pucuk pimpinan negara dan negeri. 46.5
Kelima: Iaitu yang penting sekali ialah banyak berfikir dan berkerja dari bercakap, serta sanggup turun padang untuk mendengar rintihan dan keluhan akar umbi.
46.6
Keenam: Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap persatuan.
47
Lebih dari itu terpulanglah kepada tuan-tuan dan puan-puan
untuk menentukan
pemimpin yang tuan-tuan dan puan-puan kehendaki untuk memimpin tuan-tuan dan puan-puan selama tiga tahun.
14
KAEDAH BAHARU PERLAKSANAAN PERSIDANGAN PERWAKILAN
48
Berkesempatan ini, saya ingin memaklumkan bahawa beberapa pendekatan dan
kaedah baharu telah diperkenalkan dalam kita melaksanakan Persidangan Perwakilan. salah satu daripadanya adalah untuk memberi peluang kepada presiden untuk menyampaikan ucapan dasar sebelum persidangan dimulakan. kaedah ini tidak pernah dilakukan atau pun ditetapkan di masa-masa lalu. Seterusnya kita akan menetapkan terlebih dahulu usul dan isu untuk dibentang dan dibahaskan. kita akan melantik salah sebuah PVATM Negeri untuk membentangkan usul atau isu tersebut, dan mereka yang dilantik perlu membuat kajian atau “research” untuk menentukan pembentangan disokong dengan fakta dan data yang tepat dan terkini. Diakhir persidangan, kita akan mengadakan resolusi mengenai setiap usul/isu yang telah dibentangkan, seterusnya resolusi tersebut akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan negara dan negeri untuk perhatian dan tindakan mereka.
49
Saya dan ahli majlis tertinggi berpendapat kaedah ini adalah lebih effektif dan efisien
untuk mengemukakan sesuatu cadangan kepada pemimpin negara dan negeri, pada masa yang sama untuk memudahkan mereka membuat keputusan.
AKTA VETERAN 50
Seperti mana tuan-tuan dan puan-puan rakan seperjuangan sedia maklum, Akta
Veteran telah mendapat sokongan sebulat suara dan diluluskan oleh Parlimen pada November 2012. Pada ketika ini, saya telah dimaklumkan Draf Peraturan Veteran telah dimajukan ke Jabatan Peguam Negara (majlis peguam negara) pada Ogos 2014 bagi tujuan semakan dan kelulusan untuk pewartaan.
51
Dalam masa yang sama, pihak JHEV sedang menyediakan peraturan Majlis Veteran
Kebangsaan yang keahliannya terdiri daripada: Pengerusi: Menteri Pertahanan. Timbalan Pengerusi: Ketua Setiausaha Kementerian. Setiausaha: Ketua Pengarah JHEV. Ahli
: 2 orang di kalangan Persatuan Veteran. : 3 orang dari agensi-agensi kerajaan (yang difikirkan mampu untuk membantu veteran).
15
52
Di samping itu, pejabat peguam negara juga sedang membuat kajian yang melibatkan
elaun dan tuntutan lain yang diperlukan disamping arahan pentadbiran Majlis Veteran berkenaan. Setelah selesai, Menteri Pertahanan akan menandatangani notifikasi akta berkenaan dan Jabatan Hal Ehwal Veteran akan mengambil alih fungsi Pendaftar Persatuan (ROS) serta merta. Saya dimaklumkan bahawa JHEV sedang mewujudkan Bahagian Khas Penguatkuasaan Akta Veteran.
53
Sehubungan itu, saya mengharapkan seluruh warga Veteran dapat menerima
pembaharuan ini dengan perasaan dan hati yang terbuka demi kebaikan warga veteran seluruh negara. Saya bersama kepimpinan persatuan berjanji dan berikrar mengamati perlaksanaan fungsi Majlis Veteran ini dan akan memastikan kewujudannya benar-benar membawa manfaat kepada seluruh warga Veteran. PENUTUP
54
Akhir sekali, saya menyeru semua perwakilan agar menggunakan persidangan ini
untuk menentukan perkara dan isu yang ingin kita perjuangkan demi kepentingan kita bersama. Saya juga berharap marilah kita sama-sama melaksanakan persidangan perwakilan ini dengan penuh beretika dan berhemah supaya dapat menghasilkan satu persidangan yang berjaya dalam serba serbi.
55
Dalam pada itu, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kapt Dato’ Yusof bin
Yaacob, YDP PVATM Negeri Kedah dan Ahli Jawatankuasanya yang telah sudi menjadi tuan rumah kepada Persidangan Perwakilan tahun ini.
56
Saya dengan ini menjemput semua yang hadir untuk berdiri bersama saya untuk kita
menteriakkan kata-kata keramat “Gempur Wira” bagi mengingati perjuangan dan pengorbanan kita di masa dahulu dan perjuangan yang kita akan teruskan di masa hadapan. “Gempur…… Wira. Gempur…… Wira. Gempur…….. Wira.
Sekian, selamat meneruskan perjuangan dan selamat bersidang. Walbillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.
16