BAB
2 KONSEP PENYELIDIKAN PENGENALAN Peranan guru sebagai seorang pengamal dalam pengajaran dan pembelajaran telah berubah. Guru digesa melibatkan diri dalam penilaian ke atas muridnya, penggubalan kurikulum serta penyelidikan untk menyelesaikan masalah dalam bilik darjah. Kini konsep kurikulum berasaskan sekolah dan penilaian berasaskan sekolah sedang dikembangkan dalam reformasi pendidikan. Konsep guru sebagai penyelidik juga sedang dimajukan untuk menggalakkan guru memberikan lebih perhatian dalam membuat keputusan pendidikan di sekolah. Guru dikehendaki memainkan peranan bukan sahaja sebagai pengguna kepada hasil penyelidikan tetapi juga sebagai pengeluar hasil penyelidikan untuk mengenali masalah profesional yang mereka hadapi. Guru harus lebih peka dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penyelidikan.
14 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
KONSEP PENYELIDIKAN Penyelidikan dibuat untuk menguji idea mengenai ciri dan operasi beberapa aspek alam mini. Tanpa bukti kita tidak dapat menyatakan sesuatu kaedah itu lebih baik atau buruk daripada kaedah lain. Begitu juga kita memerlukan bukti untuk menyokong sama ada sesuatu program itu dapat menambah motivasi, minat atau pencapaian pelajar. Satu jalan keluar untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah adalah melalui penyelidikan. Untuk membuat penyelidikan, guru perlu memahami proses menjalankan kajian. Langkah utama dalam proses penyelidikan adalah mengenal pasti satu masalah yang boleh diselidik. Bagi meneruskan proses itu, seseorang itu harus mempunyai idea yang jelas mengenai apa maksud penyelidikan. DEFINISI PENYELIDIKAN Beberapa penulis telah memberi takrifan konsep penyelidikan bagi menjelaskan proses penyelidikan. Sesetengah penulis telah menakrifkan penyelidikan dengan ringkas sebagai satu proses yang sistematik untuk memberi jawapan kepada sesuatu soalan. Jawapan yang diberi kepada maksud penyelidikan mungkin abstrak. Penyelidikan tindakan ditakrif sebagai inkuiri yang sistematik dijalankan oleh penyelidik guru, ketua jabatan, kaunselor atau stakeholder lain dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran untuk mengumpul maklumat mengenai bagaimana sesuatu institusi bertindak atau beroperasi, bagaimana mereka mengajar dan bagaimana pelajar mereka belajar. Maklumat ini adalah untuk mendapat ‘insight’, membina amalan reflektif, mengenakan perubahan positif dalam persekitaran institusi (atau amalan pendidikan) dan menambah baik hasil pelajar atau kehidupan orang yang terlibat. Penyelidikan tindakan adalah penyelidikan yang dijalankan oleh pengajar untuk
Konsep Penyelidikan 15
mereka, bukan dipaksa ke atasnya oleh orang lain. Terdapat empat langkah-langkah dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut: 1.
Kenal pasti bidang fokus
2.
Pengumpulan data
3.
Analisis dan interpretasi data
4.
Bangunkan pelan tindakan
Menurut Richards dan Lockhart (1994), penyelidikan tindakan merupakan kajian bilik darjah yang dijalankan oleh pendidik untuk mempertingkatkan pemahaman pengetahuan pembelajaran dan pengajaran bilik darjah serta untuk mengubah keadaan sesuatu amalan bilik darjah. Penyelidikan tindakan biasanya melibatkan projek-projek kajian secara kecil-kecilan oleh guru bilik darjah. Sementara itu, menurut kajian Cohen dan Manion (1994) pula, beliau berpendapat bahawa penyelidikan tindakan bersifat situasinal iaitu pengenalpastian dan penyelesaian masalah dalam suatu konteks yang spesifik. Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang dilakukan secara kolaboratif oleh peserta sesuatu situasi sosial untuk tujuan mempertingkatkan rasional dan keadilan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan, serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di dalam amalan tersebut dijalankan (McTaggart, 1988). Gage (1975) pula mengatakan bahawa penyelidikan adalah suatu kajian yang sistematik terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah untuk menentukan jika dan/ atau bagaimana pemboleh ubah berkait antara satu sama lain. Mouly (1963) pula menegaskan penyelidikan sebagai suatu proses untuk mendapat penyelesaian yang boleh dipercayai kepada masalah melalui pungutan data, penganalisaan dan interpretasi yang terancang dan sistematik. Kedua-dua definisi di atas menerangkan penyelidikan sebagai satu proses. Dua lagi contoh takrifan dapat meneguhkan ciri
16 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
proses penyelidikan, jika merujuk kepada definisi yang diberi Kerlinger (1990) dan Best (1991) seperti berikut: 1.
Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian.
2.
Penyelidikan saintifik adalah kajian yang sistematik, terkawal, empirikal dan kritikal mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipotesis mengenai fenomena semulajadi yang berpandukan teori dan hipoteis mengenai hubungan yang dijangkakan di antara fenomena.
Merujuk kepada definisi di atas, dapat diturunkan beberapa ciri proses penyelidikan seperti berikut: 1.
Bagi menyelesaikan permasalahan yang dikenal pasti dalam situasi yang spesifik atau bagi memperbaiki keadaan amalan-amalan tertentu.
2.
Sebagai satu alat latihan dalam perkhidmatan yang mampu memberikan guruguru kemahiran dan pendekatan baru serta meningkatkan kesedaran kendiri mereka.
3.
Sebagai satu alat untuk menyerapkan pendekatan-pendekatan inovatif atau tambahan ke dalam pengajaran dan pembelajaran terutamanya dalam sistem yang biasanya menghalang inovasi dan perubahan.
4.
Sebagai satu wadah bagi memperbaiki komunikasi yang biasanya kurang baik di antara para pendidik dan ahli akademik.
5.
Sebagai satu pendekatan alternatif kepada penyelesaian masalah dalam bilik darjah. Madzniyah et al. (1995: 7) telah merumuskan bahawa ciri-ciri Penelitian
tindakan kelas boleh dilihat pada dua aspek iaitu: Aspek pendekatan kajian, Penelitian tindakan kelas: 1.
Merupakan suatu pendekatan untuk memperbaiki mutu pendidikan melalui perubahan guru dalam p&p
Konsep Penyelidikan 17
2.
Melibatkan proses p&p dan perkembangan ikhtisas guru yang sistematik melalui kritikan yang membina
3.
Melibatkan guru-guru membina teori-teori daripada amalan sebenar
4.
Keutamaan diberi untuk memahami dan memperbaiki amalan sendiri
Aspek alam persekitaran kajian, penelitian tindakan kelas 1.
Dilakukan dalam situasi sebenar seperti di bilik darjah atau sekolah
2.
Melibatkan guru dan rakan sejawat secara kolaboratif
3.
Memberi fokus pada sesuatu isu atau masalah di persekitaran sekolah
4.
Melibatkan tindakan intervensi bagi merapatkan amalan sebenar dengan jangkaan Berdasarkan ciri-ciri penelitian tindakan kelas yang telah dikemukakan,
maka dapatlah dirumuskan antara ciri penting penelitian tindakan kelas adalah dilakukan oleh guru dalam situasi sebenar di bilik darjah; dilakukan secara kolaborasi yang bersifat inkuiri kolaboratif kritikal; untuk memperbaiki amalan melalui perubahan dalam p&p; melibatkan langkah-langkah dalam kitaran dan dilakukan secara sistematik. Walau bagaimanapun, penelitian tindakan kelas mempunyai beberapa ciri yang sama dengan penyelidikan konvensional yang lain iaitu ia menuju ke arah ilmu pengetahuan; ia menyediakan bukti bagi menyokong ilmu pengetahuan tersebut; ia menunjukkan proses inkuiri secara eksplisit yang membawa kepada munculnya ilmu pengetahuan dan ia menghubungkan ilmu pengetahuan baru dengan ilmu pengetahuan yang sedia ada.
18 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
LANGKAH-LANGKAH DALAM PENYELIDIKAN Proses penyelidikan dalam modul ini merujuk secara amnya kepada kaedah saintifik. Aktiviti penyelidikan itu merangkumi proses pengenalpastian masalah untuk diselesaikan, pembinaan satu hipotesis atau jawapan tentatif kepada masalah itu, menguji hipotesis, pengumpulan data dengan instrumen yang sah dan boleh dipercayai di samping penganalisaan serta interpretasi data. Langkah-langkah penyelidikan dapat dilihat seperti dalam rajah 1. LANGKAH 1
LANGKAH 2
Takrif Penyelidikan
Terbitkan Hipotesis
Buat Definisi Operasional
Pngutan Data
Buat Data
Analisis Data
LANGKAH 8
LANGKAH 7
LANGKAH 3
LANGKAH 6
LANGKAH 4 Reka Satu Instrumen
Pungutan Data
LANGKAH 5
Rajah 1: Urutan Lineardalam Penyelidikan PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN Kandungan dalam sesuatu laporan lengkap kajian adalah sinopsis atau abstrak iaitu ringkasan menerangkan kajian yang dibuat, jenis kajian, pembabitan subjek di mana instrumen yang digunakan dan dapatan yang diperolehi. Daftar jadual, daftar rajah serta senarai singkatan perlu diberi dalam laporan bagi memudahkan kefahaman pembaca. Bibliografi pula berfungsi sebagai sumber rujukan dalam menyiapkan kajian ini.
Konsep Penyelidikan 19
Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang. AKTIVITI PENYELIDIKAN Mencari dan Mengenal Pasti Masalah Peringkat pertama dalam sesuatu penyelidikan ialah mengenal pasti masalah penyelidikan. Penyelidik perlu mengenal pasti satu masalah penyelidikan yang genting yang mampu dikaji. Proses penyelidikan bermula di peringkat tinjauan dengan menyiasat dan mengenal pasti isu-isu dan idea-idea untuk menentukan tajuk kajian. Masalah biasa seorang penyelidik guru merupakan masalah yang sering dihadapi dalam kehidupan sehariaannya di dalam atau di luar bilik darjah. Penyelidik perlu berupaya mengenal pasti dan memfokus kepada persoalan masalah. Masalah merupakan gagasan umum yang merangkumi persoalanpersoalan dan isu-isu tersirat. Pengenalpastian masalah melibatkan penentuan dengan tepat persoalan dan isu-isu penting yang genting dalam bidang pendidikan. Penyelidik perlu membaca dan menggunakan analisis yang kritikal bagi menentukan masalah dan persoalannya. Masalah penyelidikan yang baik adalah masalah yang mengandungi persoalan dan isu yang penting dan boleh dijawab serta diselesaikan melalui penyelidikan. Terdapat beberapa prosedur semasa memilih masalah penyelidikan. Pertama, ialah mengenal pasti tajuk yang diminati. Kedua, membentuk pelbagai soalan kecil. Ketiga, meninjau sejauh mana tajuk tersebut boleh diselidiki dan keempat, menyatakan hipotesis supaya pilihan tajuk boleh dikhususkan kepada satu masalah penyelidikan. Masalah penyelidikan yang besar dan rumit hendaklah dianalisis, dikupas dan dipecahkan kepada beberapa persoalan yang jelas dan khusus.
20 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Pemecahan persoalan kepada unsure-unsur dan pemboleh ubah perlu dilakukan sehinggan penyelidik berupaya untuk mendapatkan penjelasan tentang apakah pemboleh ubah yang dapat membentuk masalah penyelidikan. Menilai dan Membentuk Masalah Penyelidikan Penilaian terhadap sesuatu masalah membolehkan penyelidik mengetahui sejauh mana sesuatu masalah penyelidikan boleh membantu dan memberi kebaikan kepada proses membuat keputusan dalam pendidikan. Pertimangan mengenai nilai kepentingan masalah penyelidikan adalah berdasarkan kepada nilai-nilai individu dan pendapat penyelidik. Secara ringkasnya, terdapat beberapa kriteria untuk memantapkan sesuatu masalah penyelidikan: 1.
Masalah hendaklah sesuai untuk diselidiki. Masalah haruslah tergolong dalam bidang kepakaran penyelidik. Penyelidik perlu memastikan masalah tersebut boleh dikendalikan dan diselesaikan dalam tempoh dan had kewangan diperuntukkan.
2.
Penyelidik perlu menjalankan secara sistematik dan perlu menghindarkan masalah yang mempunyai pertimbangan nilai dan kepercayaan.
3.
Matlamat penyelidikan haruslah mempunyai penyelesaian dan dapat meningkat pengetahuan serta berfaedah kepada amalan pendidikan
4.
Penyelidikan
hendaklah
dapat meneguhkan dan
menambahkan
lagi
pengetahuan sedia ada serta dapat memandu penyelidik kepada masalahmasalah baru. Pembentukan Objektif dan Hipotesis Objektif nerupakan sasaran sebenar penyelidik. Objektif adalah bersifat lebih khusus dan biasanya digunakan untuk mencapai matlamat. Penyelidik perlu menyatakan objektif penyelidikan dengan jelas untuk memandu penyelidik menjalankan penyelidikan. Penyelidik perlu membuat jangkaan hasil penyelidikan yang dapat membantu menjelas tujuan kajian melalui hipotesis yang sesuai.
Konsep Penyelidikan 21
Hipotesis merupakan kenyataan yang menunjukkan kaitan antara dua atau lebih pemboleh ubah dalam sesuatu penyelidikan. Ia juga adalah saranan sementara bagi penyelesaian maslaah berasaskan teori atau hasil penyelidikan yang lepas. Berikut dirumuskan tujuan-tujuan hipotesis: 1.
Hipotesis memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji
2.
Hipotesis memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung
3.
Hipotesis dapat memberi panduan kepada penyelidikan kerana hipotesis mewakili satu objektif tertentu. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan, mencadangkan analisis statistik yang berkaitan dengan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji.
4.
Hipotesis member rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian. Ia juga member panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disearkan.
Ciri-ciri Hipotesis Antara ciri-ciri hipotesis tertentu adalah seperti berikut: 1.
Hipotesis hendaklah dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat supaya penyelidikan boleh dilakukan dengan sempurna
2.
Hipotesis mestilah sepadan dengan pengetahuan yang ada, tidak bertentangan dengan teori hokum yang ada
3.
Hipotesis
mestilah
mempunyai
kuasa
penjelasan
iaitu
keupayaan
menerangkan fenomena dengan logik, tepat dan jelas 4.
Hipotesis hendaklah mempunyai jangkaan hubungan antara pemboleh ubah
5.
Hipotesis mestilah boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong atau tidak hipotesis yang bersifat sementara. Inferen dibuat setelah hipotesis diuji
22 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
Definisi Istilah Secara Operasional Istilah yang terdapat dalam bidang kajian hendaklah didefinisikan dengan jelas dalam konteks skop kajian yang dibuat. Definisi ini bukan merujuk kepada kamus bahasa tetapi melibatkan bidang kajian terbabit dan rumusan daripada beberapa definisi oleh beberapa penyelidik terdahulu. Ini membantu menjelaskan dan memahami masalah dan konteks bidang yang dikaji. Ia juga menerangkan konsep khusus dalam bidang berkaitan. Definisi istilah ini juga boleh dilakukan dengan menggunakan definisi bercontoh, definisi berbeza dan definisi penentuan. TINJAUAN LITERATUR Dengan membaca kajian lepas yang berkaitan atau tinjauan literature penyelidik akan mengetahui dengan jelas latar belakang sesuatu masalah dan mengenal pasti sejauh mana sesuatu bidang masalah yang wujud telah dikaji. Ini membolehkan pengkaji menggunakan dapatan awal seperti teori konsep, instrument dan sebagainya untuk membentuk satu strategi dan kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalahnya. Penyelidik boleh menggunakan beberapa cara untuk mencari karya-karya yang berkaitan dengan sesuatu penyelidikan dengan membuat kajian perpustakaan yang meliputi penggunaan abstrak, indeks, penggunaan kamus perkara, ensiklopedia, katalog dan penyelidikan melalui carian computer seperti Educational Review Resourses Center (ERIC) dan internet. Penyelidikan juga boleh menggunakan cara lain untuk mencari bahan yang relevan termasuk disertasi penulisan profesional yang tidak diterbitkan, buku panduan dan lain-lain.
Konsep Penyelidikan 23
POPULASI DAN PERSAMPELAN Mengenal pasti populasi adalah penting dalam sesuatu penyelidikan. Populasi menentukan bentuk dan keadaan pada mana masalah yang dikaji wujud secara langsung sejauh mana dan sebanyak mana data dan maklumat perlu dikumpul dan Dianalisis. Pentaksiran dan inferens tentang data dan maklumat yang dikumpul juga dipengaruhi dan terbatas kepada populasi yang dikaji. Bagi menjayakan penyelidikan yang berkesan, penyelidik perlu mengenal pasti populasi dengan tepat dan jelas. Sample Populasi merupakan sasaran bagi penyelesaian sesuatu masalah dan dengan itu, penyelidik harus melibatkan keseluruhan individu dalam populasi. Bagaimanapun kita jarang berpeluang dan berupaya untuk mengkaji semua ahli populasi. Apa yang biasa kita mampu lakkan ialah menggunakan sebahagian kecil ahli populasi yang dinamakan sampel dan menggunakan maklumat sample bagi menganggar maklumat untuk mendapatkan sampel. Beberapa kaedah untuk mendapatkan sampel yang mewakili populasi adalah seperti berikut: 1.
Persampelan berasaskan teori kebarangkalian Persampelan merupakan satu langkah yang penting dalam membuat penyelidikan. Ia dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga. Sungguhpun demikian, kita tidaklah boleh memilih sampel kerana pemilihan sampel bersandarkan teori kebarangkalian.
2.
Persampelan tidak berasaskan teori kebarangkalian Kadangkala penyelidik merasakan lebih sesuai memilih sampel berdasarkan kesesuaian penyelidik seperti persampelan kelompok dan persampelan bertujuan.
24 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
KAEDAH PENYELIDIKAN Penyelidik harus menggunakan cara yang paling berkesan untuk mendapatkan jawapan bagi menyelesai sesuatu masalah penyelidikan pendidikan. Kaedah yang berkesan bagi pengumpulan data bergantung kepada objektif sesuatu penyelidikan. Oleh itu, penyelidik perlu mengenal pasti objektif dan jenis penyelidikan yang akan dijalankan. Terdapat beberapa kaedah penyelidikan yang sering digunakan dalam penyelidikan pendidikan ialah kaedah sejarah, deskriptif, eksperimen, ex post facto, penyelidikan kualitatif dan penyelidikan penilaian. INSTRUMEN Dalam peringkat merancang dan menentukan strategi penyelidikan, perkaraperkara utama yang harus dipertimbangkan dalam kaedah penyelidikan ialah caracara mengumpul data. Kegagalan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berkesan boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat, kaur dan tidak berkesan serta boleh menyebabkan beban menginterpretasi maklumat dan hasil kajian. Kegagalan menyempurnakan sesuatu penyelidikan mungkin berlaku disebabkan alat pengumpulan data yang tidak berkesan. Instrumen ialah alat yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat tentang subjek. Penyelidikan perlu menyediakan alat ukur yang sesuai dengan objektif sesuatu kajian. Pengkaji juga harus mengambil instrument daripada kajian-kajian lepas dengan mengubah suai selaras dengan objektif dan matlamat sesuatu kajian penyelidikan. Ujian rintis perlu dijalankan untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan sesuatu alat ukur dan bagi merangsang subjek untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap olahan dan seterusnya terhadap pasca ujian. Pembentukan alat ukur dan mengambil perhatian yang teliti semasa membentuk dan mentadbir instrumen
Konsep Penyelidikan 25
supaya dapat memberi gambaran sebenar kepada subjek yang dikaji. Instrumen atau alat kajian yang digunakan hendaklah dapat diterangkan dengan jelas dari mana sumber alat tersebut diperolehi, bentuk alat tersebut, item-item yang ada dan skala jawapan yang digunakan. Instrumen yang diambil dari luar hendaklah diterjemahkan kepada Bahasa Malaysia mengikut kesesuaian budaya tempatan dan ayat-ayat yang mudah difahami. Kesahan alat dengan soalan-soalan yang digunakan hendakla dinyatakan dari hasil ujian rintis atau pra ujian yang dijalankan terhadap sampel rawak terpilih dalam tempoh tertentu dan kebolehpercayaan hasil ujian tersebut.Item-item yang mempunyai kesahan rendah perlu ditukar atau diubah suai dan diuji semula sebelum dijalankan pungutan data sebenar. Memproses dan Menganalisis Data Membuat analisis dan interpretasi merupakan peringkat yang penting sekali dalam sesuatu aktiviti penyelidikan. Ini adalah kerana hasil dapatan dan kesimpulan ini akan menjadi pertimbangan asas untuk membuat cadangan dan tindakan yang selanjutnya untuk membaiki situasi dan amalan yang kurang memuaskan atau menjadi asas untuk mengubah suai pelan tindakan dalam kajian yang kedua. Proses menganalisis, menginterpretasi dan memuat keputusan hanya boleh dilakukan selepas data telah dikumpulkan daripada instrument soal selidik, pemerhatian atau temu bual. Data yang dikumpul akan mudah dihalkan dengan menggunakan statistik. Perwakilan data sebagai contoh, histogram, graf garisan, carta palang dan sebagainya boleh membantu. Pentafsiran dibantu dengan merujuk kepada jadual atau perwakilan data itu. Kemudian kesimpulan akan dibuat berdasarkan pentafsiran.
26 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan
MEMBUAT KESIMPULAN Sesuatu penyelidikan seharusnya menghasilkan jawapan kepada masalah yang dikaji. Kupasan yang jelas dan mendalam dilakukan berdasarkan kepada tafsiran yang tepat dan berkesan terhadap akta-fakta yang diperolehi untuk memberi jawapan yang dikaji. Penyelidik seharusnya memperolehi fakta sebaik mungkin dan tafsiran mengambil kira batasan penyelidikan. Pada kebiasaannya terdapat dua kemungkinan keputusan yang diperolehi daripada pengumpulan dan pemprosesan data dan maklumat. Pertama ialah keputusan sepeti yang dijangka. Kedua ialah kemungkinan keputusan pertentangan dengan hipotesis penyelidik. Hanya datu daripada dua kemungkinan tersebut boleh berlaku. Penyelidikan harus dan mesti dirancang agar penyelidik bersedia untuk mentafsir keputusan negatif atau sebaliknya. MEMBUAT LAPORAN Sesudah menjalankan kajian dan mendapatkan hasil jawapan kepada masalah penyelidikan, penyelidik perlu menyebar di dalam bentuk penulisan hasil agar penyelidikannya boleh dikongsi oleh pihak lain. Membuat laporan merupakan peringkat akhir dalam segala proses penyelidikan. Laporan penyelidikan ini biasanya mengandungi perkara-perkara seperti berikut: 1.
Pengenalan
2.
Penyataan masalah penyelidikan
3.
Objektif dan tujuan penyelidikan
4.
Tinjauan Literatur
5.
Kaedah penyelidikan yang digunakan
6.
Keputusan kajian
7.
Rumusan dan cadangan
Konsep Penyelidikan 27
Penemuan penyelidikan perlu dilaporkan dan disebarkan untuk faedah bersama. Laporan mesti dibuat dengan jujur, jelas dan boleh difahami. Penemuan penyelidikan harus didedahkan kepada perbincangan umum, khususnya dalam kalangan masyarakat berbudaya penyelidikan agar kegunaanya lebih mantap dan meluas. RUMUSAN Secara normalnya, kita dan kehidupan sekeliling sedikit sebanyak bersifat saintifik. Manusia dilahirkan dengan sifat ingin tahu dan ingin meneroka. Penerokaan dan penyelidikan memerlukan pengetahuan dan asas-asas bukti yang kukuh serta saintifik. Sehubungan dengan itu, dalam bidang pendidikan yang mana ia bersifat global, penyelidikan seharusnya melibatkan perancangan yang sistematik dan teratur supaya kerja-kerja penyelidikan dapat dijalankan tanpa banyak halangan. Ini disebabkan penyelidikan pendidikan adalah aktiviti untuk memahami sesuatu fenomena dan mencari jawapan kepada sebab dan akibat. Penyelidikan mengandungi masalah yang hendak diselidiki, bukti yang mengandungi fakta-fakta analisis dan klasifikasi yang logik dan diuji penggunaanya kea rah penyelesaian masalah serta akhirnya kesimpulan kepada masalah. Proses aktiviti tersebut membabitkan beberapa prosedur secara saintifik dan sistematik. Penelitian setiap proses sedemikian akan menghasilkan sesuatu yang bernilai dan dapat menyumbangkan kea rah memperbaiki sesuatu fenomena, juga sebagai panduan kepada penyelidikan pada masa akan datang bagi menghadapi kajian dan penyelidikan fenomena yang sama dalam perkembangan tamadun manusia.