XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
TAJUK 12
PENULISAN ARTIKEL PENYELIDIKAN TINDAKAN
12.1 Sinopsis
Tajuk ini disusun untuk membolehkan pelajar mengetahui dan memahami cara menulis artikel penyelidikan tindakan. Dalam tajuk ini, pelajar akan dipandu untuk memahami format dan kandungan penulisan artikel penyelidikan tindakan yang meliputi abstrak, konteks, fokus kajian, pelan tindakan, pelaksanaan pelan tindakan, kaedah pengumpulan data, analisis dan huraian data, refleksi dan implikasi, tindakan susulan dan sumber rujukan. Penulisan artikel penyelidikan tindakan akan mendedahkan pelajar kepada penulisan hasil penyelidikan berbentuk artikel yang akan diterbitkan atau dicetak. Ianya merupakan intisari penting daripada hasil penyelidikan sepenuhnya.
12.2 Hasil Pembelajaran i. Memperoleh kemahiran menulis laporan dan artikel penyelidikan tindakan.
99
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
12.2 Kerangka Konsep Jadual Tajuk 12
•
•
Sumber rujukan
Abstrak
• •
Konteks
Tindakan susulan
•
Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan
•
Fokus Kajian
Refleksi dan implikasi
• •
Pelan tindakan
Analisis dan huraian data
• •
Pelaksanaan pelan tindakan
Kaedah Pengumpulan data
12.4 Pengenalan Penulisan Artikel Penyelidikan Tindakan
Penulisan artikel penyelidikan tindakan perlulah mengikut format yang telah ditentukan serta mengikut susunan kandungan yang telah ditetapkan. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam penulisan tersebut dibincangkan di bawah ini.
12.4.1 Abstrak
Tuliskan secara ringkas rumusan fakta utama penyelidikan yang dibuat. Abstrak perlu mengandungi topic kajian, persoalan kajian, peserta, kaedah, keputusan, analisis data dan kesimpulan. Implikasi kajian boleh juga dimasukkan dan kajian masa depan yang boleh dikaitkan dengan dapatan. Abstrak ditulis dalam satu perenggan dengan jarak dua baris. Abstrak yang ditulis adalah dalam anggaran antara 150 hingga 250 patah perkataan. Penulis juga dikehendaki memasukkan kata kunci yang perlu ditaipkan di bahagian ini dengan
100
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
menggunakan huruf italik. Abstrak diletakkan sebelum bab pertama laporan (Akhiar dan Shamsina, 2012). 12.4.2 Konteks
Dalam penulisan artikel kajian tindakan, penyelidik hendaklah menulis konteks atau latar belakang kajian yang dibuat sama ada di bilik darjah, sekolah, atau dalam konteks-konteks lain yang lebih luas. Ianya juga melibatkan amalan pedagogi atau amalan-malan pendidikan yang lain yang perlu dinyatakan.
12.4.3 Fokus Kajian
Nyatakan fokus kajian berdasarkan tumpuan masalah yang dikaji. Sampel dan cara pemilihan sampel perlu dinyatakan juga di dalam fokus kajian. Contoh focus kajian adalah seperti berikut:
Kajian ini berfokus kepada murid yang kurang memberi tumpuan semasa aktiviti hafazan dilaksanakan.
12.4.4 Pelan Tindakan
Penyelidik hendaklah menjelaskan tentang proses penyelidikan yang telah dijalankan. Penjelasan boleh dibuat dalam bentuk jadual yang menunjukkan peringkat pelaksanaan yang beserta dengan tarikh dan masa yang dipilih. 12.4.5 Pelaksanaan Pelan Tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan kesemua langkah-langkah tindakan berkaitan persoalan yang dikaji. Langkah-langkah tersebut termasuklah langkah-langkah awal seperti refleksi awal berdasarkan pengalaman lalu dan tinjauan literatur. Tarikh- tarikh pelaksanaan refleksi dan mendapatkan literatur perlu dinyatakan. Masukkan juga langkah-langkah pelaksanaan tentang tindakan semasa seperti pentadbiran instrumen kajian, pengumpulan dan analisis data, menjalankan tinjauan serta tindakan rawatan atau campurtangan yang dilakukan ke atas sampel untuk melaksanakan tindakan. Cara kutipan data dan jenis data juga perlu dijelaskan.
101
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
12.4.6 Kaedah Pengumpulan Data
Penyelidik perlu menjelaskan bagaimana data dikumpul dengan menyatakan juga alat ukur yang digunakan. Alat ukur yang biasa digunakan dalam kajian tindakan adalah ujian, tinjauan pemerhatian, temu bual, senarai semak atau eksperimen. Strategi dan teknik yang digunakan mengikut kesesuaian tujuan, situasi dan kemahiran penyelidik. Untuk mendapatkan kesahan yang tinggi, triangulasi boleh dilaksanakan dengan menggunakan sekurang-kurangnya tiga teknik pengumpulan data.
12.4.7 Analisis dan Huraian Data
Dalam bahagian ini, bentangkan tentang penemuan baru atau keputusan penyelidikan yang utama yang diperolehi pada lingkaran terakhir. Menurut model kajian tindakan McKernan, setiap kajian tindakan mesti melalui sekurang-kurangnya dua lingkaran (Noraini, 2010). Kemudian diikuti dengan pembentangan penemuan-penemuan yang lain. Jelaskan juga sama ada hipotesis telah dipenuhi atau dapatan tidak menyokong hipotesis. Sebaiknya penyelidik perlu berusaha sehingga masalah atau isu dalam fokus kajian dapat diselesaikan. Oleh yang demikian kajian berkemungkinan mengambil masa yang lama dan melibatkan sehingga berpuluh-puluh lingkaran. Menurut Akhiar dan Shamsina (2012) penyelidik hendaklah menyatakan bagaimana data yang diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah perisian SPSS atau Nvivo digunakan? Penganalisisan data bergantung kepada penyelidikan sama ada kualitatif atau kuantitatif. 12.4.8 Refleksi dan Implikasi
Kesan yang berlaku dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh ditingkatkan lagi. Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar (Noraini, 2010).
Buat refleksi bagi setiap langkah tindakan yang dijalankan. Ada kemungkinan kajian memerlukan lanjutan kajian sekiranya timbul masalah yang baru atau memerlukan kajian yang lebih terperinci melibatkan pembolehubah baru dan sebagainya. Nyatakan juga implikasi kajian
102
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
ke atas amalan sendiri, institusi serta pendidikan secara keseluruhan (Akhiar dan Shamsina, 2012). 12.4.9 Tindakan Susulan
Berdasarkan refleksi dan implikasi di atas, penyelidik perlu menulis idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk tindakan seterusnya (Noraini, 2010). Penyelidik perlu menyatakan dengan jelas pelan tindakan susulan yang boleh dilaksanakan oleh diri sendiri atau penyelidik-penyelidik lain. Pelan bagi tindakan susulan adalah berdasarkan dapatan yang diperolehi atau perkara-perkara yang masih perlu dibuat penambahbaikan atau yang masih belum dikaji tetapi mempunyai hubungkait dengan kajian semasa tersebut. 12.4.10 Sumber Rujukan
Sumber-sumber rujukan adalah sama sebagaimana dalam penyelidikan-penyelidikan lain seperti jurnal, buku, majalah, internet dan lain-lain lagi. Setiap rujukan yang menggunakan bahan bercetak
sama ada buku atau elektronik hendaklah dimasukkan di dalam senarai
rujukan. Setiap rujukan yang digunakan hendaklah ditulis mengikut format APA.
12.4.11 Rumusan
Untuk menghasilkan artikel yang baik dan menarik dibaca, pelajar bukan sahaja mengikut format yang telah dinyataka di atas, malah bahasa dan olahan perlu menarik dan tersusun. Aktiviti 12 – Perbincangan Dalam kumpulan, bincangkan bagaimana anda akan menganalisis dan menghurai data kajian yang akan dilaksanakan. OLL 12 – Words Secara individu, anda dikehendaki menghantar fail dalam bentuk words kepada pensyarah anda tentang bagaimana menulis refleksi dan implikasi dalam kajian tindakan.
103