www.selangorkini.my Media_Selangor MediaSelangor tv.selangorkini.my
#SmartSelangor
PERCUMA 22 - 29 Julai 2016, 17 - 24 Syawal 1437H
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
YTM TENGKU AMIR SHAH SERTAI BERITA MUKA � REJIMEN ASKAR MELAYU DIRAJA
Rumah Terbuka Kerajaan Negeri meriah
4
SELANGOR
SEMAK DASAR,
PERMUDAH PINJAMAN RUMAH
Caj parkir naik ���%
9
A S E G
BANK NEGARA
ED
KDEBWM - Pastikan Selangor bersih
14&15
BERITA PENUH MUKA �
Utama
2
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Langgar proses demokrasi
Pakatan kecam cubaan rampasan kuasa di Turki sana aman, mengikut perlembagaan, proses demokrasi dan sebarang cubaan menukar kerajaan melalui kuasa tentera perlu ditolak,” kata kenyataan itu. Ekoran itu, pimpinan Kerajaan Turki menahan sejumlah 103 jeneral dan laksamana tentera selepas cubaan rampasan kuasa gagal menggulingkan Erdogan. Kesemua mereka kini dihadapkan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah reman dan penahanan. Cubaan rampasan kuasa itu menyaksikan lebih 290 terbunuh termasuk hampir 1,400 yang cedera. Dasar pembaharuan dan pembangunan era pemerintahan Erdogan menyaksikan Turki menjadi negara kesembilan ekonomi terkuat dunia dan Turki juga merupakan kuasa kedua tentera terbesar setelah Amerika Syarikat dalam NATO.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pakatan Harapan mengecam tindakan cubaan rampasan kuasa tentera di Turki terhadap kerajaan kepimpinan Recep Tayyip Erdogan. Dalam kenyataan media bersama pimpinan Pakatan Harapan berkata, tindakan cubaan rampasan kuasa melanggar proses demokrasi dan membelakangi kehendak rakyat Turki. “Kita mendoakan keselamatan rakyat Turki yang turun ke jalan raya menunjukkan sokongan terhadap demokrasi,” kata kenyataan media bersama Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden AMANAH, Mat Sabu dan Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Kenyataan media itu juga menggesa situasi terbabit berakhir segera dan suasana aman dan tenang kembali. “Cubaan mengubah kerajaan Turki perlu melalui sua-
ED
Dedah segera status kerahsiaan kewangan �MDB
Serangan di Nice kejam SHAH ALAM - Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mengutuk keras serangan trak di Nice, Perancis yang menyebabkan sekurang-kurangnya 80 terkorban. Beliau yang juga Timbalan Presiden KEADILAN berkata, tindakan pelaku kejam dan tidak berperikemanusiaan itu jelas bertentangan dengan Islam. “Walaupun tiada kumpulan mengaku bertanggungjawab, ia jelas satu lagi contoh keganasan merampas nyawa mereka tidak berdosa termasuk wanita dan bayi. “Apa juga alasannya, pem-
bunuhan beramai-ramai ini tidak boleh dibenarkan,” katanya dalam kenyataan, pada 15 Julai lalu. Pada masa sama, Mohamed Azmin berkata, penemua senjata dan bom tangan dalam insiden itu membuktikan wujudnya unsur serangan pengganas yang sering dikaitkan dengan Islam. “Prinsip kesederhanaan dan keadilan mesti ditegakkan selain kita perlu bertindak tegas dalam usaha menentang keganasan,” katanya. Terbaru, empat lelaki dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan rempuhan lori
ketika sambutan Hari Bastille hingga mengorbankan lebih 80 nyawa sudah ditahan, kata pihak berkuasa. Salah seorang daripadanya ditahan pada 15 Julai lalu, manakala tiga lagi pada pagi Sabtu (16 Julai). Isteri kepada pemandu berkenaan juga kini dalam tahanan polis, lapor AFP. Perdana Menteri, Manuel Valls, berkata penyerang mungkin ada kaitan dengan kumpulan Islam radikal, namun Menteri Dalam Negeri, Bernard Cazeneuve memberi amaran bahawa terlalu awal untuk mengaitkannya.
SHAH ALAM - Status kerahsiaan membabitkan laporan Ketua Audit Negara terhadap prestasi kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu diubah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Timbalan Presiden KEADILAN, Dato’Seri Mohamed Azmin Ali membuat gesaan itu sebagai jaminan tiada sebarang unsur penipuan berlaku di sebalik penggunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA). “Saya menggesa Perdana Menteri mengubah segera status laporan Ketua Audit Negara demi ketelusan, kebertanggungjawaban dan tatakelola baik. “Kegagalan berbuat demikian hanya mengukuhkan lagi anggapan wujudnya konspirasi peringkat tertinggi melindungi skandal 1MDB,” katanya dalam kenyataan. Mohamed Azmin berkata, unsur kerahsiaan digunakan Kerajaan sebagai alasan supaya tiada individu membocorkan laporan berkenaan skandal kewangan syarikat milik kerajaan itu. Katanya, tindakan terbabit jelas membuktikan wujudnya amalan salah guna kuasa bagi menyembunyikan penyelewengan kewangan syarikat beban
hutang itu. “Pendirian mengkelaskan maklumat itu dalam bentuk demikian adalah satu salah guna kuasa dan autoriti eksekutif secara terang-terangan yang belum pernah tergamak dilakukan mana-mana pemimpin dalam sejarah negara ini. “Kita amat kesal dengan kerajaan ini yang bukan sahaja tidak mengendahkan tuntutan rakyat, tetapi pada masa sama menggandakan ugutan untuk mendakwa mereka yang membocorkan laporan 1MDB sebagai pengkhianat. “Ini adalah satu lagi petanda jelas keangkuhan kuasa sebuah pentadbiran yang menganggap dirinya berada di atas undangundang serta tuntutan ketelusan dan kebertanggungjawaban,” katanya. Sebelum ini, Sarawak Report mendedahkan maklumat berkenaan teks penuh laporan ke atas 1MDB yang diklasifikasikan di bawah OSA. Bagaimanapun, pendedahan berkenaannya tidak boleh disiarkan di negara ini atas kekangan undang-undang di bawah pemerintahan Umno Barisan Nasional (BN).
Utama SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
3
Semak dasar mudahkan pembiayaan rumah di Puchong, pada 19 Julai lalu. Mohamed Azmin berkata, ia ekoran banyak aduan diterima berkenaan kegagalan mereka yang mendapat tawaran memiliki Rumah Selangorku untuk mendapatkan pinjaman bank. Katanya, keadaan itu akan menyumbang kepada kemerosotan industri hartanah di negara ini. “Kita sedia maklum berkenaan statistik pinjaman isi rumah yang terlalu kritikal pada ketika ini yang menuntut Bank Negara Malaysia (BNM) menetapkan satu dasar baru bagi mengetatkan pinjaman. “Kita harap BNM dapat menyemak semula kerana penggunan runcit ini tidak boleh disamakan dengan pinjaman perumahan khususnya bagi pembeli rumah pertama dengan mereka perlu diberi keutamaan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
PUCHONG - Gabenor Bank Negara digesa supaya menyemak semula Dasar Bank Negara bagi memudahkan rakyat memohon pinjaman bank untuk membeli rumah sendiri. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ketika ini rakyat mengalami kesusahan untuk mendapatkan pembiayaan memiliki kediaman terutama golongan muda. “Saya harap Gabenor Bank Negara yang baru dapat memainkan peranan dengan lebih efektif dalam merealisasikan hasrat ‘House Owning Democracy’ dalam negara kita termasuk di Selangor. “Saya mahu Dasar Bank Negara disemak semula untuk mencapai sasaran pendemokrasian pemilikan rumah,” katanya ketika melancarkan Projek Rumah Selangorku
Pertama di Malaysia
Tepati konsep Indeks Bangunan Hijau -MB OLEH HAFIZAN TAIB
ED
PUCHONG - Pertama kali di Malaysia, pembangunan Rumah Selangorku dijayakan Kerajaan Negeri di Taman Puchong Utama di sini, dibina menepati konsep Indeks Bangunan Hijau (Green Building Index). Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata 1,162 unit Rumah Selangorku bakal dibina di kawasan itu dan dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Katanya, projek pembangunan rumah mampu milik itu hasil usahasama Kerajaan Negeri dan syarikat pembangunan hartanah, Hillcrest Gardens Sdn Bhd
(Hillcrest Gardens). "Berdasarkan rekod cemerlang Hillcrest Gardens dalam pembangunan hartanah, Kerajaan Negeri bersetuju menjalin kerjasama secara perkongsian pintar itu. “Yang uniknya ia menepati ciri ditetapkan untuk mendapatkan persijilan Indeks Bangunan Hijau yang dianugerahkan buat kali pertama di Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Utama di sini, pada 19 Julai lalu. Beliau berkata, kesediaan Hillcrest Gardens melaksanakan pembangunan rumah mampu milik itu dengan konsep berke-
naan mencerminkan hasrat mereka bersesuaian dengan moto ‘keuntungan bersama tanggungjawab sosial’ (Profitability With Social Responsibility). Projek pembangunan Rumah Selangorku di kawasan itu memiliki tiga kategori iaitu B dengan keluasan 750 kaki persegi, C2 (900kps) dan D (1,000kps) berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Dijalankan berhampiran pembangunan bandar Taman Puchong Utama, ia bakal dilengkapi pelbagai kemudahan, antaranya sekolah, terminal bas, pasar raya pukal dan sebagainya.
Ambil alih tanah jika tiada pembangunan PUCHONG - Kerajaan Negeri sedia mengambil alih kembali tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan di Selangor jika tiada perancangan pembangunan di kawasan berkenaan. Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, berkata ba-nyak tanah diluluskan kepada Kerajaan Persekutuan bagi tujuan pembangunan awam se-perti pembinaan sekolah rendah dan menengah selain hospital tetapi belum dibangunkan. Katanya, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sudah membincangkan perkara terba-
bit dalam mesyuarat diadakan baru-baru ini, ekoran terdapat beberapa kawasan tanah masih belum dibangunkan dalam tempoh lama. "Terdapat kawasan tanah melebihi 10 tahun, maka keputusan kita supaya Setiausaha Kerajaan Negeri mengadakan pertemuan dengan Kementerian Pendidikan bagi mendapat maklum balas berkenaan perancangan pembangunan. “Kita sedang menunggu maklum balas daripada kementerian sama ada mempunyai perancangan dan peruntukan bagi pembangunan sekolah
ini. Kalau tidak, kita akan ambil semula tanah terbabit,” katanya pada 19 Julai lalu. Beliau berkata demikian menjawab dakwaan rungutan orang ramai di kawasan pembangunan Rumah Selangorku yang tidak mempunyai kemudahan awam. Mohamed Azmin turut menyatakan kebimbangan tanah yang diluluskan bagi pembangunan sekolah kemungkinan dijual kepada pihak swasta bagi tujuan komersial. “Ia berlawanan dengan prinsip kelulusan dan pemberian tanah ini,” katanya.
Dahului Persekutuan laksana skim sewa dan milik
PUCHONG - Kerajaan Negeri mendahului Kerajaan Persekutuan sejak dua tahun lalu melaksanakan skim sewa dan milik bagi membantu golongan berpendapatan sederhana dan rendah memiliki rumah. Menteri Besar, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, berkata dasar Kerajaan Negeri yang peduli rakyat menyaksikan program terbabit dilaksanakan dan ia dimulakan di Pangsapuri Rimba Jaya, Shah Alam, tahun lalu. "Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10 juta pada 2014 dan tambahan RM10 juta lagi pada Ogos tahun lalu. "Maka, kita sediakan RM20 juta bagi membantu mereka berpendapatan sederhana dan rendah untuk memiliki rumah melalui skim sewa dan milik ini," katanya kepada media selepas Majlis pecah Tanah Rumah Selangorku Taman Puchong Uta-
Kerajaan Negeri menyediakan peruntukan RM10 juta pada 2014 dan tambahan RM10 juta lagi pada Ogos tahun lalu MOHAMED AZMIN Menteri Besar
ma di sini, PADA 19 Julai lalu. Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyentuh cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi pelaksanaan skim berkenaan yang sudah dipelopori Kerajaan Negeri. "Ia masih cadangan dan kertas kabinet sedang disiapkan tetapi kita sudah mulakan skim ini lebih dua tahun lalu," katanya.
Utama
4
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Sambutan Aidilftri peringkat Selangor
Medan jalin ukhuwah OLEH NORHAYATI UMOR
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
HULU KELANG - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor yang berlangsung pada 9 Julai lalu disifatkan manifestasi kepada semangat litaarafu serta saling kenal mengenal seperti dianjurkan Al-Quran. Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, berkata sambutan Aidilftri dihadiri puluhan ribu pelbagai lapisan masyarakat itu adalah cerminan kesatuan ukhuwah dan mahabbah rakyat. “Justeru, marilah kita beraya dengan mensyukuri limpah kurnia Ilahi,” katanya pada majlis itu. Mohamed Azmin berkata, semua rakyat yang bernaung di bawah payung kebesaran
DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah adalah bersaudara dan mendapat perlindungan Perlembagaan Persekutuan. Beliau berkata, Selangor turut memberi tumpuan kepada banyak perkara yang mempunyai persamaan dan bukannya taksub dengan perbezaan. “Dalam konteks Malaysia, sambutan Aidilfitri adalah masa untuk semua kaum dan budaya berbeza menyertai perayaan dengan semangat muhibah dan perpaduan. Prinsip yang membimbing tadbir urus kami adalah kesederhanaan dan keadilan untuk semua serta saling menghormati dan bertoleransi,” katanya.
Masyarakat majmuk meraikan sambutan Aidilfitri dengan semangat muhibbah dan perpaduan
ED
Golongan kurang bernasib baik terima sumbangan raya HULU KELANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan kepada 256 penerima sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor, pada 9 Julai lalu. Daripada jumlah itu, 176 penerima adalah ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), warga emas serta asnaf fakir dan miskin.
semua pakai baju cantik. Tambah meriah lagi ada Jamal Abdillah. Tempat pun sesuai, tidak sesak dan disediakan shuttle van. “Hidangan pilihan saya selain buah-buahan tempatan, sudah tentu lemang dan rendang kerana ia memang sedap dan makanan wajib ketika raya,” katanya ketika ditemui SelangorKini pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di Padang MPAJ AU2, Taman Sri Keramat, 9 Julai lalu. Sepupu Florianne yang juga chef hotel di Lembah Klang, Melvin Gatu, 25 pula me-
pengunjung daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan sambutan pada Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor yang berlangsung di Padang AU2, di sini. Hadirin turut disajikan dengan persembahan bertenaga daripada Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah dan dihoskan selebriti Angah Raja Lawak dan Zalif Sidek.
Berlangsung dalam suasana meriah
Warga Sabah turut sama teruja HULU KELANG - Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri turut menarik perhatian masyarakat luar Selangor termasuk empat sekeluarga dari Ranau, Sabah yang kini menetap di Shah Alam. Kakitangan sokongan teknikal syarikat swasta, Florianne Daumin, 28, berkongsi kegembiraanya menghadiri majlis itu yang menyediakan pelbagai pilihan juadah enak selain menjadi landasan menjalinkan hubungan antara kaum. “Sangat menarik. Makanannya banyak pilihan dan sedap, orang pun ramai dan
Manakala, 80 penerima lagi terdiri daripada kaum orang Asal. Turut mengiringi baginda, YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Hadir sama, Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali, pimpinan Kerajaan Negeri dan ahli parlimen. Dianggarkan hampir 50,000
Melvin Gatu
nyifatkan majlis itu menghimpunkan pelbagai kaum bagi mengeratkan hubungan tanpa mengira latar belakang. “Bagi saya suasananya sungguh meriah. Masakannya pula saya dapati bertemakan hari raya bertepatan dengan majlis ini. “Juadah paling menarik perhatian saya adalah Laksa Penang kerana memang menggemarinya sejak masih belajar di Pulau Pinang dahulu,” katanya.
HULU KELANG - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor disambut meriah dengan dihadiri masyarakat pelbagai bangsa di Padang AU2, pada 9 Julai lalu. Berdasarkan maklumat diterima daripada Tourism Selangor, dianggarkan 50,000 pengunjung hadir memeriahkan suasana. Menariknya, majlis bermula pada jam 10 pagi dan berakhir jam 3 petang itu menyediakan 43 gerai makanan membabitkan 25 peserta program skim mikrokredit Hijrah Selangor. Pengunjung yang hadir turut berpeluang merasai keenakan sajian, antaranya sate, laksa, soto, rendang daging, lemang, ketupat palas dan ayam golek. Pada awal pagi, lebih 100 kanak-kanak berbaris menerima duit raya disampaikan Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali selain mengambil peluang bergambar bersama pemimpin
tertinggi negeri itu. Segak berbaju melayu hijau, Mohamed Azmin sebelum itu menyapa rakan media yang hadir. Sambutan kali ini penuh bermakna buat Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor apabila DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan mencemar duli menghadiri majlis rumah terbuka. Baginda diiringi YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah. Hadir sama, Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Hannah Yeoh selain Exco Negeri antaranya, Dr Daroyah Alwi, Dato’ Iskandar Samad, Nik Nazmi Nik Ahmad, Zaidy Talib dan Dato’ Teng Chang Khim. Turut memeriahkan suasana, Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ditemani Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar dan jemputan dari kedutaan antarabangsa.
Utama SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
SUKMA ke-18 Sarawak
OLEH NORHAYATI UMOR
nan dan pelaksanaan pelbagai bentuk inisiatif serta program di bawah baginda. Beliau turut yakin kontinjen Selangor dapat mengembalikan kecemerlangan yang pernah dikecapi negeri sebelum ini. “Kita juga berbesar hati dengan keberangkatan Raja Muda ke Sarawak yang berkenan memberi sokongan kepada atlet. “Dengan sokongan itu, Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor meletakkan harapan tinggi pada atlet,” katanya. Pada masa sama, Amiruddin berkata, sebanyak 24 jenis sukan akan disertai kontinjen Selangor pada Sukma nanti. Katanya, persiapan rapi sudah dilaksanakan atlet Selangor sejak 18 bulan lalu secara berfasa. “Kerajaan Negeri menyediakan alatan teknologi, imbuhan dan jurulatih profesional untuk melatih atlet ini,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Sultan berkenan serah bendera kontinjen
HULU KELANG - DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyerahkan bendera kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor kepada atlet negeri, pada 9 Julai lalu. Baginda berkenaan menyerahkan bendera itu pada Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Selangor di Padang AU2, di sini. Hadir sama, YTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah; Menteri Besar, Dato Seri Mohamed Azmin Ali; Exco Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amiruddin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor, Zubir Idrus. Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya menyampaikan penghargaan kepada Sultan Selangor atas keprihati-
5
Raja Muda terima watikah tauliah Pegawai Muda Tentera Darat
ED
SUNGAI UDANG - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima watikah pentauliahan Pegawai Muda Tentera Darat Luar Negara di Kem Terendak, Melaka pada 19 Julai lalu. Watikah pentauliahan disampaikan menerusi upacara penuh istiadat ketenteraan di Dataran Parawood dengan disaksikan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Istiadat pengurniaan watikah turut diselangi demonstrasi pertunjukkan payung terjun bebas daripada 10 Briged (PARA) dan persembahan tempur tanpa senjata (Unarmed Combat) dengan gabungan semua seni mempertahankan diri beserta demonstrasi rawatan kecederaan Tactical Combat Casualty. Selain itu pertunjukan Combat Swimming, Abseiling, Repelling, Fast Roping, Serangan Seksyen, Human Wave dan Tari-
an PARA turut dipersembahkan dalam istiadat pengurniaan. Tarian dan nyanyian Lagu 10 Briged PARA turut dipersem-
bahkan kepada umum sebagai simbolik kepada perjuangan dan bukti semangat setia pasukan ketenteraan 10 Briged
PARA. Selain baginda Raja Muda, empat lagi pegawai muda turut menerima watikah perlanti-
kan sebagai Leftenan Muda, LT Mohd Nafiq Afifi Jumaan, LT M Muhamad Akmal Azmi, LT Mohamad Haziq Mohd, LT M Mohammad Hariz Hashim. Upacara penyerahah watikah turut dihadiri Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Harun, YM PTD Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohmed Noor, PAT Jeneral Tan Sri Datuk Sri Dr Hj Zulkifli Mohd Zain. Baginda Raja Muda sebelum ini menjalani latihan ketenteraan Commissioning Course Intake 152 di RMA Sandhurst, United Kingdom pada 3 Mei 2015 hingga 15 April 2016. Selain itu, Tengku Amir mendapat pendedahan awal berkenaan awal kursus asas ketenteraan di Kolej Tentera Darat (KTD) Port Dickson selama sebulan dan Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (PULADA). Baginda Raja Muda ditauliahkan sebagai Leftenan Muda KOR RAMD dan ditempatkan di 17 RAMD (PARA) Kem Terendak, Melaka.
Titah Raja Muda, elemen disiplin diterapkan sepanjang latihan ketenteraan darat menggambarkan ketahanan diri individu untuk mengharungi cabaran sebenar sebagai pegawai tentera. “Ia sesuatu yang baru apabila sepanjang latihan, beta berpeluang membuat terjunan payung terjun pertama kali dalam hidup.
“Kalau ada peluang, memang ada keinginan untuk membuat terjunan itu sekali lagi,” titahnya penuh teruja. Kesungguhan baginda meneruskan khidmat bakti kepada nusa dan bangsa wajar dicontohi golongan belia sebagai usaha menyemarakkan lagi semangat patriotisme.
Raja Muda sahut cabaran sertai RAMD SUNGAI UDANG - Pendirian Raja Muda, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah menyertai Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) didorong atas minat dan iltizam tinggi baginda. Berbanding ayahandanya DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Kapten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), baginda lebih memilih untuk berkhidmat bersama RAMD. “Ramai bertanya, mengapa memilih menyertai
RAMD dan tidak untuk bersama pasukan laut atau udara. “Namun, kerana mahukan cabaran dan ketahanan mental serta fizikal dalam latihan ketenteraan darat, menarik minat beta menyertai RAMD,” titah Raja Muda kepada SelangorKini. Ayahandanya sebelum ini dilantik sebagai Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM), pada 27 Ogos
1998. Pelantikan Sultan Sharafuddin susulan kejayaan baginda belayar mengelilingi dunia pada 4 Febuari 1995 dan berakhir pada 6 November 1996 sejauh 27,949 batu nautika dan berlabuh di 155 pelabuhan. Pelayaran selama 644 hari itu melayakkan baginda dilantik sebagai Kepten TLDM pada 2002 selain menerima Beret Kehormat dan Lencana Pasukan Khas (PASKAL) pada 6 Oktober 2014 di Kapal Diraja KD Sri Semporna, Sabah. Sebelumnya, baginda berkelulusan Bachelor of Science in Ecology and Environmental Biology dari University Of Leeds dan mengangkat sumpah sebagai Pegawai Kadet, pada 24 September 2014.
Utama
6
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Bantu rakyat miliki kediaman
Tujuh lagi projek Rumah Selangorku diluluskan berpendapatan sederhana dan rendah mampu memiliki rumah sendiri. “Kuala Selangor ternyata menjadi pilihan ramai untuk tujuan kediaman dan perniagaan memandangkan tahap penggunaan tanah di daerah metropolitan mencapai tahap maksimum. “Pemaju hartanah dan pelabur beralih arah ke daerah ini dan membuka kawasan baharu untuk tujuan kediaman dan lot komersial selain kemudahan akses dengan Lebuhraya Latar dan Le-
buhraya Pantai Barat yang dalam pembinaan,” katanya dipetik Sinar Harian. Shamsul berkata, pihaknya menerima 24 permohonan serah balik dan beri milik semula tanah di bawah Seksyen 204 Kanun Tanah Negara untuk menukar syarat tanah pertanian kepada pembangunan bercampur pada tahun lalu. Katanya, daripada jumlah itu, 20 permohonan sudah diluluskan Kerajaan Negeri dan jumlah premium yang diperoleh RM51 juta. “Pada tahun ini sahaja, lapan
permohonan diluluskan setakat 31 Mei lalu dengan jumlah premium RM24.75 juta. “Bagi kebenaran merancang, 20 permohonan untuk pembangunan bercampur dan satu permohonan pembangunan industri diluluskan MDKS pada 2015. “Manakala setakat 31 Mei lalu, lima permohonan kebenaran merancang diluluskan untuk pembangunan bercampur dan kebanyakan permohonan di kawasan sekitar Ijok dan Puncak Alam,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA SELANGOR - Tujuh projek Rumah Selangorku diluluskan di daerah Kuala Selangor membabitkan pembinaan 2,685 unit rumah teres mampu milik, kos rendah dan kos sederhana. Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata kebenaran merancang bagi semua projek perumahan itu diluluskan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS). Beliau berkata, pelaksanaan itu seiring hasrat Kerajaan Negeri bagi memastikan golongan
Shamsul Shahril
CCTV untuk �� pangsapuri kos rendah SEROJA Kontraktor culas kutip nya dalam kenyataan. Iskandar berkata, program itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM). SEROJA mula diperkenalkan pada 2013 bertujuan membanteras kejadian pecah rumah, kecurian, rompakan, peras ugut dan vandalisme. SEROJA adalah satu lagi program Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk di perumahan berstrata. Sehubungan itu, beliau berkata Badan Pengurusan Bersama (JMB) dan Perbadanan Pengurusan (MC) digesa menyertai SEROJA dengan menghubungi Lembaga Perumahan Dan Hartanah Selangor (LPHS) atau menelefon Encik Khairol (0102433400)/Lt Kamaruzzaman (0132069522). Iskandar turut mensasarkan 70 kawasan pangsapuri kos rendah menyertai SEROJA tahun ini.
ED
SHAH ALAM - Pangsapuri kos rendah yang menyertai Skim Rondaan Kejiranan Dan Keselamatan (SEROJA) akan dipasang kamera litar tertutup (CCTV). Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Samad, berkata program itu adalah inisiatif Kerajaan Negeri untuk memastikan pangsapuri di Selangor lebih selamat didiami. Katanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10,000 bagi setiap pangsapuri yang menyertai skim itu dan RM5,000 pula akan digunakan untuk memasang CCTV. “Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV. “RM5,000 lagi akan digunakan untuk program kemasyarakatan dan kesedaran penduduk,” kata-
SIDANG PENGARANG
PENASIHAT: Lembaga Editorial CCSB KETUA PENGARANG: Cecelia Alphonsus PENGARANG : Nurul Farina Nazlan PENOLONG PENGARANG Mohd Ezli Mashut, Naeem Raffi, Afeeqa Afeera WARTAWAN: Hafizan Taib:
[email protected], Nazli Ibrahim:
[email protected], Afix Redzuan:
[email protected], Lizawati Madfa:
[email protected], Norhayati Umor:
[email protected], Syasya Sufian :
[email protected] Ermizi Muhamad :
[email protected] PENGURUS PEMASARAN & PENGIKLANAN: Budi Setyawan :
[email protected] | 013 399 2848 JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin & Shuaib Ayob GRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel:
[email protected]
sampah bakal disingkir
Penduduk juga boleh membeli peralatan rondaan keselamatan seperti belantan, jaket, wisel dan lampu suluh jika tidak mahu memasang CCTV ISKANDAR SAMAD Exco Perumahan
KLANG - Kontraktor yang culas dalam mengendalikan sampah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan diambil tindakan penamatan kontrak sertamerta. Yang Dipertuanya, Dato Mohamad Yasid Bidin, berkata MPK akan memantau kerja-kerja kontraktor secara berterusan dan aduan akan disalurkan kepada KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) untuk tindakan lanjut. Katanya, kontraktor yang dilantik juga akan diberi tempoh percubaan selama tiga bulan. Bermula 1 Julai lalu, KDEBWM mengambil alih pengurusan sampah di kawasan MPK, namun pihak kami akan memantau secara berterusan dan membantu mengendalikan pengurusan sampah jika terdapat kawasan tertinggal”, katanya kepada pemberita di Rumah Terbu-
ka Aidilfitri MPK, di sini. Yasid berkata, kekerapan kutipan sampah sekitar dua hari sekali juga akan dipertingkatkan secara kerap dalam tempoh terdekat. Katanya, ia termasuk menambah lori kompaktor baru bermula Ogos depan. “Kita memahami dan memberi masa kepada pihak KDEBWM yang baru sahaja mengambil alih pengurusan ini”, katanya. KDEBWM mula mengambil alih pengurusan sampah domestik di kawasan MPK bermula 1 Julai lalu, kecuali Taman Sentosa, Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Bukit Tinggi 2. Jika terdapat sebarang masalah, orang ramai boleh menghubungi talian 019-2742824 (Whatsapp), 019375 9592, 019-375 3980, talian bebas toll STARS di 1-800-88-2824 atau menerusi e-mel di alamat iclean@ kdebwm.com.
Pengasingan sisa pepejal di lima lokasi SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan melaksanakan program pengasingan sisa pepejal di lima lagi lokasi, bermula Ogos ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata sebanyak 1,500 unit rumah dijangka terlibat dalam program itu tahun ini. “Antara lokasi yang terlibat adalah di Seksyen 19, 24, 31 dan Seksyen U5. “Tahun lalu, sebanyak 15,076 metrik tan bahan kitar semula dikutip menerusi program ini dalam tempoh tiga bulan, ber-
mula Oktober lalu”, katanya. Menerusi program itu, setiap isi rumah dibekalkan dengan beg biodegradasi untuk mengasingkan setiap sisa sampah mengikut komposisi ditetapkan iaitu plastik, kertas, kaca dan aluminium. Shahrin berkata, Selangor masih belum menguatkuasakan tindakan saman atau kompaun terhadap pemilik premis dan kediaman yang gagal mengasingkan sisa pepejal. MBSA berharap program yang
dilaksanakan itu mampu mendidik orang ramai supaya mengamal dan membudayakan kitar semula dalam kehidupan seharian mereka, katanya. Sebelum ini, lima kawasan iaitu Seksyen 7, 32, U8, U13 dan Seksyen U16 terlibat dalam Projek Rintis Program Pengasingan Sampah dari Rumah , bermula Oktober 2015.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
7
Nasional
8
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Tuntutan kawasan di Laut China Selatan
Malaysia perlu cermat, elak hubungan diplomatik retak kamah) timbang tara antarabangsa sebagai satu cara mendapatkan keputusan berkenaan bidang pertikaian antara Malaysia dan China di Laut China Selatan perlu digunakan secara strategik dan apabila pilihan lain sudah dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan. Keputusan Mahkamah Tetap Timbang Tara pada semalam (12 Julai 2016) menetapkan beberapa penemuan penting yang berbangkit daripada kawasan dituntut Malaysia dan China di Laut China Selatan. Antara penemuan itu mendapati bahawa China tidak ada asas undang-undang menuntut hak bersejarah kepada sumber di dalam kawasan laut yang termasuk dalam ‘sembilan garis-dash’. Sementara memetik laporan BERNAMA, Geostrategis, Prof Dr Azmi Hassan berkata ASEAN perlu berbincang dengan China bagi mempercepat pencapaian Kod
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM - Malaysia perlu berhati-hati sebelum mengalualukan keputusan Mahkamah Timbang Tara Tetap (PCA) berkenaan tuntutan beberapa kawasan di Laut China Selatan antara Filipina dan China. Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming, berkata sebarang risiko antara kesemua negara itu perlu dikurangkan demi menjaga hubungan perdagangan dan diplomatik yang terjalin sejak sekian lama. “Memandangkan kepentingan China sebagai rakan perdagangan dan ekonomi, Malaysia perlu mengurangkan risiko campur tangan China dengan meneruskan rundingan dua hala dalam bidang pertikaian serta berunding untuk penubuhan Kod Teguh Tatalaku (COC) dalam Laut China Selatan antara ASEAN dan China. “Pilihan menggunakan (mah-
Tata Cara (CoC) berkenaan Laut China Selatan ketika meningkatnya ketegangan dan kebimbangan keselamatan.
Katanya, keputusan itu sewajarnya menjadi pendorong bagi ASEAN, terutama empat negara pembuat tuntutan yang mende-
sak China menerima CoC. Selain Filipina, negara penuntut ASEAN yang lain adalah Brunei, Malaysia dan Vietnam.
Dua suspek bunuh Bill Kayong �� kes difteria, lima kematian dikesan dihadap ke mahkamah
ED
SHAH ALAM - Dua lelaki ditahan berhubung pembunuhan Setiausaha KEADILAN cawangan Miri, Bill Kayong dihadapkan di Mahkamah Majistret Miri, pada 17 Julai lalu. Mohamad Fitri Pauzi, 29, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh Bill, 43, di persimpangan lampu isyarat berhampiran pasaraya EMart Jalan Miri-Bintulu, kira-kira jam 8.20 pagi, pada 21 Jun lalu. Tertuduh kedua, Lie Chang Loon, 37, didakwa bersubahat dengan Mohamad Fitri mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama. Kedua tertuduh kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan kepada mereka masing-masing dalam bahasa Malaysia dan Mandarin oleh penterjemah mahkamah. Tiada pengakuan direkodkan. Majistret Lovely Natasha Charles menetapkan 30 Ogos ini untuk sebutan semula kes. Peguam Kanan Persekutuan, Muhamad Iskandar Ahmad menjalankan pendakwaan manakala peguam Ranbhir Singh Sangha mewakili kedua-
dua tertuduh dan peguam Abun Sui pula mewakili keluarga mangsa. Sementara itu, bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Dev Kumar M M Sree, berkata empat suspek kes berkenaan yang ditahan sebelum itu akan direman selama 21 hari mengikut Seksyen 3 (1) Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA). Beliau berkata, polis masih memburu tiga lagi suspek termasuk dalang pembunuhan itu. Terdahulu, semua lapan suspek yang memakai pakaian lokap tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi diiringi kawalan ketat polis dengan senjata berat bagi mengelak kejadian tidak diingini. Dua daripada suspek itu dibebaskan tanpa syarat, empat ditahan di bawah POCA manakala seorang didakwa membunuh dan seorang lagi didakwa bersubahat serta membunuh. Lebih 20 pegawai polis termasuk Timbalan Ketua Polis Miri, Supt Stanley Johnathan Ringgit memantau keadaan keselamatan.
SHAH ALAM - Sebanyak 15 kes difteria, termasuk lima kematian direkodkan di seluruh negara sehingga 17 Julai lalu. Dalam kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdulah memaklumkan suri rumah berusia 41 tahun tidak dikecuali daripada jangkitan difteria, 16 Julai lalu menjadikan ia kes pertama berlaku dalam kalangan dewasa. "Mangsa mengalami demam 11 Julai lalu dan mengadu tonsil membengkak, serak suara dan sukar menelan. Pesakit mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Rembau pada 13 Julai. "Beliau disyaki menghidap difteria dan dirujuk ke Hospital Tuanku Jaafar, dan kemudiannya dimasukkan ke wad untuk isolasi serta rawatan,” katanya. Pada masa sama, Noor Hisham memaklumkan kes terbaru itu menjadikan jumlah kes sebanyak 15 dengan lima (5) kematian. “Pecahan kes mengikut negeri adalah Melaka tiga (3) kes dengan satu (1) kematian, Kedah tujuh (7) kes dengan satu (1) kematian, Sabah empat (4) kes dengan tiga (3) kematian dan Negeri Sembilan satu (1) kes,” katanya. Katanya, jumlah itu termasuk kes yang berlaku semalam, (17 Julai) seperti dilaporkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) iaitu kes disyaki difteria dialami kanak-kanak berumur lapan tahun. Beliau menyarankan supaya ibu bapa memastikan anak di bawah umur tujuh tahun mendapat imunisasi lima serangkai yang lengkap untuk mengelak daripada dijangkiti
bakteria Corynebacterium Diphtheriae. “Ia bagi memberi perlindungan optima dan mengelakkan anak dari mendapat jangkitan. Semoga langkah proaktif semua pihak dapat meningkatkan imuniti anak serta imuniti kelompok, seterusnya membendung kejadian difteria dari terus menjadi masalah kesihatan awam. “Apabila status kesihatan individu terbabit tidak optima, bakteria akan berkembang biak dan menyebabkan gejala. “Ia boleh disebarkan melalui titisan respiratori dan akan memberi risiko kepada orang lain, khususnya kanak-kanak yang kurang daya tahan tubuh dan mereka yang tiada antibodi kerana tidak mendapatkan imunisasi atau status imunisasi tidak lengkap,” katanya.
Nasional SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
9
Beban rakyat bertambah
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Caj parkir DBKL naik ���% OLEH AFIX REDZUAN
SHAH ALAM - Kenaikan caj kawasan parkir Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bakal menambah bebanan perbelanjaan bulanan rakyat terutama bagi mereka yang sering berurusan di Kuala Lumpur. Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, berkata perkara itu sepatutnya dielakkan dan kerajaan perlu memikirkan alternatif lain tanpa terus membebankan pemilik kenderaan dengan caj membebankan. “Kenaikan (caj) ini sudah tentu menjadi bebanan kepada warga Kuala Lumpur,” katanya kepada SelangorKini. Kenaikan caj parkir bermula 18 Julai lalu menyaksikan peningkatan hampir 150 peratus, antaranya dikenakan di Bukit Bintang, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Desa Hartamas, Solaris Mont Kiara, Taman Tun Dr Ismail dan Bangsar. Caj tempat letak kenderaan setiap jam di pusat bandar komersial pula dinaikkan daripada 80 sen sejam kepada RM2 untuk jam yang pertama. Kadar caj juga dinaikkan kepada RM3 untuk jam kedua dan RM3 untuk jam berikutnya.
DBKL memiliki sejumlah 46,100 ruKADAR LAMA KADAR BAHARU ang letak kereta bermeter di seluruh bandar, dengan 22 peratus atau 9,914 RM0.80 sejam RM2.00 sejam terletak di kawasan CBD. Bagaimanapun, tempoh parkir RM2.00 jam RM3.00 jam maksimum dua jam, seperti diumumberikutnya berikutnya kan sebelum ini oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan tidak akan dilaksanakan. DBKL melantik Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), cabang kebajikan Kementerian Wilayah Persekutuan, untuk menguruskan sistem letak kereta di bandar ini pada 2015. YWP memperkenalkan sistem letak kereta baru dan maju dikenali sebagai sistem CCP (City Car Park). Di bawah perjanjian itu, YWP akan membayar 35 peratus atau RM600,000 daripada pendapatan kasar kutipan letak kereta kepada DBKL setiap bulan.
Perkasa pengangkutan awam bukan naik caj parkir lembab,” katanya. Pandangan sama dikongsikan Panglima Hitam mempertikaikan pengangkutan awam disifatkan kurang efisien meskipun berlaku pertambahan stesen transit bahkan pengguna berhadapan kesesakan setiap hari ketika menggunakannya. “Nak galak orang naik pengangkutan awam tapi tengoklah servis LRT dengan KTM macam mana. LRT tambah stesen sampai Putra Heights tapi (jumlah) tren tidak ditambah. “Buat frekuensi perjalanan makin kurang. KTM pula tren datang pada kadar setiap 30 hingga 40 minit. Sekali naik tren KTM padat sampai kaki sendiri tak nampak. Jadi, bahagian mana nak suruh rakyat guna pengangkutan awam?,” soalnya.
ED
SHAH ALAM -Kerajaan Persekutuan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepatutnya berganding bahu memperkasakan pengangkutam awam bandar tanpa memikirkan tindakan menaikkan caj parkir kereta. Aidil Shah menerusi akaun Facebooknya berkata, tindakan menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam dengan menjadikan bandar maju Tokyo sebagai contoh, namun sistem sedia ada tidak memuaskan. “Mungkin ini cara supaya rakyat di ibu kota hadkan penggunaan kenderaan sendiri supaya kurang kesesakan jalan raya dan lebihkan kepada penggunaan pengangkutan awam LRT. Nak ikut cara bandar maju seperti Metropolitan Tokyo, tapi tambang LRT pun naik, servis KTM pun
Bagi Francois Fitri, tindakan menaikkan harga parkir mengelakkan kesesakan jalan atau menggalakkan rakyat mengguna pengangkutan awam adalah kaedah salah. “Sepatutnya Cukai Barangan
dan Perkhidmatan (GST) yang dibayar selama ini digunakan untuk subsidi kepada tambang pengangkutan awam dan lain-lain. Lihat negara maju lain, rakyatnya bayar cukai yang tinggi tapi sega-
la kemudahan terus dapat kepada mereka. “Di Malaysia, terbalik pula, bayar cukai tapi segalanya naik, naik dah naik. Kalau turun pun masa pilihan raya,” tulisnya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
ED
10
Ekonomi SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
11
Rumah Terbuka Selangor tambah pendapatan peserta HIJRAH jaan Negeri yang bersesuaian,” katanya kepada SelangorKini. Katanya, peniaga kecil terbabit turut berpeluang mempromosi produk masingmasing kepada tetamu yang hadir. Hijrah diperkenalkan Kerajaan Selangor bagi membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana menambah pendapatan dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Sehingga kini, lebih 23,000 usahawan seluruh negeri sudah menyertai skim terbabit.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
HULU KELANG - Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Selangor yang berlangsung pada 9 Julai lalu turut memberi peluang kepada 25 peserta Hijrah Selangor menjana pendapatan tambahan. Eksekutif Khidmat Profesional Hijrah Selangor, Abdul Aziz Dahalan, berkata hal ini ekoran peserta skim mikrokredit terbabit diberi peluang menyajikan hidangan masing-masing. “Ini memang sebahagian program Hijrah Selangor untuk memberi peluang kepada mereka mendapatkan kontrak Kera-
Kerjasama HIJRAH-Jawatankuasa Pendidikan
Mantap potensi usahawan OLEH AFIX REDZUAN
ED
SHAH ALAM - Program INSAN hasil kerjasama Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) dan Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Selangor bertujuan memberi latihan serta membina jati diri usahawan Pengerusi Eksekutif Hijrah, Datuk Mansor Othman, berkata program itu khusus bagi membina usahawan berwawasan dan berdaya saing, berkemahiran dan proaktif. “Usahasama ini memberi manfaat secara terus kepada kumpulan sasar yang kebanyakannya terdiri daripada golongan berpendapatan rendah. “Program latihan diberikan ini memperkukuhkan keberkesanan pelaksanaan Hijrah terutamanya berkenaan aspek pembangunan insan selain mengasah potensi dan keyakinan peserta dalam bidang perniagaan,” katanya. Beliau berkata, INSAN yang dimulakan mengikut DUN terbahagi kepada dua kumpulan sasaran membabitkan kelompok usahawan dan anak-anak kepada usahawan HIJRAH. “Ia diadakan setiap minggu dengan matlamat memantapkan budaya berfikiran positif serta membina budaya
kerja peserta selain mengaplikasi teknik psikologi gunaan (NLP) bagi mencapai matlamat sebenar program. “Manakala, program latihan anakanak peserta pula bermatlamat memberdayakan modal insan dengan memberi pendedahan serta mempertingkatkan kefahaman dalam memperkasa ilmu, emosi, keimanan, ketahanan fizikal serta mental peserta,” katanya. Sementara itu, Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains,Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad yakin INSAN yang dijalankan sejak tahun lalu mampu melahirkan lebih ramai ejen perubah dalam kalangan rakyat ke arah membina kemajuan dan pembangunan mampan. “Kerjasama ini dialu-alukan kerana keselarian objektif kedua program terbabit sekali gus mendekatkan lagi kepada citacita melahirkan rakyat berilmu menjayakan gagasan Smart Selangor yang peduli seperti saranan Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya. Sejak dilancarkan pada 24 Mac lalu, lebih 26,000 usahawan di seluruh Selangor menerima manfaat dengan perolehan pinjaman RM1,000 hingga RM50,000 sebagai modal tambahan melonjakkan perniagaan.
Industri tekstil dan fesyen berkembang pesat di Bangi SHAH ALAM - Perkembangan pesat perniagaan tekstil di Bangi sejak kebelakangan ini disambut baik ekoran mampu menjana ekonomi penduduk setempat di daerah yang majoritinya penduduk Islam. Ahli Dewan Negeri (ADN) Bangi, Shafie Ngah, berkata kawasan itu dijadikan lokasi kedua selepas ‘Bandar Fesyen Islam Antarabangsa’ berpusat di Seksyen 7, Shah Alam sebagai tumpuan orang ramai untuk membeli-belah produk tekstil. “Warga Bangi mengalu-alukan kehadiran banyak perniagaan tekstil di sini terutama berorientasikan pakaian Melayu dan Islam. “Bangi mempunyai banyak ruang dan potensi untuk itu, lebih-lebih lagi
kawasan ini dihuni penduduk hampir 100,000 orang dengan majoritinya adalah Melayu dan Islam,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, Shafie turut berharap para peniaga mampu bersaing secara sihat sekali gus memberi manfaat kepada pengguna dalam keadaan harga barang semakin mahal. Bangi kian popular dalam kalangan penggemar fesyen Islam apabila semakin banyak perniagaan tekstil di buka dengan menawarkan pelbagai pilihan. Keadaan itu turut menarik perhatian golongan artis untuk berniaga seperti Noorkhiriah, Azza Elite dan Lan Kristal bagi memperkenalkan jenama masingmasing.
KENYATAAN TENDER
Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM / CIDB) dalam gred, kategori dan pengkhususan yang berkaitan dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut: Syarat-Syarat Tarikh dan Tempat Pembelian No. Butir-Butir Tawaran Harga Pendaftaran Dokumen Tender A.
No. Tender: WHB/PU/OT/PRO/13/16
Berdaftar dengan CIDB Memegang Perakuan CADANGAN MEMBINA 1 BLOK Pendaftaran Kontraktor PANGSAPURI RUMAH SELANGORKU Gred: G7 (JENIS C-800KP) 15 TINGKAT Kategori: B04 & CE21 (161 UNIT) YANG MENGANDUNGI: I. BLOK 1 (159 UNIT KEDIAMAN) II. 2 UNIT KEDIAMAN OKU III. 1 UNIT DEWAN SERBAGUNA IV. 1 UNIT SURAU V. 1 UNIT PUSAT KOMUNITI VI. 1 UNIT PEJABAT PENGURUSAN VII. 1 UNIT PONDOK PENGAWAL VIII. 1 UNIT PENCAWANG ELEKTRIK IX. 1 UNIT KEBUK SAMPAH X. TAMAN PERMAINAN KANAKKANAK XI. GELANGGANG BADMINTON XII. PODIUM TEMPAT LETAK KERETA 3 TINGKAT DI ATAS LOT PT 28766, PERSIARAN PUNCAK BESTARI 1, 42300 BANDAR PUNCAK ALAM, SELANGOR DARUL EHSAN
Bayaran Dokumen Tender RM650.00 kepada MF ASSOCIATES SDN BHD
12 Julai 2016 Sehingga 19 Julai 2016
(Tidak akan Dikembalikan)
Di Pejabat: MF ASSOCIATES SDN BHD 49, Jln. Bola Jaring 13/15 Seksyen 13, 40000 Shah Alam Selangor Darul Ehsan T: 03-5511 0400 F: 03-5512 0400
Waktu Pejabat Isnin - Jumaat 9.00 pagi - 12.30 tengahari 2.30 petang - 5.00 petang Tarikh Tutup Tender: Sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 26 Julai 2016 (Selasa)
Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut: JABATAN PEROLEHAN WORLDWIDE HOLDINGS BERHAD ARAS 4, NO. 1, WORLDWIDE@7 JALAN LAZUARDI 7/29 40000 SHAH ALAM SELANGOR DARUL EHSAN No. Tel: 03-5510 2525 No. Faks: 03-5510 4448 Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan
saiz: 14cm x 4col
Album SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
ADN Balakong, Ng Tien Chee melihat keadaan trafik di Stesen MRT Batu 11 Cheras selepas penduduk setempat menolak pemasangan lampu isyarat yang dikhuatiri menambah kesesakan kawasan terbabit
ED
ADN Kota Alam Shah, Ganabatirau Veraman menyerahkan sumbangan subsidi tambang bas sekolah kepada murid SJKT Ladang Kerling
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
12
Album
ADN Tanjung Sepat, Ir Haslin Hassan bergambar dan mengucapkan selamat kepada Kontijen Perahu Layar Selangor untuk SUKMA 2016 ke Sarawak
ADN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar meneliti kerja memecahkan longkang tanpa pembuka bagi tujuan pembersihan di Jalan Raja Nong
Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud menyerahkan duit raya kepada kanak-kanak pelbagai kaum di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kota Raja
ADN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib turun padang melihat keadaan Pasar Borong Selangor dan memantau harga barang yang dijual
Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dato’ Irmohizam Ibrahim menyantuni para bakal haji yang berangkat ke Tanah Suci Mekah tahun ini
ADN Ijok, Dr Idris Ahmad menyantuni peserta Program Jom Shopping anjuran Kerajaan Negeri di DUN itu
Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyantuni anak yatim dalam program sambutan Aidilfitri anjuran Parlimen Subang
13
Fokus
14
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
KDEBWM sedia kompaktor baru dilengkapi teknologi pengesan
Pastikan Selangor bersih OLEH LIZAWATI MADFA
S
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
EHINGGA kini, masih lagi terdengar rungutan berkenaan isu kutipan sampah di Selangor walaupun sudah beberapa tahun dikembali dan diuruskan pihak berkuasa tempatan (PBT). Mengikut kajian yang dijalankan Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM), industri pengurusan sisa pepejal ini boleh ditingkatkan perkhidmatannya dengan membuat pelaburan pelaburan baru seperti pembelian aset dan jentera seperti kompaktor bagi meningkatkan keupayaan kutipan khususnya sampah domestik. Maka, sebagai mengorak langkah untuk penambahbaikan pengurusan sisa pepejal ini, Kerajaan Negeri melantik KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) iaitu syarikat milikan penuh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) untuk menunjangi projek perintis (Pilot Project) pengurusan sampah di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Klang (MPK). KDEBWM bukan syarikat baru. Pada 2008, KDEB mengambil alih syarikat Jetson Corporation Sdn Bhd yang turut memiliki 21 peratus pegangan saham di dalam Alam Flora Sdn Bhd. Nama Jetson Corporation Sdn Bhd ini ditukar kepada KDEBWM yang memiliki pegangan 100 peratus syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd (HASB) sebagai kontraktor kutipan sampah domestik dan pembersihan awam. Pada 2012, KDEBWM meningkatkan keupayaan kapasiti asetnya dengan membuat pembelian 50 kompaktor untuk disewakan kepada sub kontraktor di Selangor supaya kerja kutip-
an sampah dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Manakala, khidmat HASB pula sering digunakan untuk membuat kerja kutipan sampah domestik di beberapa PBT dan jika berlaku sebarang krisis membabitkan PBT, khidmat HASB juga dikerah bagi kerja sokongan. Tidak dapat dinafikan, PBT sedaya upaya menguruskan kutipan sampah pada satu tahap yang baik dan dianggap berjaya, namun masih terdapat ruang yang boleh dipertingkatkan. Melihat kepada itu, Kerajaan Negeri melantik KDEBWM sebagai PMC (Project Management Company) bagi menguruskan pengurusan bersepadu kutipan sampah domestik dan pembersihan awam di MPK sebagai projek perintis. Sebagai PMC, Pengurus Besar KDEBWM, Ramli Mohd Tahir yakin pihaknya berupaya meningkatkan lagi kecekapan perkhidmatan selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri bagi menyelesaikan isu sampah secara keseluruhannya. Katanya, PMC akan mampu membuat pelaburan baru bagi meningkatkan kecekapan pengurusan sisa pepejal ini dengan beberapa penambahbaikan baru yang diperkenalkan. “Menerusi proses ‘open tender’ di PBT sebelum ini, tidak ramai sub kontraktor yang mampu membeli aset baru, malahan mereka terpaksa menggunakan kompaktor yang lama. “PMC bertindak sebagai pengurus dan pemudah cara bagi PBT dan sub kontraktor seterusnya akan menambah baik pengurusan sebelum ini,” katanya. Dengan kos kira-kira RM23
Saya jamin, dengan adanya kompaktor baru di setiap zon dan dilengkapi teknologi pengesan, Command Centre serta kakitangan di lapangan, masalah kutipan sampah pasti beransur pulih
RAMLI MOHD TAHIR Pengurus Besar KDEBWM
juta, 60 kompaktor baru buatan Jepun berteknologi tinggi muatan 18 tan dijangka sedia beraksi pada pertengahan Ogos ini di seluruh kawasan Majlis Perbandaran Klang. Setiap sub kontraktor akan dibekalkan dengan kompaktor baru dan dikenakan caj bulanan sebelum dipindah milik sepenuhnya kepada mereka selepas lima tahun. Selaras dengan inisiatif Smart Selangor, kompaktor ini juga setiap satunya dilengkapi teknologi pintar seperti Automatic Vehicle Locating System (AVLS) dan ‘Load Cell’ dan pengenalan kepada aplikasi pintar I-Clean.
Ketiga-tiga teknologi ini akan diakseskan terus dengan pusat aduan KDEBWM, Command Centre yang dikendali empat pegawai khidmat pelanggan bermula daripada jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Bukan itu sahaja, seramai 25 penyelia turut bersedia di lapangan bagi memantau kerja kutipan sampah domestik mengikut jadual dijalankan. “Andainya terdapat dakwaan penduduk sampah tidak dikutip, kita dapat lihat secara langsung di mana kedudukan kompaktor itu dan kami boleh respon terus kepada pemanggil . “Jika berlaku sesuatu kepada kompaktor, penyelia terus digesa pergi memeriksa keadaan dan lapor kepada Command Centre untuk tindakan seterusnya. “Begitu juga dengan ‘load cell’, kita dapat tahu berapa ba-
nyak sampah sudah dikutip kompaktor berkenaan dan memantau kerja dengan lebih efisien,” katanya. Sehubungan itu, KDEBWM memohon diberikan masa sedikit lagi bagi menambah baik pengurusan sisa pepejal di MPK yang sedikit tergendala di atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan baru-baru ini berikutan peralihan kepada kontraktor baru yang masih lagi mengenali kawasan masing masing dan cuti perayaan Aidilfitri. “Saya jamin, dengan adanya kompaktor baru di setiap zon dan dilengkapi teknologi pengesan, Command Centre serta kakitangan di lapangan, masalah kutipan sampah pasti beransur pulih. “Berilah kami peluang membuktikan keupayaan kami. Kenalilah kami. Tak kenal maka tak cinta,” katanya.
Fokus SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
15
Kutipan tertangguh
KDEB Waste Management selesai aduan sampah OLEH LIZAWATI MADFA
Permasalahan lain adalah kutipan sampah untuk kawasan berpenduduk padat seperti Kampung Sungai Udang, Kampung Delek, Kampung Teluk Pulai, Kampung Teluk Gadong dan Kampung Sungai Sireh
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Lebih 60 peratus aduan sampah tidak berkutip diterima sehingga 12 Julai lalu berjaya diselesaikan KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM). Pengurus Besarnya, Ramli Mohd Tahir, berkata KDEBWM menyelesaikan kutipan yang tertangguh bersama kutipan sampah sedia ada. “Masalah timbul akibat proses peralihan kontraktor ekoran kontraktor yang tamat pada 30 Jun lalu keluar kawasan beberapa minggu lebih awal. “Permasalahan lain adalah kutipan sampah untuk kawasan berpenduduk padat seperti Kampung Sungai Udang, Kampung Delek, Kampung Teluk Pulai, Kampung Teluk Gadong dan Kampung Sungai Sireh,” kata-
nya dalam kenyataan. KDEBWM mula mengambil alih pengurusan sampah domestik di kawasan Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula 1 Julai lalu, kecuali Taman Sentosa dan Bandar Bukit Tinggi dan Bandar Bukit Tinggi 2. Ramli berkata, operasi pengurusan sampah pembersihan awam dan sampah pukal masih lagi di bawah pengurusan MPK sepenuhnya dan belum diambil alih KDEBWM. “Kami akan berbincang dengan pimpinan penduduk untuk memastikan penyelesaian yang kami cadangkan adalah praktikal dan sesuai. “Penduduk diharap dapat bersabar dalam proses peralihan ini dan sila ajukan sebarang aduan berkenaan kutipan sampah domestik kepada Command Centre kami”, katanya.
Selesai ��% masalah sampah seminggu
ED
SHAH ALAM - KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) menetapkan piawaian tinggi bagi memastikan aduan dibangkitkan penduduk terhadap isu sampah di Majlis Perbandaran Klang (MPK) dapat diselesaikan. Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Dr Fahmi Ngah, berkata pihaknya mensasarkan 80 peratus aduan penduduk diselesaikan dalam tempoh kurang seminggu. “Sebaik sahaja beroperasi pada 1 Julai lalu, kita sudah menerima 360 aduan dengan 98 peratus daripada aduan terbabit diselesaikan. “Minggu ini saja kita ada menerima banyak aduan dengan jangkaan setiap minggu kita mampu menyelesaikan 80 peratus aduan itu,” katanya kepada SelangorKini. KDEBWM menerusi Pusat Kawalannya, (Command Centre) beroperasi tujuh hari seminggu menjalankan kerja pengawalan dan pemantauan kutipan sampah di sekitar 60 zon kawasan MPK. Inisiatif berkenaan kata Dr Fahmi dibuat sebagai jaminan kesejahteraan penduduk Klang supaya permasalahan terbabit dapat diselesaikan sepenuhnya. Bagaimanapun katanya, KDEB mene-
Pusat Kawalan Sampah KDEB 1-800-88-2824 019-375 9592, 019-375 3980
iclean@kdebwm. com .
019-2742824
rima aduan tinggi berkenaan isu sampah di Klang susulan proses pengambil alihan pengurusan sampah domestik di kawasan MPK bermula Julai lalu. “Peringkat awal wujudnya sedikit masalah kerana sampah yang kita kutip ini adalah baki daripada kontraktor lama. “Jadi, kita giat mengutip sampah itu sejak dua minggu lalu dengan mengarahkan kontraktor mengutip sampah berkenaan siang dan malam. “Apabila keadaan mula stabil, kita akan pastikan setiap aduan itu akan diselesaikan dalam tempoh dua hari,” katanya.
RAMLI MOHD TAHIR Pengurus Besar KDEBWM
Khutbah Jumaat
16
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
MIMBAR JUMAAT
K
Vaksin : Pencegahan demi kemaslahatan dilaporkan, tetapi masyarakat berisiko tinggi untuk dijangkiti virus tersebut. Laporan daripada Jabatan Kesihatan Selangor memaklumkan terdapat segelintir masyarakat di negeri ini yang menolak pemberian vaksin kepada anakanak mereka. Dalam konteks penjagaan kesihatan, antara aspek penting dianjurkan Islam adalah meletakkan prinsip pencegahan lebih baik daripada mengubati. Penggunaan vaksin dalam imunisasi adalah pencegahan yang boleh mengelakkan penyakit berjangkit seperti campak, tibi, batuk kokol, difteria, tetanus dan polio. Apa yang meragukan masyarakat adalah sumber serta status halal vaksin berkenaan. Pada dasarnya Islam melarang penggunaan ubat daripada sumber yang haram berdasarkan hadis daripada Abu Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan penawar, dan Dia menjadikan bagi tiap-tiap penyakit itu penawar, maka kamu semua berubatlah dan janganlah kamu semua berubat dengan (perkara) yang haram” (Riwayat Abu Daud). Walaubagaimanapun, jika tidak menemui ubat dari sumber yang halal, se-
dangkan sesuatu penyakit itu perlu dicegah demi memelihara nyawa manusia, maka diharuskan penggunaannya mengikut kadar yang diperlukan sahaja. Ini menepati kaedah fiqh “keadaan-keadaan dharurat itu mengharuskan perkara yang dilarang”. Kaedah Fiqh ini bersumberkan dengan Nas al-Quran melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 173 “…maka sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Perbahasan berkenaan vaksin dalam imunisasi dibincangkan sejak 1989 lagi dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengharuskan penggunaannya. Keharusan ini berdasarkan kaedah fiqh dinyatakan sebelum ini. Program imunisasi melalui vaksin dijalankan Kementerian Kesihatan Malaysia bertepatan dengan tuntutan syariat Islam yang meletakkan penjagaan nyawa (hifz an-nafs) ke atas umatnya sebagai matlamat utama. Lantaran itu, Islam mengharamkan
segala bentuk perbuatan yang boleh menyebabkan kesihatan dan nyawa berada dalam kebinasaan. Umat Islam dinasihatkan supaya tidak membuat andaian secara terburu-buru dengan menyebarkan maklumat belum dipastikan kesahihannya kerana perkara terbabit boleh menimbulkan fitnah serta keraguan kepada orang lain. Rujuklah kepada mereka yang ahli dalam bidang berkenaan. Ibu bapa pula tidak perlu gusar kerana perkara ini dikaji dan dibincang dengan teliti oleh pakar dan profesional dalam bidang perubatan dan hukum syara’. Firman Allah SWT dalam surah anNahl ayat 43 “…Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” Langkah Kementerian Kesihatan Malaysia memberikan imunisasi vaksin secara percuma menepati kaedah fiqh iaitu “Tindakan pemerintah kepada rakyatnya adalah berasaskan Kemaslahatan". Manakala tindakan ibu bapa sengaja menolak pemberian vaksin sebagai langkah pencegahan meletakkan anak-anak dalam situasi berisiko tinggi yang boleh membawa kemudaratan.
ED
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
ehidupan berkualiti menjadi matlamat bagi setiap manusia. Antara perkara perlu diberi perhatian menjamin kehidupan berkualiti, adalah aspek kesihatan yang merupakan nikmat sangat bernilai daripada Allah SWT. Nikmat sihat diberi perlulah disyukuri dan dijaga sebaiknya, supaya kita boleh terus beribadah. Kita dituntut mengamalkan gaya hidup secara sihat sebagaimana diajar Rasulullah SAW selain hendaklah berhati-hati supaya dapat mencegah segala bentuk penyakit yang berpunca daripada pemakanan, persekitaran, emosi serta tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan. Baru-baru ini negara dikejutkan dengan wabak penyakit berjangkit iaitu difteria yang meragut dua nyawa kanak-kanak di Melaka dan Kedah. Akhbar melaporkan sehingga 30 Jun 2016, sebanyak 13 kes difteria di seluruh negara dengan lima kematian direkodkan melibatkan kanak-kanak, di samping peningkatan wabak demam campak sebanyak 873 kes. Ujian perubatan mendapati mangsa tidak menerima imunisasi difteria lengkap dan meninggal dunia kerana komplikasi jangkitan. Di Selangor pula, sebanyak 23 kes demam campak dilaporkan pada tahun 2014, meningkat kepada 498 kes pada 2015, manakala 403 kes dilaporkan pada suku pertama 2016. Walaupun di Selangor tiada kes difteria
Intisari Khutbah Jumaat: 15 Julai 2016
Pendidikan SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
OLEH ERMIZI MUHAMAD
Tawar bantuan kewangan
Tingkat pendidikan pelajar UNISEL Kerajaan Negeri sebelum ini memperuntukkan RM20.9 juta bagi tujuan pembiayaan pembayaran balik selain peruntukan RM60 juta bagi penambahbaikan sistem pendidikan. Pada masa sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali melihat potensi UNISEL menggarap visi Smart Selangor dalam pembangunan pendidikan negeri. Beliau berkata, perubahan ter-
hadap dasar pendidikan negeri mampu melonjakkan lagi teras pendidikan ke arah melahirkan graduan berdaya saing di peringkat lebih tinggi. “Kita memerlukan anjakan paradigma dalam sistem pendidikan. Usaha ini menuntut sistem pendidikan yang holistik untuk membentuk graduan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga berakhlak tinggi,”katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) kemasukan Jun layak menerima manfaat pembiayaan pendidikan dan kemudahan pembelajaran ditawarkan Kerajaan Negeri. Antara tawaran bantuan disediakan termasuklah wang sara diri, Hadiah IPT Selangor, Biasiswa Selangorku dan Pinjaman SUK Selangor. Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia sejajar dengan falsafah “Peduli Rakyat” dalam fokus Kerajaan Negeri memacu sistem pendidikan. “Kami mengharapkan inisiatif ini dapat membantu pelajar cemerlang melanjutkan pelajaran dan akhirnya menjadi pemangkin kepada pembangunan negara,” katanya.
17
ED
#ProjekRayaRohingya bantu golongan tertindas
UNISEL bantu pendidikan formal anak Rohingya
MERU - Universiti Selangor (UNISEL) berusaha mencari jalan supaya anak-anak pelarian Rohingya di Malaysia mendapat pendidikan formal sekali gus mempunyai masa hadapan lebih cerah. Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata antara langkah diambil universiti berkenaan adalah berbincang dengan Jabatan Pendidikan. Katanya, ia ekoran perkara itu membabitkan warga asing dan pihaknya terikat dengan peraturan dan perlembagaan yang menyebabkan anak-anak Rohingya tidak dapat bersekolah di sekolah kebangsaan.
“Saya fikir pada masa ini, cara yang ada hanya melalui Sekolah Tahfiz kerana biasanya sekolah itu tidak terikat dengan sistem persijilan. “Dengan itu, mereka boleh belajar mata pelajaran agama dan melanjutkan pelajaran di peringkat lebih tinggi, misalnya Universiti Al-Azhar dan univerisiti di Yaman dan beberapa negara lain,” katanya. Beliau berkata demikian pada program #ProjekRayaRohingya di Madrasah Al-Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di sini, 16 Julai lalu. Pada masa sama, Amidi berkata, selain mengadakan perbincangan dengan pi-
hak berwajib, UNISEL turut mencadangkan supaya kerajaan membawa isu pendidikan formal anak Rohingya kepada Pertubuhan Negara Islam (OIC) ekoran tiada tanda kemelut itu akan berakhir pada masa terdekat. Bagaimanapun, katanya, UNISEL akan menjalankan bimbingan tidak rasmi membabitkan pembelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan sebagainya di bawah Fakulti Pendidikan dan beberapa fakulti lain di UNISEL. “Saya rasa bimbingan tidak rasmi boleh dijalankan kerana UNISEL ada Fakulti Pendidikan, Kejuteraan dan sebagainya yang boleh dilibatkan,” katanya.
MERU - Menyedari masih ada golongan kurang bernasib baik, Universiti Selangor (UNISEL) menghulurkan bantuan kepada warga Rohingya khususnya kanak-kanak dalam #ProjekRayaRohingya. Program itu membabitkan pemberian makanan, wang tunai dan pelbagai aktiviti lain disertai kira-kira 160 kanak-kanak Rohingya yang belajar di madrasah terbabit. Dekan Hal Ehwal Pelajar (HEP) UNISEL, Amidi Abdul Manan, berkata program itu adalah sebahagian daripada program UNISEL Cakna yang menerima sumbangan daripada Permerbadanan Menteri Besar (MBI) dan disokong Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali. “Program ini sebenarnya sebahagian daripada beberapa usaha UNISEL dan Kerajaan Selangor dalam mencapai maksud trans-
formasi, antaranya melahirkan pelajar holistik yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga bidang manusiawi,” katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program terbabit di Madrasah Al-Islamiah Al-Islahiah Maahad Tahfizul Quran di sini, 16 Julai lalu. Pada masa sama, Amidi berkata, mangsa kemelut isu Rohingya yang bermula sejak zaman kolonial British memerlukan keprihatinan semua lapisan masyarakat kerana ia membabitkan isu kemanusiaan. Pelbagai acara diadakan pada program itu termasuk acara sukaneka, motivasi dan kaunseling di sudut penerapan teori psikologi dikendalikan pelajar jurusan psikologi UNISEL. Program itu turut diakhiri dengan acara gotong-royong bagi menceriakan madrasah terbabit.
PBT
18
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Terima aduan orang ramai
MPSJ tumpaskan dua premis judi
SHAH ALAM - Semua Jabatan Kesihatan di seluruh 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) dinasihatkan memantau dan memastikan pemilik premis makanan menjalankan pembersihan menyeluruh bagi mengelak penularan haiwan perosak. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata serangga seperti lipas adalah berisiko dan membahayakan kesihatan. “Walau hanya seekor lipas boleh mengakibatkan masalah kesihatan kritikal dan mengundang pelbagai jenis penyakit. “Awal tahun ini, semua PBT diarahkan memandang serius tahap kebersihan dengan kehadiran lipas di premis makan-
an ekoran aduan diterima daripada pengguna,” katanya dipetik The Star. Selain itu, katanya, pemilik gerai di medan selera juga diarahkan mengeluarkan semua peralatan memasak bagi memudahkan kerja-kerja membasuh kawasan dapur. “Air liur lipas boleh mendorong reaksi alahan yang mencetuskan ruam kulit, kerengsaan hidung dan mata. “Apabila dihidu, bakteria daripada lipas juga boleh mencetuskan serangan asma,” katanya. Dr Daroyah juga menasihatkan pemilik kedai makan tidak menghidangkan makanan terdedah dan sentiasa memastikan dapur dalam keadaan bersih.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
OLEH NORHAYATI UMOR
PBT diarah pantau premis makanan
SUBANG JAYA - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) berjaya menumpaskan dua premis perjudian selain menyita beberapa kelengkapan hasil maklumat orang ramai. Pegawai Komunikasi Korporat MPSJ, Muhammad Azli Miswan, berkata dua premis tidak bernama itu dipercayai menjalankan aktiviti perjudian bermula jam 9 pagi di Jalan SS14/1 dan SS15/4E, di sini. “Kita berjaya menyita lapan unit mesin permainan elektronik (besar), 55 unit mesin permainan elektronik (kecil) dan tindakan penutupan dikenakan terhadap kedua premis terlibat. “Operasi membanteras pusat perjudian itu dilaksanakan 10 anggota penguatkuasa hasil aduan penduduk setempat dan risikan anggota penguatkuasa selama seminggu,” katanya dalam kenyataan. Beliau berkata, premis terbabit
dikenakan tindakan penguatkuasaan di bawah Seksyen 6 (1), Enakmen Hiburan & Tempat-Tempat Hiburan Selangor 1995 (Pindaan 2001) ekoran mengadakan aktiviti hiburan tanpa lesen dari MPSJ dan boleh dikompaun maksimum RM 25,000. “MPSJ merakamkan ucapan
terima kasih kepada penduduk yang memberikan maklumat dalam usaha membanteras aktiviti tidak bermoral ini. “Pemilik premis diminta supaya lebih berhati-hati tidak menyewakan premis untuk sebarang aktiviti yang melanggar undang undang,” katanya.
Gimnasium Kompleks �K kini dibuka
ED
SHAH ALAM - Kompleks Kemudahan Kemasyarakatan (3K) Subang Jaya diperhebatkan lagi menerusi pembukaan gimnasium kepada masyarakat sekitar Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ). Ia adalah sebahagian daripada kemudahan terbaru disediakan MPSJ di Kompleks 3K, SS13 sejak dibuka awal Julai lalu. Menawarkan pelbagai kemudahan alatan senaman seperti multi station gym, fix barbel, dumbell, bicep curl machine dan spinning bike, ia boleh dimanfaatkan pengunjung sebaiknya. Enam sesi penggunaan gimnasium dibuka sewal jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam dengan dua jam bagi setiap satu sesi. Caj penggunaan bagi setiap sesi adalah serendah RM3 untuk hari biasa dan RM4 bagi pengunaan pada cuti umum dan am. Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Kompleks 3K, SS13 di talian 03-56210645. Orang awam juga boleh mendapatkan maklumat lanjut di Facebook 3K Subang Jaya atau di JPMasyarakat. Kompleks 3K menyediakan pelbagai perkhidmatan jaringan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti riadah dan khidmat sosial. Antara kemudahan lain tersedia termasuklah pusat riadah 3D, kemudahan kolam renang, ruang mesyuarat, seminar dan tanaman organik.
Bayar kompaun menang RM�,��� SHAH ALAM - Orang ramai yang menyertai Kempen Membayar Kompaun dan Cukai Taksiran secara atas talian (online) JomPAY dari 1 Jun sehingga 31 Ogos 2016 berpeluang memenangi wang tunai RM4,000. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Shahrin Ahmad Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata JomPAY boleh diakses melalui perbankan internet sedia ada yang dimiliki pengguna. “Pengguna hanya perlu mendaftar masuk ke laman sesawang atau portal bank dan memilih bayaran melalui JomPAY pada paparan bil. “Seterusnya, pengguna hanya perlu memasukkan biller code 7567 (Bayaran Cukai Taksiran) dan biller code 6726 (Bayaran Kompaun), nombor akaun baru cukai taksiran atau nombor kompaun pada ref1 serta nombor telefon pada ref2 seterusnya jumlah bayaran,” katanya. Shahrin berkata, kaedah JomPAY dapat menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan atas talian sebagai satu kaedah pembayaran kepada MBSA tanpa perlu ke kaunter. Kempen itu dianjurkan dengan kerjasama Bank Muamalat dan Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).
PBT SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
19
Turap jalan
MBPJ belanja RM�� juta OLEH AFIX REDZUAN
Seksyen 20, Seksyen 21, PJU 1, PJS 1, PJS 2 dan PJS 6 merangkumi skop kerja menurap jalan secara ‘mill dan pave’ serta menurap laluan masuk premis,” katanya. Mohd Azizi berkata, MBPJ akan mengeluarkan notis pemberitahuan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum pelaksanaan kerja dilakukan. Selain itu, MBPJ akan menga-
dakan semakan dan ujian terhadap projek dijalankan bagi memastikan kontraktor mematuhi spesifikasi ditetapkan. “Kita akan melakukan Ujian Ketebalan (Coring Test) bagi menyemak ketebalan lapisan premis yang dibuat. Penurapan semula jalan perlu dibuat jika ketebalan tidak mencukupi. “MBPJ juga bercadang mem-
bangunkan Sistem Pengurusan Turapan selepas mengetahui kepentingan untuk mendapatkan data turapan lengkap bagi menjalankan kerja penyelenggaraan jalan. “Antara data diperlukan dalam sistem ini adalah lokasi turapan jalan, panjang jalan, keadaan turapan dari segi kekuatan dan jangka hayat turapan,” katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) memperuntukkan RM30 juta bagi Projek Penurapan Semula Jalan di sekitar Petaling Jaya membabitkan 31 projek sepanjang tahun ini. Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohd Azizi Mohd Zain, berkata 17 projek mencapai status
siap, 13 sedang dalam pelaksanaan dan satu dalam proses penawaran semula. “Pelaksanaan lokasi projek ini dijalankan di sebahagian Jalan Universiti, Jalan Gasing, Persiaran Cemara dan Persiaran Industri Sri Damansara, Persiaran Mahogani dan Kota Damansara. “Selain itu, ia turut melibatkan kawasan SS1, SS3, SS21, SS26,
Laman Komuniti MBSA tawar hadiah RM���,��� SHAH ALAM - Warga Shah Alam berpeluang memenangi wang tunai keseluruhan berjumlah RM271,000 menerusi Pertandingan Laman Komuniti 2016. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad, berkata pertandingan terbuka kepada persatuan penduduk atau kumpulan komuniti dan individu di kawasan pentadbiran MBSA. Katanya, terdapat dua kategori iaitu Laman Komuniti Shah Alam dan Halaman Cantik Rumah Individu. “Setiap kategori dinilai melalui nilai estetika merangkumi ruang landskap dan ruang tanaman. “Ia perlu diusahakan dan diselenggara sendiri komuniti setempat secara bergotong-royong, penanaman pokok sayur-sayuran atau herba seperti cili, terung, sawi atau pokok hiasan, kekemasan dan kebersihan, penyelengga-
raan serta perancangan dan susun atur,” katanya dalam kenyataan. Bagi kategori Laman Komuniti Shah Alam, penyertaan terbuka kepada persatuan penduduk atau kumpulan komuniti yang berminat. Manakala, kategori Halaman Cantik Rumah Individu pula terbuka kepada individu yang terdiri daripada ahli persatuan penduduk atau kumpulan komuniti yang menyertai pertandingan Laman Komuniti 2016. Terdapat empat jenis kediaman yang layak dipertandingkan bagi kategori Halaman Cantik Rumah Individu iaitu rumah banglo, rumah berkembar atau kluster atau lot tepi, rumah teres dan rumah tradisional. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh hubungi Jabatan Landskap MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1218, 1298 dan 1284 atau layari laman sesawang MBSA di www.mbsa.gov.my
ED
Sayuran hidroponik segar serendah RM6 SHAH ALAM - Orang awam berpeluang mendapatkan pelbagai jenis sayuran hidroponik segar pada harga serendah RM6 di Kompleks 3C Bandar Sunway. Antaranya, Green Coral, Red Coral dan Buttherhead segar dengan pengunjung boleh memilih dua jenis sayuran yang menepati citarasa penggemar sayuran jenis hidroponik. Mudahnya, pengunjung boleh berkunjung ke Kompleks Hidroponik Kompleks 3C dan memilih sendiri jenis sayuran yang ditanam tanpa menggunakan bahan organik. Pot sayuran di Kompleks 3C ditanam dengan baik selain mengikuti beberapa tumpuan penjagaan bagi mengekalkan kualiti dan kesegarannya. Sebarang pertanyaan, orang awam boleh menghubungi Pejabat Pentadbiran Kompleks 3K, di talian 03-56210645 atau melunsuri laman Facebook, JPMasyarakat. Kompleks 3C dulunya dikenali sebagai ‘Childred Creativity Centre‘ dibangunkan
JABATAN KERJA RAYA KENYATAAN TENDER
Tender adalah dipelawa daripada Kontraktor-kontraktor Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia/ PUKONSA/UPKJ/Kementerian Kewangan dalam gred, kategori dan pengkhususan dan jenis pendaftaran yang berkaitan dan masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja berikut:Pejabat yang Memanggil Tender
Tajuk Projek
Taraf/Jenis Syarikat*
Gred, Kategori, Pengkhususan/ Kelas Tajuk & Tajuk Kecil/ Kelas, Kepala & Sub Kepala
Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan, JKR Negeri Selangor
KERJA-KERJA MENAIKTARAF SISTEM SALIRAN DI KAMPUNG MELAYU SUBANG, DAERAH PETALING, SELANGOR DARUL EHSAN
Bumiputera Kontraktor adalah diwajibkan berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (UPEN)
CIDB, SPKK, PKK & UPEN
(PEMBIAYAAN)**
JKR/SEL/ (N)/022(T)2016
Gred: G4
Kategori: CE
Pengkhususan: CE01 & CE21
Tempat & Tarikh Dokumen Mulai Dijual
Harga Dokumen & Bayaran Atas Nama
Tempat, Tarikh & Waktu Tender Tutup
Bahagian Bahagian RM 210.00 Kontrak & Kontrak Ukur Bahan dan Ukur (Draf Bank/ JKR Negeri Bahan JKR Kiriman Selangor, Negeri Wang / Tingkat 1, Selangor Wang Pos) Bangunan Pada: Atas Nama : SSAAS 40582 Shah Alam, 21 Julai Pengarah Selangor 2016 Kerja Raya Darul Ehsan (Khamis) Negeri Hingga: Selangor Pada: 3 Ogos 10 Ogos 2016 (Rabu) 2016 (Rabu) Sebelum jam 12.00 Tengahari Tender yang lewat diterima tidak akan dilayan
Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Bahagian Kontrak & Ukur Bahan, JKR Selangor di talian 03-7839 2584
Dokumen Meja Tender boleh disemak dan dokumen tender boleh diperolehi di pejabat-pejabat berkenaan semasa waktu pejabat.
melalui projek inovasi MPSJ yang bertanggungjawab dalam pembangunan modal insan masyarakat setempat. Selain penyediaan tanaman organik, Kompleks 3C menyediakan pelbagai perkhidmatan jaringan kemudahan kepada masyarakat sekitar untuk melakukan aktiviti riadah dan khidmat sosial.
Bayaran bagi dokumen tender hendaklah dibuat dalam bentuk draf bank/kiriman wang/wang pos di atas nama Ketua Akauntan Kementerian Kerja Raya. Dokumen tender akan dikeluarkan kepada wakil Kontrak yang sah sahaja. Untuk maksud ini, wakil kontraktor dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran Kontraktor dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) serta Sijil Taraf Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan (Jika Berkenaan) beserta satu salinan sijil-sijil tersebut. Bagi Kontraktor yang berdaftar dengan PUKONSA atau UPKJ, wakil kontraktor yang sah dikehendaki membawa perakuan/Sijil ASAL Perakuan Pendaftaran PUKONSA atau UPKJ dan Sijil Taraf Bumiputera (jika berkenaan) *Jenis Syarikat Tempatan:
T1 A1
A2
- Syarikat 100% ekuiti Bumiputra milik tempatan (Warganegara) - Syarikat tempatan yang disenaraikan di BSKL yang ditubuhkan dan diperbadankan di Malaysia oleh Warganegara Malaysia dan Pegangan saham individu asing tidak melebihi 30% dan Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja dianggotai 100% oleh warganegara. Syarikat Usahasama yang diperbadankan di Malaysia dan equiti asing tidak melebihi 49% - dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, Pengurusan dan pekerja adalah warganegara.
Pelancongan
20
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Kem Kebudayaan Antarabangsa
Pupuk budaya tempatan OLEH NORHAYATI UMOR
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
KUALA SELANGOR - Penganjuran Kem Kebudayaan Antarabangsa Pelajar Sekolah Menengah antara Malaysia dan Taiwan dilaksanakan Tourism Selangor untuk meningkatkan jumlah pelancong dalam dan luar negara ke negeri itu. Pengurus Besar Tourism Selangor, Noorul Ashikin Mohd Din, berkata program itu adalah sebahagian usaha proaktif institusi terbabit mempromosikan Discover Selangor , dengan slogan Heart of Malaysia . “Menerusinya, pelajar Taiwan berpeluang menimba pengalaman dan mempelajari gaya hidup, adat dan budaya masyarakat Melayu, Cina dan India serta menikmati hidangan tempatan is-
timewa selain mempelajari pembuatan kraftangan tradisional. “Antara lain, objektif program itu untuk mengembalikan semula jalinan negara luar ke Malaysia terutamanya China ekoran nahas udara membabitkan syarikat penerbangan tempatan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan. Sekurang-kurangnya, 68 pelajar dan guru dari 10 Sekolah Malaysia serta 43 pelajar dan dua guru dari Sekolah Taiwan menyertai program tujuh hari itu. Peserta didedahkan dengan pelbagai aktiviti mengenal budaya kaum di Malaysia membabitkan lawatan ke Batu Caves (Kebudayaan India), Sekinchan (Kebudayaan Cina) dan Homestay Sungai Sireh, Kuala Selangor (Budaya Melayu). Pada masa sama, Noorul juga percaya pelancongan ikonik dapat dibangunkan secara berte-
rusan jika sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO), persatuan, industri dan kerajaan bekerjasama menjayakannya. “Kedatangan pelancong tahun ini amat memberangsangkan
selepas kempen Tahun Melawat Selangor 2015. “Kerajaan Negeri menyasarkan menerima pelancong tempatan dan luar negara sebanyak 7.2 juta,” katanya.
Kuala Selangor catat peningkatan pelancong
ED
SHAH ALAM - Beberapa lokasi tarikan dimiliki Kuala Selangor terus menyumbang ke arah peningkatan jumlah pelancong di daerah itu. Pegawai Daerah Kuala Selangor, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor, berkata peningkatan itu menunjukkan usaha Kerajaan Negeri menerusi Tourism Selangor, Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan agensi lain membuahkan hasil. Katanya, usaha menaik taraf produk pelancongan masih perlu dipergiatkan bagi mempromosi daerah itu sebagai destinasi pelancongan makanan.
“Cendol Bakar, Cendol Borhan, Aroma Ikan Bakar, Soto Kuala Selangor dan Mee Udang antara tempat makanan sering dikunjungi. “Kita juga ada inap desa yang banyak selain penjualan hasil laut seperti Pasir Penambang dan Pantai Remis,” katanya kepada SelangorKini. Pada 2015, seramai 128,130 pelawat mengunjungi Bukit Malawati berbanding 115,793 pada 2014 dengan peningkatan 11 peratus. Pusat pelancongan kelip-kelip Kampung Kuantan pula mencatatkan 84,838 pengunjung pada 2015, meningkat enam peratus berbanding 79,800 pada tahun sebelumnya. Sementara itu, Bago Taman Alam pula meningkat lapan peratus dengan 9,835 pelancong pada 2015 berbanding 9,124 pada 2014.
Rumah Terbuka Selangor guna perkakas ‘biodegradable’ SHAH ALAM - Kerajaan Negeri membelanjakan kira-kira RM50,000 untuk membekalkan bekas makanan biodegradable kepada semua gerai makanan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor, 9 Julai lalu. Exco Pelancongan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong, berkata beliau turut menghantar pegawainya meninjau gerai secara sulit selepas mendengar dakwaan kononnya terdapat penggunaan polisterin pada majlis itu. “Tidak benar dakwaan itu. Saya hantar pegawai semak di setiap gerai secara diam-diam sebaik sahaja media tanya dan didapati semua gerai tidak menggunakan polisterin.
“Kerajaan Negeri menggunakan peruntukan RM50,000 bagi membekal puluhan ribu bekas makanan ‘biodegradable’ dan tentunya menghairankan jika ada orang sengaja mahu bawa polisterin pula,” katanya kepada SelangorKini. Katanya, bekas makanan polisterin memiliki sifat sama seperti plastik iaitu tidak terurai, sekali gus tidak mesra alam sekitar berbanding bekas makanan ‘biodegradable’. “Kekeliruan mungkin timbul ekoran kurang pengetahuan membezakan bekas makanan polisterin dan ‘biodegradable’ yang kelihatan seakan-akan serupa,” katanya.
Sekinchan kian popular dalam kalangan pelancong
SHAH ALAM - Kehadiran pelancong luar dan domestik di Sekinchan dijangka akan terus meningkat menerusi pelbagai program dan aktiviti secara berterusan di kawasan berkenaan. Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata bagi terus mempopularkan kawasan itu sebagai pelancongan eko di Selangor, beberapa program dirancang dengan kerjasama pihak berkaitan. “Dengan pelbagai program dijalankan di kawasan ini, saya yakin akan terus memperkenalkan Sekinchan dan Selangor di se-
Dengan pelbagai program dijalankan di kawasan ini, saya yakin akan terus memperkenalkan Sekinchan dan Selangor di seluruh negara dan antarabangsa NG SUEE LIM ADN Sekinchan
luruh negara dan antarabangsa. “Saya juga yakin ia mampu meningkatkan kedatangan jumlah pelancong domestik dan luar ke sini,” katanya kepada SelangorKini. Bermula 10 hingga 12 Julai lalu, program perkemahan Dunia Kecil Diperluas Pandang Kem Pelajar Pengalaman Budaya Antarabangsa dianjurkan membabitkan 140 peserta dari Sabah, Sarawak dan Taiwan di Sekinchan selama tiga hari dua malam. Mengulas lanjut, Suee Lim berkata, ia adalah program insiatif kumpulan majalah pelajar, Dong Zong dengan kerjasama Tourism Selangor dan Pejabat ADN Sekinchan. “Program berlangsung di Homestay Kampung Sungai Sireh dengan semua ahli rombongan menyertai aktiviti dijalankan penganjur. “Ia adalah program untuk menghayati kebudayaan masyarakat Melayu di Selangor dan menerokai keindahan pelancongan eko di Sekinchan dengan Jelapang Padinya termasuk kawasan tarikan lain serta keunikan makanan lautnya,” katanya.
Agama SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
JAIS buat laporan polis Pengarah JAIS, Dato Haris Kasim, berkata teks itu hanya sekadar menyokong rang undang-undang dibentangkan di Parlimen untuk memartabatkan serta memperkasakan UndangUndang Syariah dan Mahkamah Syariah di negeri itu. Sebagai seorang ahli parlimen, beliau perlu lebih bertanggung-
jawab sebelum mengeluarkan kenyataan menimbulkan keresahan kerana ia boleh meninggalkan kesan kepada masyarakat. Saya membuat laporan polis supaya mereka dapat menyiasat lebih lanjut kenyataan Ahli Parlimen Penampang bagi mengenal pasti sama ada unsur dan elemen jenayah di bawah Akta Hasutan 1948
dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dilakukan, katanya. Beliau berkata demikian selepas membuat Laporan Polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, di sini, pada 15 Julai lalu. Laporan itu turut disertai lima badan bukan kerajaan (NGO) lain. Pada masa sama, Haris turut berharap supaya individu ber-
tanggungjawab dibawa ke muka pengadilan sebaik sahaja siasatan selesai dilakukan. Kita berharap ia menjadi satu pengajaran kepada semua pihak supaya tidak sewenangnya mengeluarkan kenyataan yang boleh menghiris perasaan penganut agama Islam di negeri ini khususnya, katanya.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat laporan polis bagi mempertahankan kandungan khutbah Hari Raya Aidilfitri yang didakwa bersifat ekstremis. Ia susulan status dimuat naik Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking seolah-olah mendakwa kumpulan ekstremis kini mentadbir Selangor ekoran kandungan khutbah itu menyentuh Rang Undang Undang Syariah.
21
KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENYATAAN TENDER
1. Tender adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor di Malaysia yang berkelayakan seperti di dalam jadual di bawah dan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini bagi kerja-kerja berkaitan untuk Projek Pembangunan Loji Rawatan Air Labohan Dagang, Daerah Kuala Langat seperti berikut :-
Penularan dakyah IS
Selangor sedia bertindak OLEH NAZLI IBRAHIM
DR AHMAD YUNUS HAIRI Exco Hal Ehwal Agama Islam
ED
SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sentiasa memantau dekat penyebaran dakyah atau propaganda kumpulan militan Negara Islam (IS) di negeri itu. Exco Hal Ehwal Agama Islam, Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, berkata orang ramai juga diseru bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui sebarang aktiviti gerakan itu. JAIS dan MAIS sentiasa memantau rapi jika ada sebarang penularan IS di Selangor dalam apa bentuk sekalipun termasuklah penerbitan dalam Bahasa Melayu. Hingga kini belum ada sebarang maklumat yang mendakwa ada penerbitan Bahasa Melayu berkenaan IS. Kalau ada, JAIS dan MAIS akan mengambil tindakan segera. Saya juga berharap masyarakat awam dapat bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika mengetahui ada aktiviti IS di Selangor, katanya kepada SelangorKini. Ahmad Yunus berkata, kedua institusi agama terbabit sentiasa memandang berat terhadap setiap laporan dikemukakan dengan membuat siasatan rapi bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil. Selain itu, katanya, masyarakat awam juga boleh melaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Orang ramai juga diseru bekerjasama dengan melaporkan kepada pihak berkuasa jika mengetahui sebarang aktiviti gerakan itu
WAKTU SOLAT SELANGOR 22-29 Julai 2016 17 -24 Syawal 1437H
Gombak, Hulu Selangor, Rawang, Hulu Langat, Sepang, Petaling, Shah Alam
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak
22Jumaat 5.40 5:50 7.11 1:22 4:46 7:30 8:44 23 Sabtu 5.40 5:50 7.11 1:23 4:45 7:30 8:44 24 Ahad 5.40 5:50 7.11 1:23 4:45 7:30 8:44 25 Isnin 5.40 5:50 7.11 1:23 4:45 7:30 8:44 26 Selasa 5.41 5:51 7.11 1:23 4:45 7:30 8:44 27 Rabu 5.41 5:51 7.11 1:23 4:45 7:30 8:43 28 Khamis 5.41 5:51 7.11 1:23 4:44 7:30 8:43 29 Jumaat 5.41 5:51 7.11 1:22 4:44 7:30 8:43
Tajuk No. Taraf/Jenis Syarat-syarat Harga Tender Syarikat Pendaftaran Dokumen
Tarikh dan Masa Taklimat dan Lawatan Tapak
PROJEK PEMBANGUNAN LOJI RAWATAN AIR LABOHAN DAGANG, DAERAH KUALA LANGAT
Tarikh: 26 Julai 2016 (Selasa)
Pakej B Membina, Menguji Dan Mentauliah Sebuah Tangki Air Konkrit Bertetulang Muatan 40 ML, Kerja-Kerja Cerun, Jalan Masuk Serta Kerja-Kerja Berkaitan di Bukit Jugra, Kuala Langat, Selangor
TERBUKA/T2
2. Berdaftar dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Permit C1 (Bekalan Air)
RM1,000.00/ satu set (tidak akan dikembalikan)
Masa: 10.00 pagi Tempat: Tingkat 15, UPEN (WAJIB)
3. Berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor (seperti perkara 5 di bawah)
2. Petender adalah diwajibkan untuk menghadiri taklimat yang akan diadakan pada hari Selasa, 26 Julai 2016 jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat, Tingkat 15, UPEN, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah serta menghadiri lawatan tapak selepas taklimat diberikan. Petender-petender yang tidak menghadiri taklimat dan lawatan tapak tidak layak untuk membeli Dokumen Tender. Sesi taklimat dan lawatan tapak adalah diwajibkan kepada PENAMA di dalam Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), PUKONSA, UPKJ atau Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat, Kementerian Kewangan. Syarikat tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada PENAMA dalam sijil yang telah dinyatakan di atas. 3. Dokumen Meja Tender boleh disemak bermula pada hari Selasa, 26 Julai 2016 bermula pada jam 2.00 petang di alamat :PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN
4. Dokumen Tender akan mula dijual bermula pada hari Rabu, 27 Julai 2016 pada waktu pejabat di alamat tersebut di atas. 5. Petender dikehendaki terlebih dahulu berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor. Petender boleh berbuat demikian di Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan, UPEN, Tingkat 4 sebelum membeli Dokumen Tender. Petender dikehendaki untuk mengemukakan Resit Pengesahan Pendaftaran sebagai bukti kontraktor telah berdaftar dengan UPEN semasa membuat urusan pembelian Dokumen Tender. 6. Tarikh akhir penjualan Dokumen Tender adalah pada hari Jumaat, 05 Ogos 2016. Dokumen Tender tidak akan dikeluarkan selepas dari tarikh tersebut. 7. Dokumen Tender akan dikeluarkan kepada wakil-wakil dari syarikat kontraktor yang sah sahaja. Untuk maksud ini, petender hendaklah membawa Perakuan Pendaftaran Asal atau Kad Perakuan Permohonan Pendaftaran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Sijil Asal Pendaftaran Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) dan Resit Pengesahan Bayaran Pendaftaran dengan Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor semasa membeli Dokumen Tender. Salinan Sijil Pendaftaran boleh diterima jika disahkan oleh Agensi berkaitan. 8. Bayaran untuk Dokumen Tender hendaklah dibuat dalam bentuk Draft Bank atau Kiriman Wang di atas nama Bendahari Negeri Selangor. 9. Petender perlu mematuhi syarat-syarat yang terkandung di dalam Arahan Kepada Petender dan Syarat-Syarat Membuat Tender di dalam Dokumen Tender sebelum mengemukakan tender. Jika Dokumen Tender yang dikemukakan didapati tidak mematuhi syarat-syarat tersebut, dokumen itu akan ditolak tanpa pertimbangan seterusnya. 10. Dokumen Tender yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan nombor tender pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender sebelum atau pada pukul 12.00 tengahari, 26 Ogos 2016 (Jumaat) di alamat :PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI SELANGOR Seksyen Makro & Penswastaan, Unit Perancang Ekonomi Negeri, Tingkat 16, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, SELANGOR DARUL EHSAN
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat
Imsak Subuh Syuru' Zuhur Asar Maghrib Isyak 22 Jumaat 5.42 5:52 7:13 1:24 4:48 7:32 8:46 23 Sabtu 5.42 5:52 7:13 1:25 4:47 7:32 8:46 24 Ahad 5.42 5:52 7:13 1:25 4:47 7:32 8:46 25 Isnin 5.42 5:52 7:14 1:25 4:47 7:32 8:46 26 Selasa 5.42 5:52 7:14 1:25 4:47 7:32 8:46 27 Rabu 5.43 5:53 7:14 1:25 4:47 7:32 8:45 28 Khamis 5.43 5:53 7:14 1:25 4:46 7:32 8:45 29 Jumaat 5.43 5:53 7:14 1:24 4:46 7:32 8:45
2081/15/3
1. Berdaftar dengan CIDB di bawah SPKK Gred G7 Kategori Pengkhususan CE21 dan CE41
11. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan, berbangkit dengan apa jua sebab yang mungkin boleh dikemukakan, akan ditolak dan tidak akan dipertimbangkan. 12. Kerajaan tidak terikat untuk menerima tender yang termurah/terendah atau mana-mana tender atau memberi apa-apa sebab di atas penolakan tender. Kerajaan juga mengikut budi bicaranya tidak terikat untuk memberi maklum balas kepada sebarang bantahan yang mungkin diterima berkenaan tender. Kerajaan juga berhak menerima keseluruhan atau sebahagian daripada tender dan segala keputusan Kerajaan adalah muktamad. # Tawaran Terbuka kepada:
T2 :
(i) Syarikat 100% milik warganegara; atau (ii) Syarikat tempatan yang disenaraikan di Bursa Malaysia; atau (iii) Syarikat usaha sama yang diperbadankan di Malaysia (tidak kira sama ada disenaraikan di BSKL atau tidak) dengan syarat pegangan ekuiti asing tidak melebihi empat puluh sembilan (49%) dan majoriti ahli Lembaga Pengarah, pengurusan dan pekerja adalah warganegara.
Wanita & Kebajikan
22
SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
Masalah ekonomi dan kurang kesedaran agama
Keganasan rumah tangga meningkat OLEH SYASYA SUFIAN
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
SHAH ALAM - Masalah domestik dan ekonomi yang menjadi tekanan hingga mengakibatkan hilang pertimbangan berfikir secara rasional antara punca peningkatan kes keganasan rumah tangga. Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata keadaan itu menjadi masalah utama hingga mengakibatkan wanita dan kanak-kanak sering kali menjadi mangsa kaum lelaki melepaskan geram. Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa mengambil serius isu dihadapi wanita di Selangor terutama yang mengancam kesejahteraan golongan itu dan keluarga. “Di peringkat Kerajaan Negeri, kita sudah melaksanakan pelbagai program pembangunan dan kesejahteraan keluarga
seperti taklimat keselamatan juga pembelaan wanita serta program advokasi. “Masyarakat sekeliling dan pasangan itu sendiri perlu bersikap terbuka selain berbincang sesama sendiri dan berfikiran matang bagi menyelesaikan masalah,” katanya kepada SelangorKini. Sementara itu, Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata kesedaran agama yang kurang juga menjadi salah satu punca berlaku keganasan rumah tangga. “Banyak kes yang berlaku apabila pasangan muda gagal mendapat bantuan kaunseling ketika menghadapi tekanan hidup dengan kos tinggi dan beban kewangan banyak. “Masyarakat harus dididik bahawa keganasan rumah tangga adalah jenayah yang harus dibanteras. Advokasi dan
talian bantuan harus diperluaskan dengan bantuan orang ramai kerana kebanyakan mangsa yang mengalaminya hanya berdiamkan diri,” katanya. Katanya, orang ramai yang memerlukan khidmat bantuan nasihat, perlindungan dan kaunseling boleh menghubungi talian 019-3567372.
Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Kuala Lumpur melaporkan kes keganasan rumah tangga meningkat setiap bulan iaitu 30 peratus atau kira-kira 150 kes. Kebanyakan kes yang dilaporkan adalah kes rogol, penderaan terhadap kanak-kanak, cabul dan liwat.
Di peringkat Kerajaan Negeri, kita sudah melaksanakan pelbagai program pembangunan dan kesejahteraan keluarga seperti taklimat keselamatan juga pembelaan wanita serta program advokasi DR DAROYAH ALWI
Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga
Tambah baik Selangor Food Stamp Bendung segera masalah rumah tangga tepati golongan sasar wai penyiasat terus membuka fail siasatan juga mohon Perintah Perlindungan Sementara. “Jangan sesekali tarik balik aduan dan pastikan kaki pukul ini dibawa ke muka pengadilan,” katanya kepada SelangorKini. Pada masa sama, katanya, wanita yang didera perlu mendapat laporan perubatan penuh dari hospital kerajaan. Apabila didera, cari tempat perlindungan sementara dan failkan kes yang sesuai. Jika fasakh atau taklik, semua laporan itu sangat penting jika mangsa tiada saksi. “Keganasan rumah tangga adalah kitaran kejam. Ada anak yang sedang memerhati dan tidak mustahil akan mengulangi perilaku sama,” katanya.
ED
SHAH ALAM - Isu keganasan rumah tangga perlu dibendung daripada awal kerana ia boleh meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan juga negara. Naib Presiden (Hal Ehwal Wanita) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Fadhlina Sidek, berkata keganasan rumah tangga adalah masalah yang hangat diperkatakan dan menjadi semakin serius masa kini. Katanya, ia dialami hampir semua negara di seluruh dunia tanpa mengira bangsa, agama, kaum, jantina, keturunan, atau kedudukan. “Antara beberapa langkah yang perlu diambil wanita apabila berlaku keganasan rumah tangga adalah pastikan anda membuat laporan polis dan minta pega-
SHAH ALAM - Program Sela-ngor Food Stamp akan ditambah baik daripada segi bahan barangan yang diedarkan selepas Aidilfitri, kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Beliau berkata, pihaknya sudah berbincang dan mengenal pasti bentuk barangan yang akan ditukar supaya ia menepati golongan sasar. “Mungkin ada sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan bentuk barangan diberikan, justeru kita mengambil maklum perkara ini. “Kita sudah mengenal pasti bentuk barangan yang akan ditukar dan berbincang dengan pihak terbabit,” katanya kepada SelangorKini. Daroyah berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan pemberian itu dinikmati golongan berpendapatan rendah dan mem-
punyai ramai tanggungan atau ibu tanggal, bukan hanya memfokuskan warga emas sahaja. Jumaat minggu ketiga setiap bulan dipilih sebagai Hari Smart Selangor Food Stamp bermula 17 Jun lalu. Program terbabit bertujuan membantu meringankan kos sara hidup rakyat berpendapa-
tan rendah dan miskin yang mempunyai anak serta tanggungan ramai supaya mereka berkecukupan juga tidak kelaparan. Seramai 5,600 keluarga termiskin di Selangor dijangka menerima manfaat program itu bersamaan 100 orang setiap DUN.
Sokong usaha realisasi Selangor negeri kebajikan SHAH ALAM - Kerajaan Negeri sentiasa menyambut baik inisiatif pelbagai pihak untuk menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan, kata Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi. Beliau berkata ia termasuklah usaha daripada syarikat korporat dan individu yang menyumbang kepada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS). “Saya berharap dan menyeru semua anak syarikat Kerajaan Selangor, syarikat
swasta mahupun individu supaya memberi sokongan dengan menyumbang kepada tabung kebajikan seluruh negeri. Bersama-samalah kita membulatkan tekad dan menyokong sepenuhnya usaha ini supaya Selangor terus diiktiraf sebagai negeri maju yang menjaga kebajikan rakyatnya”, katanya dalam kenyataan. YAWAS adalah skim di bawah platform bantuan kewangan kepada ahlinya yang mana wang sumbangan disa-
lurkan kepada mereka yang menghidapi sakit kronik, kehilangan ibu bapa dan terlibat dalam bencana alam. YAWAS sebelum ini giat merangka pelan jangka panjang bagi mengukuhkan peranannya menyokong usaha Kerajaan Negeri menjadikan Selangor sebagai negeri berkebajikan. Ini termasuklah pelan kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam membantu anak-anak TAWAS kurang bernasib baik.
Sukan SelangorKini 22 - 29 Julai 2016
23
SUKMA Sarawak
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Selangor sasar tuai �8 pingat emas OLEH AFIX REDZUAN
Foo Kok Keong jadi inspirasi SHAH ALAM - Semangat juang tinggi dipamerkan lagenda badminton negara, Foo Kok Keong perlu dijadikan inspirasi kepada semua atlet. Maka atas semangat itu, Exco Pembangunan Generasi Muda, Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Usahawan, Amirudin Shari, berkata Kerajaan Negeri berbesar hati menyokong penganjuran kali kelima Kejohanan Badminton Antarabangsa Piala Foo Kok Keong. “Kejohanan ini bukan sahaja
bertujuan mengumpulkan pemain yang pernah menjadi lagenda satu ketika dahulu, tetapi kita memilih Foo Kok Keong kerana mempunyai semangat juang luar biasa. “Masih kita ingat pada 1992 ketika beliau demam, namun tetap bertarung demi negara. “Teknik, kemahiran dan tektikal dalam sukan ada kalanya berubah. Dari semangat juang dan semangat kesukanan tinggi ini, ia akan kekal diingati,” katanya kepada SelangorKini.
Kejohanan Piala Foo Kok Keong berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 17 Julai disertai 12 pasukan dari dalam dan luar negara. Enam pasukan luar negara yang menyertai pertandingan itu adalah dari Indonesia, Thailand, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Australia. Dalam kejohanan sama, Amirudin turut meluangkan masa mempamerkan kemahiran bermain badminton bersama Foo Kok Keong dalam aksi beregu.
Tajaan pelbagai pihak mampu buah hasil
ED
SHAH ALAM - Kesungguhan Megat Ahmad Aslam Megat Azman dalam sukan kapal layar hingga membolehkan pasukannya, Alpha Racing Team merangkul tempat kedua dalam pertandingan kapal layar di Tasik Ledro, Itali diharap membuka mata pihak korporat dan badan berwajib di negara ini. Bapa pelayar berusia 23 tahun itu, Megat Azman, berkata ia ekoran penglibatan anaknya mampu membuahkan hasil lebih baik untuk sukan kapal layar negara jika mendapat sokongan pihak terbabit. “Pada masa ini dengan perbelanjaan sendiri, Aslam akan berada di Eropah selama sebulan untuk mendapatkan pendedahan dan peluang yang ada di sana. “Seharusnya ada pihak yang boleh memberi sokongan dan bantuan kerana saya melihat kesungguhan Aslam, malah sukan ini berpotensi serta harus diberi perhatian pihak berwajib,” katanya kepada SelangorKini. Beliau berkata, potensi kategori ‘match racing’ dapat dilihat apabila kebanyakan kejohanan sukan kapal layar berprestij dunia seperti American Cup turut menjadikannya sebagai kategori tertinggi dalam kejohanan masing-masing. Katanya, ketika ini Megat Ahmad Aslam berjaya membuktikan penglibatan pihak berwajib dan badan korporat pada masa akan datang adalah berbaloi apabila beliau mampu menandingi pasukan yang mempunyai ranking dunia
tertinggi. “Apabila dia memutuskan ingin ke Itali walaupun pertandingan itu berjalan pada hari raya kedua, saya memberi sokongan penuh. “Mujur ada bantuan daripada keluarga dan dia berjaya capai apa yang disasarkan dengan mendapat tempat kedua,” katanya. Pasukan Alpha Racing team akan menyertai pertandingan di Singapura pada September ini. Megat Ahmad sebelum ini pernah memenangi pingat gangsa ketika mewakili negara pada kejohanan Regatta Antarabangsa Qatar 2009 dan menyertai pertandingan Asia Pasific Cup 2014 di Singapura.
SHAH ALAM - Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor mensasarkan kutipan 48 pingat emas daripada penyertaan 24 acara dalam SUKMA ke-18 di Sarawak. Timbalan Pengarah Pembangunan Sukan MSN Selangor, Mohamad Nizam Marjugi, berkata meskipun Selangor pernah muncul juara keseluruhan dengan jumlah kutipan pingat lebih besar, namun sasaran itu disifatkan sebagai realistik. “Dalam edisi lepas kita berjaya mengutip 38 pingat emas. Sasaran kita realistik berdasarkan saingan yang bakal dipamerkan kontinjen lain. “Kita jangkakan saingan sengit dari Wilayah Persekutuan,
Terengganu dan tuan rumah Sarawak,” katanya kepada SelangorKini. Seramai 432 atlet Selangor akan beraksi dengan slogan pasukan Smart Selangor Tekad Juara dengan acara renang, menembak dan berbasikal dijangka mampu meraih banyak pingat. Dalam edisi lalu, Selangor berjaya menduduki tempat keempat keseluruhan selain berhasrat memperbaiki kedudukan di Sarawak. SUKMA ke-18 Sarawak bakal berlangsung bermula 22 hingga 31 Julai ini.
Sukma Sarawak
Selangor sasar tuai �8 pingat emas 23
Red Giants terus lakar kemenangan
SHAH ALAM - Kejayaan dicipta Selangor ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM), adalah hasil usaha dan semangat sepasukan tinggi dipamer pemain hingga tamat perlawanan. Ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, berkata pemain The Red Giants membuktikan mereka mampu melakukannya bagi meraih kemenangan, namun usaha perlu dilakukan bagi menambah ketajaman di bahagian hadapan pasukan. “Pasukan membuat comeback yang baik dalam separuh masa kedua. “Saya tekankan perkara ini dan pemain menggandakan usaha dengan berjaya menjaringkan gol kemenangan. “Ini sesuatu yang baik untuk pasukan dan saya mahu mereka terus begini walaupun ketika kita mendahului atau tidak, “ katanya kepada media selepas perlawanan antara Selangor dan PDRM di Stadium Shah Alam, baru-baru ini. Selangor mengalahkan PDRM 2-1 hasil jaringan minit terakhir pertahanan import, Ugo Ukah. Sebelum itu, Ahmad Hazwan Bakti menjaringkan gol penyamaan pada minit 52 bagi memadam pendahuluan PDRM melalui gol dicatat Guilherme De Paula (m28). Dalam separuh masa pertama, barisan serangan Selangor mencipta beberapa peluang di depan pintu gol PDRM tetapi penyudahan kurang berkesan menghampakan pengurusan pasukan. Mengulas lanjut, Zainal berkata, Selangor terus meningkatkan usaha bagi mengatasi kekurangan itu dalam latihan dijalani berikutan perjalan liga masih jauh. “Peningkatan dalam pasukan ada tetapi kita teruskan usaha sepertimana dapat dilihat hasilnya. “Kita kena ingat jika tak dapat gol, ia adalah satu bencana bagi kita,” katanya menambah Selangor berdepan jadual padat Liga Super dan Piala Malaysia selepas ini.
A SE RAN LA D NG IG OR ITA KIN L I
Semangat pasukan rencah kejayaan
OLEH HAFIZAN TAIB
Patut kenduri gol
ED
SHAH ALAM - Pasukan The Red Giant sepatutnya mampu kenduri gol jika 12 percubaan tepat dihasilkan ke pintu gol PDRM dalam perlawanan 16 Julai lalu berjaya diterjemahkan kepada jaringan. Pengurus Pasukan, Amirudin Shari, berkata namun sayang apabila peluang yang ada menjadi siasia ekoran ketumpulan penyudah barisan hadapan pasukan Selangor. “Saya harap kita dapat kekalkan momentum, cuma perlu memperkemaskan sedikit sahaja serang-an dapatkan gol. Kita mengharapkan jaringan akhir minit walaupun kita mencipta peluang yang banyak. “20 percubaan ke pintu gol dibuat dan 12 daripadanya tepat tetapi tidak gol. Kalau tiga daripada 12 itu dapat diterjemahkan kepada jaringan kita menang 4-1,” kata Amiruddin pada majlis rumah terbukanya di Kompleks Kediaman Exco di sini, 17 Julai lalu. Katanya, ketika ini konsistensi dan ketajaman
barisan serangan Selangor amat diperlukan lebih-lebih lagi menjelang pusingan kedua Liga Super dan Piala Malaysia yang bermula pada 12 Julai lalu. Selepas bercuti panjang, Selangor memulakan sambungan Liga Super dan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila memenangi dua perlawanan berturut-turut walaupun dengan kemenangan tipis. Pada perlawanan Liga Super, Selangor berjaya menundukkan PDRM 2-1, manakala dalam perlawanan Piala Malaysia sebelumnya, Selangor menewaskan Kuala Lumpur 1-0.
Bunyamin membanggakan, isi kekosongan Azrif
SHAH ALAM - Zainal Abidin Hassan berpuas hati dengan persembahan membanggakan ditunjukkan Bunyamin Umar di bahagian pertahanan ketika perlawanan menentang Polis Diraja Malaysia (PDRM), 16 Julai lalu. Dalam perlawanan Liga Super di Stadium Shah Alam di sini, mantan ketua pasukan
itu diturunkan bagi mengisi kekosongan pertahanan kanan ditinggalkan Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham yang berpindah ke Johor Darul Ta zim (JDT). “Dengan pengalaman dimiliki, Bunyamin berjaya mengemudi bahagian terbabit dengan berkesan. “Bunyamin seorang pemain berpengalaman dan dia me-
ngisi kekosongan itu serta menjalankan tugas dengan baik. “Saya harap dia mampu mengekalkannya,” katanya kepada media selepas perlawanan berkesudahan Selangor menang 2-1. Azrif meninggalkan Selangor dan berhijrah ke JDT sehari sebelum jendela perpindahan pemain ditutup.
Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan Dicetak oleh Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd Lot 6, Jln Tukang 16/4, Sek. 16, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Tel : 03-5519 6373 Fax : 03-5512 7985