ISL Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Haziqah Najian bt Zakira @ Zakeria PISMP 4.06 Tajuk 1 : Teknologi Pendidikan Konsep Teknologi : Berasal daripada bahasa Yunani ‘techne’ yang bermaksud kemahiran. Kemahiran yang dimaksudkan ialah kemahiran menggunakan teknik moden dalam memajukan pendidikan. Saettler (1968), ‘texera’ beermaksud membangunkan, menyulam dan tidak semestinya berkaitan dengan mesin. Naim (2000), perlakuan seni yang bukan semata-mata fokus kepada peralatan baru yang dicipta tetapi melibatkan hasil kreativiti seseorang dalam penciptaan mereka. Heinich, Molenda, & Russel (1993), teknologi bukan sekadar peralatan dan mesin sahaja tetapi merangkumi idea dan proses. Ab. Rahim Selamat (1992), teknologi sebagai aplikasi atau pemindahan kreatif sains kepada keperluan industry atau apa-apa keperluan teknikal yang lain. Pendidikan : Satu proses mengajar dan menyalurkan ilmu pengetahuan kepada golongan sasaran melalui komunikasi, kaedah, teori, peralatan dan secara latihan yang melibatkan satu proses berterusan. Teknologi Pendidikan : Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan teknologi dalam bidang pendidikan mencakupi cara penyampaian maklumat kepada murid. Ianya juga merupakan satu pendekatan sistematik yang amat sesuai dan boleh diterima,
melibatkan proses merancang, membina, mereka bentuk, melaksana dan menilai aktiviti-aktitivi pembelajaran, serta penggunaan prinsip-prinsip saintifik untuk merancang dan melaksanakan sistem pengajaran. Teknologi pengajaran ialah penekanan kepada keperluan dan proses pengajaran yang berkesan. Teknologi pembelajaran pula merupakan pengetahuan dan kemahiran sistematik seseorang murid yang menggunakan ilmu itu untuk mengeksploitasi apa-apa sahaja bentuk perkakasan, perisian, sumber pembelajaran untuk tujuan peningkatan dan pengembangan pengetahuan, kemahiran, intelek dan afektif mereka. Domain-domain Teknologi Pendidikan
Reka Bentuk
Pembangunan
Domaindomain Teknologi Pendidikan
Penilaian
Penggunaan
Pengurusan
a) Domain Reka Bentuk Reka bentuk merupakan satu proses yang sistematik untuk merancang dan menentukan ciri-ciri serta keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Domain reka bentuk menekankan pemahaman terhadap suasana sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajaran agar
semua situasi diambil kira dan diberi perhatian dalam mereka bentuk proses
Domain Reka Bentuk
pengajaran.
Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Mesej
Strategi Pengajaran Ciri-ciri Murid
1) Reka Bentuk Sistem Pengajaran Reka Bentuk Sistem Pengajaran Menganalisis
Membina
Melaksana
Menilai
Proses
Proses
Proses
Proses
menentukan
menghasilkan
melaksanakan
keberkesanan
perkara
atau papan
topik
yang dan
cerita pengajaran bahan dengan
menilai
pengajaran
supaya
seseorang
pendidik
akan
pengajaran
menggunakan
dapat
membuat
dipelajari.
dan
bahan
pembelajaran.
kaedah
penambahbaikan
pengajaran
terhadap
yang
pengajaran mereka.
dan refleksi
bersesuaian.
dan
sistem
2) Reka Bentuk Mesej Penekanan kepada cara seseorang pendidik menyalurkan maklumat melalui mesej berbentuk audio visual yang boleh menarik perhatian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses mengenal pasti dan merancang cara yang paling berkesan untuk menyampaikan mesej kepada murid. Perhatian, pengamatan dan ingatan murid dikira sebagai keperluan penting.
3) Reka Bentuk Strategi Pengajaran Perancangan yang perlu dilakukan sebelum pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Seels & Richey (1994), strategi pengajaran ialah spesifikasi untuk memilih dan menyusun peristiwa dan aktiviti pembelajaran dalam sesuatu unit pelajaran. Dick & Carey (1991), strategi pengajaran merangkumi komponen suatu set bahan pengajaran dan prosedur untuk menghasilkan pembelajaran.
4) Ciri-ciri Murid Guru perlu mengambil tahu mengenai kebolehan, kemahiran, pengetahuan sedia ada dan sikap murid supaya dapat memenuhi setiap objektif pengajaran yang disasarkan dan menjadi penentu kepada keberkesanan reka bentuk sistem pengajaran yang dirancang. Pengalaman murid seperti pengetahuan sedia ada dan kemahiran amat mempengaruhi keberkesanan proses (P&P).
b) Domain Pembangunan Proses pembinaan produk hasil terjemahan spesifikasi reka bentuk. Empat kategori bahan dalam pembinaan bahan pengajaran adalah :-
Teknologi Cetak
Teknologi Berasaskan Komputer
Domain Pembangunan
Teknologi Bahan Pandang Dengar
Teknologi Bersepadu
Teknologi cetak : cara membina bahan pengajaran seperti buku dan visual static seperti cetakan mekanikal dan fotografi. Teknologi bahan pandang dengar : televisyen, pembinaan slaid, filem, transparensi dan video. Teknologi berasaskan computer : pembinaan perisian computer menggunakan bahan berasaskan mikro pemproses, iaitu maklumat disimpan dalam bentuk digital, bukan bentuk cetak. Teknologi bersepadu
: bahan
pengajaran
seperti
bahan
persembahan
multimedia, hiperteks atau hypermedia yang menggabungkan semua media seperti teks, visual, audio dan animasi.
c) Domain Penggunaan Pengaplikasian kaedah dan model pembelajaran, sumber pengajaran dan pembelajaran dan persekitaran pembelajaran. Terdapat empat kategori dalam domain penggunaan iaitu penggunaan media dan proses, penerimaan inovasi, pelaksanaan dan institusionalisasi.
Penggunaan Media dan Proses
Intitusionalisasi
Domain Penggunaan
Penerimaan Inovasi
Pelaksanaan
Penggunaan media : proses menggunakan bahan dan sumber pengajaran secara sistematik dan bermakna. Penerimaan inovasi : proses yang dilakukan untuk menerima sesuatu perubahan dan pembaharuan yang dibuat dalam sistem supaya masyarakat dapat menerima perubahan dengan baik dan bersama-sama menggunakan inovasi serta menggerakkan perubahan tersebut. Pelaksanaan : proses menggunakan bahan pengajaran dalam proses P&P. Institusionalisasi : proses untuk menerima dan mengekalkan penggunaan bahan pengajaran yang dibina berdasarkan polisi dan peraturan yang ditetapkan oleh masyarakat. Domain ini melibatkan hubungan antara 3 aspek dalam P&P iaitu murid, sistem pendidikan dan sumber pembelajaran.
d) Domain Pengurusan Domain
yang
bertanggungjawab
membuat
peranangan,
penyusunan,
penyelarasan dan penyeliaan bagi memastikan proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan dengan sistematik. Terdapat empat kategori di bawah domain ini. Domain Pengurusan Pengurusan
Pengurusan
Pengurusan
Projek
Sumber
Melibatkan
Melibatkan
Melibatkan
Melibatkan
perancangan,
perancangan,
perancangan,
perancangan,
pemantauan
pemantauan dan pemantauan
Pengurusan Maklumat
Sistem Penyampaian
dan pemantauan
dan pengawalan pengawalan
pengawalan
pengawalan
projek
reka perkhidmatan
pengumpulan,
kaedah
bentuk
dan bantuan sumber pemindahan
dan
pemilihan
dan media
yang
pembinaan
dan
pemprosesan maklumat digunakan
dalam
bahan
perkhidmatan
kepada pelajar. cth : My sistem pengajaran
pengajaran.
media yang lain.
SchoolNet
dan pembelajaran.
e) Domain Penilaian Proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses P&P mahupun program pendidikan yang dilaksanakan. Domain Penilaian Analisis Masalah
Ukuran
Rujukan Penilaian Formatif
Kriteria
dan Sumatif
Proses
Cara
atau
mengumpulkan
yang
dipilih
data maklumat
untuk melihat
dan menguji penguasaan sebenar pelajar atau peserta kedua-dua
tentang masalah terhadap yang dikaji.
kaedah Dijalankan
satu
unit penilaian
pelajaran
atau untuk
program
yang pelajar
Kajian
untuk Penyelidikan yang hasil dijalankan
untuk
kerana mengatasi permasalahan dibuat kelemahan
yang
menguji wujud berdasarkan atau data dan maklumat
dijalankan.
peserta
terhadap yang
telah
pengajaran
atau dikumpul
dan
program
yang diproses
supaya
berjalan. Penilaian penambahbaikan formatif : semasa. Ujian
sumatif
dapat dilakukan. :
selepas.
Prinsip Menggunakan Teknologi Pendidikan dalam Proses P&P i.
Bahan Bantu Mengajar (BBM) Teknologi Pendidikan merupakan bahan dalam pengajaran dan bukannya pengganti pengajaran. Membantu guru mengajar dan menyampaikan maklumat dengan jelas supaya objektif pembelajaran dapat dicapai. Guru masih lagi medium utama di dalam kelas.
ii.
Pengajaran dan Pembelajaran TP digunakan oleh guru dan murid. Digunakan sebagai daya penarik dan menimbulkan minat serta keseronokan belajar. Penggunaan TP perlu bertunjangkan pengajaran dan pembelajaran dan bukannya untuk hiburan dan membuang masa.
iii.
Perancangan Penggunaan TP perlu dirancang dengan sistematik melalui tiga peringkat :a. Sebelum Penggunaan Guru perlu merancang masa, aktiviti dan TP yang sesuai dengan topic pengajaran.
b. Semasa Penggunaan Guru dapat memberikan komentar terhadap aktiviti yang dijalankan dan memberikan penekanan kepada aspek yang penting. Murid dapat berinteraksi dan terlibat dengan aktif.
c. Selepas Penggunaan Guru dapat merancang aktiviti lanjutan, membuat peneguhan dan pengukuhan terhadap kefahaman murid.
iv.
Kegunaan Memilih TP berdasarkan kesesuaian kegunaan agar penggunaan TP dapat dimanfaatkan sepenuhnya kepada guru dan murid.
v.
Objektif Pembelajaran Penggunaan TP dapat mencapai sesuatu objektif pembelajaran dan digunakan digunakan
mengikut
peringkat
perkembangan
proses
pengajaran
pembelajaran.
vi.
Masa Digunakan pada masa yang sesuai.
vii.
Rujukan TP digunakan sebagai rujukan dan bukannya untuk menunjuk-nunjuk.
viii.
Selepas Penggunaan
dan
Selepas penggunaan, TP perlu ditanggalkan, diubah atau ditutup supaya fokus para pelajar tidak terganggu.
ix.
Pameran TP dipamerkan pada tempat yang bersesuaian seperti di dalam kelas atau papan kenyataan.
Peranan dan Kepentingan Teknologi Pendidikan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Antara peranan TP ialah :I.
Memartabat profesion keguruan Guru akan lebih dihormati kerana mengaplikasikan penggunaan TP yang canggih di dalam pengajaran.
II.
Penjana pembaharuan dan inovasi kurikulum Kurikulum dalam bidang pendidikan perlu diselaraskan dengan kemajuan teknologi supaya sentiasa relevan dengan kehidupan masyarakat.
III.
Penggerak inovasi reka bentuk dan sistem pengajaran Kemajuan teknologi mempengaruhi pembinaan reka bentuk dan sistem pengajaran supaya ianya seiring dengan pergerakan arus teknologi.
IV.
Sumber penghasilan bahan bantu mengajar Guru boleh menghasilkan bahan bantu mengajar daripada kemajuan teknologi.
V.
Penyelesai masalah TP dapat membantu menyelesaikan masalah guru dari segi penjimatan masa, tenaga dan kos dalam proses P&P.
VI.
Pengurusan dan Pentadbiran Pengurusan dan pentadbiran akan menjadi lebih sistematik, efisien dan kerja dapat disiapkan dalam masa yang singkat.
Kepentingan Teknologi Pendidikan
Guru 1. Guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif serta dapat memperluas kaedah dan penggunaan bahan bantu mengajar. 2. Membantu guru memperjelaskan maklumat kepada murid serta menjadikan proses P&P licin dan berjalan lancar. 3. Membantu guru menjimatkan masa dan tenaga semasa proses P&P. 4. Membantu menyelesaikan masalah yang sering dihadapi guru di sekolah seperti ketiadaan guru, jumlah murid yang ramai atau kekurangan sumber.
Murid 1. Memberikan keseronokan serta motivasi kepada murid ketika belajar. 2. Membantu murid memahami dengan jelas konsep yang disampaikan guru. 3. Menggalakkan murid menggunakan semua deria di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 4. Murid dapat mempelajari, memahami dan menguasai sesuatu topik secara maksimum dalam masa yang minimum. 5. TP membantu murid memperoleh ilmu dan pengalaman.
Tajuk 2 : Reka Bentuk Pengajaran KONSEP REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Satu proses sistematis menterjemahkan prinsip-prinsip umum P&P kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran. Kategori RP : RP sebagai Satu Proses (Briggs, 1977) RP sebagai Satu Disiplin (Duffy dan Jonassen, 1991) RP sebagai Satu Sains (Richey, 1986)
3. Yusup Hashim (1998) - RP mengandungi 4 bidang: i.
Reka bentuk sistem pengajaran
ii.
Reka bentuk strategi
iii.
Reka bentuk mesej
iv.
Ciri-ciri pelajar
MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Richey (1986) – menggariskan 6 elemen asas, iaitu : i.
Menentukan keperluan pelajar
ii.
Menentukan matlamat dan objektif
iii.
Membina prosedur penilaian
iv.
Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
v.
Mencuba sistem pengajaran
vi.
Menilai keseluruhan sistem
2. Gustalfon (1991) – membahagikan RP kepada 3 model berorientasikan : i.
Bilik Darjah (tugas guru sebagai pelaksana sistem)
ii.
Produk
iii.
Sistem
MODEL ADDIE Merupakan proses generik yg perlu diubah suai sebelum dapat digunakan, menjadi asas kepada semua model RP. A (Analysis)
- Analisis
D (Design)
- Bentuk
D (Development)
- Perkembangan
I (Implementation)
- Pelaksanaan
E (Evaluation)
- Penilaian
MODEL ASSURE Heinech et al (1982) - Model RP berasaskan bilik darjah. Dapat membantu guru merancang P&P dengan baik dan berkesan. A- Analyse learner (analisis pelajar)- (1) Ciri umum; umur, tahap, latar belakang sosioekonomi (2) kompetensi khusus peringkat masuk; kemahiran sedia ada (3) Stail Pembelajaran ; sama ada auditori, visual, atau kinestatik S- State Objective (nyatakan objektif)- (1) tahap minimum sepatutnya dipelajari murid daripada P&P (2) fokus kepada pengetahuan, kemahiran dan sikap yang baru untuk dipelajari. S- Select Method, media & materials (kaedah, media, bahan)- Kaedah; simulasi, demonstrasi, latih tubi. Media; kriteria- (1)sepadan dengan kuri (2) maklumat tepat/terkini (3) bahasa jelas (4) menarik minat/cetus motivasi (5)menggalakkan penglibatan pelajar (6)kualiti teknikal (7) terbukti keberkesanan (8) terdapat panduan kegunaan. Reka bentuk Bahan; ambil kira; (1) objektif (2) pelajar (3) kos (4) kepakaran teknikal (5)peralatan (6)fasiliti (7)masa U- Utilise Media & materials (guna media, bahan); langkah (1)melihat bahan (2) sediakan bahan (3) sediakan persekitaran (4)sediakan pelajar (5)sediakan pengalaman pembelajaran. R-Require Learner Participation (dorong penglibatan pelajar); latihan, kuiz, projek E-Evaluate and revise (nilai dan semak)- (1)nilai pencapaian pelajar (2)pembelajaran yang terhasil (3)media/kaedah (4)penggunaan guru (5) penggunaan murid.
MODEL GAGNE, BRIGGS DAN WAGER (1992) Tentukan matlamat pengajaran Laksanakan analisis pengajaran Kenal pasti ciri-ciri pelajar Bentuk objektif pengajaran pembelajaran Pilih kaedah pengajaran Sediakan bahan pengajaran Rancang dan laksanakan penilaian formatif Rancang dan laksanakan penilaian sumatif
PERANAN DAN KEPENTINGAN REKA BENTUK PENGAJARAN 1. Meningkatkan pencapaian pelajar. 2. Menjadikan P&P bilik darjah lebih teratur 3. Memungkinkan objektif P&P dan hasil pembelajaran mudah tercapai. 4. Membantu dalam proses membuat keputusan. 5. Menjadikan penyampaian P&P selaras bagi kumpulan yangg pelbagai. 6. Menjimatkan masa dan peruntukan yangg besar, cth: Pendidikan Jarak Jauh
REKA BENTUK MESEJ 1. Heinech et al (2002) – media sebagai alat yang membantu proses komunikasi. 2. Reiser dan Gagne (1983) – media sebagai sebarang cara fizikal yang memungkinkan mesej disampaikan. 3. Torkelson (1972) – membahagikan media kepada 3 komponen : Mesej – isi kandungan atau maklumat yang hendak disampaikan.
Bentuk mesej – merujuk kepada cara maklumat disimpan; dalam bentuk yang sebenar, dalam bentuk abstrak, simbol, visual, gambaran dan bentuk bahasa. Saluran mesej – alat fizikal yang digunakan dalam penyampaian mesej, dalam bentuk elektrikal, mekanikal dan digital. 4. Gagne dan Briggs (1974) – 6 kategori media berdasarkan rangsangan fizikal media : Perkataan / struktur bahasa Bentuk bunyi bukan bahasa Perkataan bercetak Gambar statik Gambar bergerak Sampel sebenar