Majlis Perasmian Bulan Pendidikan Islam & Bahasa Arab (PIBA) dan SUMUR telah diadakan pada hari Ahad 1 Februari 2015 bermula seawal jam 7.00 pagi. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, bacaan doa dan seterusnya ucapan perasmian daripada Tuan Pengetua SMKA Segamat iaitu Ust. Mohd. Fauzan Bin Mohamed Mokhtar. Dalam ucapannya beliau mengajak semua guru dan murid agar mempraktikkan Bahasa Arab dalam perbualan seharian di sekolah sempena Bulan PIBA ini. Semua guru dan pelajar seterusnya disajikan dengan persembahan power point sebagai gimik perasmian Bulan PIBA yang menayangkan senarai Jawatankuasa Bulan PIBA serta perancangan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang bulan ini.
1
Terjemahan petikan ucapan perasmian oleh Tuan Pengetua ; “Saya amat berharap dan berdoa agar para pelajar akan mendapat banyak faedah daripada semua program yang dianjurkan oleh Bidang PIBA, untuk menyegarkan lagi iklim Bahasa Arab dan penghayatan agama dalam kehidupan seharian kita, terutamanya di sekolah ini…”
halaman
Dalam majlis yang sama Tuan Pengetua turut melancarkan Program Transformasi Usrah dan Kempen al-Quran Dekat Di Hati. Kemuncak majlis ialah penyampaian Watikah Pelantikan Murabbi kepada wakil para Murabbi iaitu Uzh Arifah Binti Ayub dan Watikah Pelantikan Nuqaba’ kepada Muhd. Aliff Bin Roslin selaku Presiden Badar.
KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSD SEGAMAT ( 31 JAN 2015 ) PENCAPAIAN : L18 – MOHD SAHRIL B. ABDULLAH (8) P15 – NURSHUHADAH BT. SHAHRUM (6) DAN NUR HANISAH BT. MOHD. RAZALI (7)
halaman
2
PERTANDINGAN BADMINTON MSSD SEGAMAT ( 29 JAN 2015 ) PENCAPAIAN : TEMPAT KE-3 (P18)
PROGRAM TAHBIBUL LUGHAH TINGKATAN 1/2015 ( 2-4 FEBRUARI 2015)
GOTONG-ROYONG ASRAMA DAN KELAS ABAD KE-21 ( 2 FEBRUARI 2015 )
Diterbitkan Oleh: Unit Perhubungan & Dokumentasi, SMKA Segamat
halaman
Penasihat > Ust. Mohd. Fauzan bin Mohamed Mokhtar Editor > Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Penolong Editor > Ust. Rumaja bin Sarmin
3
EDITORIAL BULETIN INSPIRASI SEMANGAT EDISI 04/2015
BICARA ILMU 3 : SUSUNAN KELAS ABAD KE-21
halaman
4
KELAS TING.6 AS-SYAIRAZI PENERIMA ANUGERAH KHAS KELAS ABAD KE-21 SMKA SEGAMAT (1 FEBRUARI 2015)
halaman
5
halaman
6
AKTIVITI AKADEMIK BIL 2
PROGRAM Pelancaran Bulan PIBA Tahbibul Lughah T1
3
KEM PIBA PT3
4
KEM PIBA SPM
22- 24 Okt. 2015
5
MTQ
08 Feb. 2015
6
Debat BA /MISS
15 Feb. 2015
1
TARIKH 01 Feb. 2015 15 Feb. 2015 20 – 22 Ogos 2015
PENYELARAS & SETIAUSAHA Ust. Abdul Hadi Mohamed Suhaimi Uzh. Masyitah binti Hamzan Uzh. Nurul Nadia binti Aripen GKMP Ketua Panitia PAI dan BA GKMP Ketua Panitia BA, PQS dan PSI Ust. Mohd Norsam bin Abdul Rahman Ust. Hj. Ismail bin Rosli Al-Hafiz Ust. M Nazom bin Mohd Yusof Uzh. Zuliana binti Md Sukor
PROGRAM
TARIKH
1
Kem Kilauan Permata Islam (KKPI)
20-22 Feb 2015
2
Program Membudayakan al-Qur’an
Setiap Khamis
3
Majlis Pelantikan Nuqaba’ (SUMUR)
17 Jan. 2015
4
Mahrajan Islami Wa Arabi (SUMUR)
15-16 Nov. 2015
5
Kem Nuqaba’ (SUMUR)
13-14 Nov. 2015
6
Liqa’ Nuqaba’ (SUMUR)
Setiap bulan
7
Program Tarbiyyah di Surau
Sepanjang Tahun
PENYELARAS & SETIAUSAHA Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Kaunselor Ust. W Zainuzzaman bin Wan Abdullah Uzh. Arifah binti Ayub Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh. Siti Roszaimah binti Zainudin Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh. Masyitah binti Hamzan Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Ust. Muhammad Solehuddin bin Ridzuan Uzh. Siti Roszaimah binti Zainudin BADAR Ust. Abdul Hadi bin Mohamed Suhaimi Uzh. Zuliana binti Md Sukor
halaman
BIL
7
AKTIVITI SUMUR
halaman
8
halaman
9
TAKDIR
Karya Pelajar
Oleh: AMIRA ATIQA AZMAN
"Lalu siapa yang membela kau selepas itu?" Tanya Khairul ingin tahu. "Aku dihantar ke Rumah Kebajikan Najibah. Namun, kehidupan aku di sana tidaklah seperti yang aku sangkakan, terlalu susah. Anak-anak yatim yang sudah besar membuli pelajar baru seperti aku. Baju-baju mereka disuruh kami yang basuhkan, makanan mereka disuruh kami yang ambilkan. Tetapi, bila dihadapan abi, ayah asuhan kami, semua tunjuk baik. Siap pernah sekali, abi meronda tempat tidur, mereka siap selimutkan kami. Bagaimana abi mungkin percaya jika kami mengadu sedangkan mereka tunjuk baik. Kadang-kala ada juga mereka ugut kami supaya jangan bagitahu abi. "Apa yang mereka suruh, aku ikutkan aja. Asalkan aku boleh belajar macam biasa sebab aku nak capai cita-cita aku seperti mana yang aku janjikan kepada kedua-dua orangtuaku. Alhamdulillah keputusan SPM aku memberangsangkan dan aku dapat menyambung pelajaran tajaan penuh kerajaan di universiti ini dan takdir menemukan aku dan kau sebagai sahabat daripada hari pertama sehingga hari ini." Aku menghabiskan ceritaku di situ dengan linangan air mata dan kepuasan kerana tak lama lagi aku akan bergelar Dr. Furqan Azzam Bin Jamil. "Terharu aku dengar cerita kau. Takpelah...berkat kesabaran kau, sekarang kau dah nak jadi doktor. Aku bangga dengan kau. Sabar itu separuh daripada iman." Dalam kata-kata pujian Khairul terkandung nasihat. 'Terima kasih, kawan!' hatiku bermonolog. *
*
*
"DOKTOR FURQAN, doktor ada temujanji dengan houseman baru hari ni. Doktor ingat, tak?" Suara Farah, jururawat yang ditugaskan di tempatku membuat jariku yang leka menulis di atas sebuah kad pesakit terhenti. "Temujanji apa, ya?" Aku bertanya hairan. "Dia nak melapor diri di jabatan kita hari ni. Tadi tuan pengarah minta doktor gantikan dia. Sekarang ni, doktor baru tu dah sampai, Doktor Furqan nak saya bagi dia masuk?" Tanya jurirawat itu lagi.
10
"Hah, yalah." Aku kembali menatap kad peribadi pesakitku. Bunyi ketukan di pintu mengganggu konsentrasiku sekali lagi. "Masuk." Arahku dari dalam. Mata masih lagi tunak memandang kad. halaman
"Assalamualaikum... saya Doktor Nursarah Binti Arfan. Baru pertama kali menjejakkan kaki ke sini. Saya ditugaskan untuk berada di jabatan Doktor Furqan dan saya diminta untuk melaporkan diri pada doktor kerana Tuan Pengarah jabatan bercuti pada hari ini." Lembut suaranya menyapa gegendang telingaku. Mata kutala ke arahnya. Subhanallah! Cantiknya.
halaman
11
Suatu ketika tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab, “Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak akan mengikutnya.” Demikian angkuhnya Amar. Kaum Muslimin di Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah s.a.w. menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. Pedangnya yang tajam ikut dibawanya. Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai saatnya dia jatuh pengsan. “Untuk apa ikut ke mari ya Amar?” Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar lalu berkata, “Aku sudah beriman kepadaAllah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama lagi.” Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: “Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya.” Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak mengetahui hadith Rasulullah s.a.w. berkata kaum Muslimin, “Cuba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t..”
halaman
12
“Jika kamu tidak tahu orangnya.” Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung, ujarnya, “Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin Thabit.” Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian indahnya. Ia tidak pernah solat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan mendapat syahadah iaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama Allah s.w.t. di medan perang. Maka syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid.Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang seperti Amar ini.
halaman
13
Surah al-Isra’: 53 - 55
Terjemahan Surah Al-Isra’ [53] Dan katakanlah kepada hamba-hamba-Ku (Allah), bahawa hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (perkataan yang tepat dan benar), kerana sesungguhnya syaitan itu akan mengganggu antara mereka (menimbulkan salah faham pada perkataan dan istilah). Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. [54] Rab (Tuhan)mu lebih mengetahui tentang kamu. Jika Dia (Allah) menghendaki, Dia (Allah) akan memberi rahmat kepadamu, dan jika Dia (Allah) halaman
untuk menjadi penjaga mereka.
14
menghendaki Dia (Allah) akan mengazabmu. Dan Kami (Allah) tidaklah mengutusmu [55] Dan Rabb (Tuhan) mu lebih mengetahui apa yang (ada) di langit dan di bumi. Dan sesungguhnya Kami (Allah) telah lebihkan sebahagian nabi-nabi itu atas sebahagian (yang lain), dan Kami (Allah) berikan kepada Daud (kitab) Zabur.
PENGERTIAN TAJWID Maksud Tajwid pada bahasa ialah memperelokkan atau mencantikkan sesuatu, manakala pengertian dari segi istilah ialah mengeluarkan setiap huruf dari makhrajnya dengan betul dan menjaga sifat-sifatnya Objektif ilmu Tajwid ialah untuk memelihara bacaan Al-Qur'an daripada berlaku kesalahan sebutan atau perubahan maksudnya. HUKUM BELAJAR TAJWID Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardu Kifayah bagi umat Islam. Maksud belajar ilmu tajwid itu sebagai Fardu Kifayah ialah mesti ada dalam satu tempat itu seorang atau beberapa orang yang mengetahui ilmu tajwid sebagai rujukan bagi masyarakat setempatnya. Jika tidak ada seorang pun di kawasan tersebut yang mahir dalam ilmu tajwid maka kesemua penduduk kawasan tersebut menanggung dosa.
Hukum mengetahui dan mempraktikkan ilmu tajwid dalam bacaan al-Quran pula adalah Fardu ‘Ain ke atas setiap muslim tidak kira lelaki atau perempuan. Apabila seseorang itu membaca al-Quran walaupun sedikit, mestilah dia membacanya dengan bertajwid. DALIL ILMU TAJWID Firman Allah SWT, Maksudnya “Dan bacalah Al-Qur’an itu dengan tartil ” [QS:Al-Muzzammil (73): 4].
Pengarang kitab Nihayah menyatakan: “Sesungguhnya telah ijma’ (sepakat) semua imam daripada kalangan ulama’ yang dipercayai, bahawa tajwid adalah suatu hal yang wajib sejak zaman Nabi SAW sampai sekarang dan tiada seorang pun yang mempertikaikan kewajiban ini”.
halaman
Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah Ibnu ‘Amr, Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya “Ambillah bacaan Al-Qur’an daripada empat orang, iaitu Abdullah Ibnu Mas’ud, Salim, Mu’az bin Jabal dan Ubai bin Ka’ab.” (Hadits ke 4615 dari Sahih Al-Bukhari).
15
Allah SWT memerintahkan Nabi SAW untuk membaca Al-Qur’an yang diturunkan kepadanya dengan tartil, yaitu memperindah pengucapan setiap hurufhurufnya (bertajwid).
halaman
16
Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf. Imam Syafie adalah berasal dari keturunan Arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun. Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa. Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.