PENGUMUMAN BERHUBUNG TARIKH PENGUATKUASAAN AKTA SYARIKAT 2016 Pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ingin memaklumkan bahawa Akta Syarikat 2016 (AS 2016) akan dikuatkuasakan secara berperingkat bermula dengan fasa pertama pada 31 Januari 2017. Dengan tarikh penguatkuasaan fasa pertama AS 2016 ini,
Akta
Syarikat 1965 adalah dimansuhkan. 2.
Beberapa peruntukan di dalam AS 2016 yang masih belum
dikuatkuasakan adalah: (a)
seksyen
241
–
peruntukan
berhubung
keperluan
pendaftaran setiausaha syarikat untuk berdaftar dengan Pendaftar; dan (b)
Penggal 8 Bahagian III – peruntukan berhubung mekanisme
penyelamat
korporat
iaitu
perkiraan
sukarela korporat (corporate voluntary arrangement) dan pengurusan kehakiman (judicial management). 3.
Bermula tarikh penguatkuasaan ini, pihak SSM ingin menarik
perhatian
pihak
YBhg.
Tan
Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
berhubung perkara-perkara berikut: (a)
Pengenalan Syarikat Anggota/Pengarah Tunggal (single member/director company) Bermula tarikh penguatkuasaan AS 2016, syarikat boleh ditubuhkan oleh atau mempunyai seorang anggota dan
anggota tunggal tersebut boleh juga menjadi pengarah tunggal. Namun, bagi syarikat-syarikat awam, AS 2016 masih
mengekalkan
keperluan
minimum
2
orang
pengarah. (b)
Perubahan “sijil pemerbadanan” kepada “notis pendaftaran” Bermula tarikh penguatkuasaan AS 2016 ini, pihak SSM akan
mengeluarkan
notis
pendaftaran
untuk
pemerbadanan syarikat baharu bagi menggantikan sijil pendaftaran bagi membuktikan bahawa peruntukan berhubung keperluan pendaftaran syarikat tersebut telah dipenuhi selaras dengan peruntukan undangundang. (c)
Penghapusan konsep modal dibenar (authorized capital) Di bawah AS 2016 ini, syarikat tidak lagi perlu menyatakan
jumlah
modal
dibenar.
Sebaliknya,
syarikat hanya perlu memaklumkan jumlah modal yang dikeluarkan (issued share capital) serta jumlah modal berbayar
(paid
up
capital)
dan
perubahan
yang
berkaitan melalui penyata pengumpukan (return of allotments). (d)
Penghapusan konsep nilai nominal pada syer (syer with nominal value) Bermula 31 Januari 2017, mana-mana syer yang dikeluarkan tidak lagi terikat dengan nilai nominal yang
ditetapkan sewaktu syarikat diperbadankan. Syarikat boleh mengeluarkan syer pada harga yang ditetapkan mengikut faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan dan keperluan semasa syarikat. (e)
Syarikat tidak perlu mempunyai perlembagaan atau memorandum & artikel persatuan Bagi syarikat yang diperbadankan bermula 31 Januari 2017, syarikat tersebut mempunyai pilihan sama ada untuk mempunyai perlembagaan atau sebaliknya. Bagi syarikat
yang
diperbadankan
sebelum
AS
2016
dikuatkuasakan, perlembagaan sedia ada akan terus terpakai terhadap syarikat tersebut sehingga syarikat memutuskan
sebaliknya.
Walau
bagaimanapun,
syarikat berhad menurut jaminan masih diwajibkan untuk mempunyai perlembagaan. (f)
Syarikat tidak perlu mempunyai meterai rasmi (common seal) Bermula 31 Januari 2017, syarikat mempunyai pilihan untuk tidak mempunyai meterai rasmi. Pelaksanaan dokumen syarikat hendaklah mengikut tatacara yang digariskan di bawah Penggal 9 Bahagian II termasuk keadaan sekiranya syarikat memilih untuk mempunyai meterai rasmi.
(g)
Penghapusan
keperluan
mesyuarat
tahunan bagi syarikat persendirian
agung
Bermula 31 Januari 2017, semua syarikat persendirian tidak lagi diperlukan untuk mengadakan mesyuarat agung
tahunan.
persendirian
Sebaliknya
boleh
keputusan
dijalankan
sepenuhnya
syarikat melalui
resolusi edaran. (h)
Pengasingan
penyerahsimpanan
Penyata
Tahunan dan Penyata Kewangan Di bawah AS 2016, keperluan penyerahsimpanan Penyata Tahunan adalah berdasarkan tarikh ulang tahun pemerbadanan sesebuah syarikat, manakala tarikh penyerahsimpanan Penyata Kewangan tidak lewat dari 7 bulan daripada tarikh tahun kewangan berakhir sesebuah syarikat. 4. Tan
Pihak SSM menyeru dan memohon kerjasama pihak YBhg. Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
untuk
mengambilkira
perubahan-perubahan yang dinyatakan di atas dalam menyemak semula, menggubal atau melaksanakan polisi dan proses yang memberi kesan terhadap sesebuah syarikat ketika berurusan dengan
Kementerian/Jabatan/Agensi/Organisasi
kawalselia
YBhg.
Tan
di
bawah
Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan.
Ini
bertujuan untuk memastikan bahawa polisi-polisi yang bersifat mesra perniagaan yang terkandung di dalam AS 2016 dapat dilaksanakan dengan lebih efisien dan faedahnya dapat dinikmati oleh masyarakat korporat secara keseluruhannya. 5.
Selain daripada AS 2016, SSM juga akan menguatkuasakan
Akta Skim Kepentingan 2016 bermula 31 Januari 2017. Akta Skim Kepentingan
ini
mengawalselia
penawaran
skim
kepentingan
sebagai satu alternatif untuk menjana modal perniagaan bagi
syarikat. Peruntukan di bawah Akta Skim Kepentingan ini dahulunya merupakan sebahagian daripada Akta Syarikat 1965. 6.
Sila
layari
laman
web
SSM:
www.ssm.com.my
untuk
maklumat lanjut berkaitan Akta Syarikat 2016, Peraturan-Peraturan Syarikat 2017 serta dokumen serahsimpan yang berkaitan atau Akta Skim Kepentingan 2016. Sebagai alternatif, sila hubungi talian Hotline di 03-77214000 atau emel
[email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut. Ketua Pegawai Eksekutif/Pendaftar Syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia