Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
TAJUK 5
5.1.
PENYELIDIKAN TINDAKAN: PROSES
Sinopsis
Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi empat peringkat. disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat rajah 2) semua peringkat itu haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. proses yang diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii kecil-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. proses ini harus juga dilihat dari segi keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan tindakan untuk menyelidik dan mengubahsuai tindakan. kerjasama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur bermula dengan tinjauan. di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke peringkat perancangan, pelaksanaan dan refleksi. 5.2 Hasil Pembelajaran Menghuraikan proses melaksanakan kajian tindakan serta masalah yang dihadapi.
5.3 Kerangka Proses kajian tindakan: Mengenal pasti aspek amalan bagi penambahbaikan Merancang tindakan Membina stratergi Melaksanakan tindakan Mengumpul data
51
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Menganalisis data Membuat refleksi terhadap tindakan (sebelum, semasa dan selepas tindakan) Merancang kitaran kedua Mengambil tindakan susulan
5.3.1 Mengenal Pasti Masalah Langkah utama yang penting dalam penyelidikan tindakan ialah mengenal pasti amalan yang bermasalah dalam isu bilik darjah yang menjadi perhatian. Contohnya tahap pencapaian jawi di kalangan pelajar, kemampuan pelajar dalam membaca Al-Quran, minat pelajar keitka belajar Al-Quran dan pelnbagai masalah yang dikenal pasti oleh guru pendidikan islam ketika mengajar. Menurut Kemsis dan Mc Taggart, 1982. Guru perlu memilih masalah topik dan masalah yang merupakan isu yang penting kepada anda sebagai seorang guru. Masalah yang hendak dipilih perlu masalah yang boleh diselesaikan atau bersifat penambahbaikan kepada amalan harian. Diharapkan melalui kajian tindakan yang dilakukan dapat memberi kesan atau impak ke atas pembelajaran murid dan merubah tabiat guru. Kaedah mengenal pasti masalah, guru perlu membuat pemerhatian, menyoal dan membuat refleksi tentang keadaan sebenar (seluruh kelas atau sebahagian daripada murid dalam kelas untuk menyiasat dan mencari jalan penyelesaian masalah yang dihadapi oleh mereka). Dengan membuat perbandingan tahap pencapaian murid dengan standard pencapaian yang sepatutnya dicapai seperti mana yang digariskan oleh kementerian pelajaran Malaysia. Untuk itu penyelidik dicadangkan berkolaborasi dengan rakan guru lain, ketua panatia atau ketua bidang sebelum melakukan kajian tindakan. Beberapa soalan terbuka seperti di bawah dapat membantu guru unutk mengenal pasti bidang serta amalan yang diminati untuk dibuat kajian dalam penyelidikan tindakan. -
Saya ingin memperbaiki kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam …..
-
Saya keliru dengan kaedah yang digunakan ….
-
Kebanyakan guru atau murid tidak minat dalam ….
-
Saya ingin tahu lebih lanjut tentang …
-
Buat masa ini bidang yang saya minati ialah …
52
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
-
Saya ingin mencuba menggunakan idea tentang …
Idea yang diperolehi itu perlu diubah dalam bentuk soalan kajian. Namun sebelum guru perlu mengambil kira tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan penyelidikan yang akan dilaksanakan supaya penyelidikan yang akan dibuat itu bermakna dan berfaedah. -
Bagaimana untuk saya dapatkan penjelasan …
-
Adakah kajian itu boleh diurus dan disiapkan dalam tempoh masa yang ada?
-
Adakah melalui kajian ini akan memberikan kefahaman yang mendalam kepada diri anda?
-
Adakah anda berpeluang untuk menyebarluaskan hasil kajian tindakan ini?
-
Adakah isu tersebut ada kaitan dengan amalan anda sebagai seorang guru dan sebagainya?
Selepas itu barulah soalan-soalan penyelidikan dibina dan dibentuk. Contoh saoalan adalah seperti berikut: -
Bagaimana saya membuat murid berasa seronok untuk belajar.
-
Apakah kaedah yang paling sesuai digunakan unruk mengajar matapelajaran sirah pendidikan islam sebagai contoh?
-
Bagaimana pendekatan penjelasan penulisan laporan reflektif memberi kesan ke atas penulisan dan perasaan murid?
-
Bagaimana cara untuk memastikan murid sentiasa istiqamah dalam amalan?
Untuk menyelesaikan masalah yang dikenal pasti, sebaiknya dijelaskan tujuan penyelidikan yang dicadangkan, objektif pelajaran, standard kandungan, peralatan, bahan pelajaran, kekangan, kekuatan dan bantuan, aktiviti dan jangkaan dalam persekitaran bilik darjah. Penyataan masalah boleh dinyatakan dalam bentuk latar belakang kajian dan persoalan kajian. Latar belakang kajian akan menjelaskan tentang seting kerja seperti peranan guru, ibu bapa dan murid, budaya belajar di sekolah atau dalam kelas dan penulis boleh menyatakan masalah yang ingin dikaji. Tinjauan literasi dilakukan untuk mendapatkan maklumat daripada penyelidikpenyeludik sebelum ini terhadap isu yang berkaitan masalah yang ingin anda kaji.
53
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
5.3.2 Merancang Tindakan Setelah penyelidik mengenal pasti masalah dan menetapkan tajuk penyelidikan, penyelidik perlu melakukan perancangan dengan membina kerangka untuk penyelidikan tindakan. Untuk Berjaya dalam melakukan sesuatu, perlu ada pada seseorang itu melakukan perancangan yang rapi sebelum melakukan tindakan. Dapatkan maklumat terlebih dahulu tentang “apa” “bagaimana” “kenapa” “siapa” dan “bila”. Penyelidik boleh meninjau hasil penyelidikan yang dilakukan oleh penyelidik lain. Dengan ini penyelidik akan memurnikan lagi tajuk dan persoalan kajian disamping mengenal pasti stratergi yang baru atau rawatan baru yang sesuai dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kerangak kajian ini merupakan tulang belakang dalam kajian. 5.3.3 Membina Stratergi Untuk menjawab persoalan yang digariskan, penyelidik perlu membina stratergi yang betul agar matlamat kajian tercapai. Sebagai contoh, penyelidik ingin mengkaji penglibatan ibu bapa untuk memastikan murid istiqamah melakukan amalan solat fardhu di rumah. Penyelidik perlu memikirkan tentang setiap bahagian persoalan. -
Apakah yang dimaksudkan dengan penglibatan ibu bapa?
-
Bagaimanakah cara penyelidik mendapatkan respon daripada ibu bapa?
-
Apakah cara untuk menghubungi ibu bapa?
-
Bagaimanakah cara untuk mengukur dan menilai data?
-
Bagaimanakah cara penyelidik mengetahui samaada tindakannya akan memberi kesan ataupun tidak?
-
Sudahkah penyelidik mendapatkan kebenaran daripada guru panitia pelajaran dan guru besar atau pengetua tentang perancangan yang ingin dilaksanakan?
5.7 Melaksanakan Tindakan Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan persediaan dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah:
54
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
-
Anda
telah
mendapatkan
kebenaran
daripada
pihak-pihak
berkaitan
dengan
penyelidikan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan tersebut. -
Menyediakan instrument alat untuk mengumpul data.
-
Cara untuk mengingat semula tindakan yang akan dijalankan.
-
Cara untuk memastikan ketekalan tindakan.
-
Kaedah menyimpan data bagi memastikan keselamatannya.
Semasa melaksanakan tindakan, penyelidik sebenarnya sedang mengumpul data. Setiap perancangan dan persoalan kajian perlu disemak semula. Di samping itu, penyelidik perlu menerusakan pembacaan bidang yang dikaji. Berkemungkinan akan berlaku perubahan dan penambahbaikan. 5.3.4 Mengumpul Data. Pelbagai teknik pengumpulan data boleh digunakan seperti penulisan diari, soal selidik, ramakan video dan audio, pemerhatian, temu bual dan bukti dokumentasi. Teknik yang menjadi pilihan bergantung pada soalan-soalan kajian yang ditanyakan. Triangulasi diperlukan untuk mengelakan berlakunya bias peribadi. Ianya penting ketika membentuk kaedah dalam mengumpul data. Data perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan. Kesahan data merujuk kepada sejauh mana ianya benar-benar mengukur fenomena spesifik yang diselidiki. Manakala kebolehpercayaan data pula merujuk kepada ketepatan data yang dikutip seperti yang dikehendaki dalam kajian. Penyelidik perlu menetep jangka masa untuk melaksanakan pengumpulan data. Penggunakan buku log dan jurnal pembelajaran akan membantu membekalkan data yang diperlukan. 5.3.5 Menganalisis Data Kebanyakan data yang diperolehi melalui penyelidikan tindakan lebih bersifat kualitatif. Ini bermakna penyelidik mesti menggunakan kebijaksanaannya untuk menganalisis dan membuat interpretasi maklumat dan data yang dikumpulkan. Proses analisi data kualitatif meliputi kemahiran membaca secara kritikal, kemahiran mencari hubungan atau perkaitan antara datadata yang diperolehi dan kemahiran menentukan jawapan kepada masalah penyelidikan yang kompleks.
55
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
Analisis data dilakukan semasa dan selepas data dikumpulkan. Analisis semasa data dikumpulkan bermula pada interaksi yang pertama bersama responden. Ia melibatkan data yang dikumpulkan secara tidak formal untuk membuat perbandingan di antara data yang sedia ada dengan data yang baru serta membantu penyelidik menentukan data manakah yang lebih penting. Menganalis data selepas ia dikumpulkan akan melibatkan jumlah data yang lebih banyak dan memerlukan data-data tersebut diurus, ditadbir, dikodkan, dikategorikan mengikut tema dan corak data tersebut. 5.3.6 Membuat Refleksi Terhadap Tindakan Penyelidikan perlu memikirkan apakah proses pembelajaran yang dipelajari daripada kajian yang dijalankan. Catatkan proses tersebut agar dapat dikongsi bersama dengan rakan-rakan penyelidik, rakan guru, ketua panitia, guru besar dan pihak pentadbir sekolah. Schein (1999) mengemukakan satu stratergi membuat refleksi melibatkan pemerhatian, reaksi, pertimbangan dan model intervensi: a. Pemerhatian: menjelaskan apa yang kita lihat b. Reaksi: meneroka reaksi emosi terhadap apa yang telah diperhatikan. c. Pertimbangan: menganalisis, memproses dan membuat pertimbangan berdasarkan pemerhatian dan perasaan dengan tujuan mengenal pasti apakah perkara yang didasarkan kepada perasaan dan apakah perkara yang didasarkan kepada anaisis terhadap peristiwa yang terjadi. d. Intervensi: merancang pendekatan seterusnya. 5.3.7 Merancang Kitaran Kedua. Seperti yang telah dijelaskan bahawa kajian tindakan adalah merupakan proses yang berterusan dan merupakan kitaran berulang. Setelah selesai pusingan pertama penyelidikan, terdapat kemungkinan untuk menyediakan diri dalam kitaran kedua apabila terdapat isu baru yang timbul semasa melakukan proses dalam kitaran yang pertama. Cuba penyelidik menggunakan pendekatan lain hingga penyelidik dapat mencipta inovasi pengajaran yang baru dan berkesan. Untuk kitaran yang kedua dan seterusnya hendaklah bermula daripada merancang semula tindaka, melaksanakan tindakan, menganalisis dan membuat refleksi.
56
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
5.3.8 Membuat Tindakan Susulan. Setelah selesai proses penyelidikan, penyelidik perlu melihat semula data secara objektif sama ada data-data tersebut menyokong persoalan yang dikemukakan. Jika berlaku perubahan, adakah perubahan itu signifikan? Sekiranya dapatan yang diperolehi meleset dari jangkaan, maka penyelidik perlu menjalankan tindakan susulan. Tindakan susulan bertujuan untuk memperbaiki kesilapan yang berlaku. 5.4 Contoh Penyediaan Kertas Kerja Cadangan Untuk Menjalankan Kajian Tindakan. Sebelum menjalankan kajian tindakan, penyelidik mesti mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir atau pihak atasan sekolan bagi membolehkan penelidik mendapat sokongan dan bantuan dalam bentuk perkongsian maklumat, sumbangan teknikal dan kewangan. Berikut dikemukakan contoh format penyediaan kertas kerja. I.
Fokus kajian/ masalah kajian.
II.
Menerangkan isu atau masalah yang berlaku dalam bilik darjah.
III.
Maklumat tentang data pelajar yang terlibat dengan masalah tersebut.
IV.
Kemungkinan punca isu dan masalah.
V.
Penyelidik mengemukakan cadangan untuk melakukan penambahbaikan terhadap amalan di bilik darjah yang hendak dilakukan.
VI.
Soalan kajian.
VII.
Sumber literatur.
VIII.
Reka bentuk kajian
IX.
Subjek kajian.
X.
Pelan tindakan.
XI.
Stratergi pengumpulan data.
XII.
Analisis data.
XIII.
Jadual kerja.
XIV.
Perbelanjaan.
XV.
Sumber rujukan
57
Laman ashaario SCE3113 PENYELIDIKAN TINDAKAN I SAINS PENDIDIKAN RENDAH (KAEDAH)
SOALAN Huraikan proses-proses yang perlu dilalui oleh para guru dalam melaksanakan penyelidikan tindakan.
OLL Sebelum melaksanakan sesuatu tindakan, penyelidik perlu melakukan beberapa persediaan. Jelaskan persediaan-persediaan tersebut.
58