PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL Mohamad Zarifi bin Haji Mohamad Dail& (Jakim) Taqwa bt. Zabidi2 (Jakim)
Abstrak Islam sebagai agama yang bersifat syumul dan sempurna mempunyai pendekatannya yang tersendiri dalam menyusun umat manusia bermasyarakat dan bernegara. Matlamat utama Islam itu sendiri ialah untuk mewujudkan hadharah manusia yang cemerlang, progresif dan sejahtera. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat tersebut, Islam beranggapan bahawa melalui pencapaian keadilan sosial sesebuah kerajaan dalam tadbir urusnya, negara dapat dibangun dan dimajukan sehingga ke mercu kejayaan. Artikel ini digarap bagi membicarakan petunjuk-petujuk keadilan sosial yang akan merangkumi antaranya definisi dan konsep keadilan sosial. Di samping itu, bagi menunjangi artikel ini penulis menyentuh juga topik berkaitan syariat Islam sebagai asas keadilan yang akhirnya akan menghasilkan petujuk-petujuk keadilan sosial menurut kacamata Islam.
PENDAHULUAN Membangunkan sesebuah kerajaan yang adil dan beramanah merupakan suatu tuntutan dan tanggungjawab bukan sekadar kepada pemimpin utama kerajaan yang merupakan pengemudi bahkan membabitkan semua pihak yang berada di dalam organisasi kerajaan tersebut. Komponen adil dan beramanah ini mempunyai peranan yang sangat perdana terutamanya dalam konteks bernegara. Keadilan sosial merupakan salah satu komponen penting bagi menjayakan model sesebuah kerajaan yang adil dan beramanah dalam tadbir-urus. Keadilan sosial mempunyai konteks yang sangat luas jika hendak diperbahaskan, justeru kertas ini 117
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
akan membincangkan beberapa pandangan berkaitan definisi dan konsep keadilan sosial menurut perspektif barat dan juga kacamata Islam. Selain itu, kertas ini juga akan membicarakan keadilan sosial yang berteraskan wahyu.
DEFINISI KEADILAN SOSIAL Keadilan berasal dari lafaz arab merujuk kepada tanggapan terhadap sesuatu yang baru sama seperti sesuatu yang terdahulu.3 Ia merupakan lafaz yang menuntut kepada kesamarataan.4 Keadilan juga digambarkan sebagai perletakan sesuatu pada tempatnya yang betul yang sepatutnya ia berada.5 Ia mempunyai hubungan yang rapat dengan kesamarataan di mana hak dan tanggungjawab, dan faedah dan bebanan diagihkan secara samarata di kalangan komuniti. Memetik definisi keadilan seperti yang diberikan oleh Ibn 'Ashur, beliau menjelaskan bahawa keadilan merujuk kepada "satu kondisi yang harmoni di mana setiap sesuatu itu terletak di tempatnya yang betul dan sesuai. Maka, keadilan itu ialah terletak nya sesuatu pada tempatnya yang sesuai dan ia berfungsi mengikut aturan yang sepatutnya" .6 Asasnya, keadilan dalam konteks hubungan sesama manusia bergantung kepada prinsip memberikan hak yang sewajarnya kepada setiap individu. Keadilan perlu diberikan kepada semua pihak tanpa mengira agama, bangsa, warna kulit, bahasa dan sebagainya. Uniknya keadilan dalam Islam meliputi semua golongan tanpa membeza-bezakan mereka dan ia menggambarkan bagaimana Islam mengaplikasikan konsep adil. Sosial merujuk kepada Kamus Dewan edisi ketiga bermaksud segala perkara berkaitan masyarakat, perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Proses kemasyarakatan tidak akan berlangsung melainkan melalui pergaulan dan saling kebergantungan seseorang dengan seorang yang lain. Natijahnya, ia akan membawa kepada lapangan-lapangan atau platfom yang penting di mana proses sosialisasi itu berlangsung. Daripada sudut bahasa dapatlah dirumuskan bahawa keadilan sosial ialah kesamarataan perihal kemasyarakatan yang melibatkan semua individu dari segi hak dan tanggungjawab dalam ruang lingkup yang betul dan sesuai dalam semua lapangan kemasyarakatan.
118
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Konsep Keadilan Sosial Seperti yang dibincangkan, keadilan meliputi semua aspek kehidupan dan semua ruang lingkup kehidupan bermasyarakat. Shah Waliyyullah Ad-Dahlawi menyifatkan perkembangan kehidupan seorang insan melalui empat peringkat utama yang disebutkansebagaiirtifaqat.Sepanjangperkembanganini,kehidupan manusia tidak terlepas daripada tuntutan mengamalkan sifat- sifat adil. Kepincangan dan kegagalan melaksanakan keadilan akan menjerumus kepada kehancuran diri, bangsa dan negara. Apa yang lebih dahsyat lagi ialah is membawa kehancuran kepada sesebuah tamadun. Lihat sahaja kepada kejatuhan zaman kegemilangan Dinasti Han dalam tamadun China pada abad 221 Masihi natijah daripada ketidakadilan dalam arena sosio-ekonominya.7 Sejarah mengajar masyarakat dunia bangun memperbetulkan posisi kehidupan di tempatnya supaya hak masyarakat tercapai dan tanggungjawab terlaksana. Maka di sinilah timbul kepentingan terhadap kefahaman tentang apa yang dimaksudkan dengan keadilan sosial. Keadilan sosial sering diertikan dengan keadilan ekonomi. Namun hakikatnya, pendapat ini meleset apabila kita mendapati banyak lagi isu lain yang tercakup di bawah keadilan sosial. Plato mengiktiraf wujudnya perbezaan taraf di kalangan masyarakat berdasarkan kepada kemampuan menggunakan akal, semangat dan nafsu. Perbezaan taraf ini akan menjurus kepada ketidakadilan dalam masyarakat. Walau bagaimanapun, misi keadilan akan tercapai dengan kebijaksanaan pemimpin yang digelar sebagai Philosopher King dalam menguruskan pentadbiran negara. Philosopher King merupakan pemimpin terlatih yang dididik dan diatur kehidupannya semenjak dari kecil lagi agar beliau tidak mempunyai apa-apa kepentingan dalam urusan pentadbiran kenegaraan. Aristotle pula mempunyai pandangan yang berbeza dari gurunya, Plato, berkaitan keadilan. Beliau menyifatkan keadilan berakar umbi dari kesamarataan dan pengagihan harta yang adil dalam komuniti. Beliau mengklasifikasikan keadilan kepada dua jenis iaitu keadilan pengagihan (distributive justice) dan pembetulan keadilan (corrective justice). Jenis pertama merujuk kepada pengagihan samarata faedah sosial dan bebanan sosial mengikut usaha atau sumbangan yang dibuat. Semakin besar sumbangannya 119
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
semakin besar faedah yang diterima. Tidak dapat dinafikan jenis pertama ini membawa kepada jurang antara masyarakat. Tetapi, jurang ini diimbangkan melalui jenis keadilan kedua dengan memperbetulkan semula keadilan sosial. Jika Plato dan Aristotle membincangkan dari aspek pentadbiran dan pengurusan, John Rawls pula menjelaskan bahawa keadilan sosial memainkan peranan penting dalam menjamin kekuatan ekonomi sesebuah negara.8 Menurutnya, keadilan sosial bermula dengan asas pertama iaitu dengan meletakkan diri sebagai pengasas masyarakat di posisi yang disebut sebagai original position. Masyarakat pada tahap perlu mengeluarkan prinsip untuk melahirkan keperluan utama masyarakat iaitu hak dan kebebasan, peluang dan kuasa, pendapatan dan kekayaan, dan rasa kepunyaan yang berbaloi. Seterusnya, keperluan ini diagihkan melalui prinsip pengagihan. Prinsip pengagihan perlu memastikan bahawa setiap anggota masyarakat mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kebebasan untuk memperolehi kemudahan sosial seperti pendidikan dan kesihatan. Selain itu, prinsip ini juga perlu memastikan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi diperbetulkan. Penerangan bagi prinsip ini menjadi justifikasi amalan sistem ekonomi kapitalis. Umumnya, keadilan sosial yang diutarakan oleh John Rawls menjurus kepada faktor kestabilan ekonomi yang utuh. Melihat keadilan sosial melalui sudut sosio-ekonomi, Abu Zuhrah tidak menafikan wujudnya golongan fakir dan kaya dalam masyarakat. Keadilan sosial menurutnya bukanlah bertujuan untuk menghapuskan golongan fakir tetapi is merupakan wadah untuk mengurangkan bebanannya.9 Kedua-dua golongan ini tidak boleh dibezakan mengikut hierarki kedudukan sosial. Ini kerana manusia tiada perbezaan di sisi Allah melainkan berdasarkan darjat ketaqwaannya, dan perkara ini hanya dalam pengetahuan Allah. Walau bagaimanapun, kefakiran perlu dirawat agar tidak timbul masalah sosial seperti kecurian dan rompakan. Jelasnya, keadilan sosial menurut beliau, menjadi asas dalam merawat ketidaksamarataan sosio-ekonomi. Beralih dari pandangan ekonomi, keadilan sosial turut dilihat dari sudut perundangan. Dalam mengupas isu ini, Abdul Rashid Moten menghuraikan keadilan sosial adalah sebahagian daripada cabang keadilan. Malah keadilan sosial ini didefinisikan sebagai kesamarataan dalam perundangan yang meliputi status 120
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
sosial dan kesamarataan hak. Keadilan sosial dalam bentuk yang lebih spesifik merujuk kepada struktur dan polisi sesebuah masyarakat, dan tiga institusi penting iaitu politik, ekonomi dan sosia1.1° Bagi Syed Qutb pula, beliau melihat isu keadilan dari perspektif yang lebih luas. Keadilan menurutnya meliputi semua lapangan kehidu pan dan semua aspek aktiviti. Ia memberi tumpuan kepada persepsi dan amalan, kepada hati dan kesedaran. Adapun keadilan tidak hanya tertumpu kepada aspek ekonomi dan nilainilai kebendaan sahaja. Namun, jauh dari itu is meliputi gabungan aspek moral dan kerohanian. Beliau berjaya menjelaskan peri pentingnya keadilan dalam setiap langkah pergerakan seharian seorang insan. Beliau menyifatkan terdapat tiga asas penting dalam pembinaan tapak keadilan sosial. Asas-asas ini merangkumi kebebasan jiwa yang mutlak, kesamarataan kemanusiaan yang sempurna dan jaminan sosial yang kukuh.11 Melalui aplikasi ketiga-tiga asas ini, keadilan sosial yang sering diperjuangkan oleh sebilangan besar penduduk dunia hari ini pasti dapat dicapai. Dalam konteks ini, Islam melihat kepada kesatuan ruh dan jasad, kesatuan spiritual dan material, kesatuan antara individu dan jemaah, dan kesatuan maslahah antara pelbagai bangsa. Melalui penelitian pandangan antara tokoh-tokoh ini, dapat dirumuskan bahawa konsep keadilan sosial tidak lari daripada membincangkan tentang kesamarataan dalam hal ehwal kemasyarakatan sama ada dari sudut status sosial, ekonomi dan perundangan. Namun, pandangan Syed Qutb lebih menyeluruh di mana beliau menggabungkan aspek rohani, fizikal, material dan spiritual di bawah konsep keadilan sosial.
SYARIAT ISLAM ASAS KEADILAN SOSIAL Ajaran Islam sememangnya menjunjung prinsip keadilan dalam pelaksanaan syariat Ilahi. Al-Quran merakamkan banyak sekali suruhan agar melaksanakan keadilan dalam segenap aktiviti di dunia. Antara teks al-Quran yang membicarakan tentang konsep keadilan adalah seperti berikut; 121
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL 0 ".
l+LAI L.531 L...,La..4')11 9.)5 411
j1
,
Maksudnya: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum diantara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat. An-Nisaa: 58 ' Maksudnya: Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang- orang yang berlaku zalim. Asy-Syuura: 40 °fi ft , . ', *--Ay A
0 " -4,, ° t2L.9 Lt,U.:119 ,0" A
0A A
0 Maksudnya: Oleh kerana yang demikian itu, maka serulah (mereka wahai Muhammad - kepada berugama yang betul), serta tetap teguhlah engkau menjalankannya sebagaimana yang diperintahkan kepadamu, dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka; sebaliknya katakanlah: "Aku beriman kepada segala Kitab yang yang diturunkan oleh Allah, dan aku diperintahkan supaya berlaku adil di antara kamu". As-Syura: 15 Baginda Nabi SAW di dalam khutbah haji terakhirnya telah menyatakan prinsip-prinsip keadilan dalam Islam. Nabi Muhammad SAW telah mewasiatkan bahawa: (1)1i .)
122
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Maksudnya; "Wahai manusia, sesungguhnya Tuhan kamu adalah satu, bapa kamu juga satu, semua kamu berasal dari Adam dan Adam berasal dari tanah. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa kepada Allah SWT, tiada kelebihan orang Arab berbanding dengan orang asing (bukan Arab) melainkan dengan taqwa". Beberapa petikan ayat daripada kitab suci al- Quran dan juga wasiat Nabi SAW di dalam khutbah terakhirnya seperti di atas telah menzahirkan dengan jelas bahawa Islam merupakan sebuah agama wahyu yang memberikan keadilan kepada seluruh umat manusia.
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL MENURUT KACAMATA ISLAM Berpandukan kepada pandangan dan lontaran idea terhadap konsep keadilan sosial yang dikemukan oleh para pemikir Islam, maka dapatlah dibentangkan petunjuk-petunjuk keadilan sosial menurut kacamata Islam seperti berikut; 1. Persamaan Hak Sesama Manusia Intipati ajaran Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW secara jelas telah memberikan jaminan hak keadilan kepada seluruh manusia dan bersif at universal. Seluruh umat manusia diberikan hak kemanusiaan tanpa disaring melalui latar belakang keturunan, warna kulit, jantina, kelayakan akademik dan seumpamanya. Hak kemanusiaan ini diberikan oleh Allah selaku Maha Pencipta dan Maha Pentadbir kepada seluruh hambahamba-Nya. Berikut adalah beberapa contoh hak yang diberikan oleh Islam kepada seluruh umat manusia; a. Hak Untuk Hidup12 Seluruh umat manusia berhak untuk menikmati kehidupan di atas muka bumi ini. Tidak ada seorang pun yang diizinkan oleh syarak untuk membunuh seseorang yang lain melainkan atas alasan syariat contohnya kuasa Hakim di mahkamah yang menjatuhkan hukuman bunuh balas (qisas) kepada pembunuh dan sebagainya. Perkara ini 123
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
dapatlah disandarkan kepada firman Allah SWT di dalam al- Quran; - ° it‘
Maksudnya; Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Al-An'aam: 151 b. Hak Untuk Beragama Islam memberikan kebebasan kepada seluruh umat manusia untuk memilih agama sebagai panduan serta pegangan hidup masing- masing. Islam tidak pernah memaksa mahupun memeras ugut manusia dalam menentukan haluan agama sebaliknya sangat menghormati hak kebebasan dalam hal ini. Ayat Allah SWT yang dinyatakan ini dapat membuktikan pemberian hak kebebasan beragama kepada seluruh umat manusia; Orycl Maksudnya: Tiada paksaan dalam agama (Islam), kerana telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufiir). Al-Baqarah: 256 0p
4 y
Maksudnya: A/laka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang- orang yang beriman? Yunus: 99 Kamus sejarah Islam juga telah menggambarkan suasana toleransi beragama yang diamalkan oleh Nabi SAW. Piagam Madinah yang telah dipersetujui antara Nabi Muhammad SAW dengan masyarakat bukan Islam juga telah membuktikan semangat toleransi beragama dan juga sebagai hujah konkrit bahawa orang-orang Islam dan bukan Islam boleh hidup bersama-sama disamping 124
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
menikmati hak masing-masing sepertimana yang menjadi intipati ajaran Islam. Fasal 25, Piagam Madinah telah mencatatkan: "Bahawa orang- orang Yahudi Bani Auf adalah satu umat dengan orang-orang mukmin. Orang-orang Yahudi bebas berpegang kepada agama mereka dan orang-orang Muslimin bebas berpegang kepada agama mereka; termasuk pengikut mereka dan diri mereka sendiri kecuali orang- orang yang melakukan perbuatan aniaya dan derhaka. Orangorang seperti ini akan menghancurkan dirinya dan keluarganya sendiri". Sebagai indikator kepada pelaksanaan kebebasan ini, negara Malaysia sememangnya telah memberikan kebebasan untuk mempraktikkan aktiviti keagamaan dengan aman dan damai kepada seluruh warga Malaysia. Hak ini jelas termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 3(1) yang menyatakan: "Islam ialah agama bagi Persekutuan tetapi agama- agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan". Sewajarnya kebebasan yang diamanahkan ini tidak dicabuli dan tidak diceroboh oleh semua pihak supaya tidak menimbulkan sebarang kekecohan, kegelisahan dan seumpamanya. Sebaliknya amalan hormat menghormati dalam kalangan masyarakat perlulah diperkasakan sesuai dengan semangat prinsip beragama. c. Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Keadilan sosial semestinya memberikan hak untuk mendapatkan peluang pendidikan. Setiap individu sama ada lelaki dan wanita, semuanya berpeluang dan diberikan keizinan oleh syarak untuk menggali khazanah ilmu dan seterusnya memiliki kelayakan akademik untuk meningkatkan potensi diri. Hak untuk mendapatkan pendidikan dan ilmu pengetahuan tidak pernah dinafikan 125
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
bahkan menjadi tuntutan dalam agama Islam. Allah SWT meletakkan suatu standard yang tinggi kepada golongan yang menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah SWT telah menyatakan: o ,p
° Maksudnya; Katakanlah lagi (kepadanya) : "Adakah sama orangorang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui?" Az-Zumar: 9 Sejarah peradaban Islam telah pun membuktikan bahawa penguasaan ilmu pengetahuan sangatlah berkuasa sehingga mampu mengangkat martabat umat. Tradisi sains Islam di Andalusia telah menyebabkan Barat berlumba-lumba menterjemahkan kitab- kitab besar sains, matematik, perubatan, muzik dan lain- lain ke Bahasa Latin dan Ibrani13. Semuanya ini telah menampakkan kepesatan perkembangan ilmu pengetahuan di zaman tamadun silam umat Islam. Negara kita sememangnya telah menjadi model rujukan kepada negara-negara Islam khususnya dalam memerangi penyakit buta huruf di kalangan warganya. Melalui dasar-dasar dan strategi yang diperkenalkan contohnya Dasar Pendidikan Kebangsaan, Misi Nasional, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan seumpamanya. Kepimpinan negara sememangnya dilihat sangat serius, komited dan bersungguh-sungguh memastikan seluruh rakyat dan warga Malaysia mempunyai kualiti modal insan yang tinggi selaras dengan matlamat Wawasan 2020 iaitu melahirkan masyarakat yang maju berasaskan acuan sendiri. d. Kebebasan Mencari Harta dan Rezeki Aspek seterusnya yang menjadi petunjuk kepada keadilan sosial adalah kebebasan untuk melibatkan diri dalam sebarang pekerjaan bagi mengumpul harta dan pendapatan. Walau bagaimanapun, kebebasan yang diberikan ini dipandu oleh prinsip kemanusiaan dan bukan melalui jalan yang salah iaitu dengan melakukan penindasan, penipuan, khianat, rasuah dan seumpamanya. Firman Allah SWT: 126
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
= •
os fi ' yaI915L
• -0
4;1
J• ° `-) ‘:•)L-C
Maksudnya; Wahai orang-o rang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta- harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah berbunuh- bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. An-Nisaa: 29 Islam mengiktiraf peranan golongan lelaki dan wanita dalam memakmurkan alam ini termasuklah di dalam hal ehwal mencari rezeki untuk menyara hidup dan keluarga. Peranan kedua-dua jantina ini diperakukan oleh syariat Islam sebagaimana yang telah dijelaskan di dalam al-Quran: 0 „ fig, 0, ,, of 0, ,t° ,„ . ° *L.).9 _74 L- Li- 91 f•-er'''Ll
- 0 °"5k-42J1 C..)-s• _94-•""_, ° , t :j1 -"fi J• I .11 ).9 4 - -9fi °°15 • - , j4j-c" I Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta tacit lepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. At-Taubah: 71
127
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkaitan jumlah penglibatan sebagai ahli profesional berdaftar bagi tahun 2007 mengikut jantina juga telah menampakkan penglibatan kedua-dua gender dalam bidang-bidang tersebut. Dalam konteks Malaysia, statistik ini telah menunjukkan bahawa tiada unsur bias gender khususnya penglibatan di dalam sektor tenaga kerja. Kaum lelaki dan wanita dilihat bersama-sama melibatkan diri dalam apa jua pekerjaan tanpa ada unsur larangan, penindasan dan juga paksaan daripada mana-mana pihak. Statistik tersebut adalah seperti berikut: Profesion
Tolaki
*mita
1
Doktor Gigi
41.8%
58.2%
2
Peguam
54.1%
45.9%
3
Akauntan
55.1%
44.9%
4
Doktor Veterinar
65.7%
34.3%
5
Juruukur Bahan
64.9%
35.1%
6
Arkitek
71.5%
28.5%
7
Arkitek Profesional
85.6%
14.4%
8
Jurutera Siswazah
85.3%
14.7%
9
Jurutera Profesional
97.1%
2.9%
Istm
Jadual 1: Ahli Profesional yang Berdaftar Mengikut Profesion dan Jantina14 Kesimpulannya, persamaan hak sesama manusia meliputi semua lapangan sosial. Kesamarataan hak ini perlu diberi kepada semua rakyat mengikut kapasiti yang sewajarnya berlandaskan syariat Islam. Kesamarataan ini bukan sekadar menekankan hak yang patut diterima oleh seseorang individu bahkan is juga merupakan tanggungjawab demi menjaga maqasid syariah. 2. Jaminan sosial Petunjuk pertama menerangkan hak yang perlu diterima oleh seseorang individu. Namun, apakahjaminan keadilan ini dapat 128
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
dipatuhi? Bagi memastikan prinsip ini bukan satu omongan kosong, sistem sokongan amat diperlukan untuk melaksanakannya. Ruang dan peluang bagi masyarakat untuk menyalurkan keperluan mereka perlu dibuka dalam lingkungan yang terbatas tetapi tidak terhad. Politik, kewangan dan perundangan merupakan tiga mekanisme penting dalam memastikan jaminan sosial tercapai. a. Wadah Jaminan Sosial: Politik Landasan politik berdasarkan prinsip Islam boleh dijadikan ruang bagi masyarakat menjalankan tanggungjawab dan mendapatkan hak-haknya. Di arena ini hubungan yang rapat antara pemimpin dan rakyat amat diperlukan. Ini kerana hubungan timbal balik antara dua entiti ini membantu dalam melahirkan polisi dan struktur sosial yang baik.
nougmb,,Agir-"—
4,c4iwt
Gambarajah 1: Hubungan Antara Masyarakat dan Kerajaan
Sesebuah kerajaan yang baik memerlukan penglibatan aktif masyarakat dalam pembuatan polisi. Masyarakat meluahkan kehendak dan keperluannya rnelalui saluran yang betul. Manakala kerajaan yang baik menerima, menganalisa dan menggubal satu polisi sesuai dengan keperluan masyarakat mengikut kapasiti tenaga dan sumber yang ada. Penglibatan yang aktif mengiktiraf kapasiti masyarakat untuk berdiskusi dan menjana polisi secara bebas. Hasilnya, satu polisi yang menitikberatkan keperluan masyarakat secara adil dan saksama dapat digubal dan dijadikan asas prosedur yang menjamin keadilan sosial. Ini kerana suara semua pihak didengari dan diambil kira tanpa ada unsur diskriminasi demi menjaga kemaslahatan masyarakat. Dalam konteks ini, is mengambil ruh dan semangat syura seperti yang dianjurkan oleh Islam. 129
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Firman Allah SWT:
-0
r L5•5 (:-AJJL Maksudnya: Dan bermesyuarat dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-soal keduniaan). Al-Imran: 159
"Syura dalam konteks ini hendaklah dilakukan pada setiap urusan pemerintahan untuk mendapat penjelasan dan kata putus supaya masing-masing bertanggungjawab atas apa yang diputuskan untuk dilaksanakan"." Apapun, kerajaan yang adil dan beramanah adalah kerajaan yang meletakkan syariat Islam sebagai objektif utama dalam pentadbiran dan pembuatan polisi. Suara masyarakat yang tidak selaras dengan tuntutan syariah tidak boleh dilayan. Sebagai contoh kehendak masyarakat Eropah agar layanan yang adil diberikan kepada golongan homoseksual tidak sepatutnya diambil kira kerana is jelas sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Dapat disimpulkan di sini, politik merupakan platform untuk memastikan keadilan sosial dapat dijamin. Melalui hubungan baik antara pemerintah dan yang diperintah, satu polisi yang seimbang dari semua sudut dapat dijana dengan mengadaptasi konsep syura dalam Islam.
b. Wadah Jaminan Sosial: Sistem Kewangan Mahu tidak mahu, kita perlu akur bahawa kewangan menjadi asas pembangunan masyarakat seperti yang diutarakan oleh John Rawls. Dengan peruntukan kewangan yang mencukupi, kemudahan kesihatan, pendidikan, keselamatan dapat disediakan, infrastruktur dapat dibina, golongan-golongan yang lemah dapat dibantu. Oleh sebab itu Islam tidak menolak keperluan kewangan dalam kehidupan. Malah, kewangan juga digambarkan dengan kebaikan atau kalimahi melalui ayat-ayat Al-Quran seperti berikut: 130
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
,
fi
0 fi 0 fi 1:7:1;*- 13:.7 c,)
0
,
0 ✓ . ,0 ,° , 0, • fi JI CA.;-
, 0
L.)?°.:013.1)
Maksudnya: Kamu diwajibkan apabila seseorang dari kamu
hampir mati, jika ia ada meninggalkan harta, (hendaklah ia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan ugama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa. Al-Baqarah: 180 0 5
Maksudnya: Dan sesungguhnya ia sungguh sayangkan harta
(secara tama' haloba) Al-Aadiyaat: 8 Dalam hal ini, Abdullah Nasih 'Ulwan menyifatkan ia merupakan petunjuk yang halus di mana Islam tidak memandang nilai harta melainkan apabila ia digunakan untuk kebaikan. Malah harta yang dibelanjakan di jalan Allah merupakan salah satu faktor yang menjamin keadilan sosial dan pengikat yang menghubungkan saluran bantuan sesama insan.16 Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa dalam kalangan masyarakat terdapat golongan yang lemah dan golongan yang kuat. Bagi golongan pertama, kelemahan dari segi fizikal atau intelektual menjadikan mereka sukar mendapatkan punca rezeki yang banyak. Sebaliknya, bagi golongan yang kuat dan berdaya saing, kelebihan ini digunakan untuk mendapatkan harta yang lebih. Namun, Islam tidak pernah membezakan komposisi masyarakat dari pandangan materialistik. Bahkan, Allah mendidik manusia menggunakan keadaan ini untuk mendekati-Nya. Firman Allah SWT yang berbunyi: ° fi°
fie )1 I 1 . "i ° :);a3 ` . . t4_, L5-' • LsiP
ols
,
A, ° )
Ls; ; '5 1 ,H
L?1-9) ji
0
j4:61t
0
.0l5 ./ 16+;Li
it „
j j.; j 131
0 Ly1) .41?
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Maksudnya: Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang is menyayanginya, kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang miskin, dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. (Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa. Al-Baqarah: 177 Ayat ini menjelaskan penggunaan harta di jalan yang betul merupakan antara jalan-jalan kebaikan. Ia meliputi pemberian sebahagian harta kepada golongan yang patut menerimanya iaitu kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin, orang yang dalam kesusahan sewaktu bermusafir, orang yang memerlukan, dan hamba-hamba abdi untuk dimerdekakan. Uniknya, dalam satu ayat ini, konsep keadilan sosial telah dapat digambarkan secara menyeluruh melalui proses pengurusan harta yang baik. Dalam aspek jaminan sosial dari sudut kewangan, ayat ini menjelaskan terdapat dua kelompok utama yang patut diberikan bantuan iaitu ahli keluarga dan masyarakat awam. Antara mekanisme yang diperuntukkan dalam Islam untuk ahli keluarga dan kaum kerabat ialah nafkah, faraid dan wasiat. Manakala, untuk masyarakat awam yang memerlukan terdapat pelbagai mekasnisme atau wasilah bagi menyalurkan harta sebagai bantuan kepada mereka. Antara mekanisme yang penting ialah zakat, hibah, waqaf, kafarah dan sedekah. Kesemua mekanisme ini merupakan jaminan yang utuh jika dipatuhi secara telus bagi memastikan tiada kelompok dalam masyarakat yang terabai. Prof. Dato' Dr. Muhamad bin Muda menghuraikan sistem kewangan Islam mampu membawa kepada keadilan sosial dan ekonomi. Bersumberkan kerajaan, individu dan perniagaan, dana daripada mekanisme yang disebutkan disalurkan kepada institusiinstitusi berautoriti seperti institusi pengurusan zakat, mal, pembangunan ekonomi ummah, perbankan, bukan perbankan dan takaful. Dana yang dikumpulkan ini akan melalui pengimbang iaitu melalui pelaburan dan pasaran modal sebelum diagihkan kepada 132
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
lapan asnaf zakat, dan bidang-bidang kebajikan dan perlindungan, kemudahan awam dan agma, keselamatan dan keamanan, pendidikan dan keilmuan, kesihatan dan perubatan serta rezab. Proses ini boleh disimpulkan seperti dalam rajah di bawah."
Gambarajah 2: Aliran Dana Sistem Kewangan Islam
c. Wadah Jaminan Sosial: Sistem Perundangan Syariat Islam sangat menjunjung tinggi prinsip keadilan di dalam aspek perundangan selari dengan arahan Allah SWT untuk melaksanakan keadilan dalam proses memakmurkan bumi. Allah SWT memerintahkan kepada seluruh umat manusia untuk berlaku adil kepada semua pihak tanpa mengira siapakah yang diadilinya itu sama ada rakan taulan, ahli keluarga dan sebagainya. Arahan ini dapatlah disandarkan kepada nas al- Quran seperti berikut; - , fi 31; I-4j; _12-1jii 1;9 I .; ,.0 -.,.
- 0 - 0 . r,213 o _51 jj.b
0 5 , 0.
1:93 "t
fi I mo:; fi ,
cslc
o 4111-9
\
Jls— 411 ,DIi
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menajdi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak 133
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. An-Nisaa: 135 Nabi SAW juga dengan tegas mengatakan tiada sesiapa yang boleh dikecualikan daripada dikenakan tindakan undangundang apabila melakukan sebarang tindakan yang bercanggah dengan undang- undang termasuklah anak Baginda sendiri iaitu Fatimah". Hadis yang sangat masyhur menjadi hujah kepada prinsip Nabi SAW ini: c,.AI LI? Z.■1 4_.ic iy4Ug jiLats:2-S t.+9. y
iiij
_77
Lb.4.
Maksudnya: Sesungguhnya dibinasakan orang sebelum kamu kerana mereka ini apabila orang yang mulia mencuri, telah dibiarkan dan apabila orang yang lemah mencuri dikenakan hukuman had kepada mereka, dan sesungguhnya dengan nama Allah jika sekiranya Fatimah anak perempuan Muhammad mencuri, nescaya akan aku potong tangannya. (Hadis Riwayat Syaikhan, Abu Daud, al- Nasai dan Ibnu Majah) Keadilan daripada aspek perundangan memainkan peranan yang sangat besar dalam menyuburkan keadilan sosial di dalam masyarakat dan negara. Jaminan keadilan inilah yang akan menyelamatkan masyarakat daripada terus dilanda kekacauan, pergelutan yang akhirnya dapat menjejaskan kedaulatan serta keharmonian negara. Di dalam konteks Malaysia, seluruh warganegara Malaysia adalah tertakluk kepada perundangan negara yang berasaskan Perlembagaan Negara. Sesiapa yang bertindak melampaui peruntukkan undang-undang, maka akan diadili berdasarkan peruntukkan undang- undang yang telah tersedia tanpa terkecuali seorang pun. Seluruh rakyat akan mempertahankan kedaulatan undang- undang dan perkara ini telah menjadi salah satu prinsip Rukun Negara yang dihayati seluruh rakyat Malaysia dalam kehidupan bernegara. Penghayatan ini perlulah 134
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
dipertahankan dalam usaha memastikan jaminan keselamatan sosial terus terpelihara.
KESIMPULAN Sebagai kesimpulan, keadilan sosial bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam. Bahkan is merupakan sebahagian dari syariat Islam yang menjadi tuntutan untuk direalisasikan. Islam yang merupakan agama wahyu ilahi sangat mementingkan keadilan di samping menjaga objektif pensyariatan melalui hak untuk hidup, beragama, mendapatkan peluang pendidikan serta peluang mendapatkan sumber pendapatan. Dengan mengambil kira bahawa hak adalah sesuatu yang patut dimiliki tanpa ada diskriminasi, maka peluang-peluang untuk mendapatkannya patutlah dibuka kepada semua golongan masyarakat dari semua bangsa dan agama. Di samping itu, jaminan sosial perlu diaplikasikan agar keadilan sosial ini benar-benar tercapai dan terlaksana. Jaminan ini dapat dilihat dari pelbagai sudut dan aspek. Namun, antara lapangan yang paling utama ialah melalui mekanisme politik, kewangan dan perundangan. Bagi merealisasikannya, sokongan dan tanggungjawab dari semua komponen tadbir urus baik iaitu sektor awam, swasta dan masyarakat amat diperlukan. Usaha yang serius dari ketigatiga pihak ini perlu digembleng agar manfaatnya dapat dikecapi di dunia dan di akhirat kelak. Setiap individu harus selayaknya mengecapi keamanan hidup di dunia dan memperoleh ganjarannya di akhirat dan perkara ini tidak akan tercapai selagi tanggungjawab keadilan sosial tidak dilaksanakan secara total dan bersepadu.
135
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
BIBLIOGRAFI Ab. Aziz Bari, Kerajaan Adil dan Beramanah, (Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008) Ab. Aziz Mohd. Zin, Kehidupan Berkualiti, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008) Abdullah bin Jalil dan Muhamad bin Muda, Pengurusan Dana Sedekah Secara Sistematik: Analisa Peranan Institusi Kerajaan dan Swasta. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Intellectual Discourse Bil 2/2008 Sedekah: Peranan Umat Islam dalam Usaha Memperkasa Ekonomi Negara. Abdullah Nasih 'Ulwan, At-Takaful Al-Ijtima'iy fi Al-Islam, (Jedah: Dar As-Saudiyah, 1987) Aidit Ghazali (ed), Islam and justice, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1993) Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (eds), Keadilan Sosial, (Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 1996) Jawiah Dakir, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007) Lund, Brian, Understanding State Welfare: Social Justice or Social Exclusion?, (Sage Publication, London, 2000) McKay, John P., et al., A History of World Societies, (Boston & Toronto: Houghton Miffin Company, 1992) Mohamed Jusoh, Konsep Keadilan Sosial, (Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), 1978) Muhamad Abu Zuhrah, Tandzim Al-Islam Li Al-Mujtma', (Qaherah: Dar Al-Fikr, 1965) Nik Mustapha Nik Hassan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008) Rashid Moten, Social Justice, Islamic State and the Muslim World.
136
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Keadilan Sosial Menurut Islam yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama KETENGAH pada 19-20 Januari 2004 di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu. Samih Atif Az-zain, Mu jam Tafsir Mufradat Al-Alfaz Al-Quran, (Lubnan: Dar Al-Ifriqiyyah Al-'Arabiyyah, 2001) Sidek Baba, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2006) Syed Qutb, Al-Adalah Al-ljtima'iyyah fi Al-Islam, (Beirut: Dar AsSyuruq, 1974) Zeenath Kausar (ed), Contemporary Islamic Political Thought, (Kuala Lumpur: Research Centre, IIUM, 2005) http:/ / www.kpwkm.gov.my/ BM/ Upload/ 20080624_025243_11009_ c2.4.pdf
137
PETUNJUK-PETUNJUK KEADILAN SOSIAL
Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jakim 2 Penolong Pengarah, Bahagian Penyelidikan Jakim 3 Aidit Ghazali (ed), Islam and Justice, (Kuala Lumpur: Institut Kefahaman Islam Malaysia, 1993), m. 29 4 Samih Atif Az-zain, Mu jam Tafsir Mufradat Al-Alfaz Al-Quran, (Lubnan: Dar Al-Ifriqiyyah Al-'Arabiyyah, 2001), m. 583 5 Azizan Bahari dan Chandra Muzaffar (eds), Keadilan Sosial, (Kuala Lumpur: Institut Kajian Dasar, 1996), m. 17 6 Zeenath Kausar (ed), Contemporary Islamic Political Thought, (Kuala Lumpur: Research Centre, IIUM, 2005), m. 85 7 McKay, John P., et al., A History of World Societies, (Boston & Toronto: Houghton Miffin Company, 1992), m. 109 8 Lund, Brian, Understanding State Welfare: Social Justice or Social Exclusion?, (Sage Publication, London, 2000), m. 4 9 Muhamad Abu Zuhrah, Tandzim Al-Islam Li Al-Mujtma', (Qaherah: Dar Al-Fikr, 1965), m. 35 10 Rashid Moten, Social Justice, Islamic State and the Muslim World. Kertas kerja ini dibentangkan dalam Seminar Keadilan Sosial Menurut Islam yang dianjurkan oleh Institut Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama KETENGAH pada 19-20 Januari 2004 di Awana Kijal, Kemaman, Terengganu. Syed Qutb, Al-Adalah Al-ljtima'iyyah fi Al-Islam, (Beirut: Dar As-Syuruq, 1974), m. 35 12 Jawiah Dakir, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007), m. 60 13 Sidek Baba, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, (Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2007), m. 3 14 http:/ / www.kpwkm.gov.my/ BM/ Upload/ 20080624_025243_11009_ c2.4.pdf " Ab. Aziz Bari, Kerajaan Adil dan Beramanah, (Putrajaya: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, 2008), m. 22 16 Abdullah Nasih At-Takaful fi Al-Islam, (Jedah: Dar As-Saudiyah, 1987), m. 14-15 17 Abdullah bin Jalil dan Muhamad bin Muda, Pengurusan Dana Sedekah Secara Sistematik: Analisa Peranan Institusi Kerajaan dan Swasta. Kertas kerja ini dibentangkan dal am Intellectual Discourse Bil 2/2008 Sedekah: Peranan Umat Islam dalam Usaha Memperkasa Ekonomi Negara. 18 Mohamed bin Jusoh, Konsep Keadilan Sosial (Kuala Lumpur;: Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM), 1978), m. 15-16
138