Selamat Mikraj
Menyambut
Isra’
&
Majlis Belia Malaysia (MBM) mengucapkan Selamat Menyambut Isra’ & Mikraj. Marilah kita bersama-sama menghayati peristiwa ini.
Peristiwa Israk dan Mikraj Sebelum Israk dan Mikraj Peristiwa Israk dan Mikraj memang menakjubkan, yang berlaku pada malam 27 Rejab, tahun ke-11 daripada kerasulan Nabi Muhammad saw. Peristiwa besar ini amat luar biasa yang dialami oleh Nabi saw dan dianggap sebagai satu anugerah daripada Allah swt. Ini sebagai tanda keagungan dan kebesaranNya. Israk Mikraj adalah satu peristiwa yang sangat luarbiasa yang telah dilalui Rasulullah s.a.w. Rasulullah telah melalui Israk dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa di Palestine. Mikraj pula merujuk kepada perjalanan Nabi merentas tujuh lapis langit hingga ke Sidratul Muntaha dan ke Mustawa. Semua itu berlaku hanya dalam satu malam.
Tahun Dukacita Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku setelah Nabi menempuh tahun dukacita di mana Nabi telah kehilangan orang yang paling dikasihi dalam hidupnya, iaitu isteri baginda, Siti Khadijah, dan bapa saudara baginda, Abu Talib. Mereka berdua adalah tokoh penting yang telah membantu usaha dakwah baginda di peringkat awal. Tidak lama kemudian, berlakulah pula peristiwa
Taif, di mana baginda telah meghadapi cobaan yang sangat mencabar. Nabi telah dihina, dicerca dan dikecewakan oleh penduduk Taif yang telah menolak usah dakwah baginda. Bayangkanlah bagaimana remuk redamnya perasaan Nabi ketika itu. Hilang teman hidup yang telah berkorban segala-galanya untuk Nabi dan perjuangan Islam, kemudian dikecewakan, dimalukan dan dicederakan oleh bangsanya sendiri. Baginda keseorangan dalam menghadapi tentangan musyrikin jahiliah. Di saat kesedihan yang amat sangat itulah Jibril datang membawa pesan gembira untuk mengiringi Nabi untuk israk dan mikraj bertemu Pencipta nya. Itulah hadiah yang paling bermakna ketika baginda memerlukannya. Pembedahan dada/Perut Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika’il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan “khatimin nubuwwah”. Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan “Israk” itu. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke MasjidilAqsa): Sepanjang perjalanan (Israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempattempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah: i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa a. s. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A. S. dilahirkan);
Perjalanan Israk/ Mikraj Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin ‘Afrit dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya : Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyithoh (tukang sisir rambut anak Fir’aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir’aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir’aun sebagai Tuhan). Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang). Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke tua. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat. Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua
rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum. Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah): Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah). Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Ada A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi ‘Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan NabiNabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit
ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma’mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, “Engkau akan berjumpa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha’if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu l HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH”. Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, “Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WALHAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- ‘ALIYYIL-‘AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga”. Setelah melihat beberapa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam BaitulMakmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah). Tangga Kelapan: Di sinilah disebut “al-Kursi” yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tidak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penjaganya. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur ‘Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-
Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya: Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan ‘Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah alBaqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah ‘Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwaul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panjipanjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang. Mengurangkan Waktu Solat Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50
waktu juga. Selepas Mikraj Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah. Kesimpulan Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali tibanya 27 Rejab . Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya. Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka. Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam. Mafhum Firman Allah S. W. T. : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil
Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1)
Kelainan sambutan Hari Belia Negara 2014 SEREMBAN – Kementerian Belia dan Sukan akan membuat beberapa pembaharuan pada sambutan Hari Belia Negara tahun ini dengan memulakannya di peringkat daerah, sebelum diteruskan di peringkat negeri dan kemuncaknya Festival Belia Putrajaya. Sambutan Hari Belia Negara tahun ini akan berlangsung di Putrajaya dari 22 hingga 25 Mei ini, kata menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Sambutan di peringkat daerah dan negeri bertemakan ‘Jom Ke Putrajaya’, manakala tema keseluruhan sambutan pula ialah ‘Dari Belia Untuk Belia’, katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Mesra Belia peringkat daerah Seremban 2014 di Kampung Labu Hilir, dekat sini, hari ini. “Saya telah membuat keputusan untuk kita ‘mengakarumbikan’ sambutan hari belia bermula dari peringkat daerah, kemudian ke peringkat negeri dan selepas itu baharulah Festival Belia Putrajaya yang menjadi acara kemuncak sambutan Hari Belia Negara tahun ini,” katanya. Khairy berkata, pendekatan baharu yang lebih mesra ini diharap akan mendapat penglibatan golongan belia di seluruh negara.
“Pendekatan ini saya rasa lebih mesra sebab kita dapat beri peruntukan sampai ke peringkat daerah untuk menganjurkan program dan acara. Saya melihat pendekatan ini amat diperlukan sebab sebelum ini kita melihat sambutan hari belia ini menjadi kemuncak bagi acara belia tahunan di mana terlalu banyak tertumpu kepada Putrajaya,” katanya. Bersempena sambutan itu, Konvensyen Hari Belia anjuran Majlis Belia Malaysia akan diadakan pada 15 Mei. – Bernama http://www.sinarharian.com.my/nasional/kelainan-sambutan-haribelia-negara-2014-1.274491
KARNIVAL LITERASI PENGGUNA, EKONOMI DAN KEMAHIRAN BERKOPERASI Batu Pahat, 18 Mei 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan kerjasama Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Wilayah Johor serta UMNO Bahagian Sri Gading telah menganjurkan Karnival Literasi Pengguna, Ekonomi dan Kemahiran Berkoperasi (KALIBER 14) pada 17 hingga 18 Mei 2014 bertempat di Dataran Taman Perdagangan, Parit Yaani, Batu Pahat, Johor. Karnival selama dua hari ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi, Timbalan Menteri Pengangkutan merangkap Ahli Parlimen Sri Gading. Tujuan penganjuran KALIBER 14 ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepenggunaan dan seterusnya menerapkan budaya keusahawanan yang sihat dalam golongan belia disamping mengeratkan lagi hubungan bersama pemimpin kawasan. Keadaan ekonomi semasa yang dilihat agak mencabar merupakan salah satu
faktor yang boleh mengakibatkan sebahagian belia berhadapan dengan masalah seperti penipuan dalam urusan jual beli, penyelewangan dalam perniagaan dan kekurangan jaminan keselamatan. Karnival yang berlangsung seawal 8 pagi ini mengandungi pelbagai segmen seperti segmen keusahawanan, kerohanian, kesihatan, pendidikan & kemahiran, keselamatan, keseniana & kebudayaan serta kebajikan & kemasyarakatan. Pelbagai pertandingan menarik turut dianjurkan sepanjang berlangsungnya KALIBER 14 ini. Antara acara yang dipertandingkan adalah Pertandingan Gadis Anggun Menawan, Pertandingan Zapin Terbuka, Pertandingan Senam 1Malaysia, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak dan Pertandingan Street Soccer. Pengisian kerohanian turut tidak terkecuali dengan adanya segmen Bicara Hati bertajuk “ Ummah Cemerlang Melalui Perniagaan dan Kemahiran Berkoperasi” yang menampilkan selebriti TV Al-Hijrah iaitu Ustaz Taha Mohd Omar. Selain itu, hadirin turut dihiburkan dengan penampilan khas Felixia Yeap, Siti Nordiana serta Nubhan turut memeriahkan karnival selama 2 hari ini. Penganjuran KALIBER 14 ini sebenarnya turut menjadi medium kepada kerajaan untuk menyalurkan informasi-informasi berguna kepada masyarakat dengan adanya penyertaan daripada agensi-agensi seperti JPJ, JPAM, Unit Agropreneur Muda Malaysia (UAM), PDRM, Jab. Kesihatan, JKJR, KPDNKK dan SPRM. Penganjuran KALIBER 14 ini diharap dapat memberikan pendedahan yang berguna kepada masyarakat dan belia khususnya supaya menjadi belia yang kreatif, berinovatif dan berdaya saing.
Mempamer kreativiti anak muda FESTIVAL Belia Putrajaya (FBP) 2014, bakal berlangsung minggu ini. Penglibatan anak muda dalam festival kali ini adalah lebih menyeluruh berbanding FBP tahun lalu kerana mereka ialah perancangnya dan menghasilkan sesuatu program itu dengan kreativiti acuan mereka sendiri. Menteri Belia dan Sukan, KHAIRY JAMALUDDIN dalam wawancara bersama UTUSAN MALAYSIA baru-baru ini memberitahu, FBP 2014 bukan sekadar mahu memberi keseronokan kepada anak muda tetapi berharap ia dapat mengubah persepsi golongan tersebut terhadap kerajaan dan kementerian berkenaan bahawa kerajaan mendengar pandangan dan menghargai kreativiti mereka.
Apakah matlamat Festival Belia Putrajaya (FBP) tahun ini? Khairy: FBP 2014 yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat ini di Persiaran Perdana Putrajaya bertujuan mempamerkan kepelbagaian bakat anak muda negara dan seterusnya mendorong inspirasi serta kreativiti mereka melalui penganjuran pelbagai
bengkel, aktiviti dan acara. Buat pertama kali dalam penganjurannya, festival ini menampilkan acara pembuka tirai dengan program istimewa Malam Belia Berselawat yang akan diadakan pada hari Khamis malam Jumaat. Tema “Dari Belia, Untuk Belia” yang dipilih kali ini memberikan ruang seluas-luasnya buat anak muda untuk memberikan definisi tersendiri ke atas konsep kreativiti acuan mereka, di samping bersama-sama meraikan pesta yang penuh bertenaga ini. Kementerian juga bermatlamat menonjolkan kepelbagaian dalam festival kali ini. Acara-acara sepanjang festival turut di akar umbikan bagi memberi cita rasa tulen anak muda melalui penganjuran program yang memenuhi kehendak belia dari pelbagai latar belakang dan berlainan minat. Apakah maksud tema tersebut? Tema “Dari Belia, Untuk Belia” bermaksud festival itu hampir keseluruhannya dirancang oleh golongan belia bagi memastikan ia selari dengan kehendak dan cita rasa golongan muda. Perancangan festival ini dilaksanakan oleh individu serta kumpulan daripada latar belakang berlainan yang diharap dapat memenuhi pelbagai keperluan belia. Bagaimanakah sebelumnya?
festival
kali
ini
berbeza
dengan
tahun
Kita koordinasikan para vendor, persembahan dan aktiviti sepanjang festival secara teratur bagi mewujudkan suasana tersusun. Dengan menimbulkan keadaan dan rasa yang lebih segar, festival kali ini akan turut memberi nilai tambah yang lebih bermakna kepada para pengunjung. Pengunjung juga akan menyaksikan perubahan dalam reka bentuk material dan hiasan sepanjang festival.
Di samping itu, festival kali ini akan menyokong serta menampilkan lebih ramai bakat muda tempatan seperti Kyoto Protocol, W.A.R.I.S., Thrill Me Now, Lawa Nie Gang, Couple and Monoloque serta Manifesto and Asmidar. Kementerian akan turut menampil dan menyediakan platform buat karyawan indie tempatan seperti Kakiseni serta penerbit Buku Fixi yang dilihat tidak mendapat liputan dan perhatian arus perdana. Kepelbagaian acara dan pengisian festival kali ini dimeriahkan lagi dengan program Modal Insan meliputi aktiviti kerohanian seperti tilawah al-Quran, pertandingan nasyid, kompang formasi, pidato dan acara utama iaitu Belia Berselawat bagi menarik minat belia Islam. Di samping semua itu, kita akan mengekalkan acara tradisi seperti Karnival Jom Heboh dengan kerjasama Media Prima, serta program-program anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM). Lebih menarik, FBP 2014 turut diisi dengan beberapa acara terkenal dan signifikan seperti Karnival Kerjaya Pemuda BN, jualan buku Big Bad Wolf serta Zombie Run yang mempunyai pengikut tersendiri. Boleh
terangkan
tentang
Karnival
Mesra
Belia
(Jom
ke
Putrajaya)? Ia merupakan satu lagi kelainan dalam festival tahun ini. Para pengunjung yang pernah datang ke festival sebelum ini mungkin akan merasakan acara utama di Putrajaya telah dikecil atau dikurangkan. Ini sebenarnya kerana sepanjang beberapa bulan lalu, kementerian menganjurkan siri festival yang lebih kecil sehingga ke peringkat daerah di seluruh negara. Kita menganjurkan 105 Karnival Mesra Belia daerah dan 15 karnival peringkat negeri di mana setiap satu berjaya menarik kira-kira 1,000 belia yang mungkin langsung tidak berpeluang untuk hadir ke acara utama di Putrajaya. Dengan cara ini, golongan belia
di peringkat akar umbi turut berpeluang menyertai festival dan merasai sendiri mood serta suasananya.
Apakah antara persembahan muzik di festival nanti? Persembahan muzik kali ini akan menyaksikan gabungan pancaragam atau band indie dan band arus perdana. Dengan cara ini, kita dapat menyaksikan persembahan kumpulan yang sedang meningkat naik, diselangselikan dengan kumpulan yang sudah terkenal. Selain konsert muzik, festival kali ini akan turut diwarnai dengan persembahan kebudayaan termasuk nasyid, Chinese 24 Seasons Drums serta tarian tradisional masyarakat India dan itu membuktikan komitmen kami dalam memenuhi pelbagai cita rasa anak muda. Bagaimana dengan persembahan muzik artis luar negara dan apa aktiviti lain? Tiada persembahan muzik oleh artis luar negara pada festival kali ini. Sebanyak 60 aktiviti akan diadakan di empat zon merangkumi hiburan serta kebudayaan, peningkatan kendiri.
sukan,
sastera
dan
aktiviti
Selain itu terdapat Karnival Sukan Tradisional dan The Living City oleh #BetterCities, iaitu pameran interaktif yang memberi kesedaran kepada belia tentang pembangunan bandar menggunakan bata mainan. Pengunjung juga berpeluang melatih diri dengan teknik penanaman dan pertanian di Grow A Garden oleh Eat, Shoots and Roots, iaitu acara yang menggalakkan belia menyemai taman mini mereka tersendiri di dalam botol. Tidak kurang menarik, para pengunjung boleh menghidupkan
semula nostalgia dan zaman kegemilangan Tan Sri P Ramlee di pameran muzik #ProjekPiringHitam yang akan mengembalikan lagulagu lama dalam format digital. Orang ramai turut berpeluang menaiki bas sekolah lama yang diubah suai untuk melalui sekitar tapak festival bagi mengembalikan kenangan dan suasana zaman persekolahan. Peminat sukan ekstrem pula boleh turut serta atau menyaksikan acara motorcross, Redah 4×4, Drag Moto, aktiviti kecergasan dan senaman jalanan, seni pertahanan diri campuran serta kejohanan E Games. Siapakah kumpulan sasaran ke festival ini? Kami mensasarkan golongan belia di antara 15 ke 40 tahun namun turut mengalu-alukan kehadiran pengunjung dari segenap lapisan usia. Berapa ramai pengunjung dijangka menghadiri festival ini? FBP 2013 mencatatkan kehadiran kira-kira 2 juta pengunjung namun kita tidak meletakkan apa-apa sasaran pada penganjuran kali ini. Fokus utama festival tahun ini adalah untuk memastikan manfaat buat para pengunjung yang hadir. Apakah yang diharapkan melalui festival ini? Festival ini bukan semata-mata menyediakan keseronokan kepada para pengunjung tetapi aktiviti serta pengisian yang direncana diharap menjadi inspirasi kepada belia untuk menjadi lebih kreatif dan produktif. Festival ini akan mengumpulkan para pemimpin muda berbakat dari pelbagai bidang serta lapangan sama ada muzik, seni, sastera, keagamaan dan persatuan belia yang memberi manfaat kepada para pengunjung. Untuk para vendor dan mereka yang terlibat dalam pelbagai persembahan, ini merupakan antara platform terbaik bagi
melibatkan diri dalam bidang keusahawanan melalui peluang mempamerkan kebolehan masing-masing kepada orang ramai sepanjang festival. Bagaimana festival ini boleh membantu pembangunan belia dalam negara? Saya berharap perubahan dari segi suasana dan pengisian festival kali ini berupaya mengubah persepsi anak muda terhadap kerajaan dan Kementerian Belia dan Sukan. Festival kali ini diharap membuka mata semua pihak bahawa kerajaan sentiasa peka dan selari dengan cita rasa anak muda yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman. Bagaimana belia boleh terlibat atau menjadi sukarelawan dalam festival ini? Rakan Muda telah menganjurkan kempen merekrut sukarelawan pada Januari lepas dan kira-kira 3,000 tempat untuk sukarelawan telah pun diisi. Sebilangan besar mereka terdiri daripada ahli Persatuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Bagaimana orang ramai boleh mengunjungi festival ini? Masuk adalah percuma untuk semua. Pengunjung digalakkan supaya menggunakan pengangkutan awam ke festival dari stesen KLIA Transit (di hentian Putrajaya Sentral), di mana bas pengantara akan mengambil penumpangpenumpang ke tapak festival. Untuk mereka yang ingin memandu kereta, terdapat kemudahan Park & Ride di Putrajaya. Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Rencana/20140519/re_05/Mempamer-kr eativiti-anak-muda#ixzz327Reafy3 © Utusan Melayu (M) Bhd