XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
TAJUK 6
6.1
PENYELIDIKAN TINDAKAN: RANCANGAN DAN CADANGAN
Sinopsis
Dalam melaksanakan sesuatu proses penyelidikan tindakan, memerlukan satu perancangan dan cadangan bermula pada peringkat awal lagi. Rancangan dan cadangan yang baik dan teliti akan menentukan kelancaran proses penyelidikan tindakan yang akan dilaksanakan. Bab ini akan membincangkan proses perancangan dan cadangan dalam penyelidikan tindakan. Sekiranya guru akan melakukan kajian tindakan dalam seting bilik darjah atau sekolahnya, satu kertas cadangan perlu dibuat untuk mengemukakan kepada pengurus sekolah. Kertas cadangan itu perlu mendapat sokongan daripada pentadbir sekolah dan pihak atasan yang lebih tinggi untuk membolehkan sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, atau menjadi pembantu penyelidik , atau sumbangan teknikal dan kewangan akan diberikan. Kertas cadangan perlu dibina mengikut format tertentu yang akan dilaksanakan mengikut turutan.
6.2
Hasil Pembelajaran Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat: 1.
Menjelaskan cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan
59
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
6.3
Kerangka konsep Tajuk 6 Penyelidikan Tindakan: Rancangan Dan Cadangan
Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
Merancang pelan tindakan
Jadual kerja
Soalan kajian
Melaksana pelan tindakan
Perbelanjaan
Sumber literatur
Mengumpul data
Subjek kajian
Refleksi : analisis dan huraian data
6.3.1
Sumber rujukan
Fokus / aspek amalan bagi penambahbaikan
Penyelidik perlu menyediakan penerangan tentang isu dan masalah bilik darjah yang telah dikenalpasti. Bagaimanakah anda mengenalpasti masalah tersebut? Jelaskan tentang murid yang terlibat dan kemungkinan kemungkinan punca isu dan masalah. Sekiranya fokus kajian bukan merupakan masalah dalm bilik darjah tetapi penyelidik sekadar ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang sesuatu perubahan yang boleh dilakukan atau keinginan memperbaiki sesuatu amalan, maka jelaskan juga matlamat keinginan , perubahan atau penambahbaikan yang ingin dicapai. 6.3.2
Soalan Kajian
Dengan berpandukan fokus atau masalah kajian, penyelidik perlu membina soalan soalan kajian. Pastikan bahawa soalan soalan itu relevan dengan fokus kajian. Huraian mengenainya telah dibuat di bawah tajuk Proses Kajian Tindakan di atas.
60
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
6.3.3
Sumber literatur
Pencarian
menyeluruh
literatur
menggunakan
menggunakan
sumber
sumber
perpustakaan termasuk di perpustakaan maya seperti pengkalan data, teks, jurnal, laporan tesis dan penyelidikan, akhbar, penerbitan rasmi, internet atau pakar. Maklumat yang diperolehi akan dapat membantu dan menyokong keperluan penyelidikan. Tinjauan literatur perlu dibuat secara meluas dan mendalam serta dapat menjelaskan isu atau masalah secara komprehensif. Penulisan tinjauan literatur perli mengikut gaya dan format tertentu. Contohnya format APA ( American Psychology Association ) atau MLA 6.3.4
Subjek Kajian
Persampelan kaedah memilih sampel atau subjek kajian yang terdiri daripada manusia, peristiwa , konsep( seperti motivasi) atau objek ( seperti komputer) yang ingin dikaji. Sampel merupakan sebahagian daripada populasi manakala subjek adalah individu yang terlibat secara langsung dengan kajian. Subjek boleh diambil daripada seluruh populasi dalam sebuah kelas. Contoh subjek ialah kesemua 29 orang pelajar tingkatan 4B. Sampel pula dipilih sebahagian daripada populasi sebuah sekolah. Strategi pemilihan sampel secara rawak atau tidak akan membolehkan penyelidik mensasarkan teknik pengumpulan data. Adakah perlu untuk menetukan saiz sampel yang dipilih sama ada kesemua sampel dalam satu kumpulan kecil atau sebilangan daripada populasi. Saiz sampel dibuat dengan menggunakan rumus tertentu secara spesifik. 6.3.5
Merancang pelan tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci tentang perancangan pelan tindakan. Ini merangkumi menjelaskan matlamat cadangan pelan tindakan yang berkait dengan masalah yang ingin diselesaikan, sebab-sebab cadangan pelan tindakan di ambil berdasarkan asas pemikiran atau teori dan menyenaraikan tindakan-tindakan atau aktiviti yang dicadangkan. 6.3.6
Melaksana pelan tindakan
Penyelidik perlu menjelaskan proses pelaksanaan pelan tindakan yang dijalankan secara terperinci. Penjelasan ini perlulah merangkumi cara pelan tindakan dilaksanakan, pemerhatian
61
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan, refleksi ke atas pengajaran, cara mentadbir ujian dan menganalisis data. 6.3.7
Mengumpul data Penyelidik perlu menjelaskan secara terperinci strategi dan teknik yang akan digunakan untuk mengumpul data. Contohnya pemerhatian, temu bual, senarai semak, soal selidik atau eksperimen. Kesesuaian strategi dan teknik bergantung kepada tujuan, situasi, dan kemahiran penyelidik. Sebaiknya tiga teknik pengumpulan data digunakan untuk tujuan triangulasi.
6.3.8
Refleksi : Analisis dan huraian data Nyatakan bagaimana data diperolehi akan dianalisis dan dibuat interpretasi. Adakah perisian SPSS digunakan? Sekiranya perisian SPSS digunakan, nyatakan versinya dengan lengkap. Terdapat perbezaan antara menganalisis data dan ini bergantung kepada sama ada penyelidikan yang dilakukan itu adalah penyelidikan kualitatif atau kuantitatif. Data yang dikumpul juga boleh berbentuk kualitatif atau kuantitatif. Oleh itu jelaskan perinciannya.
6.3.9
Jadual Kerja Jadual kerja perlu dirancang dan dibina untuk membolehkan penyelidikan dijalankan mengikut jadual dan waktu yang ditetapkan. Contoh jadual kerja adalah seperti berikut:
BIL
AKTIVITI
TARIKH
1
Mengenalpasti masalah dan pengumpulan data awal
Feb – Mac
2
Menulis proposal kajian
April
3
Merancang tindakan
April
4
Melaksanakan tindakan 1
2 – 31 Mei
5
Analisis tindakan 1
4 – 6 Jun
6
Analisis pencapaian murid dalam peperiksaan pertengahan 5 – 8 Julai tahun
7
1 – 30 Ogos
Melaksanakan tindakan 2
62
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
8
Analisis tindakan 2
9
Analisis pencapaian murid dalam ujian setara 2
10 – 12 Oktober
10
Refleksi kajian
15 Oktober
11
Menulis laporan kajian
Jadual 1 Contoh jadual kerja
6.3.10 Perbelanjaan Rangkakan cadangan perbelanjaan yang akan digunakan sepanjang penyelidikan dan tindakan yang akan dilakukan. Berikut adalah contoh tentang jangkaan perbelanjaan.
BIL
BAHAN
KOS (RM)
1
Kertas A4 (5 rim)
50.00
2
Bahan cetakan riso
50.00
3
Dakwat setakan komputer
150.00
4
Lain-lain
50.00 JUMLAH
RM300.00
Jadual 2 Contoh perbelanjaan 6.3.11 Sumber rujukan Senarai sumber rujukan atau bibliografi perlu dibuat untuk menyatakan sumber-sumber rujukan yang telah diambil untuk menyokong penyelidikan. Senarai ini membolehkan pembaca membuat rujukan berkaitan perkara yang dituliskan menurut pandangan orang lain atau penulis asal bahan rujukan. Ia juga merupakan satu cara menunjukkan bahawa penyelidik bertanggungjawab dengan perkara yang dikemukakan di samping untuk mengelakkan amalan palagiat. Sekiranya tinjauan literatur ditulis mengikut gaya dan format APA, maka sumber rujukan juga perlulah ditulis mengikut format APA. 6.3.12. Reka bentuk ujian
Penyelidk perlu mengemukakan secara terperinci reka bentuk penyelidikan yang digunakan itu merupakan rekabentuk kualitatif ( etnografi, fenomena, kajian kes) atau kuantitatif (korelasi, expost-facto) atau eksperimental(eksperimen sebenar, kuasi 63
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
eksperimen atau pre eksperimen). Sekiranya penyelidik menggunakan penyelidikan eksperimental , nyatakan juga bentuk rawatan yang akan digunakan.
Latihan
Apakah yang anda faham mengenai cadangan dan rancangan penyelidikan tindakan dan sejauh mana ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah penyelidikan tindakan anda.
64