Selangor Kini PERCUMA 24 - 31 Januari 2014, 22 - 29 Rabiulawal 1435
SMS palsu bertujuan burukkan imej Pakatan
Lebih 200 ribu warga emas sertai SMUE
muka 12
Kerajaan Negeri ambil alih Bandar Alam Mutiara
muka 6
muka 5
TURUN PADANG... Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bersalaman dan beramah mesra dengan peserta yang hadir di Majlis Dialog bersama Peneroka Revolusi Hijau Bukit Cherakah Peringkat II, Bandar Alam Mutiara, Ijok, di Stadium Tertutup Kuala Selangor. BERITA LANJUT MUKA 5
Memperkasa ummah melalui pendidikan
Sekolah KAFA Menengah Selangor jadi perintis OLEH Naeem Raffi SHAH ALAM - Usaha Kerajaan Negeri Selangor membangunkan ummah menerusi pendidikan asas Islam yang komprehensif mendapat pujian daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Exco Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata usaha pembangunan ummah harus diperkasakan dan usaha Kerajaan Negeri memperkenalkan program Sekolah Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) Menengah merupakan usaha yang murni dan membanggakan. "Pelaksanaan Sekolah Kafa Menengah di Selangor antara
cabang bagaimana kekuatan sesebuah ummah mampu dijana. Ia sewajarnya dipuji, malah jika berkemampuan, tidak mustahil ia akan dicontohi Kerajaan Negeri lain," katanya. Tambah Malik, buat masa ini, pihaknya menyusun strategi berbeza untuk mengangkat kehidupan ummah di Pulau Pinang. Namun, sekirannya permintaan yang sama timbul di Pulau Pinang, pihaknya akan berusaha memenuhi kehendak itu. Bermula tahun ini, Kerajaan Negeri mengerakkan pembelajaran Kafa bagi pela-
jar-pelajar peringkat sekolah menengah di sembilan buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sedia ada. Menurut Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali (gambar), berkata, 9 sekolah terpilih ini merupakan projek perintis kepada rancangan program Kafa yang meluas. "Murid di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) ketika ini hanya mendapat pendidikan Islam sekitar dua jam 40 minit bagi tingkatan 4 dan 5, manakala
empat jam bagi tingkatan satu hingga tiga, dalam seminggu," katanya. Menurut Halimah, permintaan daripada ibu bapa untuk mendapatkan pendidikan Kafa peringkat menengah bagi anak-anak mereka adalah amat tinggi. “Kami juga memutuskan sekolah ini akan beroperasi di sekolah sedia ada, iaitu sebagai permulaan di SRA di Bukit Sentosa, Bandar Tasik Puteri, Sungai Buloh, Kampung Jalan Kebun, Bandar Bukit Puchong, Jalan Klang Lama, Telok Panglima Garang, Jalan Pandan Indah dan Kampung Sungai Udang," katanya. Bagi mendapatkan kete-
Permintaan daripada ibu bapa untuk mendapatkan pendidikan Kafa peringkat menengah bagi anak-anak mereka adalah amat tinggi rangan lanjut, orang ramai boleh hubungi Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di talian 03-55143400/ 0355143411 atau Ustazah Jamaliah di talian 019-3045157 atau Ustaz Jaafar 019-6964570.
Utama 2
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
pendapat orang awam
KAFA Menengah mudahkan ibu bapa
Yuran serendah RM48 setahun, buku percuma
Saya rasa amat bangga dengan usaha Kerajaan Negeri. Rasa legalah bila ada usaha macam ini, sebab saya memang risaukan masa depan anak saya sekiranya kemudahan seperti itu tidak disediakan
WAKTU PERSEKOLAH KAFA MENENGAH Setiap hari ISNIN, SELASA dan KHAMIS setiap minggu sepanjang tahun
Mohd Adizul bin Adnan, 30, pembantu teknikal
Sesi pembelajaran selama 2 jam 45 minit
SRA Sungai Udang, antara sekolah yang menjadi perintis Sekolah Menengah Kafa di Selangor Oleh Naeem Raffi Sebagai rakyat Selangor, saya bersyukur atas usaha Kerajaan Negeri mewujudkan KAFA Menengah. Ini, merupakan salah satu cara mendidik anak-anak remaja berjiwa al-Quran. Keluar sebagai manusia, pemimpin dan individu beriman dan berakhlak mulia. Mengerjakan yang makruf, menjauhi yang mungkar Salwa bt Samsuri, 26, guru
SHAH ALAM - Ibu bapa digesa mengambil peluang untuk mendaftarkan anak-anak yang tidak berpeluang mengikuti pengajian agama peringkat menengah ke projek perintis Sekolah KAFA Menengah. Guru Besar Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Udang, Fatimah Saleh berkata mata pelajaran Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang dirumus bukan sahaja menguja
perkembangan jati diri, bahkan ditawarkan pada yuran serendah RM48 setahun dengan buku pengajian percuma. “Mungkin ramai di kalangan ibu bapa belum mengetahui perkara ini dan saya berharap peluang ini diraih agar usaha memperkasa aqidah dan ilmu agama dikalangan anak muda itu tercapai,” jelasnya ketika dihubungi Selangor Kini. Menurutnya lagi, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
turut prihatin dengan tanggungan ibu bapa, dan tidak menetapkan seragam khas. Muridmurid hanya perlu memakai seragam sekolah menengah masing-masing. “Biarpun baru tiga minggu sesi persekolahan bermula, sambutan yang diterima dengan kehadiran 30 murid ini, membanggakan. “Diharap, jumlahnya semakin bertambah untuk kita merancakkan lagi pendidikan Islam di Selangor,” katanya.
Sesi pagi atau petang (bergantung kepada sesi persekolahan Sekolah Menengah Kebangsaan)
SYARAT KEMASUKKAN KE KAFA MENENGAH
Lulus Sekolah Rendah Agama / KAFA Lulus PAFA (Amali) Lulus UPSR
SUBJEK YANG DITAWARKAN
Usuluddin Syariah Tafsir Al-Quran Tafsir Hadith Pendidikan Akhlak Pidato / Munazarah
Saat ekonomi negara kritikal
Kerajaan Negeri mampu biaya program pro-rakyat SHAH ALAM - Selangor mampu meneruskan pelbagai program membantu rakyat seperti skim Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan menampung perbelanjaan penting lain jika Kerajaan Pusat berhadapan masalah kewangan yang semakin kritikal. Keupayaan itu berikutan amalan pengurusan kewangan cemerlang dengan mengawal pembaziran, ketelusan dan menghindar amalan budaya rasuah secara total yang diamalkan kerajaan negeri diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata amalam itu adalah faktor utama yang membolehkan Kerajaan Negeri mengumpul rizab hampir RM3 bilion. “Ini salah satu sebab mengapa kita kena pertahankan Kerajaan Pakatan . Pengurusan kewangan yang baik mampu menampung kekurangan jika keadaan kewangan parah di Pusat nanti. “Kerajaan Negeri ada kemampuan untuk teruskan pelbagai skim sedia ada bagi membantu rakyat ketika Kerajaan Pusat tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakannya, kerana tidak
punyai kedudukan kewangan dan harta yang kukuh,” katanya ketika ditemu bual Selangor Kini, di Ibu Pejabat PKR, baru-baru ini. Katanya, rakyat negara ini termasuk di Selangor bakal terkesan dengan dasar baru yang terpaksa dilaksanakan Kerajaan Pusat bagi mengatasi masalah kewangan peringkat Persekutuan yang semakin meruncing. “Kuasa menetapkan kadar faedah, petrol, barangan keperluan, gaji dan banyak dasar lain semuanya ditetapkan Kerajaan Pusat.
“Kerajaan Negeri lebih berkuasa seperti soal tanah dan jika masalah seperti itu berlaku, kedudukan kewangan Pusat yang lemah menyebabkan kadar faedah naik serta gaji kakitangan awam turun,” katanya. Sementara itu, kakitangan awam yang berada di bawah skim Kerajaan Negeri dan gaji mereka dibayar seperti peringkat sokongan dijangka terselamat daripada pemotongan gaji dan skim pemberhentian pekerja yang bakal dilaksanakan Kerajaan Pusat bagi mengurangkan perbelanjaan.
Sebelum ini, Rafizi berkata, kerajaan BN dijangka mengambil langkah mengurangkan jumlah kakitangan awam dan memotong gaji jika gagal mengawal hutang negara terus mencecah paras 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Katanya, langkah itu diambil sebagai memenuhi syarat yang akan dikenakan Bank Dunia, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa jika kerajaan terpaksa mengambil pinjaman kewangan daripada salah satu bank terbabit bagi menjana semula dana kerajaan.
Tempatan Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
3
Tubuh jawatankuasa khas
Tingkatkan perkhidmatan penjawat awam SHAH ALAM - Kerajaan Negeri dalam perancangan rapi menubuhkan jawatankuasa bertindak khas bagi meningkatkan mutu pentadbiran dan perkhidmatan penjawat awam di Selangor. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata jawatankuasa khusus itu ditubuhkan bagi menyemak aspek berkenaan sistem, proses dan prosedur yang diamalkan Kerajaan Negeri. Katanya, jawatankuasa berkenaan akan dianggotai golongan profesional dan berkelayakan bagi mengkaji struktur kos perolehan, pembekalan serta perkhidmatan. “Bagi pembangunan modal insan pula, Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan pentadbiran," katanya di hadapan 200 kakitangan awam yang hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan yang diadakan di
Bagi pembangunan modal insan pula, Kerajaan Negeri bercadang menubuhkan jawatankuasa penambahbaikan pentadbiran ABDUL KHALID Menteri Besar
Abdul Khalid, bersalaman dengan penjawat awam di Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK. Abdul Khalid turut mengumumkan Kerajaan Negeri pada tahun ini merangka le-
bih peluang bagi merancakkan industri perkhidmatan di Selangor. “Antaranya, kita mengadakan perbincangan dengan
Sasar bantu 10,000 pelajar kurang mampu Oleh AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Yayasan Selangor mensasarkan penambahan pelajar kepada 5,500 orang sebelum Jun 2014 ini selepas berjaya menaja pendidikan 5,000 orang pelajar, setakat ini. Pengurus Kanan Pendidikannya, Zahura Zakry, berkata Yayasan Selangor komited untuk membantu pelajar kurang berkemampuan supaya mereka dapat meningkatkan kecemerlangan dalam bidang pendidikan. Jelasnya, pendidikan sahsiah dengan suasana pembelajaran kondusif menjadi pilihan ramai ibu bapa masa kini untuk
membuat keputusan sekolah terbaik untuk anak mereka. “Ibu bapa sekolah kini lebih bijak, mereka mengkaji setiap sekolah yang lebih sesuai supaya anak mereka mendapat suasana pembelajar yang lebih kondusif. Maka tiada isu luar bandar dan bandar,” katanya kepada Selangor Kini. Katanya, tiada isu diskriminasi sama ada sekolah tersebut berada dalam kelompok bandar mahupun luar bandar sebaliknya bantuan perlu diberikan kepada mereka yang layak. “Memang itu yang berlaku, tetapi pada saya perlu sama ratakan. Pelajar miskin bandar juga kita bantu. Dunia semakin berubah, tiada isu yang menga-
takan pelajar luar bandar tertinggal. Banyak sekolah sudah naik taraf," kata Zahura. Sementara itu, Yayasan Selangor juga turut memberikan sumbangan biasiswa kepada pelajar Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), sekaligus dapat membantu sekolah tersebut menganjur program bimbingan bagi memantapkan lagi pencapaian pelajar. Pengurus Hal Ehwal Pelajar Yayasan Selangor, Rosmaria Hani Maarof, berkata kemasukan pelajar dari pelbagai jenis sekolah melihatkan adunan budaya dan sahsiah pelajar yang datang dari sekolah aliran biasa dan aliran agama.
Universiti Malaya (UM) bagi menubuhkan sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya yang bukan sahaja mampu menampung pesakit tempat-
an, bahkan pesakit luar negara. “Ini akan meningkatkan industri pelancongan di Selangor, seterusnya memberi kesan positif kepada ekonomi kita,” katanya. Turut hadir dalam majlis itu, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Khusrin Munawi serta barisan Exco Kerajaan Negeri.
Pegawai Kewangan KDEB pangku jawatan Othman KLANG - Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Azlan Md Alifiah dilantik sebagai pemangku Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sehingga siasatan menyeluruh dapat dilakukan. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata pelantikan itu adalah bagi menggantikan Datuk Othman Omar yang ditukar sementara ke ibu pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), bermula 20 Januari. “Kita sudah lantik pemangku dan beliau akan menguruskan PKNS sehingga siasatan selesai,” katanya. Beliau berkata, meskipun jawatan Othman dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek digantung sementara waktu, na-
mun mereka tetap menerima gaji bulanan seperti biasa. Othman dan Noriah ditempatkan di bawah seliaan SUK, Datuk Mohammed Khusrin Munawi bagi memudahkan siasatan menyeluruh dapat dilakukan berikutan penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali daripada ahli lembaga pengarah. Perkara itu dilaksanakan selepas mengadakan perbincangan mengenai perkara ini dan menyerahkan surat kuasa kepada Khusrin bagi melaksanakan tindakan pentadbiran ke atas kedua-dua mereka. Khusrin dalam satu kenyataan turut memaklumkan surat Othman pada 16 Januari lalu yang mengatakan PKNS menarik balik pengguguran Azmin adalah tidak benar.
Tempatan 4
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Rakyat Selangor berpeluang miliki rumah sendiri SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mensasarkan pembinaan 35,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh empat tahun untuk memberi peluang kepada rakyat Selangor, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana memiliki kediaman sendiri. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri melalui anak syarikatnya, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sudah membina 10,000
unit rumah mampu milik di Kota Puteri dan Antara Gapi. Beberapa siri perbincangan turut diadakan bersama syarikat pemaju lain seperti Kwasa Land, yang juga anak syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bagi menetapkan pemaju mesti membina 40 hingga 50 peratus rumah mampu milik bagi mencapai sasaran itu. “Dasar baru ini membabitkan lebih banyak jenis rumah bagi memenuhi kehendak rakyat yang berpendapatan rendah sehingga yang berpendapatan
isi rumah RM8000 sebulan dan dibina bergantung kepada permintaan,” katanya dalam wawancara khas bersama Sinar Harian. Kerajaan Negeri turut mensasarkan pembinaan 2,000 unit rumah sewa dengan peruntukan RM150 juta untuk penduduk yang tidak memiliki kediaman atau tidak berhasrat membeli rumah di Selangor. Peruntukan RM100 juta turut digunakan bagi melaksanakan projek pertama pembangunan Rumah Selangorku yang
Gagal dapat pinjaman bank
Kerajaan Negeri bantu pembeli rumah Bukit Botak Oleh LIZAWATI MADFA SHAH ALAM - Pembeli unit rumah berkembar di Bukit Botak yang masih belum mendapat pinjaman bank dinasihatkan untuk bertenang kerana Kerajaan Negeri akan membantu mencari jalan penyelesaian. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, berkata Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membantu pembeli Bukit Botak yang sudah teraniaya lebih 20 tahun, akibat sikap pemaju dan kegagalan Kerajaan BN sebelum ini. "Walaupun tempoh surat tawaran sudah tamat tetapi PKNS masih bertolak ansur dengan memanjangkan lagi tempoh
tawaran selepas mengambil kira keistimewaan projek Bukit Botak. “Jadi, rakyat diminta untuk tidak cepat melatah kerana ini projek kerajaan negeri dan dibangunkan anak syarikat kita, maka tidak apa yang perlu dibimbangkan,” katanya pada sidang media, di Pusat Khidmat ADN Chempaka, baru-baru ini. Iskandar turut kesal apabila pihak bank di Malaysia enggan memberi kerjasama menguruskan pinjaman perumahan kepada rakyat Selangor. “Kerajaan Negeri berhasrat untuk letakkan RM10 juta dalam bank, namun jumlah pinjaman yang diperlukan hanya RM6 juta. Jadi, apabila pembeli gagal membayar, mereka tidak akan rugi kerana ada wang jaminan sementara ru-
mah itu akan jadi milik Kerajaan Negeri. “Tetapi malangnya, walaupun skim ini diakui baik Bank Negara, pihak bank masih tidak berikan kerjasama. Ini antara kekangan kita,” katanya. Projek rumah berkembar Bukit Botak diambil alih pembinaannya oleh Kerajaan Negeri pada September 2010. Bertempat di tanah seluas 66.78 hektar, ia menempatkan 1,422 unit rumah berkembar satu tingkat berharga RM99,000 seunit bagi kediaman standard. Sehingga kini, kira-kira 100 pembeli berjaya membeli rumah dengan bayaran tunai, manakala lebih 100 pula sudah mendapat pinjaman bank sementara bakinya masih lagi tidak berjaya.
mensasarkan pembinaan 2,600 unit di Sungai Sering, Hulu Kelang yang dijangka bermula tahun ini. Mengulas berkenaan halangan yang dihadapi rakyat Selangor untuk memiliki rumah sendiri, Iskandar berkata, antara isu yang berbangkit adalah isu pinjaman bank. “Masalah itu akan cuba diselesaikan Kerajaan Negeri melalui peruntukan RM50 juta setahun sebagai bantuan pinjaman kepada pembeli yang mengalami kesukaran dengan pinjaman bank.
“Kita pernah berbincang dengan bank untuk meletakkan sejumlah RM10 juta ke dalam akaun bank bagi memudahkan pinjaman dan urusan pembayaran. “Malangnya, rancangan itu tidak mendapat kerjasama daripada pihak bank walaupun Bank Negara Malaysia menyatakan persetujuan mereka sebelum ini. "Kita sememangnya mahu bantu daripada segi pinjaman perumahan, sebab itu menyediakan peruntukan untuk membantu pembeli,” katanya.
9 keluarga dapat penempatan baru
Khairuddin meninjau tapak kemalangan yang meranapkan sebuah rumah di Paya Jaras SHAH ALAM - Kerajaan Negeri bersedia memperuntukkan tanah atau menyediakan penempatan baru kepada sembilan buah keluarga di Kampung Sri Indah yang diancam bahaya dari lebuh raya berhampiran. Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman, berkata keputusan itu dimaklumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, padanya dalam pertemuan singkat di SUK, baru-baru ini. “Saya sudah sampaikan pada Menteri Besar tentang masalah sembilan keluarga tersebut, iaitu sebelum lebuh raya di situ siap dibina. “Saya bersyukur kerana Menteri Besar nyatakan per-setujuan untuk bantu memindahkan kesemua keluarga ini ke kawasan lain yang lebih selamat,” katanya kepada Selangor Kini.
Khairuddin di laman sosial Facebook memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan insiden sebuah lori membawa konkrit Mass Rapid Transit (MRT) 'terbang' ke atas salah sebuah kediaman penduduk di Paya Jaras sehingga meranapkan rumah terbabit. Berikutan itu, keluarga mangsa yang terlibat ditempatkan sementara di sebuah rumah surau sehingga penempatan baru siap dibina. Dalam kejadian 21 Januari itu, seorang maut manakala dua yang lain cedera apabila sebuah treler membawa muatan kon-krit seberat lebih 30 tan terbabas lalu merempuh dua kenderaan sebelum terhumban kira-kira 20 meter yang kemudian menghempap sebuah rumah.
Tempatan Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
5
Lebih 10 tahun terbengkalai
Kerajaan Negeri ambil alih Bandar Alam Mutiara Oleh SIRAJ ZAINI KUALA SELANGOR - Projek perumahan Revolusi Hijau peringkat II Bandar Alam Mutiara, Ijok, yang terbengkalai lebih 10 tahun akan diselesaikan selepas Kerajaan Negeri memperoleh keputusan mahkamah. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata urusan mengambil alih tanah daripada pemaju asal iaitu Mujur Zaman Development Sdn Bhd bakal diputuskan mahkamah, pada Mac ini. Justeru peneroka diminta bersabar
Kerajaan negeri akan berusaha mengembalikan hak rakyat dan saya yakin projek ini dapat diselesaikan berdasarkan pengalaman kita menyelesaikan projek terdahulu ABDUL KHALID Menteri Besar
Salah seorang peserta dialog mengambil peluang bertanyakan soalan kerana Kerajaan Negeri berpengalaman menyelesaikan beberapa projek terbengkalai seperti di Bukit Botak, Gombak dan Alam Perdana Puncak Alam. “Kerajaan Negeri akan berusaha mengembalikan hak rakyat dan saya yakin projek ini dapat diselesaikan berdasarkan pengalaman kita menyelesaikan projek terdahulu,” katanya. Beliau berkata demikian sewaktu Program Dialog bersama Peneroka Revolusi Hijau Bukit Cherakah Peringkat II, Bandar Alam Mutiara, Ijok, bertempat di Stadium Tertutup, Kuala Selangor. Turut hadir, Exco Perumahan, Iskandar Abdul Samad; Adun Ijok, Dr Idris Ahmad; Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abdul Rahman; Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), Noraini Roslan; Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor
(LPHS), Norzatun Aini Kassim dan hampir 800 peneroka kawasan itu. Projek perumahan terbengkalai seluas 717.94 hektar itu baru dalam pembinaan 40 peratus. Pembinaannya melibatkan 924 rumah teres dua tingkat, selain turut menjanjikan pampasan dan sebuah rumah kepada setiap peneroka. Projek itu dibangunkan pada 2003 dan dijadual siap pada 2005 dengan kos setinggi RM193 juta. Sementara itu, Abdul Khalid menyatakan urusan pengambilalihan tanah daripada pemaju terbabit sudah dimulakan sejak 2012, namun berdepan beberapa masalah apabila pemaju didakwa enggan menyerahkannya. Kerajaan Negeri terpaksa berdepan dengan tindakan saman berjumlah RM5 bilion yang dikemukakan pemaju terba-bit, namun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman berkenaan.
Fokus 6
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Lebih 200,000 warga emas sertai smue LAPORAN KHAS OLEH
NAEEM RAFFI
S
ejak dilancarkan pada 1 Oktober 2008 sehingga 31 Disember 2013, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) berjaya mendaftarkan sekurang-kurangnya 70 peratus warga emas yang layak di negeri ini. Justeru, SMUE berazam akan mempertingkatkan kecekapan operasinya dalam memastikan lebih ramai warga emas yang layak menikmati hasil negeri. Ketua Pegawai Operasinya, Kamsani Nasir, berkata pihaknya juga yakin angka tersebut mampu ditingkatkan lagi di masa depan. “70 peratus ini merangkumi 219,771 orang warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
PEMBAYARAN SMUE (TAHUN) Tahun 2008 2009 2010 2011 2012 2013 Jumlah
Jumlah RM867,000 RM 19,764,000 RM 21,515,500 RM 20,700,500 RM 24,725,500 RM 21,648,000 RM109,220,500
“Ia adalah pencapaian yang cukup memberangsangkan dan kami akan terus bekerja keras memastikan pendaftaran SMUE ini dipertingkatkan lagi,” jelasnya dalam satu wawancara bersama Selangor Kini. SMUE adalah salah satu dari tujuh agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) Fasa 1 yang mula diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ketika mula mentadbir Selangor pada Mac 2008. Setakat ini Kerajaan Negeri memperkenalkan lebih daripada 16 skim di bawah Program MES. Berasaskan skim khairat kematian, skim SMUE ini ditawarkan khusus untuk golongan warga emas bagi menghargai jasa dan peranan mereka tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi dan tahap sosial mereka. Ia juga ditawarkan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU) yang layak. “Kami adalah agen yang berperanan menterjemahkan hasrat Kerajaan Selangor meraikan hasil negeri untuk rakyat. Menerusi SMUE, apabila ahli meninggal dunia, penama yang berdaftar boleh menuntut sumbangan RM1,000 dari Pusat Khidmat DUN, di mana si mati didaftarkan dan bakinya RM1,500 akan disampaikan dalam satu majlis khas. “Selain meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, sumbangan RM2,500 ini juga berperanan menampung pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian atau menyelesaikan hutang si mati, dan sebagainya,” ujarnya.
Sejak dilancarkan sehingga 31 Dis 2013, Kerajaan Negeri membayar sebanyak RM 109.220 juta kepada penama yang didaftarkan. Sementara itu, agensi kerajaan di Selangor disaran memberi kerjasama dengan SMUE dalam mempertingkatkan lagi angka pendaftaran warga emas di negeri ini. Menurut Kamsani, warga emas yang berurusan di agensi-agensi kerajaan boleh dicadangkan dan dilorongkan ke Pejabat Urusan Rantaian Emas Sdn Bhd di Bangunan Darul Ehsan untuk didaftarkan ke dalam SMUE. “Selain usaha SMUE menjejaki warga emas dengan peranan Pejabat Daerah serta Pusat Khidmat Masyarakat di setiap DUN, agensi kerajaan yang lain juga boleh membantu kita,” katanya. Beliau melontarkan cadangan tersebut dengan mengambil contoh Pejabat Daerah Petaling yang menjejaki serta mendaftarkan
Selain meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, sumbangan RM2,500 ini juga berperanan menampung pembayaran kos pengurusan jenazah dan pengkebumian atau menyelesaikan hutang si mati, dan sebagainya KAMSANI NASIR
Ketua Pegawai Operasi SMUE warga emas yang layak di wilayah itu. “Pejabat Daerah Petaling sanggup buka kaunter pendaftaran di kawasan tumpuan warga emas seperti pasar malam. Usaha ini perlu dijadikan contoh kepada yang lain,” jelasnya lagi.
PENDAFTARAN SMUE MENGIKUT BANGSA SEHINGGA 31/12/2013
India 33,266
Cina 101,547
Lain-lain
1,852
Melayu 83,106
Rantaian Mesra Sdn. Bhd.
Aras G, Bangunan Darul Ehsan, No. 3 Jalan Indah, Seksyen 14, 40503 Shah Alam Tel: 0355103468, 0355103472 Fax: 0355103455 Emel:
[email protected]
Fokus Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Nikmati manfaat SMUE ketika masih hidup Sementara itu, Skim Mesra Usia Emas (SMUE) tampil dengan beberapa idea baru kepada Kerajaan Negeri untuk diperhalusi dalam memastikan warga emas yang berdaftar di bawahnya menikmati manfaat program semasa hidup dan selepas mereka meninggal dunia. “Sebelum ini, ahli-ahli hanya menerima sumbangan (khairat kematian) selepas me-
CADANGAN SMUE KEPADA KERAJAAN NEGERI Cadangan 1 Semasa Hidup RM*** (Belum Diputuskan) Selepas Kematian RM2,500 Cadangan 2 Semasa Hidup Selepas kematian
RM500 RM2,000
Cadangan 3 Semasa hidup Selepas Kematian
RM1,000 RM1,500
reka meninggal dunia melalui dua fasa iaitu RM1,000 pada fasa 1 dan bakinya RM1,500 pada fasa 2 (60 hari selepas kematian). “Berbeza dengan cadangan baru ini, warga emas berdaftar akan menikmati nilai sumbangan yang sama semasa mereka masih hidup dan selepas mereka meninggal dunia,” jelasnya. Kamsani berkata, cadangan-cadangan tersebut dilihat lebih berimbang selain membuka ruang untuk warga emas menikmati hasil negeri semasa hidup. Dengan manfaat berimbang ini, Kamsani percaya lebih ramai lagi warga emas akan tampil mendaftarkan diri mereka. “Ini adalah usaha penyusunan semula bagi memperkemas operasi. Matlamat kita tetap sama dan tidak pernah berubah iaitu menghargai peranan dan jasa warga emas “Selepas ini, kami akan bincangkan cadangan ini lebih mendalam lagi dengan Exco Kebajikan, Rodziah Ismail untuk mendapatkan cadangan yang lebih baik sebelum dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk diperhalusi,” jelasnya.
Lagi berita baik untuk warga emas! Skim Mesra Usia Emas (SMUE) akan memperkenalkan insentif tambahan khusus bagi meraikan ulang tahun kelahiran setiap ahli dibawahnya. Menerusi insentif tersebut, setiap warga emas yang berdaftar layak menerima RM500 setiap kali menyambut ulang tahun kelahiran mereka. Kamsani Nasir berkata ia merupakan satu lagi nilai tambah dari SMUE kepada warga emas yang masih hidup untuk menikmati hasil negeri. “Insentif ini masih di peringkat cadangan dan akan dilaksanakan setelah ia dipersetujui dan diluluskan dalam Majlis Mesyuarat Kerjaan Negeri (MMKN). “Setakat ini kita mempunyai beberapa bentuk penyampaian dengan kaedah yang difikirkan bersesuaian. Kita akan lihat bentuk yang mana paling efektif dan rasional untuk dilaksanakan,” jelasnya. Sebelum ini, SMUE telah memperkenalkan Program ‘Jom Shopping’ sebagai insentif tambahan dengan pemberian kupon membeli belah bernilai RM100 kepada setiap ahlinya. Sejak dilancarkan pada Julai 2011, lebih 102,836 warga emas dibawa membeli belah di pasaraya terpilih dengan perbelanjaan sejumlah RM 10.284 juta. “Di hujung usia ini, warga emas sering mengalami ‘bird nest syndrome’ dimana mereka berasa sunyi duduk sendirian diru-
mah, anak-anak pula keluar bekerja ataupun tinggal berasingan. “Dengan adanya Jom Shopping ini, ia menjadi peluang untuk mereka berjumpa sahabat lama atau bertemu kenalan baru diluar kampung mereka. “Kita nampak keceriaan mereka ketika itu selain mereka berkesempatan membeli belah barangan keperluan mereka,” jelasnya.
CADANGAN KAEDAH PEMBERIAN INSENTIF
1
2 3
Pemberian baucer Disampaikan dalam satu majlis khas yang akan diadakan disetiap DUN. Akaun bank Bagi warga emas beragama Islam insentif akan dimasukkan kedalam Tabung Haji (TH), manakala warga emas bukan beragama Islam, Bank Simpanan Nasional (BSN) Pemberian Tunai Disampaikan dalam satu majlis khas yang akan diadakan disetiap DUN.
7
Dokumen 11, Khusrin, SPRM jadi ‘orang tengah’ kemelut PKNS
T
indakan mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kemelut Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membuktikan ketelusan pentadbiran Kerajaan Negeri. Bukan setakat SPRM, bahkan Transparensi Antarabangsa Malaysia (TIM) juga diundang bagi mengadili situasi itu. Sekaligus, peranan SPRM, TIM itu menambahkan bilangan ‘orang tengah’ dalam merungkai kontroversi yang cuba dimanipulasi pihak tertentu. Sebelum ini, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menyerahkan siasatan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin - ketua di kalangan penjawat awam. Ini sekaligus menepis tohmahan kononnya, Abdul Khalid menganiaya penjawat awam taktik yang cuba dimomok pihak tertentu bagi merosak reputasi beliau, tanpa memikirkan implikasi politik terhadap Pakatan Rakyat. Inilah perbezaan ketara antara individu berjiwa besar dengan mereka yang licik mengambil kesempatan semata-mata mahu merangkul wibawa yang tiada. Di Selangor - rakyat memerlukan pemimpin jujur tanpa kenal ampun (meminjam istilah Soe
Hok Gie) dan bukan pemimpin yang pintar mencatur politik semata-mata. Dengan pendedahan dokumen berkaitan juga membuktikan betapa ketelusan pentadbiran tidak dijamah anasir politik - sesuatu yang sangat berlawanan dengan pihak yang satu lagi. Dokumen sebelas yang didedah kepada umum, sekaligus menunjukkan kronologi sebenar-benar kisah yang cuba diwayangkan bagi mengganggugugat pentadbiran kerajaan Selangor. Lengkap dengan bukti bertulis, bukan cakap-cakap tanpa asas. Bukan juga pusing-pusing cakap yang akhirnya terbidik diri sendiri. Tentunya, ketelusan begini tidak mungkin berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional. Tidak pernah, malah, bukan mudah melakukannya sekalipun berdiri atas nama pembangkang. Hanya individu yang benarbenar tegak berdiri atas dasar, berani kerana benar sahaja sanggup melakukannya. Dan kita, para rakyat tahu siapa orangnya. Ketua Pengarang
Selangor Kini SIDANG PENGARANG PENASIHAT: Faekah Husin Arfa’eza Abdul Aziz KETUA PENGARANG: Fazallah Pit PENGARANG BERITA: Hafiizh Mokhtar PEMBANTU PENGARANG: Rusidah Salim WARTAWAN: Afeeqa Afeera:
[email protected], Hafizan Taib:
[email protected], Lizawati Madfa, Norhayati Umor:
[email protected] Siraj Mohd Zaini, Naeem Raffi:
[email protected] JURUGAMBAR: Raheemie Arifin, Shuaib Ayob & Asri Sapfie GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB, Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
Album 8
Album9
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Caption
Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi, berkunjung ke Persidangan dan Expo Halal Antarabangsa Pulau Pinang bagi memberi sokongan kepada usahawan produk halal negeri Selangor
Pesta Ponggal Teluk Merbau, dimeriahkan dengan kehadiran Adun Tanjung Sepat, Haslin Hassan yang turut mengambil bahagian dalam acara lari dalam guni Program #PBUH2014 For the Love Maulid 2.0, bertujuan memperkenalkan watak Rasulullah SAW kepada masyarakat, khususnya non-Muslim. Kelihatan Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad bersama sukarelawan dan orang ramai yang terlibat dalam program kerjasama antara Pejabat DUN Seri Setia dan Crescent Collective Pengunjung pasar di Bangsar, tidak melepaskan peluang beramah mesra dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar sewaktu mengedarkan buah limau sempena Tahun Baru Cina Adun Paya Jaras, Khairuddin Othman, mengedar buah limau kepada pesakit kusta di Hospital Sungai Buloh
Adun Morib, Hasnul Baharuddin, bersama murid-murid Tadika Pasti Darul Muttaqin, sewaktu melawat ke tadika tersebut
Adun Chempaka, Iskandar Samad dan Adun Teratai, Tiew Way Keng, bergambar dengan peserta yang mengambil bahagian dalam perakan Maulidur Rasul di Masjid Nurus Saadah, Kampung Cheras Baru
Sempena Tahun Baru Cina, Adun Bangi, Shafie Ngah, bersama Unit Amal dan petugas Pusat Khidmat Masyarakat, turun padang ke Taman Seroja, Taman Jelita dan Taman Sungai Mas, Jalan Reko Kajang, mengedarkan buah limau
Tempatan 10
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Oleh Naeem Raffi SERDANG - Seramai 196 orang waris Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari daerah Petaling menerima baki bayaran khairat kematian RM1,500, yang disampaikan Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming. Pembayaran SMUE fasa ke-2 itu membabitkan DUN Seri Kembangan, Seri Serdang, Kinrara, Subang Jaya, Taman Medan, Bukit Gasing dan Seri Setia di Balai Masyarakat BS 4, Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan. “Ini adalah salah satu bukti bagaimana Kerajaan Negeri di bawah PR membela nasib rakyatnya. Hal ini memperlihatkan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) ditampilkan dengan pelbagai program, antara lainnya membantu mengurangkan beban rakyat,” katanya. Hadir sama Pegawai Bahagian Kewangan Pejabat Daerah Petaling, Azlina Aziz dan Ketua Kampung Seri Kembangan, Thong Kim Fatt. Kian Ming berkata, adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri dan wakil rakyat PR menyampaikan bantuan kepada mereka yang berhak tanpa mengira ideologi politik, agama dan kaum. Lantas, beliau menyeru kepa-
196 waris terima SMUE
Dr Ong Kian Ming bersama penerima SMUE Fasa 2, Daerah Petaling da pihak yang belum berkesempatan mendaftar dengan program MES untuk tampil segera berbuat demikian. “Usaha murni ini (MES) hanya tercapai dengan pembabitan anda (rakyat). Mungkin ramai yang kabur bagaimana mereka mahu sertai program ini, yang mana caranya dengan pergi ke Pusat Khidmat Masyarat (PKM) di DUN masing-masing kerana di sana pengawai bertugas sedia membantu,” katanya.
REAKSI PENERIMA
Tidak keterlaluan jika saya katakan ini adalah Kerajaan Negeri yang harus di contohi. Bukan saja yang hidup dibantu, tetapi yang sudah tiada masih menerima bantuan bagi meringankan beban waris. “RM1,500 ini saya akan gunakan untuk kenduri arwah dan urusan berkenaannya yang masih berbaki.”
Wan Intan Mawati Wan Ismail, 29 seri setia
AYAH saya berasal dari Pahang, tetapi bermastautin di sini lebih 25 tahun. Kerajaan Negeri benar-benar telus kerana beri bantuan tanpa mengira kaum dan politik. “Mendiang mendaftar di DUN Taman Medan, pada hari kematiannya saya ke Pejabat DUN untuk tuntut bayaran dan prosesnya sangat cepat. Ia membantu proses pengebumian ayah saya.” Sim Ming Heng, 40 taman medan
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
11
12
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
Hanya bayar SMS palsu bertujuan burukkan imej Pakatan 50 sen di Pusat Siber Rakyat
Dr Daroyah, mendengar penerangan Pengarah PPAS, Mastura Muhammad, sewaktu melawat Pusat Siber Rakyat Oleh Lizawati Madfa RAWANG - Lebih 20,000 rakyat bakal beroleh manfaat melalui pembangunan Pusat Siber Rakyat (PSR) yang didirikan di 15 lokasi di Selangor. Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Dr Daroyah Alwi berkata, Kerajaan Negeri juga berhasrat menambah lagi PSR sekurang-kurang tiga buah setahun. “Dalam pada itu, bagi mengelakkan budaya vandalisme di kalangan pelanggan PSR, bayaran sebanyak RM0.50 dikenakan bagi setiap setengah jam penggunaan di PSR. “Ini bagi memberi nilai kepada wang dikeluarkan pengguna selain bertujuan mengelakkan mereka menyalah guna perkhidmatan, contohnya untuk bermain ‘game’ dan sebagainya,” kata Dr Daroyah, sejurus selesai melawat PSR di sebuah perpustakaan awam di Rawang, baru-baru ini. Daroyah berkata, beliau se-
Kerajaan Negeri juga berhasrat menambah lagi PSR sekurangkurang tiga buah setahun Dr Daroyah Alwi Exco Kesihatan, Pembangunan Usahawan, Sains, Teknologi dan Inovasi
takat ini berpuas hati dengan pengendalian PSR oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS). “Hasil pengurusan PPAS, kita dapat lihat perpustakaan awam kini berubah wajah dengan konsep baru yang lebih ceria dan menarik. “Kita harap perubahan yang positif ini dapat menarik lebih ramai rakyat untuk jadikan perpustakaan awam sebagai rumah kedua mereka selepas ini,” katanya lagi.
AMPANG - Kerajaan Negeri mengutuk keras tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebarkan maklumat palsu kononnya terdapat program pembiayaan perumahan sehingga RM350,000 disediakan untuk rakyat Selangor. Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar, Iskandar Abdul Samad, menyifatkan penyebaran maklumat palsu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi Whatsapp itu sebagai usaha terdesak pihak terbabit untuk memburukkan imej Pakatan Rakyat (PR). “Mungkin mereka ini tidak dapat menyerang Kerajaan Negeri secara terus kerana tidak ada isu, maka mereka terpaksa lakukan dengan cara ini bagi memperlekehkan kerajaan PR. “Saya minta pihak berkenaan berhenti daripada terus bermain dengan perasaan rakyat yang kebanyakannya memang memasang impian memiliki kediaman sendiri,” kata Iskandar dalam sidang media di pejabatnya. Hadir sama dalam sidang
Mungkin mereka ini tidak dapat menyerang Kerajaan Negeri secara terus kerana tidak ada isu maka mereka terpaksa lakukan dengan cara ini bagi memperlekehkan kerajaan PR ISKANDAR SAMAD Exco Perumahan
SMS palsu untuk kelirukan rakyat Selangor media itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud. Sebaran SMS berkenaan menyatakan Kerajaan Negeri membuka peluang kepada semua rakyat Selangor memohon skim pembiayaan perumahan tanpa faedah sehingga RM350,000. Antara syarat yang dinyata-
kan ialah pemohon berusia antara 18 hingga 45 tahun, berpendapatan RM7,000 dan ke bawah, tidak memiliki sebarang unit kediaman di Selangor serta keutamaan akan diberi kepada pemohon yang sudah berkahwin. Turut disertakan dalam rantaian SMS terbabit ialah alamat serta nombor telefon Mohd Jamil Abdul Rahim yang sebenarnya bertugas sebagai pegawai khas kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.
Kira-kira 200 pekerja Hicom Diecastings Sdn Bhd (HDSB) mengadakan protes terhadap majikan mereka kerana mendakwa dinafikan hak sebagai pekerja. Mereka berkumpul di hadapan kilang HDSB, di Seksyen 27 dengan membawa sepanduk, antaranya tertulis, Kembalikan Hak Solat Jumaat, Tidak Jaga Hubungan Harmoni, Majikan Nafikan Hak Pekerja dan Artikel 45 Dilanggar
Tempatan
Top Glove tingkatkan pelaburan di Selangor Oleh AFEEQA AFEERA KLANG - Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meluangkan masa kira-kira sejam melawat syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia, Top Glove, di Meru. Abdul Khalid ketika ditemui berkata Top Glove, yang bermula operasi sejak tahun 1991, berjaya melonjakkan aktiviti pelaburan di Selangor. Selangor Kini difahamkan 25 peratus daripada pembelian sarung tangan di dunia adalah produk Top Glove. “Top Glove menjemput kita untuk melihat perkembangan industrinya dan bagaimana program peningkatan keluaran mereka setakat ini,” kata Abdul Khalid. Beliau disambut Pengerusi Top Glove, Tan Sri Lim Wee Chai, sambil diiringi Exco Pelaburan dan Perindustrian, Ean Yong Hian Wah. Top Glove mencatatkan pertumbuhan volum yang lebih kukuh secara konsisten sepanjang 2013 dengan ke-
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
13
WAKTU SOLAT Selangor 24 - 31 januari 2013 22 - 29 Rabiulawal 1435H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 24 Jumaat 25 Sabtu 26 Ahad 27 Isnin 28 Selasa 29 Rabu 30 Khamis 31 Jumaat
5:57 5:58 5:58 5:58 5:58 5:59 5:59 5:59
6:07 6:08 6:08 6:08 6:08 6:09 6:09 6:09
7:28 7:28 7:28 7:28 7:28 7:28 7:28 7:29
1:28 1:28 1:28 1:29 1:29 1:29 1:29 1:29
4:50 4:50 4:50 4:50 4:50 4:51 4:51 4:51
7:25 7:26 7:26 7:26 7:26 7:27 7:27 7:27
8:38 8:38 8:38 8:39 8:39 8:39 8:39 8:39
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
Menteri Besar diberi penerangan tentang kaedah pembuatan sarung tangan oleh Tan Sri Lim Wee Chai naikan sebanyak 18 peratus pada akhir tahun kewangan. Memiliki 26 kilang pengeluar seta-
kat ini, Top Glove berjaya menghasilkan kapasiti sebanyak 43.9 bilion sarung tangan dalam tempoh setahun.
24 Jumaat 25 Sabtu 26 Ahad 27 Isnin 28 Selasa 29 Rabu 30 Khamis 31 Jumaat
5:59 6:00 6:00 6:00 6:01 6:01 6:01 6:01
6:09 6:10 6:10 6:10 6:11 6:11 6:11 6:11
7:30 7:30 7:30 7:30 7:30 7:30 7:31 7:31
1:30 1:30 1:30 1:31 1:31 1:31 1:31 1:31
4:52 4:52 4:52 4:52 4:52 4:53 4:53 4:53
7:27 7:28 7:28 7:28 7:28 7:29 7:29 7:29
8:40 8:40 8:40 8:41 8:41 8:41 8:41 8:41
Tempatan 14
Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
LZS biaya 37,000 pelajar asnaf Oleh AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Seramai 37,646 orang pelajar asnaf fakir dan miskin mendapat pembiayaan Lembaga Zakat Selangor (LZS) supaya mereka dapat meneruskan pendidikan dan seterusnya menyumbang kepada masyarakat. Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Mohamed Izam Mohamed Yusof berkata bantuan yang telah diagihkan mencecah RM20 juta dan merangkumi pendidikan pra-sekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah di seluruh Selangor. “LZS melihat pendidikan sebagai medium penting untuk memperkasakan asnaf terutama genarasi anak-anak. “Pelbagai bantuan pendidikan disediakan antaranya termasuklah bantuan persekolahan anak-anak asnaf fakir dan miskin bagi sesi 2014,” ujarnya di sidang media khas yang diadakan di Bangunan Sultan Idris Shah, baru-baru ini. Tegasnya komitmen LZS kepada golongan asnaf turut meliputi pembiayaan ke institusi pengajian tinggi. Seramai 4,567 orang pelajar asnaf kini sedang mengikuti pengajian dalam pelbagai bidang di peringkat itu. Sidang media itu memperincikan pengagihan kutipan zakat di Selangor bagi tahun 2013. Mohamed Izam berkata kutipan zakat harta dan fitrah bagi tahun meningkat 14.6 peratus sehingga melebi-
hi sasaran kutipan, iaitu sebanyak RM517.4 juta berbanding RM451.3 juta tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM497.9 juta dikutip daripada zakat harta, manakala RM19.6 juta daripada zakat fitrah. “Jumlah pembayar zakat harta bagi tahun lalu ialah seramai 233,371 orang (meningkat 10.9 peratus) berbanding tahun sebelumnya. Daripada jumlah tersebut, seramai 41,533 orang merupakan pembayar baru di LZS,” katanya. Memanfaatkan sepenuhnya sumber LZS, Skuad Jejak Kemiskinan (SJK) telah menemui dan mendaftarkan 309 keluarga sebagai asnaf fakir dan miskin untuk menerima bantuan zakat. LZS juga dengan sukacitanya mengumumkan 250 orang penerima bantuan zakat bagi tahun 2012 telah terkeluar dari kategori asnaf, melalui program bantuan modal perniagaan yang disediakan LZS. Sementara itu, 783 keluarga yang menerima bantuan zakat bagi tahun 2012 juga telah dikeluarkan dari kategori asnaf berdasarkan kepada garis penentuan fakir dan miskin (Had Al-Kifayah) semasa. Bagi tahun 2014, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) meletakkan sasaran kutipan sebanyak RM530 juta dengan mengambil kira faktor kesedaran membayar yang semakin meningkat.
Jumlah kutipan zakat 2013 mengikut segmen:
Zakat Pendapatan Zakat Perniagaan Zakat Harta Zakat Simpanan Zakat Saham Zakat KWSP Zakat Tanaman Zakat Emas dan Perak Qada Zakat Zakat Ternakan
RM308.5 juta RM92.7 juta RM38.7 juta RM33.8 juta RM9.7 juta RM7.9 juta RM2.9 juta RM2.46 juta RM1.2 juta RM0.02 juta
Pegawai Eksekutif LZS (kiri) bersama Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Isa menunjukkan kutipan zakat 2013 yang berjaya dipungut dan diagihkan
KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENYATAAN TENDER (TENDER TERBUKA)
1.
Tender adalah dipelawa daripada perunding-perunding di Malaysia yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan,Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia bertaraf Sendirian Berhaddan Lembaga Jurutera Malaysia, berkelayakan dan berpengalaman untuk memasuki tender bagi perkhid matan berikut: Butir-butir Tender
Syarat-syarat Pendaftaran
PELANTIKAN PERUNDING BAGI CADANGAN MEREKA BENTUK DAN MENYELIA PROJEK PEMBINAAN MUKA SAUK DAN STESEN PAM AIR MENTAH SERTA KERJAKERJA LAIN YANG BERKAITAN DI KAMPONG SG. DARAH, BESTARI JAYA, KUALA SELANGOR DI BAWAH PROJEK HORAS
1. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan Lembaga Jurutera Malaysia mengikut kod bidang berikut dan tempoh pendaftaran masih sah:
NO TENDER: 2180/13
2.
i. ii. iii.
330101 (Kejuruteraan Awam); 330103 (Kejuruteraan Elektrik); dan 330104 (Kejuruteraan Mekanikal)
2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), bertaraf Sendirian Berhad dan tempoh pendaftaran masih sah; dan 3.
Harga Dokumen
RM100.00 (Tidak akan dikembalikan)
Mempunyai kakitangan yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sebagai ‚Orang Yang Berkelayakan‘ (Qualified Person) bagi kod bidang 330101 (Kej. Awam), 330103 (Kej. Elektrik) dan 330104 (Kej. Mekanikal)
Tarikh dan Masa Taklimat dan Lawatan Tapak 28 JANUARI 2014 (SELASA) Jam 10.00pagi Berkumpul di: Bilik Mesyuarat Melur, Tingkat 15, Bangunan Sultan salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam Lawatan tapak adalah diwajibkan. Petenderpetender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender.
Dokumen Tender boleh dibeli bermula pada 28 JANUARI 2014 (SELASA) pada waktu pejabat di alamat: PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR, Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
3.
Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada 10 FEBRUARI 2014 (ISNIN). Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut.
4.
Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terdapat dalam Arahan Kepada Petender. Kegagalan pihak petender untuk mematuhi syarat-syarat tersebut akan menyebabkan dokumen tender tidak akan dipertimbangkan.
5.
Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil Perunding yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil-wakil Perunding hendaklah membawa Sijil Pendaftaran Asal Kementerian Kewangan Malaysia, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Jurutera Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM),serta salinan bagi semua sijil pendaftaran tersebut semasa membeli dokumen tender.
6.
Perunding hendaklah mempunyai pengalaman tidak kurang lima (5) tahun di dalam kerja-kerja reka bentuk dan menyelia pembinaan stesen pengepam air, tangki air dan pemasangan paip bekalan air yang melibatkan kos projek tidak kurang dari RM30.0juta.
7.
Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang atas nama Bendahari Negeri Selangor.
8.
Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dan dan ditandakan “Cadangan Teknikal” dan “Cadangan Kos”dan ditulis atas kiri sampul tajuk serta nombor tender dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari 20FEBRUARI 2014 (KHAMIS), di alamat : PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40503 Shah Alam SELANGOR DARUL EHSAN
9.
Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan. Dokumen Tender yang diserahkan selepas tarikh dan masa yang ditetapkan berbangkit dari apa jua sebab tidak akan dilayan.
Tempatan Selangorkini 24 - 31 Januari 2014
15
dari muka 16
Siasatan ke atas Othman dan Norita
Menurut lampiran 3, sebagai respon kepada Othman, MMKN pada 12 November bersetuju membincangkan dua syor Othman iaitu mengekal jawatan tiga ahli iaitu Iskandar, Teresa dan Azmin atau mengantikan mereka. Hasil perbincangan MMKN ke atas syor Othman itu didedah dalam lampiran 4. Pada 4 Disember, MMKN bersetuju mengekal Iskandar dan mengantikan Teresa dengan Datuk Teng Chang Khim. Status Azmin belum diputuskan dan di-
bincangkan kemudian. Sebaliknya, Othman mengirim surat kepada Azmin (lampiran 5) mengumumkan perkhidmatan beliau sebagai Ahli Lembaga ditamatkan. Othman dalam surat bertarikh 8 Januari mendakwa penamatan khidmat Azmin itu dicapai dalam mesyuarat MMKN (rujuk lampiran 3). Dakwaan itu dituruti kenyataan Norita Mohd Sidek yang membuat persepsi kononnya Kerajaan Negeri berbohong dalam penafian mereka
Lampiran 7 mendedahkan permintaan Menteri Besar kepada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk melaksanakan siasatan ke atas Othman dan Norita. Justeru, Othman dan Norita ditempatkan di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Selangor sehingga siasatan selesai. Mengejutkan apabila Azmin melalui media menyatakan Othman mengirim
surat bertarikh 16 Januari kepada beliau, mengumumkan pembatalan surat penamatan khidmat itu. Khusrin kemudian menyatakan Kerajaan Negeri tidak pernah mengarahkan Othman untuk menarik balik surat penamatan khidmat itu. “Isu ini akan dibincang dalam MMKN pada 22 Januari 2014,” katanya.
Selangor Kini
Isu penamatan ahli perbadanan PKNS
Dokumen OSA dedah siapa dalang
BUKTI… surat daripada Pengarah Besar PKNS, Othman Omar kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendakwa khidmat beliau ditamatkan oleh Exco (Lampiran 5) berbeza dengan kandungan sebenar keputusan MMKN (Lampiran 4). OLEH HAFIZAN TAIB SHAH ALAM - Sebelas dokumen memperinci kronologi yang membawa kepada penamatan perkhidmatan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) didedah kepada umum. Penelitian ke atas dokumen yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) itu menunjukkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
tidak mengarah, merancang atau mencadangkan kepada PKNS untuk menamatkan perkhidmatan Azmin. “Ia dikeluarkan untuk membolehkan orang ramai meningkatkan kefahaman dan berhenti membuat spekulasi kerana dikhuatiri menjejaskan siasatan dalaman,” kata kenyataan media Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar, 22 Januari lalu. Siasatan diketuai Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohammed Khusrin Mu-
nawi terhadap Pengurus Besar PKNS, Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek yang dijangka selesai selepas Tahun Baru Cina. “Saya minta semua pihak supaya tidak membuat spekulasi atau menyebar khabar angin hingga siasatan dalaman selesai dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor membuat keputusan,” kata Khusrin. Pada 15 Mei 2013, Othman mengirim surat (lampiran 1)
kepada Pejabat Menteri Besar memohon pengesahan status empat Ahli Lembaga PKNS, iaitu Iskandar Abdul Samad, Azmin, Teresa Kok dan Datuk Mohd Salleh Mahmud. Pengesahan itu bagi memudahkan urusan pemanggilan Mesyuarat Ahli-Ahli Perbadanan pada 28 Mei 2013. Mengikut lampiran 2, surat-menyurat antara Othman dan Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Datin Paduka Zauyah Be Bt. T Loth Khan menunjuk-
kan Othman meragui status pelantikan Azmin yang dibuat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), dan sama ada pelantikan Ahli Perbadanan perlu terdiri daripada kalangan Exco Kerajaan Negeri. Lampiran 31 Oktober 2013 menunjukkan Abdul Khalid pada 23 Oktober membawa keraguan itu ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) untuk dipertimbang. lihat muka 15 >>
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Percetakan Turbo (M) Sdn Bhd (140879-U), no. 8, Jalan Sekinchan 26/9, Seksyen 26, Shah Alam, Selangor. Telefon: 03-51929800 Faks: 03-51929819