www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor
#SmartSelangor
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PERCUMA 28 April - 5 Mei 2017, 1 - 8 Syaaban 1438
selangortv.my
SELANGOR -TAIWAN
ED
KUKUH HUBUNGAN
Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-�� Ekonomi Selangor kian rancak
Ini juga adalah peluang baik khususnya bagi meneroka peluang baru terutama dalam teknologi tinggi untuk menjayakan agenda Smart Selangor
10
DATO’ SERI MOHAMED AZMIN ALI Dato’ Menteri Besar
BERITA PENUH MUKA �&�
PBT JAYAKAN TEKNOLOGI HIJAU
BERITA PENUH MUKA ��
2
16
Utama
2
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15
Sultan Muhammad V lafaz ikrar pamanya di dunia. Istiadat Pertabalan itu disaksikan kira-kira 800 tetamu termasuk Raja-Raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-Raja Melayu, Yang Dipertua Negeri dan pemimpin. Turut menyaksikan acara gilang-gemilang itu ialah tetamu kehormat daripada ketua diplomat asing dan ketua jabatan kerajaan, lapor BERNAMA. Tiupan serunai diiringi paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D”Raja Kelantan yang memainkan lagu 'Raja Bertabal' berkumandang di dalam Balairung Seri, Istana Negara, sebaik sahaja Sultan Muhammad V menyempurnakan lafaz ikrar Yang di-Pertuan Agong ke-15. Ia disusuli dengan laungan 'Daulat Tuanku' sebanyak tiga kali oleh Datuk Paduka Maharaja Lela, Istana Negara Mejar Jeneral (B) Datuk Mamat Ariffin
Abdullah disahuti hadirin di dalam Balairung Seri yang diadakan dengan penuh adat istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu. Sejurus laungan itu, lagu 'Negaraku' dimainkan Pancaragam Tentera Udara Diraja Malaysia dan serentak dengan itu tembakan meriam sebanyak 21 das. Terdahulu, Istiadat Pertabalan dimulakan sebaik keberangkatan masuk Sultan Muhammad V ke Balairung Seri diiringi tiupan serunai dan paluan gendang oleh Pasukan Gendang Besar D”Raja Kelantan yang mengalunkan lagu 'Raja Berangkat'. Keberangkatan masuk baginda didahului Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab Aziz serta diapit panglima yang membawa Cogan Alam dan Cogan Agama selain diiringi juruiring baginda serta panglima lain yang membawa alat kebesaran diraja.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA LUMPUR - Sultan Muhammad V ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, untuk memerintah Malaysia bagi tempoh lima tahun, pada 24 April lalu. Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu bagi menguaruarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mempunyai ketua negara baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan. Sultan Muhammad V, 47, sebelum ini melafaz sumpah memegang jawatan itu, pada 13 Disember lalu bagi menggantikan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu”adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahannya, pada tarikh itu. Malaysia adalah satu dari 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seum-
Yang di-Pertuan Agong ke-15 Sultan Muhammad V
Diputerakan pada 6 Oktober 1969 di Kota Bharu, Kelantan
l
Ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985
l
Dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010 dengan gelaran Sultan Muhammad V
l
Dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-14 bagi tempoh lima tahun pada 13 Disember 2011
ED
l
l Dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-15 oleh Mesyuarat Raja-raja kali ke-243 (Khas) pada 14 Oktober 2016 l
Mengangkat sumpah jawatan dan diisytiharkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Disember 2016
Delegasi pelaburan ke Taiwan teroka peluang baru AMPANG JAYA - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengetuai delegasi pelaburan Invest Selangor ke Taiwan, bermula 24 hingga 29 April lalu. Beliau berkata, delegasi kali ini sebagai menyambut undangan Datuk Bandar Taipei dan Datuk Bandar Tainan yang mengunjungi Selangor, pada awal tahun ini. Katanya, mereka meletakkan keyakinan untuk Selangor kekal sebagai pilihan pelabur dari Taiwan. “Ini juga adalah peluang
baik khususnya bagi meneroka peluang baru terutama dalam teknologi tinggi untuk menjayakan agenda Smart Selangor. “Kita yakin mampu mengekalkan Pelaburan Langsung Asing (Foreign Direct Investment-FDI) seterusnya bertahan sebagai penyumbang utama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia melalui jaringan ekonomi yang baik seperti ini,” katanya, di sini, baru-baru ini. Taiwan pelabur kedua terbesar di Selangor selepas Singapura diikuti Jepun serta beberapa
negara lain. Mohamed Azmin berkata, beliau juga bakal berlepas ke Jordan, Mesir dan Maghribi untuk menyantuni pelajar Selangor, pada minggu berikutnya. “Saya sendiri akan mengetuai delegasi untuk menyampaikan bantuan biasiswa kepada anak Selangor yang sedang menyambung pengajian, di sana. “Ini kerana kita sedar kos pendidikan semakin tinggi, maka Kerajaan Negeri bersedia untuk membantu dan datang kepada mereka,” katanya.
MB iringi pantun, rai sembah takzim
SHAH ALAM - Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali merafak sembah takzim ke atas pertabalan Sultan Muhammad V sebagai Yang Dipertuan Agong ke-15. Menulis di Twitter, penghargaan itu dinyatakan Mohamed Azmin menerusi serangkap pantun ke atas junjungan duli tuanku. Mohamed Azmin bersama isteri, Datin Seri Shamshida Taharin hadir pada Istiadat Pertabalan itu, pada 24 April lalu. Istiadat Pertabalan di Istana Negara mengikut warisan Kesultanan Melayu itu bagi menguar-uarkan kepada seluruh dunia bahawa Malaysia mempunyai ketua negara baharu berlandaskan sistem Raja Berperlembagaan. Malaysia adalah satu dari 43 negara di dunia yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja dan sistem penggiliran pemerintahan itu adalah satu-satu yang seumpamanya di dunia.
Tinggi sungguh Gunung Daik, Turun dari Mahawangsa, Gembira betul hati patik, Tuanku di takhta payungi bangsa.
Utama SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
3
Tainan intai peluang perniagaan taran mesra Muslim dengan tumpuan khusus kepada pensijilan halal restoran dan hotel. Terdahulu, Halal Antarabangsa Selangor (HIS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Kebangsaan Tainan yang akan menyaksikan Selangor mengembangkan perniagaan kecil dan sederhana di bandar itu ke pasaran halal ASEAN serta global. Turut serta, Exco Kerajaan Negeri, Dato' Teng Chang Khim, Amirudin Shari dan Dato' Dr Ahmad Yunus Hairi; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Dato' Nor Azmie Diron; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Invest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris; CEO Central Spectrum, Mahmud Abbas dan tokoh terkemuka industri teknologi halal serta e-dagang.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
TAIWAN - Bandar Tainan di Taiwan menyatakan minatnya menerokai peluang perniagaan bersama Selangor yang bakal memberi manfaat kepada kedua pihak. Perkara itu dinyatakan Datuk Bandar Tainan, Dr William Lai dalam majlis makan malam bersama Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali dan delegasi Selangor, di sini, pada 25 April lalu. "Saya tidak sabar untuk menjalin kerjasama kukuh dengan Selangor dalam perniagaan yang berpotensi juga memberi manfaat kepada kedua pihak," ka tanya. Mengulas perkara itu, Mohamed Azmin menghargai inisiatif Tainan mewujudkan perseki-
Tiada perbincangan, tak profesional
Persekutuan bertindak ala ‘lanun’ OLEH NAZLI IBRAHIM
Kutipan sewa meningkat ��%
dilakukan Persekutuan di kawasan ini, maka penduduk meningkatkan bayaran sewa kepada 60 peratus,” katanya, di sini, pada 22 April lalu. Katanya, Kerajaan Negeri juga bertindak mengarahkan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menjalankan kerja pembersihan awam termasuk menguruskan sisa pepejal yang gagal dilaksanakan Kerajaan Persekutuan dan segera menjalankan kerja pembersihan longkang tersumbat. Terdahulu, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak membuka pejabat pengurusan di PPR Taman Putra Damai bagi mengambilalih pengurusan bangunan perumahan terbabit tanpa mengadakan sebarang perbincangan dengan Kerajaan Negeri. Bagaimanapun, katanya, KPKT tidak menjalankan kerja penyelengaraan hingga menyebabkan pelbagai masalah berkaitan penyelengaraan di pangsapuri terbabit dalam tempoh lapan bulan ‘pejabat pengurusan’ itu beroperasi.
ED
SUBANG - Bayaran sewa unit di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai (Lembah Subang 1) merudum kepada 20 peratus selepas Kerajaan Persekutuan bertindak memutar belit fakta bagi mengelirukan penduduk dengan menguar-uarkan bakal mengambil alih pengurusan bangunan perumahan terbabit. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, bagaimanapun kutipan sewa meningkat dengan drastik kepada 60 peratus apabila Exco Perumahan, Pengurusan Ba-ngunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad menjelaskan perkara sebenar kepada wakil penduduk. “Beberapa minggu sebelum ini, Dato’ Iskandar sendiri mengadakan dialog dengan ketua blok. Kita boleh nampak, kadar sewa dibayar meningkat bila penduduk mendapat maklumat betul dan tepat. “Sebelum ini, hanya 40 peratus kutipan sewa. Selepas Dato’ Iskandar menerangkan ini semua pembohongan selepas lapan bulan tidak ada apa-apa
SUBANG - Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT) tidak bertindak profesional apabila bertindak ala ‘lanun’ dan bukan sebagai sebuah kerajaan. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, hal itu boleh dilihat dengan tindakan KPKT membuka pejabat pengurusan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai tanpa mempedulikan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang menguruskan perumahan terbabit. “Tidak ada pertemuan sebab mereka mengambil tindakan tidak mahu berunding dengan Kerajaan Negeri dan merusuh masuk ke kawasan ini macam ‘lanun’ membuka pejabat pengurusan tanpa kebenaran MBPJ.
“Ini bukan cara berurusan kerajaan dengan kerajaan. Sebagai menteri, seharusnya mesti menghormati undang-undang dan kita boleh duduk bincang,” katanya pada Program Turun Padang Dato’ Menteri Besar Selangor ke PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1), di sini, pada 22 April lalu. Mohamed Azmin berkata, tindakan tidak profesional Kerajaan Persekutuan itu berlaku
tahun lalu walaupun beliau dan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar Selangor, Dato’ Iskandar Abdul Samad memberi jaminan sedia berbincang isu pengambilalihan dengan Kerajaan Persekutuan. Katanya, proses pengambilalihan seharusnya dijalankan mengikut undang-undang dan memerlukan perjanjian penyerahan yang dipersetujui semua pihak terbabit.
Serah segera unit PPR kepada penyewa
SUBANG - Kerajaan Negeri mendesak Kerajaan Persekutuan menyerahkan hak milik unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Putra Damai (Lembah Subang 1) kepada penduduk yang sudah menyewa terlalu lama dalam satu jangka masa tertentu. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, ia ekoran terdapat pemilik yang sudah menyewa unit kediaman di PPR terbabit, menjangkau 15 tahun. “Saya dapati ada sesetengah penduduk menyewa terlalu lama.
Ada yang lebih 10, 12 dan 15 tahun. “Kami mendesak Kerajaan Persekutuan supaya menyerahkan unit terbabit kepada penyewanya,” katanya pada Program Turun Padang Dato’ Menteri Besar Selangor ke PPR Taman Putra Damai (Lembah Subang 1), di sini, pada 22 April lalu. Beliau berkata, desakan itu dibuat ekoran keputusan berkenaan di luar bidang kuasa Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan seharusnya mampu mencontohi langkah sama yang
diambil melalui Skim Smart Sewa. “Jika Kerajaan Negeri boleh buat kenapa Kerajaan Persekutuan tak boleh. Penduduk bayar RM124 sebulan selama 15 tahun dan jika dikira sudah cukup untuk mereka mendapat unit itu secara percuma daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan(KPKT). “Kita akan berikan tekanan yang kuat kepada menteri. Jangan cakap kosong tetapi dia perlu pastikan kebajikan rakyat terjaga,” katanya.
Utama 4
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Smart Sewa Selangor
Putrajaya ciplak dasar negeri OLEH ERMIZI MUHAMAD
puri Bandaraya Sungai Udang di Segambut dengan kadar sewa RM800 sebulan. Daripada jumlah itu, RM500 adalah kadar sewa, sementara bakinya RM300 akan dijadikan simpanan kepada penyewa. Mengulas inisiatif itu, Iskandar berkata, konsep sama yang dilaksanakan di peringkat Persekutuan membuktikan dasar Smart Sewa Selangor memberikan manfaat kepada umum. “Walaupun Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sering mempertikaikan peranan Kerajaan Negeri tetapi pelancaran skim Kerajaan Persekutuan yang mirip skim kita adalah pengiktirafan kepada usaha yang dilaksanakan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengalu-alukan inisiatif pelaksanaan Skim Sewa dan Menyimpan Kerajaan Persekutuan yang disifatkan signifikan dengan Skim Sewa Milik yang dilaksanakan, di Selangor. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad merujuk pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan skim serupa ketika majlis pecah tanah projek perumahan Sungai Udang Setapak, Kuala Lumpur, pada 17 April lalu. “Kerajaan Negeri mengumumkan skim sama, pada Oktober 2016. Di bawah skim yang dinamakan Smart Sewa itu, penyewa
dipulangkan 30 peratus daripada sewa dibayar selepas kontrak sewaan mereka tamat. “Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada Sidang Dewan Negeri Oktober lalu turut mengumumkan RM100 juta dibelanjakan tahun ini untuk membeli Rumah Selangorku yang disewakan. “Ketika itu, terdapat 100 rumah yang boleh disewakan di bawah skim ini. Pada Januari lalu, 260 unit Rumah Selangorku dikenalpasti untuk dibeli dengan kos RM46.5 juta,” katanya dalam kenyataan. Najib melancarkan pembinaan perumahan pangsapuri baru dengan konsep pulangan kewangan semula RM18,000 untuk tempoh lima tahun yang digunakan dalam Projek Pangsa-
Kemelut PPR Lembah Subang tamat
Umno belum tunai janji begitu besar walaupun hanya di peringkat negeri," katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 19 April lalu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos kononnya Kerajaan Negeri gagal menyalurkan keperluan bantuan kepada petani yang terkesan akibat wabak BLB. Untuk rekod, RM8.5 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri menerusi pengumuman oleh Dato' Menteri Besar, Dato'Seri Mohamed Azmin Ali untuk membantu pengusaha tani terjejas ekoran serangan wabak itu. Sementara itu, hasil semakan SelangorKini, media pro-Umno pernah melaporkan kononnya Putrajaya pernah merancang menyediakan peruntukan khas RM3.7 juta bagi menampung kerugian petani termasuk bentuk bantuan yang diperlukan pesawah yang terjejas akibat fenonema BLB. Menurut laporan itu, pelaksanaan bantuan membabitkan ke
ED
SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mencabar Umno-Barisan Nasional menunaikan janji untuk membantu golongan tani di negeri itu seperti kenyataan yang pernah dikeluarkan pentadbiran Putrajaya sebelum ini. Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, keperluan itu bagi memastikan golongan pesawah di negeri itu mendapat manfaat terbaik tanpa mengambil kira sebarang sentimen politik tertentu. "Umno kini terdesak. Mereka masih belum menunaikan janji untuk memberi bantuan khusus kepada mangsa serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB). "Umno kini berdalih dengan menyembunyikan tanggungjawab mereka di sebalik pemberian bantuan subsidi yang sememangnya menjadi tangungjawab Kerajaan Persekutuan . "Mereka (Umno) dengki dengan tindakan pantas Kerajaan Negeri membantu pesawah dan mangsa BLB dengan jumlah perbelanjaan
luasan blok padi seluas lebih 7,700 ekar (3,116 hektar). Mengulas isu bantuan itu, Ahli Dewan Negeri, Ng Suee Lim mengesahkan pemberian itu masih tidak disalurkan kepada pesawah terbabit. "Dalam isu serangan BLB musim kedua pada 2016, menteri turun padang dan berbincang dengan Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi serta berjanji akan beri bantuan memandangkan kebajikan petani di bawah tanggungjawab mereka. "Tetapi saya dimaklumkan, bantuan yang dijanjikan masih tertangguh dan tiada sebarang pengumuman tarikh (penyampaian bantuan) disampaikan. Sekarang sudah habis musim menanam, tapi bantuan masih belum sampai dan sehingga kini petani masih lagi menagih janji menteri. "Malah, saya sendiri sudah membuat semakan dengan petani dan mereka masih belum menerima bantuan itu, untuk tempoh ini," katanya.
SHAH ALAM - Kemelut pengurusan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang mencapai kata sepakat apabila penduduk bersetuju menjelaskan tunggakan sewa mengikut jadual ditetapkan. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, persetujuan turut dicapai apabila Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bersetuju membersihkan bangunan kediaman. Beliau berkata, walaupun Kerajaan Persekutuan mengeluarkan kenyataan untuk mengambil alih pengurusan kediaman, namun komitmen itu tidak dilaksanakan secara sistematik. “Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam dialog bersama penduduk memaklumkan MBPJ akan melakukan pembersihan bangunan memandangkan persetujuan Kerajaan Persekutuan belum tentu dapat diperolehi. “Kerajaan Negeri akan tetap dengan komitmen memastikan PPR ini diselenggara dengan baik walaupun pelbagai janji ditabur Kerajaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Beliau berkata, perolehan hasil pungutan sewa yang kini mencecah 60 peratus berbanding sebelumnya membuktikan isu berkenaan mampu ditangani secara baik di peringkat negeri. “Kerajaan Negeri melalui satu jawatankuasa khas dianggotai Penyelaras DUN Kota Damansara, ahli majlis dan pegawai MBPJ akan sentiasa mengadakan perbincangan bersama penduduk bagi mengenal
Kerajaan Negeri akan tetap dengan komitmen memastikan PPR ini diselenggara dengan baik walaupun pelbagai janji ditabur Kerajaan Persekutuan ISKANDAR SAMAD Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar,
pasti masalah sebelum ia menjadi kritikal,” katanya. Terdahulu, satu dialog antara pentadbiran negeri bersama penduduk PPR Lembah Subang diadakan bagi membincangkan kemelut pengurusan perumahan itu. Sebelum ini, kemelut pengambilalihan PPR Lembah Jaya berpunca daripada campur tangan Kerajaan Persekutuan yang mendakwa Kerajaan Negeri gagal melakukan kerja penyelenggaraan dan pembersihan di kawasan itu.
Utama SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Made In Selangor
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Ketengah jenama tempatan OLEH SYAZWANI SUFIAN
ED
DAMANSARA - Yayasan HIJRAH Selangor melaksanakan program Made In Selangor buat julung kalinya bagi mengetengahkan imej penjenamaan produk dari negeri itu, di One Utama, Bandar Utama, pada 22 April lalu. Program dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan itu dirasmikan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah sebagai tanda sokongan dan galakan kepada usahawan muda khususnya untuk terus menaikkan nama serta mendapat tempat dalam bidang perniagaan. Pengerusi Eksekutif HIJRAH, Dato' Mansor Othman berkata, pihaknya sentiasa berusaha dalam menaikkan martabat produk supaya lebih dikenali di mata masyarakat tempatan dan luar. "Program ini memberi ruang promosi
lebih luas kepada usahawan dan pengusaha produk tempatan memperkenalkan jenama keluaran mereka. "Kita harap ia dapat memperkasakan usahawan muda di negeri ini dengan sokongan kuat Raja Muda Selangor," katanya. Program yang diadakan pada 19 April hingga 23 April itu bakal diteruskan di AEON Shah Alam, bermula 25 April hingga 1 Mei ini. Sebanyak 40 jenis produk diperkenalkan dalam program itu termasuk usahawan di bawah Bazaar Pak Nil. Program itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk aktiviti menarik iaitu booth daripada artis tempatan termasuk persembahan kebudayaan Universiti Selangor dan program membaca oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor.
Kembang produk usahawan DAMANSARA - Kerajaan Negeri mewujudkan satu mekanisma baru yang membantu mengembangkan produk tempatan sedia ada dalam program Made In Selangor bagi membantu kegiatan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Usahawan, Amiruddin Shari berkata, konsep itu dibawa ke pusat membeli-belah bagi memberi nafas baru dan diolah supaya menjadi hab pengumpulan produk yang menarik juga terkini. "Konsep ini terdiri daripada usahawan yang menghasilkan dan menjual produk jenama serta buatan sendiri. "Produk itu tidak terhad kepada industri mikro seperti makanan sahaja tetapi diperluaskan lagi kepada produk tekstil seperti pakaian, tudung, aksesori dan kraftangan," katanya ketika berucap dalam perasmian Made In Selangor di
One Utama, di sini, pada 22 April lalu. Amir berkata, inisiatif itu dilaksanakannya bersama Hijrah Selangor untuk merealisasikan hasrat Kerajaan Negeri dalam usaha menyokong usahawan mikro berniaga, sekali gus dapat menjalin jaringan perniagaan sesama usahawan. "Terdapat banyak produk keluaran tempatan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi dan dilihat dapat diketengahkan. "Melalui Made In Selangor, saya berharap ia dapat menjadi medium pemasaran dan tapak permulaan bagi memperkenalkan produk tempatan dengan lebih meluas," katanya. Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga dalam usaha menjalinkan kerjasama dengan pasar raya besar yang dikenal pasti dan perbincangan sedang dijalankan bagi memperincikannya.
5
Utama
6
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Abai kebajikan rakyat
KPKT tidak profesional sistem demokrasi dan pilihan rakyat yang tidak memihak kepada Umno-BN. “Tindakan sebegini tidak wajar, tidak profesional dan tidak adil dilaksanakan,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 20 April lalu. Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan itu mengumpamakan tindakan KPKT sebagai satu kelakuan ‘orang kecil’ atau ‘xiao ren’ bermaksud Menterinya, Tan Sri Noh Omar hanya mementingkan kebaikan diri-sendiri.
Katanya, rakyat boleh menilai kepribadian Noh yang jelas menunjukkan beliau tidak layak bergelar pemimpin. “Beliau hanya mementingkan perjuangan sempit politik UmnoBN dengan mengabaikan kebajikan rakyat,” katanya. Pada 19 April lalu, KPKT mengeluarkan arahan membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang gagal dimenangi Umno-BN berdasarkan pekeliling dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Kera-
jaan Tempatan, Abu Bakar Johar, bertarikh 17 Mac lalu. Arahan itu meliputi semua projek BP 1 yang menurut laman sesawang KPKT merujuk kepada projek infrastruktur berskala kecil di peringkat majlis tempatan. Abu Bakar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk 'penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017' yang dihadiri Noh bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Kerajaan Persekutuan bersikap tidak profesional dan adil terhadap rakyat apabila membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan UmnoBarisan Naional (BN). Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yiong Hian Wah berkata, arahan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu jelas tidak menghormati
Ean Yiong Hian Wah
Bonus Rakyat Selangorku tak wujud
ED
U S L PA
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syazwani Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected]
JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 Nadhrah Azlan :
[email protected] l 03-5523 4856 (ext 117) JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
SHAH ALAM - Rakyat Selangor diminta mengabaikan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung program Bonus Rakyat Selangorku (BR1S) kerana ia adalah mesej palsu. SMS terbabit bertujuan memperdaya penduduk di negeri itu dengan dakwaan ia adalah salah satu program dilaksanakan di bawah Kerajaan Selangor. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, rakyat jangan terpengaruh dengan SMS berkenaan kerana ia bukan daripada Kerajaan Negeri, bahkan ia adalah propaganda pihak tidak bertanggungjawab. Katanya, rakyat juga dinasihatkan tidak terpengaruh dengan mesej terbabit kerana ia bertujuan mengelabui mata mereka kononnya terdapat ban-
tuan daripada Kerajaan Negeri berbentuk wang. "Ia sangat buruk dan saya minta pihak yang melakukan kegiatan tidak berfaedah ini menghentikannya. Rakyat juga perlu sedar bahawa Kerajaan Negeri tidak memberikan bentuk bantuan seperti BR1S atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
"Kerajaan Negeri sangat fokus dengan agenda rakyat. Kita hanya memberi bantuan yang boleh memperkasa dan memberdayakan rakyat seperti skim HIJRAH dan Peduli Sihat yang membolehkan rakyat menikmati bentuk bantuan dengan lebih terancang," katanya ketika dihubungi SelangorKini, pada 21 April lalu. SelangorKini yang turut menerima pesanan itu mendapati SMS terbabit tular dan menjadi perbualan orang ramai, sejak kebelakangan ini. Sehubungan itu, orang ramai dinasihati berwaspada apabila menerima SMS seperti itu dan langkah terbaik adalah merujuk ke Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing bagi mendapatkan maklumat sahih.
Nafi hak rakyat nikmati hasil negara RAWANG - Tindakan tidak memadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) membatalkan kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen bukan Umno-Barisan Naional (BN) menafikan hak rakyat menikmati hasil negara dengan adil. Ahli Dewan Negeri Rawang, Gan Pei Nei berkata, rakyat seharusnya menikmati kemudahan seperti dijanjikan itu tanpa mengira di kawasan Parlimen Umno-BN atau bukan sebagai pembayar cukai. “Ini adalah perkhidmatan asas yang sepatutnya dinikmati rakyat tidak kira di Selangor (dikuasai PAKATAN) atau negeri lain di seluruh Malaysia kerana sebagai rakyat, kita berhak menikmati hasil daripada cukai dibayar. “Saya rasa, ini satu tindakan berniat jahat dan bermotif
politik,” katanya kepada SelangorKini, di sini, pada 21 April lalu. Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar supaya membatalkan keputusan itu dan menyalurkan peruntukan pembangunan seperti dijanji serta diluluskan ke semua kawasan sama rata juga tidak pilih kasih. Katanya, rakyat sememangnya berhak menuntut kembali segala hasil dibayar daripada Kerajaan Persekutuan tidak terkecuali di kawasan Parlimen bukan Umno-BN. “Kita tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan politik kepartian kerana rakyat yang menjadi mangsa. Kalau boleh, kita berpolitik secara profesional dan jika nak lawan (bersaing) ketika berlangsung pilihan raya,” katanya.
Kita tidak seharusnya membuat keputusan berdasarkan politik kepartian kerana rakyat yang menjadi mangsa. Kalau boleh, kita berpolitik secara profesional dan jika nak lawan (bersaing) ketika berlangsung pilihan raya
GAN PEI NEI ADN Rawang
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
MERAFAK SEMBAH DAN SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV SULTAN MUHAMMAD V
ED
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K. (Selangor)., D.K. (Negeri Sembilan)., D.K. (Johor)., D.K. (Perak)., D.K. (Perlis), D.K. (Kedah)., D.K. (Terengganu)., S.P.M.K., S.J.M.K., S.P.K.K., S.P.S.K.
Sempena
PERTABALAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XV Pada
24 APRIL 2017 BERSAMAAN 27 REJAB 1438H
“Semoga Allah Subhanahu Wataala Memberkati Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku” SEMBAH TAKZIM DARIPADA
Y.A.B. Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Dato' Menteri Besar Selangor Kerajaan dan Seluruh Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan
Nasional
8
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Politikkan isu pendidikan
Najib cakap tak serupa bikin OLEH ERMIZI MUHAMAD
jaya mengehadkan peruntukan biasiswa MARA dan JPA yang menyukarkan pelajar berkelayakan melanjutkan pelajaran di luar negara. “Situasi ini jelas membuktikan Najib hanya ‘cakap tak serupa bikin’ dalam hal pendidikan Bumiputera dan pelajar miskin,” katanya. Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut percaya, pendidikan percuma boleh dilaksanakan di negara ini jika amalan pentadbiran telus dan bebas rasuah diamalkan pentadbiran Putrajaya. “Jika ia dapat dilakukan, maka impian rakyat Malaysia untuk mendapat akses pendidikan secara percuma seperti di negara Eropah akan semakin menjadi nyata,” katanya. Untuk rekod, Selangor satu-satunya negeri melaksanakan dasar pendidikan percuma di bawah Skim Dermasiswa yang dilaksanakan di Universiti Selangor.
KUALA SELANGOR - Dasar pendidikan di peringkat Persekutuan memerlukan kajian menyeluruh bagi membolehkan sentimen integrasi nasional di sekolah vernakular dapat dipupuk dalam kalangan masyarakat. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi , Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, peranan sekolah vernakular untuk meningkatkan nilai perpaduan antara kaum semakin terhakis. “Saya setuju masih wujudnya kekangan berkait isu integrasi nasional dalam sektor pendidikan tetapi tidak adil untuk menyalahkan sekolah jenis vernakular semata-mata. “Saya menyokong sekolah kebangsaan tetapi kita harus pastikannya inklusif dan mempunyai kualiti terbaik supaya dapat menarik ibu bapa pelbagai kaum menghantar anak mereka ke sana,” katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini. Nik Nazmi berkata, dasar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) lebih terbuka berbanding sekolah vernakular dan sekolah kebangsaan, sekali gus mendorong kemasukan lebih besar masyarakat menghantar anak ke SJKC. “Realitinya, SJKC lebih majmuk dengan kemasukan pelajar Melayu dan India, berbanding pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan.
Realitinya, SJKC lebih majmuk dengan kemasukan pelajar Melayu dan India, berbanding pelajar Cina dan India di sekolah kebangsaan
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disaran merujuk kejayaan dasar pendidikan dilaksanakan di negeri pimpinan PAKATAN dalam menawarkan askes pendidikan terbaik kepada rakyat. Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Najib tidak sewajarnya membuat kenyataan dangkal dengan mempolitikkan isu pendidikan demi kepentingan tertentu. Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan sebenarnya tidak mempunyai kesungguhan tinggi memartabatkan aspek pendidikan negara ekoran pemotongan peruntukan pendidikan dalam Belanjawan 2017. “Dakwaan ini jelas berniat jahat dan dibuat tanpa merujuk kejayaan kami di negeri pimpinan PAKATAN terhadap usaha memaju dan meluaskan akses pendidikan kepada semua rakyat terutama anak Bumiputera daripada keluarga memerlukan. “Hakikatnya, Najib ketika membentangkan Belanjawan 2017
mengumumkan pemotongan peruntukan untuk universiti awam berjumlah RM1.5 bilion tetapi kemudian mendabik dada sebagai pejuang pendidikan Bumiputera. “Jika benar Najib ikhlas memperjuangkan pendidikan Bumiputera, beliau selaku Menteri Kewangan tidak akan memotong sesen pun peruntukan universiti awam,” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Terdahulu, Perdana Menteri ketika merasmikan program pendidikan mendakwa, PAKATAN akan menghentikan semua program biasiswa seperti itu jika mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan, pada satu majlis baru-baru ini. Membidas kenyataan itu, Nurul Izzah mempersoal peranan sebenar Kerajaan Persekutuan dalam membantu meningkatkan imej pendidikan negara apabila Putra-
Kukuh integrasi kaum
NIK NAZMI
Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi
ED
“Ini masalah dalam sistem pendidikan sekolah kita sekarang. Sebab itu, kita perlu berbincang bagaiamana untuk menjadikan sekolah kebangsaan itu popular dan Kerajaan Negeri tentunya mendukung hasrat itu,” katanya. Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mengakui sistem pendidikan negara bercampur aduk dan tidak mementingkan perpaduan nasional sebagai tonggak utama. Memetik laporan Astro Awani, Zahid turut mencadangkan supaya satu aliran sahaja diperlukan dalam sistem pendidikan negara ini.
Mainan lapuk menteri Umno SHAH ALAM - Kenyataan Menteri Umno berhubung kepentingan identiti Bangsa Malaysia membuktikan polisi perkauman Barisan Nasional (BN) tidak lagi relevan. Naib Pengerusi Wanita DAP Selangor, Hannah Yeoh berkata, kenyataan penting dikeluarkan Khairy Jamaluddin itu juga diyakini bukan satu retorik murahan untuk menghadapi pilihan raya. Katanya, Menteri Belia dan Sukan itu dilihat benar-benar mahukan segala bentuk perkauman dihapuskan. “Enam tahun lalu, apabila saya mahu mendaftarkan nama anak yang baru dilahirkan sebagai anak Malaysia, BN mencemuh usaha kami.Saya dan suami dituduh meminggirkan kaum India, mahu melakukan pembersihan etnik dan pelbagai tuduhan ja-
hat lain. "Maka, kenyataan Khairy ini amat penting. Masa depan Malaysia tidak seharusnya ditak rifkan menerusi kaum,” katanya dalam kenyataan, di sini, baru-baru ini. Pada 17 April lalu, Khairy berkata, golongan muda mahu dikenali menerusi identiti Bangsa Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang selain mahukan tembok pemisah antara kaum diruntuhkan. “Mereka mahu melihat identiti lebih bersatu iaitu Bangsa Malaysia kerana dilihat lebih menyerlah daripada identiti kaum dan suku bangsa. “Aspirasi ini bukan diperolehi hari ini sahaja tetapi banyak didengari dalam proses dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) sebelum ini,” katanya.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
9
Ekonomi
10
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Kekuatan kewangan dan urus tadbir cekap
Ekonomi Selangor ‘suci dalam debu’ OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) digesa menjelaskan ‘kehilangan’ sebahagian besar pelan rancangan projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), di Selangor. Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, peta dipamerkan SPAD dalam sesi Pameran Awam ECRL tidak memasukkan laluan rel menghubungkan Gombak ke Pelabuhan Klang, baru-baru ini. Beliau dimaklumkan kakitangan SPAD bahawa laluan rel sepanjang 60 kilometer (km) itu akan dimasukkan dalam fasa kedua projek berkenaan. “Ini sangat pelik. Projek ECRL sering dipuji berpotensi menghubungkan pelabuhan timur dan barat di Semenanjung Malaysia seperti Kuantan-Pelabuhan Klang. “Jika sambungan KuantanPelabuhan Klang penting, mengapa laluan rel GombakPelabuhan Klang tidak disertakan dalam pameran awam,” katanya dalam kenyataan. Pameran Awam ECRL diadakan di Ibu Pejabat SPAD di Kuala Lumpur dan 38 lokasi terpilih lain, bermula 8 Mac sehingga 5
Jun ini. Bee Yin yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Selangor turut memetik laporan akhbar berhubung rancangan Putrajaya memberi keutamaan terhadap pembinaan landasan sepanjang 250km menghubungkan Kuantan-Pelabuhan Klang. “Adakah Kerajaan Persekutuan diketuai Umno merancang untuk mengenepikan Kerajaan Negeri dalam proses membuat keputusan berhubung projek berkenaan. Adakah mereka akan memaksa kami untuk menerima apa sahaja rancangan dan menyembunyikan sesuatu berkenaan projek ini?” katanya. Bee Yin berkata, projek menelan kos RM55 bilion itu dijangka memerlukan 1,000 bidang tanah di Selangor selepas penjajaran dimuktamadkan Kerajaan Negeri. “Ia memberi impak ekonomi dan sosial kepada rakyat Sela ngor, maka Kerajaan Negeri dan rakyatnya berhak mendapat maklumat projek ini. Hanya dengan itu, orang ramai boleh menilai sama ada ia setimpal dengan kos dan dilakukan secara betul,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Selangor mampu mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi mampan walaupun di peringkat nasional mengalami pertumbuhan lebih perlahan. Bekas Timbalan Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakob berkata, hal itu ekoran Selangor sebagai negeri maju mempunyai kekuatan kewangan dan urus tadbir cekap. “Jika Selangor terus beri insentif lebih baik daripada apa yang ditawarkan Kerajaan Persekutuan kepada pelabur, maka mereka akan datang ke negeri itu. “Selangor mempunyai kelebihan untuk menarik pelaburan dengan syarat urus tadbir Kerajaan Negeri kekal baik juga tiada rasuah dalam urusan antara swasta dengan kerajaan kerana ini faktor penting untuk ekonomi terus berkembang walaupun dikelilingi suasana ekonomi malap,” katanya kepada SelangorKini, di sini, barubaru ini. Katanya, keadaan itu berbeza
SPAD perlu jelaskan kehilangan pelan ECRL
ED
dengan Kerajaan Persekutuan yang tidak menerapkan amalan urus tadbir bersih dan terpalit dengan pelbagai skandal, sekali gus menyebabkan pelabur asing semakin menjauhkan diri kecuali beberapa entiti berkepentingan. Katanya, hal itu menjadikan Selangor kekal sebagai peneraju ekonomi negara, sekali gus antara penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). “Faktor bilangan tanah perindustrian yang banyak dan harga
berpatutan berbanding pesaingnya, Pulau Pinang turut menyebabkan pelabur menjadikan negeri itu sebagai lokasi alternatif. “Selangor adalah negeri paling maju di pantai barat dan banyak tanah perindustrian berbanding Pulau Pinang yang tepu. Mungkin juga ada pelabur di Pulau Pinang tetapi apabila mendapati harga tanah perindustrian naik, maka mereka akan menjadikan Selangor sebagai pilihan kedua,” katanya.
ADN SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
11
Segera ambil tindakan gagal menampung air dari daerah Gombak. “Jika tiada solusi dan tindakan segera, kita bimbang kejadian sama akan berulang dan menyusahkan penduduk,” katanya kepada SelangorKini. Pada 18 April lalu, 16 keluarga terjejas dan mengalami kerosakan harta benda selepas rumah dinaiki air. Penduduk mendakwa kejadian itu adalah musibah terburuk, dalam tempoh 50 tahun. Bagaimanapun, 500 beg pasir sudah disediakan bagi menampung ban pecah sejauh dua kilometer.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pihak berkenaan diseru mengambil tindakan segera dan menepati prosedur operasi standard (SOP) dalam melaksanakan kerja pelebaran jalan bagi mengelak kejadian banjir kilat berulang di Kampung Harmoni, Ijok. Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad berkata, seruan sama turut ditekan pejabat daerah dan tanah, jabatan pengairan dan saliran, jabatan kerja raya dan kejuruteraan selain penduduk. “Kerja pengorekan dan pelebaran parit perlu disegerakan selepas apa yang berlaku barubaru ini apabila parit dikecilkan
Depani kos sara hidup
Ibu tunggal terima insentif PEKAWANIS kos sara hidup yang semakin meningkat. Katanya, PEKAWANIS juga tidak pernah meminggirkan kebajikan ibu tunggal yang memerlukan perhatian dan sokongan semua pihak. “Sumbangan ini adalah inisiatif berterusan PEKAWANIS dalam membantu ibu tunggal terutama berhadapan kos sara
ED
SHAH ALAM - Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) mengagihkan sumbangan RM100 kepada 60 ibu tunggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan, barubaru ini. Ahli Dewan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, bantuan itu bagi membantu golongan terbabit mendepani peningkatan
hidup tinggi termasuk kenaikan harga barangan dan petrol,” katanya lapor Sinar Harian. PEKAWANIS dipengerusikan isteri Dato’ Menteri Besar, Datin Seri Shamshida Taharin. Selain itu, Suee Lim turut menyerahkan pinjaman skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH) kepada penduduk di DUN berkenaan.
Album SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
12
Album
ED
ADN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei menyantuni peserta program Walkaton Hari Wanita 2017 di DUN beliau bagi menghargai jasa mereka
ADN Jeram, Dato' Amiruddin Setro merasmi dan menyampaikan hadiah di Kejohanan Petanque Piala Dato Hj Amiruddin Setro
ADN Semenyih, Dato' Johan Abdul Aziz turun padang melihat permasalahan banjir di Kampung Sesapan Kelubi untuk mencari penyelesaian
ADN Dusun Tua, Razaly Hassan menyantuni pasukan futsal yang bertanding sempena Program 'Beghalek' (Kenduri) Sekampung 2017 di DUN beliau
ADN Morib, Hasnul Baharuddin menyantuni penduduk setempat dan menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan di DUN beliau
Ahli Parlimen Selayang, William Leong turut sama membantu membersihkan rumah penduduk terjejas akibat banjir di Kampung Sungai Serai
13
ADN Sekinchan, Ng Suee Lim menyampaikan Skim Peduli Sihat kepada masyarakat memerlukan di DUN beliau
ADN Tanjung Sepat, Ir Mohd Haslin Hassan turut serta memeriahkan program Pertandingan Memasak Chef Dun Tanjong
Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian turun padang ke Kaunter Pendaftaran Pengundi Baru Pasar Besar Jalan Othman berjumpa masyarakat setempat
Rencana
14
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
OLEH AFIX REDZUAN
D
Pendidikan nadi utama penggerak kejayaan Kesan pemotongan itu pastinya dirasakan terutama warga penyelidik di institusi pendidikan tinggi awam apabila tidak dapat meneruskan penyelidikan bagi beberapa sektor utama akibat kekurangan peruntukan.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
alam membina negara bangsa yang penuh kemasyhuran, pembangunan modal insan adalah nadi utama penggerak ke arah kejayaan menerusi generasi berpendidikan dengan penuh iltizam khususnya kerajaan selaku pemerintah dan amnya warga pendidikan. Pergelutan ekonomi global yang masih belum menampakkan sinar kelancaran dalam tempoh terdekat mengakibatkan perbelanjaan institusi pendidikan turut menjadi korban pertaruhan itu, akhir-akhir ini. Jika diamati secara terperinci, sejak 2015 peruntukan Kementerian Pendidikan semakin menguncup di saat Kerajaan Persekutuan mencanangkan pertumbuhan dan kedudukan ekonomi yang stabil menerusi gagasan transformasi negara yang mula diperkenalkan sejak Datuk Seri Najib Razak dilantik menjadi perdana menteri, pada 3 April 2009. Melalui Bajet 2016, Kementerian Pendidikan menerima pemotongan peruntukan RM2.4 bilion dengan jumlah RM13.378 bilion, berbanding RM15.785 bilion (5.8 peratus) dalam Belanjawan 2015. Sementara tahun ini, potongan keseluruhan bagi Kementerian Pengajian Tinggi ialah 10.27 peratus dari RM13.378 bilion kepada RM12.132 bilion yang menyaksikan pemotongan 9.31 peratus iaitu RM1.24 billion. Sebagai contoh, peruntukan Universiti Kebangsaan Malaysia dipotong kepada RM352.7 juta dari RM512.33 juta dan sebelumnya potongan 31.16 peratus, manakala Universiti Teknologi MARA pula dipotong 25.2 peratus dari RM2.23 bilion kepada RM1.67 bilion.
Pembangunan modal insan
Pemotongan bajet tekanan buat warga pendidik
Kesan pemotongan itu pastinya dirasakan terutama warga penyelidik di institusi pendidikan tinggi awam apabila tidak dapat meneruskan penyelidikan bagi beberapa sektor utama akibat kekurangan peruntukan. Keadaan itu akan mengakibatkan kajian yang dilakukan sebelum ini tertangguh
dan tidak mustahil juga hasrat berkenaan terpaksa dilupakan buat sementara waktu. Selain perihal pemotongan peruntukan yang masih dibicarakan semua pihak sehingga kini, tidak dilupakan jumlah pengagihannya yang masih belum sampai ke kumpulan sasar hingga dibangkitkan dalam sesi Dewan Rakyat, baru-baru ini. Situasi tidak profesional itu boleh menjejaskan institusi pendidikan tidak mengira bangsa kerana semua rakyat Malaysia berhak menikmati peruntukkan pendidikan. Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata, peruntukan yang diberikan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) oleh kerajaan tidak diterima pihak sekolah, sedang kan ia adalah peruntukan bagi Bajet 2016. Katanya, perkara lebih mengejutkan adalah jumlah itu sebenarnya dikurangkan dari RM50 juta kepada RM16.5 juta, namun kerajaan tidak memberikan langsung peruntukan itu akibat tidak dipersetujui MCA. Dakwaan sama turut dibangkitkan Ahli Parlimen Batu Gajah, V Sivakumar pada sesi Dewan Rakyat lalu apabila Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) hanya diberikan RM16.5 juta sahaja, sedangkan mereka menerima RM50 juta sama seperti SJKC. Keadaan itu menimbulkan persoalan ke mana baki RM33.5 juta yang sepatutnya di-
salurkan kepada sekolah itu, namun sehingga kini masih belum dijelaskan. Perdana Menteri pada 2016 mengumumkan peruntukan RM600 juta untuk Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah, di seluruh negara. Daripada jumlah itu, RM250 juta untuk Sekolah Kebangsaan, RM50 juta bagi SJKC, RM50 juta kepada SJKT dan RM50 juta untuk Sekolah Mubaligh.
Beri perhatian beban warga pendidik
Di samping itu, bebanan tugas warga pendidik juga harus diberikan perhatian di sebalik budaya pendidikan yang berbeza sejajar dengan peredaran masa kini. Apakah yang tinggal buat institusi pendidikan jika segala usaha dan wang yang seharusnya disalurkan terus disusut nilai? Apakah kita lebih kagum dengan bangunan cakerawala yang tinggi sekadar tatapan mata tanpa memikirkan insan yang mahu dibangunkan bagi terus menguruskan sihir cakerawala, pada masa akan datang? Membangunkan generasi berpendidikan menjadi satu pelaburan besar. Di sebalik kesukaran itu, pastinya akan lahir generasi ber-akhlak dan berprinsip yang akan terus membela dan membangunkan nama Malaysia selain mengangkat martabat insan berintegriti. Jangan biarkan pendidikan itu terus ditekan hingga akhirnya mendatar kerana membangunkan negara itu pastinya sukar tetapi mempertahankannya nyata lebih berliku.
Fokus SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
MBSA sedia kemudahan teknologi hijau
Bandar rendah karbon ���� OLEH HAFIZAN TAIB
Kenderaan, di sini, baru-baru ini. Katanya, dua kenderaan elektrik jenis Renault itu digunakan kakitangan MBSA bagi tujuan menjalankan tugas dan rondaan serta aktiviti harian. Beliau berkata, kenderaan terbabit juga digunakan untuk tujuan promosi bagi memaklumkan orang ramai berkenaan matlamat MBSA untuk menjadi bandar raya rendah karbon, pada 2030. "MBSA menukar lampu sedia ada kepada lampu 'energy saving' (jimat tenaga) iaitu lampu LED dengan sebahagiannya dipasang di Persiaran Kayangan bagi menggalakkan penjimatan tenaga," katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pelbagai kemudahan berkonsep teknologi hijau untuk keselesaan orang ramai di bandar raya itu bagi menjayakan program berkenaan. Ia bersesuaian dengan agenda Kerajaan Negeri termasuk perancangan pihak berkuasa tempatan itu bagi mencapai sasaran menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya rendah karbon, menjelang 2030. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, pihaknya menyediakan dua bas elektrik Smart Selangor untuk pengangkutan awam selain dua kenderaan elektrik bagi kakitangan menjalan kan tugas harian bagi menyokong kempen teknologi hijau.
"Bas Smart Selangor adalah perkhidmatan bas percuma yang diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan dua dari 14 bas ditawarkan MBSA kepada orang ramai adalah bas elektrik yang melalui satu dari tiga laluan di bandar raya ini. "Ia menggalakkan masyarakat menggunakan pengangkutan awam, di samping mengurangkan beban masyarakat dengan manfaat kepada golongan memerlukan seperti pelajar sekolah, pekerja industri, pelajar institut pengajian tinggi, golongan usia emas dan suri rumah," katanya kepada SelangorKini, di sini, baru-baru ini. Pelancaran bas dan dua kenderaan elektrik MBSA disempurnakan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada program Shah Alam Hari Tanpa
Tingkat kemudahan kempen teknologi hijau pertubuhan bukan kerajaan yang akan merancang, menyelaras juga memantau pelaksanaannya serta program pelan tindakan hijau berkarbon rendah. Program Earth Hour Night Walk turut dianjurkan pihak berkuasa tempatan itu bersama WWFMalaysia dalam usaha jangka panjang untuk menjadikan Petaling Jaya sebuah bandar raya mampan. Selain itu, ia juga mendidik masyarakat bagi menyemai tabiat memelihara alam sekitar dan memupuk semangat kejiranan demi kebaikan serta kemajuan bersama. MBPJ turut menyediakan dua perkhidmatan bas elektrik sebagai inisiatif mengurangkan
ED
PETALING JAYA - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) merangka pelbagai program dan peningkatan kemudahan awam ke arah menjayakan kempen teknologi hijau. Ia bersesuaian dengan agenda Kerajaan Negeri dan perancangan menjadikan Petaling Jaya sebagai bandar raya rendah karbon, pada masa depan. Bagi merealisasikan sasaran itu, MBPJ menjalin kerjasama strategik bersama agensi di bawah Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta Malaysia Green Technology Corporation (MGTC) dalam melaksanakan Rangka Kerja Bandar Raya Rendah Karbon (LCCF). Bersama agensi berkenaan, MBPJ menubuhkan pasukan petugas LCCF terdiri daripada ahli majlis, jabatan teknikal dan
Stesen caj kenderaan elektrik di Selangor
Majlis Bandaraya Shah Alam
masalah pencemaran udara di kawasan pentadbirannya. Datuk Bandar Petaling Jaya, Dato' Mohd Azizi Mohd Zain berkata, pihaknya sentiasa memberi tumpuan ke arah mengekalkan bandar raya sebagai mesra alam. “MBPJ memainkan peranan sangat berkesan dengan memperkenalkan perkhidmatan bas elektrik di kawasan ini sebagai bentuk kesedaran kepada masyarakat. “Dalam tempoh itu, dua perkhidmatan bas elektrik digunakan dari 22 bas percuma yang disediakan sebelum ini,” katanya. Perkhidmatan itu juga dilihat berkesan dalam mengurangkan kesesakan lalu litas di sekitar Petaling Jaya selain mampu menjimatkan penggunaan karbon. Ia sebahagian daripada perkhid matan Bas Smart Selangor yang diperkenalkan Kerajaan Negeri di negeri itu untuk kemudahan orang ramai terutama golongan sasaran.
l l l
Wisma MBSA Pejabat Cawangan MBSA di Setia Alam Pejabat Cawangan MBSA di Kota Kemuning
Majlis Bandaraya Petaling Jaya l l l l
Ibu Pejabat MBPJ Jaya One Pusat Pameran Nissan Pusat Pameran Renault
Majlis Perbandaran Subang Jaya l l
Parkir Grandstand Kompleks Sukan MPSJ Parkir Kompleks 3C MPSJ
Majlis Daerah Kuala Langat l l l
Perkarangan Parkir MDKL Gold Coast Morib Bandar Rimbayu
15
Hadiah Sastera Selangor
16
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
OLEH ROSLAN JOMEL
D
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ALAM beberapa kes, karya seni sering dianggap hebat apabila sukarnya para audiens untuk mengerti apa yang dimaksudkan oleh pengkarya tersebut. Sebagaimana payahnya menyelami naratif dalam filem-filem karya Andrei Tarkovsky, misalnya. Konon ia menyerlahkan kemuncak ekspresi seni paling tertinggi dan mengatasi karya-karya sezaman. Mitos sebegitu amat menjengkelkan. Tingkat komunikasi yang tinggi antara pengkarya dan penikmat seni menjadikan karya yang dihasilkan lebih bersifat perseorangan, elit dan terapung-apung di lautan imaginasi. Lalu, apa tujuannya karya seni dicipta dan dibukukan dari semasa ke semasa? Rahman Shaari menegur tentang sempadan kekaburan dan kejernihan makna dalam puisi dengan memetik nama T. Alias Taib dan Sasterawan Negara (SN) Muhammad Haji Salleh yang tidak menyetujui sajak-sajak menyembunyikan makna. SN Muhammad Haji Salleh menyatakan bahasa puisi perlu jelas, iaitu jelas dalam hubungannya dengan bidang yang mahu diungkapkan. Sementara T. Alias Taib pernah menekankan bahawa kandungan sesebuah puisi hendaklah
Itulah yang perlu dicarikan oleh se-seorang penyajak dan ia sedang dilakukan oleh Zahid M Naser. Misalnya pada baris ini, histeria kerinduanku menjelma yang boleh ditemui dalam sajak Ingin Cepat Sampai. Atau pada rangkap pertama dalam sajak Tuan Biru Nazak. Ia mengingatkan saya kepada kerja penulisan sajak SN Muhammad Haji Salleh yang jelas berotot dan menepis curahan hingusan. Bahkan, gaya penceritaan dengan deskriptif bersahaja pada sajak-sajak dalam buku ini mengingatkan saya kepada penyair terkenal Indonesia, Goenawan Mohamad. Sungguh mengujakan kerana bukan sajak itu sahaja yang berdaya menembus perhatian penikmat genre sajak. Pembaca pasti tertarik dengan sajak Sejarah Elisa, Tanya Sama Nuh, Halau Syaitan, Menjadi Perindu, Debudebu Majapahit, Ilham Misterius Mister Frank atau mungkin lebih daripada itu. Secara peribadi, itulah seikat sajak yang memuaskan hati. Saya tidak memburu sajaksajak sempurna atau yang merdu diksinya. Sejujurnya,, sudah semakin jarang kita berhasil menemui sajak yang bersajak di media. Sebaliknya ditemui ialah katakata yang dirangkapkan tetapi gagal sebagai sebuah karya seni yang mendalam. Andai diperoleh sebuah sajak jujur dan asli dengan kata-kata diperbaharui, sudah memadai untuk genre sajak di tangan penyair generasi terkemudian. Setelah sekian banyak buku kumpulan sajak bertaburan di sana-sini, saya menemui apa yang diperlukan sebagai karya seni, sekurang-kurangnya ada pada buku Berehat Di Sisi Paus. Dalam esei ringkas ini, bukan tujuan utama saya untuk mendedahkan beberapa kelemahan yang lazimnya ketara dikesan pada kerja penulisan penulis baharu. Namun kehadiran buku kumpulan sajak dengan tajuk yang tidak mungkin kita temui sebelum dan selepas ini, ialah nada segar dan pengucapan kontemporari yang terdapat pada sebahagian sajaksajaknya. Absurditi, simbolisme yang halus dengan susunan katakata padat dan kematangan peng ucapan menyerlahkan kemantapan sesebuah karya seni. Saya mengesani sifat selektif Zahid M Naser di situ dan menutup esei ini dengan mengesyorkan bahawa buku Berehat Di Sisi Paus tidaklah mengecewakan dan berbaloi untuk dimiliki.
ED
terupaya dimengerti oleh pembaca sederhana. Jika pembaca yang sederhana tidak pernah menemukan makna sesebuah puisi, itu bukanlah kejayaan buat golongan penyair. Salah satu masalah dalam genre sajak ialah penyair gagal menyingkir bahasa klise sejak berzaman-zaman digunakan dan menggantikannya
Saat ini saat kami menjahit robek bendera ada yang turut mengutip lara menyumbat setiap inci liang luka pada kaki tiang seri negeri ini.
Bintang dan bulan tak lagi bersinar wajah bendera kami semakin pudar ingatan telah menjadi tugu dan langkah ke depan menjadi kaku. Waktu bergulir seperti roda masa akan mengubah cerita
Kami tetap percaya tanah bertuah ini menumbuhkan semula ranting yang patah dari tubuh pohon yang pernah lelah. Akar pohon tua menghulur diri menjadi benang mengikat kembali lalu kami pun mencantum perca-perca menjadi panji, berkibar di pentas usia. Iman Danial Hakim
dengan perbendaharaan yang lebih segar serta terkini. Saya lebih cenderung memilih karya seni yang bersentuhan terus dengan audiens. Kendati demikian, saya juga maklum bahawa takrifan karya seni tidak statik sebagaimana yang disimpulkan oleh ketiga-tiga penyair tersohor negara itu. Kadangkadang karya seni tetap perlu mengurung makna dalamannya yang hanya dimengerti oleh penyair tersebut kerana bersangkutan dengan batin dan pengalaman peribadi terahsia. Begitulah yang dialami sewaktu berhadapan dengan buku kumpulan sajak Berehat Di Sisi Paus, Zahid M. Naser terbitan Obscura. Tujuh puluh dua sajak dalam buku ini menceritakan tentang Tuan Biru, Hasan, Faridah Hanum sehinggalah kita berhenti sejenak pada sebuah sajak yang mengkaget hati iaitu Barah. Di situlah, saya terpaku apabila membaca perenggan di bawah: rangkaku membalut badan tetekku menjadi hitam mungkin itu adalah akibat kejahatan mudaku Tajuk buku kumpulan sajak yang komikal sebegitu tidak akan ditemui pada mana-mana buku-buku sastera yang bernada serius. Tajuk sebegitu kedengarannya seperti buku kanak-kanak bergambar. Terlepas daripada persoalan demikian betapa buku ini ingin berbeza daripada bukubuku kumpulan sajak yang mem-
pertaruhkan tema percintaan. Suatu strategi industri perbukuan yang lebih populis di mata pasaran. Saya tidak menemui sajak-sajak lelaki dikhianati kekasih atau kekasih melemparkan kata-kata sendunya pada tengah malam di bawah sinaran bintangbintang dan genangan air mata. Sajak-sajak dalam buku ini berdiri dengan jiwa keras namun terkawal sebelum menyentak ke dalam jiwa sebagai pengimbang letusan semangat penyair yang baharu saya dengar namanya. Ia sebuah buku yang membentangkan naratif personal justeru mengangkut isi batin penyairnya sendiri. Sajak Barah bagai tulang penyokong yang menyatukan perjalanan jauh Paus Biru di samudera kehidupan. Sama ada di Mesir atau di Malaysia, karya seni yang bagus tiada batasan geografi. Paus yang dipanggil Tuan Biru dan gajah yang bernama Mister Frank membuatkan kita bertanya, adakah ia kiasan spiritual tertentu yang membawa maksud besar dalam kronologi sejarah kemanusiaan? Kata-kata yang membentuk sajak tersebut tidak puitis dan jauh daripada hasrat untuk dilihat artistik. Sebaris ayat sajak yang kuat bakal dikenang oleh penikmatnya. Siapakah boleh melupakan pada kata-kata “keberanian intelektual itu, lebih payah daripada keberanian jasmaniah” yang ditulis oleh SN Muhmmad Haji Salleh.
Pertanian SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Bantuan mangsa Hawar Daun Bakteria
Tak timbul isu berat sebelah OLEH ERMIZI MUHAMAD
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Tiada isu berat sebelah terhadap penyaluran bantuan kepada pesawah yang terkesan ekoran serangan wabak Hawar Daun Bakteria (BLB). Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib berkata, kenyataan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos kononnya bantuan tidak diagihkan secara adil hanya fitnah. “Memang dakwaan (Jamal) tidak betul dan bersifat tohmahan. Untuk makluman, edaran dibuat berdasarkan bancian dijalankan Jabatan Pertanian Negeri berkenaan kadar kerosakan hasil tani. “Bantuan pula disalurkan kepada pengusaha bukannya pemilik sekitar 15,000 (hasil semakan awal),” katanya ringkas kepada SelangorKini, pada 19 April lalu.
Memetik laporan Sinar Harian, Jamal mendedahkan wujud agihan bantuan bersifat politik dan tidak disalurkan kepada pesawah di kawasan terbabit. Bagaimanapun, Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan bantuan RM8.5 juta sebagai inisiatif berkebajikan pengusaha walaupun keperluan itu sebenarnya di bawah bidang kuasa pentadbiran Putrajaya. Serangan BLB menyebabkan hasil sawah padi seluas 3,700 hektar di Sabak Bernam musnah de ngan kerugian hampir RM5 juta, sejak awal Januari lalu. Serangan itu dikatakan paling teruk berlaku pada musim kedua tahun ini selepas serangan terakhir, pada 2013. Setakat ini, tiada kawalan ampuh mampu menghalang serangan BLB yang boleh dibawa manusia, peralatan dan angin.
Ketua blok tingkat produk tani
ED
KUALA SELANGOR - Seramai 169 petani di kawasan pengairan daerah Kuala Selangor dipilih sebagai ketua blok pertanian sawah padi bagi mengusahakan produk pertanian kawasan diwakili mereka. Lantikan membabitkan kawasan pengairan di Sawah Sempadan (39), Sungai Burong (61), Sekinchan dan Sungai Leman (69). Sementara 25 individu lagi bertanggungjawab sebagai ketua kampung pecahan pengairan membabitkankan tujuh di Sawah Sempadan serta masing-masing sembilan di Pengairan Sungai Burong, Sekinchan dan Sungai Leman. Majlis penyerahan watikah disampaikan Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani, Zaidy Abdul Talib di Hotel Apps, di sini, pada 21 April lalu. Zaidy berkata, lantikan itu diharap dapat memberi sumbang saran kepada mereka dalam usaha merancakkan lagi aktiviti pertanian di daerah berkenaan. “Lantikan ini penting dise-rtakan dengan tanggungjawab untuk memastikan golongan petani memberi khidmat bakti terbaik kepada masyarakat.
Abu Samah Ismail
Ng Ah Kim
“Tanggungjawab ini juga memerlukan anda menjadi medium terpenting kepada Kerajaan Negeri untuk mendapat sebarang maklumat berkaitan isu pertanian padi di peringkat akar umbi. “Anggaplah amanah ini sebagai landasan untuk melebar cakupan perkhidmatan terbaik yang perlu diperluaskan demi kebajikan golongan tani seluruh negeri,” katanya. Sementara itu, menzahirkan penghargaan, Abu Samah Ismail yang juga Pengerusi JKKK Kampung Parit 3 Sungai Burong berkata, tanggungjawab itu akan digalas secara konsisten bagi menambah baik mutu penghasilan padi negeri. “Ini bukan pertama kali peluang sama diberikan. Amanah ini
akan dilaksanakan sehabis baik demi manfaat umum khususnya golongan tani di sini,” katanya. Bagi Ng Ah Kim yang mewakili JKKK Kampung S3B Sekinchan, beliau percaya komitmen diberikan akan dijayakan secara efektif berpandukan sokongan berterusan di peringkat negeri. “Saya mengucapkan terima kasih apabila diberi kepercayaan ini. Terima kasih juga kepada pentadbiran negeri khususnya DUN Sekinchan yang rajin turun padang bantu petani, di sini,” katanya. Untuk rekod, ketua blok di bawah pentadbiran Kerajaan PAKATAN menerima elaun bulanan RM1200 setahun, berbanding RM480 ketika zaman pentadbiran Umno-Barisan Nasional.
17
PBT
18
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Bas Smart Selangor MBSA
Catat lebih sejuta penumpang OLEH LIZAWATI MADFA
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Perkhidmatan Bas Smart Selangor di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) terus menerima sambutan memberangsangkan dengan catatan penumpang melebihi sejuta. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, laluan pertama mencatat 1.2 juta penumpang, bermula 15 Julai 2015 hingga 28 Februari lalu. Katanya, laluan kedua dan ketiga yang mula beroperasi pada 1 November 2016 masing-masing mencatat 48,745 dan 88,519 penumpang. “Melalui perkhidmatan ini, MBSA berhasrat membantu mengurangkan beban masyarakat yang memerlukan ekoran kos sara hidup semakin tinggi.
“Pada masa sama, kita juga dapat mempromosi penggunaan kenderaan awam serta mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang melepaskan gas karbon monoksida. “Ia sekali gus membantu merealisasikan matlamat Shah Alam menjadi bandar raya rendah karbon, menjelang 2030,” katanya kepada SelangorKini, baru-baru ini. Laluan pertama Bas Smart Sela ngor MBSA bermula di Stesen Komuter Shah Alam selain melalui Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pasar Seksyen 6, Universiti Selangor, Jakel dan Hospital Shah Alam. Laluan kedua pula bermula di Hentian Pusat Bandar, Seksyen 14 juga Wisma MBSA, Plaza Shah Alam, Pusat Akuatik Shah Alam, Lembaga Zakat Selangor, AEON Mall, Pasaraya Giant, Po-
liteknik Shah Alam dan Stesen Komuter Batu Tiga. Sementara itu, laluan ketiga juga bermula di Stesen Komuter Shah Alam se-
lain Pusat Komersial 18, Terminal 17, Sekolah Menengah Khas Vokasional, Pangsapuri PKNS 24 dan Persiaran Jubli Perak.
Jom Konvoi galak penyertaan belia
MPAJ perkenal kupon Smart Parking
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak melupakan program pembangunan belia selain usaha memastikan kawasan pentadbirannya diuruskan dengan sempurna untuk keselesaan masyarakat sekitar. Yang Dipertua MPSJ, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, antara program pembangunan belia dijalankan saban tahun termasuk program ‘Jom Konvoi Kembara Amal MPSJ 2017’ membabitkan perjalanan sejauh 769 kilometer, pada 27 April hingga 1 Mei ini. “Konvoi kali ini ke Pahang. Pelbagai aktiviti santai, cergas dan sihat seperti gotong-royong majlis perkahwinan dan melawat Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan yang mengajak belia bermotosikal menjelajah ke pelusuk negara juga desa bagi menerokai keindahan alam semula jadi, di samping aktiviti amal serta kemasyarakatan. “Melalui program ini juga, peserta diberi pendedahan pelbagai ilmu pengetahuan berkaitan pemuliharaan alam sekitar, keusahawanan, keselamatan jalan raya dan pemanduan berhemah,” katanya pada Majlis Serahan Tajaan Bersama Rakan Sinergi Bagi Program Jom Konvoi Kembara Amal MPSJ 2017 di Lobi
AMPANG - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) memperkenalkan sistem jualan kupon tempat letak kenderaan Smart Parking, bermula Mei ini. Yang Dipertuanya, Abd Hamid Hussain berkata, keberkesanan sistem baru itu diyakini mampu memudahkan masyarat untuk membayar kadar letak kenderaan secara teratur. Katanya, penambahbaikan sistem perkhidmatan juga dilaksanakan secara konsisten menerusi pelaksanaan Skim Aplikasi Online. “MPAJ dalam proses melantik syarikat bagi melaksanakan aplikasi pembayaran caj tempat letak kenderaan secara talian yang dikenali sebagai Smart Parking. “Aplikasi ini selari dengan gagasan Smart Selangor yang dilaksanakan pentadbiran Kerajaan Negeri,” katanya, di sini, baru-baru ini. Untuk rekod, MPAJ menyediakan kupon letak kenderaan secara manual membabitkan
ED
Utama MPSJ, di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, program itu turut mendapat kerjasama pelbagai pihak seperti polis, Jabatan Pengangkutan Jalan, Majlis Keselamatan Jalan Raya, pihak berkuasa tempatan dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan seperti Selangor Youth Community, PEMADAM dan sektor koporat. Katanya, MPSJ berharap program itu mampu membantu melahirkan belia yang dinamik, berdaya saing, berwawasan, serta bebas jenayah, di samping menjadi pengguna jalan raya berhemah. Terdahulu, Nor Hisham turut menerima tajaan daripada pelbagai pihak termasuk Modenas yang menyediakan lapan motosikal, Summit Shopping Mall, Syarikat Faizah Sdn Bhd, Shriro Sdn Bhd, Tourism Sela-ngor, Chear Motor dan F&N Beve rages.
BAYAR PARKING
Gambar hiasan
sistem pembayaran letak kenderaan di kawasan parkir pentadbirannya. “Sistem ini atau Intelligent Community (ICOMM) memudahkan orang ramai menggunakan aplikasi dalam talian bagi tujuan permohonan dan pembaharuan lesen, tempahan dewan, kompaun trafik, sewaan gerai, cukai
serta pembelian tender,” katanya. Pada masa sama, beliau berkata, MPAJ kini berusaha mengkaji kepelbagaian fasiliti bagi memberi manfaat jangka panjang kepada penduduk termasuk pembinaan Stadium MPAJ bernilai RM17 juta dan pembangunan dewan besar di Taman Melawati.
Ez-pay atasi kesesakan waktu puncak SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan kaunter bergerak ez-pay sebagai inisiatif mengurangkan kesesakan di ibu pejabatnya, pada waktu puncak, sepanjang bulan ini. Pegawai Perhubungan Awam MBPJ, Zainun Zakarian berkata, ia adalah bagi meng-
galakkan orang ramai membuat pembayaran secara efektif. “Langkah ini diharap dapat memberi kemudahan kepada orang awam untuk hadir ke kaunter bergerak yang dibuka berhampiran kediaman mereka. “Antara jadual sepanjang April ini adalah di SD 12/1 (berhampiran McDonald s dan Mo-
bil), SS24, Taman Megah, PJU 10, Damansara Damai dan Taman Datuk Harun (berhampiran kedai pakaian Kawanku dan Restoran Nasi Kandar Pokok Kelapa),” katanya dalam kenyataan, baru-baru ini. Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut, orang awam boleh menghubungi Unit Komunikasi Korporat MBPJ di talian 0379563544 sambungan 203/208 atau faks kepada nombor 0379582695.
PBT SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
19
Inisiatif 'Go Green'
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Capai matlamat bandar rendah karbon OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) giat melaksanakan inisiatif Go Green ke arah merealisasikan matlamat perbandaran rendah karbon di negeri itu. Yang Dipertua MPAJ, Abdul Hamid Abdul Hussein berkata, pelaksanaan dasar itu seiring pengukuhan agenda Smart Selangor yang menekankan konsep pembangunan hijau negeri. "Kini MPAJ, merangka aktiviti pembangunan hijau seperti memperbanyakkan lagi kebun komuniti, pemasangan lampu LED di premis MPAJ, bangunan menara, gerai seliaan kami, lampu jalan dan aset lain milik majlis. "MPAJ turut menyediakan dua petak cas kenderaan elektrik di bangunan MPAJ sebagai inisiatif serta hasrat mencapai matlamat Ampang Jaya Bandar Rendah Karbon 2017-2030 bagi menyokong usaha ke arah
itu juga," katanya dalam kenyataan. Terdahulu, MPAJ menjadi pihak berkuasa tempatan ketiga dipilih menjayakan bandar rendah karbon bersama Çarbon Trust dari United Kingdom. Abdul Hamid optimis mampu mencapai sasaran 30 peratus penurunan karbon dalam tempoh lima tahun akan datang menerusi pelaksanaan program yang mengguna pakai Sistem Penilaian dan Kerangka Bandar Rendah Karbon (LCCF). "Berdasarkan kajian dijalankan MPAJ bersama perunding The Carbon Trust pada 2016, kita yakin mampu menurunkan 30 peratus karbon melalui pelaksanaan program rendah karbon, pada tahun 2022 . "Justeru, kempen ini akan dilaksanakan untuk tempoh lima tahun membabitkan kos keseluruhan kira-kira RM15 juta seperti yang dicadangkan The Carbon Trust," katanya.
Kitar Semula panjangkan hayat tapak pelupusan
ED
SHAH ALAM - Projek Perintis Kitar Semula dilaksanakan di Seksyen 11, Petaling Jaya, dalam usaha mengurangkan kebergantungan dan memanjangkan hayat tapak pelupusan sisa pepejal sedia ada, pada 20 April lalu. Menurut laman facebook Majlis Bandaraya Petaling Jaya, projek itu dijayakan Pusat Khidmat ADUN Bukit Gasing dan Pusat Khid mat Ahli Majlis Zon 11 dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam MBPJ.
"Pagi tadi (20 April) diedarkan plastik jernih yang membolehkan penduduk mengasingkan barangan buangan kitar semula seperti plastik, kertas, logam, kadbod dan kaca. "Sementara itu setiap hari Isnin, kontraktor akan mengutip plastik jernih terbabit," katanya dalam kenyataan. MBPJ juga mengharapkan penduduk dapat bersama mengamalkan projek perintis supaya pembuangan sisi pepejal dapat dikurangkan.
HBP selesai masalah setempat SHAH ALAM - Program Hari Bertemu Pelanggan (HBP) anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memberi peluang kepada orang ramai dan pihak berkepentingan menyalurkan aduan, komen serta saranan. Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata, HBP landasan terbaik untuk orang ramai khususnya warga Shah Alam bertemu pengurusan atasan MBSA. “Program ini dilaksanakan bagi mendekati warga Shah Alam secara terus dengan memberi peluang kepada mereka menyalurkan aduan dan permasalahan yang dialami di kawasan pentadbiran MBSA. “Orang ramai diberi peluang bertemu dan bersemuka dengan pengurusan atasan MBSA bagi membincangkan aduan dan permasalahan untuk tindakan kami,” katanya dalam kenyataan. Program itu juga adalah komitmen berterusan MBSA dalam usaha memper-
tingkatkan serta memperbaiki sistem penyampaian komuniti setempat. “Antara aduan diterima adalah penyelenggaraan jalan dan longkang, landskap serta lampu jalan. Selain itu, perkhidmatan lain yang disediakan adalah penyemakan dan pembayaran cukai taksiran, penyemakan juga pembayaran kompaun khususnya kompaun trafik seta menerima semakan aduan permohonan ubah suai premis,” katanya. HBP turut disertai jabatan dalaman MBSA antaranya Jabatan Pelesenan, Jabatan Kejuruteraan, Jabatan Bangunan, Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, Jabatan Perancangan, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Kesihatan Persekitaran. Pada masa sama, MBSA turut menjemput agensi serta jabatan kerajaan yang lain untuk turut serta dalam program berkenaan.
Pendidikan
20
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Bantuan Sekolah Negeri Selangor Fasa 1
RM�� juta tingkat fasiliti sekolah
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH ERMIZI MOHAMAD
ED
KUALA SELANGOR - Kerajaan Negeri menyalurkan bantuan RM19 juta bagi pembaikan sekolah seluruh negeri bagi tempoh 2017, kata Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi , Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi berkata, ia membabitkan keperluan infrastruktur ke arah pemerkasaan pendidikan dan manfaat pelajar. “Bantuan ini diagihkan mengikut keperluan sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini berdasarkan keperluan ditetapkan. Pada 2008, kita memperuntukkan bantuan RM16 juta untuk Sekolah Jenis Agama Rakyat, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. “Tahun ini, Kerajaan Negeri menaikkan jumlah bantuan kepada RM19 juta termasuk penambahan kategori bantuan untuk Sekolah Mubaligh dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan,” katanya pada Pada Program Ramah Mesra bersama penerima bantuan sekolah negeri Selangor fasa pertama di Auditorium INPENS, pada 18 April lalu. Fasa pertama penyerahan bantuan membabitkan 121 sekolah di 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) zon utara antaranya Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Sekinchan, Sungai Panjang, Ijok dan Sungai Burung sebanyak RM3,093,000.00. Penyampaian sumbangan membabitkan tiga fasa mengikut zon dan DUN sekolah seluruh negeri walaupun bidang pendidikan termaktub di bawah kuasa pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Bagaimanapun, Nik Nazmi berkata, keprihatinan Kerajaan Negeri memperkasakan bidang pendidikan dilaksanakan melangkaui fungsi sebenar bidang kuasa negeri. “Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menyumbang ke arah memperbaiki mutu pendidikan di Selangor melalui ruang yang ada kerana bidang ini di bawah senarai Persekutuan. Kita sebenarnya tiada kuasa menyentuh aspek kurikulum atau membina sekolah tetapi cuba menyokong pelbagai inisiatif demi keperluan rakyat,” katanya.
Semua kaum nikmati bantuan KUALA SELANGOR - Keprihatinan Kerajaan Negeri menghulurkan bantuan pendidikan melangkaui fungsi sebenar Kerajaan Persekutuan membuktikan pentadbiran PAKATAN tidak mengamalkan amalan pilih kasih. Goh Beng Poh, 56, berkata, komitmen itu menggambarkan kepedulian pentadbiran negeri untuk mengiktiraf kebajikan pendidikan kaum lain di Selangor. “Bantuan diagih secara adil kepada semua (kaum) dan tidak disalur kepada sekolah tertentu sahaja. Ini menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri bersikap adil membantu operasi pengurusan sekolah setiap tahun tanpa merujuk sentimen perbezaan itu,” ka-
tanya. Beng Poh mewakili pengurusan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Kerling, Kuala Kubu Bharu yang menerima bantuan kewangan RM50,000 daripada Kerajaan Negeri di bawah Skim Inisiatif Peduli Rakyat. Sekolah berkenaan antara 121 sekolah membabitkan 12 Dewan Undangan Negeri (DUN) zon utara yang menerima bantuan dengan jumlah peruntukan RM3,093,000.00. Menghargai usaha murni itu, M Pachiappen selaku wakil Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sungai Rambai akan menggunakan peruntukan berkenaan bagi kerja pembaikan fasiliti.
“Ini bukan pertama kali kami menerima bantuan sama di peringkat negeri. Tentunya ia bakal memberi manfaat untuk pembangunan fasiliti dan kebajikan pelajar,” katanya. Pengetua Mahaad Habibullah AlHafiz Puncak Alam, Mohammad Sabri berkata, bantuan dihulurkan akan disalur untuk tujuan pembaikan operasi sekolah. “Sumbangan ini tidak terhad kepada penggunaan semasa tetapi boleh digunakan untuk tujuan keperluan memandangkan ia sangat terhad. Sekurang-kurangnya, bantuan ini memudahkan pengurusan, perjalanan dan kebajikan 55 penuntut madrasah ini,” katanya.
Zon Selatan terima bantuan RM�.� juta KAJANG - Zon Selatan Selangor menerima suntikan RM2.7 juta menerusi Bantuan Pendidikan Fasa 1 Tahun 2017. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains dan Teknologi serta Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bantuan infra itu diagihkan berdasarkan keperluan sekolah yang memohon dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini. “Untuk Fasa 1 2017 sebanyak RM19,528,000 juta diagihkan kepada 578 sekolah di seluruh Selangor. “Memandangkan jumlah sekolah yang layak menerima bantuan agak besar, maka Jawatankuasa Tetap Pendidikan melaksanakan agihan kepada tiga zon membabitkan Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Tengah,” katanya.
Katanya, konsep agihan itu dipilih bagi memastikan bantuan sampai kepada sasaran selain memudahkan rakyat menikmati sumbangan Kerajaan Negeri. Beliau berharap bantuan diberikan itu digunakan sebaiknya serta menjadi permulaan kepada jalinan kerjasama lebih erat di antara sekolah dan Kerajaan Negeri. Zon Selatan menggabungkan sekolah di bawah DUN Kajang, Sijangkang, Telok Datok, Morib, Tanjung Sepat, Kuang, Rawang, Taman Templer, Dengkil dan Sungai Pelek. Selain itu, ia turut membabitkan DUN Batu Caves, Gombak Setia, Hulu Kelang, Bukit Antarabangsa, Lembah Jaya, Chempaka, Teratai, Dusun Tua, Semenyih, Bangi dan Balakong.
Agama SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
21
Proses binaan dan baik pulih
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
RM��� juta untuk tujuh masjid OLEH LIZAWATI MADFA
Kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya AHMAD YUNUS HAIRI Exco Hal Ehwal Agama Islam
Masjid baru penuhi keperluan penduduk Kampung Merbau Sempak
“Saya akan lihat semula, namun isu pembinaan masjid atau surau ini kebiasaannya membabitkan isu tanah. Adakala, dikatakan sudah wakaf tetapi apabila kita lalui proses selanjutnya terdapat masalah, namun Kerajaan Negeri akan semak,” katanya. Sebelum ini, media melaporkan penduduk Kampung Melayu Rasa menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji membina masjid selepas empat tahun tergendala selain mendakwa peruntukan RM3 juta sudah disediakan melalui Jabatan Agama Islam Selangor bagi tujuan itu.
SUNGAI BULOH - Kerajaan Negeri mengenal pasti sebuah tapak tanah bersesuaian bagi pembinaan masjid baru di Kampung Merbau Sempak, di sini, bagi menggantikan masjid sedia ada. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sehubungan itu perbincangan lanjut bersama Jabatan Perbendaharaan dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) berkenaan peruntukannya akan diadakan untuk dimasukkan dalam Belanjawan 2018. “Kita sudah kenal pasti satu tapak bersesuaian untuk pembi-
ED
SHAH ALAM - Sejumlah RM167 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih tujuh masjid di Selangor, kata Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Agama Islam dan Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi. Beliau berkata, sebahagian besar daripadanya kini dalam proses tender dan dijangka mula kerja, pada tahun ini. “Buat masa ini, kita tidak mulakan sebarang kerja pembinaan kerana ada proses yang perlu diikuti dan memakan sedikit masa. Bagaimanapun, kita jangkakan pada bulan ini juga (April) tender akan dimulakan untuk tindakan seterusnya,” katanya pada program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan dan Sambutan Hari Bumi di Dataran Kemerdekaan, di sini, pada 17 April lalu. Beliau turut ditanya gesaan membina Masjid Kampung Melayu Rasa, Hulu Selangor yang didakwa dijanjikan, sejak 2013. Dr Yunus berkata, beliau akan menyemak isu berkenaan dan menyelesaikannya sebaik mungkin.
LZS santuni mualaf
SHAH ALAM - Lembaga Zakat Selangor (LZS) menziarahi dua keluarga mualaf di Kampung Orang Asal Bukit Bandaraya Seksyen 8, di sini, selepas kisah mereka tular di akhbar tempatan, baru-baru ini. Berkongsi paparan di Facebook, wakil LZS meluangkan masa menziarahi keluarga Suraiman Mela yang juga asnaf miskin berdaftar di bawah institusi terbabit. “Suraiman mempunyai lima tanggungan iaitu isteri dan empat anak. Beliau menerima bantuan kewangan bulanan RM350, persekolahan dan raya. “Beliau kini bekerja dengan pendapatan RM1200,” kata LZS. Sementara itu, keluarga kedua, Dahlan Mela yang juga penerima zakat akan menerima bantuan kewangan bulanan daripada LZS dalam tempoh terdekat. Beliau kini bekerja sendiri de ngan anggaran pendapatan RM600 ke RM800 sebulan.
naan semula masjid. “Walaupun agak kecil tetapi kita merasakan ia mencukupi untuk pembinaan masjid dengan anggaran nilai hampir RM10 juta,” katanya selepas solat Jumaat serta majlis penyerahan sumbangan baik pulih masjid dan surau di Masjid Nurul Amin, Kampung Merbau Sempak, di sini, pada 21 April lalu. Dato’ Menteri Besar turut menyampaikan sumbangan kepada 19 mangsa banjir bernilai RM3,800 juga pemberian kad Peduli Sihat kepada 27 penerima. Beliau berkata, pembinaan masjid itu akan mengambil masa
sekurang-kurangnya dua tahun dan projek boleh dimulakan dalam tempoh terdekat dengan peruntukan sedia ada, manakala peruntukan tambahan akan dibuat, pada tahun hadapan. “Kita juga sedang meneliti pembangunan sekolah agama rendah serta Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) baru di kawasan ini dan sekali lagi isu tanah sedang diselesaikan bagi tujuan berkenaan. “Saya kira apabila pentadbiran Kerajaan Negeri mengambil usaha sebegini, maka kita dapat menyelesaikan banyak masalah rakyat dalam tempoh singkat,” katanya.
WAKTU SOLAT SELANGOR 28 April - 5 Mei 2017 1 - 8 Syaaban 1438H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak
Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
28 Jumaat 5:36 5:46 7:03 1:14 4:30 7:20 8:31 29 Sabtu 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:31 30 Ahad 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:31 01 Isnin 5:35 5:45 7:03 1:13 4:31 7:20 8:31 02 Selasa 5:34 5:44 7:02 1:13 4:31 7:20 8:31 03 Rabu 5:34 5:44 7:02 1:13 4:31 7:20 8:31 04 Khamis 5:34 5:44 7:02 1:13 4:32 7:20 8:32 05 Jumaat 5:33 5:43 7:02 1:13 4:32 7:20 8:32 Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 28 Jumaat 5:38 5:48 7:04 1:16 4:32 7:22 8:33 29 Sabtu 5:37 5:47 7:04 1:16 4:33 7:22 8:33 30 Ahad 5:37 5:47 7:04 1:15 4:33 7:22 8:33 01 Isnin 5:37 5:47 7:04 1:15 4:33 7:22 8:34 02 Selasa 5:36 5:46 7:03 1:15 4:33 7:22 8:34 03 Rabu 5:36 5:46 7:03 1:15 4:34 7:22 8:34 04 Khamis 5:36 5:46 7:03 1:15 4:34 7:22 8:34 05 Jumaat 5:35 5:45 7:03 1:15 4:34 7:22 8:34
Wanita & Kebajikan
22
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
Karnival Kampungku Kesayanganku (3K)
OLEH HAFIZAN TAIB
Free Market tarikan baru keperluan hidup seperti beras, sayur-sayuran, minyak masak serta pakaian. Keseluruhan nilaian barangan dipasarkan bernilai RM10,000 hasil sumbangan ahli kariah dan penyumbang tempatan dengan 100 asnaf fakir miskin diraikan menerusi pemberian tiga barangan asas makanan kepada mereka. Ahmad Yunus berkata, pihaknya menyambut baik kreativiti menarik itu dan mengharapkan Free Market akan dapat dijadikan program tambahan kepada pengisian penganjuran karnival 3K di setiap daerah. Selain itu, katanya, Kerajaan Negeri berterima kasih di atas segala perancangan usaha penganjur iaitu PAID Sepang, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang serta pelbagai agensi dalam menjayakan program berkenaan.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SEPANG - Karnival Kampungku Kesayanganku (3K) Sepang mencipta kelainan dengan penganjuran Free Market (Pasar Percuma) yang menyasarkan pengedaran barang makanan asas. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, penganjuran itu adalah usaha yang baik dan memberi nilai tambah kepada pengisian program berkenaan. “Saya lihat Free Market sebagai alternatif menjadikan masjid sebagai pusat sehenti untuk aktiviti kemasyarakatan dan menepati hasrat juga objektif penganjuran program 3K yang antara lain menekankan pusat ibadah itu sebagai wahana program kebajikan serta kemasyarakatan,” katanya. Program 3K daerah Sepang diadakan di Masjid Meranti, Kampung Pulau Meranti, di sini, pada 14 dan 15 April lalu termasuk program Free Market yang menyasarkan barangan makanan asas
Tingkat RUU wanita di Parlimen
ED
PETALING JAYA - Tindakan pembaharuan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017 seharusnya dilaksanakan lebih awal. Ahli Dewan Negeri Damansara Utama, Yeo Bee Yin berkata, pembaharuan itu amat baik dan perlu disokong semua pihak, namun ia agak terlewat selepas pelbagai kes keganasan rumah tangga yang dilihat semakin meningkat.
“Dapat dilihat, isu berkaitan wanita sering kali lambat diambil tindakan. Ini berlaku kerana kita kurang perwakilan untuk menegakkan hak wanita. “Bagaimanapun, pembaharuan ini kita tetap sokong dan berharap akan ada lebih banyak RUU berkaitan wanita dikemukakan serta ramai perwakilan wanita yang akan bersuara di Parlimen,” katanya kepada Selangor Kini, di sini, pada 21 April lalu.
NOTIS
PEMBERITAHUAN FAKTA PERSETUJUAN PIHAK BERKUASA NEGERI KEPADA DRAF RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035
Menurut subseksyen 10(7) Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) adalah diberitahu bahawa Pihak Berkuasa Negeri Selangor telah memberi persetujuannya pada 16 November 2016 kepada; RANCANGAN STRUKTUR NEGERI SELANGOR 2035 NO. WARTA: 301, Jil. 70, No. 3
Draf Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 itu sekarang dikenali sebagai Rancangan Struktur Negeri Selangor 2035 dan boleh diperiksa di tempat dan masa seperti berikut; Tempat JBPD Selangor, Tingkat 16, Bangunan Darul Ehsan, No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14, 40646, Shah Alam, Selangor.
Masa Waktu Pejabat 9.00 a.m - 4.00 p.m
Pengarah Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri Selangor merangkap; Setiausaha Jawatankuasa Perancang Negeri Selangor
Difahamkan, mangsa keganasan rumah tangga kini boleh mendapat Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) pada hujung minggu atau di luar waktu pejabat daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Ia antara lima pembaharuan yang akan dimasukkan dalam RUU Keganasan Rumah Tangga (Pindaan) 2017. Pada masa sama, Bee Yin turut memberikan pandangan serupa terhadap perlindungan kanak-kanak khususnya anak perempuan yang perlu diberi keutamaan dalam pendidikan bukan diberi pendedahan terhadap perkahwinan, seawal usia 16 tahun. “Seharusnya anak perempuan seusia itu diberi keutamaan dalam pendidi-
kan sebagai inisiatif awal pembangunan modal insan yang akan memberi faedah jangka masa panjang. “Sebab kita dapat lihat jika wanita itu tidak mempunyai pendidikan, mereka mudah didera dan dipandang rendah oleh kaum lelaki kerana kurangnya jati diri. “Selain itu, perkahwinan di awal usia juga mengundang kepada kes penceraian. Apabila mereka bercerai diusia yang muda dan tidak mempunyai pendidikan, maka kebergantungan mereka juga terhad. “Sebab itu, perlunya kita utamakan pendidikan kepada anak perempuan khususnya supaya mereka mampu berdikari untuk masa hadapan,” katanya.
Mangsa banjir Ijok dapat bantuan segera SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan segera kepada mangsa banjir bagi meringankan beban mereka. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, bantuan segera itu diberikan dalam bentuan keperluan asas ketika lawatan ke Dewan Kampung Harmoni, Ijok, pada 19 April lalu. “Bantuan asas ini untuk permulaan. Sumbangan kewangan akan diberikan kepada mangsa selepas siap proses dokumentasi. “Manakala, keperluan asas ini adalah bantuan segera kepada mangsa dalam bentuk beras, gula, kopi, biskut dan barangan lain,” katanya dalam kenyataan.
Beliau turut dibawa melihat kerja pembinaan benteng pasir di lokasi yang menjadi punca berlakunya banjir akibat limpahan air. Terdahulu, 16 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan selepas banjir kilat melanda kawasan Simpang Tiga, Ijok, pada 19 April lalu.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 28 April - 5 Mei 2017
CUKAI TANAH HANYA DIBAYAR SETAHUN SEKALI
23
Kos kontrak RM17 juta
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Stadium Pandan Perdana beroperasi Ogos ini OLEH ERMIZI MUHAMAD
SHAH ALAM - Pembangunan semula Stadium Pandan Perdana Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) yang dilaksanakan sejak 2015 dijangka dibuka kepada awam, pada Ogos ini. Yang Dipertua MPAJ, Abd Hamid Abdul Hussain berkata, kos kontrak menelan belanja RM17 juta itu di bawah pelan pembangunan fasiliti sedia ada di kawasan pentadbirannya. “Pembinaannya yang bermula November 2015 itu dijangka siap, pada Julai ini. “Saya jangkakan stadium ini akan boleh beroperasi bermula, pada Ogos nanti,” katanya dalam kenyataan, di sini, barubaru ini. Beliau berkata, pembangunan stadium itu akan melengkapkan fasiliti sukan penduduk
sekitar perbandaran MPAJ. Pembinaan stadium di tapak seluas 2.37 hektar itu terletak kira-kira 400 meter dari Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Sebelum ini, sebahagian daripada tapak asal stadium mini itu mempunyai dua struktur bangunan lapang sasar latihan golf Pandan Perdana dan medan selera. Tapak itu juga diwartakan Kerajaan Negeri sebagai kawasan lapang dan sesuai untuk pembinaan stadium serta digunakan sebagai padang bola sepak.
UNISEL sokong usaha lahir atlet cemerlang
ED
BUKIT JALIL - Universiti Selangor (UNISEL) akan memberi kerjasama penuh kepada Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menjayakan program One State One University One Centre ke arah melahirkan atlet cemerlang demi kemajuan sukan negara. Naib Canselor UNISEL, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program itu senada slogan universiti terbabit iaitu ‘Pendidikan Tinggi Untuk Semua’ dan tiada pihak atau kumpulan tersisih daripada mendapat pendidikan tinggi. “Ia merangkumi ahli sukan yang juga perlu mendapat pendidikan tinggi dan sudah tentu pendekatan diambil UNISEL dapat mewujudkan kerjasama lebih erat dengan MSN. “UNISEL berbesar hati menyokong dan ingin bersama membantu negara dalam melahirkan atlet sukan cemerlang termasuk dalam akademik,” katanya ketika Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman antara MSN bersama UNISEL dan MSN Selangor, di sini, pada 18 April lalu. Turut hadir, Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail dan Pengarah Eksekutif MSN Selangor, Mohd Zubir Idrus. Dr Mohammad Redzuan berkata, UNISEL mempunyai kemudahan sedia ada bagi tujuan berkenaan antaranya tasik se-
luas kira-kira 230 ekar yang perlu diberi perhatian untuk dibangunkan bagi melahirkan atlet sukan kayak bertaraf kebangsaan juga antarabangsa. Katanya, UNISEL turut mendapat so-
kongan penuh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Dato ‘ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan menyalurkan bantuan kewangan diperlukan. “Saya ingin melihat UNISEL melahirkan
ahli sukan kayak bukan setakat bertaraf kebangsaan tetapi berstatus Olimpik. Saya yakin dengan kemudahan sedia ada (jika dibangunkan), kita mampu melakukannya,” katanya.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985