1056
1st International Malaysian Educational Technology Convention
TAHAP INTEGRASI ICT DALAM KALANGAN GURU-GURU DAERAH HULU LANGAT SELANGOR Rosnaini Mahmud, 1Mohd Arif Hj Ismail, 2Paridon Hj Sahid, 3Zainuddin Yazid Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia. 1
Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia 2
Bahagian Teknologi Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia 3
SMK Seri Pelangai, Bentong
ABSTRAK Hasrat Kementerian Pelajaran adalah untuk membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan guru-guru bagi mewujudkan corak dan sistem pendidikan yang berkualiti. Ia merupakan fokus utama dalam agenda pendidikan masa kini. Berdasarkan kepada dapatan yang dihasilkan melalui pemantauan dan kajian oleh Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor mendapati bahawa tahap penggunaan yang rendah wujud samada dalam kalangan guru-guru sekolah rendah atau menengah. Satu kajian telah dilaksanakan bertujuan untuk melihat sejauh manakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap guru-guru di daerah Hulu Langat Selangor dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kajian ini dijalankan di daerah Hulu Langat melibatkan 22 buah sekolah yang terdiri dari 12 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Kajian telah dilakukan ke atas 88 orang guru iaitu 18 orang guru lelaki dan 70 orang guru perempuan dengan menggunakan borang soal selidik dan temubual. Responden yang terlibat akan diberi kursus pengintegrasian ICT selama dua hari dengan memberi fokus kepada penghasilan bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan ICT. Soal-selidik untuk guru-guru dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu bahagian A tentang latar belakang sekolah dan guru, bahagian B tentang penilaian dari aspek fizikal, bahagian C berkaitan dengan penilaian dari aspek peralatan media elektronik, bahagian D berkenaan penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik dan bahagian E tentang penilaian dari aspek kesediaan guru tentang ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran adalah rendah. Walaubagaimanapun majoriti guru-guru bersikap positif dan bersetuju bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan jika penggunaan dan pengintegrasian ICT digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam di dalam bilik darjah dengan sebaik mungkin. PENGENALAN Teknologi, khususnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) jika digunakan secara kreatif dan inovatif akan dapat meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Hampir semua negara di kawasan Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Malaysia, Singapura, Hong kong dan Thailand akhir-akhir ini telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menggubal dasar dan strategi bagi memperkenalkan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khususnya yang berasaskan komputer di sekolah masing-masing. Jelasnya ICT adalah salah satu teknologi yang mempunyai potensi yang besar untuk mendorong pertumbuhan ekonomi dan produktiviti. Oleh itu untuk mencapai tujuan itu, tanggungjawab besar diletakkan kepada sekolah dan pendidik bagi menyediakan pelajar-pelajar menghadapi teknologi di peringkat global. Seiring dengan perkembangan teknologi masa kini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membekalkan pelbagai peralatan pendidikan berasaskan teknologi seperti komputer riba, LCD, radio, television, overhead projector (OHP), perisian kursus pendidikan (CDRI) dan internet/laman web untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran
1057
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Tugas-tugas seperti melatih, memantau dan memberi khidmat bantu kepada guru-guru di sekolah dalam aspek penggunaan dan pengintegrasian bahan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu tugas Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor dan ini selaras dengan moto Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu `Teknologi untuk Pendidikan Bestari’ PERNYATAAN MASALAH Terdapat kajian-kajian dalam negara yang telah dijalankan berkaitan dengan tahap kesediaan guru menggunakan ICT. Mohd Jasmy et.al (2003) telah menjalankan satu kajian terhadap kesediaan menggunakan perisian kursus di kalangan guru-guru Sains dan Matematik. Dalam kajian tersebut tahap kesediaan diukur dari aspek kemahiran, sikap, perancangan serta pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan kekangan yang dihadapi oleh guru semasa menggunakan perisian. Dapatan kajian menunjukkan walaupun guru-guru mempunyai sikap yang positif dan tahap keyakinan yang tinggi dalam mengendalikan komputer tetapi tahap penggunaan komputer adalah rendah. Kajian mendapati hanya 47% sahaja guru yang pernah menggunakan perisian semasa pengajaran sains dan matematik di sekolah. Kajian Ramlah (1999) tentang penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi mendapati guru-guru berpendapat teknologi pendidikan penting digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Geografi. Dalam konteks masalah penggunaan teknologi pendidikan pula, kajian ini mendapati guru-guru menghadapi beberapa masalah seperti menghasilkan media pengajaran; kekurangan kemudahan dan peralatan di sekolah; kurang galakan daripada pentadbir sekolah; kurang mahir mengendalikan teknologi pendidikan; dan kurang berpeluang menghadiri kursus dan latihan tentang teknologi pendidikan. Pelbagai usaha untuk mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran telah dibuat dan sedang dilakukan oleh KPM khususnya dalam bahan sumber berasaskan teknologi pendidikan. Untuk memenuhi keperluan tersebut, pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran seperti perisian kursus pendidikan (CDRI), VCD, komputer, radio, television, audio & video, kaset, overhead projector (OHP), peralatan ASTRO, VCD/DVD telah dibekalkan oleh KPM ke sekolah-sekolah di seluruh negara. Namun demikian, masih ramai guru-guru tidak mengambil berat atau tidak ingin tahu tentang koleksi bahan sumber pendidikan yang dibekalkan itu (Abdul Rahman, 1993). Menyedari fenomena ini masih berlaku di sekolah-sekolah, satu program iaitu Program Kembara Media anjuran Unit Media Pusat Sumber Pendidikan Negeri Selangor (PSPN) dengan kerjasama pelatih Program Sarjana Pendidikan Sumber dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilaksanakan untuk mengenal pasti tentang tahap penggunaan, pengetahuan dan kemahiran serta sikap guru-guru terhadap penggunaan dan pengintegrasian bahan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya melaksanakan kursus integrasi ICT kepada guru-guru yang terpilih. KEPENTINGAN KAJIAN Salah satu fungsi terpenting Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan rangkaiannya Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) berperanan dalam merancang, menghasil, memantau dan melatih guru-guru dalam aspek pengintegrasian bahan ICT dan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu BTP dan PSPN mempunyai misi utama ke arah membudayakan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru dan murid. Walaubagaimana pun berdasarkan kepada hasilan temubual dan dapatan dari beberapa kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan dan kemahiran guru-guru dalam mengintegrasi dan menggunakan bahan ICT dan pelbagai media berada di tahap yang kurang memuaskan. Adalah diharapkan melalui maklumat, dapatan dan cadangan terkini yang telah diperolehi melalui kajian ini akan dapat membantu pihak BTP dan PSPN untuk merangka strategi dan program yang menyeluruh ke arah kejayaan membudayakan penggunaan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran
1058
1st International Malaysian Educational Technology Convention
TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar tentang tahap penggunaan bahan pelbagai media dan ICT sebagai sumber pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam kalangan guru-guru di daerah Hulu Langat. Objektif kajian ini adalah seperti berikut: i.
ii. iii. iv.
v.
Untuk mengetahui kelengkapan di sekolah-sekolah dari aspek fizikal seperti bilik tayangan, bilik khas, bilik BBM, Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah sama ada kemudahan tersebut lengkap atau sebaliknya. Untuk mengetahui tahap penggunaan peralatan pelbagai media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk menggalakkan penggunaan peralatan pelbagai media di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk memberi khidmat bantu kepada sekolah-sekolah yang terpilih di dalam merealisasikan penggunaan bahan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk memantau penggunaan peralatan pelbagai media di dalam pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan guru-guru.
PERSOALAN KAJIAN Kajian ini juga cuba menjawab beberapa persoalan kajian seperti berikut: i. ii. iii. iv.
Sejauh manakah perbezaan tahap penggunaan bahan pelbagai media (ICT) dalam kalangan guru-guru di Hulu Langat Sejauh manakah perbezaan tahap kemahiran guru dalam menggunakan bahan pelbagai media (ICT) dalam kalangan guru-guru di Hulu Langat Sejauh manakah perbezaan tahap pengetahuan guru dalam menggunakan bahan pelbagai media (ICT) dalam kalangan guru-guru di Hulu Langat Mengetahui sikap dan persepsi guru-guru terhadap penggunaan bahan pelbagai media (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran antar guru-guru di Hulu Langat
METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggunakan kaedah soalselidik dan temubual melalui borang soalselidik yang diedarkan kepada responden. Skala lima likert digunakan di dalam borang soal selidik kajian ini. Persampelan Kajian ini telah melibatkan sejumlah 22 buah sekolah yang terdiri dari 12 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah dan seramai 17 guru orang perempuan dan 4 orang guru lelaki. Taburan sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti dalam Jadual 1.di bawah: Jadual 1: Taburan sampel . Daerah Hulu Langat
Responden
Lelaki 18
Perempuan 70
Jumlah 78
TINJAUAN KEPUSTAKAAN Sistem pendidikan sekolah di Malaysia hari ini dikatakan dapat menyediakan pelajar-pelajar yang serba boleh bagi menghadapi masa depan yang lebih mencabar. Komputer dikatakan berkeupayaan membantu pelajar menjadi penyelesai masalah yang baik dan menjadi pemikir yang hebat, selain dari membantu meningkatkan motivasi dan pembelajaran (Hardisty dan Windeatt, 1989; Ridegway, 1991; Swan, 1992; Pickard et.al., 1994; Hoon, 1998, Nuraihan, 2000).
1059
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) mempunyai potensi yang besar dalam memberikan kesan perubahan yang cukup besar dalam dunia pendidikan. Penggunaan komputer boleh membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran (Nuraihan,2000; Ibrahim Ayang Ahmad,2005) Menurut Burton dan Jaworski (1995), teknologi Komputer yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu mempertingkatkan kefahaman pelajar dari segi pencapaian akademik. Dalam perkembangan pengajaran dan pembelajaran secara meluas dan menyeluruh, teknologi computer merupakan pengubah kehidupan pelajar terutamanya dalam matematik kerana ia dapat memperkembangkan minda untuk menjadi lebih kritis, kreatif serta lebih inovatif. Proses pengajaran dan pembelajaran memerlukan pelbagai kaedah dan pendekatan digunakan.Kebanyakan guru biasanya menyampaikan pengetahuan berasaskan isi kandungan dan berpusatkan pengajaran itu sendiri. Matlamat guru hanyalah ke arah menyediakan pelajar untuk menduduki peperiksaan pada setiap hujung tahun. Apa yang terjadi adalah proses pembelajaran hanya berlaku secara dasar sahaja. Tidak mementingkan pemahaman pelajar samada benar-benar menguasai kemahiran ataupun tidak. Adakalanya setiap konsep yang disampaikan tidak jelas dan berada jauh di luar konteks sebenar. Menurut Johnson (2005), pengajaran yang efektif memerlukan pengetahuan yang berkaitan berkaitan dengan isi kandungan; teori dan proses pembelajaran; pengurusan kelas dan pendekatan pedagogikal untuk memboleh tenaga pengajar membuat keputusan tentang proses P&P. Penggunaan komputer di sekolah bukan lagi menjadi satu pilihan tetapi menjadi satu kemestian yang perlu dikuasai oleh pelajar. Khoo dan Lou (1995) menyatakan bahawa penggunaan komputer dalam P&P dapat mengukuhkan proses pembelajaran individu pelajar. Penggunaannya juga dapat merangsang serta menajamkan kemahiran analitikal pelajar. Justeru itu penggunaan komputer dalam aktiviti P&P telah dibuktikan memberi banyak manfaat kepada pelajar. Kajian Khalili dan Shashaani (1994) menunjukkan bahawa penggunaan komputer dapat meningkatkan pencapaian prestasi pelajar. Kajian ini disokong oleh Carter (1999), Sa’adah (1999) dan Norehan (2001), yang menyatakan aplikasi teknologi dalam pembelajaran sains dapat mencetus dan mengekalkan minat dan motivasi pelajar di sepanjang pembelajaran. Menurut Parnell dan Dale (1994), pelajar tidak yakin mempelajari matematik dan sains secara abstrak. Oleh itu diharap penggunaan komputer dalam P&P dapat mempertingkatkan motivasi dan minat pelajar (Gladwin, Margerison & Walker 1990). Ini selaras dengan dapatan kajian Funkhouser (1993) dan Henderson dan Landersmad (1992) yang mendapati bahawa perisian komputer yang digunakan dalam P&P dapat membantu pelajar memahami konsep dan prinsip dengan mudah dan berkesan. DAPATAN KAJIAN Dapatan kajian penggunaan bahan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut : Bahagian A : Latar belakang sekolah dan guru Bahagian B : Penilaian dari aspek fizikal Bahagian D : Penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik Bahagian E : Penilaian dari aspek kesediaan guru tentang ICT BAHAGIAN A : LATAR BELAKANG SEKOLAH DAN GURU Kajian di Daerah Hulu Langat melibatkan 22 buah sekolah yang terdiri dari 12 buah sekolah rendah dan 10 buah sekolah menengah. Sekolah-sekolah berkenaan adalah :
1060
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 2: Latarbelakang Sekolah Bil
Nama Sekolah
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22
SK Bandar Baru Bangi SK Bangi SK Jalan Enam SMK Jalan Empat SMKA Maahad Hamidiah Kajang SK Beranang SK Kg. Rinching SMK Engku Husain SMK Khir Johari SK Batu Sembilan SK Bdr Tun Hussein Onn (2) SK Lubok Kelubi SMK Abdul Jalil SMK Perimbun SK Kajang SK Sri Jelok, Kajang SMK Sultan Abdul Aziz Shah SMK Tinggi Kajang SK Taman Kosas SK Taman Nirwana SMK Bandar Baru Ampang SMK Dato' Ahmad Razali
Gred Sekolah A A A B A A B B B A B A A A A A A A A A A B
PKG
Lokasi
Bangi Bangi Bangi Bangi Bangi Semenyih Semenyih Semenyih Semenyih Cheras Cheras Cheras Cheras Cheras Kajang Kajang Kajang Kajang Ampang Ampang Ampang Ampang
Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Bandar Bandar Luar Bandar Luar Bandar Bandar Bandar Luar Bandar Bandar Bandar Bandar Luar Bandar Bandar Luar Bandar
Seramai 88 orang guru terlibat di dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 18 orang (20 %) guru lelaki dan 70 orang guru perempuan (80%). Data ini dapat dilihat dalam Jadual 3. Jadual 3: Guru terlibat (Jantina) Jantina Lelaki Perempuan Jumlah
Kekerapan 18 70 88
Peratus (%) 20% 80% 100%
Umur responden dibawah 30 tahun ialah seramai 13 orang (15%), peringkat umur antara 30 hingga 39 tahun adalah seramai 34 orang (39%), peringkat umur 40 hingga 49 tahun adalah seramai 31 orang (35%) dan peringkat umur 50 tahun keatas adalah seramai 10 orang (10%). Data ini dapat dilihat dalam Jadual 2.2. Jadual 4: Guru terlibat (Umur) Umur Bawah 30 30 – 39 40 – 49 50 ke atas Jumlah
Kekerapan 13 34 31 10 88
Peratus (%) 15% 39% 35% 11% 100%
Dari aspek pengalaman mengajar pula, seramai 15 orang (17%) mempunyai pengalaman mengajar antara 1 hingga 5 tahun, bagi tempoh 6 hingga 10 tahun pula seramai 20 orang (23%), manakala tempoh 11hingga 15 tahun seramai 19 orang (22%). Guru-guru yang telah mengajar bagi tempoh 16 hingga 20 tahun pula seramai 17 orang (19%) dan bagi tempoh mengajar 20 tahun ke atas terdapat seramai 17 orang (19%). Data ini dapat dilihat dalam Jadual 5.
1061
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 5: Guru terlibat (Pengalaman Mengajar) Pengalaman mengajar 1 – 5 tahun 6 – 10 tahun 11 – 15 tahun 16 – 20 tahun 20 tahun ke atas Jumlah
Kekerapan 15 20 19 17 17 88
Peratus (%) 17% 23% 22% 19% 19% 100%
Dari segi kelayakan akademik, didapati seramai 37 orang guru (42%) adalah pemegang diploma, 45 orang (51%) mempunyai ijazah sarjana muda dan 6 orang (7%) pemegang ijazah sarjana. Data ini boleh dilihat dalam Jadual 6. Jadual 6: Guru terlibat (Kelayakan Akademik) Kelayakan akademik Diploma Ijazah Sarjana Muda Ijazah Sarjana Jumlah
Kekerapan 37 45 6 88
Peratus (%) 42% 51% 7% 100%
Manakala, dari segi kelayakan ikhtisas pula, seramai 33 orang guru (38%) berkelulusan sijil perguruan, 45 orang (51%) pemegang diploma pendidikan dan 10 orang (11%) pemegang ijazah sarjana muda pendidikan. Data ini boleh dilihat dalam Jadual 7. Jadual 7: Guru terlibat (Kelayakan Ikhtisas) Kelayakan Ikhtisas Sijil Perguruan Diploma Pendidikan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Jumlah
Kekerapan 33 45 10 88
Peratus (%) 38% 51% 11% 100%
Dari segi mata pelajaran utama yang diajar di sekolah pula, didapati seramai 43 orang guru (49%) terdiri dari bidang bahasa, 7 orang guru (8%) dari bidang kemanusiaan dan 38 orang guru (43%) dari bidang sains dan matematik. Data ini dapat dilihat dalam Jadual 8 di bawah. Jadual 8: Guru terlibat (Matapelajaran Utama Diajar) Bidang Bahasa Kemanusiaan Sains dan Matematik Jumlah
Kekerapan 43 7 38 88
Peratus (%) 49% 8% 43% 100%
BAHAGIAN B : PENILAIAN DARI ASPEK FIZIKAL Penilaian dari aspek fizikal disini merujuk kepada bilik-bilik yang terdapat disekolah iaitu bilik tayangan, bilik bahan bantu mengajar (BBM), bilik khas, makmal komputer dan pusat akses sekolah. Penilaian dibuat sama ada bilik-bilik tersebut berada di lokasi yang sesuai atau tidak, mempunyai ciri-ciri keselamatan, mempunyai rekod serta jadual penggunaan bilik atau tidak. Jadual 9 menunjukkan dapatan penilaian yang dijalankan terhadap bilik tayangan di sekolah. Didapati majoriti responden bersetuju bahawa ianya berada di lokasi yang sesuai dan diselenggarakan dengan baik. Begitu juga dengan rekod dan jadual penggunaan bilik yang sentiasa dikemas kini.
1062
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 9: Penilaian Dari Aspek Fizikal – Bilik Tayangan Ada
Tiada
Bilik Tayangan Kekerapan
Peratus(%)
Kekerapan
Peratus(%)
Berada di lokasi yang sesuai
80
90.9
8
9.1
Mempunyai rekod keselamatan
87
98.9
1
1.1
Rekod penggunaan bilik
88
100
0
0
Jadual penggunaan bilik
82
93.2
6
6.8
Dapatan penilaian untuk bilik bahan bantu mengajar (BBM) pula boleh dilihat dalam Jadual 10. Berdasarkan rekod pinjaman bahan didapati bahawa majoriti guru menggunakan alatan yang disediakan. Manakala, indeks koleksi bahan pula menunjukkan ia berada di tahap yang memuaskan. Jadual 10: Penilaian Dari Aspek Fizikal – Bilik Bahan Bantu Mengajar Ada
Tiada
Bilik Bahan Bantu Mengajar Kekerapan
Peratus(%)
Kekerapan
Peratus(%)
Rekod Pinjaman
86
97.7
2
2.3
Indeks koleksi bahan
73
83
15
17
Dapatan penilaian untuk bilik khas menunjukkan peratusan yang agak rendah. Ini adalah kerana terdapat sekolah-sekolah yang tidak mempunyai bilik khas seperti bilik studio, bilik multimedia dan bilik bahasa. Data ini boleh didapati dalam Jadual 11. Jadual 11: Penilaian Dari Aspek Fizikal – Bilik Khas Ada
Tiada
Bilik Khas Kekerapan
Peratus(%)
Kekerapan
Peratus(%)
Bilik Studio
28
31.8
60
68.2
Bilik Multimedia
38
43.2
50
56.8
Bilik Bahasa
39
44.3
49
55.7
Jadual 12 menunjukkan dapatan penilaian terhadap makmal komputer. Keputusan mendapati bahawa tahap penggunaan bilik sungguh memuaskan dan jadual penggunaan bilik pula dikemas kini dengan baik. Majoriti makmal komputer di sekolah-sekolah di Hulu Langat telah dilengkapi dengan capaian internet.
1063
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 12: Penilaian Dari Aspek Fizikal – Makmal Komputer Ada
Tiada
Makmal Komputer Kekerapan
Peratus(%)
Kekerapan
Peratus(%)
Rekod penggunaan bilik
82
93.2
6
6.8
Jadual penggunaan bilik
79
89.8
9
10.2
Mempunyai Internet
77
87.5
11
12.5
Jadual 13 menunjukkan dapatan penilaian terhadap Pusat Akses Sekolah. Kajian mendapati tidak semua sekolah mempunyai pusat akses tersebut. Jadual 13 : Penilaian Dari Aspek Fizikal – Pusat Akses Sekolah Ada
Tiada
Makmal Komputer
Rekod penggunaan bilik
Kekerapan
Peratus(%)
Kekerapan
Peratus(%)
40
45.0
48
55.0
BAHAGIAN D: PENILAIAN DARI ASPEK PENGGUNAAN PAKEJ MEDIA ELEKTRONIK Penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik ini melibatkan penggunaan bahanbahan pelbagai media iaitu CDRI, VCD (Best Teaching Practice), Over Head Projector (OHP), VCR, VCD, DVD, VDR dan Kaset Audio. Jadual 14 menunjukkan dapatan penilaian yang dijalankan terhadap penggunaan perisian kursus (CDRI). Didapati majoriti responden pernah menggunakan dan meminjam CD perisian tersebut. Walaubagaimanapun, peratusan responden yang tidak pernah dan pernah membuat salinan CD tersebut adalah hampir sama. Lebih separuh daripada responden pernah menggunakan buku maklumat dan panduan kursus pendidikan (Rendah dan Menengah) dan Bestari, tetapi peratusan responden yang pernah dan tidak pernah menggunakan buku maklumat perisian swasta adalah hampir sama. Secara rumusannya dari aspek penggunaan perisian kursus, 72% daripada responden pernah menggunakan perisian yang dibekalkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan manakala 28% responden tidak pernah menggunakannya. Jadual 14: Penilaian Dari Aspek Penggunaan Pakej Media Elektronik – Perisian Kursus (CDRI) Tidak Pernah Pernah(Jarang) Kerap Frek. % Frek. % Frek. % Rekod penggunaan 6 6.8 55 62.5 27 30.7 Rekod pinjaman 8 9.1 50 56.8 30 34.1 Rekod salinan CD 36 40.9 39 44.3 13 14.8 30.7 45 51.1 16 18.2 Buku maklumat perisian 27 kursus pendidikan rendah dan menengah & bestari Buku maklumat perisian 46 52.3 35 39.8 7 7.9 kursus swasta Buku panduan guru 25 28.4 50 56.8 13 14.8 penggunaan Perisisan Kursus Pendidikan (rendah dan menengah) dan Bestari
1064
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 15 menunjukkan dapatan penilaian yang dijalankan terhadap penggunaan pakej VCD - Best Teaching Practice. Didapati majoriti responden pernah menggunakan dan meminjam VCD tersebut. Walaubagaimanapun, peratusan responden yang tidak pernah dan pernah membuat salinan VCD tersebut adalah hampir sama.
Jadual 15: Penilaian Dari Aspek Penggunaan Pakej Media Elektronik – VCD - Best Teaching Practice
Rekod penggunaan Rekod pinjaman Rekod salinan VCD
Tidak Pernah Frek. % 23 26.1 25 28.4 43 48.9
Pernah(Jarang) Frek. % 33 48.8 43 48.9 37 42.1
Kerap Frek. 22 20 8
% 25 22.7 9.1
Jadual 16 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap Over Head Projector (OHP). Didapati peratusan responden yang tidak pernah dan pernah serta kerap menggunakannya untuk ketiga-tiga perkara tersebut adalah hampir sama. Ini menunjukkan penggunaan OHP semakin berkurangan disebabkan persekitaran yang berasaskan komputer. Jadual 16: Penilaian Dari Aspek Penggunaan Pakej Media Elektronik – Over Head Projector
Manual penggunaan Rekod penggunaan Jadual Penggunaan
Tidak Pernah Frek. % 34 38.6 29 33 37 42
Pernah (Jarang) Frek. % 31 40.9 35 39.7 34 38.6
Kerap Frek. 23 24 17
% 26.1 27.3 19.3
Jadual 17 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap penggunaan pakej media elektronik – VCR/VCD/DVD. Dari keputusan tersebut didapati lebih 70% responden pernah dan kerap menggunakan manual penggunaan. Hampir 70% responden merekodkan penggunaan mereka di dalam buku rekod penggunaan dan sebanyak 60% menggunakan peralatan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Jadual 17: Penilaian Dari Aspek Penggunaan Pakej Media Elektronik – VCR/VCD/DVD/DR
Manual penggunaan Rekod penggunaan Jadual penggunaan
Tidak Pernah Frek. % 24 27.3 27 30.7 28 31.8
Pernah (Jarang) Frek. % 46 52.3 44 50 45 51.1
Kerap Frek. 18 17 15
% 20.4 19.3 17
Jadual 18: menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap penggunaan pakej media elektronik – Kaset Audio. Dari keputusan tersebut didapati kurang dari 70% responden pernah dan kerap menggunakan manual penggunaan dan menggunakan peralatan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan penggunaan kaset audio masih lagi menjadi pilihan lebih separuh dari responden. Jadual 18: Penilaian Dari Aspek Penggunaan Pakej Media Elektronik – Kaset Audio
Manual penggunaan Jadual Penggunaan
Tidak Pernah Frek. % 33 37.5 31 35.2
Pernah (Jarang) Frek. % 41 46.6 43 48.9
Kerap Frek. 14 14
% 15.9 15.9
1065
1st International Malaysian Educational Technology Convention
BAHAGIAN E: PENILAIAN DARI ASPEK KESEDIAAN GURU TENTANG ICT Bahagian ini menilai guru dari aspek kesediaan mereka tentang ICT. Ia juga melibatkan kepercayaan guru-guru terhadap inisiatif ICT dalam menggunakan Makmal Komputer, SchoolNet/Web, CDRI, Audio dan Video, Gambar/Poster/Carta, OHP dan Kaset dalam pengajaran dan pembelajaran. Jadual 19 menunjukkan dapatan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan makmal komputer. Didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan makmal komputer dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 19: Penilaian Dari Aspek kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan Makmal Komputer Tidak Percaya Percaya Amat Percaya Frek. % Frek. % Frek. % 2.3 65 73.9 21 23.9 Meningkatkan kefahaman 2 pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari 6.8 61 71.6 19 21.6 Memotivasikan pelajar 6 menumpukan perhatian kepada pelajaran 1.1 63 71.6 24 27.3 Menarik minat pelajar 1 terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian 1 1.1 57 64.8 30 34.1 pengajaran Mempelbagaikan kaedah 0 0 56 63.3 32 36.4 pengajaran Memudahkan proses 6 6.8 57 64.8 25 28.4 melaksanakan penilaian Jadual 20 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – SchoolNet/Web dalam P&P. Dari keputusan tersebut didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan SchoolNet/Web dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 20 : Penilaian Dari Aspek kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan SchoolNet/Web
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Tidak Percaya Frek. % 3 3.4
Percaya Frek. 65
% 73.9
Amat Percaya Frek. % 20 22.7
3
3.4
67
76.2
18
20.5
3
3.4
66
75
19
21.6
1
1.1
70
79.6
17
19.3
1
1.1
61
69.4
26
29.5
Jadual 21 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan CDRI. Dari keputusan tersebut didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan CDRI dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran.
1066
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 21: Penilaian Dari Aspek kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan CDRI
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran
Rendah Frek. 2
% 2.3
Sederhana Frek. % 36 40.9
Tinggi Frek. 49
% 55.7
6
6.8
31
35.2
51
58
4
4.6
28
31.8
56
63.6
4
4.6
24
27.3
60
68.2
Jadual 22 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan Audio dan Video. Dari keputusan tersebut didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan audio dan video dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 22: Penilaian Dari Aspek kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan Audio dan Video
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Rendah Frek. 2
% 2.3
Sederhana Frek. % 34 38.6
Tinggi Frek. 52
% 59.1
3
3.4
33
37.5
52
59
4
4.5
25
28.4
52
59
2
2.3
28
31.8
58
65.9
1
1.1
24
27.3
63
71.6
Jadual 23 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan gambar/poster/carta. Dari keputusan tersebut didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan gambar/poster/carta dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 23: Penilaian Dari Aspek kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan Gamabar/Poster/Carta
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Rendah Frek. 2
% 2.3
Sederhana Frek. % 22 25
Tinggi Frek. 64
% 72.7
1
1.1
32
36.4
55
62.5
2
2.3
26
29.5
60
68.2
3
3.4
22
25
63
71.6
1
1.1
22
25
65
73.9
1067
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Jadual 24 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan OHP. Dari keputusan tersebut didapati majoriti responden percaya terhadap penggunaan OHP dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 24: Penilaian Dari Aspek Kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan OHP
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Rendah Frek. 6
% 6.8
Sederhana Frek. % 33 37.5
Tinggi Frek. 49
% 45.6
9
10.2
32
36.4
47
53.4
7
7.9
37
42
44
50
5
5.6
25
28.4
58
65.9
6
6.8
27
30.7
55
62.5
Jadual 25 menunjukkan keputusan penilaian yang dijalankan terhadap aspek kesediaan guru tentang ICT – penggunaan kaset. Dari keputusan tersebut didapati lebih kurang 80% responden percaya terhadap penggunaan kaset dalam membantu pelajar dan guru untuk meningkat mutu pengajaran dan pembelajaran. Jadual 25: Penilaian Dari Aspek Kesediaan guru tentang ICT – Penggunaan Kaset
Meningkatkan kefahaman pelajar terhadap mata pelajaran yang dipelajari Memotivasikan pelajar menumpukan perhatian kepada pelajaran Menarik minat pelajar terhadap pelajaran Memudahkan penyampaian pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran
Rendah Frek. 12
% 13.7
Sederhana Frek. % 40 45.5
Tinggi Frek. 36
% 41
13
14.8
37
42
38
43.2
13
14.8
34
38.6
41
46.6
14
15.9
30
34.1
44
50
12
13.7
31
35.2
45
51.2
Jadual 26: Penilaian Dari Aspek Kesediaan guru tentang ICT – Mengintegrasikan ICT (Tahap Pengetahuan) Rendah Sederhana Tinggi Frek. % Frek. % Frek. % Menggunakan komputer 19 21.6 39 44.3 30 34.1 sebagai alat bantuan P&P Menggunakan bahan 20 22.7 35 39.8 33 37.5 berkomputer mengikut kaedah tutorial Menggunakan bahan 22 25 38 43.2 28 31.8 berkomputer mengikut kaedah latih-tubi Mengakses maklumat dari 29 23 33 37.5 26 29.5 sumber elektronik
1068
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Menggunakan bahan video untuk aktiviti P&P Menggunakan komputer untuk melaksanakan peperiksaan dan ujian Menggunakan komputer untuk memproses markah peperiksaan dan ujian Menggunakan komputer untuk menyimpan dan mengurus rekod pelajar
26
29.6
37
42
25
28.4
19
21.6
29
33
40
45.4
9
10.2
34
38.6
45
51.1
9
10.2
27
30.7
52
59.1
Jadual 27: Penilaian Dari Aspek Kesediaan guru tentang ICT – Mengintegrasikan ICT (Tahap Kemahiran)
Menggunakan komputer sebagai alat bantuan P&P Menggunakan bahan berkomputer mengikut kaedah tutorial Menggunakan bahan berkomputer mengikut kaedah latih-tubi Mengakses maklumat dari sumber elektronik Menggunakan bahan video untuk aktiviti P&P Menggunakan komputer untuk melaksanakan peperiksaan dan ujian Menggunakan komputer untuk memproses markah peperiksaan dan ujian Menggunakan komputer untuk menyimpan dan mengurus rekod pelajar
Rendah Frek. 17
% 19.3
Sederhana Frek. % 42 47.7
Tinggi Frek. 29
% 33
20
22.7
35
39.8
33
37.5
22.7
25
45.5
43.2
27
37
26
29.6
35
39.8
27
30.7
19
21.6
44
50
25
28.4
17
19.4
33
37.5
38
43.2
8
9
39
44.3
41
46.6
6
6.8
33
37.5
49
55.6
PERBINCANGAN HASIL DAPATAN Kajian ini juga melibatkan pengetua dan guru besar seramai 21 orang (4 lelaki dan 17 perempuan) di Daerah Hulu Langat. Soal-selidik untuk guru-guru dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu Bahagian A tentang Latar belakang sekolah dan guru, Bahagian B tentang penilaian dari aspek fizikal, Bahagian C berkaitan dengan Penilaian dari aspek peralatan media elektronik, Bahagian D berkenaan Penilaian dari aspek penggunaan pakej media elektronik dan bahagian E tentang penilaian dari aspek kesediaan guru tentang ICT. Soal-selidik untuk pentadbir pula dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A tentang latar belakang dan maklumat pentadbir dan Bahagian B pula terdiri daripada Penilaian Dari Aspek Kesediaan Tentang Bahan Pelbagai Media Dan ICT. Pihak pentadbir bersetuju bahawa penggunaan bahan pelbagai media dan ICT penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta sentiasa memberikan motivasi dan sokongan kepada guru-guru. Mereka juga bersetuju bahawa penggunaan bahan pelbagai media memudahkan pengajaran guru dan sentiasa menggalakkan guru-guru menghadiri kursus disampaing menjalankan pemantauan serta sentiasa peka terhadap perkembangan bahan media ICT dalam P&P.
1069
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Guru-guru di Daerah Hulu Langat bersetuju bahawa penggunaan bilik BBM berada di tahap yang memuaskan dan jadual penggunaan bilik dikemas kini dengan baik. Majoriti makmal komputer di sekolah-sekolah di daerah tersebut telah dilengkapi dengan capaian internet. Manakala Pusat Akses Sekolah hanya terdapat di beberapa buah sekolah sahaja. Berdasarkan kepada dapatan kajian, aspek penggunaan pakej media elektronik (perisian kursus CDRI), 10.3% guru-guru tidak pernah menggunakan perisian, manakala 70.5% guruguru jarang menggunakan perisian dan 19.2% guru-guru kerap menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Dari segi penggunaan pakej VCD - Best Teaching Practice bagi Daerah Hulu Langat didapati majoriti responden pernah mengguna 51.2% dan meminjam VCD 51.2% . Manakala penggunaan OHP semakin berkurangan 50% mungkin disebabkan persekitaran yang berasaskan komputer. Keputusan penilaian yang dijalankan terhadap penggunaan pakej media elektronik di Hulu Langat seperti VCR/VCD/DVD/ didapati hanya 12.8% kerap menggunakannya, 47.4% jarang menggunakannya dan 39.7% tidak perah menggunakannya. Hampir 70% guru merekodkan penggunaan mereka di dalam buku rekod penggunaan dan sebanyak 60% menggunakan peralatan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Begitu juga dengan penggunaan Kaset Audio di mana 70% respondan Daerah Hulu Langat pernah dan kerap menggunakan manual penggunaan dan menggunakan peralatan tersebut mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini menunjukkan penggunaan kaset audio masih lagi menjadi pilihan lebih separuh dari guru-guru. Aspek kesediaan guru tentang mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran didapati tahap pengetahuan dan kemahiran didapati lebih kurang 70% responden mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang agak tinggi. Walaubagaimanapun peratus tahap pengetahuan adalah melebihi tahap kemahiran. Didapati juga lebih kurang 80% responden percaya penggunaan pelbagai media di dalam pengajaran dan pembelajaran dapat membantu pelajar dan guru untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran. Kekangan Guru Dan Pentadbir Hasil dapatan mendapati ada kelemahan yang menyebabkan penggunaan alat pelbagai media menimbulkan masalah di sekolah. Ada di antara sekolah yang mempunyai bilangan komputer yang rosak melebihi separuh komputer di dalam makmal komputer. Bagitu juga dengan kemudahan laptop PPSMI yang banyak telah rosak. Bilangan komputer berbanding nisbah pelajar juga terhad. Ada juga guru yang belum cekap menggunakan komputer untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu kekangan masa untuk memasang peralatan setiap kali waktu pengajaran dan pembelajaran. Terdapat juga bekalan Teaching course ware yang agak lambat sampai ke sekolah.. Selain itu terdapat kualiti perkakasan ICT yang mudah rosak dan pihak tertentu lambat bertindak untuk membaiki. Masih terdapat sekolah yang tiada makmal komputer, ini menyebabkan pengajaran dan pembelajaran menggunakan intenet dan web tidak dapat dijalankan. Tiada Pembantu Khas yang berfungsi seperti ‘Pembantu Makmal Komputer’ menjadi kekangan untuk guru menggunakan makmal komputer dan peralatan secara maksima kerana penyediaan dan penggunaan yang serentak menyebabkan guru-guru tidak cukup masa terutama guru yang tiada kemahiran pengoperasian alatan. Dapatan kajian ini menyokong kajian-kajian yang telah dibuat seperti Laporan Tinjuaan Awal Penggunaan CD-ROM Interaksitf CDRI 2005, Unit Penyelidikan dan Pembangunan BTP 2005, Kajian-kajian Nik Sarah (2000), Siti Suria Salim (2001) dan Kertas Kerja Penggunaan Perisian Kursus Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan: Realiti dan Cabaran oleh Paridon Hj Sahid yang telah dibentangkan di PSPN Selangor (2006), Porto Malai, Langkawi (2006), Esset Bangi (2006), PKG Semenyih (2007) dan PKG Batu 38, Sabak Bernam (2007) CADANGAN Hasil dapatan kajian ini telah mendedahkan beberapa cadangan daripada guru dan pentadbir antaranya:
1070
1st International Malaysian Educational Technology Convention
a) Pihak guru dan pentadbir meminta supaya komputer dapat dibekalkan kepada setiap guru, ataupun sekurang-kurangnya satu atau lebih komputer di bilik guru. b) Selain itu kursus yang berkaitan dengan penggunaan dan pembinaan bahan dan peralatan yang melibatkan bahan media dan ICT perlu diperbanyak, diperluas dan berterusan kepada guru. Beri peluang kursus ICT yang terkini kepada guru-guru selain dari guruguru sains dan matematik. Seterusnya susulan daripada kursus tersebut satu modul penggunaan bahan pelbagai media dalam P&P dapat dihasilkan. c) Memperbanyakkan CD P&P bagi subjek selain dari sains dan matematik contohnya subjek Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Melayu, Sejarah dan lain-lain d) Menyokong usaha yang sedang dijalankan untuk melengkapkan kemudahan menggunakan ICT di dalam kelas seperti membekalkan sistem wireless internet dalam lingkungan kawasan sekolah supaya internet dapat digunakan di kelas untuk tujuan P&P. e) Mewujudkan Penjawatan Pembantu Makmal Komputer sangat perlu untuk membantu guru dari aspek teknikal dan penyediaan peralatan. f)
Bahan-bahan pelbagai media seperti radio dan TV perlu mencukupi dengan kadar bilangan guru-guru.
g) Kurangkan masa mengajar guru supaya guru boleh ‘fokus’ h) Kemudahan asas mestilah lengkap sama ada di dalam bilik darjah atau bilik-bilik khas. Kemudahan ini perlu diadakan supaya peralatan ICT sedia terpasang di dalam bilik tersebut. i)
Bagi pihak sekolah, membina jadual penggunaan yang teratur dan sistematik perlu diadakan untuk penggunaan media yang maksima.
PENUTUP Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2003 berkaitan Dasar Penggunaan Media dan Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah diedarkan, namun dapatan kajian yang diperoleh dari dua daerah iaitu Hulu Langat dan Sabak Bernam yang memberi fokus kepada aspek pengetahuan, kemahiran dan penggunaan bahan, hasil dapatan menunjukkan tahap pengetahuan dan kemahiran penggunaan bahan pelbagai media kurang memuaskan. Ini menyokong dapatan kajian yang telah dilaksanakan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan pada tahun 2005 yang telah melaksanakan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran Pembelajaran di Sekolah. Walau bagaimanapun dapatan dari aspek kesediaan ICT dan sikap terhadap penggunaan bahan dan ICT dalam kalangan guru-guru dan pentadbir sangat positif. Majoriti guru-guru bersetuju bahawa kualiti pengajaran dan pembelajaran dapat dipertingkatkan dengan penggunaan bahan pelbagai media dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Keberkesanan bahan penggunaan bahan pelbagai media dalam pengajaran dan pembelajaran bergantung sepenuhnya kepada penglibatan semua pihak yang berkaitan. Dengan sokongan dan komitmen yang tinggi dari semua pihak sangat menyumbang kepada kejayaan dan seterusnya menyumbang ke arah wawasan negara. RUJUKAN Abdul Rahman Daud. (1993). Kajian faktor-faktor yang mempengaruhi alat teknologi pendidikan dalam pengajaran matematik di kalangan guru sekolah rendah. Tesis Doktor Falsafah. UKM BTP. 2005 Laporan Tinjauan Awal Penggunaan CD-ROM Interaktif CDRI 2005, Unit Penyelidikan dan Pembangunan BTP Mohd Jasmy Abd.Rahman, Mohd Ariff Hj Ismail & Norsiati Razali (2003). Tahap Kesediaan Penggunaan di Kalangan guru Sains dan Matematik. Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan Ke 16, pp.123-127
1071
1st International Malaysian Educational Technology Convention
Nik Zaharah Nik Yaacob.2000. Analisis aplikasi pakej pembelajaran Sains Sekolah Bestari: Satu Kajian Kes. Kertas Projek. Ijazah Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia Paridon Hj Sahid. 2006. Penggunaan Perisian Kursus Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Terbitan Bahagian Teknologi Pendidikan: Realiti dan Cabaran. Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia Siti Suria Salim. 2001. Pendekatan Bestari: Kefahaman dan Kesediaan Guru Bestari menghadapi perubahan. Disertasi M.Sc. Universiti Pertanian Malaysia.