Akses ke laman sesawang Borang Permohonan Dalam Talian: 1. Sila pastikan anda hanya menggunakan Internet Explorer (IE) untuk mengakses ke laman sesawang borang permohonan dalam talian. Browser selain daripada Internet Explorer (IE) akan menyebabkan berlakunya “error” pada bahagian-bahagian tertentu dalam borang permohonan dalam talian.
Masukkan alamat sesawang www.tm.com.my/yayasantm untuk akses ke borang permohonan.
Panduan mengisi Borang Permohonan Dalam Talian:
Sila pastikan pilihan program yang betul untuk program penajaan yang ingin di pohon.
1. Kesemua maklumat di dalam ruangan Maklumat Pemohon adalah wajib di isi.
Sila lengkapkan semua ruangan pada bahagian maklumat pemohon. Data yang dimasukkan perlulah sama seperti contoh yang telah diberikan. Contoh data: E-mail :
[email protected] No Telefon Bimbit : 0131234567 No Telefon Kediaman : 0312345678
Klik pada butang “Teruskan” setelah semua maklumat di isi.
2. Setelah klik pada butang “Teruskan”, skrin berikut akan dipaparkan. Sila cetak/simpan No Rujukan. Nombor rujukan ini akan di gunakan untuk tujuan kemaskini/semakan semula permohonan anda.
YTM-DN-2013-00001
Peringatan! No Rujukan ini adalah penting. Sila simpan atau cetak No Rujukan pemohonan anda. No Rujukan anda akan di hantar ke e-mail yang dinyatakan seperti di dalam maklumat pemohon.
3. Seterusnya, lengkapkan kesemua bahagian berikut: a. Maklumat Bapa/Ibu i. Sila lengkapkan semua ruangan pada bahagian maklumat bapa/ibu.
Sekiranya bapa/ibu sudah meninggal dunia, sila isikan nombor “0” di bahagian No Telefon Bimbit dan No Telefon Kediaman dan tandakan ( √ ) pada kotak yang di sediakan.
b. Maklumat Penjaga i. Sila isikan maklumat penjaga sekiranya anda tidak tinggal bersama ibu bapa. c. Maklumat Tanggungan i. Maklumat tanggungan tidak termasuk anak-anak yang sudah bekerja ataupun berkahwin. ii. Sekiranya pemohon tinggal bersama penjaga, sila masukkan maklumat di bawah tanggungan penjaga sahaja.
Masukkan No KP seperti contoh yang di berikan. Hubungan pemohon dengan tanggungan. Contoh : Adik, Abang, Kakak dan sebagainya. Sekolah terakhir atau institusi pengajian tinggi yang terkini. Tanggungan yang sedang di taja oleh Yayasan TM pada tahun 2013. Jika sedang ditaja, sila pilih “Ya”.
d. Maklumat Akademik i. Maklumat tanggungan tidak termasuk anak-anak yang sudah bekerja ataupun berkahwin. ii. Sekiranya pemohon tinggal bersama penjaga, sila masukkan maklumat di bawah tanggungan penjaga sahaja.
Sila masukkan nama sekolah atau institusi pengajian tinggi yang terkini dan lengkapkan alamat surat menyurat yang di perlukan.
Keputusan peperiksaan: 1.
2.
3.
SPM Teknikal a. Bagi pelajar lepasan SPM di bahagian Vokasional, Sekolah Teknik dan sebagainya. SPM Non Teknikal a. Lepasan SPM bagi aliran sains, perakaunan dan sebagainya. NON-SPM a. Bagi pemohon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Institusi Pengajian Tinggi. Sila masukkan keputusan yang terkini daripada pihak IPT pemohon.
e. Maklumat Ko-Kurikulum Maklumat ko-kurikulum: Sila masukkan penglibatan di peringkat yang tertinggi sahaja.
4. Setelah selesai melengkapkan borang permohonan anda, tekan butang “Hantar”.
Setelah semua maklumat lengkap di isi, sila tekan butang “Hantar” untuk melengkapkan permohonan anda.
5. Setelah anda klik pada butang “Hantar” maklumat seperti berikut akan dipaparkan. Jika anda sudah menerima info seperti berikut, maknanya permohonan anda sudah lengkap dan telah di terima oleh sistem.
YTM-DN-2013-00001
Kemaskini permohonan: 1. Pemohon boleh mengemaskini borang permohonan. Jika borang yang di isi masih lagi tidak lengkap, pemohon boleh menggunakan Nombor Kad Pengenalan dan No Rujukan untuk tujuan kemaskini. Masukkan No IC mengikut format yang diberikan.
Sila gunakan No Rujukan yang di berikan untuk melengkapkan borang permohoan anda. Jika anda kehilangan no rujukan ini, sila hubungi bahagian teknikal Yayasan TM untuk mendapatkannya semula.