INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM
KERJA KURSUS PROJEK: TEKNOLOGI PENDIDIKAN DALAM PENGAJARAN & PEMBELAJARAN EDU3105
NAMA
MOHD AMIR HAMIZAN BIN ABD.RAHMAN
MOHD HAFIZUDDIN BIN MHD DERIS
NO.MATRIK
1405
1407
NO.KAD PENGENALAN
920730-12-5553
911126-03-6365
PROGRAM
PISMP
AMBILAN
AMBILAN JANUARI 2012
KUMPULAN / UNIT
4.06
NAMA PENSYARAH KURSUS
PUAN MAZILAH BINTI HAJI ABDULLAH
TARIKH HANTAR
2 OGOS 2013 1
2
3
ISI KANDUNGAN KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
5
2.0
REFLEKSI
15
2.1
MOHD AMIR HAMIZAN ABD RAHMAN
2.2
MOHD HAFIZUDDIN BIN MHD DERIS
3.0
RUJUKAN
22
4.0
LAMPIRAN
23
4
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
5
REFLEKSI
6
2.0
REFLEKSI
2.1
MOHD AMIR HAMIZAN BIN ABD RAHMAN Alhamdulillah, seinfiniti kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana limpah dan
kurnia-Nya saya dapat menyelesaikan tugasan kerja kursus projek EDU3105 Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran dengan jayanya dan sempurna. Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan. Oleh itu, saya berpasangan dengan sahabat baik saya, Mohd Hafizuddin Bin Mhd Deris sepanjang melakukan tugasan ini. Hasilnya, kami bersyukur kerana dapat menyelesaikan dengan baik. Setelah dapat sahaja tugasan ini, kami mencari bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk di perpustakaan dan juga internet.Tajuk tugasan adalah berkaitan dengan menyediakan sebuah Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berbentuk video berdasarkan kepada Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang telah kami rancang sama ada sebagai set induksi ataupun isi pelajaran. Saya dengan rakan sekumpulan memilih mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 sebagai subjek untuk pembinaan RPH kami yang bertajuk Adab Masuk dan Keluar Rumah. Penghasilan sebuah video sememangnya sukar sekiranya tidak wujud kemahiran membuat video tersebut dalam diri pelajar. Bagi saya, penghasilan video ini adalah satu kebiasaan kerana saya mempunyai kemahiran tersebut dan memperolehi pengalaman yang banyak berkaitan dengan dunia teknologi termasuk bidang fotografi dan grafik. Namun demikian, video ini agak sukar bagi saya untuk dihasilkan kerana ianya perlu berkaitan dengan RPH yang telah kami sediakan. Oleh itu, kerja ini memudahkan saya apabila tugasan ini dilaksanakan dalam bentuk berkumpulan. Sepanjang perlaksanaan kerja kursus ini, tugasan sebegini dapat meningkatkan kefahaman tentang perkembangan kognitif individu dengan kritis dan bermakna. Antaranya ialah dapat menambahkan lagi pengalaman saya dalam dunia teknologi. Pengalaman saya sebelum ini amatlah banyak namun tiada satu pun lagi pengalaman membuat video berdasarkan RPH yang kami perlu sediakan. Ia merupakan penghasilan video pendidikan yang pertama bagi saya berbanding dulu yang hanya
7
membuat video montaj majlis-majlis rasmi sahaja sewaktu berada di bangku kepimpinan tahun lepas. Selain itu, saya juga dapat merancang dan menyusun atur sesuatu tugasan itu dengan lebih sistematik. Berbeza dengan sebelum ini, saya tidak membuat aturan jadual yang tersusun untuk membuat sesuatu tugasan yang diberikan. Tetapi tugasan ini, saya dan rakan saya, Hafiz telah merancang dengan sebaiknya untuk melaksanakan tugasan ini. Kami memulakan dengan membina RPH, membuat rakaman dan penggambaran dan kemudian disuntingkan dalam sebuah perisian yang akhirnya menghasilkan sebuah video yang menarik. Untuk mengemas kini segala perancangan yang dibuat, pensyarah kami menyuruh agar kami menyediakan borang kolaborasi. Borang kolaborasi ini sangat memberi kesan kepada saya terutamanya dalam menyemak sejauh mana perancangan yang telah kami laksanakan. Di samping itu, saya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada kepada lebih baik. Pengetahuan yang sedia ada saya perolehi dahulu hanya tahu membuat rekaan asas gambar-gambar dan video menarik melalui perisian Microsoft Power Point. Namun kini, saya telah dapat menguasai perisian Cyberlink Power Director dan Adobe dengan baik. Kedua perisian ini telah diberikan oleh pensyarah kami sendiri untuk digunakan dalam melaksanakan tugasn ini. Saya berasa sangat gembira kerana saya perolehi ilmu yang baru sepanjang sem ini. Penjanaan idea yang kreatif dan berkesan juga boleh membawa faktor peningkatan kefahaman saya dari segi perkembangan kognitif. Hal ini kerana saya telah membuat perbandingan video yang saya hasilkan sebelum ini dengan video yang hasilkan untuk tugasan ini. Begitu banyak perbezaan yang dapat dilihat dari segi kreativiti dan idea yang telah dihasilkan. Ini membuktikan kami berjaya menjana idea yang agak kreatif untuk memastikan video yang dihasilkan sangat menarik dan berkesan untuk murid-murid khususnya. Tidak lupa juga, tugasan ini dapat meningkatkan lagi kemahiran saya dan rakan sekumpulan saya dalam membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Hal ini dapat
8
memperbaiki lagi RPH kami agar kelihatan lebih tersusun dan menarik mengikut standard pembelajaran KSSR. Tambahan pula, tugasan ini dapat memberikan pendedahan yang lebih kepada Bahan Bantu Belajar (BBB) yang berbentuk teknologi agar bersesuaian dalam pengajaran. Pendedahan seperti ini dapat menarik minat murid di sekolah kelak apatah lagi murid-murid kini lebih menyukai bahan-bahan teknologi dan bentuk video pendidikan yang menarik. Walaubagaimanapun, terdapat juga masalah-masalah yang harus dihadapi. Antaranya ialah menghadapi kekangan masa kerana sibuk dengan perkara-perkara di IPG. Hal ini disebabkan dengan aktiviti-aktiviti di dalam kampus mahupun di luar memerlukan khidmat daripada saya. Begitu juga dengan jawatan yang disandang, menutupi segala ruang-ruang peluang saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Maka dengan itu, tidak ada sebarang permasalahan yang berlaku tanpa dengan penyelesaiannya terdapat beberapa penyelesaian yang telah saya gunakan untuk mengatasi masalah ini. Antaranya ialah saya telah menggunakan dan menguruskan masa dengan sebaiknya. Saya juga telah membuat tugasan ini pada sebelah malam dan waktu lapang ketika mana ketiadaan pensyarah di dalam kelas sebelum saya berangkat ke sesuatu aktiviti tersebut. Selain itu juga, saya jadikan jawatan yang saya sandang ini tidak menjadi beban kepada saya untuk membuat sebarang kerja kursus. Saya bersyukur kerana saya dan Hafiz dapat melaksanakan tugasan ini dengan sebaiknya serta mengajaknya untuk membuat bersama-sama agar pertindanan kerja tidak berlaku dan kerja dapat dihasilkan dengan baik. Apatah lagi tugasan pada kali ini tidak perlu dicetak dan hanya disimpan dalam bentuk perisian (softcopy) . Ini dapat memudahkan kerja kami agar kelihatan lebih sistematik dan teratur. Oleh yang demikian, Sesungguhnya banyak faedah yang dapat diperoleh daripada hasil tugasan ini. Sekalung penghargaan diberikan kepada rakan sepasangan saya, pensyarah pembimbing, Puan Mazilah Binti Haji Abdullah dan juga rakan sekelas saya yang lain kerana sudi memberi kerjasama dalam menyempurnakan tugasan ini. Sekian, terima kasih. Moga sentiasa berada dalam rahmat Allah S.W.T. Amiin. 9
2.2
MOHD HAFIZUDDIN BIN MHD DERIS بسم هللا الرحمن الرحيم
Assalamualaikum . Alhamdulillah, setinggi kesyukuran dizahirkan kehadrat Yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpahNya yang memberi nikmat kesihatan dan kelapangan masa, dapat saya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan jayanya. Bagi
memenuhi
keperluan
kursus
Teknologi
Dalam
Pengajaran
dan
Pembelajaran ( EDU 3105 ), pelajar semester 4 telah diberi tugasan untuk menyiapkan satu projek iaitu menghasilkan sebuah bahan bantu belajar ( BBB ) berbentuk video pendidikan di samping menghasilkan satu rancangan pengajaran harian berdasarkan tajuk dan BBB yang dipilih. Sejurus menerima soalan tugasan, kami telah diberi taklimat penerangan yang disampaikan oleh Puan Mazilah bertempat di Makmal Komputer 1. Pensyarah telah mengarahkan kami untuk menyiapkan tugasan ini secara berpasangan. Oleh itu, saya telah memilih Mohd Amir Hamizan sebagai rakan kolaboratif saya. Untuk langkah yang pertama, saya telah membuat perbincangan dengan rakan bagi mengklasifikasikan tugasan masing-masing. Langkah seterusnya, saya telah bersepakat dengan rakan untuk memilih mata pelajaran Pendidikan Islam Tahun 2 sebagai subjek yang hendak diajar. Manakala tajuk pula ialah Adab Masuk dan Keluar Rumah. Bagi memudahkan pembinaan bahan bantu belajar berbentuk video pendidikan, saya mengambil keputusan untuk menyiapkan RPH terlebih dahulu. Semasa
menghasilkan
RPH,
kami
mengalami
sedikit
masalah
untuk
mendapatkan Buku Teks Pendidikan Islam Tahun 2. Namun, masalah tersebut dapat kami atasi dengan meminjam buku tersebut daripada rakan daripada kelas lain. Setelah meneliti dan menganalisis daripada pelbagai sumber tambahan seperti dokumen standard, alhamdulillah saya dapat menghasilkan satu RPH yang lengkap bermula dari fasa persediaan sehingga ke fasa tindakan.
10
Setelah berjaya menyiapkan RPH, saya dan rakan telah berjumpa dengan pensyarah bagi menyemak RPH yang dihasilkan. Hasil pertemuan dengan pensyarah, terdapat
sedikit
penambahbaikan,
penambahbaikan
yang
perlu
dilakukan.
Selesai
melakukan
saya beralih pula kepada projek seterusnya iaitu menghasilkan
video pendidikan. Secara peribadinya, sebelum melaksanakan projek ini, pengetahuan saya dalam bidang penghasilan video sangatlah cetek. Akan tetapi, apabila menerima tugasan ini, jiwa dan semangat saya berkobar-kobar untuk mempelajari secara mendalam tentang penghasilan video. Sebelum menghasilkan video ini, terlebih dahulu, saya dan rakan membuat perancangan teliti dan rapi dengan menetapkan tujuan dan objektif penghasilan video tersebut. Bagi projek ini adalah bertujuan untuk menghasilkan video berkaitan adab masuk dan keluar rumah serta akibat daripada tidak mengamalkan adab tersebut. Sebelum melakukan penggambaran, kami telah melakukan penyelidikan terhadap bahan- bahan yang dikumpul, kemudian kami telah bersepakat dalam memilih bahan yang sesuai untuk dimasukkan dalam video. Untuk video adab masuk dan keluar rumah, kami telah membuat lakonan sendiri bagi menerangkan adab-adab tersebut. Manakala video berkaitan dengan akibat tidak mengamalkan adab pula, kami menggunakan teknik bercerita. Oleh itu, saya telah menyediakan skrip bagi cerita tersebut. Kami juga telah membuat rakaman suara. Ketiadaan lokasi dan latar tempat yang sesuai telah membantutkan proses penggambaran video kami. Memandangkan tajuk pengajaran ialah adab masuk dan keluar rumah, kami memerlukan sebuah rumah bagi mendapatkan suasana yang sebenar. Bagi mengatasi masalah ini, saya telah memohon kebenaran saudara saya untuk menggunakan rumahnya sebagai lokasi penggambaran kami. Daripada sini, saya dapat mengambil iktibar tentang pentingnya komunikasi dengan masyarakat.
11
Banyak pengalaman baharu yang diperoleh semasa menyiapkan projek ini. Antaranya saya berpeluang untuk menjadi pelakon. Sebenarnya untuk melakonkan sesuatu babak bukanlah suatu kerja yang mudah. Fokus dan keyakinan adalah faktor penting dalam menjayakan sesuatu babak. Setelah melalui proses ini, saya telah belajar beberapa teknik untuk meningkatkan keyakinan diri. Selain itu, saya juga berkesempatan menolong rakan dalam proses penyuntingan video. Proses ini perlu dilakukan secara teliti dan bersungguh-sungguh. Selain itu, saya juga memperoleh pengalaman dalam menghasilkan RPH dengan menggunakan video sebagai bahan bantu belajar. Sebelum ini, saya hanya menggunakan power point sebagai bahan bantu belajar.
Bahan bahan belajar
berbentuk video sangat berkesan dalam menarik minat murid untuk belajar. Hal ini demikian kerana, video adalah suatu media bergerak yang realistik dan sangat berkesan dalam menyampaikan sesuatu mesej kepada penonton. Di samping itu, video juga mengandungi animasi yang menarik. Hal ini sangat bersesuaian bagi murid-murid sekolah rendah. Sepanjang proses menyiapkan projek ini, banyak pengajaran yang saya peroleh. Antaranya
ialah
kepentingan
bekerjasama
antara
rakan
sekumpulan
dengan
mengadakan perbincangan dan berkongsi maklumat. Selain itu, kita hendaklah rajin bertanya dan bersungguh mempelajari sesuatu sekiranya tidak faham atau ketika mengalami kekeliruan. Selain itu, kita hendaklah membuat perancangan yang teratur bagi memudahkan proses menyiapkan tugasan. Di samping itu, kita hendaklah sentiasa menolong antara satu sama lain. Akhir kata, saya berasa sungguh gembira melaksanakan tugasan projek ini. Segala ilmu saya peroleh akan saya aplikasikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran apabila saya menjadi pendidik kelak. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan tugasan projek ini. Hanyalah Allah yang dapat membalas jaya kalian. Amin.
12
3.0
RUJUKAN 1. Muhammad Nasir Bin Irsyad, Azlan Bin Haji Muaz, Mariah Binti Haji Mansur (2011). Pendidikan Islam Tahun 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
13
4.0
LAMPIRAN
LAMPIRAN
14
15
16
17
18
19
20
21