Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
KERTAS CADANGAN PENUBUHAN SEKOLAH PONDOK MADRASAH AL-IJTIMAIYYAH ASH-SYATARIYYAH KAMPUNG GADONG LAMA, LABU NEGERI SEMBILAN
URUSETIA PENAJA JAMAAH SYATARIYYAH BANTING SELANGOR
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 1
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
CADANGAN PENUBUHAN SEKOLAH PONDOK KAMPUNG GADONG LAMA, LABU, NEGERI SEMBILAN 1. Pendahuluan Sistem pendidikan sekolah pondok di Malaysia merupakan satu sistem pendidikan tradisional dalam sejarah perkembangan Islam. Institusi ini wujud apabila adanya usaha- usaha para ulama terdahulu mengambil inisiatif mengajar masyarakat Islam di kawasan setempat melalui kitab-kitab yang muktabar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Cadangan penubuhan pondok ini yang membawa maksud mewujudkan warisan Islam adalah satu usaha murni bertujuan menghidupkan ruang pendidikan agama kepada masyarakat secara lebih khusus. Hasrat ini lebih terarah apabila di kawasan ini, khasnya di Negeri Sembilan adalah lubuk ilmuan Islam terbilang, antaranya, Al – Marhum Syeikh Jamaludin AL- Linggi, Syeikh Said AL- Linggi, Tuan Tulis Ismail, Syeikh Haji Ujang AS - Sammaniah (Pasir Ambur), Tuan guru Haji Ahmad Rembang Panas Juasih. Mereka semua adalah sebahagian ulama yang telah memperjuangkan Islam di zaman dahulu. Kini timbul pula beberapa tuan- tuan guru yang menyambung usaha murni mereka seperti Tuan Guru Haji Abdul Raof (PondokTampin), Tuan Guru Abdul Hafiz (Pondok Kuala Pilah) dan lain-lain. Moga usaha mereka diberkahi Allah. Penubuhan pondok ini pula untuk menyemarakkan lagi institusi pengajian sekolah pondok yang sedia ada itu, moga mendapat limpah rahmat Ilahi. Amin Ya Rabbil A'lamin.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 2
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
2. Latar Belakang Sistem Sekolah Pondok Sistem pendidikan pondok dalam dunia melayu bermula di Pattani dalam abad ke 16. Sistem ini berkembang di Semenanjung Tanah Melayu pada awal abad ke l7. Ianya melibatkan beberapa negeri seperti Kedah, Kelantan, Perak dan Pulau Pinang. Sistem pendidikan pondok di Indonesia bermula di Acheh yang dinamakan pasantrien yang bermaksud "perkampungan".
Sistem ini hanya
terdapat di Asia Tenggara dan merupakan suatu yang unik dalam sejarah perkembangan ilmu pendidikan Islam.
3. Pondok- Pondok di Malaysia Antara sekolah pondok terkenal di Malaysia:i.
Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan.
ii.
Pondok Banggul Berangan (Lanai) Baling, Kedah.
iii.
Pondok Kroh, Grik, Perak.
iv.
Pondok Jorak, Muar, Johor.
v.
Pondok Chenor, Temerloh, Pahang.
vi.
Pondok Labuhan Dagang, Banting, Selangor.
vii.
Pondok Sungai Bakap Pulau Pinang.
viii.
Pondok Sungai Udang, Melaka.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 3
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
4. Sistem Pendidikan Pondok Sistem pendidikan pondok merupakan satu sistem yang mementingkan aspek penghayatan dan amalan dalam diri setiap muslim. Perkataan 'fondok' ( )اﻟﻔﻨﺪقdari bahasa Arab bererti 'tempat penginapan'. Orang melayu lebih mudah menyebut 'pondok' hingga ke hari ini. Komponen dalam sesuatu pendidikan pondok terdiri daripada pondok penginapan, penempatan guru-guru, madrasah, musolla, wakaf- wakaf, ruang riadah. Pondok pula terbahagi dua iaitu pondok dalam dan pondok luar. Pondok dalam menempatkan mereka yang berkelamin dan pelajar perempuan (diasingkan). Pondok luar pula menempatkan pelajar lelaki yang masih bujang.
5. Idea Untuk Menubuhkan Madrasah Pengajian Pondok Idea untuk menubuhkan madrasah pengajian pondok ini lahir daripada aktiviti jemaah Syatariyyah yang sering mengadakan program menziarahi ulama’ dan pondok- pondok pengajian Islam yang ada di tanah air. Aktiviti ziarah ini telah menjadi satu aktiviti tahunan untuk menimbulkan rasa kasih kepada ulama dan menimbulkan minat untuk menuntut ilmu. Dari situlah timbulnya idea untuk menubuhkan madrasah sendiri kerana kebanyakan alim ulama’ yang ada pada hari ini pada mulanya menuntut ilmu di pondok- pondok pengajian Islam. Walaupun situasi zaman millennium ini melihat pendidikan cara ini agak ketinggalan zaman, namun bagi kami ia masih tetap relevan kerana melalui sistem pendidikan begini dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada agama dari segi Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 4
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
aspek sistem silibus yang sinonim dengan tuntutan agama, bermula dengan soal aqidah, hukum-hukum feqah hinggalah kepada perkara-perkara melibatkan soal batiniah yang sukar dipelajari melalui sistem pendidikan yang ada sekarang. Jadi dengan sebab itu kami terpanggil untuk menubuhkan madrasah pangajian Islam ini untuk meninggikan lagi syiar Islam dan dapat mewujudkan perkampungan yang mengamalkan cara hidup Islam. Di antara pondok-pondok yang pernah di ziarahi oleh jamaah Syatariyyah:
Madrasah Misbahul Falah (Pondok Lanai- Kedah)
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 5
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Pondok Bandar Hilir Telui Tua Sik Kedah
Bergambar kenangan bersama Tuan Guru Ustaz Abdul Halim
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 6
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Jamaah Syatariyyah bersama Tuan Guru Syed Suhaimi dan para pelajar Pondok Darul Muhajirin Bukit Jong, Setiu
Persekitaran Pondok Darul Muhajirin
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 7
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Perkarangan Pondok pak Tih Haji Abdullatif – Kroh, bergambar bersama tenaga pengajarnya
Muzakarah dengan Tuan Guru Haji Marzuki di pondoknya Pondok Permatang Badak, Kuantan Pahang
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 8
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Kediaman Tuan Guru Haji Abdul Hamid (Pak Cu Mid) Bukit Tembaga, Pokok Sena Kedah
Pintu masuk Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 9
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Bersama tenaga pengajar Maahad Tarbiah Islamiah Derang, Pokok Sena Kedah
Tuan Guru Haji Rejab, Pondok Manab Al-Ulum Sungai Korok, Ayer Hitam Kedah
Ini adalah sebahagian yang sempat kami paparkan di sini banyak lagi pondok- pondok yang kami ziarahi antaranya di Kelantan, Perak, Pahang dan
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 10
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Johor. Sebenarnya masih banyak lagi ulama- ulama yang ada di tanah air yang belum kami temui. Mudah-mudahan dengan menziarahi ulama akan timbulkan kasih kepada mereka dan akan timbulnya kasih kepada Rasulullah, mudahmudahan mendapat keredhaanNya.
6. Objektif Cadangan penubuhan sekolah pondok ini mempunyai objektif seperti berikut:i.
Menyediakan pendidikan menurut ahli sunnah wal jamaah.
ii.
Pengambilan ilmu yang dipelajari.
iii.
Memberi peluang kepada lapisan masyarakat sama ada warga emas mahupun remaja.
iv.
Mencari mardotillah ()ﻣﺮﺿﺎة اﷲ
v.
Menjadi tempat uzlah (berkhulwah).
vi.
Kem motivasi untuk orang awam, badan berkanun, pelajar sekolah dan universiti.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 11
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
7. Sistem Pendidikan Sistem pendidikan yang akan dilaksanakan dipondok ini dibahagikan kepada dua bahagian:i.
Nazami (sistem kelas menurut tahun)
ii.
Umumi (kelas umum) Sistem nazami adalah untuk pelajar remaja dari umur 13 tahun dan ke atas.
Sistem umumi pula adalah untuk warga emas berkelamin juga untuk pelajar 13 tahun ke atas. Sistem kelas adalah dari tahun satu hingga tahun tujuh (Tujuh Tsanawi). Pada tahun satu, pelajar-pelajar akan memulai pengajian tulisan Jawi dan pengenalan Bahasa Arab (nahu, sorof, dan lain-lain). Juga kitab-kitab Jawi dan Arab pertengahan. Pada tahun lima, enam dan tujuh adalah pengajian kitab-kitab Arab. Insya Allah.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 12
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
8. Sumber Kewangan Pembinaan Pondok Jawatankuasa penaja penubuhan pondok ini telah merancang di mana untuk mendirikan pondok ini memerlukan peruntukan RM1.5 juta sebagai pembinaan selengkapnya. Namun begitu pihak penaja telah bersetuju untuk memulakan pembinaan sebanyak mana yang dapat dikumpulkan terlebih dahulu, sehinggalah terdirinya pondok ini. Sehubung dengan itu segala sumbangan daripada dermawan budiman amat dialu-alukan ,dan kami ucapkan jaza khimullahu khairan kasira. Sumbangan bolehlah di buat melalui akaun seperti di: Nama Bank:
BANK ISLAM
No. Akaun:
12074010060791
Atas Nama:
SYATARIYYAH ENTERPRISE
Atau boleh terus berhubung dengan jawatankuasa pembinaan di no telefon berikut: 1. Pengerusi
Rosnan Bin Haji Kasnan – (013-3871418)
2. Setiausaha
Abdurrasyid Bin Md. Jail – (013-2981664)
3. Bendahari
Ahmad Suhaimi Bin Sharip – (013-2380399)
4. Urus Setia Pembangunan
Abdullah Bin Yahya – (012-3931784)
5. Pengurus Projek
Mohammad Hafni Bin Mohammad Hanafiah -- (0172413724)
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 13
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
9. Yuran Pengajian Yuran pengajian akan dikenakan pada kadar yang minima, iaitu setiap pelajar katagori 1, dikenakan RM30 sebulan. Manakala katagori 2, dikenakan RM50 (dewasa dan warga emas) sahaja. Tujuan yuran ini dikenakan adalah sebagai caj bekalan air dan bekalan elektrik serta kerja-kerja 'maintanance' di pondok pengajian, seperti pembersihan kawasan, baik pulih bangunan serta kerja-kerja pentadbiran. Sebahagian peruntukkan yang dikenakan kepada pelajar akan digunakan sebagai saguhati tenaga pengajar.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 14
Madrasah Al Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
10. Ahli jamaah Yang Berusa erusaha Bagi Menjayakan yakan Penubuhan Pondok P
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 15
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
11. Saketeriat Pencarian Dana Sekolah Pondok Madrasah AlIjtimaiyyah Ash-Syatariyyah Pendahuluan Telah diketahui umum bahawa keadaan umat Islam di seluruh dunia ketika ini dalam status lemah dan tertindas. Lemah dari aspek aqidah dan tidak berpegang teguh dengan prinsip Islam yang sebenar. Mereka sering kali melakukan perbuatan di luar batas Islam, tanpa disedari. Menyedari hakikat ini perlu ada satu pakatan, bangkit untuk memberi kefahaman kepada mereka. Dengan ini akan dapat memperkasakan diri dengan memperbaiki sahsiah dan jati diri mereka sebagai individu Muslim. Mudah- mudahan mereka akan sentiasa berada di landasan yang sebenar (Ahli Sunnah Wal-Jamaah). Di atas kesedaran itu, maka kami ingin mengajak masyarakat Islam yang ada, untuk membina sebuah Insitusi Pengajian Islam (pondok) yang berpaksi di atas landasan Islam yang sebenar bertempat di Kampung Gadong Lama daerah mukim Labu, Negeri Sembilan, InsyaaAllah.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 16
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
12. Penubuhan Syarikat Penubuhan SYATARIYYAH ENTERPRISE telah di daftarakan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Ini bertujuan bagi membuka akaun bank tempatan untuk pengumpulan dana pembinaan pondok yang dimaksudkan. SYATARIYYAH ENTERPRISE (No Pendaftaran 002216608-T) Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman, Kampung Labohan Dagang 42700 Banting Selangor Darul Ehsan
*Rujuk LAMPIRAN 1
13. Visi Madrasah Pihak kami telah meletakkan matlamat penubuhan Madrasah Syatariyyah ini adalah seperti berikut; i.
Pembelian tanah melalui sumbangan orang ramai, dan tanah tersebut akan diwartakan sebagai tanah wakaf.
ii.
Membena Pusat Pengajian Islam (pondok) dilengkapi dengan asrama dan Iain - Iain sebagaimana dinyatakan dalam "sasaran projek".
iii.
Memberi pendidikan kepada para pelajarnya, membina hakikat insaniah sebagai individu Islam secara PERCUMA.
Untuk realisasikan impian yang murni ini, Seketeriat Pencarian Dana ditubuhkan, dengan tujuan untuk mencapai sasaran dan wawasan projek yang akan di nyatakan di bawah.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 17
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
14. Sasaran Projek i.
Membeli sebidang tanah seluas 2 ekar, 17 pool di alamat seperti diatas.
ii.
Membersihkan tanah, pembenaan jalan masuk, membuat perparitan dan saliran yang sesuai.
iii.
Membina madrasah dan dewan kuliah.
iv.
Membina rumah mudir dan tenaga pengajar.
v.
Membina rumah kakitangan dan warga emas.
vi.
Membina asrama penempatan pelajar lelaki.
vii.
Membina asrama penempatan muslimah. *Rujuk LAMPIRAN 2
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 18
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
15. Anggaran Kos Anggaran kasar kos yang diperlukan untuk tujuan tersebut adalah dianggarkan sebanyak RM1,700,000 (1.7 juta ringgit) PERKARA
KUANTITI
HARGA
2
Kos beli tanah *rujuk LAMPIRAN 3 Pembersihan tanah
3
Membuat teres tanah
1 Lot
RM 3,800
4
Sistem perparitan
1 Lot
RM 4,600
5
Pagar keliling
1 Lot
RM 48,000
6
Blok asrama
5
RM 800,000
7
Surau
1
RM 250,000
8
Sistem kumbahan
1 Lot
RM 180,000
9
Sistem jalan
1 Lot
RM 70,000
10 Kawasan riadah
1 Lot
RM 30,000
11 Sistem elektrik
1 Lot
RM 60,000
12 Keperluan asas
1 Lot
RM 100,000
5
RM 150,000
1
13 Rumah guru dan pekerja am Jumlah anggaran keseluruhan kos
2 Ekar
RM 70,000
1 Lot
RM 5,700
RM 1,772,100
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 19
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
16. Pengumpulan Dana Setiap ahli di dalam kumpulan ini adalah bertanggungjawab untuk bergerak bersama-sama bagi mendapatkan dana yang secukupnya untuk mencapai matlamat dan impian yang dinyatakan. Berikut adalah langkah-langkah yang dicadangkan dalam melaksanakan visi tersebut; Sumbangan individu daripada ahli-ahli korporat muslim yang telah berjaya. Ikhlas mengharapkan balasan Allah S.W.T. di akhirat kelak. i.
Daripada syarikat-syarikat kecil dan besar yang beragama Islam atau bukan Islam dan dapat pelepasan cukai. (Ini hanya boleh dilakukan sekiranya pihak Madrasah Syatariyyah ini telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan cukai dari pihak kerajaan)
ii.
Madrasah Syatariyyah ini juga boleh menerima wang dari sumber yang diragui (subahah) dan wang yang jelas tidak sah (haram) untuk digunakan bagi tujuan perkara- perkara yang tertentu seperti pembinaan jalan raya dan pagar.
iii.
Madrasah Syatariyyah ini juga termasuk di dalam kelompok "FI SABILILLAH" (berjuang di jalan Allah), la termasuk di antara asnaf yang lapan. Layak dan boleh menerima wang zakat menurut syariat Islam. Oleh itu sekiranya ada individu atau syarikat yang berkeinginan untuk mengeluarkan zakat boleh menghulurkannya kepada tabung dana Madrasah ini.
iv.
Membuat pungutan derma kilat di ceramah-ceramah perdana setelah mendapat keizinan pihak-pihak tertentu.
v.
Pungutan derma di hari Jumaat setelah mendapat kebenaran pihak masjid.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 20
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
vi.
Menjual produk-produk Islamik seperti produk kesihatan, rakaman ceramah,
dan
Iain-Iain
keluaran
Madrasah
Syatariyyah
ini,
dan
keuntungannya akan dimasukkan ke dalam akaun Madrasah Syatariyyah. vii.
Membuat pengiklanan melalui poster-poster di khalayak ramai, di primisprimis awam dengan meletakkan nombor akaun Madrasah Syatariyyah ini, agar para penyumbang, secara senyap dapat menghulurkan sumbangan mereka terus ke dalam akaun bank.
Cadangan Kepada Ahli Pengutip Derma Apabila kutipan derma dilakukan secara terbuka beberapa langkah persediaan perlu dilakukan, untuk menghindari sebarang kemungkinan di luar jangkaan; i.
Anda perlu bersedia untuk menjawab soalan-soalan liar daripada orang awam. Ada kemungkinan juga daripada individu tertentu yang sengaja hendak menguji ketahanan mental anda.
ii.
Sijil kelulusan daripada pihak-pihak tertentu mestilah sentiasa dibawa bersama, untuk menjawab sebarang kemungkinan dari pihak-pihak tertentu khususnya dari pihak berkuasa.
iii.
Resit rasmi atas nama Madrasah Syatariyyah ini perlu disediakan dan diberikan kepada individu tertentu sekiranya mereka memerlukannya.
iv.
Buku Rayuan Derma perlu disahkan oleh pihak Madrasah Syatariyyah dengan tertera cop rasmi secara jelas.
v.
Ada kemungkinan terdapat individu tertentu yang hendak menyumbang melalui akaun bank. Oleh itu risalah-risalah kecil yang dilengkapi dengan no. Akaun Bank Syatariyyah Enterprise perlu disediakan.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 21
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
17. Harapan Urus Setia Adalah menjadi harapan agar niat suci kami untuk mendirikan sebuah Sekolah Pondok Madrasah Al - Ijtimaiyyah
Ash - Syatariyyah di
kawasan
Kampung Gadong Lama, Labu Seremban ini perlu mendapat sokongan dari semua pihak. Pembinaan pondok ini di atas tanah yang akan dibeli dan seterusnya juga diwakafkan dapatlah dimanfaatkan dengan hasil penyampaian ilmu kitab- kitab lama yang mana ilmu ini dapat mendidik hati dan jiwa penuntut untuk menjadi kekasih tuhan mengikut dasar ahli sunnah waljamaah yang benar. Dengan adanya strategi, konsep dan perancangan pembangunan pondok, maka kami amat memerlukan sumbangan dari setiap orang mahupun badan korporat. Ini adalah untuk memastikan pembinaan pondok ini berjalan dengan lancar dan berjaya. Kewujudan Pondok ini dapat meningkatkan lagi syiar Islam dalam mendidik pembangunan rohani penuntut ilmu seimbang dengan kehidupan syariat. Ketahuilah yang kesemuanya adalah milik tuhan yang menciptakan alam semesta dengan kebenaranNya dan kesempurnaanNya, semoga dengan terhasilnya kertas kerja ini dapat memberi manfaat dan kefahaman kepada pembaca, saya mengharapkan jika adanya kekurangan terhadap penyusunan kertas kerja ini, saya sebagai Urus Setia Pondok Madrasah Al - Ijtimaiyyah Ash Syatariyyah ini memohon kemaafan. Wassalam
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 22
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Penutup Sebagai penutup kepada kertas kerja ini kami amat berharap kepada muslimin dan muslimat agar sudi menghulurkan sumbangan seikhlas hati agar usaha murni kami ini dapat dilaksanakan dengan secepat yang mungkin. Dengan terbinanya madrasah ini akan dapat menegakkan syiar Islam yang semakin hari semakin kurang mendapat perhatian masyarakat. Harapan kami juga semoga ia menjadi warisan kepada anak cucu kami agar meneruskan perjuangan ini. Hanya dengan agama sahajalah yang menjadi panduan untuk berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat, bukan wang ringgit dan harta yang menimbun. Jika ada antara penderma-penderma atau sesiapa sahaja pun yang ingin mendalami ilmu agama, amat kami alu-alukan untuk menuntut ilmu di madrasah ini. Bukanlah wang ringgit menjadi sasaran kami atau kemasyhuran yang di cari, tetapi yang diharapkan hanyalah keredhaanNya semata-mata. Kepada dermawan-dermawan yang telah memberi sumbangan, kami mengucapkan berbanyak terima kasih mudah-mudahan dikurniakan dengan rezeki yang berkat dan di kurniakan keredhaanNya di dunia dan di akhirat. Akhir kata, jika ada pendapat-pendapat , idea-idea yang ingin diutarakan sudi-sudilah hubungi pihak urusetia kami hatta sebarang teguran sekalipun. Mudah-mudahan dapat kami muhasabah dan memperbaiki mana yang kurang. Sekian, terima kasih.
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 23
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Delegasi Melawat Tapak Madrasah di Kampung Gadong Lama, Labu
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 24
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 25

Page 26
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Musyawarah Tapak Madrasah Kampung Gadong Lama, Labu
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 27
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Status Pembinaan Sehingga Januari 2015
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 28
LAMPIRAN 1
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 29

Page 30

Page 31
Madrasah Al Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah
LAMPIRAN 2
Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 32
LAMPIRAN 3
Madrasah Al-Ijtimaiyyah Ash-Syatariyyah Kampung Gadong Lama, Labu, Negeri Sembilan www.pondoksyatariyyah.org
Lot 3959 Simpang 4, Pasaraya Labohan Dagang, Jalan Aman Kampung Labohan Dagang. 42700 Banting Selangor Darul Ehsan. [V7]
Page 33

Page 34

Page 35

Page 36