MTA INTER-TAKAFUL OPERATORS BADMINTON TOURNAMENT 2015 Syarat-syarat Pertandingan 1.0 PERATURAN PERTANDINGAN a) Kejujuran dan keikhlasan dalam mematuhi semua peraturan, undang undang, syarat dan prosedur di dalam penyertaan kejohanan ini akan menjadi tanggungjawab yang ditanggung oleh pasukan, pegawai dan pemain yang bermain di dalam kejohanan ini. b) Mana-mana pasukan, pegawai atau pemain yang tidak mematuhi mana-mana perkara di dalam peraturan kejohanan ini boleh dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Kejohanan. 2.0 PERATURAN DAN PENYERTAAN a) Penyertaan adalah terbuka kepada semua ahli Malaysian Takaful Association (MTA). b) Semua pemain yang didaftar mestilah kakitangan tetap yang sah berkhidmat dengan syarikat atau kumpulan syarikat yang menyertai kejohanan ini. c) Semua pemain perlu membawa kad pengenalan pada hari perlawanan. d) 2 Kategori di pertandingkan iaitu kategori lelaki dan wanita. e) Untuk kategori LELAKI, setiap pasukan akan menghantar sebanyak 2 Pemain Perseorangan dan 3 regu (8 orang). 1 Perseorangan, 2 regu untuk perlawanan dan 1 Perseorangan, 1 regu sebagai simpanan. f)
Untuk kategori WANITA, setiap pasukan akan menghantar sebanyak 4 regu (8 orang). 3 Regu untuk perlawanan dan 1 regu sebagai simpanan.
g) Hanya dua (2) pasukan/penyertaan sahaja yang boleh didaftar bagi setiap ketegori. Walaubagaimana pun, syarikat anda boleh menghantar lebih pasukan untuk dimasukkan kedalam senarai menunggu dan tertakluk kepada keputusan penganjur. 3.0 PERATURAN PERLAWANAN a) Jumlah pemain adalah seramai 8 orang bersamaan dengan mengikut kategori masing-masing. b) Pasukan yang tidak mendaftar pada waktu yang telah ditetapkan, pasukan tersebut akan dikira kalah. c) Pasukan yang bertanding hendaklah berada di gelanggang 5 minit sebelum perlawanan bermula. Kemenangan percuma akan diberikan kepada mana-mana pasukan, jika pasukan lawan gagal berada di gelanggang selepas 5 minit dari masa perlawanan yang sepatutnya dimulakan. d) Pemain yang ditimpa kecederaan semasa bermain seperti “cramp” dan sebagainya akan diberi masa 5 minit untuk mendapatkan rawatan dan tiada masa tambahan akan diberikan untuk kecederaan berikutnya. Jika pemain ini tidak dapat meneruskan perlawanan tersebut, kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan.
e) Kejohanan ini akan menggunakan bulu tangkis yang telah ditetapkan dan disediakan oleh pihak penganjur sahaja. f)
Pertandingan ini tertakluk dibawah undang-undang Pertandingan badminton Antarabangsa (IBF)
g) Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang (1) penjaga garisan. 4.0 FORMAT PERTANDINGAN* a) Pertandingan akan dijalankan secara Liga dan dipecahkan kepada beberapa kumpulan bagi setiap kategori lelaki dan wanita.* b) 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan kedua yang akan dijalankan secara kalah mati sehingga ke peringkat akhir. Tempat ketiga/keempat juga akan bertanding.* c) Bagi peringkat suku akhir, pemilihan pasukan lawan akan diadakan secara undian (tidak bertemu dengan kumpulan sendiri) d) Untuk pusingan awal, sistem 30 mata digunakan iaitu pada mata 15, pasukan akan menukar gelanggang dengan pasukan lawan.* e) Pada pusingan suku akhir, system kiraan 21 mata untuk setiap set dan akan digunakan sehinggal final.* f)
Pasukan yang menang akan mendapat 3 mata, seri 1 mata dan pasukan yang kalah tiada mata.
5.0 PENENTUAN PASUKAN TERATAS ATAU PEMENANG a) Pasukan yang mendapat mata tertinggi, b)
Pasukan yang mempunyai perbezaan kutipan mata yang terbanyak, jika berkongsi mata;
c)
Pasukan yang mendapat kemenangn yang terbanyak, jika berkongsi mata;
d)
Pasukan yang menang dalam perlawanan dengan pihak lawannya, jika berkongsi mata;
e)
Jika masih seri juga, SATU perlawanan penentuan akan diadakan.*
6.0 BANTAHAN a) Setiap pasukan boleh membuat bantahan melalui Pengurus Pasukan dengan mengisi Borang Bantahan yang disediakan oleh pihak penganjur beserta dengan wang bantahan berjumlah RM200.00 (tunai). b) Borang bantahan hendaklah dikemukakan kepada Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Kejohanan atau wakilnya semasa permainan sedang dijalankan atau dalam masa 15 minit selepas permainan tamat. c) Wang bantahan akan dikembalikan jika bantahan yang dikemukan telah diterima laku. Sekiranya bantahan yang dikemukan ditolak maka wang bantahan akan luput. d) Keputusan Jawatankuasa Bantahan dan rayuan adalah muktamad.
7.0 TARIK DIRI, ENGGAN MENERUSKAN PERMAINAN DAN GAGAL HADIR DI LOKASI a) Sekiranya pasukan tidak meneruskan/menghabiskan perlawanan kerana mereka mendapati tidak mempunyai peluang untuk layak, maka semua perlawanan sebelumnya dibatalkan dan pasukan lawan diberi kemenangan percuma tanpa kutipan mata. b) Pasukan yang menarik diri dengan sengaja akan dikenakan penalti sebanyak RM300.00 dan surat penalti akan diserahkan kepada syarikat pasukan yang menarik diri dari kejohanan tersebut. 6.0 HADIAH a) Tempat Pertama : Piala Pusingan, Medal dan Hamper. b) Tempat Kedua : Medal dan Hamper. c) Tempat Ketiga : Medal & Hamper. d) Tempat Keempat : Medal & Hamper e) Selain diatas : Hamper untuk pasukan pakaian terbaik Nota: *terma dan syarat pertandingan ini mungkin berubah mengikut kesesuaian dengan keadaan semasa.
7.0 YURAN PERYERTAAN a) Setiap penyertaan akan dikenakan yuran sebanyak RINGGIT MALAYSIA : TUJUH RATUS LIMA PULUH (RM750.00) b) Yuran penyertaan yang dikenakan adalah termasuk: i. Makanan pagi dan tengahari ii. Cenderahati setiap peserta iii. Kos sewa gelanggang & perkara berkaitan. iv. Kos perkhidmatan umpire (pengadil) PETA LOKASI & KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI: 1. Mohd Arif Farhan (MTA) Tel No. 018-2379279 2. Nor Afizan Ayub (TIB) Tel No. 03-2723 9879 3. Mahmud Naim (TIB) Tel No. 03-2723 9974
“INTER-TAKAFUL OPERATORS BADMINTON TOURNAMENT 2015” TARIKH : 5 SEPTEMBER 2015 ( SABTU ) TEMPAT: THE CHALLENGER SPORTS CENTRE, PETALING JAYA ANJURAN BERSAMA
BORANG PENDAFTARAN NAMA SYARIKAT PENGURUS PASUKAN JURULATIH NO.TELEFON ALAMAT E-MAIL KATEGORI
PEJABAT :
FAKS: LELAKI
WANITA
SENARAI NAMA PEMAIN – PEMAIN NO
NAMA PENUH
NO K/P BARU
NO.KAKITANGAN
SAIZ T-SHIRT
1 2 3 4 5 6 7 8 Borang penyertaan hendaklah diterima beserta yuran penyertaan sebelum atau pada 21 Ogos 2015 (Jumaat) sebelum pukul 4.30 petang. Saya/Kami bersetuju dengan syarat-syarat pertandingan dan semua maklumat yang diberi adalah benar. Bersama-sama ini, dilampirkan bersama yuran penyertaan sebanyak RM750.00 untuk setiap pasukan melalui pembayaran atas talian (online banking) SAHAJA atas nama “Malaysian Takaful Association” ke akaun BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD A/C No. : 14014010120551.
Sila lampirkan borang penyertaan beserta salinan / slip pembayaran sebagai bukti pengesahan bagi rujukan kami. Sila emailkan kepada : 1)
[email protected] dan cc ke : 2)
[email protected]
Dengan ini, kami mengaku dan mengesahkan segala butiran yang diberikan adalah benar.
TANDATANGAN PENGURUS PASUKAN
PENERIMAAN / AJK PENGANJURAN
NAMA:
NAMA:
TARIKH:
JUMLAH:
TANDATANGAN DAN COP KETUA BAHAGIAN SUMBER MANUSIA
TARIKH: TANDATANGAN:
NAMA: TARIKH:
BANK: