Penubuhan Persatuan Penduduk Kampung Untuk Mempertahankan Hak Tanah Adat di Sarawak
Diterbitkan oleh: Sahabat Alam Malaysia 258, Jalan Air Itam 10460 Penang. Tel: +604-2286930 Faks: +604-2286931 www.foe-malaysia.org
[email protected] Pejabat Sarawak: 129A, First Floor Jalan Tuanku Taha P.O. Box 216 98058 Marudi, Baram, Sarawak Tel/Faks:+6085-756973
[email protected] Dicetak oleh Jutaprint 2, Solok Sungai Pinang 3 11600 Penang. Tel:+604-2820327 Faks:+604-2820343
Siri Penerangan untuk Masyarakat Sahabat Alam Malaysia No.2/2013 (Ogos 2013)
Apabila Tanah Adat Anda Dicerobohi Masyarakat Orang Asal sering menghadapi masalah pencerobohan tanah adat oleh syarikat pembalakan, perladangan dan pembinaan empangan. l
Usaha mempertahankan hak sering digugat oleh dakwaan bahawa kita ketiadaan hak di tanah yang dicerobohi. l
Apabila Tanah Adat Anda Dicerobohi Masalah juga mungkin timbul apabila ada pihak-pihak tertentu berusaha untuk memecah-belahkan penduduk kampung. l
Aduan kepada pihak berkuasa juga tidak semestinya memberikan hasil yang diharapkan: bahawa hak kita diiktiraf dengan jelas. l
Apakah Persatuan Penduduk Kampung? Persatuan Penduduk Kampung / Residents Association (PPK) adalah sebuah badan berdaftar yang rasmi dan sah yang ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ahli-ahlinya. l
Ia dapat diuruskan dengan lebih tersusun berbanding dengan Jawatankuasa Bertindak Kampung. l
Keahlian Persatuan adalah terbuka kepada semua penduduk kampung yang berkongsi harapan dan tujuan yang sama. l
Tujuan Persatuan Penduduk Kampung ditubuhkan Mempertahankan hak tanah adat daripada pencerobohan dengan lebih tersusun dan mengambil kira perancangan jangka masa panjang. l
Penduduk tidak lagi perlu bergantung kepada mana-mana pihak yang mendakwa mewakili suara mereka. Persatuan adalah suara rasmi mereka. l
Dapat merangka pelbagai kegiatan lain untuk menjamin kesejahteraan dan kebajikan penduduk. l
Persatuan Penduduk Kampung:
Kelebihan & Faedah
Segala keputusan dapat dicapai dengan perbincangan yang lebih terbuka. l
l
Suara setiap ahli memiliki kepentingan yang sama.
Setiap percanggahan pendapat dapat dibincangkan secara terbuka. l
Pemegang-pemegang jawatan tidak boleh bertindak sesuka hati. Mereka mesti menunjukkan kesungguhan dan tanggungjawab. Jika tidak, mereka boleh digugurkan melalui undian ahli. l
Persatuan Penduduk Kampung:
Kelebihan & Faedah
Merancang pelbagai kegiatan lain untuk kebajikan dan kesejahteraan ahli: Projek-projek pertanian, perhutanan, perniagaan untuk meningkatkan sumber pendapatan penduduk. l
Dapat menerima dan menguruskan sumbangan dana dan sumber-sumber lain dengan lebih telus. l
Dapat menghantar perwakilan ke sebarang pertemuan dan latihan dengan lebih mudah kerana kedudukan rasmi mereka. l
Persatuan Penduduk Kampung:
Proses dan Struktur Pemegang-pemegang jawatan dilantik dengan terbuka oleh ahli-ahli Persatuan. l
Didaftarkan dengan Pendaftar Persatuan Malaysia (Registrar of Society – ROS). l Ia tertakhluk kepada Akta Pertubuhan 1966. l
Tujuan penubuhan, peraturan pengurusan dan keanggotaan ahli-ahlinya (contoh: yuran keahlian) dijelaskan melalui sebuah Perlembagaan bertulis. l
Persatuan juga boleh menerima khidmat nasihat dari pihak luar jika difikirkan perlu. (Contoh: Penasihat Undang-Undang, Penasihat Kewangan.) l
Penubuhan Jaringan Persatuan-Persatuan Penduduk yang lebih luas Sekumpulan persatuan-persatuan penduduk dapat menubuhkan sebuah jaringan persekutuan yang rasmi. l
Jaringan in jika diuruskan dengan baik malah dapat melakukan lobi (perbincangan untuk menggesa sesuatu perkara dilakukan) di peringkat DUN dan kebangsaan dengan lebih berkesan. l
Cabaran
Cabaran
l
Kesulitan untuk meyakinkan penduduk kampung untuk menyertai persatuan.
l
Pihak-pihak tertentu di kampung mungkin akan menentang dan menghalang penubuhan Persatuan.
l
Jarak kampung yang jauh dari bandar menyukarkan Persatuan mendapatkan nasihat dan sokongan luar dan berurusan dengan pihak berkuasa.
l
Ahli khuatir dengan tindakan pihak-pihak tertentu dan pihak berkuasa akibat daripada keanggotaan mereka di dalam Persatuan.
Pelbagai syarat dan peraturan yang wajib dipatuhi di bawah Akta Pertubuhan 1966.
l
l
Menguruskan mesyuarat agung tahunan, laporan kewangan setiap kegiatan, laporan tahunan tentang kegiatan dan pengurusan kewangan… l
Kekurangan atau ketiadaan dana. Jika Persatuan gagal mematuhi syarat-syarat pengurusannya, pendaftarannya boleh dibatalkan. l
Ahli kurang keyakinan atau hilang minat setelah beberapa waktu. l
Mengatasi Cabaran
Mengatasi Cabaran
l
Jangan takut dengan pihak-pihak yang cuba menghalang penubuhan Persatuan.
l
Mulakan dengan Jawatankuasa Bertindak Kampung dahulu dan pastikan ianya dapat bergerak dengan licin sebelum Persatuan ditubuhkan.
l
l
Tubuhkan Jawatankuasa Kecil jika ada hal-hal penting yang perlu diuruskan dengan lebih mendalam oleh Persatuan.
Galakkan pertukaran pemegang-pemegang jawatan dan tampuk kepimpinan. Galakkan penglibatan belia dan wanita.
Cuba dapatkan nasihat teknikal bagi memperbaiki cara Persatuan diurus dari masa ke semasa. l
l
l
Galakkan perkongsian pendapat.
Sentiasa belajar dan berkongsi pengalaman bersama Persatuan-Persatuan Penduduk yang lain. l