RTM PIZZA MAMA PELAKON: 1. Pelakon 2. Pelakon 3. Pelakon 4. Pelakon 5. Pelakon
Utama :Adi/MUHAMMAD FIRDAUS GHANI MOHD GHUFRAN Utama :Ani/ARISSA AFRINA RIZAL Kedua :Mama/ABBY MANDOZA (ROHAINA RAZALI) Pembantu :Dani/RAFAEL EL-ARASH Peranan Kecil:Cikgu Adi/SHAMALA A/P THAMIL CHELVA 6. Pelakon Peranan Kecil:Cikgu Ani/NOR MASRURA MD. NOORZED 7. Pelakon Peranan Kecil:Penebar Roti Canai Terbang/ MUHAMMAD NASIM PELAKON TAMBAHAN:50 orang 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.
Extra Extra Extra Extra Extra Extra Extra
di di di di di di di
tempat kerja Mak 4 sekolah 20 kedai pizza 6 gerai roti canai 6 kedai runcit 4 Pusat ICT kampong 5 kampong/jiran Adi & Ani 5
PENULIS SKRIP PENYUNTING PENERBIT TERBITAN
: : : :
orang orang orang orang orang orang orang
MASNI SURATIN PANEL UDTV MOHD ZAMANI IBRAHIM UDTV
1
1.
MONTAJ “PIZZA MAMA”
2.
INT/RUMAH (MAMA, ADI & ANI)/AWAL PAGI(SUASANA GELAP)
Ani baru melihat ke Kelihatan goreng dan
siap mandi/masih bertuala. Beliau terpaku arah dapur/Mama (fokus kepada kuali berasap). Mama khusyuk menyediakan sarapan pagi (nasi telur mata).
Atas meja ada 3 bekal yang masih kosong. Di sebelahnya telah ada 3 ekor ikan goreng dan semangkuk lauk (berkuah). Mama isi nasi goreng dan telur mata dalam ke tiga-tiga bekas. Adi datang dari belakang menegur Ani. Ani tersentak. Mama juga memandang. Ani dan Adi bergegas lari ke bilik untuk bersiap ke sekolah.
3.
EXT/HALAMAN RUMAH & JALAN KAMPUNG/AWAL PAGI
Adi, Ani berpakaian sekolah dan Mama berpakaian kerja keluar rumah. Mereka menyusuri jalan kampung. Kelihatan beberapa budak sekolah berbasikal melintasi mereka.
4.
EXT/SEKOLAH/SIANG
Adi dan Ani duduk di bawah pondok/wakaf. Dani pelajar baharu menghampiri mereka. Adi dan Ani tersenyum. DANI Assalamualaikum... boleh duduk? ADI Boleh! Budak baharu ye? Dani anggguk kepala. Dani buka bekal. Bercahaya bekal Dani. Adi dan Ani terpinga-pinga. Bau bekal Dani agak berlainan. Di dalam bekal ada “lasagna”. ADI & ANI Wooo... apa tu? 2
DANI Lasagna! Adi dan Ani menelan air liur. Mereka terpegun tengok Dani makan. Dani memberi sebahagian bekalnya kepada Adi dan Ani. Mereka berdua sangat teruja.
5.
EXT/SEKOLAH/SIANG HARI BERLAINAN)
Di bawah pondok/wakaf yang sama. Adi dan Ani buka bekal. Di dalamnya ada jemput-jemput. Mata Ani melilau kelihatan seperti tertunggu-tunggu ketibaan seseorang. ANI Harap-harap dia datang... bekal dia sedap!!! ADI Ish... tak baik, harap makanan orang. Makan jelah bekal yang Mama buat tu. Ani mula makan. Tiba-tiba terdengar suara Dani. Ani tersenyum beria. Dani buka bekal. Bau “cheese spageti” menyusuk ke hidung Adi dan Ani. Dani memberi mereka sebahagian dari bekalnya dan Ani serta Adi pula memberi sebahagian dari bekal mereka (jemput-jemput).
6.
EXT/SEKOLAH/SIANG
Setiap hari Adi, Ani dan Dani bertukar-tukar bekal (Selasa, Rabu & Khamis). Montaj perbezaan bekal Dani dengan Adi dan Ani Hari Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat
Dani Lasagna Spageti Sandwich Pasta/Makaroni Pizza
Adi & Ani Nasi Goreng & Telur Mata Cekodok & Sos Tomato Nasi Lemak & Telur Rebus Lempeng & Ikan Goreng Nasi Pulut & Ikan Kering
3
7.
EXT/SEKOLAH/SIANG
Hari Jumaat. nyaring.
Tiba-tiba
dari
belakang
Dani
bersuara
DANI Adi! Ani!.. ADI & ANI Hah?.. kenapa? DANI Untuk kamu!.. Dani hulur 2 keping pizza kepada Adi dan Ani. ADI & ANI Ye ke?.. terima kasih.. terima kasih.. Mereka mengambil pizza dengan berhati-hati. Ketika Ani hendak makan tiba-tiba Adi berbisik dan terus menyimpan dalam bekas. DANI Kenapa tak makan? ADI & ANI Sayang!! DANI Peliklah kamu ni!.. Dani makan pizza. Adi dan Ani hanya tengok pizza dengan taksubnya.
8.
INT/PEJABAT/SIANG
Mama berpakaian seragam masih menyapu sampah melihat jam. Bergerak ke loker dengan plastik hitam masih di tangan. Buka loker. Dalam loker ada gambar ADI dan ANI. KAWAN MAMA Dah nak balik...
4
MAMA Hari ni separuh hari... PENYELIA MAMA Esok jangan lupa datang kerja, tau. Ganti Si Milah. Mama angguk lemah. Mama mengambil bekal di dalamnya masih ada baki nasi pulut dan ikan kering.
9.
INT/DALAM KELAS/SIANG
Guru mengajar di depan. Ani asyik tunduk tengok ke bawah. Cikgu hampiri Ani. Ani tak perasan. Asyik tengok pizza. Cikgu ketuk meja. Ani terkejut. Ani kena tegur. Muka sedih Intercut / kelas Ady Adi asyik cium bekal. Cikgu tegur berkali-kali. Adi masih buat lagi. Cikgu ambil bekal. Adi sedih.
10.
EXT/SEKOLAH/SIANG
Loceng berbunyi. Semua pelajar berlari keluar kelas. Adi dan Ani berlari menuju ke pintu pagar.
11.
INT/RUMAH ADI & ANI/SIANG
Mereka bertiga masuk ke dalam rumah. Adi tarik Mama duduk dengannya. MAMA Kenapa ni? ADI Untuk Mama.. sedap! Adi dan Ani keluarkan bekal. Mereka buka bekal. Bekal Adi ada pizza. Bekal Ani kosong. ADI Mana pizza?
5
ANI Maaflah.. tak tahan.. Pizza ni memang sedap Mama.. ADI Ani!... MAMA Sudah!... Adi berikan pizzanya kepada Mama. Ani telan air liur tengok pizza. Mama tak jadi masukkan pizza ke dalam mulutnya. Mak bahagi dua pizza dan berikan kepada Ani dan Adi. Ani nak makan pizza, Adi jeling. Ani tak jadi makan. Mama perasan. Mama suapkan Ani. Adi merengus bengang. Mama suapkan Adi. Adi tak mahu dan tolak tangan ke arah mulut mamanya. Mamanya geleng kepala. MAMA Tak pe.. kamu makan dulu.. sedapkan? Mama suapkan Adi. Adi makan dan angguk kepala. Mama jilat jarinya dan tunjukkan isyarat bagus. Air mata Adi menitik. Ani seronok makan.
12.
INT/BILIK ANI/MALAM
Ani menangis. Adi marah Ani. ADI (marah) Adik ni.. itukan untuk Mama.. Kita dah janjikan? Kasihan Mama!! Dia tak dapat makan!! ANI (sedih) Adik tahu..tapi adik tak tahan.. Maaflah!! Adik janji tak buat lagi.. Adik janji betul!! .. abang!! Adi geleng kepala. -PAUSEANI Hah!! Apa kata kita belikan pizza untuk Mama.. 6
ADI Duitnya ada? Ani goncang tabungnya. ADI Ok! Setuju...
13.
INT/KEDAI PIZZA/SIANG
Adi dan Ani berdiri di luar kedai pizza. Muka mereka penuh dengan harapan. Mereka masuk ke dalam kedai. Mereka tengok menu dan harganya. Adi pandang Ani. Ani nak buat pesanan. ADI Jangan!! .. Ani terkejut. Ani tunjukkan duit di tangannya. Bandingkan harga pada menu. Duitnya tak cukup. ANI Kenapa? Adi keluarkan duitnya. geleng kepala.
Letak
atas
meja.
Adi
kira
dan
ANI Tak cukup…Urghh!!.. Mereka berdua keluar dari kedai dengan muka sedih.
14.
EXT/PUSAT ICT/SIANG
Adi dan Ani termenung di luar pusat ICT kampung. Mereka tengok ke dalam dan terlihat seorang wanita sedang melihat laman web resepi. Adi dan Ani saling perpandangan. Mereka meluru masuk. Mereka keluar dari pusat ICT dengan catatan resepi pizza di tangan.
7
15.
EXT/LUAR PUSAT ICT/SIANG
Adi dan Ani berkerut dahi tengok resepi pizza. ADI Kita kena cari semua bahan ni!! ANI Boleh dapat ke? ADI Nak seribu daya!.. ingat!! Ini untuk Mama tau!! ANI Memanglah!! Tapi… ADI Tak ada tapi-tapi..cari juga.. Sampai dapat!! .. Ani bengang. Muka masam. Adi keluar dari bilik.
16.
EXT/PEKAN /SIANG
Adi dan Ani berjalan dari kedai ke kedai. Cari bahan untuk buat pizza. Mereka dapat keju. Rasa seronok. Mereka pergi kedai lain, beli isi ayam dan nenas. Adi tengok bahan yang dibeli. Tersenyum sendiri. Ani tarik tangan Adi dan pergi kedai lain. Mereka keluar dengan muka sedih. ADI Mana nak cari tepung dengan sos pizza ni? ANI Kita guna bahan lain!! ADI Tak boleh!! .. rasa tak sama!! ANI Boleh! Adi geleng kepala. Ani angguk kepala. Adi geleng kepala. Ani angguk kepala. Mereka peluk tubuh dan saling berpaling. 8
17.
EXT/PEKAN /SIANG
Lewat petang. Adi tarik Ani pergi ke kedai. Ani dah kepenatan dan malas nak jalan. ANI Tepung tu tak ada.. laparlah!! .. Adi jeling Ani. Ani buat gaya nak pengsan. Adi berlari sambut Ani. Ani tersenyum. Adi masih masam. ANI Belanja! (Ani paksa Adi belanja)... Jom sana ada roti canai best!! .. Ani tarik tangan Adi. Mereka sampai di gerai roti canai. Mereka berdiri kaku.
18.
EXT/GERAI ROTI CANAI TERBANG/SIANG
Aksi roti canai terbang. Ani dan Adi kagum melihat aksi mereka menebar dan terbangkan roti canai. Mereka di sapa pelayan. Ani dan Adi pesan roti canai. Ani tengok roti canai. Dia belek roti canai. Adi pelik tengok Ani. ADI Nak makan ke nak main? Ani geleng kepala. Dia tunjukkan isyarat dia ada idea hebat. Adi mencebik. Mereka berdua nikmati roti canai sambil tengok aksi roti canai terbang
19.
INT/DAPUR RUMAH ADI & ANI/SIANG
Di atas meja ada tiga keping roti canai. Ani sapu sos tomato pada ketiga-tiga roti. Adi tengok tapi tak yakin. ADI Boleh ke? Ani angguk kepala. Ani tarik Adi dan suruh Adi susun nenas. Mereka tabur ayam dan keju. Pizza mereka siap. Adi dan Ani saling berpandangan.
9
Adi hidupkan dapur. Ani letak pizza atas kuali leper. Mereka panaskan kuali. Bau harum menyusuk ke hidung mereka. ADI Sedapnya bau!! .. ANI Kan adik dah kata!!.. ADI Terima kasih adik. Maafkan abang ya!! Adi dan Ani saling berpelukan. VO MAMA Bau apa yang sedap sangat ni? Adi dan Ani terkejut tengok Mama masuk.
20.
INT/ RUMAH ADI & ANI/SIANG
Tiga keping pizza roti canai terhidang atas meja. Adi, Ani dan Mama tak sabar nak makan. Adi baca doa. Selesai baca doa, Adi dan Ani suapkan Mama. Mama tunjuk isyarat sedap. Ani dan Adi saling berpandangan.
21.
Tambahan - closing credit on black-
Naratif: Hanya Suara ANI
:
Mama! Ani nak jadi PEMASAK? Nak masak makanan yang sedap-sedap untuk Mama.
ADI
:
Ada ke perkataan pemasak?
ANI
:
Ada kalau main, PEMAIN. Kalau tulis, PENULIS. Kalau lukis, PELUKIS… kalau masak tentulah PEMASAK!
MAMA :
Mana ada! Kalau masak Tukang Masak.
ANI
Kenapa orang tak sebut tukang main, tukang tulis, tukang lukis…
:
10
ADI
:
Mama, bukan tukang masaklah… kalau masak orang panggil Chef… Adi pun nak jadi Chef… nak masak makanan paling istimewa untuk mama.
Mama :
Kalau Mama sakit, siapa yang nak rawat Mama.
Ani
:
Abang Adi (sedikit menjerit). Dia jadi perawat, eh… Doktor. Diakan pandai.
Mama :
Yang penting jadi pandai dulu. Nak jadi apa-apa bila besar nanti kita fikirkan ya…
Adi & Ani: Mama :
Baik Mama… sedapkan Mama?
Emmm… Sedap -END-
11