NOVEMBER 2014
www.roketkini.com DITUBUHKAN PADA 1966 DI KUALA LUMPUR
facebook.com/roketkini
twitter.com/roketkini
EDISI
BM PERCUMA
KDN PP11723/12/2012 (032229)
BELANJAWAN 2015: MENJELANG 2020, URUS TADBIR NEGARA MASIH DI TAKUK LAMA >6
[email protected]
www.dapmalaysia.org
SEPUPU NAJIB TERIMA KONTRAK RM77 JUTA BEKAL LABEL KESELAMATAN MINUMAN KERAS > 12
8,9 >> 8,9
UNTUK AHLI SAHAJA
HAK BERSUARA DISEKAT, CETUS KEBANGKITAN ANAK MUDA
BANGKIT!
PADA 27 Oktober lalu, mahasiswa berjaya memasuki Universiti Malaya untuk menyertai program pidato oleh Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim, “40 tahun, dari UM ke penjara”, walaupun laluan masuk ke universiti itu ditutup dan dikawal ketat. Program itu adalah yang kedua berjaya dianjurkan oleh mahasiswa dalam kawasan UM dalam tempoh kurang dari dua bulan. Lebih mengujakan, kedua-duanya mendapat sambutan hangat.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menganggap keberanian generasi muda dan mahasiswa mempertahankan kebebasan bersuara telah mencetuskan gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia. Gelombang kali ini mungkin tidak akan mengambil bentuk yang sama seperti di tahun 1998. Kita boleh menjangkakan tiada tunjuk perasaan besar-besaran akan berlaku di Dataran Merdeka, misalnya.
Namun, gelombang kali ini akan lebih sukar ditahan oleh rejim pemerintah kerana ia telah bermula dalam banyak bentuk penentangan terhadap penindasan hak serta penyelewengan, selain kerana ia melanda banyak ruang di kedua-dua alam nyata dan maya. Dalam ungkapan lain, gelombang kali ini tidak melanda sekaligus, sebaliknya terus-menerus dan takkan surut sehinggalah berlaku perubahan yang menguntungkan rakyat Malaysia.
UTAMA
2
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
Generasi muda cetus gelombang ketiga kebangkitan KRONOLOGI KEBERANIAN generasi muda dan mahasiswa mempertahankan hak kebebasan bersuara mencetus gelombang kebangkitan baru di kalangan rakyat Malaysia, kata Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang. Kejayaan mahasiswa memasuki Universiti Malaya untuk mengikuti pidato Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan negara ini masih punya harapan untuk perubahan dan keadilan. “Kita memerlukan gelombang ketiga, dan rakyat akan kembali bangkit berjuang,” kata Kit Siang di hadapan kira-kira 1,000 hadirin majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) di Dewan Sivik Petaling Jaya, 27 Oktober lalu. Menurutnya, ‘gelombang pertama kebangkitan’ berlaku pada 1998 selepas pemecatan Anwar daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan diikuti tuduhan liwat pertama yang kemudiannya membentuk gerakan Reformasi. Manakala ‘gelombang kedua’ berlaku pada 2008 ketika Pakatan Rakyat dibentuk, yang didahului kejayaan parti-parti pembangkang menafikan tradisi kemenangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen Barisan Nasional di Dewan Rakyat. “Gelombang kebangkitan ketiga berlaku pada 2013 (PRU13) dan kita mendapat sokongan 52 peratus rakyat Malaysia,” kata Kit Siang, disambut tepukan gemuruh hadirin. Tambah hukuman ke atas Anwar tindakan zalim Kit Siang turut menyatakan setiakawan kepada Anwar yang sanggup pulang ke Malaysia dari luar negara bagi menghadapi perbicaraan di bawah sistem kehakiman yang pincang, meskipun berdepan hukuman penjara dalam kes liwat kedua. “Mengapa Anwar kembali ke Malaysia, (walaupun) dia ada diminta untuk tinggal di Turki dan London? Kerana dia mempunyai pendirian dan mahu menunjukkan tauladan. “Ini sikap seorang patriot yang cintakan negaranya. Beliau bukan pengkhianat atau pengacau dan layak mendapat sokongan rakyat Malaysia,” katanya
24 Jun 2008 : Mohd Saiful Bukhari Azlan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dua hari sebelum insiden liwat didakwa berlaku. 25 Jun 2008 : Selepas bertemu Najib, anggota polis ACP Mohd Rodwan Yusof menemui Saiful di Hotel Melia, Jalan Imbi pada jam 8 malam. 26 Jun 2008 : Tarikh kejadian liwat berlaku. 28 Jun, 2008 : Saiful membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Pusrawi. Dr Mohamed Osman Abdul Hamid tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat. Saiful kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL). Tambahnya, tindakan Putrajaya memfail rayuan balas untuk meningkatkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar adalah luar biasa dan keterlaluan. Hujah pendakwaraya bahawa hukuman lima tahun penjara itu ‘jelas tidak memadai’, ‘tidak mencerminkan keseriusan kesalahan itu’ dan ‘tidak menyampaikan matlamat keadilan dari perspektif kepentingan awam’ mencerminkan hasrat pemerintah untuk memenjarakan Anwar dengan apa jua cara. “Seolah-olah ada dorongan kuat di kalangan pihak berkuasa yang ingin menyingkirkan pembangkang dengan ‘apa jua cara’. “Jadi saya ingin bertanya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Apakah dia begitu kejam, tiada perasaan dan tidak berhati perut apabila mahu memenjarakan Anwar selama 20 tahun? “Apakah ini sesuai dengan ikrar wasatiyah Najib mengenai kesederhanaan yang menekankan pada prinsip-prinsip keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan?” soal Kit Siang.
Ringkasan sebahagian hujah pembelaan oleh pasukan peguambela yang diketuai Peguam kanan dan bekas hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Gopal Sri Ram: l Penggunaan pelincir KY tidak dinyatakan dalam laporan polis Saiful ke atas Anwar. l Saiful mengirim email meletak jawatan sebaik saja selepas kejadian dikatakan berlaku, tetapi ada gambar menunjukkan beliau bertugas melayan tetamu di rumah Anwar pada hari berikutnya. Dalam gambar itu Saiful tidak kelihatan murung. l Kelakuan Saiful tidak seperti orang yang baru diliwat sehari sebelumnya. Dia telah bertemu pegawai polis Mohd Rodwan sebelum kejadian, maka tiada alasan untuk dia menunggu selama dua hari sebelum membuat laporan polis. l Dua seluar dalam Saiful dikemukakan. Salah satu daripadanya telah dibasuh dan basah manakala satu lagi seluar mempunyai kesan air mani, tetapi ia bukan seluar yang dipakai pada hari kejadian dikatakan berlaku. l Mahkamah tidak mempertimbangkan kenyataan Dr Mohd Osman, pemeriksa kesihatan pertama Saiful dalam kes ini, dan beliau tidak dipanggil sebagai saksi. l Sampel daripada Saiful diambil pada 28 Jun dan diberi kepada Jabatan Kimia pada 30 Jun. Sampel sepatutnya disimpan dalam peti sejuk, sebaliknya disimpan da-
lam kabinet Supt Jude Pereira. l Tiga barang bukti mengandungi sampel DNA Anwar pada ‘tuala Good Morning’, berus gigi dan botol air mineral diperolehi secara tidak sah melalui muslihat dan penipuan. l Gopal berkata kondominium tersebut mempunyai dua unit, di mana salah satu daripadanya digunakan untuk mesyuarat Anwar. Tiada bukti Saiful berada di lokasi liwat dikatakan berlaku. l Alibi Anwar bahawa beliau dalam unit lain di kondominium itu diabaikan. Pemilik kondo Hasanuddin disoal siasat polis selama 30 jam tetapi tidak pernah dipanggil memberi keterangan di mahkamah. l Saiful mengaku bertemu Perdana Menteri (PM) Najib Razak di kediamannya sebelum kejadian, iaitu pada 24 Jun 2008. Saiful terlebih dahulu menemui penasihat PM Khairil Annas dan SAC Mohd Rodwan di bilik Hotel Melia, Jalan Imbi, KL, pada hari yang sama. l Saiful turut bertemu senator BN Ezam Mohd Nor dan bekas atlet negara Mumtaz Jaafar pada 27 Jun 2008. l Anwar membangkitkan tentang konspirasi politik dalam satu kenyataan dari kandang tertuduh tetapi tidak diberi pertimbangan.
29 Jun 2008 : Saiful membuat laporan polis awal pagi di HKL. Anwar mendapatkan perlindungan sementara di Kedutaan Turki. 30 Jun, 2008 : Sampel pada tubuh Saiful dihantar ke Jabatan Kimia selepas disimpan semalaman oleh pegawai penyiasat DSP Jude Pereira. 16 Julai 2008 : Anwar ditahan sepasukan polis bertopeng, kira-kira 1 km dari rumahnya di Bukit Segambut. Beliau dilokap semalaman dan polis mengambil sampel DNA dan rambut dari botol dan tuala yang digunakan Anwar. 7 Ogos 2008 : Perbicaraan kes Liwat ii bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Anwar didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. 3 Feb, 2010 : Perbicaraan kes liwat Anwar dimulakan dengan Saiful memberi keterangan sebagai saksi pertama. Perbicaraan di hadapan Hakim Mohamad Zabidin bermula selepas 18 bulan Anwar dituduh pada Ogos 2008. 9 Januari 2012 : Selepas 87 perbicaraan, Hakim Mohamad Zabidin, memutuskan Anwar tidak bersalah. Dalam kesimpulannya Zabidin berkata kedua-dua bukti DNA dan bukti lisan tidak boleh menyabitkan kesalahan. 20 Januari 2012 : Pejabat Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar. Kes dibawa ke Mahkamah Rayuan. 7 Mac 2014 : Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara terhadap Anwar, mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari 2012. 28-29 Oktober 2014 : Rayuan akhir Anwar di Mahkamah Rayuan
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
3 NOVEMBER 2014
Rosmah salah guna dana awam? DAP mengutuk keengganan kerajaan mendedahkan kos penerbangan khusus yang membawa isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansur ke Padang, Indonesia, baru-baru ini. Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, identiti penumpang dan kos perlu didedahkan kerana ia melibatkan urusan rasmi kerajaan dan digunakan atas urusan Perdana Menteri. “Apakah kelayakan isteri Perdana Menteri menggunakan pesawat khas kerajaan? Perkara ini telah berkali-kali dibangkitkan
namun ia tetap berterusan. “Saya amat terkilan dengan keengganan Shahidan untuk memberikan jawapan kos secara terperinci. Sama ada dia tidak faham soalan atau sengaja merahsiakan butiran tersebut untuk mengelak persepsi negatif terhadap kerajaan? “Apakah kerajaan telah memulakan langkah ke belakang dengan merahsiakan segala maklumat yang boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap BN?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen, hari ini. Pada Mac lalu, Loke yang juga
Setiausaha Organisasi DAP telah mengajukan soalan di Dewan Rakyat berkenaan kos penerbangan Rosmah ke Qatar menggunakan pesawat kerajaan yang melibatkan kos RM426,489.46 Beliau juga telah menggesa kerajaan agar mendedahkan tujuan pesawat NR1 dengan nombor pendaftaran 9M-NAA pada 27 Ogos lalu yang membawa Rosmah ke Padang, Indonesia, untuk menerima satu anugerah daripada komuniti Minangkabau. Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim sekadar menjawab
Sepupu Najib terima kontrak RM77 juta bekal label keselamatan minuman keras Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini mempersoalkan pemberian kontrak membekal label keselamatan bagi minuman keras bernilai RM77 juta kepada syarikat milik sepupu Datuk Seri Najib Razak secara rundingan terus. Beliau merujuk laporan The Edge 12 September lalu, berhubung penganugerahan kontrak daripada Kastam Diraja Malaysia kepada Lembah Sari Sdn Bhd yang dimiliki Datuk Haris Onn Hussein (sepupu Najib) untuk mereka, mencetak, membekal dan mengedarkan label keselamatan bagi minuman keras, bermula tahun ini sehingga 2019. Menurut laporan itu lagi, kontrak itu menjadikan Lembah Sari memonopoli kontrak label keselamatan, kerana telah mendapat
kontrak yang sama bagi rokok tempatan dan import sebelum ini. “Kerajaan perlu jawab mengapa syarikat milik saudara menteri mendapat kontrak secara
rundingan terus? “Adakah hanya mereka yang mampu cetak label keselamatan dalam negara? Atau mereka menawarkan harga kos paling rendah?” soalnya dalam sidang media di Parlimen. Katanya, ketika Lembah Sari mendapat kontrak yang sama bagi rokok pada tahun 2006, pelbagai pihak yang terlibat tidak berpuas hati ekoran kosnya yang mahal, iaitu 11 sen bagi setiap label. Haris memegang 68 peratus saham syarikat itu. Pada tahun yang sama, isu juga timbul berhubung Lembah Sari yang ‘merampas’ konsesi percetakan label keselamatan daripada syarikat Kod Efisien Sdn Bhd, yang baru sahaja mendapat konsesi itu tiga tahun sebelumnya.
Najib ‘moderat’ celaru, bakal jadi bahan jenaka antarabangsa DATUK Seri Najib Razak ‘berisiko’ menjadi bahan jenaka antarabangsa sebagai sebagai Perdana Menteri ‘talam dua muka’ apabila sibuk melaungkan seruan kesederhanaan di peringkat antarabangsa, namun tunduk kepada golongan ekstremis ketika di dalam negara. Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, Najib sekali lagi menunjukkan sifat ‘skizofrenia’ dengan pemahaman tentang prinsip kesederhanaan yang cukup berbeza di peringkat an-
tarabangsa dan kebangsaan. “Pada 27 September lalu, Najib memberikan ucapan yang amat baik dalam Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, apabila menyeru golongan sederhana untuk mengambil kembali agama mereka (daripada puak ekstremis) dan mengambil jalan keamanan. “Namun di ‘rumah’nya sendiri, Najib mengelak daripada membendung sikap ekstrim dan tidak bertolak-ansur, sehingga berlaku provokasi antara kaum
dan agama pada tahap terburuk sepanjang lima tahun pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan. “Jelas, Najib mengalami ‘skizofrenia’ (fikiran celaru, berubah-ubah dan tidak stabil) dalam memahami konsep kesederhanaan, apabila pemahamannya di luar negara begitu berbeza dengan di sini,” katanya, secara sinis merujuk laporan Bernama, bahawa seorang daripada 100 warga Malaysia mengidap penyakit itu.
ia adalah urusan rasmi tanpa menyatakan jumlah keseluruhan kos. Menurut Anthony, pesawat yang membawa Rosmah itu telah dikesan melalui laman web pengesan pesawat FlightRadar24 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Padang dan ke Singapura sebelum kembali ke KLIA pada 28 Ogos. Tegasnya, tidak ada alasan untuk mana-mana tidak menjawab sebarang soalan daripada Ahli Parlimen, terutama jika ia melibatkan dana awam.
Kerajaan digesa dedah kos percutian misteri DAP mengecam tindakan kerajaan yang membisu dan ingin mendedahkan kos terperinci percutian misteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor ke Belanda pada 1 hingga 15 Ogos lalu selepas sidang media MH17. Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke Siew Fook berkata, biarpun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menjawab soalan tersebut tapi jawapan yang diberikan jelas menunjukkan kerajaan cuba menyembunyikan sesuatu. Shahidan dalam jawapannya kepada Anthony semalam menyatakan, pesawat VIP Airbus A319 CJ dengan pendaftaran 9M-NAA tersebut membawa Najib, isteri, serta delegasi atas lawatan rasmi dan kosnya dalam anggaran bersesuaian. “Nampaknya, Shahidan sekali lagi meneruskan taktik merahsi-
akan maklumat butiran kos terhadap perbelanjaan awam melibatkan Najib daripada pengetahuan umum. “Sejak bilakah kerajaan mengamalkan dasar ‘rahsia’ dalam semua isu?” soalnya dalam sidang media di Lobi Parlimen. Menurut Setiausaha Organisasi DAP itu, berdasarkan rekod, lawatan rasmi Najib ke Belanda hanya berlangsung sehari, iaitu pada 1 Ogos 2014 dan bukannya dua minggu. “Tidak ada sebarang rekod berkenaan jadual lawatan beliau secara rasmi dalam tempoh 2 minggu. "Apakah percutian Najib dianggap sebagai urusan rasmi dan pesawat rasmi boleh digunakan untuk tujuan bercuti? “Berapa banyak lagikah wang terpaksa dibiayai pembayar cukai untuk percutian peribadi Najib, isteri dan rombongannya?” tegasnya.
4
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
NOTA EDITOR Pembangkang dengan atau tanpa Anwar
P
erbicaraan kes Liwat II di peringkat Mahkamah Persekutuan, mahkamah tertinggi dalam negara, seharusnya mengingatkan kita bahawa masa telah lama tiba, sekurang-kurangnya sejak selepas PRU13, untuk memikir dan menggerakkan politik pembangkang dengan atau tanpa Anwar Ibrahim. Politik sememangnya jarang terlepas daripada tokoh. Namun, itu tidak pula bererti wajar untuk kita terlalu bergantung pada tokoh. Bererti, meski pun dengan kehadiran Anwar, kita tetap saja wajib untuk bersikap dan bertindak secara yang bukan saja benar, tetapi juga imaginatif. Apatah lagi pada saat jika Anwar tidak lagi hadir di tengah kerja buat politik harian. Politik pembangkang tidak bermula dengan Reformasi 98, namun peristiwa itu serta Anwar telah memungkinkan bermacam isu urus tadbir negara muncul secara lebih ketara. Detik pemecatan Anwar dan permulaan Reformasi juga menghantar pembangkang ke satu era baru dan memaksa parti-parti politik pembangkang memikirkan secara serius hubungan antara mereka. Natijahnya, sebuah pakatan pembangkang paling ampuh dan paling menggugat kerajaan BN sepanjang sejarah kewujudannya. Selain itu, tempoh 16 tahun sejak Reformasi bermula juga adalah proses penyertaan dan pematangan politik. Menariknya proses ini tidak terbatas pada lingkungan Anwar dan Pakatan Rakyat. Hakikat ini sebenarnya paling perlu disedari dan ditanggapi selayaknya. Kita melihat gejala proses ini pada sekian banyak kegiatan masyarakat sivil yang dicetuskan oleh generasi muda, daripada kegiatan wacana ilmiah sampai kepada program ‘sentuh anjing’; pada usaha ‘meremajakan’ bukan saja wajah tetapi juga pemikiran parti-parti politik, misalnya apabila DAP Johor menggunakan tema “Politik Baru, Wilayah Baru” untuk konvensyen DAP negeri itu bulan lalu; pada usaha menolak paradigma perkauman dalam menentukan dasar-dasar negara; pada usaha menyatukan kembali masyarakat pelbagai kaum dan agama dengan pendekatan ‘bawah ke atas’ dan bukan sebaliknya; serta banyak lagi. Anwar ditindas untuk memudahkan pula penindasan terhadap rakyat terbanyak yang sudah pun mula dijalankan menerusi pengurangan subsidi minyak dan pengenalan GST yang kedua-duanya pasti akan meningkatkan kos sara hidup. Dua langkah menindas itu dibuat dengan alasan untuk meningkatkan dana kerajaan, sedangkan usaha mengekang pembaziran dan kebocoran tidak bersungguh dibuat. Dalam sesi parlimen terbaru ini saja bermacam perkara melibatkan pengurusan kewangan dibangkitkan oleh ahli parlimen Pakatan Rakyat, antaranya isu syarikat kroni yang gagal membayar hutang kepada kerajaan dan isu komisyen sekitar sepuluh kali ganda lebih tinggi daripada kadar pasaran yang dibayar 1MDB untuk kegiatan mengumpul dana. Maka itulah disebutkan bahawa politik pembangkang harus segera melampaui tokoh, kerana keadaan semakin getir dan generasi baru pula telah bersedia untuk melakukan perubahan.
Oleh TARMIZI ANUWAR
A
pabila wahyu pertama diturunkan, Iqra’ (bacalah), ia menjadi satu falsafah perjuangan yang relevan selagi mana wujudnya penindasan, penipuan dan segala kebobrokan di muka bumi ini. Daripada kegelapan kepada pencerahan. Itulah reformasi yang perlu dilakukan dan akan terus dilakukan oleh para pecinta yang asyik dengan kebenaran. Dua peristiwa yang berlaku baru-baru ini, iaitu demonstrasi untuk mempertahankan kebebasan akademik setelah Prof Madya Dr Azmi Sharom didakwa di bawah Akta Hasutan dan acara pidato umum “Anwar Ibrahim: 40 Tahun, Dari UM ke Penjara” mengingatkan saya kepada pengalaman beberapa tahun yang lepas – perjuangan menegakkan nilai yang sama tetapi peristiwanya berbeza. Kebebasan akademik adalah perjuangan yang sekiranya tidak diperjuangkan maka tidak akan relevanlah mana-mana gerakan atau kumpulan mahasiswa itu. Tanggal 23 Februari 2011 adalah antara hari bersejarah buat saya yang tidak mungkin dilupakan. Ketika itu saya memegang jawatan Timbalan Presiden Majlis Tertinggi Mahasiswa, Kolej Tun Dr. Ismail, Universiti Putra Malaysia (KTDI, UPM). Kejadian pecah pintu di Universiti Putra Malaysia telah menjadi satu berita hangat selama seminggu di dada-dada akhbar dan berita perdana dalam negara. Kejadian tersebut adalah reaksi mahasiswa kerana 11 calon Pro-Mahasiswa yang menang pilihanraya kampus dibatalkan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (ketika itu Prof. Dr. Fauzi Ramlan) atas alasan yang tidak munasabah, iaitu berkempen di media sosial. Saya yang ketika itu baru sahaja berjinak-jinak dengan gerakan mahasiswa mula menyedari bagaimana mereka yang berpendidikan tinggi digunakan dan menggunakan autoriti di kampus untuk menyekat kebebasan mahasiswa. Tahun yang sama pada 21 Oktober 2011, di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, telah diadakan satu demonstrasi membela Dr. Aziz Bari yang digantung daripada perkhidmatan oleh pentadbiran universiti atas alasan memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti. Kenyataan berlandaskan akademik yang dikeluarkan oleh Dr. Aziz Bari mengkritik titah Sultan Selangor berhubung pemeriksaan sebuah gereja di Petaling Jaya telah dianggap sebagai bertentangan dengan kepentingan universiti. Sekali lagi kebebasan akademik dirampas oleh golongan yang sewajarnya memperjuangkan dan berpegang dengan prinsip kebebasan akademik. Ternyata pendidikan bertahap doktor falsafah atau memegang gelaran profesor bukanlah satu kepastian bahawa seseorang itu tidak akan dipengaruhi oleh kepentingan kuasa dan politik peribadi. Saya telah menulis satu artikel bertajuk; “Kelesuan para akademia Malaysia” pada Januari 2013 yang disiarkan di beberapa portal internet berkaitan betapa lesunya
Mahasiswa hampiri ambang perubahan golongan akademia daripada bersetiakawan bersama-sama mahasiswa dalam isu kebebasan akademik. Namun, demonstari membela kebebasan akademik untuk Azmi Sharom yang diadakan di Universiti Malaya tempoh hari telah menunjukkan bahawa sebenarnya golongan akademia juga mampu dan telah mula untuk berdiri sebaris bersama mahasiswa dalam isu ini. Risiko yang diambil oleh Pro-Mahasiswa UPM pada tahun 2011 dengan merempuh pintu Bahagian Hal Ehwal Pelajar sehingga pecah memberikan kesan apabila pada tahun-tahun selepasnya tidak lagi timbul masalah berhubung pilihanraya kampus seperti sebelumnya, iaitu ketika dua tahun berturut-turut calon Pro-Mahasiswa dibatalkan dengan alasan yang tidak munasabah. Mungkin kesan seakannya juga yang akan berlaku kepada Universiti Malaya selepas rempuhan pagar oleh mahasiswa. Mahasiswa selepas ini akan terus memberikan tekanan dan mengasak pihak pentadbiran universiti supaya akur pada tuntutan mahasiswa, khususnya kebebasan akademik. Saya percaya gerakan mahasiswa bukanlah hanya pandai berdemonstrasi semata-mata tetapi gerakan mahasiswa juga telah banyak melahirkan individu yang cakna dengan isu sosial dalam negara. Rempuhan yang berlaku di Universiti Putra Malaysia pada tahun 2011 dan Universiti Malaya baru-baru ini adalah disebabkan pintu rundingan bersama pihak pentadbiran telah menjumpai jalan buntu dan keintelektualan disekat tanpa sebab ysang munasabah. Rempuhan di Universiti Putra Malaysia tidak akan berlaku sekiranya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar turun bertemu dengan mahasiswa bagi menjelaskan dan
memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan. Rempuhan di Universiti Malaya tidak akan berlaku sekiranya pihak universiti bersikap seimbang dan adil kepada pihak kerajaan mahupun pembangkang, selari dengan prinsip kebebasan akademik. Mahasiswa perlu sedar bahawa perjuangan ini penuh cabaran. Tetapi ingatlah, Giordano Bruno dibakar hidup-hidup oleh gereja kerana berpendirian bahawa bumi yang mengelilingi matahari dan bukan matahari yang mengelilingi bumi; Galileo Galilei pula dihukum penjara seumur hidup di rumahnya kerana berpendirian sama seperti mana Bruno. Kedua-dua sosok ini memperjuangkan kebebasan akademik dalam kerangka zaman dan cara mereka yang tersendiri. Mahasiswa pada hari ini bertanggungjawab mengambil peranan yang sama untuk merealisasikan kebebasan akademik dalam mengikut acuan yang sesuai dengan zaman kontemporari. Kita melihat kini mahasiswa sedang menghampiri ambang perubahan. Seperti disebut tadi, mereka bukan hanya tahu berdemonstrasi. Buktinya, di merata-rata kampus, hampir di seluruh negara, kini telah muncul pelbagai ‘grup diskusi’ yang bergerak di luar kampus. Lalu kita mendengar nama seperti “Buku Jalanan” dan “Universiti Terbuka Anak Muda”. Sambil menuntut kebebasan daripada universiti dan membela kebebasan akademik, mahasiswa mula sedar bahawa ada ruang untuk mereka bergiat, menimba ilmu, dan mengasah kemahiran di luar kampus. Dengan kesedaran ini, kita seharusnya yakin bahawa perubahan telah semakin hampir.
EDITORIAL EDITOR AL MUSTAQEEM MAHMOD RADHI SUB-EDITOR SIDIQIN OMAR WARTAWAN IZMIL AMRI • AEDI ASRI • ALIFF FIKRI JURUGAMBAR AHMAD YUSUFI PENYELARAS ROKETKINI EDRY YUSOF GRAFIK & REKALETAK WAHYUDI MOHD YUNUS
facebook/roketkini
[email protected]
twitter@roketkini
The Rocket Edisi Bahasa Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak, termasuk Unit Penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, yang telah memberi sumbangan bahan bertulis dan bergambar.
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
5 NOVEMBER 2014
BERAKHIRNYA POLITIK PERKAUMAN DI TANGAN ANAK MUDA Oleh ISKANDAR FAREEZ
K
onsep perkauman, sama ada secara terang ataupun halus telah lama menyelinap masuk ke dalam kesedaran kita. Sejak kecil sehinggalah dewasa, kita diajar untuk mengenali apa itu Melayu, India atau Cina. Jika tidak tergolong dalam salah satu kategori ini, “lain-lain” lah panggilannya. Kemungkinan, sudah semulajadi untuk kita berfikir menerusi kanta perkauman, kemungkinan juga tidak. Pada dasarnya, ada banyak faktor-faktor lain seperti demografi, jantina, pekerjaan, taraf ekonomi dan latar belakang pendidikan yang menentukan kejayaan seseorang manusia. Namun, faktor kaum juga yang menjadi keghairahan kita sehinggakan semua masalah dan penyelesaiannya kita sandarkan atas dasar kaum seseorang atau sekumpulan itu. Mungkin kerana pemikiran sebegini yang menjadikan politik perkauman sebati dengan rakyat Malaysia. Bahkan kemerdekaan negara ini juga dirunding menerusi formula yang sama – setiap kaum menjaga kepentingan kaum masing-masing, dengan United Malays National Organisation (UMNO) mewakil kaum Melayu, Malaysian Chinese Association (MCA) mewakil kaum Cina dan Malaysian Indian Congress (MIC) mewakili kaum India. Parti-parti politik ini kemudiannya bergabung dengan parti politik lain yang juga berasaskan kaum untuk membentuk satu campuran parti-parti berbilang kaum iaitu Barisan Nasional (BN). Menerusi perlaksanaan ini, BN menjadi mekanisme di mana setiap kaum akan memperjuangkan isu dan kepentingan masing-masing. Melayu mengetengahkan isu Melayu, Cina mengetengahkan isu Cina dan India mengetengahkan isu kaum India. Hubungan seperti ini melahirkan satu situasi kalah-menang apabila suatu kaum mendapat permintaan mereka sudah tentu pihak yang lain akan kehilangan sesuatu. Kesannya, timbullah rasa syak dan sangsi antara kaum. Memang pun semasa awal kemerdekaan dahulu, ketika realiti ekonomi berkait rapat dengn kaum, ada keperluan untuk memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing. Lebih daripada itu, BN mendakwa bahawa formula perwakilan kaum seperti inilah yang merupakan tunjang kepada keharmonian Malaysia selama ini. Persoalannya, adakah formula tersebut masih relevan pada hari ini? Anak-anak muda yang lahir pasca merdeka, tidak kira kaum, sudah mula melihat kepentingan mereka bertindih dalam banyak aspek dan ia melangkau faktor perkauman. Bibit-bibit awal perubahan ini dapat kita lihat daripada pilihanraya umum 2008 di mana umum dapat menyaksikan tsunami politik yang dikaitkan dengan pencerahan anak-anak muda akan ketidakberkesanan politik perkauman. Anak-anak muda mula melihat bahawa masalah seharian dan keinginan kita seperti kos sara hidup yang tinggi, pendidikan bermutu, jenayah yang berleluasa, dan tadbir urus kerajaan yang bersih dan telus melangkaui aspek perkauman. Baik Melayu, Cina atau India, semua warga Malaysia mempunyai keinginan dan
Menerusi dasar pecah dan perintah, BN menggunakan politik perkauman sebagai alat untuk terus berkuasa dengan menyemai prejudis antara kaum supaya rakyat akan terus melihat BN sebagai pertahanan terakhir mereka daripada ancaman kaum lain. aspirasi yang sama. Malah anak muda juga sedar bahawa sentimen perkauman merupakan mainan yang mudah untuk mengalihkan perhatian umum daripada isu-isu pokok seperti yang telah dinyatakan tadi. Menerusi dasar pecah dan perintah, BN menggunakan politik perkauman sebagai alat untuk terus berkuasa dengan menyemai prejudis antara kaum supaya rakyat akan terus melihat BN sebagai pertahanan terakhir mereka daripada ancaman kaum lain. Menerusi formula ini, BN menggambarkan diri mereka sebagai satu-satunya penyelamat yang dapat mengimbangi kepentingan setiap kaum di Malaysia. Walaupun kesedaran anak-anak muda sudah mula terbit, ia masih lagi di peringkat awal. Perjalanan Malaysia untuk beralih daripada politik perkauman kepada politik dasar masih lagi jauh. Lima puluh satu tahun adalah satu jangka masa yang pendek bagi satu negara bangsa. Politik perkauman masih lagi dilihat sebagai alat yang berkesan untuk mengawal tindakan dan pemikiran rakyat. Ternyata ia adalah suatu senjata yang ampuh lagi berkesan apabila kerajaan berulang kali mengungkit peristiwa gelap 13 Mei sebagai momokan kepada rakyat supaya terus berasa takut dan terus bergantung kepada BN. Proses pematangan politik menerusi ilmu
adalah perlu bagi anak-anak muda untuk menghakis rasa takut akan ancaman-ancaman yang tidak munasabah ini. Ketakutan akan terus merantai masyarakat kita terutamanya anak muda dan menyekat kita daripada terus maju. Masyarakat itu maju kerana mereka menghargai ilmu. Ilmu itu seumpama pelita yang membawa sesuatu tamadun keluar daripada kancah zaman kegelapan. Ilmu itu juga yang akan menyuluh jalan ke hadapan dan menghilangkan bayang-bayang ketakutan dan sangsi. Untuk maju ke hadapan, sebagai anak muda, kita perlu mula bersuara secara kolektif dan meluahkan pendapat supaya dapat menentukan halatuju Malaysia pada masa hadapan. Jangan biarkan apa-apa momokan digunakan untuk menghindarkan kita daripada memperjuangkan kebenaran. Masalah-masalah yang Malaysia hadapi hari ini adalah disebabkan oleh kelemahan dari segi penggubalan dan perlaksanaan dasar. Ia tiada kaitan dengan agenda suatu kaum untuk menjatuhkan yang lain. Anakanak muda Malaysia harus ingat dan terus mengingatkan antara satu sama lain bahawa kita lebih kuat apabila kita berdiri bersama-sama. Jalan ke depan tidak akan mudah bagi anak-anak muda Malaysia. Prinsip peluang saksama, kebebasan,
keadilan sosial dan perpaduan harus menjadi panduan bagi anak-anak muda sebagai batu asas untuk membina negara Malaysia yang bersatu. Hanya dengan meruntuhkan tembok perkauman yang kita bina selama ini barulah kita dapat membina jambatan menuju perpaduan.
6
BELANJAWAN 2015
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
Menjelang 2020, minda dan dasar pemimpin BN masih di takuk lama Oleh SIDIQIN OMAR BELANJAWAN 2015 adalah yang terakhir dalam pelan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10). Dari segi Pendapatan Kasar Negara (GNI) per-kapita, negara dikatakan mencecah USD10,060 (RM32,134) pada 2013, melepasi USD10,000 buat julung kalinya. Atas unjuran itu, Malaysia dikatakan mampu mencapai negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2020. Namun, untuk mencapai sta-
tus ‘negara maju’, masih banyak aspek yang perlu dipenuhi, antaranya pengukuhan institusi ekonomi dan sosial yang mantap serta amalan kebertanggungjawaban. Justeru, pengisytiharan pendapatan purata rakyat pada kadar RM5,900 menjadi hambar dan lompang. Statistik kerajaan menunjukkan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M3.0. Ini bermakna masih banyak isi rumah yang berpendapatan RM4,000 ke
bawah. Statistik juga menunjukkan 78.6% pencarum KWSP berpendapatan kurang RM3,000 dan 40% berpendapatan kurang RM2,000 sebulan. Kenyataan pahit ini terpaksa diterima - di saat kos sara hidup semakin meninggi, pendapatan rakyat masih di tahap sama. Lebih pahit, pembentangan Belanjawan 2015 10 Oktober lalu tidak menampakkan usaha kerajaan untuk menangani masalah ini.
Bumiputera sekadar alasan kayakan kroni? Tiada usaha banteras kronisme DAP tidak pernah menentang dasar kerajaan untuk membantu Melayu dan Bumiputera yang benar-benar berhak. Namun, ia mestilah dengan syarat bahawa bantuan tersebut mestilah disasarkan kepada mereka yang memerlukan dan tidak dijadikan alasan untuk mengkayakan golongan tertentu. “Masalah dengan dasar-dasar BN ialah mereka menggunakan alasan ‘membantu Melayu’ untuk memberikan kontrak dan lesen kepada kroni yang sudah sedia kaya,” kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua. “Pada masa yang sama, dasar yang berasaskan kaum akan mendiskriminasi dan mengenepikan golongan bukan-Melayu yang miskin dan turut memerlukan bantuan kerajaan,” tambahnya ketika dihubungi Roketkini. Belanjawan 2015 meletakkan agenda bumiputera sebagai salah satu teras dengan alasan kononnya demi menangani peningkatan populasi Bumiputera sehingga 70 peratus pada 2020. Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dilaporkan berkata demikian sambil menambah bahawa kerajaan merasakan apabila Bumiputera maju barulah negara akan membangun. Tony yang juga Setiausaha Publisiti Ke-
bangsaan DAP menyeru supaya kerajaan melaksanakan dasar yang berasaskan keperluan dan bukannya perkauman. Katanya, ia demi menjamin bahawa
tiada segmen masyarakat yang ketinggalan, serta memastikan golongan yang sedia kaya tidak meraih keuntungan daripada nasib golongan miskin.
PEMINJAM PTPTN DIBURU, GLC DAPAT ‘SIMPATI’ l Masih ingat kata-kata Najib ketika pembentangan, menempelak peminjam yang masih belum membayar hutang belajar mereka? l Pada masa sama, syarikat swasta dan berkaitan kerajaan yang berhutang ratusan juta ringgit dengan kerajaan tidak pula diambil tindakan, antaranya; l Perwaja Steel - jumlah hutang: RM117.1 juta, bayar: RM30.42 juta l National Feedlot Corporation - jumlah hutang: RM250 juta, bayar: RM17.49 juta l Lebuhraya Shapadu - jumlah hutang: RM83.9 juta, bayar: 23.92 juta l Equal Concept - jumlah hutang: 83 juta, bayar: RM21.57 juta
BELANJAWAN 2015 yang dibentangkan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak yang kononnya berjiwa rakyat tidak memberi sebarang makna tanpa usaha membasmi rasuah dan kronisme. “Belanjawan yang disebut sebagai pro rakyat ini sungguhpun ada beberapa langkah untuk mengurangkan beban, tapi dari segi perkara pokoknya masih tiada sebarang usaha yang benar-benar berjiwa rakyat,” kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Beliau membangkitkan isu penjana tenaga bebas yang terus menjadi beban kepada kewangan negara dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang kini menanggung hutang besar, namun langsung tidak diulas dalam pembentangan belanjawan. “Apakah langkah kerajaan untuk menyelesaikan masalah kronisme yang melibatkan IPP, 1MDB (1Malaysia Development Berhad) dan perkara lain yang dibangkitkan pemimpin Pakatan Rakyat. “Semua isu ini masih belum dijawab dan ditangani. Jika Najib mahu belanjawannya benar-benar berjiwa rakyat, maka pertalian antara kroni harus diputuskan sama sekali,” katanya ketika ditemui di luar Dewan Rakyat selepas pembentangan 10 Oktober lalu. Menjelang pembentangan, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berulang kali mendesak Najib agar membangkitkan isu itu, terutama 1MDB yang menanggung hutang RM36 bilion, serta kegagalan beberapa anak syarikatnya untuk menghantar penyata kewangan tahunan. Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga kecewa apabila tiada langkah drastik yang diumumkan kerajaan untuk membanteras rasuah, walaupun Malaysia dilaporkan antara negara yang terburuk dilanda gejala itu. Belanjawan kali ini memperuntukkan sebanyak RM273.9 bilion, peningkatan sebanyak RM9.8 bilion berbanding tahun 2014. Perbelanjaan mengurus yang dibentangkan hari ini berjumlah RM223.4 bilion, iaitu 81.6% dari keseluruhan peruntukan, manakala perbelanjaan pembangunan hanya 18%, bersamaan RM50.5 bilion. Ia juga merupakan antara belanjawan tahunan terbesar yang pernah dibentangkan oleh kerajaan dalam sejarah.
BELANJAWAN 2015
EDISI BAHASA MALAYSIA
7 NOVEMBER 2014
‘Belanjawan untuk rakyat’ hanya omong kosong, golongan terpinggir terus dipinggirkan
Cukupkah naik elaun RM50 untuk bantu OKU? SEHARI selepas pembentangan Belanjawan 2015 10 Oktober lalu, akhbar-akhbar arus perdana tanpa segan silu mencanangkannya sebagai ‘bajet untuk rakyat’. Namun, tanpa mengambil masa lama, ramai pasti akan dapat melihat belanjawan kali ini meminggirkan beberapa golongan sasaran dan isu-isu penting rakyat. Antaranya bantuan kebajikan bagi golongan OKU hanya dinaikkan sebanyak RM50. Mengulas isu itu, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok Suh Sim menyifatkan kenaikan kecil terse-
but ternyata gagal meringankan beban golongan tersebut, apatah lagi di saat kos sara hidup semakin meningkat. “Kenaikan sebanyak RM50 daripada RM300 kepada RM350 kepada OKU bekerja dan daripada RM150 kepada RM200 kepada yang tidak bekerja sangat sedikit. “Kerajaan sepatutnya tahu masih ramai yang bergantung sepenuhnya kepada elaun dan memperakui kadar kemiskinan di negara ini meningkat setiap tahun,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen selepas pembentangan belanjawan.
Sentimen sama turut disuarakan Senator K Bathmavathi yang menyifatkan ia tidak berpadanan dengan keperluan sebenar golongan OKU. Katanya, sepanjang tiga sesi parlimen yang lalu, beliau berulangkali menggesa agar jumlah bantuan RM300 kepada OKU bekerja ditingkatkan kepada RM500, dan RM150 bagi OKU tidak bekerja kepada RM300. “Namun, apa yang dibentangkan hari ini amat mengecewakan. Ia langsung tidak bermakna,” kata Senator OKU itu lagi, seperti dipetik Malaysiakini.
Golongan wanita diabaikan SELAIN OKU, golongan wanita turut dilupakan dalam belanjawan kali ini, di sebalik kata-kata muluk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang wanita ketika pembentangan belanjawan. Dalam pembentangannya, Najib berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan wanita dalam pembangunan nasional dan mendidik generasi akan datang. “Meskipun dengan pengiktirafan itu, jumlah yang diperuntukkan kepada wanita sedikit sahaja,” kata Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching.
Peruntukan ‘SB’ lebih besar berbanding banteras jenayah DI SAAT kadar jenayah semakin tidak terkawal, kerajaan nampaknya lebih berminat untuk merisik dan mengawal pihak pembangkang. Ia dibuktikan dalam Laporan Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2015, Cawangan Khas (SB) menerima peruntukan lebih tinggi berbanding Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ). Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim berkata, berbanding tahun sebelumnya, peruntukan kepada SB meningkat 12 peratus iaitu kepada RM47 juta, berbanding JSJ yang hanya meningkat 2.5 peratus, bersamaan RM13.1 juta. “SB mendapat kenaikan peruntukan lebih tiga kali ganda berbanding JSJ. “Ini jelas menunjukkan SB yang seringkali dikritik kerana membuat intipan terhadap ahli dan penyokong pembangkang diberi lebih tumpuan, berbanding JSJ
yang berperanan membanteras jenayah,” katanya dalam satu kenyataan 12 Oktober lalu. Beliau mendedahkan, statistik tahun 2013 menunjukkan SB mengeluarkan 368,999 laporan risikan termasuk risikan politik, manakala JSJ hanya menyelesaikan 28,162 daripada 147,062 kes jenayah. “Ini bermakna setiap hari SB hantar lebih 1,000 laporan kerajaan, manakala JSJ hanya berjaya menyelesaikan 19 peratus kes jenayah dari fail siasatan yang dibuka,” katanya. Justeru, beliau mengkritik kerajaan yang menetapkan keutamaan yang salah ketika membahagikan peruntukan kepada PDRM. “Anggota JSJ berdepan dengan penjenayah yang kian ganas, tentunya mereka memerlukan sumber lebih besar bagi menjamin keberkesanan operasi serta ke-
Beliau berkata, peruntukan kepada Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat (KWKPM) meningkat hanya sebanyak 3.7 peratus, iaitu dari RM 2.2 bilion kepada RM2.26 bilion. “Kenaikan peruntukan di bawah purata (lebih rendah daripada kenaikan keseluruhan) dengan sendirinya membuktikan wanita dipinggirkan,” katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat 14 Oktober lalu. Lebih menyedihkan, katanya lagi, jumlah tersebut lebih rendah berbanding peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri yang
menerima RM19.06 bilion, iaitu peningkatan setinggi 15.9 peratus berbanding tahun sebelumnya (RM16.45 bilion). “Kita juga jangan lupa bahawa sebahagian besar peruntukan kepada KWKPM adalah untuk kebajikan sosial, dan bukannya khusus untuk wanita,” katanya lagi. Penolong Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan itu turut membidas pemotongan peruntukan sebanyak 60 peratus kepada Institut Pemberdayaan Wanita NAM (NAM Institute for The Empowerment of Women, NIEW) daripada RM.4 juta kepada 3.2 juta.
RAKYAT IKAT PERUT, TAPI MENTERI... l Di saat rakyat terus terbeban menghadapi pelbagai kenaikan harga, menteri masih berlagak ‘bodoh’ dengan kenyataan mereka yang hanya menaikkan darah rakyat. l Kerajaan seolah-olah menganggap rakyat bahlul, apabila mencadangkan BR1M diagihkan menerusi kupon, kononnya takut rakyat ‘bermewah-mewah’ dengan jumlah tidak seberapa itu. l Sambil menayang ‘iPhone 6’ barunya, Menteri Ahmad Maslan turut menggunakan alasan yang sama ketika menjustifikasikan keputusan kerajaan mengagihkan BR1M secara ansuran. l “Bersyukurlah, bukan protes,” kata Menteri Datuk Hasan Malek terhadap rakyat yang marah dengan kenaikan harga minyak 20 sen seliter
UTAMA
8
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
SAMBUTAN DEEPAVALI Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada penganut agama Hindu khususnya, dan semua warga Malaysia amnya.
4
Pesta Cahaya ini meraikan kemenangan cahaya ke atas kegelapan, kebaikan ke atas kejahatan, ilmu melawan kejahilan dan harapan melawan rasa putus asa. Semoga kita semua mendapat inspirasi daripada makna Deepavali ini, demi sebuah negara pelbagai kaum, agama dan budaya yang bebas, adil, demokratik, makmur dan berdaya saing – dengan harapan agar Malaysia menjadi negara yang bersatu-padu, sederhana, dan bertoleransi yang menjadi contoh di seluruh dunia, bukannya negara berpecah-belah dan bermasalah.
1
LIM KIT SIANG KETUA PARLIMEN DAP 2 Sempena Perayaan Deepavali 2014 ini, marilah kita menolak sebarang usaha untuk mengubah sikap yang bertolak ansur dan sederhana dengan eksterisme agama dan perkauman.
3
Hak-hak istimewa bukannya ‘lesen’ untuk melakukan korupsi atau melanggar hak asasi manusia. Pihak yang cuba mengubah sifat masyarakat ini juga adalah penyokong pemerintah status-quo yang berkuasa sekarang dan mereka menyebarkan ideologi berbahaya, iaitu ideologi memusuhi kemajmukan. Ideologi itu secara langsung mengancam kedamaian dan keharmonian negara kita yang berbilang bangsa, budaya dan agama.
LIM GUAN ENG SETIAUSAHA AGUNG DAP 6
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
9 NOVEMBER 2014
1. Adun Pulau Tikus Yap Soo Huey menyalakan Ronggoli Kolam buatan pelajar ATEC Academy di Gurney Paragon Mall. 2. Kehadiran Menteri Besar Selangor Azmin Ali bersama pemimpin Pakatan Rakyat dan DAP menambahkan lagi kemeriahan Rumah Terbuka Exco Kerajaan Negeri V Ganabatirau di Seksyen 7, Shah Alam. 3. Kegembiraan terpancar di wajah anak-anak kecil.
7
4. Pimpinan DAP dan PKR hadir di Rumah Terbuka Deepavali di Shah Alam dengan semangat meraikan kemenangan cahaya mengatasi kegelapan. 5. Setiausaha Agung Lim Guan Eng bersama pimpinan DAP Johor mengunjungi Kuil Raja Mariamman berhampiran nadi perniagaan masyarakat India di Jalan Trus, Johor Bahru.
8
6. Dalam kemeriahan sambutan Deepavali, DAP turut tidak melupakan sumbangan petugas media di Perak dengan memberikan sumbangan biskut kepada China Press, Nanyang Siang Pau dan lainnya. 7. Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching dan Adun Senai Wong Shu Qi menziarahi rumah Encik Bala untuk menyalurkan sumbangan kepada beberapa buah keluarga di Taman Senai Utama sempena sambutan Perayaan Deepavali.
5
9
8. Adun Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong menyertai perarakan dalam acara Persembahan Silambam 2014 anjuran Pusat Khidmat KKB bersama Ahli-Ahli Majlis Majlis Daerah Hulu Selangor di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu, 19 Oktober lalu. 9. Adun Kinrara Ng Sze Han tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan menghulurkan sedikit cenderamata kepada
10
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
Tangguh GST sekarang, agensi kerajaan sendiri tak bersedia KERAJAAN digesa menangguhkan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) kerana bukan sahaja rakyat Malaysia tidak faham dengan sistem percukaian baru tersebut, malah agensi kerajaan berkaitan sendiri masih belum bersedia. Menurut Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, Jabatan Kastam Diraja Malaysia melaporkan bahawa hanya 94,943 syarikat telah berdaftar bagi GST sehingga 17 Oktober tahun ini. Timbalan Menteri Kewangan Chua Tee Yong dalam satu kenyataan berkata, sasaran kerajaan untuk mendaftarkan 140,000 syarikat masih terlalu jauh. Dianggarkan kira-kira 300,000 perniagaan di Malaysia dengan perolehan melebihi setengah juta ringgit setahun yang mesti mendaftar untuk GST. Kastam memaklumkan, perniagaan dengan nilai perolehan bercukai (tidak termasuk GST) bagi pembekalan untuk suatu
tempoh 12 bulan atau kurang yang melebihi nilai ambang RM500,000, dikehendaki berdaftar di bawah GST. "Kerajaan menetapkan sasaran 140,000 syarikat berdaftar menjelang akhir tahun, namun tidak sampai separuh daripada jumlah syarikat bendaftar untuk GST,” kata Chong. Katanya, kerajaan gagal memberi maklumat dan penerangan selain bantuan ke-
pada syarikat di Malaysia yang kini dalam fasa peralihan dari cukai jualan dan perkhdimatan (SST) kepada GST. Manakala masyarakat peniaga terpaksa memisahkan beberapa akaun berikutan perniagaannya melibatkan jenis barangan yang disenarai sebagai cukai GST berkadar sifar, yang membebankan pentadbiran perniagaan. Sesetengah perniagaan terdorong mengelak cukai ke atas bekalan yang dikenakan GST walaupun tidak berhasrat mengelak, namun secara tidak sengaja boleh melakukan kesilapan akibat kerumitan tersebut. GST turut meletakkan 80 peratus pekerja Malaysia berpendapatan rendah dan sederhana yang tidak layak membayar cukai pendapatan dalam kedudukan tidak seimbang, dalam masa sama melepaskan baki 20 peratus pekerja Malaysia melalui pemotongan faedah cukai pendapatan.
Rakyat Malaysia bayar minyak RON95 lebih mahal daripada harga pasaran? KEJATUHAN harga minyak dunia pada kadar 11.71 peratus jelas lebih tinggi berbanding 28 sen subsidi kerajaan (10.85 peratus daripada harga pasaran) Harga pasaran sebenar RON95 lebih rendah berbanding yang dibayar rakyat Malaysia sekarang ini, iaitu RM2.30 seliter.
Firma kajian pelaburan, AmResearch dalam satu laporannya berhubung subsidi minyak menganggarkan purata ‘harga modal’ minyak mentah antarabangsa adalah pada USD84.80 segelen. 'Jika tanpa subsidi, harga RON95 adalah pada RM2.30 seliter, ‘harga modal’ bagi minyak mentah dun-
ISU DAN IMPLIKASI GST
ia adalah pada purata USD84.80,” laporan tersebut dipetik. Dengan harga Brent (nilai piawaian minyak yang bersumber dari Eropah) ditutup sehingga 16 Oktober pada USD84.47, rakyat Malaysia kini hakikatnya membayar cukai minyak untuk RON95. AmResearch menganggarkan pengurangan 10 peratus harga minyak mentah dunia, berpotensi mengurangkan jumlah subsidi yang diberikan kerajaan kepada RM35.6
l Apakah memperkenalkan GST menambah pendapatan perbendaharaan, dalam masa sama tidak akan menambahkan beban ke atas rakyat? Hakikatnya, tiada cukai yang tidak membebankan. l Pelaksanaan GST jika tidak diawasi akan diperalat dan dimanipulasi oleh pengeluar, pengedar dan peruncit untuk menipu (profiteering). l Tambahan hasil cukai daripada GST hanya memanfaatkan pembayar cukai jika dibelanja dengan berhemah. Rekod pencegahan pembaziran dan penggunaan hasil kerajaan BN tidak meyakinkan. l Sejauh mana pendapatan individu atau syarikat dapat disimpan bila cukai pendapatan dikurangkan dalam regim percukaian GST? l Bagaimana mekanisme lebih mudah bila GST dilaksanakan? Sistem GST ini mempunyai pengiraan yang rumit. l GST adalah sistem yang rencam. Sehingga ini tidak ada
7 FAKTA GST 1. Peniaga dikehendaki mengenakan caj GST pada kadar yang akan ditentukan ke atas barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan. GST dikutip dan dibayar kepada kerajaan 2. GST dikenakan ke atas bekalan yang dicukai, iaitu hampir semua barangan dan perkhidmatan 3. Peniaga membayar GST apabila membeli barangan dan perkhidmatan. Mereka boleh menuntut kembali kredit 'cukai input' bagi GST yang dibayar 4. Kredit 'cukai input' ditampung semula dari GST yang dikutip 5. Jika caj GST melebihi kredit 'cukai input' bagi satu tempoh, peniaga perlu serah GST kepada kerajaan. Jika kredit 'cukai Input' melebihi GST yang dicaj, peniaga boleh mendapat semula wangnya (refund). 6. Peniaga mengenakan caj GST, tetapi mendapatkan kredit 'cukai input' 7. Beban akhirnya ditanggung pengguna
juta. Justeru itu, dengan harga minyak dunia menurun melebihi 11 peratus, kerajaan perlu telus dalam bagaimana baki wang yang dijimatkan itu dibelanjakan. Dalam Belanjawan 2015, kerajaan menganggarkan akan mengutip cukai berkaitan berjumlah RM17.3 bilion, iaitu dalam bentuk duti eksais (RM8 bilion), cukai jualan (RM4.5 bilion), duti import (RM1.1 bilion) dan lesen kenderaan (2.4 bilion).
“Jika tanpa subsidi, harga RON95 adalah pada RM2.30 seliter, ‘harga modal’ bagi minyak mentah dunia adalah pada purata USD84.80” - Firma kajian pelaburan, AmResearch
roadmap berdasarkan jangka waktu yang jelas dibentang kerajaan untuk mencapai belanjawan seimbang. l Sejauh mana GST menyumbang kepada pengurangan belanjawan defisit negara? Parlimen harus mewujudkan Panel Penyemakan Sistem Percukaian dan Jawatankuasa bebas mengenai Reformasi Percukaian. l GST tidak baik untuk IKS. IKS terpaksa mengenakan caj lebih ke atas barangan dan perkhidmatannya. Akibatnya permintaan akan berkurangan. l GST mengakibatkan kenaikan inflasi mendadak bila harga barangan dan perkhidmatan naik akibat peningkatan kos. l Walaupun GST menjimatkan kos sehingga RM 1.4 bilion kerana cukai eksport dikurang kepada 4% dari 10%, pengeksport dan perniagaan akan memindahkan cukai itu kepada pengguna. l GST bakal mencetuskan apa yang dipanggil kegiatan ‘ekonomi bawah tanah’. GST mewujudkan beban pentadbiran ke atas kerajaan dan pengusaha.
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
11 NOVEMBER 2014
BELANJAWAN PAKATAN FOKUS KEBAJIKAN Belanjawan Pakatan 2015 ingin mengembalikan roh kebajikan dalam wacana belanjawan dan ekonomi negara. Dalam suasana ekonomi yang semakin melebar kesenjangan antara miskin kaya, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memperkukuhkan sistem jaringan sosial dan bantuan kepada golongan berpendapatan rendah. Pakatan Rakyat meletakkan empat keutamaan demi mempertahankan kebajikan rakyat:
INTIPATI
1 Gaji yang adil demi memastikan pekerja mendapat perkongsian sewajarnya dalam membina hidup yang bermaruah. 2 Mempertahankan subsidi untuk golongan berpendapatan rendah dan subsidi umum bagi mengekang kenaikan harga barang. 3 Menyediakan lebih banyak skim kewangan perumahan dan skim perumahan rakyat untuk membantu golongan muda dan berpendapatan rendah memiliki rumah. 4 Merancakkan ekonomi desa agar penduduk luar bandar tidak terpinggir dari arus ekonomi dan tertekan dengan kenaikan kos sara hidup. √ Perkukuh tatakelola, menghapus ketirisan dan rasuah √ Mengurangkan defisit belajawan dengan sasaran 2.6% √ Lebih peruntukan untuk belanja pembangunan √ Menjaga khazanah minyak dan gas negara
√ Memperkenal cukai Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT yang) mencukai keuntungan modal √ Mempertahan perdagangan bebas dan adil √ Pembangunan desa yang menyeluruh √ Hak perumahan untuk rakyat
GAJI YANG ADIL UNTUK HIDUP BERMARUAH
HAK PERUMAHAN UNTUK RAKYAT
UPAYAKAN EKONOMI LUAR BANDAR
BAGI tahun 2013, dari keseluruhan ekonomi yang dijana negara dan diukur melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) hanya 33.6% sampai kepada rakyat dalam bentuk gaji dan upah, manakala 2.2% dalam bentuk cukai kepada kerajaan. Baki 64.2% daripada keseluruhan saiz ekononmi negara dipegang syarikat dan pemilik perniagaan dalam bentuk lebihan keuntungan operasi. Jika sasaran negara maju menjelang 2020 mahu dicapai, majikan di Malaysia perlu menaikkan gaji purata sekali ganda dalam tempoh enam tahun, supaya perkongsian ekonomi negara dalam bentuk gaji dan upah setara dengan negara-negara maju, iaitu pada angka 66%. Pakatan Rakyat meletakkan sasaran nisbah perkongsian gaji/upah pekerja dari keseluruhan ekonomi yang dijana perlu mencecah 50% menjelang 2020, berbanding 33.9% pada 2013. Nisbah perkongsian gaji/upah mestilah mencapai kenaikan 15.9% setiap tahun di antara 2015 hingga 2020. Langkah drastik bagi menaikkan gaji dirangka bersama konsensus tiga institusi, iaitu majikan, pekerja dan kerajaan. Gaji yang lebih baik menghasilkan masyarakat yang sejahtera, mengurangkan jurang miskin-kaya, mewujudkan kestabilan dan menghapuskan anasir-anasir perkauman.
INDEKS harga rumah hari ini melebihi 40% berbanding tahun 2010. Walaupun harga rumah mendatar kebelakangan ini, ia masih mencecah kadar 8%. Dengan pengenalan GST, harga rumah dijangka mengalami kenaikan sekitar 8% hingga 10%, dan boleh mencecah 15% bagi rumah teres. Syarat pembiayaan yang ketat termasuk tempoh pembiayaan kepada 35 tahun dari 45 tahun sebelum ini meningkatkan beban ansuran bulanan, sekaligus meminggir dan menyukarkan golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. Bank Negara dicadang membenarkan semula Developer Interest Bearing Scheme (DIBS) ditawarkan kepada pembeli rumah kali pertama selain memansuhkan duti setem. Kerajaan Pusat wajar mencontohi Pulau Pinang dengan memperkenalkan Skim Pemilikan Bersama bagi meluaskan pembiayaan pemilikan rumah kepada golongan berpendapatan rendah. Kerajaan juga wajar menaikkan pembiayaan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) kepada RM3 bilion berbanding RM180 juta bagi membolehkan SJKP khidmat pinjaman kerdit kepada pembeli rumah kali pertama hingga ke nilai RM400,000.
PADA awal 1980-an, kira-kira 70% keluasan Malaysia dikategorikan sebagai desa dan keadaan kini berubah apabila 72% keluasan negara kini dikategorikan sebagai kawasan bandar berdasarkan pertumbuhan 2.4% setahun. Kajiselidik pendapatan isi rumah 2012 menyatakan, purata pendapatan penduduk desa adalah RM3,080 sebulan, jauh lebih rendah berbanding RM5,742 di kawasan bandar. Melalui nyah-pemusatan, Pakatan Rakyat mencadangkan program kegiatan ekonomi, pentadbiran dan pendidikan dibawa ke kawasan desa. Antaranya, memanfaatkan peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) untuk membangunkan sektor pertanian, mencipta peluang kerja, sekaligus mengurangkan pergantungan kepada import makanan. Pakatan turut mencadangkan fungsi agensi pemasaran seperti FAMA disemak dan dinaiktaraf agar lebih berkesan dalam memasarkan ekonomi desa selain meningkatkan kemudahan prasarana dan jaringan telekomunikasi di kawasan desa.
12
BUDAYA
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
SEKDEM PUPUK BUDAYA POLITIK BARU Oleh IZMIL AMRI
M
alam rantai besi yang mengunci pagar Universiti Malaya luluh dek tekanan tangan-tangan anak muda mahasiswa, Malaysia barangkali menjadi saksi untuk ke sekian kalinya bagaimana penyertaan politik itu ternyata bukan seperti hak milik kelompok orang tua-tua yang merasakan ia mengurus negara. Tidak, negara bukan syarikat, sebagaimana universiti bukan kandang ternak kerbau dan anak muda bukan haiwan ternakan. Anak muda, tidak kira yang mahasiswa universiti, atau yang tercicir lepas peluang mengaji di institusi pengajian tinggi-tinggi, semuanya mempunyai persamaan di zaman ramai orang terpaksa ikat perut ini. Mereka semuanya tidak puas hati dan punya pendapat sendiri yang tidak tertahan-tahan lagi. Justeru itu, akan sampai satu masa mereka pastinya akan mencari ruang untuk menyatakan rasa tidak puas hati itu. Penglibatan anak muda ke dalam proses politik itu fitrah. Penyertaan anak muda ke dalam proses politik di rantau ini memang budaya turun-temurun, seperti saka yang menjadi sumpahan nenek moyang. Tidak akan ada yang dapat lari daripada memikul tanggungjawab menjadi jurucakap hati nurani rakyat apabila sampai serunya. Angkatan Pemuda Insaf contohnya, digagaskan antara lain oleh Ahmad Boestamam pada usia baru 26. Di saat tanah air memerlukan cahaya di tengah gelap, tangan-tangan anak muda yang membawa obor pencerahan. Apabila sampai serunya, anak muda pun bingkas ke baris depan. Penyertaan politik budaya generasi baru Partai Tindakan Demokratik (DAP) juga sebenarnya bukan sebuah parti yang penuh orang tua-tua. Ia malah menyediakan ruang lebar dan melimpah ruah untuk anak muda mengasah bakat kepimpinan dan berahi mereka untuk berkhidmat kepada bangsa. DAP sendiri malah diasaskan seawal 1966 dengan kerja berat saudara Lim Kit Siang yang pada waktu itu baru awal 20an. Hampir setengah abad kewujudan DAP itu dijana dengan kudrat dan berahi anak
muda. Meski saban hari yang dicanang musuhnya itu kalimat yang sama – Cina, Cina, Cina – namun DAP tidak pun terencat kerja politiknya. Malah, setakat pilihanraya umum tahun lalu, ia berjaya menghantar sejumlah besar pimpinan mudanya ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Budaya politik berjiwa muda ini membawa watak dan sikap yang bukan setakat melawan, tetapi gigih mempersoal dan mendesak kebertanggungjawaban. Demikian kekuatan pakatan politik Pakatan Rakyat – menghadirkan suara pimpinan muda yang jauh lebih ramai berbanding barisan sebelah sana. Justeru apabila si menteri progresif konon mesra anak muda Khairy Jamaluddin menyifatkan penyertaan wanita-wanita muda bertali arus ke dalam DAP sebagai sekadar ilusi, beliau jelas silap. Ia bukan ilusi, tapi mimpi ngeri. Dia sampai terpaksa menjawab Sekolah Demokrasi DAP dengan suatu benda yang dipanggil Akademi Kepimpinan Kapten Hussein. Bunyi macam Akademi Fantasia, tapi tak sama. Sekolah Demokrasi Pendidikan dan latihan politik punya peranan maha besar dalam acara ‘kerja ber-
ganti-ganti’ di lapangan aktivisme politik Malaysia. Berhadapan sebuah rejim yang menindas, tidak boleh tidak bagi sesebuah organisasi politik pastinya akan berhadapan kemungkinan seorang pimpinan boleh terheret ke penjara dan harus ada yang bersedia memikul tanggungjawab yang tertinggal. Di sini timbul keperluan untuk menyediakan anjung seluas-luasnya untuk mengenali dan memahami perjuangan parti DAP, dengan harapan kalau pun tidak sudi untuk berjuang sekali cukuplah sekadar memahami dan tidak salah erti. Sekolah Demokrasi diperkenalkan dengan modul asas untuk memahami pokok pangkal sistem mandat yang diberikan oleh warganegara kepada perwakilannya. Sistem demokrasi, meski ramai yang mengaku tahu, ternyata bukanlah semudah yang disangka. Justeru itu demokrasi diletakkan sebagai perkara utama dalam latihan mengenali perjuangan DAP. Sementelahan namanya pun Parti Tindakan Demokratik. Setakat tiga tahun usia Sekolah Demokrasi, kita telah boleh melihat penglibatan anak muda yang kian berjinak-jinak dengan DAP semakin bertambah rancak. Segala yang kabur mengenai DAP serta segala fitnah yang selama ini disuap melalui me-
dia kawalan pemerintah akhirnya terurai semuanya. Tidak sedikit komen peserta yang berkata bahawa persepsinya terhadap DAP berubah sama sekali selepas menyertai Sekolah Demokrasi. Malahan ramai juga yang bersemangat mahu terus menjadi ahli dan mahu berkhidmat kepada parti. Namun, bukan itu yang disasarkan. Kalau setakat mahu menambah bilangan ahli, boleh sahaja borang parti itu diedar merata-rata, di kalangan masyarakat Melayu terutamanya. Lebih penting bagi penganjur Sekolah Demokrasi ialah memberi pendidikan politik dan pemahaman kepada orang ramai tentang kuasa yang bersumberkan pilihan mereka. Inilah dia budaya politik yang mahu disuburkan, dengan harapan supaya rakyat tidak sekadar meletak tanda pangkah di logo pilihan hati lima tahun sekali, tetapi turut sama melibatkan diri secara langsung dalam wacana politik negara.
Maklumat lanjut mengenai Sekolah Demokrasi boleh didapati dengan melayari Roketkini.com/Sekdem atau laman Facebook rasmi facebook.com/SekolahDemokrasi
BUDAYA EDISI BAHASA MALAYSIA
13 NOVEMBER 2014
Oleh NEIL GAIMAN THAMES adalah raksasa yang jijik: seperti ular, ia menyusur membelah London. Atau mungkin naga laut. Semua sungai mengalir menujunya - Fleet, Tyburn dan Neckinger membawa semua kekotoran, sampah dan sisa, bangkai kucing dan anjing, serta tulang biri-biri dan babi kedalam kekeruhan Thames, yang akan membawanya ke arah timur, ke muara dan seterusnya ke Laut utara lalu hilang dilupakan. London hujan. Airnya membasuh kotoran masuk ke longkang, berkumpul lalu mengalir ke sungai, dari sungai masuk ke dalam 'kuasa luarbiasa'. Bisingnya hujan, memercik dan mengetuk dan mendetar bumbung-bumbung. Jika airnya bersih ketika turun dari langit, ia hanya perlu menyentuh London untuk menjadi kotor, untuk mengocak habuk dan menjadi lumpur. Tiada siapa yang meminumnya; air hujan mahu pun air sungai. Mereka berjenaka tentang air Thames yang segera membunuh peminumnya. Salah. Ada anak jalanan yang akan menyelam jauh ke dalamnya demi syiling yang dibuang, lalu timbul kembali, meludah airnya, menggigil sambil menjulang syiling yang kini miliknya. Mereka tidak mati, tentunya, atau bukan disebabkannya, walaupun tiada di kalangan mereka yang berusia lebih lima belas tahun. Perempuan itu seperti tidak peduli dengan hujan yang mencurah. Dia berjalan sepanjang dok Rotherhithe, seperti yang dilakukannya bertahun, berdekad: tiada siapa tahu berapa lama, sebab tiada siapa peduli. Dia berjalan, atau merenung jauh ke laut. Dia amati kapal-kapal yang teroleng-oleng dibuai ombak. Perempuan itu perlu melakukan sesuatu, agar tubuh dan ruhnya kekal, tidak terpisah. Namun tiada siapa di sana yang dapat mengagak apakah sesuatu itu. Kau sedang berlindung di bawah kajang kanvas yang dipasang penjaga layar. Kau yakin kau bersendiri di sana pada mulanya, kerana perempuan itu seperti tugu - pegun merenung laut, walau pun tiada apa untuk dilihat menembusi titis hujan yang mencurah. Seberang Thames telah lenyap. Kemudian dia nampak kau. Dia nampak kau lalu mula berbicara, bukan kepadamu, bukan, tetapi kepada air kelabu yang jatuh daripada langit kelabu ke sungai kelabu. Dia berkata, “ Anakku ingin jadi kelasi,” dan kau tidak tahu untuk berkata apa, atau bagaimana membalasnya. Kau perlu menjerit supaya dapat didengar di sebalik raungan hujan, namun dia terus berkata, dan kau mendengar. Kau dapati yang kau berusaha untuk menangkap setiap tutur katanya. “Anakku ingin jadi kelasi. “Aku katakan kepadanya, jangan pergi ke laut. Aku ibumu. Laut tidak akan menyayangimu seperti mana aku. Laut kejam. Tapi dia berkata, ibu, saya ingin melihat dunia. Saya nak lihat matahari terbit di horizon, dan 'Aurora Borealis' menari di langit Artik, dan paling penting saya nak mencapai kekayaan. Selepas mendapatnya, saya akan kembali ke pangkuanmu, dan mendirikan rumah untukmu, ibu akan ada pembantu, dan kita akan menari dengan bahagia, ibu, kita akan hidup bahagia... “Apa perlunya rumah yang cantik bagiku? Aku berkata kembali. Kau amat naïf dengan kata-kata indahmu. Aku ceritakan
Cerpen: Melangkah ke arah lautan tanpa cahaya “Ada kapal-kapal yang bawa sial. Kapal-kapal jahanam. Mereka mengecatnya setiap kali selepas bencana, serta berikannya nama baru, untuk memperdaya mereka yang lalai.” kisah bapanya, yang tidak pernah kembali dari laut – ada yang mengatakan dia telah mati dan hilang dari kapal, yang lain bersumpah mereka melihatnya menjadi bapa ayam di Amsterdam. “Apa bezanya. Laut telah merampasnya. “Ketika dia, anakku, berusia dua belas tahun, dia melarikan diri, ke dok, dan pergi dengan kapal pertama yang dilihatnya, ke Flores di Azores, kata mereka kepadaku. “Ada kapal-kapal yang bawa sial. Kapalkapal jahanam. Mereka mengecatnya setiap kali selepas bencana, serta berikannya nama baru, untuk memperdaya mereka yang lalai. “Kelasi percaya hal-hal karut. Cerita tersebar. Kapal itu dibiarkan terkandas oleh kaptennya, atas arahan pemiliknya, untuk menipu insurans. Dan selepas itu, selepas semua dibaiki sehingga menjadi seperti baru, kapal itu dirampas lanun, dan ia menjadi penghantar selimut dan menjadi kapal wabak yang dikendalikan mayat-mayat, dan hanya tiga orang yang membawanya ke pelabuhan Harwich... “Anakku berlepas dengan sebuah kapal 'Stormcrow'. Ia dalam perjalanan pulang, dan dia bawa bersama harta-hartanya -
dia terlalu muda untuk menghabiskannya untuk perempuan dan arak, seperti bapanya - dan taufan melanda. “Dia yang paling muda dalam bot penyelamat. “Menurut mereka, undi dicabut dengan seadilnya, tapi aku tak percaya. Dia lebih kecil berbanding mereka. Selepas lapan hari hanyut, mereka pasti sangat lapar. Dan jika benar mereka cabut undi, tentunya dengan helah. “Mereka meratah sehingga bersih tulangnya, satu demi satu, dan mereka campakkan tulang-tulang itu kepada ibunya yang baru - laut. Dia menerimanya tanpa berkata apa-apa, tanpa air mata. Dia kejam. “Ada waktunya aku berharap yang dia tidak berkata benar. Dia boleh saja berbohong. “Mereka campakkan tulang-tulang anakku ke laut, namun seorang anak kapal - yang kenal suamiku, dan juga mengenaliku, di luar pengetahuan suamiku, sebenarnya - menyimpan seketul tulang sebagai tanda ingatan. “Ketika mereka kembali ke darat, semuanya bersumpah anakku hilang ket-
ika taufan menenggelamkan kapal. Malam itu dia datang ke rumah, dan menceritakan perkara sebenar, dan dia berikan tulang itu, demi cinta yang pernah wujud antara kami. “Aku katakan, kau telah lakukan perkara yang cela, Jack. Yang kau makan itu anakmu. "Pada malam itu, lautan turut mengambilnya. Dia berjalan ke arahnya, dengan poket yang dipenuhi batu, dan dia terus melangkah. Dia tidak pernah belajar berenang. “Dan aku ikat tulang itu pada seutas rantai sebagai tanda ingatan mereka berdua, ketika hari sudah jauh malam, ketika angin memukul ombak dan menghempasnya ke pantai, ketika angin meraung di antara rumah-rumah seperti bayi menangis." Hujan kian reda, dan kau fikir perempuan itu sudah selesai, tetapi kini, buat pertama kali, dia memandang ke arahmu, seperti ingin mengatakan sesuatu. Dia menarik sesuatu daripada lehernya, dan menghulurkannya kepadamu. “Ini,” dia berkata. Matanya sekeruh Thames. “Adakah kau ingin memegangnya?” Kau ingin menarik rantai itu daripada lehernya, dan melemparkannya ke dalam sungai agar ditemui oleh anak jalanan, atau mungkin sahaja terus hilang. Namun sebaliknya kau keluar dari lindungan kanvas, menuju ke arahnya, dan hujan pun menitis di wajahmu, seperti air mata seorang yang asing.
*Terjemahan oleh AEDI ASRI
14
RENCANA
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
Akta Hasutan: berhimpun sudah, makan pun sudah, sekarang apa? Apa yang kita nak lihat sekarang ini bukan sekadar pemansuhan Akta Hasutan, tetapi kita nak lihat Malaysia yang baru dan bebas daripada sebarang kerakusan.
Oleh IZMIL AMRI
S
udah berbulan-bulan kita diasak dengan perkhabaran mengenai Akta Hasutan 1948 dari semua arah. Tidak sedikit pemimpin Pakatan Rakyat yang disiasat serta didakwa menggunakan akta ini. Ada juga yang hampir sahaja menjadi mangsa undang-undang jahat ini, tetapi kemudian didakwa dengan undang-undang lain yang tidak kalah mengarut. Akta Hasutan ialah akta yang mengarut. Undang-undang ini menyekat hak dan kebebasan untuk bersuara dan menjenayahkan apa sahaja hal yang boleh dikatakan menghasut. Asalkan sahaja pemerintah tidak suka dengan pendapat atau kritikan yang kita suarakan, tidak kiralah sama ada kritikan kita itu berniat menghasut atau tidak, mahupun sama ada kritikan kita itu berjaya atau gagal membawa kesan, kita boleh didakwa. Ya, kita semua boleh didakwa. Bukan sahaja ahli politik, rakyat biasa yang tidak ada kepentingan politik juga sudah diheret ke kandang tertuduh dikeranakan Akta Hasutan; cukup setakat bermodalkan kegiatan di Facebook. Malah pensyarah yang memberikan pendapat akademik, mahupun peguam yang memberikan pendapat undang-undang pun tidak terlepas. Akta Hasutan digubal oleh pihak penjajah British sepuluh tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan demi memastikan pihak kerajaan British sewaktu itu tidak dicabar, supaya pihak yang dijajah tidak bangkit melawan. Ia digubal pada tahun 1948 untuk mengawal aktiviti militan komunis. Namun, tidak ada satu pendakwaan pun di bawah Akta ini semasa pihak British menjajah. Hanya selepas kemerdekaan dicapai barulah kita melihat ia digunakan untuk membuat pendakwaan di mahkamah. Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kedua-dua hak bersuara dan juga hak daulah untuk menggubal undang-undang bagi mengekang hak tersebut. Majlis Peguam dalam mesyuarat tergemparnya telah pun menerima usul untuk menggesa supaya Akta Hasutan segera dimansuhkan, bertepatan dengan janji Perdana Menteri Najib Razak untuk memansuhkannya dua tahun lalu. 700 lebih peguam yang hadir ke mesyuarat tersebut menyokong usul supaya Majlis Peguam berarak, dengan hanya 13 suara menentang. Kali keempat Peguam berarak
Ribuan peguam, aktivis masyarakat dan anak muda tempoh hari telah berhimpun di Padang Merbok dan berarak menuju Parlimen. Cuma tiga tuntutan yang dikemukakan kepada badan penggubal undang-undang negara itu. Pertama supaya Akta Hasutan dimansuhkan, memandangkan Perdana Menteri sudah pun mengulang janji mahu mansuh akta drakonian itu beberapa kali. Kedua, mereka meminta supaya semua pertuduhan dan siasatan di bawah Akta tersebut digugur dan dihentikan. Ini bagi membuktikan bahawa kerajaan benar-benar ikhlas mahu memansuhkan Akta itu. Jika sudah dibilang tidak sesuai, kenapa perlu terus
- LIM GUAN ENG
DAP terus lawan Akta Hasutan
digunakan? Yang ketiga dan yang paling utama, ialah supaya tiada akta gantian yang lebih kurang sama sahaja mengarutnya dengan Akta Hasutan. Ini penting kerana Akta Hasutan bukanlah undang-undang mengarut pertama yang dibantah hebat oleh orang ramai lalu diganti secara kosmetik sahaja kemudiannya. Sebelum ini juga kita telah pernah melihat bagaimana Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) turut dibantah dan dipertikai kerana ia menafikan hak-hak asasi sepertimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. ISA menghalalkan penahanan tanpa bicara, dan secara berkesan menjatuhkan hukuman kurungan tanpa melalui sebarang proses soal jawab di mahkamah mahupun mengemukakan keterangan untuk diuji. Perdana Menteri bermulut manis Najib Razak akhirnya mengambil langkah popular memansuhkan ISA; yang disambut dengan
sorak sorai dan air mata lega dari semua lapisan aktivis masyarakat yang sudah bertahun-tahun berjuang mendesak ISA dimansuhkan. Namun dengan tidak semena-mena, kita melihat anasir-anasir ISA ini muncul kembali dalam beberapa undang-undang baru, termasuk pindaan kepada Kanun Keseksaan serta Akta SOSMA (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012. Para peguam dan aktivis telah pun berhimpun di tengah terik mentari dengan berpakaian ‘suit’ lengkap siap dengan tali leher dan sesetengahnya dengan kasut tumit tinggi menapak jauh hingga ke muka pintu Parlimen menuntut supaya Akta Hasutan tidak dimansuhkan dengan sedemikian rupa. Kalau setakat mengenakan pindaan runcit-runcit atau dilabel semula dengan nama baru tetapi isi yang lama, tidak perlulah Perdana Menteri beriya-iya menjaja ide demokrasi terbaik dunia mahupun gagasan wasatiyahnya merata-rata.
Pendirian DAP ternyata tidak pernah berubah. Sudah demikian ramai pemimpinnya menjadi mangsa akta drakonian ini. Siri tangkapan, siasatan dan pendakwaan akhir-akhir ini bagi DAP adalah bukti kerajaan takut berdepan dengan rakyat yang berani bersuara. Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis kutipan dana Gerakan Hapus Akta Hasutan (GHAH) mengimbau kembali peristiwa yang menimpanya sehingga dipenjarakan selepas disabit bersalah di bawah Akta Hasutan. “Saya didapati bersalah di bawah Akta Hasutan. Saya ingat, saya boleh (menang) kerana saya bercakap benar. Tetapi saya terus ditahan. “Di bawah Akta Hasutan, sesiapa pun boleh didapati bersalah,” kata Guan Eng menegaskan, kezaliman akan terus berlaku sekiranya rakyat berjaya didiamkan. Pada 28 Februari 1995, Guan Eng didakwa di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dikatakan menyebabkan “perasaan tidak puas hati terhadap pelaksanaan keadilan di Malaysia.” Perbicaraan tersebut berkaitan pendedahannya mengenai kes rogol gadis bawah umur melibatkan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik. Guan Eng ketika itu merupakan ahli parlimen Kota Melaka. Pada 17 Mac 1995, satu tuduhan tambahan di bawah Akta Percetakan dan Penerbitan dikenakan ke atasnya kerana ‘mencetak dengan niat jahat’ risalah mengandungi perkataan ‘mangsa terpenjara’ bagi menggambarkan murid sekolah itu. Dalam perbicaraan pertama pada tahun 1997, Guan Eng disabit bersalah dalam kedua-dua tuduhan dan didenda sebanyak RM15,000. Kerajaan kemudiannya merayu ke atas hukuman yang dianggap terlalu ringan dan pada perbicaraan berikutnya hukuman ditambah kepada penjara tiga tahun dan Guan Eng dilucut jawatannya sebagai ahli parlimen. “(Jika tidak bersuara), anda akan meneruskan ketidakfahaman itu. Apa yang kita nak lihat sekarang ini bukan sekadar pemansuhan Akta Hasutan, tetapi kita nak lihat Malaysia yang baru dan bebas daripada sebarang kerakusan,” ujarnya.
Kehabisan Stok?
Buku juga boleh didapati di:
l Pesan kedai buku untuk mengisi stok l Hubungi kami: 03-9281 8105 gentamedia.com
07
01
02
12
03
13
04
Harga (RM)
01
Tsunami Cina: retorik atau realiti? / Lim Hong Siang
02
Kluang mencatat sejarah, mencetus impian (DVD) / Genta Media
03
Kalender kreatif: komuniti Kluang impian
04
Jangan kelentong lagi kita semua orang Malaysia / Kee Thuan Chye
39.90
05
Kenangan perjuangan PRU 13 Kluang
15.00
06
Putrajaya milik siapa / Liew Chin Tong
10.00
07
Karpal Singh: pantang undur / Melissa Loovi
20.00
08
Hak untuk berbeza pendapat / Ooi Kee Beng
20.00
09
Malaysia milik kita bersama / Wan Hamidi Hamid
15.00
10
Dari penjara ke tampuk kuasa: Lim Guan Eng / Wan Hamidi Hamid
20.00
11
Yes, Jom Ubah / Wong Ho Leng
8.00
12
Bajet: Bagaimana kerajaan membelanjakan wang kita / Teh Chi Chang
20.00
13
1 Black Malaysia / DAP
15.00
14
Membongkar Rahsia DAP / Roketkini.com
9.90
15
Berdialog dengan gereja: sebuah travelog kedamaian / Mujahid Yusof Rawa
25.00
16
Mengatasi Korupsi Asas-asas / Bertrand De Speville
30.00
17
Keadilan untuk Beng Hock / DAP
15.00
18
Raja-Raja Melayu: Kemajuan atau Kemunduran? / Syed Husin Ali
RM18
19
Cendekiawan Melayu Penyuluh Emansipasi / Azhar Ibrahim
RM33
20
Gerakan Pendidikan Cina Di Malaysia: Satu Kajian Tentang Perjuangan Dong Jiao Zong (1970-2002) / Cheong Yuen Keong
RM38
21
Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu: Satu Analis / Rustam A Sani
RM18
22
Gerakan dan Tokoh Kiri: Kamarulzaman Teh Dalam Kancah Perjuangan Kemerdekaan / Mohamed Salleh Lamry
RM25
KTT
06
05
16
15
14
Barangan
No.
gentamedia
Jumlah (RM)
15.00
08
17
09
19
18
11
10
20
21
BORANG LANGGANAN THE ROCKET (EDISI BM) 12 isu (RM12)
24 isu (RM 24)
* termasuk bayaran pos
15.00
Jenis Langganan
25.00
Baru
Membaharui No Ahli : ____________
Butir Peribadi Nama (seperti dalam IC) : Jantina : No IC : Alamat : Tel (H/O) Emel
Pekerjaan :
: :
(HP):
Sila hantarkan borang langganan kepada alamat berikut:
Genta Media Sdn Bhd Blok A, Tingkat 2, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew Off Jalan Pudu, 55100, Kuala Lumpur. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104 Emel:
[email protected]
BUTIR BAYARAN Cek
Kiriman Wang Pos
No Slip Bank Masuk
Cawangan Bank: Jumlah Bayaran: RM
Sila bayar atas nama ‘Genta Media Sdn Bhd’ Bank: Public Bank Berhad No. Bank Akaun: 3159 1216 32 Kad Kredit Nama atas Kad Kredit:
**BAYARAN POS (RM5 / RM10) Peninsular Malaysia RM8 Sarawak & Sabah RM15
Visa
Master
Bank Pengeluaran Kad :
Negara Pengeluaran Kad: Jumlah Bayaran: RM
Jumlah
No. Kad Kredit:
Tandatangan Pemegang Kad: _______________________ Saya ingin membuat langganan secara automatik. (Hanya untuk pengguna kad kredit) Nama: Emel: Alamat:
Saya sudah baca, faham dan setuju dengan semua Syarat.
No. Telefon:
Perhatian: Semua cek hendaklah dipalang dan dibayar atas nama : Genta Media Sdn Bhd Anda juga boleh membayar terus ke dalam akaun kami di Public Bank 3159 1216 32 Sila fakskan bank-in-slip kepada kami. Untuk sebarang pertanyaan, Sila hubungi 03-9281 8105 Sila kirim tempahan anda ke: Tingkat 2, Blok A, Wisma Wenworth KL, Jalan Yew, Off Jalan Pudu, 55100, KL. Tel: 03-9281 8105 Faks: 03-9281 8104
Emel:
[email protected]
Semak untuk langgani. Sertai senarai mel kami jika anda ingin menerima maklumat terkini mengenai buku-buku baru kami, dan tawaran istimewa.
Syarat-syarat: * Jangan menghantar tempahan dengan WANG TUNAI. Borang langganan akan diproses dalam tempoh 5 hari bekerja * Dengan ini, saya membenarkan bank yang dilantik oleh Genta Media untuk mendebitkan akaun kad kredit saya untuk langganan ini.
22
16
UTAMA
EDISI BAHASA MALAYSIA
NOVEMBER 2014
SYARIKAT KRONI HUTANG BERJUTA DIBIARKAN, PEMINJAM PTPTN DIKEJAR PENYATA Kewangan dan Pengurusan Kewangan Kementerian/ Jabatan Kerajaan Persekutuan 2012 menunjukkan banyak syarikat memiliki tunggakan hutang dengan kerajaan mencecah jutaan ringgit. “Peminjam PTPTN gagal membayar hutang diancam senarai hitam. Pemilik syarikat hutang jutaan ringgit kekal, malah bebas untuk memiliki syarikat lain,” kata Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming. Beliau membangkitkan isu syarikat dalam penyata itu memiliki tunggakan hutang besar dengan kerajaan, termasuk syarikat swasta dan GLC melalui Khazanah Nasional dan Menteri Kewangan Diperbadankan (Ministry of Finance Incorporated). “Dinyatakan pembayaran semula Perwaja Steel dan Equal Concept (yang ada pegangan dalam Perwaja) pada tahun 2012 sepatutnya RM30.42 juta dan RM21.57 juta.
Kedua-duanya gagal membayar. Malah, sebahagian hutang mereka turut dihapuskan (RM58.06 juta bagi Perwaja, RM41.52 bagi Equal
Siapa dapat komisyen RM1.536 bilion 1MDB? 1MALAYSIA Development Berhad (1MDB) bukan sahaja mempunyai hutang terkumpul, malah membayar komisyen sepuluh kali ganda melebihi kadar pasaran kepada pihak tertentu dalam usahanya mengumpul dana. Pada Mei 2012 dan Mac 2013, 1MDB berjaya mendapatkan RM5.6 bilion dan RM9.6 bilion dana untuk tempoh 10 tahun setiap satu. Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua yang mengulas pendedahan akhbar The Edge tersebut menyatakan, amalan 1MDB itu tidak pernah diketahui umum. “Apa yang mengejutkan ialah pemotongan RM630 juta dan RM906 juta untuk ‘komisyen dan perbelanjaan’ mewakili 10 peratus setiap satu pendanaan,” katanya. Justeru itu, Pua meminta penjelasan sama ada 1MDB begitu ‘bodoh’ sehingga membayar komisyen berlipat ganda melebihi kadar pasaran kepada institusi kewangan Goldman Sachs yang membantunya mengumpul dana. “Bayaran standard kepada institusi perbankan atau entiti lain pada kadar 0.1% hingga 2%. Tenaga Nasional contohnya mengumpul dana US$350 juta dengan membayar hanya 2% untuk perbelanjaan. “Untuk pengumpulan dana lebih besar seperti Penerbangan Malaysia Bhd, USD1 bilion dikumpulkan dengan hanya 0.5% dibelanjakan. Bagaimana 1MDB membelanjakan kos begitu tinggi?” soal Pua. Menurutnya, syarikat pengaturcara kegiatan mendapatkan dana Goldman Sachs mengenakan bayaran tidak sampai 2% ke atas syarikat Apple dan kerajaan Mexico dengan kadar bayaran 0.3% dan 0.2%. “Adakah 1MDB begitu bodoh membayar sehingga 11.2% dan 9.4%? Siapa yang mendapat ‘komisyen tertentu’ ini?” soalnya. “Kami mencabar Datuk Seri Najib Razak mendedahkan secara terperinci penerima jumlah terkumpul RM1.536 bilion ‘komisyen, yuran dan perbelanjaan’ tersebut,” kata Pua.
Concept). “Mereka bukan sahaja tidak dihukum, malah mendapat ‘hadiah’ daripada kerajaan dengan menghapuskan sebahagian daripada hutang itu,” katanya. Syarikat lain amtaranya Lebuhraya Shapadu yang hanya membayar RM5.53 juta daripada tunggakan RM17.83 juta (hutang keseluruhan RM83.9 juta) dan syarikat paling terkenal – National Feedlot Corporation (NFC) milik Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil yang tidak membayar sesen pun daripada tunggakan RM17.83 juta (jumlah hutang
RM250 juta). Senarai itu tidak termasuk hutang dilupuskan seperti Invent QJaya (RM244 juta), serta pinjaman mudah (soft loan) mencecah RM4.6 bilion untuk ‘menyelamatkan’ Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ)’. Berdasarkan Laporan Audit Negara 2012, sembilan GLC antaranya Cyberview, Indah Water Konsortium, UDA Holdings, Malaysia Debt Ventures dan Columbia Aircraft Manufacturing Corporation masih berhutang ratusan juta dengan kerajaan. “Jumlah tertunggak RM1.3 bilion pada akhir tahun 2012. Mereka
sepatutnya membayar RM640.4 juta pada 2012, tetapi hanya berjaya membayar RM221.98 juta,” ujarnya. Indah Water Konsortium (IWK) turut gagal membayar pinjaman RM165.58 juta dan mempunyai pinjaman terkumpul RM1.94 bilion pada akhir tahun 2012. Syarikat yang gagal membayar pinjaman pula mencatat keuntungan, seperti pemaju Bandar Pintar Cyberjaya iaitu Cyberview yang mencatat keuntungan selepas cukai RM4.7 juta pada 2013, Debt Ventures Malaysia (RM23.7 juta) dan Composites Technology Research Malaysia (CTRM) RM12 juta pada tahun 2012. “Mengapa syarikat ini seperti mendapat ‘pas percuma’ sedangkan berjuta-juta peminjam PTPTN dikenakan tindakan berat termasuk disenaraihitamkan?” soal Kian Ming. Menteri Pendidikan 2 Datuk Seri Idris Jusoh berkata 170,000 peminjam PTPTN akan disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS) tahun depan jika gagal membayar kembali pinjaman berjumlah RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010. Manakala pada 8 Oktober, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menyarankan 552,000 peminjam yang tidak membayar pinjaman PTPTN supaya bertaubat.