PERANCANGAN STRATEGIK UiTM JOHOR 2011- 2015 “PENGUKUHAN PEMANTAPAN PENGURUSAN & AKADEMIK KE ARAH UNIVERSITI TERSOHOR BERAUTONOMI”
1
ISI KANDUNGAN •Pengenalan •Visi & Misi UiTM Johor •Dasar Kualiti UiTM Johor •Objektif Kualiti UiTM Johor •Pelan Perancangan Strategik A. Program Akademik dan Kemasukan Pelajar (Enrolmen) B. Pembelajaran dan Pengajaran C. Model Mahasiswa Cemerlang D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi E. Pembangunan Sumber Manusia F. Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar G. Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan I. Pengurusan Krisis J. Pembangunan Kampus K. Teknologi Maklumat L. Perpustakaan
2
PENGENALAN
Selaras dengan senario pendemokrasian dan pengantarabangsaan pendidikan pada masa kini, pihak pengurusan UiTM Johor telah menggariskan pelan komprehensif dan holistik Perancangan Strategik 20112015 dengan mengadakan retreat bengkel di Kampus Bandaraya UiTM Johor Bahru pada 2 – 4 Disember 2010. 3
PENGENALAN
Kerangka Yang Diambil Kira Dalam Perancangan Strategik: 1. 2. 3.
4.
5. 6.
Menjadikan UiTM Johor universiti tersohor di selatan tanah air. Mengenalpasti lokasi kampus nukleus UiTM Johor. Penyediaan kerangka untuk menjadi universiti berautonomi sepenuhnya dan kesan terharap status universiti berautonomi. Penjanaan pendapatan univeristi (penyewaan fasiliti, pembangunan tanah sekitar kampus, isu hasil dari Kampus Kulai) Keperluan sumber manusia di wilayah pembangunan Iskandar dan Johor. Menwujudkan program bagi mengisi jawatan utama dan sokongan untuk industri ‘oil and gas’ (sumber petroleum di perairan Johor) 4
VISI UiTM Menjadikan UiTM sebuah universiti unggul
yang berteraskan kesarjanaan dan kecemerlangan akademik bagi menerajui dinamisme bumiputera dalam semua bidang profesional bertaraf dunia supaya terlahir graduan yang berdaya saing, global dan beretika. MISI UiTM
Mempertingkatkan keilmuan dan kepakaran
bumiputera dalam semua bidang menerusi penyampaian program professional, penyelidikan serta peglibatan khidmat masyarakat berlandaskan kepada nilai-nilai murni dan etika keprofesionalan.
5
DASAR KUALITI UiTM JOHOR
UiTM komited untuk menguruskan
universiti secara professional demi melahirkan graduan Bumiputera yang berdaya saing, global dan beretika serta sentiasa memenuhi keperluan pelanggan.
UiTM sentiasa meningkatkan
keberkesanan dan kecekapan sistem pengurusan kualiti UiTM melalui penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah universiti bertaraf dunia. 6
OBJEKTIF KUALITI UiTM JOHOR Mencapai 50% daripada keseluruhan pelajar
sepenuh masa tamat pengajian dengan HPNG 3.00 dan ke atas setiap semester.
Mencapai 70% daripada keseluruhan pelajar
sepenuh masa tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan pada setiap semester.
Mencapai 70% daripada keseluruhan pelajar
MDAB yang lulus naik taraf pengajian ke diploma pada setiap semester.
Memastikan sekurang-kurangnya 15
penyelidikan yang berdaftar dengan BPJI setiap tahun.
Memastikan secara purata semua Pensyarah
telibat dalam aktiviti penulisan atau kegiatan akademik pada setiap tahun.
7
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK
A. Program Akademik dan Kemasukan Pelajar (Enrolmen) B. Pembelajaran dan Pengajaran C. Model Mahasiswa Cemerlang D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi E. Pembangunan Sumber Manusia F. Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar G. Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan I. Pengurusan Krisis J. Pembangunan Kampus K. Teknologi Maklumat L. Perpustakaan 8
PENGENALAN
9
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK
A. Program Akademik dan
Kemasukan Pelajar (Enrolmen) B. Pembelajaran dan Pengajaran C. Model Mahasiswa Cemerlang D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi E. Pembangunan Sumber Manusia F. Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar G. Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan I. Pengurusan Krisis J. Pembangunan Kampus K. Teknologi Maklumat L. Perpustakaan 10
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK A. Program Akademik dan Enrolmen Pelajar Matlamat (A): Menjadi lebih responsif ke atas keperluan sumber manusia di negeri Johor. Objektif (A): Membuat penilaian semasa tentang program yang sedia ada dan menambah penawaran program-program baru berteraskan Teknopreneur, Perniagaan, Perakaunan dan Teknologi. Strategi: 1. Memastikan semua penawaran program di UiTM mempunyai permintaan dan “well-subscribed.” 2. Meningkatkan jumlah program yang berteraskan teknoprenuer, perniagaan, teknolologi, dan perakaunan. 3. Menambahkan jumlah enrolmen pelajar di peringkat MBAD, Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana 4. Perancangan rapi tenaga pengajar bagi program baru dan program sedia ada. 5. Memasarkan dan mempromosi program-program baru dengan lebih berkesan. (agropreneur , agriculture tourism) 6. Membantu menyelesaikan masalah pelajar supaya dapat menamatkan pengajian mengikut tempoh yang ditetapkan. 7. Membantu pelajar-pelajar dalam meningkatkan prestasi pembelajaran dan disiplin pelajar sebagai persediaan menjadi insan yang mempunyai minda kelas pertama. 11
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK B. Pembelajaran dan Pengajaran Matlamat (B): Memupuk Kecemerlangan Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Objektif (B1): Memperbaiki kompetensi pengajaran dan
pembelajaran di kalangan tenaga pengajar. Strategi B1: 1. Mempromosi kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran, budaya kesarjanaan menerusi pengedaran maklumat, kursuskursus latihan serta bengkel. 2. Mengenalpasti ‘best practice’ terkini dalam pengajaran dan pembelajaran dan mengaplikasikannya secara sistematik. 3. Jaringan bersama dan perkongsian pintar dengan lain-lain organisasi dalam mempertingkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di kampus 4. Memperkenalkan sistem ganjaran serta pengiktirafan untuk kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran. 5. Menggalakkan pembentukan kumpulan pengajaran dan pembelajaran ‘teaching and learning quality circles’. 6. Mengenal pasti teknologi terkini dalam menggarap proses pengajaran dan pembelajaran. 7. Melaksanakan mekanisma bagi memastikan penambahbaikan berterusan proses pengajaran dan pembelajaran untuk tenaga pengajar. 8. Memberikan perkhidmatan mesra pelanggan yang terbaik untuk kakitangan akademik dan pelajar UiTM Johor. 9. Memperkukuh kerjasama dan usahasama dengan fakulti dan cawangan UiTM yang lain serta IPTA/IPTS yang lain 12
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK B. Pembelajaran dan Pengajaran Matlamat (B): Memupuk Kecemerlangan Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Objektif (B2): Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan
mencukupi bagi pengajaran dan pembelajaran. Strategi B2: 1. Melaksanakan garispanduan kepuasan pelanggan dalam penyediaan perkhidmatan. 2. Merancang meningkatkan kemudahan pembelajaran serta menyarankan fasiliti yang releven bagi menyokong keperluan pengajaran dan pembelajaran. 3. Memastikan kemudahan-kemudahan pembelajaran berteraskan komputer ‘computer aided learning’ diperolehi oleh setiap pelajar. 4. Memastikan kemudahan di kolej kediaman menjurus kearah persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam menyediakan tempat-tempat atau ruang-ruang, dan meningkatkan prasarana ICT dan maklumat.
13
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK B. Pembelajaran dan Pengajaran Matlamat (B): Memupuk Kecemerlangan Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Objektif (B3): Memastikan persekitaran pembelajaran yang
memberangsangkan. Strategi B3: 1. Mempromosikan pembelajaran secara interaksi di antara pelajar dan tenaga pengajar di dalam dan di luar kuliah. 2. Mempertingkatkan kemahiran dan penguasaaan Bahasa Inggeris untuk semua pelajar. 3. Mewujudkan mekanisma bagi membantu pelajar, menerusi program Penasihat Akademik. 4. Memastikan unit-unit sokongan berusaha dalam menyediakan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 5. Memastikan teknologi mudah diperolehi di dalam dan di luar bilik kuliah bagi tujuan pembelajaran. 6. Memperkayakan persekitaran pembelajaran dan pengajaran dengan mengaplikasi pelbagai methodologi pengajaran. 7. Menggunakan perkhidmatan pelajar cemerlang dengan HPNG 3.5 sebagai tutor rakan sebaya. 14
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK c. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan
perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C1): Mempertingkatkan jumlah pusat
kecemerlangan dalam mempromosikan nilai-nilai murni
Strategi C1: 1. Mengedar dan mempromosikan sahsiah perlakuan yang di ingini oleh pihak universiti. 2. Menggunakan secara menyeluruh program aktiviti kokurikulum pelajar bagi memupuk nilai-nilai murni. 3. Menjalankan bengkel untuk meningkatkan ‘soft skills’ pelajar dalam menguruskan tekanan (stress management), pengurusan masa dan program pembangunan personaliti. 4. Memberi peluang kepada pelajar memainkan peranan kepimpinan di dalam persatuan. 5. Menjalankan program-program kerohanian dan keagamaan dan kenegaraan bagi pelajar-pelajar. 6. Mewujudkan program-program sukarela dan menggalakkan penglibatan sukarelawan di dalam program masyarakat/komuniti. 7. Memberi pendedahan kepada pelajar menerusi program pertukaran pelajar, lawatan, jaringan rangkain dengan universiti di dalam dan di luar negara. 15
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK C. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C2): Mencapai 80% Di Dalam Program Pembangunan Pelajar Yang Diikuti Menyumbang Kepada Kemahiran Insaniah. Strategi C2: 1. 80% pelajar yang mengikuti kokurikulum memahami dan bersetuju kursus yang diikuti menyumbang kepada kemahiran insaniah: A. Pusat Kokurikulum B. Institut Kepimpinan – (Modul LPPKP peringkat Diploma dan Ijazah) C. Pusat Kegiatan Pelajar D. Pusat Sukan E. Pusat Kebudayaan F. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU
16
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK C. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C3): 80% Pelangggan Berpuashati Dengan Perkhidmatan dan Kemudahan Yang Disediakan. Strategi C3: 1. 85% pelajar/klien/alumni berpuashati dengan kemudahan yang disediakan. A. Unit Kemudahan Kolej B. Pusat Kesihatan C. Unit Kerjaya & Kaunseling D. Pusat Perhubungan Alumni E. Unit Biasiswa & Bantuan Kewangan F. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) G. Pusat Sukan
17
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK C. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C4): 100% Pelajar Terlibat Dalam Aktiviti Pembangunan Pelajar Strategi C4: 1. Pusat Kegiatan Pelajar 100% pelajar terlibat dalam aktiviti berpersatuan/kelab setahun 2. Pusat Sukan 100% pelajar terlibat dalam aktiviti sukan setahun 3. Pusat Kebudayaan 100% pelajar terlibat dalam aktiviti budaya dan seni setahun 4. Kolej Kediaman 100% pelajar terlibat dalam aktiviti kolej setahun 5. Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU) 100% pelajar terlibat dalam aktiviti kerohanian setahun
18
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK C. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C5): Tunas Mekar Strategi C5: 1.
Mengenalpasti graduan berpotensi untuk diletakkan di bawah program Tunas Mekar.
2.
Memberi peluang graduan bumiputera menimba pengalaman bidang keusahawanan, seterusnya menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
3.
Membantu usahawan IKS luar bandar memajukan perniagaan dengan kaedah pengurusan dan teknologi moden.
4.
Menjadikan Projek Tunas Mekar sebagai satu agenda dan strategi memakmur dan meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar.
5.
Mewujudkan pangkalan data industri berpotensi. 19
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK C. Model Mahasiswa Cemerlang Matlamat (C): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan dan pembangunan pelajar bagi memenuhi keperluan pelanggan Objektif (C6): MEDEC - Memupuk budaya keusahawanan dalam kalangan pelajar. Strategi C6: 1. Menyediakan prasarana dan ‘one-stop centre’ keusahawanan dalam UiTM. 2. Mewujudkan jaringan kerjasama dengan industri dan agensi kerajaan.
20
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Matlamat (D): Penyelidikan Objektif (D): Meningkatkan usaha menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Strategi D: 1. Mengendali, mengurus dan menyelaras perkembangan penyelidikan. 2. Memupuk budaya penyelidikan di kalangan warga UiTM 3. Menggalakkan kerjasama dalam bidang penyelidikan dengan organisasi dalam dan luar negara. (Disember 2011 usahasama dengan universiti di Jakarta & IABC (International Accounting Business Conference) Ke 3 & 4 pada 2011 dan 2013) 4. Meningkatkan jumlah penerbitan hasil daripada penyelidikan. 5. Mendapatkan dana penyelidikan dari dalam dan luar negara. 6. Mengintegrasi dan menyelaras tindakan pencegahan bagi semua kemungkinan risiko. 21
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Matlamat (D): Penerbitan - UPENA Objektif (D): Meningkatkan usaha menghasilkan penerbitan yang berkualiti dan berimpak tinggi. Strategi D: 1. Memastikan setiap pensyarah melibatkan diri dalam penulisan atau aktiviti akademik sekurangkurangnya sekali setahun. 2. Memastikan setiap pensyarah menggunakan sistem PRISMa dan PuTRAS. 3. Meningkatkan jumlah penulisan dan penerbitan dalam jurnal berwasit dan penerbitan buku ’high end’. 4. Mempromosi dan mengkomersil hasil penulisan, penerbitan,inovasi dan perundingan. 5. Mengintegrasi dan menyelaras tindakan pencegahan bagi semua kemungkinan risiko
22
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Matlamat (D): Inovasi Objektif (D): Meningkatkan usaha menghasilkan inovasi. Strategi D: 1. Menggalakkan budaya inovasi di kalangan warga kampus. 2. Menggalakkan pembentukan kumpulan-kumpulan inovasi. 3. Mengenalpasti inovasi dan penemuan baru dalam semua skop. 4. Menyebarkan maklumat berkaitan inovasi dan penemuan baru. 5. Menyelaras dan memantau segala aktiviti inovasi yang dijalankan oleh warga kampus. 6. Menyerap inovasi ke dalam organisasi 7. Innovasi pembiayaan projek melalui PFI (Private Financing Initiatives) – medan selera akan di bina melalui skim ini bernilai RM2.2 million Jun 2011 8. Pembangunan kemudahan yang diperlukan melalui penyewaan tapak sahaja pemaju dikehendaki membangunkan infrastruktur melalui program BOT (Built Operate Transfer); e.g.: kompleks perniagaan 23 lapang sasar golf dan lain lain
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK D. Penyelidikan, Penerbitan dan Inovasi Matlamat (D): Perundingan Objektif (D): Memupuk dan menggalak budaya perundingan. Strategi D: 1.
Menanam dan menyemai budaya aktiviti-aktiviti yang ditakrifkan sebagai perundingan kakitangan UiTM.
2.
Menyebarkan maklumat berkaitan peluang kerja perundingan.
3.
Menyebarkan maklumat berkaitan peluang kerja perundingan.
4.
Membina jaringan dan kerjasama dengan agensi kerajaan dan industri.
5.
Menjadi pusat yang menjana dana untuk universiti.
24
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK E. Pembangunan Sumber Manusia Matlamat (E): Menyedia dan melaksanakan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam mencapai matlamat menjadi sebuah jabatan unggul dengan melaksanakan sistem pengurusan kualiti yang cekap, berkesan, dan sentiasa melaksanakan penambahbaikan secara berterusan. Objektif (E): Mempromosi dan mewujudkan kualiti kerja di kalangan kakitangan. Strategi E: 1. Mengenalpasti kakitangan yang bersesuaian untuk ditawarkan pelbagai latihan dan peluang melanjutkan pelajaran di dalam dan di luar negara 2. Menjalankan analisa keperluan latihan berkala. 3. Membantu kakitangan di dalam mendapatkan biasiswa, latihan industry, latihan sabatikal, dan peluang-peluang latihan. 4. Menyediakan kursus bagi membantu meningkatkan prestasi kerja dan sikap serta proses kerja dan latihan terbaik/’best practice’. 5. Pengambilan pekerja yang berkelayakkan dan sikap yang positif terhadap kerja. 6. Mengenalpasti peluang-peluang latihan disediakan oleh UiTM, terutamanya yang berkaitan dengan kenaikan pangkat. 7. Menggarap minda berusaha kearah kecemerlangan ‘strive for excellence mindset’ didalam semua sesi latihan yang dijalankan. 8. Pekerja baru yang kurang pengalaman akan di pantau sekurang-kurangnya 3 bulan. 9. Semua pekerja akan dilayan secara adil dan saksama. 25
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK F. Jaringan Kerjasama dan Perkongsian Pintar Matlamat (F): Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongisan pintar yang boleh dimanafaatkan oleh semua pihak. Objektif (F): Mengukuhkan jaringan kerjasama dan perkongisan pintar. Strategi F: 1. Meningkat-kan peluang penempatan latihan praktikal pelajar dan staf di industri. 2. Membantu kakitangan mendapatkan maklumat. 3. Mengenalpasti peluang-peluang dalam industri dan masyarakat untuk menjalinkan kerjasama dengan pihak luar dan dengan Unit Perundingan. 4. Menguruskan Hakcipta Harta Intelek (‘copyright’ dan pengkormesilan). 5. Menyebarkan maklumat tentang mobiliti pelajar ke luar negara.
26
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK G. Persekitaran, Kesihatan, Kawalan dan Keselamatan Matlamat (G): Mewujudkan jaringan kerjasama dan perkongisan pintar yang boleh dimanafaatkan oleh semua pihak. Objektif (G): Menyediakan persekitaran, kesihatan, kawalan dan keselamatan kepada warga kampus Strategi G: 1. Mengenalpasti bidang yang berkaitan dengan kawalan dan keselamatan yang boleh mengugat perancangan universiti dan mencari jalan mengatasinya. 2. Memberi pengetahuan kepada warga kampus terhadap kepentingan kawalan dan keselamatan. 3. Mewujudkan satu keadaan sedap mata memandang dan selesa dengan program kehijauan kampus beserta fauna dan flora 4. Memperkenalkan teknologi yang berkaitan bagi membantu penyeliaan dan pengurusan keselamatan 5. Memastikan 80% pesakit yang mendapatkan rawatan di Unit Kesihatan Unit Johor mendapat konsultasi perubatan dalam tempoh 30 minit selepas pendaftaran. 6. Memastikan tahap keselamatan di dalam bangunan dan tapak bina diutamakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA). 7. Papan tanda keselematan disediakan pada tempat strategik. 8. Meningkatkan keprofesionalan, integriti dan akauntabiliti Pasukan Keselamatan. 9. Meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan peraturan terhadap warga universiti secara proaktif 27
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan Matlamat (H): Pengurusan Berteraskan Kepimpinan dan Pencapaian. Objektif (H1): Ketua Unit dan Bahagian mengapalikasikan kualiti dalam pengurusan. Strategi H1: 1. Memastikan pihak pengurusan membuat latihan perancangan tahunan berdasarkan rangkakerja polisi, komunikasi dan mekanisma perundingan serta sistem pengurusan. 2. Melaksanakan mesyuarat secara consistent dan kerap bagi pihak pengurusan dan ‘team-leader’. 3. Menjalankan penilaian terhadap rungutan pelanggan. 4. Membuat penilaian semula tahunan ke atas sasaran yang telah dirancangkan. 5. Meningkatkan penggunaan aplikasi web bagi semua transaksi kewangan dan perolehan di antara bendahari dan pelanggan dengan menggunakan Fineportal (one stop service centre) dan Econsol (maklumat kewangan untuk eksekutif). 6. Peruntukan yang bertepatan pada masa untuk keperluan operasi. 7. Mengenalpasti kaedah-kaedah penjanaan dana yang berkesan. 8. Mamantau kontraktor dan pembekal ke atas perkhidmatan dan barangan yang disediakan kepada universiti. 9. Mewujudkan pelaksanaan sistem pelupusan yang berkesan.
28
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan Matlamat (H): Pengurusan Berteraskan Kepimpinan dan Pencapaian. Objektif (H2): Menekankan budaya ‘people centered’ di univerisiti. Strategi H2: 1. Menggalakkan penglibatan kakitangan dengan program kemasyarakatan. 2. Merancang sesi pengenalan staf dari masa ke semasa. 3. Membangun dan meyediakan banyak kemudahan bagi mempromosikan interaksi sesama kakitangan.
29
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan Matlamat (H): Pengurusan Berteraskan Kepimpinan dan Pencapaian. Objektif (H3): Meningkatkan keserlahan ‘visibility’ jenama universiti. Strategi H3: 1.
Menerapkan budaya korporat di kalangan warga UiTM Johor.
2.
Memastikan dasar dan maklumat berkaitan universiti dihebah dan difahami oleh warga universiti serta masyarakat luar.
3.
Menyeragamkan satu imej korporat yang menampilkan identiti universiti unggul.
4.
Memperkukuhkan serta menjalinkan hubungan dua hala dengan masyarakat luar.
5.
Memastikan bahan-bahan penerbitan korporat universiti seragam dan selaras dengan dasar Korporat.
30
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK H. Kepimpinan dan Pengurusan Yang Menjurus Kearah Pencapaian Keputusan Matlamat (H): Pengurusan Berteraskan Kepimpinan dan Pencapaian. Objektif (H4): Unit Pengurusan Kualiti (UPQ) sebagai pelaksana. Strategi H4: 1.
Membudayakan Kualiti yang berterusan melalui Sistem Pengurusan Kualiti UiTM Johor.
2.
Menjadikan UiTM Johor sebagai sebuah universiti unggul melalui pencapaian objektif kualiti UiTM Johor.
3.
Menjamin persekitaran yang kondusif, infrastruktur Pengajaran dan Pembelajaran yang lengkap serta lanskap yang indah dan mesra alam dengan mewujudkan mekanisma yang berkesan.
4.
Melestari pemikiran dan sikap yang berkualiti tinggi dari segi ilmu, tindakan, disiplin, dan wawasan dengan menerapkan 7 prinsip Budaya Perdana.
5.
Menjamin Pengajaran dan Pembelajaran menepati piawaian MQA
31
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK I. Pengurusan Krisis Matlamat (I): Pengurusan Krisis. Objektif (I): Pengurusan krisis secara efisen. Strategi I: 1. Mengenalpasti bencana awal dan risiko yang mungkin berlaku. 2. Mengintegrasi dan mengkorordinasikan semua keperluan sumber-sumber bagi menangani krisis. 3. Meminimakan kehilangan nyawa dan hartabenda. 4. Meminimakan laporan-laporan negatif terhadap krisis. 5. Memastikan krisis sifar.
32
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK J. Pembangunan Kampus Matlamat (J): Pembangunan Kampus. Objektif (J): Infrastruktur dan fasiliti bagi menyokong keperluan operasi universiti. Strategi J: 1. Meyediakan pelan utama berkaitan fasiliti dan peralatan berdasarkan penilaian keperluan. 2. Meminimakan gangguan (distruption) dalam operasi kerjakerja. 3. Memastikan peralatan dan fasiliti mematuhi peraturan dan spesifikasi. 4. Menjalankan kerja-kerja secara berjadual. 5. Mengurangkan kos penyelenggaraan dan memanjangkan kitaran hayat peralatan dan fasiliti. 6. Menaiktarafkan lebih banyak ’physical landmark’ di sekitar kampus. 7. Penambahan blok akademik, 60 bilik pensyarah dan kediaman pelajar untuk 2000 pelajar.
33
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK K. Teknologi Maklumat Matlamat (K): Teknologi Maklumat. Objektif (K): Infrastruktur dan fasiliti bagi menyokong keperluan IT universiti. Strategi K: 1. Mewujudkan Pusat ICT selaras dengan keperluan UiTM Johor sebagai Universiti Autonomi. 2. Menguruskan Sistem aplikasi bersepadu bagi memenuhi keperluan jabatan di UiTM [intergrated system]. 3. Meningkatkan tahap keselamatan ICT yang merangkumi keselamatan data, capaian data dan fizikal peralatan. 4. Menguruskan aset ICT secara berhemah melalui pengurusan perisian yang lebih efisyen, penggunaan open source software dan sewaan peralatan. 5. Menyediakan kemudahan latihan ICT yang berterusan sepanjang tahun. 6. Memperbanyakkan saluran komunikasi dalaman seperti mewujudkan lebih banyak ”Hot Spot” dan ”electronic billboard”.
34
PELAN PERANCANGAN STRATEGIK L. Perpustakaan Matlamat (L): Menjadi gedung ilmu utama bagi warga kampus. Objektif (L): Penambahbaikan kemudahan prasarana pelajaran dan pembelajaran kepada warga kampus Strategi L: 1. Penambahbaikan persekitaran yang kondusif dan selesa kepada pelanggan. 2. Mempromosikan Perkhidmatan dan Koleksi Perpustakaan.
35