1
TAJUK
Penghasilan projek Mesin Penggaul Daging ini direka
MESIN PENGGAUL DAGING
untuk memudahkan peniaga-peniaga kecil. Selain itu, projek ini juga dapat membantu para peniaga untuk
NAMA PELAJAR
melakukan proses menggaul daging. Mesin ini direka
SYARIFAH NURUL AISAH BT SYED
khas untuk menggaul daging untuk dijadikan bebola
NAZRI
daging dan daging burger, Mesin ini direka dengan
NURUL SYUHADA BT ABU BAKAR
merangkumi beberapa aspek penting iaitu mudah
ALIFF QALBY BIN KHAIROL
dikendalikan, efektif dan murah. Mesin ini digunakan
ANUAR
dengan memasukkan dahulu daging sebelum mesin
MOHD SYAZWAN AFIQ BIN AZHAR
dihidupkan dan selepas mesin beroperasi bahan lain dimasukkan satu per satu untuk menggaul daging
PENYELIA
sehingga daging sebati. Projek ini menggunakan
EN MOHD AZLI BIN KASAN
sepenuhnya tenaga elektrik daripada bateri sepenuhnya untuk
menggerakkan
motor.
Berdasarkan
kajian
sebelum ini, beberapa masalah telah dikenalpasti seperti masalah untuk mengangkat dan membasuh komponen bilah mata alat mesin. Oleh itu, penyelidik menggunakan rekabentuk ergonomik
untuk
yang lebih efektif dan
memudahkan
kerja
mereka.
Kesimpulannya, penyelidik berharap projek Mesin Penggaul Daging dapat membantu peniaga-peniaga memudahkan kerja menggaul daging. Laporan ini bertujuan untuk mengetahui cara penggaulan daging dengan menggunakan mesin penggaul daging ini. Projek ini juga mampu menentukan bentuk mata bilah yang paling tepat dan efisien untuk proses menggaul. Selain
itu,
mampu
menentukan
motor
yang
menggerakkan mata bilah untuk menentukan kelajuan yang tepat bagi daging dapat digaul dengan sempurna. Konsep perancangan mesin penggaul daging ini berdasarkan pada konsep perancangan iaitu beberapa tahapan, antara lain keperluan, definisi projek, projek dan penyusunan spesifikasi teknik produk, perancangan konsep produk, perancangan produk, hingga dokumen untuk pembuatan produk. Proses selanjutnya iaitu menganalisis keperluan, memperhatikan pertimbangan perancangan.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Mesin penggaul daging ialah mesin yang digunakan bagi mengadun daging dan bahan bahan yang diperlukan untuk membuat nugget, sosej dan sebagainya dengan proses penggaulan menggunakan bilah dan motor. Kebiasaannya pengguna menggaul campuran ini dengan kadar yang sedikit pada suatu masa yang menyebabkan masa yang diambil untuk menghasilkan produk makanan ini menjadi panjang. Penghasilan projek ini dilakukan untuk memudahkan pengguna-pengguna produk ini untuk proses penggaulan sebati Penilaian yang dibuat terhadap pelajar teknologi makanan di POLISAS adalah mendapati bahawa mereka mengalami masalah untuk membasuh Mesin Penggaul Daging di makmal, selain itu masalah yang dihadapi pelajar Teknologi Makanan juga ialah untuk membasuh bilah yang digunakan didalam mesin penggaul.
2
1.2
PENYATAAN MASALAH
Aspek yang dititikberatkan dalam produk ini ialah, mudah dikendalikan, selamat, mudah dicuci, ringan dan murah. Selain itu, masalah yang dihadapi oleh pelajar Teknologi Makanan di makmal ialah kesukaran untuk membasuh bahagian bilah mesin penggaul daging. Kebiasaannya masalah yang dihadapi pengguna malahan pelajar-pelajar Teknologi Makanan di POLISAS ialah kesukaran untuk membasuh komponen bilah mesin penggaul daging di makmal apabila membuat proses penyediaan daging untuk dijadikan produk. Rata-rata kajian yang telah dilakukan masalah yang dialami pelajar malahan peniaga kecil adalah sama iaitu masalah untuk membasuh bilah dan kuantiti penggaulan bahan campuran adalah mengambil masa yang lama. Pengakhirannya, kumpulan pelajar yang membuat produk ini terpaksa dihadkan untuk mengurangkan kerugian masa.
1.3
OBJEKTIF
Produk ini dijalankan dan direka bentuk bagi mencapai objektif yang dinyatakan di bawah: i.
Merekabentuk satu produk yang mudah digunakan bagi proses menggaul.
ii.
Menentukan masa yang diambil untuk mendapatkan gaulan yang sekata.
iii.
Mengenalpasti tork yang sesuai untuk mendapatkan gaulan yang sekata bagi keperluan peniaga-peniaga kecil.
3
1.4
SKOP PROJEK
Skop penggunaan produk kami adalah seperti berikut: i.
Menggunakan motor DC untuk menggerakkan mata alat melalui hollow shaft berdiameter 1 inci.
ii.
Menggunakan besi stainless steel sebagai bahan utama mata alat.
iii.
Menggunakan bateri berkuasa 12 v, 7 ampere.
iv.
Maksimum pengunaan daging pada satu masa ialah 500 gram – 1 kg.
v.
Menggunakan shaft sebagai penyambung mata alat.
vi.
Besi rectangle hollow bersaiz 22 cm x 30 cm digunakan sebagai rangka produk penggaul.
1.5
KEGUNAAN PRODUK
Produk ini direka dan diubahsuai untuk lebih memudahkan pengguna terutama peniaga kecil yang memerlukan mesin penggaul makanan bagi kegunaan-kegunaan dibawah. i. Memudahkan pengguna untuk membawa kemana mana sahaja alat penggaul daging. ii. Tidak perlu menggunakan tenaga manual. iii. Meringankan beban dan memudahkan proses basuhan alat penggaul. iv. Mempercepat proses penggaulan bagi menyediakan produk. v. Mendapatkan penggaulan makanan yang sekata.
4
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
PENGENALAN
Kajian literatur atau kajian ilmiah, boleh didefinisikan sebagai satu proses kajian terdahulu bagi membantu di dalam proses penambahbaikkan terhadap sesuatu projek yang akan dihasilkan. Di dalam membuat sesuatu produk atau reka bentuk baru, kajian literatur diperlukan bagi membantu dalam menghasilkan produk. Oleh itu, kajian ini amat penting bagi menentukan produk yang dihasilkan dapat menembusi pasaran terkini. Melalui kajian ini, alat yang telah direka ini merupakan ciptaan yang terbaru untuk memenuhi keperluan semasa menggaul makanan tanpa menimbulkan sebarang masalah. Alat ini juga dapat menjimatkan masa kerana semasa proses menggaul pengguna juga boleh melalukan pekerjaan yang lain. Alat ini direka khususnya adalah untuk memudahkan pengguna untuk membasuh bilah mata alat kerana rata-rata kajian yang telah dibuat adalah mendapati mesin penggaul makanan mereka adalah sukar untuk dibasuh dan menyebabkan banyak sisa makanan tertinggal di dalam mesin. Ini adalah amat penting kerana untuk membuat produk makanan, kebersihan perlulah dijaga rapi untuk mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku. Tujuan projek ini dijalankan adalah untuk melatih cara pemikiran pelajar dalam mencipta dan menghasilkan teknologi yang baru bagi kegunaan masyarakat atau persendirian
5
dalam membantu kerja-kerja seharian manusia. Selain itu, ianya mempunyai nilai pasaran yang boleh dikembangkan secara meluas ke pasaran antarabangsa. Ia adalah selaras dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan lebih banyak peralatan-peralatan teknologi yang baru atau yang direka terutama yang dihasilkan oleh anak tempatan. Dengan ini, ia dapat menjimatkan lagi kos perbelanjaan untuk mendapatkannya dari luar negara ke negara ini. Ternyata semakin maju dunia teknologi semakin ramai anak– anak muda yang dilahirkan dengan berfikiran matang dan di luar jangkaan. Selain itu, ia dapat menambahkan lagi pengetahuan teknikal kepada pelajar, di samping itu juga pelajar dapat mempraktikkan teori yang telah dipelajari untuk menghasilkan sesuatu projek inovasi. Dengan ini, keyakinan pelajar akan bertambah apabila kerjaya dalam merekabentuk barangan berkonsepkan mekanikal yang dihasilkan dengan usahanya sendiri dan perasaan tersebut seharusnya dikongsikan dengan ibu bapa dan kawan–kawan.
2.2
KAJIAN TERDAHULU
Kajian yang telah dilakukan terhadap mata alat penggaul daging di jabatan teknologi makanan POLISAS melalui borang kaji selidik adalah bagi objektif untuk memudahkan peniaga kecil membasuh mata alat mereka. Borang kaji selidik ini amat diperlukan untuk menentukan jenis penggaul daging yang sesuai bagi peniaga-peniaga kecil serta pengguna lain seperti untuk membuat ujian makanan di Jabatan Teknologi Makanan POLISAS. Alat penggaul daging automatik yang terdapat di makmal Teknologi Makanan di POLISAS.
6
Rajah 2.1: Bilah Mata Alat Penggaul Bilah mata alat penggaul daging di makmal Teknologi Makanan POLISAS yang berfungsi sebagai mata penggaul campuran produk daging. Bilah ini boleh memuatkan 500 gram daging pada satu masa yang menyebabkan proses untuk menggaul bagi kuantiti yang banyak mengambil masa yang lama. Ia juga mampu menggaul dalam tempoh masa yang pendek. Ini adalah kerana mesin penggaul yang terdapat dimakmal POLISAS hanya dapat menggaul dalam kuantiti yang sedikit dan menyebabkan mesin itu mudah panas apabila penggunaan yang berlarutan dan lama.
Rajah 2.2: Alat Penggaul Sedia Ada Di Makmal Alat penggaul produk daging sedia ada di makmal Teknologi Makanan POLISAS yang mempunyai kapasiti muatan bahan campuran yang terhad mengambil masa yang lama untuk menghasilkan produk makanan. Mesin ini juga mempunyai kesukaran untuk
7
membasuh bilah kerana mata bilah sukar untuk ditanggalkan dan boleh menyebabkan sisa sisa makanan tertinggal didalam mesin.
2.3
TEORI Secara teorinya alat ini mampu menggaul campuran daging secara putaran dengan
menggunakan rumus, Torque, Pengiraan daya kilas,
F = mg Dimana, F= force M= mass g= gravity T=Fxd Dimana, T= daya kilas F= force d= diameter Pengiraan kuasa,
P=I x V Dimana, P= kuasa I= arus V= voltan
8
2.3.1 Kaedah Kaji Selidik
Kajian ini dilakukan untuk mengetahui majoriti pelajar Teknologi Makanan POLISAS yang memerlukan produk mesin penggaul daging. Berikut contoh soalan kaji selidik. SEMESTER:
Jadual 2.1: Borang Kaji Selidik SOALAN
YA
1. Adakah anda mengalami masalah untuk mengendalikan Mesin Penggaul Daging? 2. Kebiasaannya anda menggunakan berapa kg daging dalam satu masa? 3. Adakah mengambil masa yang lama untuk membasuh bilah mata alat penggaul? 4. Adakah anda memerlukan bantuan Mesin Penggaul Daging atau alat bantuan lain untuk memudahkan kerja menggaul daging? 5. Adakah satu mesin penggaul produk daging memerlukan pengendali yang ramai?
Contoh soalan yang telah diedarkan kepada pelajar di Jabatan Teknologi Makanan POLISAS.
TIDAK
9
2.4
KAJIAN SPESIFIKASI REKABENTUK DIPASARAN
2.4.1 Penggaul Daging Manual
. Rajah 2.3: Alat Penggaul Daging Manual
Alat Penggaul Daging Manual yang menggunakan tenaga tangan pengguna untuk membuatkan produk menjadi sekata. Kos untuk alat penggaul manual ini rendah tetapi menjadi masalah untuk membasuh bilah mata alat. Malahan dengan menggunakan penggaul manual tenaga uyang dikeluarkan pengguna adalah tidak sekata, dan menyebabkan proses penggaulan produk makanan menjadi lambat. Berat penggaul: 2 kg Berat yang boleh ditampung mesin: 3 kg daging Kuasa yang digunakan: Tenaga putaran manual
10
2.4.2 Penggaul Daging Automatik
Rajah 2.4: Mesin Penggaul Daging Automatik
Alat Penggaul Daging Automatik mempunyai banyak kelebihan kerana menggunakan tenaga yang kuat cekap dan kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat. Namun, umum mengetahui bagi peniaga-peniaga kecil-kecilan untuk memiliki mesin automatik adalah sukar kerana harganya yang tinggi dan menyebabkan pengguna lebih memilih untuk membuat penggaulan secara manual. Berat mesin penggaul: 50 kg Berat yang boleh ditampung mesin: 10 kg daging Kuasa yang digunakan: Tenaga elektrik
11
2.5
KOMPONEN – KOMPONEN YANG DIGUNAKAN
2.5.1
Motor Wiper
Motor ini adalah motor yang digunakan untuk wiper kereta projek ini menggunkan motor jenis wiper kereta untuk menggerakkan bilah mata alat Mesin Penggaul Daging ini. Motor ini mempunyai 7 voltan dan berat bagi motor ini sebanyak 1 kilogram. Motor ini merupakan komponen paling penting bagi projek ini untuk memastikan semua komponen berfungsi dengan baik.
2.5.2
Bateri
Bateri yang digunakan untuk menggerakkan bilah adalah jenis 12 voltan. Projek ini menggunakan bateri berkuasa 12 voltan bagi menggerakkan bilah yang memerlukan kuasa bateri untuk rod penyambung mata alat berputar.
2.5.3
Bilah/ Mata Alat
Jenis besi mata alat yang digunakan adalah jenis stainless steel. Stainless steel merupakan besi yang mampat, tidak karat, sukar dibentuk dan mempunyai ketumpatan yang tinggi. Stainless steel juga mempunyai ketahan haba yang tinggi dan mempunyai ketahanan kakisan yang baik.
2.5.4
Wayar
Wayar digunakan untuk menyambungkan tenaga bateri kepada tenaga putaran. Wayar merupakan pengalir elektrik yang baik dan selamat digunakan. Wayar ini digunakan secara direct current untuk menggerakkan bilah mata alat Mesin Penggaul Daging ini.
12
2.5.5
Suis
Suis merupakan komponen asas yang diperlukan untuk menghidupkan dan mematikan alat/mesin daripada berfungsi. Dalam bidang elektronik, suis merupakan sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang lain. Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik.
2.5.6
Suis Kawal Arah
Suis ini berfungsi sebagai penukar arah pusingan mata alat mesin penggaul. Suis ini perlu ditekan untuk memastikan pergerakan mata alat mengikut keperluan pengguna. Suis ini mempunyai dua arah iaitu kiri dan kanan.
2.5.7
Hollow Rounded Steel
Hollow rounded steel digunakan untuk mata alat. Besi ini adalah jenis mild steel, dan kosong ditengah. Besi ini ringan dan mudah untuk dibentuk serta mudah untuk dikimpal. Hollow rounded steel ini juga digunakan untuk melekatkan mata alat didalam Mesin Penggaul Daging ini.
2.5.8
Hollow Square Steel
Hollow square steel digunakan untuk rangka alat penggaul. Besi ini ringan dan mudah dinemtuk. Hollow square steel ini diaplikasikan pada rangka projek untuk meletakkan periuk Mesin Penggaul Daging.
13
2.6
KESIMPULAN
Dalam bab ini kami membuat peyelidikan dan menghantar borang kaji selidik kepada pelajar Jabatan Teknologi Makanan di POLISAS untuk mendapat meklumat tentang jenis mesin penggaul yang ada di jabatan mereka. Kami juga telah membuat kajian-kajian tentang jenis penggaul yang sedia ada di pasaran untuk kemudahan merekabentuk yang spesifik untuk peniaga peniaga kecil yang menggunakan penggaul sebagai alat untuk menghasilkan sesuatu produk mereka. Selain itu, kami juga telah membuat kajian komponen-komponen yang sesuai untuk digunakan dalam projek kami bagi memudahkan proses pelaksanaan projek.
14
BAB 3
METODOLOGI
3.1
PENGENALAN
Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian dan merumuskan apa yang dikaji. Ia juga menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu digunakan. Selain itu, ia juga dapat membantu memahami dengan lebih luas dan terperinci lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian.
3.1.1 Proses Merekacipta Proses mereka cipta merupakan sebahagian daripada kerja-kerja yang perlu dilakukan bagi menghasilkan sesuatu projek baru atau pengubahsuaian ke atas sesuatu projek. Antara langkah-langkah yang perlu dijalankan dalam proses mereka cipta ialah: a) Mengenalpasti masalah. b) Pencetusan idea mereka cipta. c) Perekaan dan pemilihan projek.
15
d) Perancangan projek.
3.1.2 Mengenalpasti Masalah
Pengenalpastian masalah dapat membantu kita mencipta produk yang berkualiti, mesra pengguna dan mesra alam. Pengenalpastian masalah untuk berfikir secara kreatif, inovatif dan produktif. Asas dalam penciptaan sesuatu produk bermula dengan usaha mengenal pasti masalah yang wujud. Jadi, penciptaan projek ini berdasarkan masalah yang dikemukakan oleh pensyarah, hasil perbincangan dalam kumpulan dan masalah-masalah yang dihadapi oleh orang awam.
3.1.3 Pencetusan Idea Merekacipta
Cara penyelesaian yang terbaik akan dibuat sekiranya masalah yang timbul telah dikenal pasti. Terdapat beberapa cara yang boleh dijalankan bagi mencetus idea mereka cipta. Antaranya ialah melalui soal selidik, penyelidikan, kajian keperluan dan pemerhatian serta pengamatan.
3.1.4 Perekaan dan Pemilihan Projek Kriteria dan faktor-faktor tertentu perlu dititik beratkan dalam pemilihan projek diantaranya dari segi pemilihan bahan, kos, dan keselamatan. Bahan yang digunakan mesti bersesuaian dengan produk yang dihasilkan.
16
3.2 CARTA ALIR
MULA
PENYATAAN MASALAH TIDAK BRAINSTORMING
KUMPUL/SENARAI IDEA
DITERIMA YA OBJEKTIF
SKOP
KAJIAN LITERATUR
METODOLOGI (CARTA ALIR)
PENYEDIAAN PROPOSAL
PEMBENTANGAN
TAMAT
Rajah 3.1: Carta Alir Projek
17