Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1
Pengenalan
3
Penyampaian
2 4
Komitmen
Pengurusan
© BP 2013
Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1. Pengenalan
Kami menyampaikan tenaga ke seluruh dunia. Kami mencari, membangunkan dan menghasilkan sumber tenaga yang penting. Kami menukarkan sumber-sumber ini ke dalam bentuk produk yang mana setiap orang memerlukannya tidak kira di mana ia berada. Dunia memerlukan tenaga dan keperluan ini semakin meningkat. Tenaga ini akan berada dalam pelbagai bentuk. Ianya penting untuk masyarakat serta perkembangan di mana sahaja. Kami menjangkakan akan memegang standard yang tinggi dalam apa jua yang kami lakukan. Kami berusaha untuk menjadi peneraju keselamatan dalam industri kami, pengendali bertaraf dunia, warga korporat yang baik serta majikan yang hebat. Kami mengambil kira terhadap kesan keputusan, tidak kira samada ianya besar atau kecil, kepada orang-orang di sekeliling kami. Ini termasuklah kesan ke atas hak asasi manusia. Tindakan dan operasi kami sebagai sebuah syarikat yang boleh membawa manfaat besar kepada individu serta penambahbaikan kepada masyarakat dan komuniti, peranan kami sebagai majikan, pelabur, rakan kongsi, jiran serta pembekal tenaga.
2. Komitmen
1. Kami menjalankan perniagaan kami dengan
cara menghormati hak masyarakat, serta mematuhi kesemua undang-undang. 2. Kami menghormati hak asasi manusia antarabangsa, sebagaimana yang dinyatakan di dalam Rang Undang-Undang Antarabangsa Hak Asasi Manusia dan Deklarasi Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Prinsip Asas dan Hak Asasi di Tempat Kerja. 3. Kami mengakui tanggungjawab kami untuk menghormati hak asasi manusia dan mengelakkan bersubahat di dalam pencabulan hak asasi manusia, seperti yang dinyatakan dalam Prinsip Panduan PBB pada Perniagaan dan Hak Asasi Manusia.
4. Kami melayan kesemua yang bekerja untuk BP secara adil tanpa diskriminasi. Kakitangan kami, kakitangan agensi serta pembekal berhak untuk bekerja di dalam persekitaran dan di bawah syarat-syarat yang menghormati hak-hak mereka. 5. Kami menghormati kebebasan berpersatuan. Jika kakitangan kami ingin diwakili oleh kesatuan sekerja atau majlis, kami akan bekerjasama dengan niat yang baik dengan badan-badan kakitangan bahawa kami memutuskan untuk memilih dengan mewakili mereka dalam rangka kerja undang-undang kebangsaan yang sesuai. 6. Kami menghormati hak-hak masyarakat dalam komuniti yang terjejas akibat daripada aktiviti kami. Kami akan berusaha untuk mengenalpasti impak buruk hak asasi manusia dan mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk mengelakkan, dan/atau mengurangkannya. 7. Kami akan berusaha untuk memberikan komitmen kepada pembekal yang mana menggalakkan mereka untuk berpegang kepada prinsip-prinsip yang sama seperti mana yang terkandung di dalam kenyataan dasar ini.
3. Penyampaian
1. Kita bertanggungjawab untuk menghormati hak asasi manusia dengan melaksanakan bahagian-bahagian yang berkaitan dengan Prinsip Panduan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia PBB serta menggabungkannya dalam proses dan dasar-dasar yang mengawal kesemua aktiviti perniagaan kami. 2. Kami akan berusaha untuk menanamkan nilai hak asasi manusia dalam persekitaran serta aktiviti sosial yang sesuai. Dalam menilai serta menangani kesan operasi hubungan kami, kami akan berunding dengan orang-orang yang mungkin terlibat, termasuk orang-orang asli, di mana ini adalah mungkin dan sesuai, di samping memenuhi keperluan undang-undang berkenaan. 3. Jika BP mengenal pasti bahawa kami telah menyebabkan atau menyumbang kepada kesan buruk ke atas hak-hak manusia yang
Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia 1
lain, BP hendaklah menyediakan atau bekerjasama dalam memulihkan kesan buruk tersebut melalui proses yang sah. 4. Kami akan terus mengambil peranan konstruktif dan progresif dalam hak asasi manusia yang berkaitan dengan inisiatif pelbagai pihak berkepentingan, termasuk Prinsip Sukarelawan pada aspek Keselamatan dan Hak Asasi Manusia. Kami percaya bahawa usaha pelbagai pihak berkepentingan adalah satu cara berkesan bagi menggalakkan standard yang munasabah untuk perubahan positif dalam amalan hak asasi manusia pada peringkat operasi. 5. Kami akan memastikan bahawa komunikasi kami dengan kerajaan, badan-badan penyelia dan pihak berkuasa awam adalah konsisten dengan komitmen hak asasi manusia, seperti yang dinyatakan di dalam polisi ini. 6. Dalam keadaan di mana terdapat konflik antara keperluan undang-undang dan Pernyataan Dasar ini, kita hendaklah berusaha untuk sentiasa menggunakan standard yang paling ketat, seperti yang termaktub di dalam Prinsip Panduan PBB mengenai Perniagaan dan Hak Asasi Manusia, tanpa melanggar undang - undang domestik.
4. Tadbir
1. Pernyataan Dasar ini adalah berkuatkuasa kepada setiap pekerja dan pegawai dalam setiap entiti milik penuh BP, dan dalam usahasama (JVs) yang mungkin dan munasabah berdasarkan tahap penyertaan BP. Dalam situasi di mana BP tidak mempunyai kawalan keseluruhan bagi JV, kami akan melakukan segala-galanya yang kami mampu bagi memastikan JVs serta rakan-rakan JV mengikut prinsip yang sama. 2. BP hendaklah merekodkan dan melaporkan kesemua kesan yang berkaitan dengan hak asasi manusia, selaras dengan Pernyataan Dasar ini. 3. BP hendaklah melaporkan setiap tahun kepada pihak-pihak berkepentingan mengenai pelaksanaan Pernyataan Dasar.
2 Perniagaan dan Dasar Hak Asasi Manusia