SISTEM PENGUKURAN PENCAPAIAN SECARA ATAS TALIAN (e-PerforM) Sistem atas talian e-PerforM adalah sistem penilaian pengukuran pencapaian bagi menggantikan kaedah penilaian prestasi tahunan yang mengguna pakai Borang Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk staf akademik UiTM.
Tujuan pembangunan e-PerforM adalah untuk mengukur pencapaian/prestasi staf akademik serta memudahkan pencapaian data, khususnya mengenai pengajaran, penyeliaan, penerbitan, penyelidikan, anugerah/inovasi dan sebagainya. Kaedah pelaksanaan adalah secara online.
Sistem ini dinyatakan lebih memberi manfaat kepada staf akademik, Fakulti dan Universiti kerana elemen-elemen penilaian yang akan dilaksanakan mengemukakan berbagai maklumat yang menetapi ciri-ciri penghasilan seorang staf akademik, jika dibandingkan dengan sistem penilaian yang sedia ada. Kaedah penilaian semasa adalah lebih generik dan tidak begitu mencerminkan penghasilan akademik.
Kriteria penilaian dan pemarkahan bagi kualiti pengajaran dan penyeliaan yang melibatkan jam ATP untuk pengajaran dan jam penyeliaan yang diguna pakai dalam e-PerforM adalah berdasarkan kepada polisi semasa dan garis panduan yang dikeluarkan oleh Hal Ehwal Akademik (HEA). Manakala pemarkahan bagi perundingan adalah berdasarkan kepada nilai geran yang diperoleh/dikendalikan secara bersama dengan penyelidik lain (sama ada dalam universiti atau organisasi luar). Julat pemarkahan bagi saiz geran penyelidikan mengguna pakai julat yang dipersetujui di dalam Bengkel Penetapan KPI Penyelidikan yang berlangsung pada 18 Mei 2009.
Sistem ini juga telah diintegrasikan dengan sistem yang sedia ada di UiTM iaitu Sistem Maklumat Pengurusan Staf (STARS), Research Management Institute Reporting System (iReS), dan juga Student Information Management System (SIMS). Kelebihan dan keupayaan sistem dibandingkan dengan sistem-sistem yang diguna oleh universiti lain ialah sistem e-Perform. Sistem e-Perform adalah sistem 4 dalam 1, dengan empat fungsi utama mengikut butiran berikut: • Pensyarah boleh menetapkan sasaran kerja tahunan (SKT) untuk tahun semasa pada awal tahun secara online berdasarkan kepada kriteria khusus dalam bentuk kuantiti dan kualiti. Kajian semula sasaran yang ditetapkan pada awal tahun dapat ditambah dan digugurkan pada pertengahan tahun sekiranya terdapat pertukaran. 1
• Penilaian prestasi (Performance appraisal) pensyarah diukur berdasarkan kepada kriteria pengajaran, penyeliaan, penerbitan, penyelidikan, perundingan & kepakaran, persidangan, inovasi, khidmat kepada universiti, khidmat kepada masyarakat, sumbangan kepada pembangunan pelajar, kualiti peribadi dan kepimpinan. • Pengukuran jam Continual Professional Development CPD yang diwajibkan oleh Lembaga Profesional yang meliputi jurutera, arkitek, juru ukur, perancang, doktor, dan lain-lain. Maklumat penglibatan dan kehadiran dalam konferensi yang berkaitan dengan bidang keprofesionalan yang dimasukkan untuk tujuan penilaian prestasi akan dijana secara automatik ke dalam borang CPD pensyarah.
• Borang kenaikan pangkat bagi semua gred. Pengumpulan maklumat ke dalam borang ini akan membantu dan memudahkan pensyarah untuk proses kenaikan pangkat dan dijana secara automatik bagi jadual dan ruangan tertentu.
Selain dari kemudahan yang tersenarai di atas, sistem ini juga berupaya mengumpul kesemua maklumat akademik yang diperlukan oleh universiti pada bila-bila masa. Maklumat yang boleh diperoleh adalah seperti berikut.
1. Maklumat penerbitan semua warga akademik dari semua Fakulti, Kampus Negeri dan Kampus Cawangan.
2. Maklumat penyelidikan semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan. Maklumat yang dipaparkan adalah sahih kerana kesemua data/maklumat dicapai dari sistem iReS yang dibangunkan oleh Research Management Institute (RMI).
3. Maklumat persidangan yang dihadiri semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan.
4. Maklumat penyeliaan pasca siswazah semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan.
5. Maklumat kepakaran semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan.
6. Maklumat perundingan semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan. 2
7. Maklumat khidmat kepada masyarakat dan sumbangan kepada pembangunan pelajar semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan.
8. Maklumat pengajaran semua warga akademik dari semua Fakulti, UiTM Negeri dan Kampus Cawangan.
Sistem e-PerforM akan dapat membantu pihak pengurusan fakulti dan juga universiti dengan pengurusan maklumat yang lebih teratur dan efisien. Kesemua penilaian adalah berdasarkan kepada pemberatpemberat yang dipersetujui untuk diguna pakai oleh universiti. Kriteria baru kenaikan pangkat yang mengguna pakai tiga kaedah penilaian iaitu Pengajaran & Pembelajaran, Penyelidikan dan Kepimpinan Akademik juga diambil kira dalam penilaian prestasi sistem e-PerforM. Pengguna boleh memilih salah satu dari tiga kaedah bagi tujuan penilaian prestasi.
Login ke e-PerforM
Paparan Skrin Data Kualiti Pembelajaran
3
Paparan Skrin Rumusan Prestasi: Markah Keseluruhan
4
Paparan Skrin Senarai Trek Jawatan
Jadual di bawah memberi penjelasan ringkas mengenai skop kriteria penilaian: KRITERIA TERPERINCI PENILAIAN: PENGAJARAN & PENYELIAAN Pengajaran & Penyeliaan Pengajaran
Penyeliaan Projek
Markah diukur berdasarkan : • Jam mengajar • Beban setara akademik (Adminis-trative post/Acade-mic Advisor) • Penilaian pelajar • Kualiti bahan pengajaran dan kaedah pengajaran
Markah diukur berdasarkan : Jam penyeliaan untuk semua peringkat pembelajaran termasuk Pasca Siswazah (PhD, Sarjana (Penyelidikan), Sarjana (Kerja Kursus), Sarjana Muda (FYP, Industrial Training, Posting)
KRITERIA TERPERINCI PENILAIAN: PENERBITAN / PENYELIDIKAN / PERUNDINGAN & KEPAKARAN/ PERSIDANGAN Penerbitan / Penyelidikan / Perundingan & Kepakaran/ Persidangan Penerbitan
Penyelidikan
Perundingan & Kepakaran
Persidangan
Anugerah & Inovasi
Markah diukur berdasarkan kepada kuantiti dan kualiti penerbitan di jurnal, prosiding, makalah, buletin dan lain-lain
Markah diukur berdasarkan kepada KPI Penyelidikan Fakulti masingmasing yang dipersetujui di Bengkel Penetapan KPI Penyelidikan bertarikh 18 Mei 2009
Markah diukur berdasarkan kepada penglibatan sebagai • Pemeriksa • Pakar dan penglibatan dalam penggubalan Piawaian • Penemuduga profesional • Perunding bagi organisasi luar • Penilai • Penyunting dan lain-lain
Markah diukur berdasarkan kepada penglibatan sebagai AJK atau kehadiran sebagai penceramah jemputan atau peserta dan lain-lain
Markah diukur berdasarkan kepada salah satu atau kesemua yang berikut : Patent/ IPR Copyrights/ Product Commercialization/ Anugerah Best Management Practices (BMPs)/ Surat atau Sijil Penghargaan.
6
KRITERIA TERPERINCI PENILAIAN: KEGIATAN & SUMBANGAN Kegiatan & Sumbangan Khidmat Universiti
Khidmat Masyarakat
Perkembangan Pelajar
Markah diukur berdasarkan kepada peringkat jawatankuasa dan peranan untuk perkhidmatan
Markah diukur berdasarkan kepada peringkat dan peranan yang menjurus kepada aktiviti yang dapat memperbaiki kualiti kehidupan dan penglibatan dalam badanbadan profesional
Markah diukur berdasarkan kepada jumlah penglibatan dalam aktiviti/ program pembangunan pelajar
7
Kepimpinan Akademik & Kualiti Peribadi Penilai 1 Penilai 2