SOAL & JAWAB UNIT CUTI BELAJAR BAHAGIAN SUMBER MANUSIA (BSM) 1) SKIM LATIHAN KHAS KAKITANGAN AKADEMIK DAN PENTADBIRAN (SLKKAP) S :
Apakah Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) ?
J :
Skim Latihan Khas Kakitangan Akademik dan Pentadbiran (SLKKAP) adalah satu skim yang disediakan oleh UPSI untuk kakitangan bukan akademik Universiti yang ingin melanjutkan pengajian separuh masa di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi pengajian tinggi lain yang diiktiraf.
S :
Siapakah yang layak memohon skim ini?
J :
Kakitangan bukan Akademik Universiti.
S :
Apakah syarat-syarat permohonan? Bil. i).
Akademik Bukan Akademik Pengajian dibuat secara separuh masa/pendidikan jarak jauh di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau institusi-institusi lain yang diiktiraf.
ii).
Bidang pengajian sesuai dengan tugas hakiki.
iii).
Telah menerima surat tawaran kemasukan
iv).
Had umur maksimum 48 tahun.
v).
Telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dan disahkan dalam jawatan dan mencapai prestasi 85%
S :
Apakah peringkat pengajian yang ditaja dibawah skim ini? i) Sarjana Muda ii) Doktor Falsafah (tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Biasiswa & Cuti Belajar Universiti)
-1-
S :
Bagaimanakah untuk memohon skim ini?
J :
Pegawai perlu mengisi borang permohonan SLKKAP yang boleh di muat turun di http://bsm.upsi.edu.my
S :
Apakah dokumen-dokumen lain yang perlu disertakan bersama borang permohonan SLKKAP?
J :
- Surat tawaran - Cadangan Penyelidikan (sekiranya berkaitan) - Salinan Diploma/ Ijazah pertama dan/atau Sarjana serta kelulusan–kelulusan yang setaraf dengannya, lengkap dengan transkrip.
S :
Adakah pemohon perlu menghadiri sesi temuduga?
J :
Ya.
S :
Siapakah ahli panel temuduga?
i) ii) iii) iv) v)
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Pendaftar Ketua Jabatan/Dekan Timbalan Pendaftar Kanan (Sumber Manusia) Penolong Pendaftar (Unit Cuti Belajar)
S :
-
Pengerusi Ahli Ahli Setiausaha Urus Setia
Apakah kemudahan yang akan diperolehi oleh pegawai sepanjang tempoh pengajian? i) Yuran Pengajian ii) Yuran Makmal iii) Yuran Komputer iv) Yuran Perpustakaan v) Elaun Tesis
S :
Bilakah pegawai perlu mengemukakan laporan pengajian semasa melanjutkan pengajian?
J
Setiap 6 bulan sekali sepanjang tempoh pengajian atau dua minggu selepas keputusan Peperiksaan akhir diperolehi.
:
-2-
S :
Apakah implikasi jika Laporan Kemajuan Pengajian Siswazah tidak dihantar dalam tempoh yang ditetapkan?
J :
Pembayaran yuran Pengajian akan ditangguhkan sehingga Laporan Kemajuan Pengajian Siswazah diterima oleh Unit Cuti Belajar, Bahagian Sumber Manusia (BSM).
S :
Adakah pegawai layak memohon bagi pelanjutan pengajian dan sekiranya layak bagaimanakah cara untuk memohon?
J :
Pegawai layak memohon kepada Jawatankuasa Biasiswa dan Cuti Belajar melalui Ketua Jabatan beserta dokumen-dokumen berikut: i) ii) iii)
S :
Surat permohonan pelanjutan dengan menyatakan alasan mengapa pelanjutan diperlukan Surat sokongan penyelia (sekiranya berkaitan) Jadual sepanjang tempoh pelanjutan
Berapakah tempoh ikatan kontrak yang dikenakan antara pegawai dan Universiti? JUMLAH PEMBIAYAAN
TAHUN BERKHIDMAT
JUMLAH GANTIRUGI
Sehingga RM 9,999.00
2 tahun
- sebenar -
RM 10,000.00 hingga RM 14,999.00
3 tahun
- sebenar -
RM 15,000.00 dan ke atas
4 tahun
- sebenar -
-3-
2) CUTI SABATIKAL S :
Apakah objektif Cuti Sabatikal? i) ii)
Untuk mengikuti pengajian atau penyelidikan dalam bidang kepakaran. Untuk mendapatkan pengalaman dan memperolehi pengetahuan tentang perkembangan dan kemajuan terkini dalam sesuatu bidang kepakaran
S :
Siapakah yang layak memohon?
J :
Kakitangan akademik (tetap) yang berada di Gred DS52 dan ke atas.
S :
Apakah syarat-syarat permohonan?
i)
Disahkan dalam jawatan
ii)
Tempoh perkhidmatan dan kelayakan umur seperti di bawah:
Tempoh Perkhidmatan dan Kelayakan (CS)
Umur Semasa Mula (CS)
Perkhidmatan 3 tahun (5 bulan)
53 tahun
Perkhidmatan 5 tahun (9 bulan)
52 tahun
S :
Umur Selepas Tamat (CS) Tidak melebihi umur 55 tahun Tidak melebihi umur 53 tahun
Ikatan dan Bayaran Gantirugi 1 tahun ikatan RM 20,000.00 2 tahun ikatan RM 35,000.00
Bagaimanakah cara untuk memohon Cuti Sabatikal?
J :
Mengisi borang permohonan Cuti Sabatikal yang boleh di muat turun di http://bsm.upsi.edu.my
S :
Berapa lamakah tempoh memproses permohonan?
J
Bergantung kepada tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar UPSI yang akan meluluskan permohonan.
:
S :
Dimanakah tempat pengajian yang boleh dipohon?
J
Dalam atau luar Negara
:
-4-
S :
Apakah kemudahan yang akan diperolehi oleh pegawai sepanjang tempoh Cuti Sabatikal? i) ii) iii) iv)
Gaji + Elaun Elaun Sara Hidup Tiket Kapal Terbang (sekiranya berkaitan) Yuran pengajian (sekiranya berkaitan)
• Dilampirkan senarai elaun mengikut negara
S :
Bolehkah pegawai membawa keluarga bersama?
J
Tidak
:
S :
Bilakah pegawai perlu mengemukakan laporan Cuti Sabatikal?
J :
Setiap tiga (3) bulan dan laporan akhir selepas 30 hari dari tarikh tamat pengajian
S :
Bolehkah pegawai memohon penangguhan untuk mengikuti Cuti Sabatikal?
J :
Boleh dengan mengisi borang penangguhan Cuti Sabatikal. Penangguhan hendaklah dibuat melalui Dekan.
S :
Berapa lamakah tempoh penangguhan yang boleh dipohon?
J
24 bulan atas sebab kepentingan perkhidmatan dan 12 bulan atas sebab peribadi.
:
S :
Bilakah pegawai perlu melapor diri selepas tamat tempoh Cuti Sabatikal?
J :
Sehari selepas tamat tempoh pengajian (sekiranya tarikh tersebut merupakan hari cuti umum, pegawai perlu melapor diri pada hari bekerja berikutnya).
S :
Adakah pegawai layak untuk bercuti selepas melapor diri?
J :
Layak, sekiranya pegawai menjalani Cuti Sabatikal di luar negara sepenuhnya.
-5-
SKIM LATIHAN AKADEMIK IPTA (SLAI)/SPLIT (UPSI – NOVA)
S :
Apakah Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)/SPLIT (UPSI – NOVA)?
J :
Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)/SPLIT (UPSI – NOVA) adalah satu program kerjasama di antara UPSI dengan NOVA Southeastern University untuk kakitangan akademik untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ph.D.
S :
Siapakah yang layak memohon skim ini?
J
:
Kakitangan akademik yang berumur tidak melebihi 45 tahun sewaktu memulakan pengajian.
S
:
Apakah syarat-syarat permohonan? i) Skor minimum IELTS: 6.0 atau TOEFL: 680 ii) Disahkan dalam jawatan
S :
Bagaimanakah untuk memohon skim ini?
J
:
Pegawai perlu mengisi borang permohonan NOVA yang boleh di muat turun di http://www.SchoolofEd.nova.edu
S
:
Siapakah yang menaja program ini?
J
:
Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM)
S
:
Apakah kemudahan yang akan diperolehi? i) Gaji + Elaun* ii) COLA (mengikut tempat pengajian) iii) Elaun Sara Hidup (mengikut tempat pengajian) iv) Elaun Penempatan (sekali sepanjang pengajian) v) Elaun Buku (setahun sekali) vi) Elaun Perkakas (setahun sekali) vii) Elaun Tesis (sekali sepanjang pengajian) viii) Elaun Amali (sekiranya berkaitan)
-6-
S :
Berapa lamakah tempoh bagi memproses permohonan sehingga keputusan dari Kementerian Pengajian Tinggi (KPTM) diterima? Borang NOVA
Diproses oleh NOVA
Tidak
Ya Temuduga Isi Borang JPA
Mesyuarat di KPTM
Keputusan
-7-
Tempoh-tempoh ini bergantung kepada jumlah permohonan yang diterima dan kekerapan Mesyuarat Biasiswa SLAB/SLAI bersama KPTM