TAJUK : ONION PEELER MACHINE NAMA AHLI KUMPULAN : 1. MUHAMMAD SYAAMIL BIN HAMIDY(02DKM13F1120) 2. MUHAMMAD BIN YAACOB(02DKM13F1090) 3. MOHD AMIRUL ASHRAF BIN SHAMSUDIN(02DKM13F1175) NAMA PENYELIA : ENCIK MUHAMAD SOFFI BIN MANDA
Projek ini diaplikasikan daripada pemerhatian berdasarkan cara manual yang digunakan sekarang iaitu mengupas kulit bawang. Objektif projek ini dihasilkan adalah untuk merekabentuk mesin pengupas kulit bawang untuk kegunaan industri kecil dan sederhana dalam sektor makanan. Tambahan lagi, terdapat beberapa skop kajian yang telah ditetapkan dalam projek ini iaitu, keupayaan mesin ini mampu mengupas kulit bawang dengan kuantiti yang banyak, mampu mengasingkan bawang dan kulit bawang tersebut serta mesin ini hanya boleh digunakan untuk mengupas kulit bawang sahaja. Kesemua ini ditetapkan bagi menyelesaikan beberapa masalah yang timbul dengan penggunaan kaedah sedia ada antaranya, memerlukan tenaga kerja yang ramai dan memerlukan tempoh masa yang agak lama untuk mengupas kulit bawang dalam kuantiti yang banyak. Bahan bagi projek ini juga perlu mempunyai ciri-ciri khas iaitu tahan karat dan tidak menjejaskan makanan. Manakala bagi proses pembentukkan komponen, kajian metodologi digunakan bagi merancang proses penghasilan projek dengan menggunakan carta alir sebagai panduan untuk perancangan penghasilan dan pengujian projek. Hasilnya, keseluruhan projek ini berjaya dihasilkan dengan kadar purata penjimatan masa berbanding kaedah tradisional sebanyak 45%. Berdasarkan keputusan ini, hasil analisa dan perbincangan yang telah dijalankan, dapat dirumuskan bahawa “Onion Peeler Machine” ini telah mencapai objektif yang telah dibincangkan. Selain itu, alat ini juga terbukti mampu menjimatkan masa berbanding cara tradisional.
BAB 1 PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN Bawang merupakan umbi pokok yang tertanam dalam tanah. Bagaimanapun
bawang berbeza dengan ubi-ubi lain disebabkan bawang terbentuk daripada lapisan daun-daun yang berpadu membentuk umbi ubi bawang. Bawang merah dikelaskan dalam keluarga Alliaceae dalam Asparagales. Nama saintifik adalah Allium cepa var.arggregatum. Bawang merah lebih kecil serta lebih manis rasanya berbanding bawang besar. Bawang merah merupakan tanaman semusim. Ia memiliki umbi yang berlapis (bulb), berakar serabut dan daun berbentuk silinder berongga. Umbinya terbentuk daripada pangkal daun yang bersatu dan membentuk batang yang kemudian berubah bentuk dan fungsinya yang seakan-akan umbi berlapis. Jadi, umbi bawang merah bukanlah ubi sebenarnya seperti ubi kentang ataupun ubi keledek. Ia dibentuk dari lapisan-lapisan daun yang membesar dan kemudiannya bersatu. Rasa bawang merah adalah sedikit pedas dan berangin. Oleh yang demikian, setelah beberapa perbincangan bersama ahli kumpulan dan penyelia projek, satu projek mesin pengupas kulit bawang dipilih. Ia merupakan mesin yang dicipta bertujuan untuk memudahkan para pengusaha khususnya pengusaha industri kecil-kecilan dimana penggunaannya lebih menjurus kepada pembuangan kulit bawang dalam kuantiti yang banyak. Mesin pengupas kulit bawang ini mampu mengasingkan bawang dengan kulit bawang tersebut. Oleh itu mesin ini dinamakan sebagai “Onion Peeler Machine”. “Onion Peeler Machine” dicipta bagi memudahkan kerja-kerja pengupasan kulit bawang dan pengupas kulit bawang ini mampu mengasingkan bawang dengan kulit secara efektif bertujuan untuk memenuhi keperluan dan kehendak para pengusaha makanan yang amat memerlukan mesin seumpama ini bagi memudahkan proses pengupasan kulit bawang tanpa meggunakan persediaan yang rumit dan tenaga
yang banyak. Produk inovasi seperti ini diharapkan dapat membantu golongan komuniti di peringkat akar umbi bagi meningkatkan produktiviti para pengusaha makanan.
1.2
OBJEKTIF Objektif projek merupakan matlamat yang ingin dicapai di akhir penghasilan
projek. Antara objektif utama yang dapat dikemukakan dalam penghasilan “Onion Peeler Machine”. i.
Untuk mengira tujahan motor yang digunakan.
ii.
Untuk membina sebuah mesin pengupas kulit bawang.
iii.
Dapat menguji mesin pengupas kulit bawang yang dibina dari segi penjimatan masa dan kuantiti.
1.3
PENYATAAN MASALAH Produk yang dihasilkan iaitu mesin “Onion Scrapper Machine” adalah
sebagai satu medium bagi memudahkan kerja pengupasan kulit bawang dengan lebih efektif. Produk ini dapat memberi manfaat kepada golongan peniaga kecil-kecilan yang berminat untuk menjalankan aktiviti pengusahaan makanan. Melalui idea inovasi yang dihasilkan beberapa masalah dapat diatasi bagi memudahkan kerja pengupasan kulit bawang. Melalui pemerhatian yang dijalankan, para pengusaha makanan masih menggunakan kaedah tradisional bagi kerja mengupas kulit bawang iaitu dengan mengupas kulit bawang secara manual menggunakan pisau pemotong yang biasa dan memakan masa dan tenaga kerja yang berlebihan. Oleh yang demikian, satu idea inovasi dihasilkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Penghasilan “Onion Peeler Machine” merupakan salah satu penyelesaian masalah bagi proses mengupas kulit bawang yang rumit kepada proses yang mudah dan cepat. Proses kerja bagi pengupasan kulit bawang menjadi rumit kerana memerlukan tahap ketelitian dan ketahanan kepedihan mata sekiranya dilaksanakan secara tradisonal dengan menggunakan kaedah pemotongan menggunakan pisau biasa. Oleh yang demikian, produk bagi penyelesaian masalah untuk proses pengupas kulit
bawang yang dihasilkan iaitu “Onion Peeler Machine” ini adalah lebih ringkas dan mudah kerana proses kerja dilaksanakan pada satu ruang kerja dan hanya memerlukan seorang tenaga kerja tanpa perlu kawasan dan tenaga kerja yang berlebihan serta dapat menjimatkan masa.
Selain daripada itu, rekabentuk yang dihasilkan memainkan peranan yang penting bagi memenuhi kehendak para pengguna dan pengusaha makanan yang sentiasa mengharapkan suatu inovasi produk bagi memudahkan proses kerja mengupas kulit bawang tanpa proses yang rumit. Rekabentuk yang dilakukan ialah dengan mengubah mesin kelapa parut kepada “Onion Peeler Machine”.
1.4
SKOP Setiap produk yang direkabentuk haruslah mempunyai had-had pelaksanaanya
yang tertentu. Ia bertujuan untuk mengelakkan perlaksanaannya tidak terkeluar dari skop sebenar yang telah ditetapkan . Antara skop-skop projek “Onion Peeler Machine” ini adalah :i.
Keupayaan mesin ini mampu mengupas kulit bawang dengan kuantiti yang banyak
ii.
Mesin pengupas kulit bawang ini mampu mengasingkan bawang dengan kulit bawang tersebut
iii.
Penghasilan mesin ini hanya boleh digunakan untuk mengupas kulit bawang sahaja.
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1
PENGENALAN BAB Tanaman bawang merah berasal dari Asia Tengah iaitu disekitar Palestin
(Sunarjono dan Soedarmo, 1989). Tanaman ini merupakan tanaman tertua dari salahsilah budaya tanaman oleh manusia. Hal ini antara lain ditunjukan pada zaman I dan II (3200-2700 sebelum masehi) bangsa Mesir sering melukiskan bawang merah pada patung dan tugu-tugu mereka. Di Israel tanaman bawang merah dikenal tahun 1500 sebelum masehi. ( Rukman Rahmat, 1994). Pada tahun 2100 sebelum masehi bawang merah telah dikembangkan di Yunani Kuno sebagai sarana pengubatan (Sunarjono dan Soedarmo, 1989). Mesin pengupas kulit bawang , mesin onion, mesin kulit bawang merah, mesin kupas kulit bawang, mesin pengolah bawang, yang berfungsi untuk pengupasan kulit luar dari bawang merah untuk proses pembersihan bawang. Dengan “Onion Peeler Machine” ini akan mempercepatkan kerja anda dalam pengupasan kulit bawang merah. Hasil kerja mesin 5 kali lebih cepat daripada kerja manual. Sistem pengupasan “Onion Peeler Machine” menggunakan blower atau tekanan angin. Bawang dimasukkan dan terdapat sukatan bagi setiap beberapa masukan agar bawang tidak terlalu penuh di dalam mesin dan pengupasan maksimum. Pada saat kita mengupas bawang, senyawa bersulfur yang terkandung dalam bawang akan bereaksi dengan suatu enzim sehingga menghasilkan asam sulfenat. Asam sulfenat bersifat tidak stabil sehingga dengan cepat akan berubah menjadi senyawa lain yang lebih stabil iaitu propanetiol S-oksida yang mudah menguap. Senyawa yang menguap ini kemudian berinteraksi dengan mata kita dan membentuk asam sulfur. Asam sulfur bersifat mengiritasi mata sehingga mata kita akan terasa perih dan menjadi kemerahan. Sebagai perlindungan terhadap mata, maka mata akan memproduksi air mata untuk membantu mengeluarkan senyawa yang mengiritasikan mata kita
2.2
KAEDAH KAJIAN MAKLUMAT
2.2.1
Kajian Ilmiah Di dalam era baru dunia teknologi, penggunaan kajian ilmiah yang terdahulu
boleh memberikan banyak kelebihan
dan ianya amat berguna sekali kepada
penyelidik di dalam proses untuk menyiapkan tugasan berdasarkan fakta, maklumat dan pembangunannya. Selain itu, kajian terhadap sesuatu rekabentuk adalah sangat penting bagi menghasilkan produk yang berkualiti terhadap pengguna. Maka dengan itu, kajian terhadap proses menghasilkan mesin perlu dilakukan untuk memperolehi maklumat berkaitan dengan rekabentuk, bahan mantah, kaedah pemasangan dan lainlain.
2.2.2
Internet Antara kaedah utama yang digunakan untuk mencari maklumat adalah melalui
internet.
Dengan menggunakan maklumat melalui internet, kerja-kerja pencarian
menjadi lebih mudah dengan hanya melayari laman-laman web yang berkenaan sahaja dan dengan adanya internet ini ia membantu mempercepatkan proses pencarian maklumat dengan lebih tepat.
2.2.3
Bahan Bacaan Selain itu, bahan bacaan juga turut digunakan bagi melengkapkan dan
menambahkan lagi maklumat untuk menyiapkan projek ini.
2.3
ELEMEN PENYELIDIKAN Mengenalpasti masalah yang dihadapi semasa melakukan kerja-kerja
rekabentuk dilakukan contohnya seperti bahan yang digunakan, kedudukan mata alat diletakkan agar tiada masalah keselamatan berlaku. Setelah dilukis rekabentuk akan dianalisis dengan mengkaji mengenai kegunaan mesin kepada orang awam, kelebihan “Onion Peeler Machine” dan fungsi yang terdapat di dalam mesin tersebut.
2.3.1
Kajian Mengenai “Onion Peeler Machine” Di dalam kajian literasi yang memerlukan kami untuk mengkaji dengan lebih
mendalam mengenai projek mesin yang pernah dilaksanakan sebelum ini. Oleh itu kami telah membuat dan pemerhatian mengenai alatan yang perlu digunakan dalam pembuatan mesin ini. Kami telah membuat pemerhatian melalui pencarian di internet dan tinjauan orang ramai dimana untuk membuat kajian mengenai penghasilan dan tahap penggunaan mesin tersebut.
2.3.2
Latar Belakang Penyelidikan Penyelidikan
mengenai
merekabentuk
“Onion
Peeler
Machine”
ini
mempunyai beberapa analisis tentang rekabentuk mesin pengupas bawang merah yang telah ada dipasaran. Mesin pengupas bawang merah sama halnya dengan mesin pengupas bawang putih,hanya berbeza jika mesin pengupas bawang merah ini memerlukan kompresor udara dengan berkekuatan 15 PK dengan tekanan udara 1,2 Mkubik/minit (belum termasuk) mesin ini mampu mengupas 300 Kg/jam, harga yang telah ditawarkan untuk mesin ini adalah US $ 3.500 harga yang tercantum diatas adalah harga untuk mesin pengupas bawang putih yang harga asalnya US $ 2.100 digandakan dengan kurs rupiah 10.000. harga yang berlaku adalah harga US $ 2.100 digandakan dengan nilai tukar rupiah pada saat transaksi berlangsung.
2.3.3
Kajian Pemilihan Bahan Pemilihan bahan adalah sangat penting kerana penghasilan sesuatu produk
seharusnya menitik beratkan dan merujuk pada bahan yang dipilih dan hendaklah bersesuaian dengan rekabentuk dari segi aspek sifat mekanikal dan sifat fizikalnya. Antara faktor lain yang perlu dipertimbangkan ialah: i.
Bahan yang dipilih mestilah mudah diperolehi
ii.
Bahan yang dipilih mestilah mudah dibentuk dan berkualiti Peralatan dan bahan yang akan digunakan telah diteliti dan telah dipastikan
keupayaannya: i.
Tahan lasak
ii.
Tahan akan tekanan yang akan dikenakan
2.3.4
Sifat Bahan Menentukan sifat logam merupakan faktor penting yang perlu diambil kira
dalam pemilihan bahan kejuruteraan sebelum merekabentuk sesuatu produk atau struktur bangunan.. Sifat mekanik logam pula adalah keupayaan struktur logam untuk berubah apabila dikenakan daya atau beban keatasnya. Sifat-sifat tersebut ialah: i.
Kerapuhan Merujuk kepada sifat logam yang mudah retak atau pecah apabila dikenakan
daya hentaman ke atasnya. Contoh produk yang bersifat kerapuhan ialah kerangka mesin yang diperbuat dari besi tuang kelabu. Sifat kerapuhan diuji menggunakan mesin penguji charpy. ii.
Kemuluran Keupayaan logam diregangkan tanpa putus. Contoh produk yang mempunyai
sifat mulur ialah rod dan dawai keluli lembut. Sifat kemuluran diuji menggunakan mesin ujian tegangan iii.
Kekerasan Merujuk kepada sifat bahan yang boleh menahan haus, perubahan bentuk,
tusukan dan lelasan. Contoh produk ialah mata alat pemotong, roda dan rail keretapi serta bahagian mesin yang bergesel. Sifat kekerasan diuji menggunakan mesin penguji Brinnel, Rockwell atau Vikers. iv.
Ketempaan Merujuk kepada sifat logam yang mudah dibentuk tanpa retak atau pecah.
Contoh produk bersifat ketempaan ialah rivet dan kepala alat pematri lembut. Sifat ketempaan diuji menggunakan mesin ujian tegangan. v.
Keanjalan Sifat logam yang boleh kembali semula kepada bentuk asal selepas dikenakan
daya atau beban. Digunakan untuk membuat pegas.Contoh produk ialah berlapis dan pegas bergelung. Sifat keanjalan
pegas
diuji menggunakan mesin ujian
tegangan vi.
Kekuatan Kekuatan logam ialah keupayaan menahan daya atau beban tanpa alah atau
berubah bentuk. Kekuatan logam diuji dengan cara membengkokkan sekeping logam. Walaupun logam itu bengkok (berubah bentuk) tetapi ia tidak pecah atau retak. Beban boleh dikenakan dengan berbagai-bagai cara seperti beban tegangan, beban mampatan atau beban ricih. Kekuatan yang ditunjukkan oleh beban diatas ialah kekuatan
tegangan, kekuatan mampatan dan kekuatan ricih. Ukuran kekuatan ini biasanya dinyatakan dalam kilogram per sentimeter persegi. Misalnya kekuatan tegangan keluli ialah 4250 kg per cm2. Ini bermakna bahawa beban maksimum yang diperlukan untuk memutuskan logam itu secara tegangan ialah 4250 kg.
2.3.5
Bahan Yang Digunakan Didalam Projek Pemilihan bahan merupakan satu faktor utama yang mempengaruhi: i.
Kos produk ( kadar pembuatan, kos bahan ).
ii.
Kualiti dan kuantiti produk.
iii.
Persekitaran
Antara bahan yang digunakan dalam projek bagi menghasilkan “Onion Peeler Machine” ini adalah :-
2.3.5.1
Mild Steel
Rajah 2.3.5.1
Keluli, juga dikenali sebagai besi baja atau besi waja adalah sejenis aloi yang bahan utamanya ialah besi, dengan sedikit kandungan karbon di antara 0.02% dan 1.7 atau 2.04% mengikut berat (C:1000–10,8.67Fe), bergantung kepada gred. Karbon adalah bahan sebatian paling murah dan berkesan bagi besi, tetapi pelbagai unsur sebatian lain yang turut digunakan seperti manganese dan tungsten.
Karbon dan unsur lain bertindak sebagai agen pengeras, menghalang kerawang kristal (crystal lattice) dalam atom besi berpisah dengan tergelincir sesama sendiri. Jumlah unsur sebatian yang berbeza dan bentuk kehadirannya dalam keluli (unsur solute, fasa precipitated) mengawal kualiti seperti kekerasan, kelenturan, dan
kekenyalan keluli yang terhasil. Besi dengan peningkatan kandungan karbon mampu menjadi lebih kukuh dan kuat berbanding besi , tetapi ia juga lebih rapuh. Maksima kelarutan karbon dalam besi (di kawasan austenite) adalah 2.14% menurut berat, berlaku pada 1149 °C; kandungan karbon yang lebih tinggi atau suhu yang lebih rendah akan menghasilkan cementite. Sebatian besi dengan kandungan karbon lebih tinggi dari ini dikenali sebagai besi tuang kerana kadar leburnya yang lebih rendah. Keluli juga dibezakan dari besi tempa (wrought iron) dari segi kandungan yang mengandungi hanya sejumlah kecil unsur lain, tetapi mengandungi 1–3% slag menurut berat dalam bentuk partikel memanjang pada satu arah, memberikan ciri-ciri urat besi. Ia lebih tahan karat berbanding keluli dan lebih mudah dipetri. Tetapi pada masa kini istilah ini jarang digunakan dalam industri keluli. Ia merupakan perkara biasa pada masa kini bagi merujuk 'industri besi keluli' seolah-olah ia satu entiti, tetapi dalam sejarah ia merupakan keluaran yang berbeza. Sungguhpun besi telah dihasilkan melalui pelbagai kaedah tidak efisen lama sebelum Renaissance, kegunaannya lebih biasa selepas kaedah lebih efisen dicipta pada abad ke-17. Dengan ciptaan proses Bessemer pada pertengahan abad ke-19, besi menjadi barangan keluaran pukal yang murah dari segi perbandingan. Peningkatan lanjut dalam proses tersebut, seperti penghasilan besi asas oksijen, menurunkan lagi kos penghasilan sementara pada masa yang sama meningkatkan kualiti logam. Hari ini, keluli merupakan salah satu bahan yang biasa didapati di dunia dan merupakan komponen utama dalam pembinaan bangunan, perkakasan, kereta, dan peralatan utama. Keluli moden biasanya dikenali menurut gred keluli yang ditakrifkan oleh pelbagai organisasi piawaian.
2.3.5.2
Plastik
Rajah 2.3.5.2 Plastik merupakan bahan baru yang semakin berkembang. Plastik banyak digunakan untuk berbagai macam bahan dasar . Penggunaan plastik dapat dipakai sebagai bahan pengemas, konstruksi, elektroteknik, automotif, mebel, pertanian, peralatan rumah tangga, bahan pesawat, kapal mainan, dan sebagainya. Penggunaan plastik di berbagai bidang seperti di atas di dasarkan pada alasan bahwa bahan plastik mempunyai keunggulan dibandingkan dengan bahan lain antara lain, seperti tidak mudah berkarat, kuat, tidak mudah pecah, ringan dan elastic. Plastik adalah senyawa polimer yang terbentuk dari polimerasi molekulmolekul kecil(monomer) hidrokarbon yang membentuk rantai yang panjang dengan struktur yang kaku. Plastik merupakan senyawa sintesis dari minyak bumi(terutama hidrokarbon rantai pendek)yang dibuat dengan reaksi polimerisasi molekul-molekul kecil(monomer) yang sama, sehingga membentuk rantai panjang dan kaku dan akan menjadi padat setelah temperature pembentukannya. Monomer yang sering digunakan adalah etena (C2H4), propena(C3H6), strene(C8H8), vinil klorida, nylon dan karbonat(CO3). Plastik merupakan senyawa polimer yang penamaannya sesuai dengan nama monomer nya dan diberi awalan poli-. Contohnya plastic yang terbentuk dari monomer-monomer propena, namanya adalah polipropilena(Wardani,2009).
2.3.5.3
Aluminium
Rajah 2.3.5.3 Aluminium (atau aluminium) adalah unsur kimia dalam kumpulan boron dengan simbol Al dan nombor atom 13. Ia adalah perak putih, dan ia tidak larut dalam air di bawah keadaan biasa.Aluminium adalah elemen ketiga paling banyak (selepas oksigen dan silikon), dan logam yang paling banyak, dalam kerak Bumi. Ia membentuk kira-kira 8% mengikut berat permukaan pepejal Bumi. Aluminium adalah logam begitu kimia reaktif bahawa spesimen asli jarang berlaku dan terhad kepada persekitaran mengurangkan melampau. Sebaliknya, ia didapati digabungkan dalam lebih 270 mineral yang berbeza bijih ketua aluminium bauksit. Aluminium adalah luar biasa bagi kepadatan rendah logam dan untuk keupayaan untuk menahan kakisan akibat fenomena passivation. Komponen struktur yang diperbuat daripada aluminium dan aloi adalah penting kepada industri aeroangkasa dan adalah penting di kawasan-kawasan lain pengangkutan dan bahan struktur. Sebatian yang paling berguna aluminium, sekurang-kurangnya berdasarkan berat badan, adalah oksida dan sulfat. Walaupun kelaziman dalam persekitaran, garam aluminium tidak dikenali untuk digunakan oleh sebarang bentuk kehidupan. Selaras dengan pervasiveness, aluminium diterima baik oleh tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Disebabkan kelaziman mereka, potensi bermanfaat (atau sebaliknya) Peranan biologi sebatian aluminium adalah kepentingan berterusan.
2.3.5.4
Perspek
Rajah 2.3.5.4 Perspek adalah merupakan sejenis plastic yang keras dalam kumpulan thermoplastics.Ia juga dinamakan acrylic.Perspek terdapat dalam pelbagai warna dan ketebalan.Perspek biasanya digunakan untuk membuat pan tanda, kotak lutsinar dan gogal. Boleh didapati dalam bentukkepingan, rod dan tiub. Bahan ini ringan, tahan lama dan kuat tetapi mudahretak dan tergores. Klorofom atau simen pelarut digunakan untuk mencantumkan antara dua keping perspek. Perspek juga boleh dibentuk dengan menggunakan haba.
2.3.5.5
Papan Memotong
Rajah 2.3.5.5 Papan memotong dapur yang biasanya diperbuat daripada kayu, lamina kayu, komposit, atau bahan-bahan plastik dan digunakan sebagai permukaan untuk memotong, menghiris, memotong, atau pecincang produk makanan. Kayu, bahan komposit dan plastik (polypropylene, polietilena, polyacrylic, dan polistirena) papan
memotong datang dalam pelbagai ketebalan, bentuk dan saiz untuk memenuhi pelbagai penyediaan dan penyimpanan keperluan yang berbeza. Papan memotong kayu perlu dibasuh selepas makanan telah disediakan di atasnya, kerana kayu mempunyai kecenderungan untuk mengekalkan zarah makanan atau menyerap kelembapan yang boleh menyebabkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan Salmonella dan E. coli. Papan memotong plastik biasanya diperbuat daripada bahan poli yang lembut dan tidak merosakkan pisau serta boleh dibasuh dan mesin basuh pinggan mangkuk selamat untuk pembersihan menyeluruh. Walau bagaimanapun, seperti kayu, bakteria boleh juga tumbuh di plastik. Oleh itu, peraturan yang paling penting adalah untuk sentiasa membersihkan permukaan dengan sempurna selepas setiap bahan seperti daging mentah, ayam, ikan, kerang, dan makanan lain telah diletakkan di papan supaya mereka tidak mencemarkan bahan lain.
2.4
ANGGARAN KOS YANG DIPERUNTUKKAN Faktor kos yang akan diperuntukkan adalah faktor yang penting kerana untuk
faktor kos dapat memastikan penghasilan sesuatu rekacipta tidak menjadi suatu pembaziran dan dapat menghasilkan suatu rekacipta yang akan memudahkan pengguna dengan fungsi dan harga rekacipta tersebut.
2.4.1
Anggaran Kos Bahan Dan Komponen Dalam menghasilkan sesuatu projek, kos yang ditanggung dalam menyiapkan
projek dan kos untuk menyelenggara mesin adalah sesuatu yang penting.. Kos adalah sangat penting kerana ianya bakal menentukan kualiti bahan tersebut. Analisa terhadap kos perlulah dilakukan supaya anggaran kos diketahui. Secara amnya kos boleh dibahagi kepada beberapa bahagian iaitu ;
2.4.2
Kos Bahan Dan Komponen
i.
Kos pasti
ii.
Kos kemahiran
iii.
Kos keseluruhan i)
Kos pasti
Kos pasti melibatkan kos pentadbiran, penyelidikan, bil-bil dan sebarang kos yang akan tetap dibayar sekalipun tiada produk yang dihasilkan. ii)
Kos kemahiran Kos kemahiran adalah kos yang berdasarkan kemahiran pekerja dalam melakukan kerja. Dalam proses penghasilan projek ini, kos kemahiran diambil kira ialah kemahiran merekabentuk, mengimpal, dan juga kos untuk memasang komponen-komponen pada mesin.
iii)
Kos keseluruhan Kos keseluruhan = Kos bahan dan Kos pembelian Komponen + Kos Pasti + Kos Pembelian
Kos bahan mentah merupakan kos yang penting dalam proses pengeluaran dan member kos bahan mentah dalam penghasilan projek ini. Berikut adalah senarai bahan-bahan mentah utama yang digunakan; i.
Mild steel
ii.
Motor
iii.
Plastik
iv.
Getah gasket
v.
Papan memotong
vi.
Aluminium
Bil
Bahan
Unit
Harga seunit
Jumlah (RM)
(RM) 1
Mild steel
4 kg
4.00
16.00
2
Besin plastic
1
9.00
9.00
3
Motor
1
90.00
90.00
4
Cat
1 botol
10.00
10.00
5
Perspek
1
40.00
40.00
6
Aluminium
1.3 kg
0.30
39.00
7
Papan memotong
1
8.00
8.00
8
Getah gasket
3 kg
6.00
18.00
2.5
TEKSTUR MESIN Tekstur merupakan pemilihan warna yang digunakan untuk memastikan mesin
ini kelihatan kemas dan menarik. Oleh itu pemilihan warna perlulah sesuai agar menjadi mesin ini kelihatan menarik. Mesin pengupas kulit bawang ini menggunakan getah gasket, ia memerlukan geseran yang kuat bagi tindakbalas antara bawang. Ini merupakan pemilihan yang tepat bagi mendapatkan tekstur bawang yang lebih berkualiti selepas dikupas.
KELEBIHAN “ONION PEELER MACHINE” YANG DIHASILKAN
2.6
i.
“Onion Peeler Machine” lebih tertumpu kepada pengusaha makanan secara kecil-kecilan dan industri besar yang melibatkan banyak pergerakkan, daya dan tenaga yang banyak.
ii.
“Onion Peeler Machine” ini mampu membuat pengupasan kulit bawang dengan kuantiti yang banyak.
iii.
“Onion Peeler Machine” dapat memastikan kawasan kerja sentiasa selamat daripada sebarang kemalangan.
iv.
“Onion Peeler Machine” mampu memberikan kualiti bawang yang baik selepas dikupas.
v.
“Onion Peeler Machine” ini lebih murah dan mampu dimiliki oleh industri kecil-kecilan.
2.7
CIRI-CIRI ERGONOMIK
Rajah 2.7 : Bidang Sains Dan Teknologi Yang Berkaitan Dengan Ergonomik Ergonomik merupakan satu kajian berkaitan dengan bidang kajian saintifik ke atas faktor kemanusiaan dalam suasana pekerjaan yang mempunyai kaitan atau interaksi di antara mesin dengan manusia. Prinsip-prinsip ergonomik ini perlu diambilkira dalam semua bidang kajian terutama yang berkaitan dengan rekabentuk sesuatu benda, peralatan, ruang kerja, persekitaran dan sebagainya. Ergonomik boleh menrangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kajian.
Rajah 2.7 : Ergonomik
BAB 3 METODOLOGI
3.1
PENGENALAN
Kajian metodologi merupakan proses dan kaedah yang dijalankan bagi mencapai matlamat dan objektif yang telah ditetapkan.
Di samping itu, ianya
menerangkan mengenai sumber-sumber data yang diperolehi untuk melengkapi kajian ini. Sumber-sumber data yang diperolehi daripada kajian literasi yang diproses dan dianalisis untuk mendapatkan matlamat yang lebih tepat dan jitu. Perancangan dan pemilihan kajian metodologi haruslah dibuat dengan teliti dan sebaik yang mungkin bagi memastikan data yang terkumpul bersesuai dengan objektif kajian yang ingin dicapai. Segala maklumat yang tidak berkaitan haruslah ditolak terlebih dahulu bagi memastikan kajian yang dijalankan tidak terpesongdan mempunyai maklumat yang diperlukan sahaja. Metadologi kajian ini dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu: i) Mengumpul data dan maklumat mengenai kajian. ii) Membuat pemerhatian dan kajian terhadap proses yang dijalankan oleh mesin. iii) Membuat kajian terhadap pemilihan bahan kejuruteraan dan kos-kos yang terlibat.
3.2 CARTA ALIR PROSES
MULA
Problem Statement
Research
Idea
Modification
Evaluation
Tamat
a) Problem Statement telah dinyatakan di dalam bab 1. b) Research juga telah dinyatakan di dalam bab 2.