Panduan Menggunakan Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian
1. Lawati Sistem Permohonan Biasiswa Atas Talian di http://app.yp.org.my/
Log masuk sistem Notis atau Pengumuman untuk pengguna
Maklumat Umum YP
2. Masukkan ID Pengguna & Kata Laluan, Klik butang Masuk
1
Paparan setelah masuk kedalam sistem, di bahagian bawah menu akan memaparkan nama sekolah pengguna.
Terdapat 7 Menu pengguna 1. Home 2. Cetakan Borang Mencetak borang permohonan 3. Permohonan Membuat permohonan biasiswa secara atas talian 4. Senarai Senarai murid 5. Bayaran Bayaran yang diterima murid 6. Sistem Menukar kata laluan dan melihat aktiviti pengguna 7. Keluar Keluar dari sistem
2
1.0 Menu Home
1.1 Submenu : Maklumat Sekolah
Memaparkan maklumat ringkas sekolah dan guru biasiswa
1.2 Submenu : Pertukaran Guru Biasiswa
Jika berlaku pertukaran guru biasiswa, maklumat ini hendaklah di kemaskini dengan memasukkan maklumat guru baru
3
2.0 Menu Cetakan Borang
2.1 Submenu : Borang Permohonan BSM 1.0
Pilih borang yang akan diisi oleh murid. Bahagian ini akan memaparkan borang kosong, guru biasiswa boleh mencetak borang ini untuk diisi oleh murid.
Contoh : borang yang tiada maklumat asas murid
4
2.2 Submenu : Borang Permohonan BSM 2.0
Bahagian ini akan memaparkan senarai murid yang ada dalam sistem. Klik pada bahagian Cetak Borang untuk mencetak borang yang akan diisi oleh murid. Borang yang dicetak pada bahagian ini mempunyai maklumat asas murid.
Contoh : borang yang mengandungi maklumat asas murid
5
3.0 Menu Permohonan
3.1 Submenu : Permohonan BSM 1.0
Permohonan atas talian bagi murid yang tiada maklumat asas Pilih borang permohonan yang akan diisi. Borang akan dipaparkan dan isi semua ruangan yang berkenaan.
Contoh : borang yang tiada maklumat asas murid
6
3.2 Submenu : Borang Permohonan BSM 2.0
Permohonan atas talian bagi murid yang ada maklumat asas. Klik pada Belum Mohon untuk membuat permohonan. Isi semua ruangan yang berkenaan.
Contoh : borang yang mengandungi maklumat asas murid
7
4.0 Menu Senarai
4.1 Submenu : Semua Murid
Menyenaraikan semua murid didalam sistem. Status Mohon untuk murid yang telah membuat permohonan biasiswa. Status Belum Mohon untuk murid yang belum membuat permohonan biasiswa.
4.2 Submenu : Senarai Sedang Memohon
Menyenaraikan murid yang telah membuat permohonan Ada 3 Status permohonan o TERIMA, SEDANG DIPROSES Permohonan telah diterima dan sedang diproses o MOHON Permohonan telah diterima dan belum diproses o TERIMA, TIDAK LENGKAP Permohonan telah diterima tetapi dokumen tidak lengkap. Klik TERIMA, TIDAK LENGKAP dan maklumat berkaitan dokumen yang tiada akan dipaparkan. Murid perlu menghantar dokumen tersebut ke YP sebelum tarikh tutup permohonan. Klik Kemaskini untuk mengemaskini permohonan. Kemaskini dibenarkan sebelum tarikh tutup permohonan. Klik Cetak untuk mencetak borang permohonan biasiswa.
8
Contoh : paparan makluman borang tidak lengkap.
4.3 Submenu : Senarai Belum Memohon
Menyenaraikan murid yang belum membuat permohonan. Klik Belum Mohon untuk membuat permohonan.
4.4 Submenu : Senarai Tawaran Biasiswa
Menyenaraikan murid yang ditawarkan biasiswa. Pada ruangan SURAT AKUJANJI, klik Cetak untuk mencetak borang Persetujuan/Aku Janji Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang. Borang ini hendaklah diisi dan dihantar kepada guru biasiswa dan seterusnya dihantar Yayasan Pahang. Jika murid setuju menerima biasiswa, klik pada TERIMA dan sistem akan memaparkan satu paparan untuk pengesahan. Klik pada butang TERIMA. Jika murid tidak bersetuju untuk menerima biasiswa, klik pada TOLAK dan sistem akan memaparkan satu paparan untuk pengesahan. Pilih alasan dan seterusnya Klik pada butang TAMAT.
9
Contoh : Borang Persetujuan/Aku Janji Biasiswa Sekolah Menengah Yayasan Pahang
Contoh : Paparan jika setuju menerima tawaran biasiswa Yayaran Pahang
Contoh : Paparan jika menolak tawaran biasiswa Yayaran Pahang
10
4.5 Submenu : Senarai Berjaya
Menyenaraikan murid yang mendapat biasiswa. Klik Tukar jika murid ingin bertukar ke sekolah lain. Sistem akan memaparkan satu paparan untuk pengesahan. Pilih sekolah baru dan klik butang Tukar. Klik pada Tamat untuk menamatkan biasiswa murid. Sistem akan memaparkan satu paparan untuk pengesahan. Pilih alasan dan seterusnya Klik pada butang TAMAT.
Contoh : Paparan untuk pertukaran sekolah murid
Contoh : Paparan untuk menamatkan biasiswa murid.
11
4.6 Submenu : Tamat Biasiswa Menyenaraikan murid yang ditamatkan biasiswa.
4.7 Submenu : Permohonan Gagal
Menyenaraikan murid yang tidak ditawarkan biasiswa.
4.8 Submenu : Bertukar Sekolah
Menyenaraikan murid yang telah bertukar sekolah.
12
5.0 Menu Bayaran
5.1 Submenu : Status Bayaran Individu
Klik Lihat untuk melihat rekod bayaran biasiswa yang telah diterima oleh murid.
Contoh : Rekod bayaran yang diterima murid
5.2 Submenu : Senarai Bayaran Semua
Menyenaraikan bayaran yang diterima oleh murid bagi tahun semasa. Terdapat dua sesi bayaran dalam satu tahun iaitu Sesi 1 dan Sesi 2
13
5.3 Submenu : Senarai Bayaran 1.0
Menyenaraikan bayaran yang diterima oleh murid bagi tahun semasa. Klik pada butang cetak untuk mencetak senarai bayaran 1.0. Senarai ini perlu ditandatangani oleh murid sebagai bukti penerimaan bayaran biasiswa.
Contoh Senarai Bayaran 1.0
14
6.0 Menu Sistem
6.1 Submenu : Tukar Kata Laluan
Pengguna boleh menukar kata laluan untuk masuk ke dalam system.
6.2 Submenu : Senarai Log
Pengguna boleh melihat rekod aktiviti di dalam sistem.
7.0 Menu Keluar
Pengguna keluar dari sistem
15