XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
TAJUK 2
2.1
JENIS
PENYELIDIKAN
DAN
PENGENALAN
KEPADA
PELBAGAI
JENIS REKA BENTUK PENYELIDIKAN
Sinopsis
Kursus ini menerangkan jenis-jenis penyelidikan, pengenalan terhadap pelbagai reka bentuk penyelidikan tindakan, yang terdiri dari penyelidikan kuantitatif iaitu kajian eksperimental, kuasieksperimental, kajian tinjauan, kajian korelasi, sementara penyelidikan kualitatif merupakan kajian etnografi, kajian kes dan kajian sejarah.
2.2 Hasil Pembelajaran
a. Menghuraikan konsep penyelidikan asas, gunaan, tindakan dan penilaian. b. Mengkaji pelbagai jenis rekabentuk penyelidikan kuantitatif dan kualitatif.
2.3 Kerangka Konsep Tajuk 2
Jenis Penyelidikan
Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
Penyelidikan asas Penyelidikan kuantitatif Penyelidikan gunaan
Penyelidikan tindakan
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan penilaian
7
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
2.4 Jenis Penyelidikan
2.4.1 Penyelidikan asas
Penyelidikan asas juga dikenali sebagai penyelidikan tulen. Penyelidikan ini dapat meningkatkan kefahaman prinsip–prinsip asas tentang ilmu pengetahuan baru tanpa mengambil kira faedahnya, untuk jangka masa panjang. Ia dilakukan apabila timbul rasa ingin tahu tentang sesuatu hal. Dalam penyelidikan asas, teori disediakan dan diaplikasi untuk menghasilkan konsep yang dapat digunakan sewaktu menyelesaikan masalah pendidikan.
2.4.2 Penyelidikan gunaan
Penyelidikan gunaan merupakan penyelidikan yang dibuat untuk mengakses atau menggunakan sebahagian himpunan teori, pengetahuan, kaedah serta teknik komuniti penyelidik, dengan tujuan untuk meninjau keberkesanannya dalam menyelesaikan masalah praktikal. Penyelidikan gunaan menyediakan semula pembentukan sesuatu teori. Contohnya, kajian penyesuaian pelbagai gaya pembelajaran semasa mengajar pendidikan akhlak.
2.4.3 Penyelidikan tindakan
Penyelidikan tindakan merupakan suatu proses reflektif yang menggabungkan tindakan dan penyelidikan untuk menyelesaikan masalah tentang persoalan tertentu, isu atau fenomena. Ianya dijalankan secara progresif dan dikendalikan oleh individu atau kumpulan penyelidik dengan dibantu oleh penyelidik professional.
2.4.4 Penyelidikan penilaian
Penyelidikan penilaian adalah adalah penyelidikan yang dijalankan untuk mengukur keberkesanan atau pencapaian sesuatu projek, program, konsep atau kempen. Ia dijalankan untuk menentukan projek atau program berkenaan mengikut langkah-langkah serta mengikut objektif yang telah ditetapkankan.
8
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Aktiviti 1 – Perbincangan Nyatakan jenis-jenis penyelidikan dan bincangkan secara ringkas salah satu daripadanya.
2.6 Pengenalan Kepada Pelbagai Jenis Reka Bentuk Penyelidikan
Bab ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada jenis reka bentuk kajian yang boleh dilakukan untuk membolehkan penyelidik menjawab soalan kajian. Pada hakikatnya terdapat pelbagai jenis reka bentuk penyelidikan.
2.5.1 Penyelidikan kuantitatif
Penyelidikan
kuantitatif
merupakan
penyelidikan
yang
objektif
dan
formal
serta
menggunakan kaedah statistik. Penyelidikan kuantitatif dicirikan dengan penggunaan sampel yang besar, piawai pengukuran, pendekatan deduktif dan alat temubual yang berstruktur untuk mengumpul data buat menguji hipotesis (Marlow, 1993)
2.5.1.1 Kajian eksperimental
Kajian eksperimental merupakan kajian reka bentuk eksperimen yang menghimpunkan amalan pengumpulan maklumat, sama ada dengan kawalan sepenuhnya ke atas pembolehubah atau tidak. Ia dicirikan dengan menipulasi terus atau kawalan ke atas pembolehubah (penyebab) supaya kesannya dapat dilihat pada pembolehubah yang lain (kesan atau akibat) Hubungan sebab akibat ini adalah penting dari perspektif penyelesaian masalah. Kepentingannya dijelaskan oleh Van Dalen (1973). Sebagai satu kemestian hubungan sebab dan akibat itu perlu dikemukakan untuk membolehkan sains mencapai matlamat bagi menjelas, meramal dan mengawal tingkahlaku, kejadian dan peristiwa. atau tidak.
a. Kaedah Eksperimen
Kaedah eksperimen merupakan penggunaan dan adaptasi kaedah penyelidikan saintifik. Kaedah ini merupakan kaedah yang paling tepat tetapi agak rumit untuk dijalankan. Antara beberapa ciri kaedah ini termasuklah:
9
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
i.
Menggunakan tanggapan bahawa jika terdapat dua situasi yang serba sama dengan satu rawatan diberikan kepada satu daripada situasi itu, maka perbezaan yang diperoleh (jika ada) disebabkan oleh rawatan itu. Oleh itu, kaedah eksperimen melibatkan pengawalan terhadap semua faktor kecuali rawatan yang kesannya hendak dikaji. ii.
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam bilik darjah yang beberapa keadaan dapat dikawal.
iii.
Oleh sebab subjek dalam eksperimen ialah manusia maka tidak semua ciri boleh dikawal. Ciri-ciri seperti minat, kebolehan mental dan emosi amat sukar untuk ditentukan. Oleh itu, hasil eksperimen dalam penyelidikan pendidikan tidaklah setepat seperti hasil eksperimen sains.
iv.
Dalam bilik darjah, penyelidik ingin mengawal faktor-faktor seperti umur, pencapaian, kecerdasan, kebolehan membaca, status sosia, bangsa dan sebagainya. Faktor-faktor ini akan mengubah ciri-ciri subjek dalam kumpulan dan dalam kumpulan eksperimen.
b. Langkah-langkah Penyelidikan i. Merancang Membuat Eksperimen (a)
Mengkaji kenapa perlu dilakukan eksperimen dan menyatakan masalah yang
hendak dikaji. (b)
Membaca penulisan dan hasil kajian yang lalu tentang masalah yang hendak
dikaji. (c)
Menentukan faktor yang terlibat dalam eksperimen.
(d)
Menentukan kaedah eksperimen yang hendak digunakan.
(e)
Merancangkan tempat, masa, dan alat untuk melakukan eksperimen.
(f)
Membuat percubaan awal.
(g)
Memilih subjek yang diperlukan.
ii. Melakukan Eksperimen (a)
Mengawal faktor-faktor yang tidak termasuk dalam eksperimen.
(b)
Mencatat langkah-langkah yang dijalankan.
(c)
Merekod hasil yang diperoleh.
(d)
Mengelas, menganalisis dan mentafsir hasil eksperimen.
(e)
Membuat keputusan.
10
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
iii. Membuat Laporan
Jenis-jenis Eksperimen
Satu cara yang biasa digunakan untuk mengelaskan jenis eksperimen adalah dengan mengikut jumlah pengumpulan subjek. Terdapat tiga jenis eksperimen yang boleh dilakukan berdasarkan jumlah pengumpulan subjek tersebut.
Eksperimen Satu Kumpulan
Dalam eksperimen jenis ini, rawatan yang kesannya hendak dikaji diberikan kepada satu kumpulan subjek. Hasil penggunaan rawatan itu ditentukan. Langkah-langkah untuk menjalankan eksperimen satu kumpulan ialah: (a)
Memberi ujian pra.
(b)
Mengawal semua faktor kecuali rawatan (pembolehubah tak bersandar).
(c)
Melaksanakan rawatan pada jangka masa tertentu.
(d)
Memberi ujian pasca untuk menentukan kesan rawatan terhadap pembolehubah bersandar.
(e)
Membincangkan kesan faktor-faktor lain terhadap pembolehubah bersandar.
Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen satu kumpulan adalah seperti yang berikut: A = Kumpulan subjek R1 = Keputusan ujian pra R2 = Keputusan ujian pasca X = Rawatan R1 - R2 = Hasil rawatan Begitu juga halnya jika kita menggunakan faktor-faktor lain (X1, X2, …). Nilai R2 — R1, (R3 — R2), boleh dihitung. X
A
R 1
R 2
11
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Kebaikan menggunakan kaedah eksperimen satu kumpulan ialah, (a)
Pelaksanaannya mudah.
(b)
Putaran kumpulan atau kawalan kumpulan tidak diperlukan.
Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya ialah (a)
Kesan daripada satu-satu kaedah akan terbawa-bawa dari satu fasa ke fasa lain dalam eksperimen itu.
(b)
Perubahan wujud dalam kebolehan membaca di kalangan subjek dari satu fasa ke fasa yang lain.
(c)
Ralat dihasilkan oleh kedewasaan subjek.
(d)
Unit-unit pengukurannya tidak sama.
Eksperimen Kumpulan Selari
Dalam eksperimen jenis ini, dua atau lebih kumpulan subjek yang setara atau selari digunakan. Satu daripada kumpulan itu digunakan sebagai kumpulan kawalan dan satu lagi sebagai kumpulan eksperimen. Rawatan yang kesannya hendak dikaji dikenakan kepada kumpulan eksperimen. Perbezaan yang terdapat pada hasil pengukuran bagi kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas rawatan ditentukan. Secara ringkasnya, langkah-langkah menjalankan eksperimen kumpulan selari adalah seperti yang berikut:
A
R
X
B
R
A = Kumpulan kawalan B = Kumpulan eksperimen R1 — R = Hasil rawatan X R = Pascaujian—Praujian (Kumpulan kawalan) R1= Pascaujian—Praujian (Kumpulan eksperimen)
Jika lebih daripada dua kumpulan selari digunakan dan lebih daripada satu rawatan (X, X1, X2, ...) digunakan, langkah-langkah menjalankan eksperimen menjadi seperti yang berikut:
12
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
A
B
R
X
D
= Hasil rawatan X
R2 — R
= Hasil rawatan X1
R3 — R
= Hasil rawatan X2
R1
X1
C
R1 — R
R2
X2
R3
Langkah pertama dalam kaedah ini adalah dengan memilih kumpulan selari. Langkah ini agak rumit sedikit sebab wujudnya perbezaan individu dalam kumpulan itu. Walaupun terdapat beberapa pembolehubah yang boleh diukur secara objektif seperti umur, jantina, bangsa, keadaan fizikal, pencapaian masa lalu, kecerdasan dan sebagainya, terdapat juga faktor-faktor lain yang agak susah untuk diukur seperti tabiat membaca, ciri-ciri peribadi (seperti kreatif, naluri ingin tahu, dan sebagainya).
Oleh itu, untuk menyamakan kumpulan-kumpulan beberapa cara digunakan termasuklah:
i.
Memilih subjek secara rawak (memilih subjek bagi setiap kumpulan secara rawak daripada populasi yang besar).
ii.
Memilih subjek mengikut skor min dan sisihan piawai (memilih subjek bagi setiap kumpulan mengikut skor dalam IQ, umur, dan sebagainya).
iii.
Menggunakan pasangan sepadan, (memilih dua atau tiga subjek yang agak serba sama dan memecahkannya kepada dua atau tiga kumpulan).
Eksperimen Kumpulan Putaran
Kaedah ini menggunakan faktor eksperimen dan faktor kawalan serentak dan bergilir-gilir. Katakan X, faktor eksperimen, dan Y, faktor kawalan. Rajah berikut menunjukkan cara mengendalikan eksperimen dengan menggunakan kumpulan putaran.
13
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Pusingan
Pusingan
I
II
A.
X
R
B
Y
R1
A
Y
R2
B
X
R3
R + R3 = Hasil rawatan X R1 + R2 = Hasil rawatan Y (R + R3) — (RI + R2) = Perbezaan rawatan X dengan Y
Kaedah ini dapat mengawal faktor perbezaan masa seperti yang terdapat dalam eksperimen satu kumpulan dan faktor menyamakan kumpulan seperti yang diperlukan dalam eksperimen kumpulan selari.
2.4.1.2 Kuasi ekperimental
Apakah
kajian
kuasi–eksperimen?
Kajian
ini
biasanya
digunakan
untuk
menilai
keberkesanan suatu program apabila responden kajian tidak dapat diagihkan secara rawak. Dua kumpulan responden yang dipilih mestilah tidak seimbang dan tidak mempunyai ciri-ciri yang sama.
Rekabentuk kuasi-eksperimen digunakan untuk menggantikan reka berbentuk eksperimen tulen apabila dalam proses pemilihan responden kajian, pengagihan secara rawak tidak dapat dilakukan oleh penyelidik (Chua, 2006). Tambahan lagi, kajian ini dilakukan ke atas individu yang sentiasa terdedah dengan ralat-ralat dari luar misalnya perbezaan jantina, umur, latar belakang, pengalaman lepas, pengetahuan sedia ada, pengaruh persekitaran dan sebagainya. Kesemua faktor berkenaan boleh mempengaruhi hasil eksperimen.
Dalam perkataan lain, penyelidik kurang yakin sama ada perubahan pada responden kumpulan rawatan pada akhir eksperimen adalah disebabkan oleh rawatan yang diberikan kepadanya atau faktor-faktor luaran yang lain. Kajian ini biasanya digunakan oleh penyelidik bidang psikologi, sosiologi dan pendidikan (Neuman, 2000). Contoh, seorang penyelidik telah menjalankan kajian tentang keberkesanan program kaunseling ke atas pelajar-pelajar bermasalah disiplin di sebuah sekolah. Kajian ini menggunakan kaedah pemilihan
14
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
responden untuk pensampelan bertujuan.
Persampelan ini menggunakan ciri-ciri tingkah laku bermasalah disiplin. Kumpulan rawatan merupakan pelajar yang bermasalah disiplin mana kala kumpulan kawalan ialah kumpulan pelajar tidak bermasalah disiplin. Perbezaan yang boleh dikenal pasti dari kedua-dua kumpulan berkenaan ialah jantina, bangsa, umur, tahap IQ, tahap pendidikan, pandangan dan sikap mereka. Sehubungan itu, kajian eksperimen tulen tidak dapat dilakukan tetapi penyelidik berkenaan boleh menjalankan kajian kuasi-eksperimen.
Kajian
kuasi-eksperimen
menggunakan
prosedur
persampelan
secara
kebetulan/
persampelan kesediaan (accidental atau convenience sampling) dan persempelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan secara kebetulan, penyelidik memilih manamana responden kajian yang ditemuinya atau yang paling dekat dengannya. Pemilihan responden kajian ini akan menimbulkan ralat yang tidak boleh dijangka kerana prosedur persampelan secara kebetulan bukan melalui persampelan rawak (Chua, 2006).
Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak penyelidik. Sebagai contoh, kajian pelajar bermasalah disiplin. Sampel kajian ialah pelajar-pelajar bermasalah disiplin. Sampel begini bukan merupakan sampel rawak. Terdapat pelbagai reka bentuk kajian kuasi-eksperimen tetapi penjelasan hanya diberikan kepada tiga reka bentuk yang biasa digunakan di kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan. Mengikut Chua (2006), terdapat tiga reka bentuk kajian kuasi-eksperimen yang biasa digunakan iaitu:
Ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups prepost test design),
Reka bentuk regrasi tidak bersambungan (regression-discontinuity design)
Reka bentuk siri masa (time series design).
Reka bentuk ujian pra-pasca kumpulan-kumpulan tidak seimbang merupakan reka bentuk yang paling popular digunakan dalam kajian keberkesanan dalam bidang pendidikan. Reka bentuk ini mempunyai dua kumpulan responden iaitu kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Kedua-dua kumpulan mempunyai ciri-ciri yang hampir sama.
15
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Dalam reka bentuk kajian ini, analisis Ujian dan Ujian ANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan antara kedua-dua kumpulan responden. Reka bentuk regresi tidak bersambung biasanya digunakan dalam kajian yang melibatkan kumpulan khas misalnya menilai keberkesanan program pemulihan dan menguji keberkesanan program kaunseling ke atas sikap pelajar bermasalah disiplin.
Analisis menggunakan Ujian regrasi. Reka bentuk siri masa merupakan kajian jangka masa panjang yang memerlukan masa dan tenaga yang banyak. Reka bentuk ini tidak mempunyai kumpulan kawalan. Penyelidik tidak dapat membuat perbandingan sama ada rawatan yang diberikan akan menghasilkan perubahan yang diingini atau pun tidak (Mohd. Majid, 2000).
Pasca ujian akan dilakukan berulang-ulang sepanjang rawatan. Misalnya kajian berkaitan perkembangan pencapaian akademik pelajar yang didedahkan kepada KBSM. Analisis dilakukan melalui pencapaian ujian yang lebih baik.
2.4.1.3 Kajian tinjauan
Kajian tinjauan merupakan proses memerhatikan tingkahlaku manusia yang melakukan aktiviti rutin dalam persekitaran mereka secara natural dalam konteks tertentu. Instrument utama kajian tinjauan adalah rakaman video. Penyelidik boleh mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang dirakamkan bergantung kepada maklumat dan keperluan penyelidik. Beberapa orang penyelidik akan bekerjasama secara sistematik untuk membuat analisis dan membuat interpretasi data yang dikumpulkan.
2.4.1.4. Kajian korelasi
Kajian kolerasi melibatkan penjelasan yang menentukan perkaitan antara pembolehubah Pembolehubah yang telah wujud dalam satu fenomena. Penyelidik akan melihat kepada perkara yang telah wujud dan menentukan kaitan antara dua pembolehubah kuantitatif dan bagaimana pembolehubah-pembolehubah tersebut di kaitkan antara satu sama lain.
Terdapat dua jenis kolerasi iaitu kolerasi positif dan kolerasi nagatif. Dalam konteks positif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua juga
16
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
meningkat. Dalam kolerasi negatif, sekiranya nilai satu pembolehubah meningkat maka nilai pembolehubah kedua menurun, sekiranya nilai satu pembolehubah menurun maka nilai pembolehubah kedua meningkat.
2.5.2 Penyelidikan kualitatif
Kajian kualitatif merupakan kajian mendalam atas sesuatu situasi & individu. Data dikutip melalui pemerhatian, temu bual, penulisan diari dan analisis dokumen. Kajian kualitatif adalah kajian yang menjawab soalan berkaitan kenapa dan bagaimana. Penyelidik akan terlibat secara langsung dalam kajian yang dijalankan. Pendekatan kajian kualitatif adalah kajian kes, etnografi dan grounded theory. Sampel yang diambil biasanya menggunakan persampelan bertujuan. Menurut Miles & Huberman (1994), analisis data melalui data reduction, data display dan conclusion.
2.5.2.1 Kajian etnografi
Pengenalan Istilah Ethnos berasal dari perkataan Greek yang bermaksud manusia, bangsa atau budaya. Menurut Agar (1986) dalam Sabitha Marican, (2005) menyatakan “graphy” bermaksud penjelasan mengenai sesuatu. Etnografi merupakan sejenis kajian lapangan yang berbentuk pemerhatian yang sering digunakan dalam kajian sosiologi dan antropologi dan dirujuk sebagai penyelidikan saintifik semula jadi (field research).
Pendapat ini dipersetujui oleh dua sarjana iaitu Berg, (1995) dan Guy et al. (1987) dalam Sabitha Marican, (2005). Menurut Sabitha Marican (2005), etnografi juga dianggap sebagai satu kajian yang paling asas dalam penyelidikan sosial. Kadang kala ia juga didefinasikan sebagai penjelasan bertulis mengenai sesuatu budaya tentang adat, kepercayaan, tingkah laku yang berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dikumpulkan dari kajian lapangan. Ia adalah kajian deskriptif ke atas budaya, subbudaya, institusi atau kumpulan sesebuah masyarakat.
Soalan-soalan yang sering dikemukakan dan difokuskan dalam penyelidikan etnografi seperti “apakah budaya kumpulan itu?”. Oleh itu etnografi mengambarkan apa yang dilakukan sesebuah masyarakat dalam kehidupan seharian mereka. Ia merupakan potret atau gambaran mengenai manusia. Dengan demikian, kajian etnografi
17
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
merupakan kajian yang mengfokuskan pada penggambaran yang terperinci dan tepat dan bukan berunsur perkaitan (Sabitha Marican, 2005).
Menurut Creswell (2005), etnografi merupakan bentuk kajian yang praktikal untuk mengkaji sesuatu kumpulan seperti pendidikan, kepercayaan, tingkahlaku dan bahasa.
Kajian etnografi merupakan bentuk kajian kualitatif yang digunakan untuk menerangkan, menganalisa dan meinterpretasi bentuk “culture-sharing” sesuatu kumpulan seperti tingkahlaku, kepercayaan, bahasa, ekonomi, struktur politik, interaksi, kehidupan
dan
gaya
dalam perhubungan.
Untuk
memahami
“culture-sharing”
seseorang pengkaji perlu meluangkan masa di lapangan untuk interview, memantau dan medokumentasi bagi memahaminya.
Masa yang lama diambil maka data dapat direkodkan dengan terperinci.Kajian etnografi merupakan cabang daripada antropologi yang berhubung dengan memberi gambaran secara khusus terhadap budaya manusia. Ia bermula lewat abad ke 19 dan awal abad ke 20 dan kajian menggunakan kaedah etnografi mula diterbitkan pada 1920-an dan 1930-an oleh “Chicago Scholl of Sociology” (Pole & Morrison, 2003).
Sekitar tahun1950-an kajian etnografi masih baru dan menurut Hammersly (1998) sekitar tahun 1960-an kajian yang menggunakan pendekatan antropologi dan sosiologi semakin berkurang tetapi kajian menggunakan pendekatan etnografi semakin berkembang dan lebih banyak digunakan.Kajian ini masih terbatas tetapi ianya terus berkembang sekitar tahun 1980-an. Bermula tahun 1980-an ahli etnografi telah mengenalpasti dan hanya memberi fokus kepada budaya kumpulan, mengendalikan pemantauan, analisa data dan menulis kajian yang dilakukan(Creswell, 2005).
Etnografi merupakan kajian yang menghuraikan dan menganalisa sesuatu atau sebahagian daripada kebudayaan serta komuniti dengan mengenalpasti dan menghuraikan kepercayaan dan amalan harian responden. Kajian etnografi juga perlu mengkaji kedua-dua kumpulan iaitu respoden dan tempat dimana mereka berinteraksi secara serentak. Topik dalam kajian etnografi tidak dinyatakan secara khusus pada awal kajian. Kajian yang dijalankan dalam skala yang kecil dengan bilangan responden
18
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
yang terhad dan kontek kajian yang kecil. Pengkaji etnografi mesti menjalankan kajian di kawasan semulajadi responden dalam tempoh masa yang tertentu untuk mengumpul data.Sanders (2004), menyatakan etnografi melibatkan gambaran dan belajar tentang budaya manusia.
Pengkaji sosial menggunakan kaedah etnografi untuk lebih memahami budaya dan hubungan social menerusi pentafsiran dan praktikal. Keberkesanan kajian etnografi bukan bergantung kepada perspektif penyelidik tetapi kepada dapatan data. Etnografi pada awalnya menggunakan disiplin dalam antropologi iaitu meluangkan masa dengan penduduk tempatan untuk membuat pemerhatian terhadap kehidupan dan amalan mereka. Biasanya kajian etnografi traditional dilakukan secara individu dan mengambil masa dari beberapa bulan hingga bertahun untuk menyiapkannya. Etnografi aplikasi menggunakan kaedah kajian dengan membawa pengguna untuk melihat bentuk dan perkembangan
sesuatu
produk
serta
perkhidmatan
yang
baru
bagi
meningkatkan pengeluaran produk. Etnografi aplikasi dilakukan oleh kumpulan yang kecil dan biasanya dilakukan dalam masa yang singkat iaitu dalam beberapa hari hingga beberapa bulan. Sabitha Marican (2005),
2.5.2.2 Kajian kes
Kajian kes merupakan satu kajian yang termasuk kedalam kaedah penyelidikan deskriptif. Kajian dibuat secara intensif dan terperinci oleh penyelidik ke atas unit kecil social seperti individu, satu keluarga, sebuah kelas, satu institusi, seperti satu cawangan Institut Pendidikan Guru atau satu masyarakat.
Contohnya kajian terhadap reaksi
pensyarah dan pelajar ke atas kelas pembelajaran elektronik (e-pembelajaran). Kajian kes juga dibuat secara terperinci ke atas satu program, satu peristiwa, satu aktiviti, dan satu kumpulan dalam tempoh satu masa.
2.5.2.3 Kajian Sejarah. Kajian Sejarah pula diperolehi oleh penyelidik melalui maklumat, data, dan ilmu pengetahuan dengan meneliti perkara-perkara atau kejadian-kejadian yang telah berlaku. Melalui analisis data dan maklumat sejarah secara terperinci, penyelidik boleh menentukan, sedikit sebanyak, tentang hubungan sebab-akibat. Penyelidik juga boleh
19
XXX3133 PENYELIDIKAN TINDAKAN I - XXX PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
membantu guru pengurus dan pengguna penyelidikan daripada melakukan kesilapan sama.
Aktiviti 2 – Perbincangan
Apakah reka bentuk penyelidikan yang sesuai untuk mengkaji perbandingan dua kaedah mengajar al-Quran/(mengikut bidang masing-masing) kepada murid tahap 1? (Lebih daripada satu reka bentuk dibenarkan).
Soalan OLL
Buat satu jadual yang menunjukkan langkah-langkah membuat penyelidikan.
20