TAJUK 1 SEJARAH AWAL MALAYSIA Masyarakat dan sistem pemerintahan tradisional Masyarakat zaman pra-sejarah Masyarakat Melayu tradisional Kerajaan Melayu awal Kerajaan Melayu Melaka
Kedatangan kuasa penjajahan Penjajahan Portugis dan Belanda Perluasan kuasa dan pentadbiran Inggeris Penjajahan Jepun 1
MASYARAKAT ZAMAN PRA-SEJARAH Zaman /Tahun
Ciri-ciri utama
Tinggal dalam gua Paleolitik • Kegiatan utama(Zaman Batu memungut hasil hutan dan Awal) memburu 35,000 tahun lalu • Mula menggunakan alatalat batu yang kasar dan ringkas
Kawasan
•
Mesolitik Gua dan ada yang tinggal (Zaman Batu di tebing sungai dan tasik. Mula bercucuk tanam Tengah) 11,000 tahun lalu Peralatan batu yang lebih halus buatan Mula membuat tembikar daripada tanah liat
Kuala Tampan, Perak Gua Niah, Sarawak Tingkayu, Sabah
Gua Cha, Kelantan Gua Kecil, Pahang Gua Kepah, Kedah Jenderam Hilir, Selangor Gua Madai, Sabah Gua Gamantang, Sabah 2 Gua Niah, Sarawak
MASYARAKAT ZAMAN PRA-SEJARAH Zaman /Tahun
Ciri-ciri utama
Neolitik Alat-alat batu lebih sempurna ( Zaman Batu Mula menternak binatang Baru ) Mula berhubung dengan 5,000 tahun lalu masyarakat tempat lain dan perdagangan bermula. Mencipta dan menggunakan alat perhiasan
Zaman Logam •Penduduk semakin ramai (Zaman Petempatan di kawasan lapang Gangsa-Besi) khasnya hampir sungai 2,500 tahun lalu Mula menggunakan peralatan logam Kehidupan lebih teraturr -menetap di satu tempat Mempunyai adat resam yang tersusun Pemerintah bernegara
Kawasan Gua Cha, Kelantan Gua Kecil, Pahang Gua Kepah, Kedah Jenderam Hilir, Selangor Gua Madai, Sabah Gua Gamantang, Sabah Gua Niah, Sarawak
Sungai Lang, Sungai Langat, Selangor Sungai Muar, Johor Sungai Tembeling, Pahang Sungai Terengganu, Terengganu Kota Gelangi, Johor
3
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL • Masyarakat tradisional – “masyarakat yang belum terdedah dengan proses pemodenan yang dicetuskan oleh Revolusi Perindustrian pada abad ke 18” • Masyarakat tradisional Melayu terdiri 2 peringkat: – Masyarakat Melayu feudal zaman Kesultanan Melaka – Masyarakat Melayu sebelum penjajahan Inggeris
• Agama dan budaya: – Peringkat awal – pengaruh anismisme – Awal abad 1 dipengaruhi oleh kebudayaan dan agama Hindu- Buddha – Bermula abad ke 10 mula menerima Islam.
• Sistem ekonomi – ekonomi saradiri : bertani, menangkap ikan, melombong, menternak, bertukang 4
MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL Sistem Politik • Sistem politik berasaskan struktur masyarakat feudal yang terdiri daripada kelas-kelas sosial - dipengaruhi oleh sistem kasta agama Hindu • Terbahagi kepada dua kelas/peringkat: 1.
Golongan pemerintah/kelas atasan: raja dan golongan bangsawan • •
2.
Raja berkuasa mutlak Konsep daulat dan derhaka
Golongan yang diperintah/kelas bawahan: rakyat biasa iaitu peniaga/pedagang, buruh (mahir dan biasa) dan hamba.
• Pentadbiran: – 3 unit politik utama dan pentadbir: Negeri (Raja), Daerah (Pembesar) dan Kampung (Penghulu) 5
KERAJAAN MELAYU AWAL • Awal abad 1 hingga sekitar abad ke 13 • Kebanyakan berpusat di kawasan pantai atau sungai • Pelabuhan perdagangan • Pengaruh Hindu-Buddha • Kerajaan Funan muncul sebagai sebuah kuasa terkuat di Asia Tenggara abad 1 hingga 6 • Kerajaan Srivijaya sebagai kuasa politik terkuat abad 7 -11 • Majapahit kuasa terkuat abad 13 selepas kejatuhan kerajaan Singhasari di Jawa. • Keagungan Majapahit berakhir dgn kemunculan kerajaan Melaka
CONTOH KERAJAAN Kepulauan Melayu • Kutei (Borneo) • Majapahit, Singhasari & Mataram (Jawa) • Funan (Sg. Mekong) • Champa (Vietnam) • Srivijaya (Sumatera) Semenanjung Tanah Melayu • Kedah Tua, Kedah • Gangga Negara, Perak • Chih-Tu, Kelantan • Tan-tan, Terengganu • Langkasuka, Patani
6
KERAJAAN MELAYU MELAKA • Dibuka oleh Parameswara @ Raja Iskandar Shah sekitar tahun 1400. • Kegemilangan Melaka (hampir satu abad – abad 15 dan awal 16): – – – –
Empayar jajahan yang luas di rantau Melayu Pusat perkembangan Islam Pusat perdagangan dan pelabuhan antarabangsa Mempunyai hubungan diplomatik dengan kuasa seperti Jawa, China dan India – Bahasa Melayu sebagai lingua franca
• Jatuh akibat serangan Portugis 1511 • Kejatuhan Melaka membawa kemunculan kerajaan Melayu Riau 7
KERAJAAN MELAYU MELAKA FAKTOR KEGEMILANGAN • Geo-strategik – Jalan perdagangan di antara barat dan timur • Ekonomi – Pusat perdagangan terkenal – Bahan asli/rempah ratus – Harga barang rendah – Sistem cukai dan matawang teratur • Politik dan pentadbiran – Sistem pentadbiran cekap dan tersusun – Sistem perundangan adil (Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka
8
KERAJAAN MELAYU MELAKA KEJATUHAN: FAKTOR DALAMAN • • • • •
Pemerintahan sultan lemah Pentadbiran negeri yang kucar kacir Permusuhan orang Melayu dan Tamil- Muslim Kegiatan perdagangan merosot Orang Laut tidak membantu semasa perang
KEJATUHAN: FAKTOR LUARAN • Kekuatan Portugis • Sikap tidak jujur saudagar asing • Pedagang beralih ke pelabuhan lain • Penemuan jalan perdagangan baru (Tanjung Harapan)
9
KEDATANGAN KUASA PENJAJAHAN Penjajah
Tempoh
Portugis
1511- 1641 (130 tahun)
Belanda
1641– 1824 (183 tahun)
Inggeris
1824– 1942 1945– 1957
Jepun
1942– 1945
Catatan Tertumpu di Melaka Kesan dari segi budaya dan agama
Tumpuan lebih ke Indonesia Kesan tidak besar
Seluruh Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak Kesan besar kepada sistem politik, ekonomi dan sosial Tentangan hebat daripada rakyat
Keseluruhan Tanah Melayu Kesan kepada hubungan antara kaum Tentangan rakyat
10
PENJAJAHAN PORTUGIS 1511-1641 • Matlamat kedatangan di Kepulauan Melayu: – Kuasa/kekayaan, perdagangan dan penyebaran agama Kristian
• Kesan: – Masyarakat Serani – Bahasa dan tulisan; tulisan rumi dan beberapa perkataan seperti jendela, almari, garpu, tuala, palsu. 11
PENJAJAHAN BELANDA 1641– 1824 • Menubuhkan Syarikat Hindia Timur Belanda pada 1602 untuk menguasai perdagangan rempah di kepulauan Melayu • 1641- Belanda menyerang Portugis di Melaka dengan bantuan kerajaan Melayu Johor • Penjajahan tertumpu di Indonesia dan Melaka di Tanah Melayu. • Pusat utama di Betawi (Jakarta) • Cuba menguasai perdagangan kain di India dan bijih timah di negeri2 Melayu • Pemerintahan berakhir dengan Perjanjian Inggeris Belanda (Perjanjian London) pada 1824 12
PENJAJAHAN INGGERIS • Matlamat: • Meluaskan perdagangan • Mendapatkan sumber bahan mentah • Persaingan dengan kuasa Eropah lain • 1786 Francis Light menduduki Pulau Pinang • 1819 Stamford Raffles menduduki Singapura selepas membuat perjanjian dgn Temenggong Abdul Rahman Johor • Wujud persaingan antara Inggeris di Singapura dan Belanda di Melaka • Persaingan tamat dengan Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac 1824. 13
Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
Belanda Mengiktiraf Singapura sebagai pelabuhan British Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan dengan manamana raja dan sultan di Tanah Melayu Menyerahkan Melaka kepada Inggeris Menyerahkan kepentingannya di India kepada British Inggeris menyerahkan Bengkulen (Bangkahulu) kepada Belanda Tidak membuat sebarang perjanjian dan persetiaan di Sumatera • Kesan : Kepulauan Melayu terbahagi kepada 2 kawasan geopolitik iaitu pengaruh Inggeris dan Belanda Berakhirnya empayar Melayu Johor-Riau kerana Johor dikuasai oleh Inggeris manakala Riau telah dikuasai oleh Belanda Pembahagian negeri-negeri di Tanah Melayu seperti Negeri-negeri Selat Penglibatan orang-orang Cina dalam aktiviti berdagang dan bertani 14
PENTADBIRAN INGGERIS • Negeri-negeri Selat (1826) – Singapura, Melaka dan Pulau Pinang
• Sistem Residen (1874-1888) – Perak, Selangor, Sg Ujong, Pahang, Negeri Sembilan • Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau NNMB (1896) – Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan
• Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu atau NNMTB (1909-1919) – Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Johor
• Desentralisasi (berperingkat) 1920-an – 1930-an 15
FAKTOR CAMPUR TANGAN INGGERIS Ekonomi bahan-bahan mentah sumber ekonomi Kebimbangan campurtangan kuasa asing lain Persaingan dengan kuasa Eropah lain Ketidakstabilan politik di negeri-negeri Melayu (anarki) Masalah politik; perebutan kuasa, perang saudara dan juga kegiatan lanun 16
Negeri-negeri Selat (NNS) Melaka, Pulau Pinang dan Singapura digabungkan di bawah satu pentadbiran pada 1826 Singapura ibu negeri dan pusat pentadbiran NNS bermula 1832 Ketiga-tiga negeri maju sebagai pelabuhan, aktiviti ekonomi semakin baik dan ancaman lanun dapat dikurangkan Bermula pada tahun 1850-an negeri-negeri Selat mula menimbulkan masalah dan Inggeris mula menunjukkan minat kepada negeri-negeri lain 17
Sistem Residen Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 • Perjanjian di antara Raja Abdullah dan Inggeris untuk mengatasi – isu perebutan kuasa (perang saudara antara Raja Abdullah dan Raja Ismail) – krisis dan kekacauan oleh kongsi gelap Cina (Perang Larut)
• Kesan : – Negeri Melayu terpaksa menjadi negeri di bawah naungan Inggeris. – Sultan perlu menerima nasihat pentadbiran daripada Inggeris melalui sistem Residen 18
Sistem Residen • Sistem Residen: – Inggeris memerintah secara tidak langsung melalui institusi politik yang sedia ada – bermatlamat untuk mengawal keamanan melalui pengenalan sistem pentadbiran dan undang-undang, pungutan cukai dan memajukan ekonomi dengan eksploitasi sumber asli yang ada
• Residen berperanan – Menasihati Sultan dalam hal pentadbiran kecuali hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu
• Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan untuk membincangkan pentadbiran dan masalah orang Melayu – tetapi keanggotaan di kuasai oleh orang asing.
19
Kelemahan Sistem Residen • Residen menerima arahan dari Inggeris dan bukan dari Raja • Gaji dibayar oleh negeri Melayu dan bukan oleh Inggeris • Tiada panduan khusus bidang tugas Residen • Perhubungan dengan Gabenor NNS jauh menyebabkan kuasa Residen tidak dapat dikawal • Sikap negatif Residen – mengubah sistem pemerintahan tradisi – memerintah mengikut cara tersendiri dengan pengetahuan tentang Negeri-negeri Melayu yang terbatas – tidak memahami dan menghormati adat resam, sikap, pandangan hidup dan sistem sosial orang Melayu – tidak menghormati kedudukan Sultan dan pembesar tempatan
• Sultan tidak mahu menerima nasihat Residen • Wujud ketidak-seimbangan dalam pembangunan di Negerinegeri Melayu 20
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) • Kelemahan Sistem Residen membawa kepada penubuhan NNMB • 1 Julai 1896, Perjanjian Persekutuan di antara pihak Inggeris dengan Raja-Raja Melayu - menyatukan pentadbiran Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan - diketuai oleh Residen Jeneral • Frank Swettenham - Residen Jeneral pertama • Kuala Lumpur ibu negeri bagi NNMB • Majlis Mesyuarat Raja-Raja Melayu (DURBAR) ditubuhkan • 1909 - Inggeris menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk menambah kuasa Sultan dan Residen • 1910 - jawatan Residen Jeneral diganti dengan jawatan 21 Ketua Setiausaha kepada Pesuruhjaya Tinggi
Kesan Pentadbiran NNMB • Berlaku pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur - keputusan penting diputuskan oleh Residen Jeneral • Kuasa Sultan semakin lemah dan berpusat pada agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja • Kerajaan negeri hilang kuasa perundangan dan pentadbiran • Pengambilan lebih ramai pegawai Inggeris daripada masyarakat tempatan di jabatan persekutuan 22
Kesan Pentadbiran NNMB • Pembahagian kuasa antara kerajaan persekutuan dengan negeri tidak jelas dan memihak kepada kerajaan persekutuan • Hasil negeri, cukai dan kewangan terletak ditangan kerajaan pusat menyebabkan kerajaan negeri tiada sumber kewangan yang kukuh • DURBAR tidak berfungsi kerana Residen Jeneral enggan ikut nasihat • Orang Melayu tidak dapat menikmati keuntungan dari pembangunan dan pentadbiran negeri 23
Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu • Perjanjian Bangkok 10 Mac 1909 – membentuk NNMTB • Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis disatukan di bawah satu pentadbiran. Johor menyertai pada 1914. • Seorang penasihat Inggeris dilantik di setiap negeri tersebut • Pentadbiran di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi • Sultan di NNMTB diberikan kebebasan dalam pentadbiran dan penasihat Inggeris bertindak sebagai penasihat semata-mata • Urusan hal ehwal pentadbiran dilaksanakan oleh pembesar tempatan • Majlis Mesyuarat Negeri ditubuhkan sebagai majlis penasihat
24
Dasar Desentralisasi (Pengagihan kuasa) • Diperkenalkan di NNMB kesan dari rasa tidak puas hati Sultan dan pemusatan kuasa di tangan Residen Jeneral • Tujuan – Untuk membentuk Persekutuan Tanah Melayu (dengan NNMTB) – Langkah berjimat cermat Inggeris ekoran kemelesetan ekonomi
• Kuasa utama pentadbiran, kewangan dan perkhidmatan yang sebelum ini dikuasai oleh kerajaan pusat diagihkan kepada kerajaan negeri • Dilaksanakan secara berperingkat antara tahun 1920-an hingga 1930-an • Kuasa Sultan/Raja-Raja Melayu, Majlis Mesyuarat Negeri dan Residen telah dikembalikan • Kuasa-kuasa penting masih dipegang oleh kerajaan pusat • Tidak dapat dijalankan sepenuhnya apabila Jepun menjajah/Perang Dunia Kedua 25
PENJAJAHAN INGGERIS DI SARAWAK • James Brooke menjadi Gabenor Sarawak (1842) selepas membantu Raja Muda Hashim menghapuskan ancaman pemberontakan • Keturunan Brooke mentadbir Sarawak sehingga 1941. • Dasar penjajahan Brooke : – Memperkenalkan sistem pentadbiran baru seperti sistem mahkamah, undang-undang jenayah, sistem matawang, ukur timbang, memisahkan penempatan berasaskan ras. – Perlembagaan Sarawak – Menggalakkan kemasukan pedagang dan pelabur asing untuk mengembangkan ekonomi – Dasar perluasan kuasa secara paksaan 26
PENJAJAHAN INGGERIS DI SABAH (BORNEO UTARA) • Perluasan kuasa Inggeris di Sabah bermula dengan siri penjualan tanah pajakan di antara beberapa pedagang Inggeris; (Charles Lee Moses, Joseph Torrey, Baron Von Overbeck dan Alfred Dent). • Alfred Dent menubuhkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara 1881 untuk mentadbir Sabah. • Syarikat menerima “Piagam Diraja” dari kerajaan Inggeris yang memberikan hak Inggeris mengawal pentadbiran Sabah seperti perlantikan pegawai dan hubungan luar. • Majlis Penasihat ditubuhkan untuk membantu pentadbiran yang dianggotai sepenuhnya oleh orang Inggeris. • W.H Treacher ialah Gabenor Sabah pertama • Syarikat melaksanakan dasar perluasan kuasa dan menguasai wilayahwilayah di Sabah daripada tangan pembesar tempatan. • Pada 1935 pentadbiran Sabah dipecahkan kepada 4 Residensi utama • 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan secara rasmi sebagai tanah jajahan Inggeris. 27
PENJAJAHAN JEPUN • Penjajahan berlangsung - 15 Februari 1942 hingga 15 Ogos 1945 • Seluruh Tanah Melayu dan Singapura ditawan dengan hanya mengambil masa selama 70 hari sahaja • Penjajahan yang singkat tetapi memberikan kesan yang besar kepada masyarakat Malaya • Kemenangan Jepun membuktikan bahawa bangsa Asia boleh menentang dan mengatasi bangsa Eropah • Jepun berundur selepas kalah dalam Perang Dunia Kedua 1942. 28
Faktor kejayaan Jepun
Kelemahan pihak Inggeris Tidak bersedia Kelemahan pertahanan laut Semangat perang yang rendah Tentera yang masih muda dan tidak mempunyai pengalaman dalam peperangan
Kelebihan tentera Jepun Terlatih dan bersemangat tinggi Pegawai bekebolehan seperti Yamashita dan Tsuji Persediaan peperangan yang rapi Taktik peperangan yang baik dan praktikal 29
Kesan pendudukan Jepun Politik • Slogan ‘Asia untuk Asia’ berjaya menaikkan semangat nasionalisme • Jepun galakan nasionalisme Melayu – agenda untuk kuasai sumber ekonomi • Mewujudkan kesedaran politik di kalangan masyarakat tempatan • Gerakan menentang Jepun • Parti Komunis Malaya • MPAJA (Malayan People’s Anti Japanese Army) ditubuhkan untuk menentang Jepun • Force 136 gerakan bawah tanah yang terdiri daripada bekas tentera British dan gerila Melayu untuk menentang Jepun
Ekonomi • Ekonomi Malaya meleset • Industri bijih timah dan getah terganggu • Banyak infrastruktur musnah • Inflasi berlaku
30
Kesan pendudukan Jepun Sosial • Sistem buruh paksa diperkenalkan • Jepun mengutamakan orang Melayu dan menindas orang Cina • Orang Melayu diberikan jawatan dalam pentadbiran • Hubungan di antara kaum bertambah runcing • Sistem pendidikan berasaskan bahasa dan budaya Jepun 31