INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID AS-SALAM SEBAGAI WASILAH DAKWAH KONTEMPORARI
1007
AHMAD FAUZI BIN HJ MOHD SHAHAR
[email protected] No. Tel. 0193988302 MUHAMMAD YUSUF MARLON ABDULLAH Jabatan Dakwah & Pengurusan, Akademi Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)
ABSTRAK
Ekonomi merupakan salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dalam menjayakan dakwah pada masa kini. Tujuan utama kajian ini dijalankan ialah untuk mengenal pasti strategi pembangunan ekonomi Masjid AsSalam yang digunapakai sebagai wasilah dakwah kontemporari. Metodologi kajian ini adalah berbentuk kualitatif yang melibatkan rekabentuk temubual dan analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Masjid As-Salam memainkan peranannya sebagai masjid yang mampu membangunkan ekonominya sendiri. Buktinya ialah tertubuhnya Koperasi Kariah Masjid As-Salam atau KoSalam, aktiviti-aktiviti ekonomi telah dijalankan oleh Biro Ekonomi dengan memanfaatkan apa yang disekitar Masjid As-Salam itu sendiri dengan membuka tapak-tapak perniagaan dan dikenakan sewa bagi menjana pendapatan masjid itu sendiri. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa terdapat kedai-kedai kelolaan masjid, tadika As-Salam, sewaan dewan, kursus kahwin, catering, homestay, As-Salam Travel and Tours.
Kata kunci: Strategi Pembangunan, Ekonomi, Dakwah, Masjid As-Salam
1.0
PENGENALAN
Masjid amat sinonim dengan kehidupan umat Islam sebagai pusat kegiatan dan pentadbiran hidup.Masjid juga merupakan lambing perpaduan dan keutuhan Islam dalam menyatu padukan umatnya. Selaras dengan fungsinya yang pelbagai, masjid muncul sebagai pusat tumpuan dalam menguruskan kehidupan masyarakat Islam setempat. Malangnya, terdapat juga pengurusan masjid yang hanya menjurus kepada aktiviti berbentuk keagamaan sahaja. Mentaliti ini perlu di ubah peranan masjid perlu dilihat dari sudut yang luas. Justeru, usaha untuk memperkasa fungsi masjid perlu dilakukan dan transformasi ini haruslah sesuai dengan peredaran zaman. Pengurusan masjid amat penting dipertingkatkan dari semasa ke semasa kerana ia merupakan nadi penggerak pembangunan modal insan yang cemerlang. Berdasarkan maklumat yang diperoleh, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi 75
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
keberkesanan pengurusan sesebuah masjid antaranya ialah kerjasama dan komitmen dari semua pihak khususnya pihak pentadbiran mahupun masyarakat setempat.
Masjid As-Salam Pucong Perdana juga dikenali sebagai masjid terapung. Terletak di Jalan Persiaran Puchong Perdana yang merupakan jalan masuk utama ke Taman Puchong Perdana, Puchong Intan, Puchong Permai, Puchong Prima dan Puchong Indah dari Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP). Pemilihan tempat yang strategik serta binaan tersergam indah di atas tasik telah menjadikannya sebagai mercu tanda kawasan Puchong. Dikelilingi dengan kawasan perumahan, sekolah, taman rekreasi dan kawasan komersial telah menjadikan Masjid As-Salam tumpuan masyarakat sekitar (Nazneen binti Ismail 2014).
Masjid ini mula dibina pada 20 Mac 2004 dan mula dibuka kepada umum sejak 9 tahun yang lalu pada 5 Januari 2006. Telah dirasmikan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah pada tanggal 5 Disember 2006. Masjid ini dibina dengan ketinggian tiga tingkat dan tingkat yang teratas merupakan ruang solat khusus bagi wanita. Pada tingkat dua pula, terdapat ruang solat utama bagi lelaki dan sebahagian kecil ruang bagi wanita. Daripada keseluruhan ruang solat yang ada, ia boleh menampung lebih kurang lima ribu orang jamaah. Di tingkat bawah pula terdapat pelbagai kemudahan seperti pejabat nazir, pejabat pendaftar nikah, pejabat pengurusan, bilik musafir, bilik kaunseling, bilik mesyuarat, bilik kuliyah, bilik pusat sumber, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, ruang solat tambahan, dapur, stor, bilik mandi dan tandas. Dengan adanya semua prasarana yang cukup lengkap inilah, menjadikan Masjid As-Salam sebagai tumpuan masyarakat menjalankan pelbagai aktiviti.
2.0
PENGERTIAN MASJID
Menurut kamus al-Martawi, sajada bermaksud merendahkan diri atau menyembah Tuhan, sajada, yasjudu, sujudan bermaksud yang sujud menyembah Tuhan, masjid atau kata jama' masajid adalah tempat sujud dan masjid juga bermakna dahi seseorang yang kena di tempat sujud (Muhammad Idris Abd al-Ra'uf al-Martawi 1350H). Kemudian pengertian masjid itu bertukar maknanya kepada makna 'maknawi' yang membawa erti khudu' yang bererti tunduk dan merendah diri. Ibn Manzur memberi makna masjid sebagai sujud padanya atau di dalamnya (Jamal al-Din Muhammad bin Makram Ibn Manzur al-Afriqi 1990).
76
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Pergertian masjid dari segi istilah pula ialah tempat yang dilakukan sujud padanya. Menurut istilah syarak, kata masjid bererti seluruh tembat di bumi ini. Ini adalah bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad SAW yang berbunyi (al-Imam Abu Dawud Sulaiman Ibn alc
Asy cAsy 1978):
Maksudnya: Seluruh bumi ini telah dijadikan masjid (tempat sujud) yang bersih bagiku. Pengertian masjid dalam Islam bukan hanya sekadar tempat mendirikan solat sahaja, malah masjid menurut pandangan Islam mempunyai maksud dan tujuan yang lebih luas. Ia bukan sahaja tempat ibadat, tetapi juga sebagai tempat untuk menyelesaikan urusan keagamaan dan juga urusan keduniaan bagi umat Islam. Dengan kata lain, masjid adalah tempat untuk menyelesaikan urusan agama dan dunia tanpa ada pengasingan dalam kehidupan manusia.
Ali Abdul Halim Mahmud (1979) menerangkan fungsi masjid pada zaman Nabi Muhammad SAW sebagai tempat untuk pelbagai aktiviti iaitu menulis surat dan memilih pendakwah untuk dihantar kepada pemerintah asing, penginapan para imam, berkumpul para sahabat dan rakyat, tempat untuk sembahyang, mengajar dan membaca al-Quran, berzikir, mengajar pelbagai ilmu, memberi syarahan agama, berbincang soal politik negara, melantik gabenor dan pemimpin negara, menerima tetamu negara dan wakil-wakil dari kerajaan asing, merancang urusan pentadbiran negara, mengadakan mesyuarat dan sebagainya. Dengan kata lain, boleh dikatakan bahawa peranan masjid masa zaman Nabi saw adalah sebuah institusi dalam bentuk multi function (serba guna).
Dalam al-Quran banyak terdapat ayat-ayat mengenai masjid, al-Quran menyebut dengan perkatan masjid dua puluh kali, dengan perkataan masjid enam tempat dan masji dan dua kali (Muhammad Fucad cAbd al-Baqi 1996). Al-Quran ada menyatakan kemuliaan orangorang yang memakmurkan masjid. Terdapat juga ayat-ayat yang melarang perbuatanperbuatan yang merosakkan masjid seperti dalam firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 18. Firman Allah swt (Ibn Kathir, al-Hafiz Abu al-Fida' Ismacil bin Kathir al-Quraisyi 77
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
2002):
Maksudnya : Hanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat Yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan Yang mendapat petunjuk. Menurut Ibn Kathir dalam mentafsir ayat ini telah menyebut beberapa buah hadis Rasulullah SAW untuk menjelaskan bahawa orang-orang yang memakmurkan masjid ialah orang-orang yang beriman (Abu 'Isa Muhammad bin 'Isa al-Titmizi : 1975).
Maksudnya : Apabila kamu melihat seorang lelaki selalu beribadah di masjid, maka kamu bersaksi baginya dengan iman. Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas dapatlah difahami bahawa salah satu petunjuk bagi orang-orang yang beriman kepada Allah SWT ialah yang memakmurkan masjid. Memakmurkan masjid menurut pandangan Yusuf al-Qaradawi ialah mendirikan sembahyang di dalamnya, berdoa, berzikir, dan menegakkkan syiar-syiarnya (Yusuf alQaradawi 1990). Ini menggambarkan bahawa betapa mulia dan tinnginya kedudukan masjidmasjid di sisi Allah SWT.
Manakala tanda bagi orang-orang yang tidak beriman pula ialah orang-orang yang tidak dapat memakmurkan masjid, sebagaiman firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 17.
78
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Maksudnya: Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. mereka itu ialah orangorang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di Dalam neraka. Menurut Hamka di dalam menghuraikan ayat yang bermaksud tidak ada bagi orangorang musyrikin akan memakmurkan masjid-masjid Allah ialah bahawa orang-orang musyrikin tidak mungkin akan dapat memakmurkan masjid-masjid Allah walaupun di mana mereka berada. Ini bererti bahawa masjid itu tempat sujud dan perbuatan sujud itu hanya dilakukan kerana Allah sahaja bukan kepada yang lain. Oleh yang demikian orang-orang musyrikin tidak boleh memakmurkan masjid-masjid Allah kerana ia adalah tempat sujud kepada Allah yang hanya mampu dilakukan oleh orang-orang Muslim yang bertakwa sahaja. Lantaran itu tentu sekali mereka tidak mampu melakukan dengan sebab kekufuran (Abd Malik Karim Amrullah 1980).
3.0
PERANAN MASJID
Institusi masjid bukanlah sekadar menjadi pusat untuk menunaikan solat dan ceramah sahaja, tetapi kita ingin menunjukkan bahawa ia juga mampu menyumbang kepada pelbagai kegiatan masyarakat, sekaligus menjadikan masjid sebagai salah satu medium dakwah dan ejen kepada kesatuan umat. Menurut M. Quraish Shihab (1999), masjid yang dikaitkan dengan sujud juga memberikan beberapa pengertian, antara lain rasa penghormatan, kesedaran terhadap kekhilafahan, kemahuan mengikuti atau menyesuaikan dengan ketetapan Allah SWT. Pengertian tersebut memberikan gambaran betapa perlunya institusi masjid perlu melalui dimensi bersepadu dalam konteks untuk mencapai tahap ubudiyyah. Justeru, ianya menuntut supaya peranan masjid perlu diperkasakan bersama-sama dengan sistem pengurusannya yang sistematik.
Masjid sememangnya berperanan sebagai medan yang amat berpengaruh di tengah perkembangan masyarakat. Peranan institusi masjid hari ini bukan sekadar menjadi tempat mendengar dan menadah ilmu dalam kerangka untuk meningkatkan keimanan semata-mata 79
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
tetapi juga medan pembangunan sosial dan peradaban semasa masyarakat. Ditinjau dari sudut perkembangan institusi masjid masa kini, terdapat lebih 5490 buah masjid di seluruh negara sama ada dalam kedudukannya sebagai masjid negara, masjid negeri, masjid jamek daerah, masjid institusi, masjid kariah, masjid mukim ataupun surau Jumaat. Dari aspek peruntukan dana untuk tujuan pembinaan dan membaik pulih masjid, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM71 juta di dalam Rancangan Malaysia ke-Sembilan (RMK 9). Berasaskan perkembangan tersebut, jelas menunjukkan betapa luasnya peranan institusi tersebut dalam konteks pembangunan modal insan sekaligus memberi gambaran betapa perlunya perancangan dan pengurusan masjid melalui sistem pengurusan yang sistematik dan bersifat professional (Roslan Mohamed 2008:4-5).
Isu yang dibahaskan dalam kajian ini ialah kebanyakan masjid dalam negara hari ini amat mengecewakan. Masjid dilihat sebagai medan yang hanya bersifat umum semata-mata untuk melakukan ibadat khusus, tempat kenduri dan majlis akad nikah semata-mata. Dalam masa yang sama, masjid juga hilang daya pesona untuk menarik golongan belia dan remaja untuk mengimarahkannya. Kegiatan yang bersifat kebudayaan, ekonomi dan sosial seolaholah tiada ruang untuk dilaksanakan dalam persekitaran masjid. Sedangkan hakikat yang sebenarnya, program dan aktiviti yang bersifat kebudayaan dan sosial perlu diadakan di institusi masjid dengan difikirkan apakah caranya dan bagaimana langkah yang sewajarnya ke arah mengaplikasikan hal tersebut. Di sini menunjukkan perlunya suatu bentuk pengurusan yang bersifat profesional perlu dijana dengan segera supaya institusi masjid benar-benar memiliki kredibiliti yang mampu dibanggakan bukan sahaja oleh umat Islam bahkan dalam kalangan bukan Islam. Di sebalik semua itu, pastinya isu pengurusan masjid adalah sesuatu yang amat relevan dengan keperluan dan tuntutannya. Realiti itulah yang perlu digarap kembali oleh semua pihak terutamanya pihak pengurusan institusi masjid yang sememangnya diamanahkan dengan tugas ke arah memakmurkan masjid melalui perancangan dan pengurusan yang berkualiti dan sistematik (Berita Harian 2007).
Isu yang kedua ialah, dalam konteks fizikal masjid yang profesional, harus dilihat bahawa masjid masa kini perlu disiapkan dengan kelengkapan fizikal yang sewajarnya. Semua infrastruktur yang terdapat dalam masyarakat perlu dibawa ke dalam persekitaran masjid. Perlu disediakan kediaman yang selesa untuk para imam dan pegawai masjid yang lain, perlu dibina dewan orang ramai yang akan memungkinkan berlakunya jalinan kasih
80
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
sayang antara sesama anggota masyarakat melalui program keramaian seperti kenduri kahwin dan sebagainya, binaan kelas pengajian yang selesa dan menarik, padang permainan yang boleh berfungsi sebagai medan kemasyarakatan setempat (Majalah MILENIA 2007).
Seterusnya, manakala dalam konteks perancangan dan strategi pengurusan profesional pula, ianya adalah aspek yang paling utama kerana ianya bersifat semasa dan mampu dinilai oleh masyarakat. Perancangan pengurusan masjid juga melibatkan program dan aktiviti pengisian ilmu yang diatur, juga tentang pemilihan ahli jawatan kuasa yang berkemampuan dan berketerampilan. Pembangunan masjid akan berlipat kali ganda hasilnya dengan wujudnya ahli jawatan kuasa yang mempunyai ilmu dan kepakaran. Mengambil contoh Masjid As-Salam, Puchong Perdana yang dianggap melebihi piawaian sebagai masjid terbaik di seluruh negeri Selangor dan Juara Masjid Kariah 2014 di peringkat kebangsaan. Antara faktor kemenangan Masjid As-Salam ialah disebabkan penganjurannya dalam program yang melibatkan pelbagai anggota masyarakat termasuk bukan Muslim. Oleh yang demikian, Masjid As-Salam mampu dijadikan rujukan di peringkat Nusantara seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Thailand dan sebagainya (Yasim Mohamed 2014).
Rentetan daripada itu, hasil daripada kajian dilakukan oleh Dr. Fariza Md Sham (2014) dalam kertas Ucap Utama Bicara Dakwah Ke-15 menyatakan bahawa strategi pengurusan dakwah kontemporari memerlukan satu strategi dakwah yang berhikmah, terancang dan tersusun. Ini kerana permasalahan jiwa masyarakat wujud dari dalam diri dari segi jiwa yang tidak tenteram kerana keadaan keluarga yang tidak stabil dan harmoni, kebosanan dengan routin harian dalam dunia akademik, persekitaran yang tidak selesa dan kurang bimbingan, sokongan serta kumpulan contoh dalam menuju ke arah individu yang cemerlang. Beliau menambah lagi bahawa perlaksanaan dakwah yang ingin dibuat perlu mengambil kira soal kesesuaian sasaran dakwah serta kesesuaian dengan fungsi dan peranan institusi yang diwakili tetapi mesti berasaskan model strategi dakwah bersepadu yang dirancangkan.
Isu pengurusan masjid secara profesional memang merupakan cabaran semasa masa kini. Tidak dapat dinafikan akan timbul pelbagai permasalahan dalam konteks pengurusan masjid kerana sesetengah ahli jawatan kuasa lama yang menguruskan masjid tidak bersetuju dengan pelbagai bentuk pembaharuan kerana mungkin mereka masih beranggapan masjid
81
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
adalah tempat beribadah semata-mata. Dalam konteks kontemporari, tidak dinafikan memang terdapat berbagai kelemahan dalam pengurusan institusi masjid. Ianya harus disedari oleh semua pihak, terutamanya pihak pengurusan masjid sendiri. Sudah sampai masanya pengurusan masjid diurus secara strategik dan profesional. Ada kewajarannya perlu dilibatkan golongan profesional dalam kerangka memberikan pandangan dan bimbingan yang berterusan kepada pihak pengurusan masjid. Dalam hal ini, perlu diwujudkan hubungan erat di antara golongan profesional dengan pihak pengurusan masjid. Golongan profesional perlu tampil menjadi jemaah tetap di masjid dan bukan sekali-sekala datang ke masjid, manakala pihak pengurusan masjid pula perlu bersedia memberi ruang untuk kalangan profesional setempat mendekati mereka tanpa timbulnya tanggapan negatif iaitu seolah-olah golongan profesional akan mengambil alih teraju pengurusan masjid. Justeru itu, sudah sampai masanya pengurusan institusi masjid diurus secara serius melalui strategi pengurusan profesional dan diwujudkan keselarasan di semua institusi masjid supaya institusi tersebut berfungsi sebagai medan pembangunan insan dan menjadi pembekal kepada lahirnya modal insan yang berkualiti.
4.0
STRATEGI PEMBANGUNAN EKONOMI MASJID AS-SALAM
Dalam temubual yang dibuat dengan Tuan Haji Yasim bin Mohamed, Nazir Masjid As-Salam Puchong Perdana pada tanggal 16 Feb 2015, penulis mendapati bahawa Masjid As-Salam mempunyai strategi pembangunan ekonomi yang mantap dan berkesan. Buktinya Masjid AsSalam meraih beberapa anugerah dan pencapaian. Bukan itu sahaja, jikalau kita melihat kepada perkembangan yang dilalui Masjid As-Salam bermula daripada Masjid ini dirasmikan pada Disember 2006 sehingga sekarang, maka kita akan dapati terlalu banyak pembangunan yang berjaya dijalankan, lebih-lebih lagi yang berkait dengan ekonomi.
Menyedari bahawa sumbangan orang ramai kepada masjid masih tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan program-program yang diadakan, Haji Yasim memikirkan suatu kaedah untuk menambah dana masjid, selain bergantung harap kepada sumbangan orang ramai semata-mata. Antara kaedah yang difikirkan ialah menjalankan ekonomi masjid itu sendiri. Sebelum tertubuhnya Koperasi Kariah Masjid As-Salam atau KoSalam, aktivitiaktiviti ekonomi telah dijalankan oleh Biro Ekonomi dengan memanfaatkan apa yang disekitar Masjid As-Salam.
82
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
4.1
Sewaan Tapak Perniagaan
Umumnya setiap masjid telah mempunyai asset kekalnya yang tersendiri, antaranya dewan solat, tempat parkir kereta, bilik mesyuarat dan sebagainya. Tinggal lagi Ahli Jawatankuasa masjid itu sendiri perlulah bersifat kreatif bagi memanfaatkan asset yang ada untuk menggandakan dana yang ada daripada sumbangan orang ramai. Kemudian dana yang digandakan ini pula seharusnya dikembalikan kepada masyarakat dalam bentuk programprogram yang mendidik dan membangunkan masyarakat. Hal inilah yang dilakukan oleh Masjid As-Salam, di mana mereka mulakan aktiviti ekonomi dengan memanfaatkan asset sedia ada seperti tapak parkir yang luas yang kemudiannya diperuntukkan untuk membuat tapak sewaan bagi perniagaan.
4.2
Kedai-kedai di Bawah Kelolaan Masjid
Tapak parkir tersebut juga dimanfaatkan oleh Masjid As-Salam untuk membangunkan kedaikedai di bawah kelolaan masjid sendiri iaitu kedai membasuh kereta, perubatan Islam dan lain-lain. Melalui perniagaan-perniagaan inilah, Masjid As-Salam dapat menggandakan dana yang ada dan berjaya menampung program-program yang dijalankan.
4.3
Tadika As-Salam
Setelah KoSalam diasaskan pada tahun 2013, Masjid As-Salam melangkah setapak lagi dengan menubuhkan Tadika As-Salam. Tadika As-Salam mula beroperasi pada tahun 2014 dengan pelajar yang berjumlah lebih kurang 40 orang. Dengan memanfaatkan aset yang ada dengan sebaiknya, Masjid As-Salam memperuntukkan satu ruang di dalam masjid untuk Tadika As-Salam. Strategi ini berjaya dan berhasil meraih kepercayaan masyarakat sekitar, buktinya pada tahun ini Tadika As-Salam menerima pelajar seramai 79 orang melebihi tahun yang sebelumnya.
4.4
Sewaan Dewan, Kursus Kahwin dan Katering
83
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Selain daripada perniagaan-perniagaan yang disebutkan tadi, Masjid As-Salam juga mengadakan sewaan dewan, kursus perkahwinan dan katering. Hal ini memudahkan penduduk sekitar yang berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan tetapi tidak punya ruang untuk mendirikan khemah dan memerlukan tempat yang lebih selesa. Selain daripada dewan tersebut digunakan untuk majlis perkahwinan, ia juga boleh digunakan bagi menganjurkan program-program yang lain.
4.5
Homestay
Seterusnya, Masjid As-Salam juga menyediakan perkhidmatan homestay. Di mana Masjid As-Salam terkenal sebagai sebuah masjid yang selalu dikunjungi ramai baik dalam mahupun luar negara. Pengunjung yang datang dari jauh untuk mengadakan lawatan dan kursus pengurusan bolehlah menginap di homestay yang disediakan.
4.6
As-Salam Travel and Tours
Masjid As-Salam juga mengadakan perkhidmatan pelancongan melalui As-Salam Travel and Tours, di mana pihak Masjid As-Salam membawa mereka yang berminat untuk melancong ke tempat-tempat menarik dengan pakej Islamik ataupun urusan ibadah Haji dan Umrah.
4.7
Perancangan Masa Depan
Tidak cukup itu sahaja, KoSalam juga telah merancang dan akan melaksanakan strategi pembangunan ekonomi yang lain seperti Supermarket As-Salam, Homestay yang lebih besar, kedai gunting rambut dan lot-lot kedai yang akan disewakan kepada pihak yang menghendaki. Segala strategi ini apabila berjaya dilaksanakan, bukan sahaja menggandakan dana yang sedia ada sahaja, tetapi ia juga akan menjadi contoh terbaik bagi umat Islam untuk memperkembangkan peranan masjid dan ekonomi ummah secara berjamaah serta memperlihatkan teladan yang baik kepada orang bukan Islam disekitar Puchong Perdana.
5.0
PERANAN EKONOMI MASJID AS-SALAM SEBAGAI WASILAH DAKWAH KONTEMPORARI
84
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Penulis akan mengupaskan sedikit sebanyak peranan ekonomi Masjid As-Salam sebagai wasilah dakwah kontemporari. Melalui temubual bersama Tuan Haji Yasim, beliau ada menjelaskan bahawa kesedaran untuk mengadakan pembangunan ekonomi ini bermula dengan kekurangan dana masjid yang hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai sahaja. Keperluan untuk menggandakan dana masjid ini adalah bertujuan untuk mengadakan program-program bermanfaat dan membangun masyarakat seperti kelas pengajian, kelas tadah kitab, forum-forum, program belia, program kebajikan dan sebagainya. Jadi secara tidak langsung, pembangunan ekonomi ini berperanan dalam memastikan penghasilan program-program yang bermanfaat dan menjadi wasilah untuk berdakwah.
Selain itu, Haji Yasim juga mengulas bahawa, penubuhan Tadika As-Salam yang merupakan salah satu strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam juga merupakan satu kaedah dalam membangun modal insan. Kanak-kanak yang terdidik daripada tadika ini dibesarkan dalam suasana masjid, mereka bukan sahaja belajar abjad sahaja tetapi mereka juga mempelajari adab-adab ketika di Masjid, belajar untuk berdisiplin dan mengikuti peraturan. Jadi dari sini, dapatlah kita lihat peranan kedua kepada pembangunan ekonomi Masjid As-Salam, iaitu membangun modal insan menerusi pendidikan.
Seterusnya, Haji Yasim juga ada menyentuh perihal pembangunan ekonomi secara berjemaah yang dilakukan melalui masjid dan sistem koperasi. Beliau menegaskan lagi bahawa koperasi ini bukan milik beliau secara persendirian tetapi milik semua sama ada milik ahli koperasi dan juga milik masyarakat secara keseluruhan. Justeru itu, beliau ingin melihat penubuhan supermarket As-Salam itu berjaya dilaksanakan. Hal ini apabila berjaya dilaksanakan, akan menjadi satu simbol kekuatan ekonomi umat Islam di kawasan Puchong Perdana. Dalam masa yang sama, ia juga memberi satu gambaran kepada masyarakat sekitar dan juga masyarakat dunia tentang peranan masjid dan bagaimana masjid itu sendiri berjaya membangunkan ekonomi Islam itu secara berjemaah.
Terakhir, beliau menyebut tentang peranan masjid dalam membantu membangunkan ekonomi orang fakir miskin atau asnaf zakat dalam perniagaan mereka. Terdapat asnaf-asnaf zakat yang menerima bantuan daripada MAIS dalam bentuk kenderaan ataupun modal untuk berniaga, tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak punya tempat untuk menjalankan perniagaan tersebut. Justeru itu, Masjid As-Salam menyediakan tapak perniagaan kepada
85
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
mereka di dalam kawasan masjid itu sendiri. Hal ini dapat membantu dalam menjayakan perniagaan mereka kerana masjid merupakan suatu tempat tumpuan masyarakat dan ini menyebabkan perniaga tersebut mendapat banyak pelanggan untuk membeli produk yang mereka dagangkan.
6.0
KESIMPULAN
Jelaslah disini berkenaan strategi pembangunan ekonomi Masjid As-Salam dan bagaimana pembangunan ekonomi tersebut berperanan dalam menjadi wasilah dakwah kontemporari. Masjid As-Salam melalui Biro Ekonomi dan Koperasi serta Koperasi Kariah Masjid AsSalam menjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan seperti Tadika Islam, Kursus Perkahwinan, sewaan tapak perniagaan dan lain-lain berjaya memainkan peranan sebagai wasilah dakwah kontemporari. Antara peranan tersebut ialah menggandakan dana bagi mengadakan programprogram yang bermanfaat seperti kuliyah pegajian atau tadah kitab, forum-forum, kem belia dan sebagainya. Pembangunan ekonomi tersebut juga berperanan dalam membangun modal insan, membangun ekonomi ummah secara berjemaah dan membantu ekonomi asnaf-asnaf zakat.
RUJUKAN Al-Quran al-Karim. Abd Malik Karim Amrullah. 1980. Tafsir al-Azhar. Jakarta:Yayasan Nur Islam. Abdul Halim Ramli. 2002. Pemikir Islam Ismail Rajci al-Faruqi. Segamat: Gubah Publisher. Abu Dawud Sulaiman Ibn al-cAsycAsy. 1978. Sunan Abi Dawud. Birut: Dar al-Kutub alc Ilmiyah. Ali 'Abd Halim Mahmud. 1979. al-Masajid wa Atharuh fil Mujtama' al-Islami. Qahirah: Dar al-Ma'arif. Fariza Md Sham. 2014. Permasalahan Jiwa Masyarakat dan Strategi Pengurusan Dakwah Kontemporari. Prosiding Bicara Dakwah kali ke 15: Pengurusan Dakwah Kontemporari. Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan, FPI, UKM, Bangi. 6 Mei. Ibn Kathir, al-Hafiz Abu al-Fida' Isma'il bin Kathir al-Quraisyi. 2002. Tafsir Ibn Kathir. Birut: Dar al-Ihya'. Jamal al-Din Muhammad bin Makram Ibn Manzur al-Afriqi. 1990. Lisan al-Arab. Birut: Dar alFikr. Nazneen binti Ismail et. al. 2014. Peranan dan Sumbangan Masjid As-Salam Dalam Pembangunan Masyarakat Islam di Puchong Perdana. International Conference on Masjid, Zakat & Wakaf 2014. Grand Seasons Hotel, Kuala Lumpur, 1-2 December. Roslan Mohamed. 2008. Pemerkasaan Masjid Melalui Pengurusan Profesional. Dlm. Mohd. 86
INTERNATIONAL CONFERENCE ON AQIDAH, DAKWAH AND SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016) SEMINAR ANTARABANGSA AKIDAH, DAKWAH DAN SYARIAH 2016 (IRSYAD 2016)
Ismail Mustari & Kamarul Azmi Jasmi (pnyt.). Pengurusan Berkualiti Memacu Kecemerlangan Pengurusan Masjid. Skudai: Penerbit UiTM. Yasim Mohamed. 2014. Masjid As-Salam. Temu bual, 12 Disember. Yusuf al-Qardhawi. 1990. Huda al-Islam; Fatawa al-Mu'asarah. Kuwait: Dar al-Qalam.
87