SEKRETARIAT PESTA ANG POW KE-21 (PAP 21)
KERTAS KERJA MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21 TARIKH: 6 MAC 2015 TEMPAT: DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK (DECTAR) UKM ANJURAN: SEKRETARIAT PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21 DENGAN KERJASAMA: PERGERAKAN PEMUDA MALAYSIA (YMM)
TEMA: “ MEMARTABATKAN KESEFAHAMAN BUDAYA TIONG HUA KE ARAH INTEGRASI DAN PERPADUAN BERSAMA "
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
KERTAS KERJA SEKRETARIAT PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21
1.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan dari Jabatan Perkhidmatan Pelajar untuk mengadakan Pesta Ang Pow Ke-21.
2.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG 2.1 PENGENALAN RINGKAS PESTA ANG POW Pesta Ang Pow (PAP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu persatuan kebudayaan yang mengekalkan tradisi Tiong Hua bersama mahasiswa/i UKM. 2.2 SEJARAH/REKOD Pesta Ang Pow (PAP) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) merupakan salah satu projek kebudayaan yang diperakui oleh pihak berkuasa UKM sejak tahun 1995. Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) merupakan badan induk kepada projek kebudayaan ini. Sebelum tahun 1995, program Pesta Ang Pow (PAP) ini adalah dikenali sebagai Malam Pesta Ang Pow (MAP). MAP telah kemudiannya diubah nama kepada PAP pada tahun 1995 atas sebab perubahan yang telah dibuat pada corak aktiviti. Walaubagaimanapun, masa penubuhan MAP tidak dapat dipastikan lagi akibat kekurangan catatan bertulis. Berdasarkan rujukan catatan yang sedia ada, MAP dipercayai mula ditubuhkan pada tahun 1989. Objektif mengadakan projek ini adalah seperti berikut:a. Meningkatkan kefahaman khasnya kepada mahasiswa/i UKM dan orang awam terhadap perayaan tradisional kaum Tiong Hua. b. Mewujudkan suasana harmonis di kampus UKM untuk menggalakkan intergrasi budaya. c. Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan mahasiswa/i UKM di samping mengenali semangat sesuatu perayaan. Sebelum tahun 1995, jamuan makan malam merupakan aktiviti utama MAP. Pada tahun 1995, pihak sekretariat telah mengadakan pameran yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman orang awam terhadap budaya tradisional Tiong Hua. Ini bermakna PAP pada tahun 1995 mempunyai dua aktiviti utama iaitu pameran dan jamuan makan malam PAP. Justeru itu, MAP telah bertukar nama kepada PAP. 2
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Untuk memudahkan pihak sekretariat pada masa depan untuk mengkaji sejarah PAP, pihak sekretariat pada tahun 1998 tidak lagi menggunakan angka tahun sebagai sebahagian daripada nama projek tersebut manakala penamaan berdasarkan jumlah kali projek ini diadakan telah digunakan. Maka pada tahun 2014/2015, sekretariat ini telah dinamakan sebagai Pesta Ang Pow Ke-21 ( PAP 21 ). 2.3 IDEA UNTUK MENJALANKAN PROGRAM INI Selama ini, Pesta Ang Pow telah mengadakan pelbagai jenis aktiviti demi mewarisi budaya Tiong Hua dan mempertingkatkan lagi persefahaman mahasiswa/i UKM terhadap budaya Tiong Hua. Pada 4 tahun yang lalu, Pesta Ang Pow Ke-17 (PAP 17) telah berjaya membawa masuk budaya tarian singa ke UKM. Budaya tarian singa ini telah menarik minat orang ramai termasuklah kaum-kaum yang lain seperti melayu, cina, dan india. Pada 3 tahun yang lalu, Pesta Ang Pow Ke-18 (PAP 18) telah meneruskan tradisi kebudayaan ini. Pihak sekretariat telah mengadakan satu drama yang bertema “naga”. Drama naga ini merupakan drama yang pertama kali dibawa masuk ke universiti di seluruh Malaysia. Pada tahun 2013 sekretariat sekali lagi membawa pembaharuan dengan mewujudkan “China Town” di dalam UKM sebagai Karnival Kebudayaan Amal. Manakala, pada tahun 2014, sekretariat telah membawa tema “Menjejaki detik-detik sejarah” ke jamuan makan malam yang memberi dedahan kepada para hadirin tentang peristiwa-peristiwa dan watak-watak bersejarah yang penting. Sebagai hasilnya, aktiviti yang penuh bermakna ini telah mendapat banyak pujian daripada orang ramai. Bagi meneruskan tradisi kebudayaan Tiong Hua, Pesta Ang Pow Ke-21 akan menitikberatkan konsep mempromosikan kesefahaman budaya antara semua kaum. Dengan ini, kami akan mengadakan satu Maljis Persembahan Kebudayaan yang berkonsep Pesta Raya Ang Pow. Konsep baru ini merangkumi gabungan budaya perayaan pelbagai bangsa yang lain dengan budaya perayaan Tiong Hua. Konsep ini juga berteraskan kepada nilai-nilai penting dalam gagasan 1Malaysia seperti hormat-menghormati dan rendah hati(tawadhuk) yang bertujuan untuk memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Mahasiswa/i amat digalakkan untuk menghadiri Majlis ini bagi menyambut perayaan bersama-sama agar mencapai integrasi kaum di dalam kampus. Persembahan yang menarik akan disediakan kepada hadirin-hadiran, antaranya adalah tarian tradisional yang bercorak berbilang kaum, tarian singa dan nyanyian lagu. Jamuan akan dihidangkan dan sasaran kami pada sesi 2014/2015 adalah sebanyak 1000 orang yang terdiri daripada warga UKM dan orang awam yang berminat. Bagi memperkenalkan Pesta Ang Pow kepada semua warga UKM, terutamanya kepada mahasiswa/i tahun 1 sebagai salah satu persatuan budaya yang aktif, kami akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow pada November 2014. Pihak Sekretariat kami akan mengumumkan tajuk malam Pesta Ang Pow bagi sesi 2014/15 pada malam Majlis Pelancaran Projek ini. Majlis ini adalah sebagai treler bagi Maljis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow supaya warga UKM dapat menyaksikan pendedahan tajuk dan isi-isi yang bakal dipersembahkan dalam Maljis Persembahan Kebudayaan. 3
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Selain itu, pihak sekretariat juga akan menjalankan aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim dalam kawasan sekeliling Kajang dan Bangi yang akan berlangsung dari Oktober 2014 sehingga Januari 2015. Selain daripada mengadakan aktiviti bergotong-royong dan aktiviti interaksi melalui permainan-permainan di rumah anak yatim, program “Kasih Hasrat Malaikat” turut akan dijalankan semasa lawatan ke rumah anak yatim diadakan. Dalam program ini, ahli-ahli Sekretariat akan mengumpulkan hasrat-hasrat kanak-kanak yang ingin dicapai, dan menunaikan hasrat mereka dalam tempoh masa 3 bulan dengan sedaya upaya, serta program ini juga akan direkodkan dan ditayangkan pada malam jamuan Pesta Ang Pow. Tambahan lagi, demi memperkenalkan seni-seni tradisional Tiong Hua kepada anak-anak yatim, anggota sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 juga akan menjadi tutor kepada kanak-kanak, mengajar mereka menari tarian tradisional Cina, menulis tulisan kaligrafi dan mengunting seni kertas merah. Aktiviti ini menepati matlamat Sekretariat Pesta Ang Pow untuk meraikan perayaan sesama semua golongan masyarakat. Khidmat masyarakat yang diadakan oleh mahasiswa/i ini merupakan tanda kebaktian kami sebagai anak Malaysia dan menunjukkan kepekaan kami terhadap masyarakat dan negara yang tercinta ini. Tambahan lagi, sekretariat kami akan mengadakan Bengkel Seni Tradisional dalam dewan kuliah, iaitu pada setiap hari Khamis, November 2014. Bengkel ini bertujuan untuk meneruskan warisan kesenian tradisional kepada generasi yang muda serta rakan-rakan yang berkaum lain. Bengkel bertemakan seni kaligrafi, seni kertas merah, tarian naga dan tarian tradisional merupakan kandungan utama yang disediakan untuk semua warga UKM. Pameran Interaksi Kebudayaan juga merupakan salah satu projek penting kepada pihak Sekretariat ke21 pada sesi tahun 2014/15. Pameran ini akan menerangkan kaitan antara unsur perayaan Tiong Hua dengan perayaan Hari Raya serta Deepavali dari segi persamaan dan perbezaan ertinya. Tujuan anjuran pameran ini adalah supaya rakan-rakan yang berlainan kaum dapat lebih memahami unsur-unsur tradisional Tiong Hua, pada masa yang sama, hubungan antara satu sama lain turut dapat dieratkan. Perpaduan rakyat dapat direalisasikan dengan berkesan sekiranya kepercayaan dan kesefahaman antara kaum tercapai. Secara keseluruhannya, pada sesi tahun 2014/2015, Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 akan mengadakan satu Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow, satu Majlis Persembahan Kebudayaan yang berkonsep Pesta Raya Ang Pow, satu Bengkel Seni Tradisional, satu Pameran Interaksi Kebudayaan dan satu aktiviti khidmat masyarakat di rumah anak yatim sebagai lima projek utama Sekretariat Pesta Ang Pow. 3.0 Misi Meraikan Tahun Baru Cina di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mewarisi kebudayaan Tiong Hua serta menyatukan mahasiswa/i UKM.
4
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
4.0 MATLAMAT 4.1 Mempertingkatkan persefahaman dan kesedaran mahasiswa-mahasiswi UKM serta masyarakat setempat terhadap kebudayaan Tiong Hua di Malaysia. 4.2 Mempereratkan hubungan silaturahim dalam kalangan mahasiswa/i UKM yang berbilang kaum dan menyebarkan semangat hubungan etnik yang harmonis ini kepada masyarakat umum. 4.3 Mengekalkan hubungan erat antara pelajar UKM dengan masyarakat umum untuk menyambut dan berinteraksi dalam kebudayaan Tiong Hua secara berterusan. 5.0 OBJEKTIF Objektif menganjurkan Pesta Ang Pow ini adalah berdasarkan matlamat yang ingin mencapai iaitu: 1. Meningkatkan semangat perpaduan kaum dan menggalakkan integrasi budaya dalam kalangan masyarakat kampus. 2. Mempertingkatkan interaksi antara persatuan di dalam dan di luar UKM. 3. Membekalkan satu platform untuk pelajar UKM melatih diri dan mempelajari kemahiran kepimpinan supaya menjadi seorang mahasiswa/i yang berkualiti. 6.0 TEMA Tema Pesta Ang Pow Ke-21 adalah seperti berikut: “MEMARTABATKAN KESEFAHAMAN BUDAYA TIONG HUA KE ARAH INTEGRASI DAN PERPADUAN BERSAMA” Tema ini menegaskan kepentingan semangat untuk memelihara dan mengekalkan kebudayaan Tiong Hua agar tidak ditelan arus pemodenan untuk mencapai persefahaman dalam masyarakat pelbagai etnik dengan perpaduan mutlak sebagai arah tuju.
7.0 ANJURAN Sekretariat Pesta Ang Pow Universiti Kebangsaan Malaysia Ke-21
5
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
8.0 TARIKH DAN MASA 8.1
Cadangan tarikh dan masa program utama diadakan adalah seperti berikut: 8.1.1 Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Tarikh : 10 November 2014 Masa : 7.30 petang – 11 malam 8.1.2
Bengkel Seni Tradisional Pesta Ang Pow Ke-21 Tarikh : 1 November 2014 – 27 November 2014
8.1.3 Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Tarikh : 23 Februari 2015 – 25 Februari 2015 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
8.2
8.1.4
Khidmat Masyarakat Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Tarikh : 1 November 2014 – 30 Januari 2015
8.1.5
Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21 Tarikh : 27 Januari 2015 Masa : 9.00 pagi - 3.00 petang
8.1.6
Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Tarikh : 6 Mac 2015 Masa : 7.00 petang - 11.30 malam
Cadangan tarikh dan masa program sampingan diadakan adalah seperti berikut: 8.2.1 Minggu Pengambilan AJK Tarikh : 29 September 2014 – 2 Oktober 2014 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang 8.2.2
Kem Kepemimpinan EXCO 1 Tarikh : 18 Oktober 2014 – 26 Oktober 2014
8.2.3 Kem Kepimpinan EXCO 2 Tarikh : 19 Januari 2015 – 30 Januari 2015
6
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
9.0 TEMPAT PROGRAM 9.1 Cadangan Tempat untuk program utama: 9.1.1 Majlis Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21 - Dewan Anuwar Mahmud (DAM) UKM
9.2
9.1.2
Bengkel Seni Tradisional Pesta Ang Pow Ke-21 - Dewan Kuliah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSK), UKM
9.1.3
Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 - Pusanika, UKM
9.1.4
Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21 - Kementerian Belia dan Sukan/ Kementerian Pendidikan (Putrajaya)
9.1.5
Khidmat Masyarakat Pesta Ang Pow UKM Ke-21 - Sri Raghavendra Divine Life Society No 15, Jalan Ceupac 5B, Tsaman Koperasi Cuepac, Batu 12, 43000 Kajang. - Rumah Keluarga Kami No. 139, Jalan Bukit, 43000 Kajang, Selangor. - Persatuaan Kebajikan Kanak-Kanak Cornerstone No 2&2A, Jalan Bukit Semenyih 6, Taman Bukit Semenyih, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan - Openhands Fellowship No 9 Jalan Sri Kenari Satu, Taman Sri Kenari, 43000 Kajang. Selangor. Malaysia.
9.1.6
Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 - Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM
Cadangan Tempat untuk program sampingan: 9.2.1 Minggu Pengambilan AJK - Pusanika, UKM 9.2.2
Kem Kepemimpinan Exco 1 dan 2 - Kem Melaka
7
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
10.0 PUBLISITI Publisiti dilakukan adalah untuk memberitahu semua orang termasuk mahasiswa/i UKM dan masyarakat tempatan. Di bawah adalah strategi-strategi yang kita rancang: a. Banner - Dalam kampus induk UKM - Stesen KTM berdekatan (Kajang, Bangi dan sekelilingnya) b. Bunting - Dalam kampus induk UKM - Sekitar Kajang c. Flyer - Dalam kampus UKM sahaja d. Poster - Dalam kampus induk UKM sahaja e. Rancangan Stesen Radio f. Surat Khabar g. Berita Stesen TV 11.0 CADANGAN PERASMI Perasmi adalah orang yang merasmikan acara-acara utama Pesta Ang Pow UKM Ke-21 dan di bawah adalah yang dicadangkan mengikut acara-acara tertentu: Pelancaran Projek Pesta Ang Pow Ke-21 1. Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen kawasan Tanjong Piai Sidang Media Pesta Ang Pow UKM Ke-21 1. Y.B. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan 2. Y.B. Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 3. Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Ahli Parlimen kawasan Tanjong Piai Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Raya Ang Pow UKM Ke-21 1. Y.B. Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan 2. Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong, Menteri Jabatan Perdana Menteri 3. Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan 4. Y.B. Tuan P.Kamalanathan a/l P.Panchanathan, Timbalan Menteri Pendidikan
12.0 PEMGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM Jumlah Exco = 38 orang Mahasiswa/i UKM Jumlah AJK = 100 orang Mahasiswa/i UKM Jumlah Pengunjung = 1050 orang Terdiri daripada : 1. 10 orang Tetamu Kehormat 2. 20 orang Tetamu Khas 3. 20 orang Mahasiswa/i universiti berdekatan 4. 1000 orang Mahasiswa/i UKM 13.0 STRUKTUR ORGANISASI Sila rujuk Lampiran A 8
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
14.0 TENTATIF PROGRAM Sila rujuk Lampiran B 15.0 PERINCIAN PROGRAM 15.1 Tarian Singa Peserta adalah daripada mana-mana mahasiswa/i UKM dan juga universiti lain. 15.2 Tarian Tradisional Cina Tarian tradisional cina akan disembahkan oleh kaum cina dari kampus UKM atau luar kampus supaya tarian tradisional tidak dilupai atau ditelan dalam masyarakat yang moden pada masa kini. 15.3 Tarian Kebudayaan Malaysia Tarian Kebudayaan Malaysia akan disembahkan oleh kaum-kaum yang berlainan iaitu kaum Melayu, Cina, dan India. Tujuan tarian ini adalah selaras dengan konsep 1MALAYSIA yang dapat menunjukkan budaya setiap kaum. 15.4 Nyanyian dari Mahasiswa/i UKM Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Universiti akan dinyanyikan oleh setiap hadirin dan mahasiswa/i UKM sebelum program dimulakan. 15.5 Pertunjukan Multi Media Pertunjukan Multi Media akan memperkenalkan seluruh sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 dan tema Pesta Ang Pow Ke-21. 15.6 Tarian Naga Tarian Naga akan disembahkan oleh pesembah dari luar kampus yang bertujuan memberi peluang kepada para mahasiswa/i untuk menikmati acara tarian budaya cina semasa Tahun Baru Cina. 15.7 Persembahan Gendang 24 Musim Persembahan Gendang 24 Musim oleh pesembah dari luar kampus persembahan ini adalah unutk menunjukkan budaya gendang Tiong Hua yang merupakan acara persembahan yang pasti ada pada setiap perayaan penting Tiong Hua. 15.8 Persembahan Kebudayaan Cina Persembahan Kebudayaan Cina akan disembahkan oleh pesembah luar kampus. Tujuan persembahan ini adalah memartabatkan budaya Tiong Hua bersama-sama supaya tidak dilupai. 16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Sila rujuk Lampiran C
9
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
10
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Lampiran A
STRUKTUR ORGANISASI
PESTA ANG POW UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KE-21 PENAUNG Y. BHG. PROF. DATUK DR. NOOR AZLAN GHAZALI NAIB CANSELOR UKM PENGERUSI Y. BHG. PROF. DATIN NOOR AZIAH MOHD AWAL TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR & ALUMNI), UKM PENYELARAS ENCIK ABDUL AZIZ ABU BAKAR TIMBALAN PENDAFTAR HAL EHWAL PELAJAR ALUMNI PENASIHAT DRS. RAFIE HJ. MOHAMMAD KETUA PUSAT KEBUDAYAAN KETUA PENGARAH KHOO CHONG YEE (FST/2) (A146010) < 017 6834689 > TIMBALAN KETUA PENGARAH (INTERNAL) LEE JI WANG (FKAB/2)(A144183) < 012 7044246> TIMBALAN KETUA PENGARAH (EXTERNAL) EZRA LIM KAI XIAN (FKAB/2)(A144306) < 017 6507006> SETIAUSAHA ONG JIE CHIN (FSSK/2)(A145439) < 016 4134022> BENDAHARI KEHORMAT SOO KI KIM (FEP/2) (A143169) < 011 16313368>
11
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
PENGARAH PENGATURCARA PROGRAM LAU ENG YEE (FKAB/2) (A144022) < 012 5653299> PENGARAH PENYELIDIKAN TAN KAH LOK (FKAB/2) (A144020) < 017 6048316> PENGARAH PERHIASAN TAN YING YEW (FST/2) (A145974) < 012 5288759> PENGARAH PERHUBUNGAN AWAM YAP LEE SEE (FEP/2) (A143364) < 017 9519693> PENGARAH KEWANGAN YEO HUI XIN (FST/2) (A144287) < 012 6855682> YU KAI LING (FST/2) (A146931) <012 3920018>
12
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Lampiran B
TENTATIF PROGRAM ATURCARA PROGRAM Pelancaran Projek Pesta Ang Pow UKM Ke-21 10 November 2013 (Dewan Anuwar Mahmud (DAM) UKM) 7.30 mlm 8.00 mlm 8.15 mlm 8.20 mlm 8.25 mlm
-
8.00 mlm 8.15 mlm 8.20 mlm 8.25 mlm 8.40 mlm
: : : : :
8.40mlm 8.55mlm 9.00 mlm 9.10 mlm 10.30 mlm
-
8.55 mlm 9.00 mlm 9.10 mlm 10.30 mlm 11.00 mlm
: : : : :
Ketibaan para mahasiswa/i dan VIP Ketibaaan Perasmi ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’ Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Ucapan Timbalan Pendaftar Hal Ehwal Pelajar Alumni Oleh: Encik Abdul Aziz Abu Bakar Ucapan Perasmi Gimik Perasmian Penyampaian Cenderamata Sesi Interasi antara Urusetia dengan AJK baru Bersurai
Sidang Media Pesta Ang Pow UKM ke-21 22 Januari 2014 (Kementerian Pendidikan/ Kementerian Belia Dan Sukan (Putrajaya)) 10.00 pagi 10.40 pagi 11.00 pagi
-
11.15 pagi 11.30 pagi 11.50 pagi 12.00 pagi
-
10.40 pagi : Berkumpul Dan Bertolak 11.00 pagi : Persediaan Dan Ketibaan Para Wartawan 11.15 pagi : Ucapan Timbalan Menteri Pendidikan/ Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan 11.30 pagi : Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 11.50 pagi : Sesi Pertanyaan 12.00 pagi : Penyampaian Cenderamata : Bersurai
Khidmat Masyarakat Sekretariat Pesta Ang Pow UKM Ke-21 (Rumah anak yatim kawasan kajang) Hari Sabtu pada setiap minggu ke-2 dari bulan November 2014 hingga Januari 2015 9.00 pagi 10.00 pagi 12.00 ptg 1.00 ptg 3.00 ptg 5.00 ptg
– – – – – –
10.00 pagi 12.00 ptg 1.00 ptg 3.00 ptg 5.00 ptg 6.00 ptg
: Sarapan bersama anak-anak yatim : Sesi integrasi dan permainan : Makan tengah hari : Gotong-royong mengemaskan rumah : Sesi pembelajaran seni tradisional Tiong Hua : Sesi fotografi dan bersurai 13
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Bengkel Kesenian Tradisional Pesta Ang Pow UKM Ke-21 Hari Khamis pada setiap minggu bulan November 2014 (Dewan Kuliah Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan(FSSK) UKM) 9.30 pagi 10.00 pagi 12.30 ptg 1.30 ptg 4.30 ptg 5.00 ptg
– – – – –
10.00 pagi 12.00 ptg 1.30 ptg 4.30 ptg .5.00 ptg
: Pendaftaran : Bengkel bermula, Sesi I : Makan tengah hari : Sesi II : Sesi Penyampaian Cenderamata dan Sesi Fotografi : Bersurai
Pameran Interaksi Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM 23 Februari 2015 – 25 Februari 2015_(Pusanika, UKM) 8.30 pagi -- 9.00 pagi 9.00 pagi -- 1.00 petang 1.00 petang -- 2.00 petang 2.00 petang -- 5.00 petang 5.00 petang
: Persediaan : Pameran bermula, Sesi I : Rehat : Sesi II : Bersurai
Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 6 Mac 2014 (Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM) 7.00 mlm 7.45 mlm 8.00 mlm 8.10 mlm 8.15 mlm
-
7.45 mlm 8.00 mlm 8.10 mlm 8.15 mlm 8.30 mlm
8.30mlm
-
8.45 mlm
8.45 mlm 8.50 mlm 10.30 mlm 11.00 mlm
-
8.50 mlm 10.30 mlm 11.00 mlm 11.30 mlm
: : : : :
Ketibaan para mahasiswa/i dan VIP Ketibaaan Perasmi ‘Negaraku’ dan ‘Varsiti Kita’ Ucapan Ketua Pengarah Sekretariat Pesta Ang Pow Ke-21 Ucapan Naib Canselor UKM Oleh: Y.B. Prof. Datuk Dr. Noor Azlan Ghazali : Ucapan Perasmi dan Perasmian Majlis Persembahan Kebudayaan Pesta Ang Pow UKM Ke-21 : Penyampaian cenderamata : Persembahan Pentas dan jamuan makan malam bermula : Cabutan Bertuah : Bersurai
14
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
Lampiran C
ANGGARAN BELANJAWAN PESTA ANG POW UKM KE-21 SESI 2014/2015
ANGGARAN PENDAPATAN BIL . 1. Sumbangan: • • • •
PERKARA
Pusat Pembangunan Mahasiswa &Perhubungan Alumni Alumni Majlis Pengetua MPPUKM
RM RM
7000 1000 1000 1000 10000
2. 3. 4. 5.
Hasil daripada pengiklanan Tajaan pelbagai pihak Kutipan Derma Jualan tiket Majlis Persembahan Kebudayaan JUMLAH PENDAPATAN KESELURUHAN
7200 10000 2500 8000 27700 37700
15
MAJLIS PERSEMBAHAN KEBUDAYAAN PESTA ANG POW UKM KE-21 6 MAC 2015
ANGGARAN PERBELANJAAN BIL . PERKARA 1 Belanja Pentadbiran ~ Percetakan dan photostat ~ Belanja pos dan alat tulis 2 Belanja Operasi Pemasaran (MO) ~ Elaun petrol pengangkutan ~ Elaun pembayaran toll ~ Lain-lain 3 Khidmat Masyarakat ~ Makanan ~ Cenderamata ~ Lain-lain 4 Majlis Persembahan Kebudayaan ~ Jamuan para jemputan ~ Jemputan persembahan ~ Buku cenderamata ~ Publisiti ~ Gimik perasmian dan perbelanjaan protokol ~ Cenderamata perasmi ~ PA system ~ Hiasan dewan 5 Pameran ~ Buku risalah 6 Tugas-Tugas Khas ~ Proses Pengambilan AJK, kad dan sijil untuk AJK ~ Sidang media ~ Majlis pelancaran ~ Bengkel Pesta Ang Pow 7 Lain-lain JUMLAH PERBELANJAAN KESELURUHAN
RM
RM
300 200
500
800 300 300
1400
500 500 100
1100
3000 12000 3000 1000 600 350 12000 650
32600
300
300
100 100 300 500 800
1000 800 37700
16