PENERANGAN Calon dikehendaki menerangkan beberapa perkara yang dilihatnya dalam gambar (yang telah ditatapnya terlebih dahulu) dan memberikan respons peribadinya terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam gambar tersebut.
TATACARA
1 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
TENTANG LIPS Gunakan kaedah ini untuk menceritakan setiap kejadian yang terdapat di dalam gambar.
BERPINDAH Gunakan penanda wacana yang pelbagai untuk berpindah ke bahagian-bahagian yang lain. Sebagai contoh: Tidak jauh dari situ … Di sebelah mereka … Beberapa langkah dari situ … Tidak jauh daripada mereka …
Laporkan Laporkan apa yang dilihat.
Ulangi penggunaan LIPS.
Interpretasi Ceritakan mengapa agaknya kejadian dalam gambar itu berlaku. (Mungkin …)
Pendapat Berikan penpat kamu tentang kejadian tersebut.
Sekiranya Nyatakan apa yang akan kamu lakukan sekiranya kamu berada di situ. Kamu juga boleh membayangkan diri kamu sebagai watak dalam gambar.
KESIMPULAN Simpulkan penceritaan kamu. “Demikianlah suasana di … … … … ini.”
2 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
CONTOH
CERITAKAN GAMBARAN KESELURUHAN Gambar ini menunjukkan suasana di sebuah pusat beli-belah. Ada ramai orang di sini. Terdapat juga beberapa kejadian yang menarik. Di sebelah kiri gambar ini … … …
3 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
Laporkan Di sebelah kiri gambar ini terdapat seorang wanita di dalam sebuah kedai emas.
Interpretasi Mungkin dia hendak membeli barang kemas.
Pendapat Pada pendapat saya, dia harus berhati-hati jika memakai barang kemas. Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja.
Sekiranya Sekiranya wanita ini ibu saya, saya akan memastikan dia memakainya hanya ketika perlu.
LIPS
4 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
Laporkan
LIPS
Tidak jauh dari situ, ada seorang lelaki di kedai menjual raket badminton.
Interpretasi Mungkin dia minat akan sukan.
Pendapat Pada pendapat saya, sukan boleh menjaga kesihatan.
Sekiranya Sekiranya saya lelaki ini, saya akan bermain badminton pada setiap hujung minggu.
5 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
LIPS Laporkan Beberapa langkah dari situ, kelihatan dua orang di eskalator. Seorang sedang menuruninya. Seorang lagi sedang menaikinya.
Interpretasi Lelaki ini mungkin baru pulang dari kerja. Budak lelaki ini pula kelihatan sedang bermain-main.
Pendapat Pada hemat saya, perbuatan budak lelaki ini membahayakan dirinya. Kemalangan boleh berlaku.
Sekiranya Kalaulah saya lelaki dewasa ini, saya akan berkata kepadanya, “Adik, jangan bermain-main di situ! Nanti kamu jatuh!”
6 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
LIPS Laporkan Bersebelahan dengan eskalator itu, kelihatan seorang wanita dan seorang budak perempuan sedang duduk berehat.
Interpretasi Mungkin mereka sedang berehat setelah penat berbelanja.
Pendapat Pada pandangan saya, mereka perlu berhati-hati. Beg mereka perlu diawasi, takut-takut akan dibawa lari.
Sekiranya Seandainya saya di situ, saya akan menasihatkan mereka supaya berjaga-jaga.
7 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
LIPS Laporkan Tidak jauh daripada mereka, ada seorang wanita dan seorang budak kecil. Budak itu sedang menudingkan jarinya ke arah sesuatu.
Interpretasi Saya yakin, budak itu ternampak sesuatu yang menarik perhatiannya.
Pendapat Pada pendapat saya, wanita itu perlu mengawasi budak perempuan itu. Saya selalu terdengar cerita tentang budakbudak yang sesat di pusat beli-belah.
Sekiranya Kalaulah saya budak perempuan itu, saya akan memegang tangan wanita itu dengan kuat.
8 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
LIPS Laporkan Beberapa langkah dari situ, ada dua orang wanita yang sedang membawa beberapa buah beg.
Interpretasi Saya apsti, mereka baru selesai berbelanja.
Pendapat Pada pandangan saya, mereka perlu sentiasa berjaga-jaga. Kalaulah mereka kehilangan beg-beg itu, mereka pasti akan berasa sedih.
Sekiranya Seandainya saya menjadi mereka, saya akan sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga.
9 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
… CONTOH
KESIMPULAN Demikianlah suasana di pusat beli-belah ini.
10 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
RUBRIK PENERANGAN BERDASARKAN GAMBAR Jalur Pencapaian 1 Isi
● padat
● mencukupi
3 ● tidak mencukupi
● sesuai
● pada umumnya, sesuai
● tidak sesuai
● mampu menerangkan gambar dengan amat jelas, lancar dan yakin
● mampu menerangkan gambar dengan jelas dan lancar dengan menggunakan pernyataan mudah
● tidak mampu menerangkan gambar dengan jelas dan lancar, hampir tidak ada respons meskipun setelah beberapa kali dirangsang
● mampu mengembangkan idea dengan baik Respons
● mampu membuat interpretasi yang baik
2
● mampu mengembangkan idea apabila dirangsang ● mampu membuat interpretasi apabila dirangsang
● tidak mampu mengembangkan idea meskipun setelah beberapa kali dirangsang ● tidak mampu membuat interpretasi meskipun setelah beberapa kali dirangsang
11 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Rendah Griffiths Gambar 1
12 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
NOTA PENTING
Baku. Laporkan kejadian. LIPS Berikan kesimpulan
Unit Bahasa Melayu Jabatan Bahasa Ibunda Sekolah Rendah Griffiths Gambar 2
13 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir
NOTA PENTING
Baku. Laporkan kejadian. LIPS Berikan kesimpulan
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
14 | Persiapan Ujian Lisan PSLE 2010 Disiapkan oleh Zaidy Nandir