PROJEK PELAJARKU SAYANG PENDIDIKAN PEKAN MATLAMAT
Menyediakan satu sistem penyimpanan rekod disiplin yang kemas, menyeluruh dan dilibatkan semua warga sekolah juga komuniti sekitar.
OBJEKTIF 1. Menyedarkan pelajar bahawa mereka boleh diperhatikan oleh semua pihak sama ada di dalam atau di luar sekolah. 2. Mengurangkan salah laku disiplin pelajar sehingga mencapai tahap tiada kecacatan (zero defects ) 3. Bekerja secara kolektif iaitu antara guru, pelajar, penjaga serta masyarakat setempat mendisplinkan pelajar.
PELAKSANAAN • Pelajar yang terpaksa tidak dapat mengikut peraturan sekolah, sampai sahaja di sekolah, terus berjumpa Pengetua / Guru Besar atau wakilnya. Laporkan perlanggaran peraturan dan nyatakan sebabnya. Pelajar memohon Surat Pengecualian (SP). Pelajar menunjukkan surat ini bila diperlukan.
• Guru, Pengawas, Ketua Kelas, Pengawas Pusat Sumber, ahli RELA, AJK PIBG, ( atau sesiapa sahaja yang ingin membantu disiplin sekolah) membuat catatan dalam Borang Catatan Salah Laku (BCSL) bila ditemui pelajar melakukan salah laku. Catatkan nama saksi untuk teguhkan pendakwaan.
• •
Hantar BCSL ke tempat pengumpulan yang dikhaskan. Guru S/u Disiplin Tingkatan/Tahun dan AJKnya (pengawas) mengeluarkan BCSL dari tempat pengumpulan, mengasingkannya mengikut tingkatan/tahun, kelas dan pelajar. Seterusnya memindahkan catatan BCSL pelajar berkenaan ke dalam Kad Daftar Salah Laku (KDSL)nya dan mencatat mata dikenakan berdasarkan Senarai Salah Laku & Mata (SSLM) serta menjumlahkan mata tersebut.
2 30
•
Jawatan kuasa Disiplin Tingkatan/tahun menyediakan surat tindakan bila jumlah mata salah laku pelajar telah mencapai tahap yang ditetapkan .
•
Pelajar yang mata salah lakunya telah mencapai 20 – 30 mata dipanggil, ditunjukkan KDSLnya dan menandatangani di ruang catatan. Penjaganya dihantar Surat Amaran Disiplin Pertama (AD1). Pada kad dicatat Amaran Pertama.
•
Kaunselor sekolah menasihatkan pelajar. Dicatat maklumat telah di kaunseling dalam KDSLnya.
•
Pelajar boleh memohon mata dikurangkan dengan memohon membuat kerja amal . Isi borang Permohonan Kerja Amal (PKA), serahkan kepada guru yang boleh memberikan kerja. Setelah kerja selesai, guru mencadangkan pengurangan mata sepadan dengan kerja dibuat. JK disiplin menentukan mata sebenar dikurangkan dan dicatat dalam KDSLnya..
•
Bila mata salah laku pelajar berkenaan bertambah 20 mata dari mata Amaran Pertama, Surat Amaran Disiplin Kedua (AD2) dihantar kepada penjaga, dicatat dalam KDSLnya. Penjaga dan pelajar ditunjukkan KDSL . Penjaga menandatangani di ruang catatan.
•
Sekali lagi kaunselor sekolah menasihatkan pelajar. Dicatat maklumat telah di kaunseling dalam KDSLnya.
•
Pelajar boleh memohon mata dikurangkan dengan memohon membuat kerja amal .
•
Bila mata salah laku pelajar berkenaan bertambah 20 mata dari mata Amaran Kedua, Surat Penggantungan Persekolahan (AD3) dihantar kepada penjaga, dicatat dalam KDSLnya. Kurangkan hari penggantungan jika merayu.
•
Sekali lagi kaunselor sekolah menasihatkan pelajar. Dicatat maklumat telah di kaunseling dalam KDSLnya.
•
Pelajar boleh memohon mata dikurangkan dengan memohon membuat kerja amal .
•
Bila mata salah laku pelajar berkenaan bertambah 20 mata dari mata Penggantungan Persekolahan , Surat Tunjuk Sebab Mengapa Tidak Sepatutnya Dikenakan Hukuman Buang Sekolah (AD4) dihantar kepada penjaga, dicatat dalam KDSLnya.
•
Jika Surat Tunjuk Sebab diterima, sekali lagi kaunselor sekolah menasihatkan pelajar. Dicatat maklumat telah di kaunseling dalam KDSLnya.
•
Pelajar boleh memohon mata dikurangkan dengan memohon membuat kerja amal .
•
Bila mata salah laku pelajar berkenaan bertambah 20 mata dari mata Surat Tunjuk Sebab Mengapa Tidak Sepatutnya Dikenakan Hukuman Buang Sekolah (AD4) atau Surat Tunjuk Sebab tidak di terima dalam tempoh 5 hari, Surat Pembuang Sekolah (AD5) dihantar kepada penjaga, dicatat dalam KDSLnya. Fotostat KDSLnya disertakan bersama.
Mata
+ 20 • • • •
Tindakan
Amaran Kedua
Surat Ditandatangani Oleh S/usaha Disiplin Sekolah
Penjaga pelajar dipanggil, dimaklumkan salah laku anaknya.
Mata
30
Tindakan
Amaran Pertama Pelajar dimaklumkan salah lakunya.
Surat Ditandatangani Oleh S/usaha Disiplin Tahun / Tingkatan