STATUS AGAMA ANAK BAWAH UMUR SELEPAS SALAH SEORANG DARIPADA PASANGAN MEMELUK ISLAM HASNI BINTI MOHD ALI Abstrak Isu status agama anak bawah umur selepas salah seorang daripada pasangan memeluk agama Islam menjadi perdebatan dalam masyarakat dan jika tidak ditangani dengan cara terbaik, ia boleh bertukar menjadi isu sensitif yang berbaur perkauman serta menimbulkan kegelisahan awam. Lebih memburukkan keadaan sekiranya ada pihak yang cuba "menangguk di air keruh" dengan mensensasikan isu ini sehingga ia menjadi polemik yang sukar dirungkai. Di Malaysia telah berlaku kes-kes yang melibatkan pertikaian antara dua pihak iaitu Islam dan bukan Islam berhubung dengan status agama anak bawah umur, sungguhpun sudah jelas bahawa isu ini tidak wajar dipertikaikan oleh manamana pihak selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada. Pada hakikatnya, isu yang melibatkan status agama anak bawah umur bukanlah suatu isu yang boleh dipandang remeh kerana akidah merupakan perkara asas yang paling penting dalam kehidupan seseorang muslim dan tidak ada sebarang ruang untuk bertolak ansur dalam isu-isu yang membabitkan soal akidah. Justeru, tulisan ini akan mengutarakan satu kupasan tentang status agama anak bawah umur selepas salah seorang daripada pasangan memeluk Islam khususnya dari aspek hukum syarak serta peruntukan undang-undang sedia ada yang berkaitan dengannya.
1
Jurnal Penyelidikan Islam
Pendahuluan Pada kebiasaannya, isu penjagaan anak (hadhanah) tidak timbul ketika ibu bapa masih berada dalam ikatan perkahwinan. Namun, episod pertikaian tentang hak penjagaan anak akan bermula apabila ikatan suci sesebuah perkahwinan terlerai dan perceraian berlaku. Dalam situasi tersebut, terdapat kes di mana kedua-dua ibu bapa tidak mahu bertolak ansur dalam mempertahankan hak penjagaan anak berdasarkan tanggungjawab masing-masing. Dalam Islam, kebajikan anak diletak sebagai keutamaan. Ini bagi memastikan anak tersebut dapat membesar dengan sempurna sama ada dari aspek fizikal, spiritual, mental atau keperluan-keperluan asas yang lain seperti aspek keselamatan, kesihatan, pendidikan, dan sebagainya. Ini sejajar dengan tuntutan magasid al-syariah dalam Islam iaitu memelihara agama, harta, keturunan, akal, dan nyawa. Dalam isu hak penjagaan anak selepas perceraian berlaku, keadaan menjadi bertambah rumit jika is melibatkan pasangan bukan Islam yang bercerai selepas salah seorang daripada mereka memeluk agama Islam. Dalam situasi tersebut, persoalan mula timbul dari segi hak penjagaan anak dan isu yang lebih utama ialah isu yang berkaitan dengan status agama anak yang masih di bawah umur, sama ada anak tersebut beragama Islam atau kekal dalam anutan agama asal ibu bapa mereka ketika berkahwin. Pandangan Empat Mazhab Berhubung dengan Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang daripada Pasangan Memeluk Islam Dalam menjelaskan status agama anak bawah umur selepas salah seorang pasangan, sama ada ibu atau bapa, memeluk Islam, para fucjaha' mempunyai pandangan yang berbeza. Jumhur ularna iaitu Mazhab Hanafi. Syafi'e dan Hambali berpandangan bahaw a anak-anak adalah mengikut agama Islam sama ada yang memcluk
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Islam itu ibu ataupun bapa.' Pandangan ini berdasarkan hadis Nabi SAW: ( 4)L) 11
($; ' ):) 1 '411
.1)- 3; 31:C2 cs-4 ‘ 17-,3
rx
(Riwayat al-Bukhari) Terjemahan: Daripada 'A'idz bin Amr Almuzani, daripada Nabi SAW bersabda yang berTerjemahan: "Islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi daripadanya". Walau bagaimanapun, Imam Malik mempunyai pandangan yang berbeza iaitu anak-anak akan mengikut agama Islam sekiranya yang memeluk Islam itu ialah bapa. Sebaliknya, jika yang memeluk Islam itu ibu, anak-anak tidak dianggap beragama Islam. Hujah yang dipegang oleh Imam Malik ialah seorang anak dinasabkan kepada bapa dan bukannya ibu.3 Oleh itu, hanya dengan pengislaman bapa sahaja yang turut membawa kepada pengislaman anak-anaknya dan tidak dengan pengislaman seorang ibu. Manakala Imam al-Thawriy berpandangan bahawa apabila kanak-kanak tersebut telah mencapai tahap umur baligh, dia berhak memilih agamanya sendiri. Dalam pada itu, kaedah fiqh telah menetapkan : 1 -.1 1 s4-1 s
1 Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah (1986), Juz. 4., Kuwait: Wazarah alAwqaf wa al-Syu'un al-Islamiyyah, him 270. 2 Badaruddin (Dr.)(t.th.), Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jana 'iz, Mausu'ah al-Sunnah al-Kutub al-Sittah wa Syarahuha, juz 1, Istanbul: Cagri Yayinlari. 3 Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah, op. cit., hlm 270. 4 Ibid., hlm 271.
3
Jurnal Penvelidikan Islam
Terjemahan: Seorang kanak-kanak mengikut ibu bapa yang paling baik dari segi agama. Ini bermakna, seorang anak akan menjadi Islam apabila ibu atau bapanya memeluk Islam kerana Islam ialah agama terbaik dan tidak ada yang lebih baik dan mulia daripadanya.' Hak Hadhanah Bagi Seorang Anak S etiap anak yang dilahirkan mempunyai hak yang wajib ditunaikan oleh ibu bapa atau penjaganya. Dalam bahasa Arab is disebut hadhanah Menurut syarak, hadhanah ialah hak mendidik anak bagi orang yang mempunyai hak penjagaan untuk memelihara dan menjaga anak tersebut daripada segala bahaya dan kemudaratan; menjaga kesihatan jasmani dan rohani, memenuhi keperluan asas seperti makanan, minuman dan pakaian serta kesejahteraan dan kesihatan akal fikirannya sehingga mereka mencapai tahap umur tertentu.° Mengabaikan tanggungjawab hadhanah bererti mendedahkan bahaya dan kebinasaan kepada anak, sedangkan kedua-dua perkara tersebut perlu dihindari. Pada masa sama, hadhanah merupakan hak bagi anak-anak yang masih kecil kerana mereka belum dapat menilai antara perkara baik dengan perkara buruk. Justeru, mereka memerlukan seseorang yang bertanggungjawab melaksanakan tugas pengawasan, penjagaan, dan pengurusan hal ehwal dirinya.
5 Abd. Al-Karim Zaidan (Dr)(2000), al-Mufassal fi Ahkam al-Mar 'ah Iva Bait al-Muslim fi al-Sivarrah al-Islami yvah, Juz. 9, Beirut: Muassasah al-Risalah, him 446. 6 Wahbah al-Zuhaily (Dr)(1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, Jil 10, Beirut: Dar al-Fikr, him 7295-7296.
4
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Definisi hadhanah mengikut ahli fiqh, ialah: memelihara anak yang masih kecil sama ada lelaki ataupun perempuan, atau yang telah besar tetapi belum mumayyiz, tanpa perintah daripadanya, menyediakan sesuatu untuk kebaikannya, menjaganya daripada sesuatu yang menyakiti dan merosakkan, mendidik jasmani, rohani dan akalnya agar dia mampu berdikari untuk menghadapi hidup dan memikul tanggungjawab.' Dari aspek syarak, tempoh hadhanah bagi seseorang kanakkanak adalah sehingga kanak-kanak tersebut mencapai umur mumayyiz8 (kebiasaannya pada umur tujuh tahun bagi lelaki dan sembilan tahun bagi perempuan atau umur kecerdikan yang dapat membezakan antara perkara bersih dengan perkara kotor). Dengan berakhirnya tempoh hadhanah, seseorang anak berhak membuat pilihan sama ada untuk tinggal bersama-sama ibu ataupun bapa. Syarat-Syarat Penjaga (Hadhanah) Islam telah menetapkan syarat-syarat tertentu yang perlu ada pada seseorang sebelum dia diberi hak penjagaan. Syarat-syarat tersebut ialah:9 a. berakal dan baligh (sampai umur) — Orang yang gila, walaupun sekali dalam setahun tidak boleh diberi hak penjagaan. Begitu juga disyaratkan baligh dan sampai umur kerana kanak-kanak yang belum baligh tidak mampu menjalankan tugas menjaga dan memelihara orang lain, b. merdeka — Hamba tidak boleh diberi hak penjagaan,
7 Sayyid Sabiq (1999). Fiqh al-Sunnah, jil 2. Beirut: Maktabah al' Asriyyah, hlm 351. 8 Mustafa al-Khin dan Mustafa al-Bugha (2000), al-Fiqh al-Manhaji, jil 2. Damsyik: Dar al-Qalam, hlm 184. 9 Ibid., hlm 186-188.
5
Jurnal Penyelidikan Islam
c. berkuasa menjalankan tugas penjagaan kanak-kanak — Orang yang terlalu tua tidak boleh diberi hak penjagaan kerana dia tidak mampu menjalankan tugas tersebut, d. tidak mempunyai penyakit berjangkit seperti kusta, batuk kering dan penyakit berjangkit lain, e. ibu hendaklah tidak mempunyai suami. Jika dia bersuami, suaminya hendaklah seorang yang mahram kepada kanakkanak di bawah jagaannya, dan f. mempunyai sifat amanah — Orang yang fasiq dan murtad tidak boleh diberi hak penjagaan. Terdapat perbezaan pendapat tentang syarat beragama Islam kepada mereka yang berhak menjaga kanak-kanak. Pendapat tersebut ialah: a. Mazhab Syafi'e dan Hambali berpendapat bahawa orang yang berhak menjaga dan memelihara anak mestilah seorang Islam kerana jika penjaga itu bukan beragama Islam, dikhuatiri akan mendatangkan fitnah kepada agama kanak-kanak di bawah jagaannya.' Ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
C2J4ii raiwi 4_1i 41c. 41i Le.:= L cjc. cz.144_5
4 4111 L51_,..gm 441 axiti Cji ,01 yol L.53)
jUzi
o.Li~9 Hifi L5.31 JLo9 6.141
11
(Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i dan disahkan oleh alHakim) 10 Wahbah al-Zuhaily (1997), op. cit., him 7306. 11 Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamani al-Sin'ani (t.th), Subul al-Salam Sharah Bulugh al-Maram Min Jam' i Adillah al-Ahkam, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al-`Arabi, juz 3, Kitab al-Talaq, Bab al-. Hadhanah, no. Hadis 1233.
6
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Terjemahan: Daripada Rafi' bin Sinan r.a. bahawasanya dia telah memeluk agama Islam tetapi isterinya enggan memeluk Islam. Lalu Nabi SAW menyuruh kedua-dua mereka duduk bersebelahan sementara anak tersebut duduk di tengah-tengah antara kedua-duanya. Nabi SAW menyuruh anak tersebut memilih salah seorang antara kedua-duanya dan anak tersebut memilih ibunya. Lantas Rasulullah SAW berdoa kepada Allah SWT, akhirnya anak tersebut memilih bapanya, lalu bapa tersebut mengambil anaknya. b. Mazhab Hanafi dan Maliki pula berpandangan bahawa orang yang berhak menjaga dan memelihara kanak-kanak tidak disyaratkan beragama Islam, bahkan Islam memberi penjagaan dan pemeliharaan itu kepada orang yang berhak, sungguhpun tidak beragama Islam dengan syarat dia tidak memesongkan kanak-kanak di bawah jagaannya daripada agama c. Muhammad Abu Zuhrah turut berpandangan bahawa persamaan agama antara seorang penjaga dan kanak-kanak yang dijaga bukanlah menjadi syarat. Namun, hak penjagaan tersebut akan hilang jika dibimbangi is boleh membawa kemudaratan kepada agama kanak-kanak itu atau jika penjaga bukan Islam tersebut cuba memesongkan agama kanak-kanak yang dijaganya. Ini kerana pada masa tersebut dia tidak bersifat amanah sedangkan amanah merupakan salah satu syarat bagi se seorang penjaga.' Terdapat perbahasan di kalangan ulama tentang kadar tempoh masa seseorang kanak-kanak harus berada di bawah penjagaan pengasuh wanita bukan Islam. Mazhab Hanafi berpandangan bahawa kanak-kanak boleh berada di bawah pengawasan penjaga wanita bukan Islam sehingga dia boleh memikirkan tentang agama iaitu setelah menjangkau umur tujuh tahun, atau ternyata 12 Wahbah al-Zuhaily (1997), op. cit., hlm 7306. 13 Muhammad Abu Zuhrah (t.th), Ahwal al-Syakhsiyyahlm, Kaherah: Dar al-Fikr al-'Arabi, hlm 406-407.
7
Jurnal Penyelidikan Islam
iman kanak-kanak yang tinggal bersama-samanya boleh digugat. Umpamanya penjaga bukan Islam tadi mengajar kanak-kanak di bawah jagaannya perkara-perkara yang berkaitan dengan agama penjaga atau membawa kanak-kanak itu ke tempat-tempat ibadat penjaga atau dia membiasakan kanak-kanak tersebut meminum arak atau makan daging babi." Mazhab Maliki turut bersependapat bahawa kanak-kanak boleh berada bersama-sama penjaga wanita sehingga tamat tempoh masa penjagaan kanak-kanak di sisi syarak. Namun, penjaga wanita bukan Islam itu ditegah memberi minum arak atau makan babi kepada kanak-kanak di bawah jagaannya. Sekiranya dibimbangi penjaga itu melakukan perkara yang haram, maka hak pengawasan hendaklah diberikan kepada orang Islam demi memastikan akidah kanak-kanak itu tidak rosak.15 Setiap Anak Dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah Menurut syarak, setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci dan bersih. Sabda Nabi SAW: 4.41 °L.)" Lsi°44311 *jc. 441 114.1;. c.fi31 12i1!1:
211 t:);):4 °L:;c. L4 $ 4t, 4 4 41 LIU • .11.
16
:Si
:31 :31 tql3'01 90ji,411 „ia 1-(73s :Ls-
° 11
(Riwayat al-Bukhari) 14 Wahbah al-Zuhaily (1997), op. cit., hlm 7306. 15 Ibid., him 7306-7307. 16 Ahmad bin Ali bin Hajar alzAsqalani (al-Imam al-Hafiz)(2000), Fath al-Bari Sharah Shahih al-Bukhari, Riyadh: Dar al-Salam, Kitab al-Jana'iz, Bab Ma Qila fi Aulad al-Musyrikin, no. hadis 1385.
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Terjemahan: Adam dan Ibn Abi Zi 'bin telah menceritakan kepada kami, daripada al-Zuhri daripada Abi Salamah bin Abdul Rahman daripada Abi Hurairah r.a. berkata: Bersabda Nabi SAW: "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah Ibu bapanyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi, sebagaimana haiwan yang melahirkan anaknya, adakah kamu lihat padanya kecacatan?" Pendapat yang masyhur menyatakan bahawa perkataan "fitrah" dalam hadis ini merujuk kepada Islam. Dalam erti kata lain, setiap anak yang dilahirkan, secara fitrahnya ialah Islam. Namun, dengan didikan yang diterima daripada ibu bapa yang bukan Islam, seorang anak akan menjadi bukan Islam sama ada Yahudi, Majusi, Nasrani atau agama-agama lain mengikut anutan agama ibu bapanya. Ini juga bermakna seorang anak dilahirkan dalam keadaan selamat daripada kekufuran dan itulah janji setiap jiwa kepada Allah SWT semasa dia masih dalam kandungan ibunya. Firman Allah SWT:
:.4° J945-
- _ f
1 .1j
4:5
1 9-11 ca7J2 191
L
I 6-.L.frt,
(Surah al-A'raaf, ayat 172) Terjemahan: (Ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri (sambil Ia bertanya dengan
9
Jurnal Penyelidikan Islam
firmanNya): "bukankah Aku Tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "benar (Engkaulah Tuhan kami) kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini." Beberapa Keputusan Berkaitan Status Agama Anak Selepas Salah Seorang daripada Pasangan Memeluk Agama Islam Dalam Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak/Sivil Kali Ke-19 pada 27-29 April 2009 di Hotel Crystal Crown Petaling Jaya, Selangor, semua ahli persidangan sebulat suara bersetuju: "Menasihati Kabinet supaya tidak meminda Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan, Seksyen 51 Akta Membaharui UndangUndang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 dipinda supaya orang yang memeluk Islam diberikan hak untuk membubarkan perkahwinan sivilnya di Mahkamah Sivil, mana-mana pasangan yang memeluk Islam yang mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun hendaklah menjadi orang Islam selaras dengan Hukum Syarak dan hak hadhanah hendaklah diputuskan oleh Mahkamah Sivil dengan mengambil kira kebajikan dan maslahah anak". Peruntukan Undang-Undang Sedia Ada Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibunya atau bapanya atau penjaganya. Berdasarkan peruntukan ini persetujuan salah satu pihak sahaja sudah memadai dalam menentukan agama seseorang kanak-kanak kerana perkataan yang digunakan dalam Perkara 12(4) ini ialah "parent or guardian" bukannya "parents or guardian" di mana is bermaksud "ibu atau bapa atau penjaga."
10
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Seksyen 95 Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (WilayahWilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]17 memberi peruntukan berikut: "Keupayaan masuk Islam 95. Bagi maksud Bahagian ini, seseorang yang tidak beragama Islam boleh masuk Islam jika dia sempurna akal dan(a) mencapai umur lapan belas tahun; atau (b) jika dia belum mencapai umur lapan belas tahun, ibu atau bapa atau penjaganya mengizinkan kemasukannya". Rujukan Kepada Kes Terdahulu Antara kes yang boleh dijadikan rujukan berhubung dengan hak penentuan agama anak bawah umur ialah kes Subashini Raj asingam Lawan Saravanan Thangathoray. Dalam kes ini keduadua pasangan beragama Hindu. Mereka mempunyai dua orang anak lelaki yang berumur empat tahun dan dua tahun. Si suami telah memeluk Islam dan turut mengislamkan anak lelakinya yang sulung. Si isteri membantah pengislaman anaknya kerana tidak mendapat persetujuannya terlebih dahulu. Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kuasa untuk mengislamkan anaknya berdasarkan Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya. Oleh itu, dalam kes ini suami berhak untuk mengislamkan anaknya sungguhpun isterinya tidak bersetuju dengan pengislaman anaknya itu.'8
17 Seksyen 95, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (WilayahWilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505). 18 Sumber Bahagian Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
11
Penyelidikan Islam
Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-87 pada 2325 Jun 2009 telah membincangkan isu ini dan membuat keputusan berikut: Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam, Jumhur Ulama telah bersepakat bahawa apabila salah seorang ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di bawah umur juga adalah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletakkan di bawah ibu atau bapa yang beragama Islam. Oleh yang demikian, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa apabila salah seorang pasangan (ibu atau bapa) memeluk agama Islam, status agama bagi anak bawah umur pasangan tersebut adalah secara langsung beragama Islam. Muzakarah juga bersetuju memutuskan supaya Perkara 12(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa agama seseorang yang di bawah umur 18 tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapa atau penjaganya tidak perlu dipinda. c utup t lah diteliti pandangan serta pendapat para ulama berhubung man isu yang dibincangkan, dapatlah dirumuskan bahawa Islam, apabila ibu atau bapa memeluk Islam, agama anak di d \'` umur juga ialah Islam dan penjagaan anak hendaklah diletak . wah jagaan ibu atau bapa yang beragama Islam. Pandangan L'‘erdasarkan persepakatan (ittifaq) para ulama. Namun, ulama b`za --- pandangan tentang syarat beragama Islam bagi seseorang (hadhanah) bukan Islam. Mazhab Syafi'e dan Hambali
12
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
berpandangan, hanya orang Islam yang berhak menjadi penjaga kepada kanak-kanak Islam sedangkan Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan orang bukan Islam dibolehkan dengan syarat tidak memesongkan aqidah kanak-kanak di bawah jagaannya daripada agama Islam. Justeru, keputusan fatwa yang menetapkan bahawa apabila salah seorang daripada pasangan (suami atau isteri) memeluk agama Islam, maka secara automatik, status agama anak mereka yang di bawah umur ialah Islam. Usaha hendaklah dilakukan demi memastikan kesucian akidahnya tidak dicemarkan atau diselewengkan.
13
Jurnal Penyelidikan Islam
Rujukan Abdullah Basmeih (Sheikh), Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, c. 12, Kuala Lumpur: Darul Fikir Abd. Al-Karim Zaidan (Dr.)(2000), al-Mufassal fi Ahkam alMar 'ah wa Bait al-Muslim fi al-Syarrah al-Islamiyyah, juz. 9. Beirut: Muassasah al-Risalah Ahmad bin Ali bin Hajar al-'Asqalani (al-Imam al-Hafiz)(2000), Fath al-Bari Sharah Shahih al-Bukhari, juz 3, Riyadh: Dar al-Salam. Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) Al-Mausu'ah al-Fiqhiyyah (1986), juz. 4, Kuwait: Wazarah alAwqaf wa al-Syu'un al-Islamiyyah. Badaruddin (Dr)(t.th), Mausu 'ah al-Sunnah al-Kutub al-Sittah wa Syarahuha Sahih al-Bukhari, juz 1, Istanbul: Cagri Yayinlari. Muhammad bin Ismail al-Amir al-Yamani al-Sin'ani (al-Sheikh al-Imam)(t.th), Subul al-Salam Sharah Bulugh al-Maram Min Jam j Adillah al-Ahkam, juz 3, Beirut: Dar Ihya' al-Turath al`Arabi. Muhammad Abu Zuhrah (al-Imam) (t.th), Ahwal al-Syakhsiyyah, Kaherah: Dar al-Fikr al-'Arabi. Mustafa al-Khin (Dr.) dan Mustafa al-Bugha (Dr.) (2000), al-Fiqh al-Manhaji, jil. 2. Damsyik: Dar al-Qalam. Perlembagaan Persekutuan (2001), Kuala Lumpur: International Law Book Services.
14
Status Agama Anak Bawah Umur Selepas Salah Seorang Daripada Pasangan Memeluk Islam
Sayyid Sabiq (1999). Fiqh al-Sunnah, jil. 2. Beirut: Maktabah al'Asriyyah. Wahbah al-Zuhaily (Dr.) (1997), al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil. 10. Dar al-Fikr: Beirut.
15
FIQH AL-MUWAZANAT: PERTEMBUNGAN ANTARA MASLAHAT DAN PENYELESAIANNYA MENURUT PERSPEKTIF SYARIAH ABDUL MUHAIMIN BIN MAHMOOD ABDUL RAHMAN BIN MAHMOOD MOHD IZHAR ARIFF BIN MOHD KASHIM Abstrak Fiqh al-Muwazanat merupakan salah satu bidang ilmu yang perlu ditekankan dalam pengistinbatan hukum. Ini adalah kerana martabat maslahat berbeza-beza dan tidak boleh dicapai keseluruhannya dalam satu masa. Kadangkadang maslahat itu berbentuk menyeluruh, kadangkala is berbentuk umum, khusus, diyakini, diragui, ukhrawi, atau duniawi. Pertembungan antara beberapa maslahat dalam permasalahan semasa yang ingin diputuskan hukumnya memerlukan metode Fiqh al-Muwazanat diketengahkan agar tidak berlaku kesalahan dalam pengistinbatan hukum. Bagi mencari penyelesaian terhadap permasalahan kontradiksi tersebut, akan dibincangkan secara terperinci enam kaedah tarjih yang merupakan prinsip utama Fiqh al-Muwazanat.
Pengertian Fiqh Al-Muwazanat Perbahasan berkaitan Fiqh al-Muwazanat merupakan suatu medan ilmu yang telah lama disentuh oleh para ulama silam di dalam kitab-kitab klasik (turath), terutama dalam membahaskan ilmu Usfil Fiqh dan Qawd id al-Fiqhiyyah. Namun, perbahasan tersebut secara umumnya bertaburan dan berasingan di dalam bab dan permasalahan tertentu tanpa mengkhususkannya di dalam satu bab atau kitab khan. Justeru, sukar untuk kita mendapat definisi lengkap Fiqh al-Muwazanat dari kitab-kitab klasik (turath). Sungguhpun begitu, ulama kontemporari cuba memberi definisi
17
.hmnal Penvelidikan Islam
yang lengkap untuk metode Fiqh al-Muwazanat. Antaranya, definisi yang diberikan oleh Hasan Salim al-DUST (2001) yang menyebutkan bahawa Fiqh al-Muwazanat ialah: 1g11--1_94 Lsall
au.. 91 cc..11..,A11 Z.4. . .:"4,11,_11 . J.411 L.531 .11c. ji Terj emahan: Satu himpunan kaedah atau tatacara yang bertindak sebagai perantaraan untuk menghasilkan pertimbangan ilmiah yang sempurna antara beberapa maslahat atau antara beberapa mafsadah (kemudaratan) atau antara kedua-duanya ketika berlakunya kontradiksi antara satu sama lain. Berdasarkan definisi tersebut, jelas difahami bahawa perbahasan Fiqh al-Muwazanat merupakan satu perbahasan khusus mengenai metode dan langkah yang perlu diselusuri oleh seseorang faqih untuk sampai kepada pertimbangan ilmiah yang sempurna. la berperanan sebagai garis panduan bagi fuqaha dalam membuat pertimbangan antara beberapa maslahat, atau antara beberapa mafsadah, atau kedua-duanya apabila beriaku kontradiksi dan saling menyaingi antara satu sama lain. Asas yang difokuskan dalam perbahasan Fiqh al-Muwazanat ialah:
1 al-DtiTsT, Hasan Salim (2001), Manhaj fiqh al-Muwazanat fi al-Shar" a-Islami, dalam Majallah al-Shari ah wa al-Dirasat al-Islamiyyah, Bil. 46, Kuwait Majlis al-Nashr al-'11mT Jamiah, hlm 380. 2 Yilsuf al-Qaradawi (2001), FT fiqh al-awlawiyydt, Kaherah: Maktabah Wahbah, h1m29;, Yilsuf al-QaradawT (1992), Awlawtlyyat al-Haralcat al-Islamiyyah ,fi Marhalah al-Qadimah, Kaherah: Maktabah Wahbah, him 26; 'Abdu'Lla al-Kamali (2000). Ta 'silfiqh al-muwazanea, Beirut: Dar Ibn hazm, Him 56.
18
Fiqh Al-Muwazandt: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
a. membuat pertimbangan antara beberapa maslahat, manfaat dan kebaikan daripada perkara yang disyariatkan. Asas ini menentukan aspek yang mana perlu didahulukan dan diberi keutamaan dan aspek yang mana patut digugurkan dan diketepikan, b. membuat pertimbangan antara bentuk keburukan, kemudaratan dan kejahatan yang dilarang oleh agama. Asas ini akan dapat menentukan yang mana wajib diberi keutamaan, disisihkan atau dibelakangkan sekiranya kontradiksi tersebut tidak boleh dikompromi dan digugurkan kesemuanya, dan c. membuat pertimbangan antara beberapa maslahat dan beberapa mafsadah, antara kebaikan dan keburukan apabila berlaku pertembungan antara satu sama lain. Pertimbangan ini akan dapat menentukan kaedah yang sesuai untuk meno.lak mafsadah untuk menghasilkan maslahat atau mendahulukan mafsadah untuk mendapatkan maslahat. Metodologi Fiqh al-Muwlizatuit Seperti ilmu-ilmu lain, Fiqh al-Muwazanat juga mempunyai topik tersendiri dalam perbahasannya. Perkara yang difokuskan dalam Fiqh al-Muwazanat ialah hukum-hakam yang berkaitan dengan perbuatan mukalaf yang menjangkau kemaslahatan agama dan tatacara kehidupan manusia di dunia. Ini kerana perbuatan setiap mukalaf pada keseluruhannya tidak terlepas daripada maslahat atau mafsadah yang dikaitkan dengan al-Hukum al-Shay Artikel ini membincang salah satu daripada topik penting dalam Fiqh al-Muwazanat iaitu berhubung dengan pertembungan antara maslahat sesama maslahat.
3 al-DilsT, 2001, op.cit., hlm: 381.
19
Jurnal Penyelidikan !slam
Metode pertimbangan antara sesama maslahat atau sesama mafsadah atau antara kedua-dua maslahat dan mafsadah dapat dihimpunkan dalam empat kaedah berikut : 1. Menghimpunkan maslahat yang bertembung, 2. Tarjih (mengambil mana yang lebih kuat) maslahat yang bertembung, 3. Membuat pilihan antara maslahat yang sebanding (sama), apabila tidak dapat ditarjih atau dihimpunkan, dan 4. Membuat undian apabila berlaku persamaan hak atau maslahat bagi mengelakkan hasad dengki. Menghimpunkan antara maslahat yang bertembung Apabila berhimpun beberapa maslahat atau manfaat, maka perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah dengan menghimpunkan semua maslahat tersebut. Sebaliknya, apabila mafsadah atau kemudaratan berhimpun, maka perkara asal yang dituntut oleh syariat adalah dengan menolak kesemuanya. Sekiranya berhimpun mafsadah dan maslahat, maka perkara asal yang dituntut adalah dengan mendapatkan maslahat, sekali gus menolak mafsadah.4 Justeru, sebahagian besar daripada magasid (objektif) yang terdapat di dalam al-Quran adalah untuk memerintah supaya berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan maslahat dan al-Quran mencegah sama sekali usaha ke arah mafsadah dan sebab-sebabnya.5 Gambaran menghimpunkan semua maslahat dijelaskan oleh .1zz al-Din ibn al-Salam° dalam permasalahan-permasalahan berikut: 4 2007, op.cit., h1m80. 5 'Izz al-Din ibn •Abd al-Salam, 2000, Jil 1, hlm 11. 6 Beliau ialah Abu Muhammad 'Abd al-Saldm al-Salmi , meninggal dunia di Kaherah, Mesir pada tahun 660H. Beliau merupakan seorang ulama yang terkenal pada zamannya sehingga diberi gelaran al-Sultan al- Ulama
20
Fiqh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
a. sekiranya seseorang yang menunaikan solat melihat seorang lain sedang kelemasan meminta pertolongan, maka dalam situasi seumpama ini, adalah lebih utama dia memberhentikan solat dan bersegera menyelamatkan orang yang sedang kelemasan itu. Ini termasuk dalam bab menghimpunkan antara beberapa maslahat. Alasan 'Izz al-Din menyelamatkan orang yang sedang kelemasan adalah lebih afdal daripada meneruskan solat. Menghimpunkan dua maslahat pada situasi seumpama ini mungkin dilakukan untuk menyelamatkan orang yang sedang kelemasan terlebih dahulu dan kemudian mengerjakan solat yang luput. Ini kerana keluputan (maslahat) menunaikan solat tidak sebanding dengan keluputan maslahat menyelamatkan jiwa seorang Muslim daripada kebinasaan.' b. mengerjakan solat yang tidak menghadap ke arah kiblat merupakan mafsadah yang diharamkan. Namun, hukumnyalah berbeza dalam situasi terpaksa dan ketakutan yang teramat sangat atau keadaan darurat, seperti di dalam kapal terbang bagi orang bermusafir yang tidak memungkinkan mereka untuk menghadap ke arah kiblat. Dalam situasi seumpama ini, digugurkan tuntutan menghadap ke arah kiblat yang sepatutnya. Ini bagi mengelak daripada luputnya syariat solat (Maqasid al-Solat) dan seluruh syaratnya dengan sebab tidak dapat melaksanakan salah satu daripada syarat yang dituntut dalam menunaikan solat. Ia bertujuan menghimpunkan antara dua maslahat yang bertembung iaitu maslahat solat dan musafir.8 c. Keseluruhan kaedah di atas merupakan antara ijtihad para ulama yang menitikberatkan langkah menjaga atau meraikan al-Kulliyyat syariat yang asasi basil penelitian dan kajian
Izz al-Din ibn `Abd al-Salam, 2000, jill, hlm 96. 8 `Izz al-Din ibn `Abd al-Salam, 2000, jill, h1m139-140; al-Zuhayli, Wahbah, 1997, Nazariyyah al- Dariirah al- Shar iyyah, Ed. 4, Beirut: Dar al-Filer, hlm 287.
7
21
Jurnal Penyelidikan Islam
terhadap keseluruhan al-Juz'iyycit.9 Tarjih maslahat yang bertembung Sekiranya berlaku kontradiksi antara beberapa maslahat di mana agak mustahil untuk menghimpunkan atau mendapatkan semuanya, maka kaedah yang perlu digunakan dalam menangani kontradiksi tersebut adalah dengan kaedah tarjih satu maslahat yang paling dominan atau paling besar manfaatnya.'° Demikian juga apabila berlaku kontradiksi antara beberapa mafsadah yang mustahil dapat dielak semuanya, maka kaedahnya adalah dengan meno.lak mafsadah yang paling dominan." Bagi membuat tarjih maslahat, kaedah-kaedah berikut hendaklah diberi perhatian agar tarjih yang dilakukan bertepatan dengan matlamat syarak, iaitu: a. mengutamakan maslahat yang besar daripada maslahat yang kecil, b. mengutamakan maslahat yang bersifat menyeluruh daripada maslahat yang bersifat khusus, c. mengutamakan maslahat yang berterusan daripada maslahat yang sementara, d. mengutamakan maslahat yang bersifat asasi daripada maslahat yang bersifat teknikal atau zahir,
9
Al-kulliyvat ialah hasil daripada kesimpulan himpunan hukumhukum yang berbentuk al-juz 'iyyat yang mempunyai sandaran daripada dalil-dalil tafsiliyyat..Abd 'Abd al-Azzam, 2001, al-shar iyyahfi al-qawa id alfighivyah, al-Qahirah, Dar al-Bayan, hlm 147; al-Dasi, 2001, hlm, 395. 10 lzz al-Din ibn 'Abd al-Salam, 2000, jil 1, hlm 87. 11 Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam, 2000, jil 1, hlm 130.
71
Figh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
e. mengutamakan maslahat yang diyakini (al-Mutayaqqinah) daripada maslahat yang diragukan (al-Mauhrtmah) f. mengutamakan maslahat ukhrawi daripada maslahat duniawi. Perincian tentang kaedah-kaedah di atas berserta contoh adalah seperti berikut: a. Mengutamakan maslahat yang besar daripada maslahat yang kecil Secara keseluruhannya, hukum-hakam yang disyariatkan oleh Allah SWT bertujuan untuk menjaga maslahat manusia sejagat. Namun, maslahat yang hendak dicapai terlalu banyak dan is mempunyai kedudukan dan kepentingan yang berbeza-beza antara satu sama lain. Ulama Usul Fiqh, khasnya al-Shatibi membahagi maslahat, dari sudut kedudukan dan keupayaan yang membawa implikasi atas manusia, kepada tiga kategori mengikut urutan keutamaan iaitu al-'Awlawiyydt, al-Dariiriyyat, al-Heijiyyrtt, dan al-TahsTniyyjt.12 Maslahat al-Datfiriyyat merupakan keperluan yang wajib dan perlu wujud untuk menjamin kemaslahatan agama dan kelangsungan hidup manusia di dunia. Sekiranya kemaslahatan tersebut hilang, nescaya hidup manusia di dunia akan menjadi pincang, bahkan akan mendatangkan kerosakan, permusuhan dan fitnah yang membinasakan. la juga akan menyebabkan manusia keciciran untuk mendapat kejayaan dan kenikmatan di akhirat dan kembali dengan kerugian yang amat nyata."
12 al-ShatibT, 2001, op.cit., Jil 2, h1m17; al-Zuhayli, Wahbah, 1419H./1999, al-Wajiz ft `Usfil al-Fiqh, Dimashq, Dar al-Fiqr, him 218-223; al-Khudari Bik, 1969, hlm 300; al-Zuhayli, Wahbah, 2001,Ust7/ fiqh Jil 2, Damshiq: Dar al-fikr, h1m10201024. 13 Ibid., hlm 18.
23
Jurnal Penyelid kan Islam
Maslahat al-Hajiyydt pula ialah suatu kehendak dan keperluan manusia. Sungguhpun ia bukan perkara yang wajib dan mesti dipenuhi, ia perlu untuk kelapangan hidup di dunia dengan tujuan untuk meno.lak dan mencegah perkara yang mendatangkan kesempitan dan kesulitan. Ketiadaan perkara al-Hajiyyat tidak membawa kepada implikasi yang besar dan mendalam sebagaimana ketiadaan al-Darfiriyyat, tetapi sedikit sebanyak ia membawa kesan akan berlakunya kepincangan kepada sistem kehidupan, di samping menimbulkan kesukaran dan kesulitan dalam menguruskan hidup. 14 Maslahat al-Tahsiniyyeit pula merupakan tuntutan berpegang pada apa yang wajar diamalkan daripada adat-adat yang terpuji, mengelakkan diri daripada perkara-perkara keji yang sentiasa dijauhi oleh golongan yang mempunyai akal fikiran yang sempurna. Perkara tersebut tergolong dalam bahagian akhlak yang terpuji.15 Semua kategori ini bertujuan untuk memastikan lima maslahat utama yang dikenali sebagai al Kulliyyat al-Khams atau alDarfiriyyat al-Khams terpelihara. Menjaga al-Kulliyyat alKhams merupakan kewajipan yang mesti dititikberatkan oleh mujtahid dalam mengistinbatkan hukum. Kelima-lima maslahat al Kulliyydt al-Khams mempunyai kedudukan dan kekuatan yang berbeza antara satu sama lain mengikut urutan keutamaan (al'Awlawiyydt) berikut:' 6 14 Mid, hlm 21. 15 Ibid., hlm 22. 16 Apabila berlaku kontradiksi dalam meraikan al-Darralyyat alKhams, maka hendaklah diutamakan perkara yang paling penting daripadanya. Para ulama meletakkan menjaga agama sebagai maslahat paling utama, diikuti maslahat menjaga jiwa, menjaga akal fikiran, menjaga keturunan dan menjaga harta. Justeru, diwajibkan berjihad untuk menegakkan agama walaupun terpaksa mengorbankan jiwa raga. Demikian juga dibolehkan meminum arak apabila dikhuatiri mati kehausan sekalipun ia membawa mafsadah kepada akal fikiran kerana menjaga jiwa merupakan perkara yang wajib didahulukan ke atas menjaga akal fikiran.
24
Fiqh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Pen Menurut Perspektif Syariah
i. menjaga agama ii. menjaga nyawa atau jiwa (L44.11 iii. menjaga akal fikiran atau intelek iv. menjaga keturunan atau kehormatan ji ), dan v. menjaga harta benda (Jt..11 Ja.i.) '7 Sekiranya berlaku kontradiksi antara maslahat al-Darfiriyyea, al-Heijiyyat atau al-Tahsiniyyat, maka menjaga maslahat alDarfiriyyeit hendaklah diutamakan daripada menjaga maslahat al-Heijiyy5t. Maslahat al-Hajiyydt pula hendaklah diutamakan daripada menjaga maslahat al-TahsTniyyat.18 Ini kerana alTahsiniyyeit merupakan pelengkap (al-mukammilah) kepada alHajTyytit, dan al-Hajiyydt pula merupakan pelengkap kepada alDartiriyyjt. Justeru, ulama mew aj ibkan jihad bersama-sama dengan pemerintah yang zalim. Ini merujuk kepada sabda Rasulullah SAW:
446 At I Ls.L.a_ jti t;j:1:la L5.41 *jc.
c:J1---C 61:1 )01
r'1"J
td3 '
Lit.V&
:).N.Ics11:5 l yl9 °_51
19 .-);141 ach:C'jl g:91 -(Dt.
17 Ibid. him 26-32; Jamal, Ibrahim Raf at & al-Nashwi, Nasir Ahmad., 2001, Mukhtarat Min Fiqh al-Jineiyeit, Tanta, Maktabat al-Jami'ah, hlm 2; al-Zuhayli, 1999, h1m226; al-Khudari Bik, 1969, hlm 331, al-BatT, Muhammad Sdid Ramadan, Daweibit al-maslahat ft alshari at al-Islarniyyah, hlm 60. 18 al-Shatibi, 'Ibrahim Musa, al-Muwafaqat, jil 2, 1141117. Lihat juga, al-Khudari Bik, Muhammad, Ust71 al-Fiqh hlm 302, al-Bati, 1982, hlm 251. 19 Abu Dawud (t.th), no. Hadis 2535, ji12 hlm 325; al-BayhaqT, Ahmad Ibn al-Husayn Ibn 'A1T Ibn Musa Abu Bakr al-Bayhaqi, 1994, Sunan
25
Jurnal Penyelidikan Islam
Terjemahan: Jihad merupakan suatu kewajipan atas kamu bersama-sama dengan mana-mana pemerintah, sama ada pemerintah itu adil ataupun zalim. Demikian juga, menjadi kewajipan atas kamu untuk solat di belakang mana-mana Muslim sama ada dia seorang yang baik ataupun zalim, sekalipun dia melakukan dosa-dosa besar. Hadis ini jelas menunjukkan bagaimana maslahat al-Hajiyitat ditinggalkan apabila bertembung dengan maslahat al-Datftriyyat, dan maslahat al-Tahsinlyydt ditinggalkan apabila bertembung dengan maslahat al-1-15flyyJit. Melantik pemerintah yang adil dan bukan daripada golongan fasik ialah perkara al-Heijiyyat yang waj ib bagi umat Islam. Namun begitu, Rasulullah SAW memerintah agar meninggalkan maslahat al-Hajiyyat tersebut apabila berada dalam situasi yang menuntut agar keluar melakukan jihad fi sabalillah (kerana jihad ialah maslahat al-Darftriyyat untuk menjaga agama) sungguhpun terpaksa berjihad di bawah pimpinan pemerintah yang fasik. Demikian juga dalam solat, di mana memilih seorang imam yang alim, berpegang teguh dengan agama dan warak merupakan maslahat al-Tahsiniyyat yang disyariatkan dalam Islam. Namun begitu, Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam meninggalkannya apabila is bertembung dengan perkara yang boleh meluputkan tuntutan maslahat al-Hajilyyat seperti mendirikan solat secara berjemaah.' Bagi menjelaskan perkara tersebut, al-Shatibi menegaskan:
Boyhaqi al-kubra, Tahqiq, Muhammad Abd al-Oa& 'Ata, Makkah al-Mukarramah, Maktabah Dar al-Barriz, no. Hadis 9242, jil 7, him 3. 20 al-Bati (1969), op.cit., h1m257.
26
Fiqh Al-Muwazancit: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
1.k-11.12-11.3 44. 4.4 44,113 44J3_)-:=2 ~1 X119
ac. 131 4_,LAS...113 4s ji ZIAS.4 471s : tsz JA
. i L/114-.3 " 4 1 4 . 5 4 j4:1°L3
4-11 . 4411 4 .L.=
J.,41 j
94111 0V_.9.11 SN.A.CLI14 _).0 c.1-?.
CyA ""tC.1.441 j cd.cL ,111 A . 3441
L.51,53 ,113
4,7-13.0=111i C. ). ..1.1.11 J.31.-141 .
21 .ZIA-c111-]
Terjemahan: Jihad merupakan perkara darura, pemerintah (al-Wall) merupakan perkara darfiri dan keadilan merupakan pelengkap bagi perkara darfiri. Apabila pelengkap membawa kepada terbatalnya perkara asal (darfiri) maka is tidak boleh diambil kira. Lantaran itu, datanglah perintah daripada Nabi SAW agar berjihad bersama-sama dengan pemerintah yang zalim. Demikian juga, perintah agar mendirikan solat di belakang pemimpin yang zalim (fasiq). Sesungguhnya meninggalkan (berjemaah di belakang pemimpin atau imam yang fasiq tersebut) akan membawa kepada meninggalkan sunnah (solat secara berjemaah) sedangkan solat secara berjemaah (merupakan salah satu) daripada syiar agama yang dituntut (iaitu pelengkap kepada daruri), dan perkara asal tidak akan terbatal dengan (perkara yang hanya dianggap sebagai) pelengkap (kepadanya).
21 al-Shatibi, 2001, op.cit., ji12, him 27-29.
27
Jurnal Penyelidikan Islam
b. Mengutamakan maslahat bersifat menyeluruh daripada maslahat bersifat khusus Magas id dari sudut hubungannya dengan masyarakat umum dan individu terbahagi kepada dua bahagian iaitu maslahat al-Kulliyyat dan maslahat al-Juz Maslahat al Kulliyyat merujuk kepada maslahat yang mendatangkan manfaat dan kebaikan terhadap keseluruhan ummah atau sebahagian besar daripadanya. Terdapat banyak contoh maslahat a/-Kulliyyat. Antaranya, menjaga keamanan dan keharmonian negara daripada ancaman musuh dan menjaga kesatuan ummah daripada perpecahan.22 Manakala maslahat al-Juz 'iyyat merujuk kepada maslahat khusus yang menyentuh soal individu atau minoriti masyarakat. Umpamanya, permasalahan akad jual beli dan perkongsian antara dua pihak yang terdapat dalam bab muamalah.23 Seandainya kontradiksi berlaku antara maslahat al-Kuliyyat dan al-Juz 'iyyat atau maslahat umum dan khusus, maka maslahat umum hendaklah diutamakan daripada maslahat khusus. Kaedah ini perlu diaplikasikan setelah usaha untuk menghimpunkan antara kedua-duanya tidak mungkin dapat dilakukan." Antara contoh hukum yang telah diaplikasikan oleh ulama berdasarkan kaedah ini ialah: i. Perbuatan memonopoli barangan keperluan manusia ialah
perbuatan terkutuk yang diharamkan dalam Islam. Sehubungan itu, pihak berkuasa dibolehkan mengeluarkan makanan yang berada dalam simpanan pemonopoli secara paksa dengan bayaran sebanding dengan harga yang terdapat di pasaran (Thaman al-Mithli). Ini adalah untuk menjaga maslahat jemaah
22 al-Zuhayli, 2001, op.cit., Jil 2, him 1028. 23 Ibid., him 1028. 24 1-13atT (1969), op.cit., him 252; al-Dasi, Hasan Salim (2001), op.cit., hlm 401; al-Td'i (2007), op.cit., him107.
Fiqh AI-Muwazaneit: Pertemhungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
umum bagi mendapatkan barangan yang diperlukan demi kelangsungan hidup mereka. Ia diutamakan daripada maslahat yang akan diperoleh pemonopoli iaitu untuk mendapatkan keuntungan dengan berlipat ganda.25 ii. Tarjih kelebihan menuntut ilmu bermanfaat daripada menghabiskan masa untuk melakukan ibadat yang tidak diwajibkan. Ini kerana menuntut ilmu bermanfaat membawa faedah yang lebih umum, merangkumi seluruh manusia, di samping memberi manfaat kepada individu itu sendiri. Situasi ini berbeza dengan manfaat yang akan diperoleh hasil daripada meluangkan sepenuh masa untuk melakukan ibadat sunat yang hanya akan mendatangkan manfaat khusus kepada individu tertentu sahaja". c. Mengutamakan maslahat yang berterusan daripada maslahat yang sementara Maslahat dari sudut keupayaannya memberi manfaat boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu maslahat yang berterusan (al-D5'imah) dan maslahat yang sementara (al-Munqatiah). Maslahat al-Dd'imah membawa manfaat yang berkekalan untuk satu tempoh masa yang panjang. Manfaat yang berterusan itu sama ada untuk sepanjang hidup seseorang manusia ataupun berterusan selagi perkara yang membawa manfaat tersebut masih kekal. Misalnya wakaf, di mana manfaatnya berterusan dan kekal selagi perkara yang diwaqafkan itu masih wujud. Maslahat al-Munqati ah pula merujuk kepada maslahat yang terhad manfaatnya pada tempoh masa yang tertentu sahaja, misalnya sedekah yang diberikan kepada individu tertentu. Ia merupakan
25 al-Shatibi (2001), op.cit., hlm 632; al-Dusi (2001), op.cit., hlm 403. 26 (2007), op.cit., h1m109; al-Biiti (1969), op.cit., hlm 253; alDfisi (2001), op.cit., hlm 404.
29
Jurnal Penvelidikan Islam
amalan yang membawa manfaat kepada pemberi sedekah hanya pada saat dan ketika dia mengeluarkan sedekah dan sedekah tersebut sampai serta diterima oleh orang yang menerimanya. Manfaatnya hanya terhad atas individu itu sahaja dan akan terputus manfaatnya apabila digunakan atau dimanfaatkan." Sehubungan itu, sekiranya berlaku kontradiksi antara maslahat yang berterusan dengan maslahat yang sifatnya sementara, maka maslahat yang berterusan hendaklah diutamakan. Ini berdasarkan beberapa nas syarak. Antaranya, sabda Rasulullah SAW:
ft :1;c jl-dat11 L.119 3.9 C.5. J.,4 „ :c4r..111 L1.19 c-ar.jj_44 &III
.0 diLJ
(Riwayat al-Bukhari dan al-Nasa'i) Terj emahan: Dari Masruq r.a. berkata: Aku telah bertanya kepada 'A' ishah r.a: Apakah amalan yang paling disukai oleh Rasulullah SAW? Lalu beliau menjawab: Amalan yang berterusan. Berdasarkan hadis tersebut, apabila berlaku kontradiksi antara maslahat yang bersifat sementara dengan maslahat yang bersifat berterusan dan berpanjangan, maka maslahat yang bersifat berpanjangan hendaklah diutamakan daripada maslahat yang bersifat sementara dan seketika waktu. Contohnya, apabila seseorang itu berkemampuan untuk mengerjakan ibadat haji sunat setiap tahun dan pada masa yang sama juga, dia mendapati ramai pelajar di sekitarnya kesempitan wang dan memerlukan
27 al-Ta'i ( 2007), h1m114. 28 al-Bukhari, 1987, Kitab al-Tahajjud, Bab Man Nama 'inda al-Sahr, no. Hadis 1080, jil 1, hlm 381; al-Nasa'i, (t.th.), Bab wakt al-qiyam, no. Hadis 1615, jil 3, him 230.
30
Fiqh Al-Mumazandt: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
bantuan untuk meneruskan pengajian. Dalam situasi begini, dia hendaklah mengutamakan maslahat membantu pelajar-pelajar tersebut (dengan cara membiayai pengajian dan pembelajaran mereka) daripada maslahat melaksanakan ibadat haji yang sunat. Ini adalah kerana pembiayaan tersebut merupakan pelaburan bersifat sedekah yang memberi kesan yang amat besar kepada agama, ummah dan negara, di samping boleh membawa pahala yang berpanjangan kepadanya.29 Ini berpandukan kepada sabda Rasulullah SAW:
473.1 42111 L5-1-=-- X11 d
t-J;3.-Ji L541
Alc. I v l L• L.4 131 jti
fi .1.P9fi EC,.<)t- :31 ftI t.4
1.k=1-‘NA Vea
30 -1 :13. Terjemahan: Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang insan meninggal dunia, maka terputuslah amalannya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak salih yang sentiasa mendoakannya,". d. Mengutamakan maslahat yang bersifat asasi daripada maslahat yang bersifat teknikal atau zahir Kadangkala berlaku pertembungan antara maslahat yang bersifat asasi dengan maslahat yang bersifat teknikal sahaja. Maslahat bersifat asasi (al-Jawhariyyah wa al-Asasiyyah) ialah maslahat hakiki yang hendak dicapai dan is tidak nampak secara zahir
29 Ridzwan (2004), him 345. 30 Muslim, (t.th.), Bb Ma Yalhaq al-Insan Min al-thawab Ba'd Wafatihi, no.. Hadis, 4310.
31
Jurnal Penyelidikan Islam
dan jelas. Maslahat yang bersifat teknikal (al-Shakhyyah) pula ialah maslahat yang bersifat zahir sahaja dan tidak dikehendaki terjadi pada hakikatnya.' Apabila berlaku pertembungan antara dua maslahat ini, maka maslahat yang bersifat asasi hendaklah diutamakan daripada maslahat yang bersifat teknikal kerana mendapatkan maslahat yang hakiki itu merupakan salah satu daripada objektif syariat Islam. Antara contoh paling jelas untuk kaedah ini ialah tindakan Rasulullah SAW berlembut dengan golongan kafir Makkah ketika Perjanjian Hudaibiah. Sungguhpun perjanjian tersebut pada zahirnya nampak tidak adil dan menekan umat Islam," namun, is telah membawa makna yang amat besar kepada Islam dari sudut mendapatkan maslahat hakiki. Perjanjian tersebut secara tidak langsung membawa kepada pengiktirafan golongan kafir terhadap kerajaan Islam Madinah dan kekuatan yang dimiliki oleh umat Islam. Dalam tempoh perdamaian tersebut, umat Islam selamat dari ancaman kejahatan golongan Quraisy, manakala Nabi Muhammad SAW pula dapat menumpukan perhatian terhadap pembersihan bandar Madinah daripada saki-baki ancaman golongan Yahudi dari Bani Khaibar, Qaynuqa., Nadir, dan Qurayzah. Selain itu, baginda juga menggunakan kesempatan yang terhasil daripada suasana aman tersebut untuk menyebarkan Islam ke seluruh Semenanjung Tanah Arab dan sekitarnya. e. Mengutamakan maslahat yang diyakini (al-Mutayaqqinah) daripada maslahat yang diragukan (al-Mawhfimah) Ulama Usfi/ membahagi maslahat mengikut tahap keperluan untuk mendapatkan maslahat sekali gus menolak mafsadah
31 Ridzwan (2004), hlm 345. 32 al-Khudari, Muhammad, 1422H./2001, Nur STrah Sayvici al-Alursalrn, Tahqiq SamTr `Ahmad al-Qa-hirah, Dar alHadith, hlm 167-168; Yusuf al-Qaradawi (1992), hlm 27; al-Dusi (2001), op.cit., hlm 406-407; al-Td'i (2007), op.cit., hlm 76- 78.
32
Fiqh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
kepada tiga bahagian, iaitu al-Qat iyyah, al-Zanniyyah, dan alWahmiyyah.33 Maslahat al-Qat'iyyah ialah maslahat yang diyakini dengan pasti kewujudannya. Maslahat ini dapat disabitkan melalui dalil nas-nas qati yang tidak boleh ditakwilkan. Contohnya, perintah mewajibkan ibadah haji bergantung kepada kemampuan individu dari aspek kesihatan, keselamatan, dan ekonomi.34 Maslahat al-Qat iyyah juga dapat disabitkan melalui dalil akal yang menunjukkan bahawa mendapatkan sesuatu perkara akan mendatangkan manfaat dan membiarkannya merupakan kemudaratan yang amat besar. Contoh terbaik maslahat alQat iyyah yang telah disabitkan melalui dalil akal ialah tindakan Abu Bakar al-Siddiq r.a. memerangi golongan yang ingkar mengeluarkan zakat yang berlaku pada zaman pemerintahannya. Maslahat al-Zanniyyah merupakan maslahat yang diragui oleh akal maslahatnya secara al-Zanni, contohnya memelihara anjing al-Harasah (penjaga) di dalam kawasan rumah apabila dikhuatiri akan dicerobohi. Al-Zanniyyah juga berlaku kerana dalil syarak menunjukkan bahawa ia sebenarnya ialah dalil al-Zanni. Contohnya hadis yang melarang hakim menghakimi sesuatu kes semasa berada dalam keadaan marah. Maslahat al-Wahmiyyah pula merujuk kepada maslahat yang berdasarkan tasawur yang kurang jelas dalam pemikiran terhadap sesuatu di mana terdapat sangkaan bahawa wujud kebaikan padanya, sedangkan apabila diperhalus, terbukti ia memudaratkan. Contohnya, minum arak, mengambil dadah, ganja dan seumpamanya. Mereka yang mengambilnya menyangka ia ialah suatu kebaikan dan maslahat, sedangkan pada hakikatnya ia merupakan kemudaratan hakiki yang merosakkan akal dan jiwa raga manusia. "
33 al-Zuhayli, 2001, op.cit., him 1029 34 al-Qur'an, Surah di 'Imran, ayat 97. 35 al-Zuhayli, 2001, op.cit., him 1029.
33
Jurnal Penvelidikan Islam
Ada kalanya berlaku kontradiksi antara ketiga-tiga bahagian maslahat ini. Sekiranya kontradiksi berlaku antara maslahat alMutayaqqinah danal-Mauhumah, makamaslahatal-Mutayaqqinah hendaklah diutamakan daripada maslahat al-Mauhumah, kerana maslahat al-Mutayaqqinah merupakan maslahat yang diyakini manfaatnya secara pasti, berbeza dengan maslahat al-Mauhumah di mana manfaat yang akan didapati daripadanya masih diragukan.36 Justeru, mengutamakan perkara yang diyakini daripada perkara yang meragukan adalah lebih utama. Antara contoh masalah yang telah diaplikasikan ulama bagi menjelaskan perkara tersebut ialah: "Apabila umat Islam berada dalam situasi yang lemah seperti tiada kekuatan persenjataan, bilangan tentera yang kecil dan tiada keyakinan untuk mencapai kemenangan serta mengatasi kekuatan musuh, malah khuatir mereka akan dibunuh dan ditewaskan, maka perkara paling utama bagi umat Islam dalam situasi ini ialah mereka mesti mengutamakan maslahat menjaga jiwa (nyawa) daripada maslahat menjaga agama. Ini kerana maslahat menjaga nyawa ialah maslahat yang diyakini sedangkan maslahat menjaga agama sangat dicurigai dan besar kemungkinan tidak akan wujud. Justeru, 'Izz al-Din ibn 'Abd al-Saldm menyatakan bahawa tindakan mencampakkan diri untuk berjihad dalam situasi seumpama ini merupakan suatu perbuatan yang diharamkan."37
36 al-BUtT, 1982, op.cit., hlm 254. 37 Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam (2001), op.cit., hlm 95; al-Wili (1982), op.cit., hlm 254 & 261; al-DUST (2001), op.cit., hlm 408.
34
Fiqh Al-Muwazandt: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
f. Mengutamakan maslahat ukhrawi daripada maslahat duniawi Maslahat dari sudut kaitannya dengan dunia dan akhirat terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: i. berkaitan keduniaan sepenuhnya, ii. berkaitan akhirat semata-mata, dan iii. berkaitan dengan kedua-duanya sekali." Syariat Islam sentiasa menyeru manusia agar berusaha untuk mengambil manfaat dan menikmati semua perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada mereka sama ada di dunia atau di akhirat atau kedua-duanya sekali. Firman Allah SWT:
-,111 '61 L J--
1
(Surah al-Qasas, ayat 77) Terjemahan: Dan tuntutlah dengan hada kekayaan yang telah dikurniakan Allah SWT kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah SWT sebagaimanaAllah SWT berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya 38 'Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam (2001), op.cit., hlm 59-60; (2007), op.cit., h1m111.
35
Jurnal Penyelidikan Islam
yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; Sesungguhnya Allah SWT tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. Namun, sekiranya berlaku kontradiksi antara beberapa maslahat dan menghimpunkan serta mendapatkan semua maslahat tidak dapat dilakukan, maka perkara pokok yang perlu diutamakan adalah dengan mendahulukan maslahat berkaitan ukhrawi daripada maslahat duniawi. Ini kerana maslahat ukhrawi merupakan maslahat yang bersifat kekal abadi, sedangkan yang selainnya ialah maslahat yang hanya bersifat sementara dan menjurus kepada kerosakan dan kebinasaan.39 Antara contoh pengaplikasian kaedah ini dapat diperhatikan daripada firman Allah SWT:
.0_, fifi,
J3
C) CI -
Lib
.SI-2
-131
fi ;Ler?-9 1 a fi
fi - •
ay. .! 4111
(Surah At-Taubah, ayat 24)
39 Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam (2001), op.cit., hlm 11-12, al-Ta'i (2007), op.cit., hlmlll-112.
36
Fiala A l-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
Terjemahan: Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteriisteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah SWT dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah SWT mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah SWT tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). Ayat di atas menjelaskan bahawa antara kewajipan setiap Muslim adalah untuk menanggung kemudaratan hidup di dunia demi memastikan maslahat agama terus kekal selamat. Menurut Majdi ayat di atas merupakan dalil yang menunjukkan bahawa mendahulukan maslahat agama menjadi kewajipan seseorang Muslim, apabila berlaku kontradiksi antara maslahat agama dan maslahat duniawi.4° Membuat Pilihan Antara Maslahat yang Sebanding Apabila Ia Tidak Boleh Dihimpunkan atau Ditarjih Sekiranya berlaku kontradiksi antara maslahat yang tidak mungkin dapat dihimpunkan dan ditarjih kerana wujud persamaan pada kedudukannya, maka kaedah penyelesaiannya adalah dengan membuat pilihan antara salah satu daripadanya, sama ada dengan mengambil salah satu daripadanya dan melepaskan yang lain ataupun dengan melewatkan pengambilan maslahat yang dilepaskan `Izz al-Din menyebut beberapa contoh berkenaan kaedah iM. Antaranya ialah:
40 (2001), op.cit., hlm 81. 41 `Izz al-Din ibn `Abd al-Salam (2001), op.cit., h1m124.
37
Jurnal Penyelidikan Islam
a. apabila beberapa orang fakir miskin datang memohon bantuan dan mereka adalah daripada kategori yang sama, maka kita dibolehkan memilih salah seorang daripada mereka untuk diberikan bantuan. Ini disebabkan ketidakmampuan kita untuk menyempurnakan hajat semua fakir miskin tersebut. b. apabila seseorang diminta agar tampil membuat penyaksian dalam dua kes yang berbeza di tempat yang berasingan pada suatu masa, maka dia diharuskan memilih salah satu daripada dua kes tersebut untuk dihadiri terlebih dahulu dengan melewatkan penyaksian kepada kes yang lain.42 Membuat Undian Apabila Berlaku Persamaan Hak Atau Maslahat Dengan Tujuan Mengelak Daripada Berlaku Hasad Dengki Ada kalanya, apabila kaedah untuk menghimpunkan, tarjih dan memilih salah satu maslahat tidak dapat dilaksanakan, maka undian perlu dilakukan. Walau bagaimanapun, undian hanya boleh dilakukan apabila permasalahan tersebut melibatkan persamaan hak yang boleh menyebabkan berlakunya hasad dengki yang menjurus kepada pertelingkahan dan permusuhan. Menurut 'Izz al-Din, objektif undian adalah untuk mengelak berlakunya hasad dengki yang boleh membawa mafsadah kepada semua pihak. Melalui undian yang adil, semua pihak akan berasa pasrah dengan nasib mereka, di samping berserah kepada ketetapan yang ditentukan oleh Allah SWT kepada mereka.43 Antara contoh yang dibawakan oleh 'Izz al-Din untuk kaedah ini ialah:44 a. Apabila seseorang yang mempunyai beberapa orang isteri ingin bermusafir ke suatu tempat yang jauh, disyariatkan kepadanya
42 'Ibid., h1m124-126. 43 Ibid., hlm 127; al-ITT (2007), op.cit., hlm 82-83. 44 'Izz al-Din ibn 'Abd al-Salam (2001), op.cit., hlm 127-128.
38
Fiqh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
agar melakukan undian antara isterinya. Sesiapa yang terkeluar undiannya sebagaimana disepakati, bermakna dia merupakan orang yang paling layak untuk dibawa bersama-sama. Ini bertujuan untuk mengelakkan lahirnya perasaan hasad dengki yang boleh membawa kepada perkelahian antara isteri. " b. Dalam permasalahan hadhanah, apabila didapati beberapa orang yang berhak mendapatkan hak hadhanah atas kanakkanak yang masih kecil berada pada kedudukan dan kategori yang sama, maka undian hendaklah dilakukan antara mereka agar mereka yang mendapat hak atau sebaliknya berpuas hati dengan keputusan tersebut. Penutup Konsep Fiqh al-Muwazanat merupakan salah satu alat pengukur untuk menyelesaikan masalah pertembungan antara satu maslahat dengan maslahat yang lain. Ini kerana Fiqh alMuwazanat menjelaskan tentang jalan-jalan dan langkahlangkah untuk bertindak, sekali gus menjadi instrumen yang mampu menyampaikan pertimbangan ilmiah yang sempurna dan terbaik. Ia boleh diaplikasikan kepada isu-isu semasa atau yang akan berlaku. Oleh sebab itu, peranan penting yang difokuskan dalam Fiqh al-Muwazanat adalah dengan membuat pertimbangan mendalam antara beberapa maslahat, manfaat, dan kebaikan yang bertembung antara satu sama lain. Hasil daripada aplikasi tersebut akan melahirkan garis panduan untuk para mujtahid memilih aspek yang mana perlu didahulukan dan diberi perhatian dan aspek yang mana pula yang perlu digugurkan dan ditinggalkan untuk manfaat semua pihak.
45 al-Ghamrawi, Muhammad al-Zuhri, 1367H./1948, Anwar alMasalik Shar Umdah al-Salik wa Uddah Mustard alHalabi, al-Qdhirah, hlm 227.
39
Jurnal Penyelidikan Islam
Rujukan Abdullah Basmeih (Sheikh), Tafsir Pimpinan ar-Rahman kepada Pengertian al-Quran, Kuala Lumpur: Darul Fikir Abu Dawfid (t.th), Sunan Abi Dawud. no. Hadis 2535, ji1.2. Dimashq: Dar al-Fikr. al-Azzam, 'Abd 'Abd (2001), al-Maqasid al-Shan iyyah FT al-Qawa id al-Fiqhiyyah, al-Qahirah: Dar al-Bayan. al-BayhaqT, Ahmad Ibn al-Husayn Ibn All Ibn Musa Abu Bakr alBayhaqi (1994), Sunan Bayhaqi al-Kubra,Tahqiq, Muhammad Abd al-QadIr •Ata, Makkah al-Mukarramah, Maktabah Dar al-BarTz, no. Hadis 9242, jil. 7. al-Bukhari (1987), Kitab al-Tahajjud, Bab Man Nama lnda alSahr, no. Hadis 1080, jil. 1. Dimashq: Dar al-Fikr. al-BUti, Muhammad Said Ramadan, Dawabit al-Maslahat FT alShari at al-Islamiyyah. al-Dusi, Hasan Salim (2001), Manhaj Fiqh al-Muwazanat Fi al-Shay' al-Islami, Majallah al-Shari ah Wa al-Dirasat alIslamiyyah, al-KUwayt: Majlis al-Nashr al-'Ilmi Jamfah alKuwait. al-Hilali, Majdi (1994), MM Fiqh al-Awlawiyydt fi al-Islam, alQahirah: Dar al-Tawzi' wa al-Nashr al-Islamiyyah. Abdu'Llah (2000), Ta'sil Fiqh al-Muwazanat, Bayriit: Dar Ibn Hazm. al-Khalaf, 'Abd al-Wahab (1947), 'fim Usin al-Fiqh Wa Khulasah Tarikh al-Tashri al-Islami, Misr: Matba'at Nasr. al-Khudari Bik, Muhammad (1982), `Usfil al-Fiqh him 302, al-
Batt
40
Fiqh Al-Muwazanat: Pertembungan antara Maslahat dan Penyelesaiannya Menurut Perspektif Syariah
al-Khudari, Muhammad (1422H./2001), Nur al-Yaqin FT Sarah Sayyid al-Mursalin, Tahqiq Samir `Ahmad al-'Atar, alQahirah: Dar al-Hadith. al-Muslim (t.th.), Kitab Solat al-Musafir, Bab Fadilah al-'Amal alda'im, no. Hadis, 1866, jil, 2. Dimashq: Dar al-Fikr. al-Nasa'f, t.th. Sunan al-Nasd . Bab Wakt al-Qiyam, no. Hadis 1615, jil 3. al-Qaradawi, Yilsuf (1992), Awldwiyydt al-Harakat al-Islamiyyah FT Marhalah al-Qadimah, al-Qahirah: Maktabah Wahbah. al-Qaradawi, Yfisuf (2001), FT Fiqh al-Awldwiyydt, al-Qahirah: Maktabah Wahbah. al-Shatibi, 'Ibrahim Musa (2001), al-Muwdfaqat, jil. 2. al-Tai, Ahmad `Ulaywi Husin (2007), al-Muwdzanah Bayn alMasafih Dirdsah Tatbiqiyyah FT Siyasah al-Shar'Tyyah, al'Urdun: Dar al-Nafa'is. al-Zarqa, Mustafa Ahmad (1998), al-Madkhal al-fiqhT al- dm, Dimashq: Dar al-Qalam, jil. 2. al-Zarqa', Ahmad Muhammad (1993), Shar al-Qawa id alFiqhiyyah, Dimashq: Dar al-Qalam, ed. Ketiga. al-Zuhayli, Ahmad (1999), al-Qawa id al-Fiqhiyyah Ala alMadhhab al-Hanaff Wa al-Shafi al-Kuwayt: Majlis al-Nashr al 'Ilmi Jamfah al-Kuwayt. al-Zuhayli, Wahbah (1419H./1999), al-Wajiz FT `Usfil al-Fiqh, Dimashq: Dar al-Fiqr. al-Zuhayli, Wahbah (1997), Nazdriyyah al-Darfirah al-Shar iyyah, Bayrut: Dar al-Fikr, ed. Keempat.
41
Jurnal Penyelidikan Islam
al-Zuhayli, Wahbah (2001), Usfil Fiqh al-Islatni, Dimashq: Dar al-fikr, Jil. 2 Dasilki, Muhammad & Jabir, Aminah (1999), Muqaddimah FT Dirasat al-Fiqh al-Islami, Qatar: Dar Thaqafah. Izz al-Din Ibn 'Abd al-Sala (2000), Qawa id al-Kubra al-Mawsiim Bi Qawa id al-Ahkiim FT 'Isiah al-Anam, Tahqiq Nazih Kamal Hammad & 'Uthman Jum'ah, Dimashq: Dar al-Qalam, Jil. 1. Jamal, Ibrahim Rafat & al-Nashwi, Nasir Ahmad (2001), Mukhteirat MM Fiqh al-Jintiyat, Tanta: Maktabat al-Jami'ah. Ridzwan Ahmad (2004), Metod Pertarjihan Maslahat Dan Mafsadah Dalam Hukum Islam Semasa, Prosiding Seminar Kebangsaan Usul Fiqh (SUFI).
42