PENDIDIKAN ISLAM: SATU PENGKAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KURANGNYA MINAT PELAJAR
TERHADAP SUBJEK INI DI SEKOLAH
DISEDIAKAN OLEH: MUHD TAFTAZANI BIN ATIQULLAH (G 0823381) NIK MOHD HAKIMI BIN NIK MUSTAPHA (G 0827021) WAN MOHD HAFIZUDDIN BIN WAN ROSNI (G 0824669) ZUHAIRUN NAJAH BIN MOHAMAD (G 0827869)
PENYELIA: DR. NOOR LIDE BT ABU KASSIM
DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA GOMBAK, SELANGOR.
2009 KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 1
ISI KANDUNGAN BAHAGIAN PERTAMA Pendahuluan…………………………………..…………………….......
03
Pemasalahan kajian……………………………………………………
05
Tujuan kajian……………………………………………………………
06
Objektif Kajian…………………………………………………………..
07
Soalan Kajian……………………………………………………………
08
BAHAGIAN KEDUA (SOROTAN KAJIAN) Pendahuluan……………………………………………………………
09
Definisi……………...……………………………………………………
09
Punca kurang minat pelajar terhadap Pendidikan Islam...………
11
BAHAGIAN KETIGA Kaedah kajian…………………………………………………………..
17
Sampel kajian……………………………………………………………
18
Instrumen kajian…………………………………………………………
19
Kajian pilot………………………………………………………………..
21
Prosedur pengumpulan data…………………………………………...
22
Prosedur penganalisaan data…………………………………………..
23
Soalan kaji selidik………………………………………………………..
25
Soalan kumpulan fokus…………………………………………………
29
Soalan penilaian………………………………………………………...
30
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 2
PENDIDIKAN ISLAM : SATU PENGKAJIAN TERHADAP FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KURANGNYA MINAT PELAJAR TERHADAP SUBJEK INI DI SEKOLAH
BAHAGIAN PERTAMA
PENDAHULUAN
Allah s.w.t telah berfirman dalam surah Al-Hajj:78 “Dia memilih kamu dan dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang Tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu”. Ayat ini menjelaskan bahawa Allah s.w.t telah menjanjikan kesenangan dan kebahagiaan kepada manusia itu jika menganut agama Allah bukannya kesempitan.
Sukatan subjek Pendidikan Islam yang di meteraikan oleh Kementerian Pendidikan mengandungi elemen-elemen Pengajian Islam seperti aqidah, ibadat dan feqah, pengajian hadis dan alQuran serta sirah dan tamadun Islam. Dilihat secara kasar pada sukatan yang dimuatkan sebenarnya telah merangkumi semua aspek nilai dan moral dalam kehidupan seharian sebagai seorang muslim. Peranan subjek ini dalam membentuk jati diri seseorang amatlah tinggi. Ini dapat dilihat dengan kenyataan Menteri Dalam Negeri Jerman, Wolfgang Schaeuble, yang menyatakan bahawa subjek Pendidikan Islam akan dijadikan KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 3
subjek rasmi di seluruh institusi pendidikan di Negara itu. (MOHD HAAFIZUDDIN ABIRERAH, Persatuan Mahasiswa Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur - www.omaq.org). Tindakan ini jelas menunjukkan bahawa pendidikan Islam mampu menguasai jiwa manusia sekaligus menghindar manusia dari melakukan kemungkaran dan kejahatan.
Pastinya kekacauan dan kepincangan akan berlaku dalam kehidupan pelajar andainya pendidikan Islam tidak dihayati dan diamalkan dalam kehidupan mereka. Pergolakan dalaman yang berlaku hasil dari tiadanya kekuatan rohani yang sepatutnya dibentuk melalui acuan pendidikan Islam yang sempurna kini tidak mencapai objektifnya. Gejala sosial yang lumrah berlaku di sekolah seperti kecurian, buli, samseng dan ponteng seharusnya dijadikan silauan untuk kita terus berusaha terapkan minat pelajar untuk mendalami seterusnya melayari dan menghayati nilai-nilai yang ada dalam pendidikan Islam.
Justeru kajian untuk mencari punca yang menyumbang kepada permasalahan ini haruslah di pandang serius dan diketengahkan agar pelajarpelajar muslim kita tidak lagi menjuarai statistik jenayah juvana setiap tahun. Ketempangan yang berlaku akibat kebobrokan akhlak remaja punyai alasan
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 4
yang boleh dipuncakan dengan kurangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam.
PERMASALAHAN KAJIAN
Masalah gejala sosial di kalangan masyarakat dan kepincangan serius yang berlaku di sekolah khususnya adalah berkait rapat dengan kurangnya pengawasan perkembangan diri mereka dari segi penerapan ilmu, kawalan atau pantauan dan juga disiplin serta undang-undang. Melihat kepada permasalahan tersebut, kerajaan mengambil inisiatif agar pengajian subjek Pendidikan Islam perlu diterokai diperingkat awal dengan cara memperkenalkan J-QAF. Penguasaan asas-asas ilmu pendidikan Islam seperti penulisan jawi, pengajian al-Quran, asas-asas bahasa arab, dan fardhu ain diterapkan dalam J-QAF bermula dari darjah satu.
Disebalik usaha-usaha dan pendekatan tersebut, masih lagi terpalit perilaku yang tidak sepatutnya dimiliki oleh para pelajar. Perkara itu dapat diperhatikan pada sikap dan telatah pelajar-pelajar tingkatan empat Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Wangsa Maju. Ini menunjukkan bahawa objektif subjek Pendidikan Islam masih belum mampu untuk menjadi satu wadah dalam membentuk peribadi pelajar selari dengan kehendak Islam. Dimanakah permasalahanya? Adakah subjek Pendidikan Islam bermasalah?
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 5
Ataupun pendekatan yang digunakan tidak sesuai? Atau mungkin guru Pendidikan Islam bermasalah? Ataupun kurikulum pendidikan negara yang menjadi punca? Atau boleh kita menuding jari kepada sikap ibu bapa yang tidak menyoroti akan kepentingan Pendidikan Islam dalam institusi keluarga.
Gejala ponteng, merokok, buli, gangsterime, mencuri dan perilaku yang lebih cenderung kearah kebaratan terlalu ketara berlaku di kalangan pelajarpelajar sekolah menengah. Kebobrokan yang berlaku ini pastinya dapat dibendung dengan konsep hayati amali Pendidikan Islam. Penerapan nilai harus dibentuk setelah disemai minat pelajar terhadap pendidikan Islam di sekolah.
TUJUAN KAJIAN
Kumpulan penyelidik telah mengenalpasti beberapa perkara penting yang harus diberi penekanan dan seterusnya menjadi tujuan utama mengapa perlunya kajian seumpama ini dijalankan iaitu ingin mencari punca-punca yang menyumbang kepada kurangnya minat pelajar tingkatan empat Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Wangsa Maju terhadap subjek Pendidikan Islam. Seterusnya ingin meninjau sejauh manakah kefahaman dan penghayatan pelajar-pelajar ini terhadap tajuk-tajuk dalam subjek Pendidikan Islam. Penyelidik juga berharap dapat mencadangkan kaedah-kaedah terbaik yang KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 6
sepatutnya digunakan oleh guru untuk merangsang minat pelajar terhadap Pendidikan Islam.
OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengenalpasti punca permasalahan yang menyebabkan kurangnya minat pelajar dalam pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah. Oleh yang demikian, kajian ini adalah untuk mencapai objektif-objektif berikut:
1. Mencari punca-punca yang menyumbang kepada kurangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam.
2. Untuk meninjau sejauh mana kefahaman dan penghayatan pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam.
3. Mengemukakan cadangan kaedah-kaedah yang terbaik untuk digunakan oleh guru bagi merangsang minat pelajar untuk menghayati subjek Pendidikan Islam.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 7
SOALAN KAJIAN
1. Apakah punca-punca yang menyebabkan kurangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. 2. Apakah perkaitan antara kaedah pengajaran guru dengan minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. 3. Apakah punca sebenar pelajar-pelajar tidak dapat menghayati serta memahami ilmu-ilmu yang dipelajari dalam Pendidikan Islam.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 8
BAHAGIAN KEDUA
SOROTAN KAJIAN
Pendahuluan
Dalam fasal ini penyelidik akan membincangkan maksud sebenar minat dan penghayatan. Perbincangan juga akan dilanjutkan berkaitan punca kurangnya minat pelajar terhadap subjek ini.
Definisi
Minat
merujuk
kamus
dewan
bermaksud
keinginan
(kesukaan,
kecenderungan) kpd sesuatu: mereka mendengar cerita orang tua itu dgn penuh ~;. “Minat merupakan salah satu dimensi dari aspek afektif yang banyak
berperanan juga dalam kehidupan seseorang, khususnya dalam kehidupan belajar seorang murid. Aspek afektif adalah aspek yang mengidentifikasi dimensi-dimensi perasaan dari kesadaran emosi, disposisi, dan kehendak yang mempengaruhi fikiran dan tindakan seseorang‛ (Stiggins, 1994: 310).
Aiken (1994: 209) mengungkapkan definisi minat sebagai kesukaan terhadap kegiatan melebihi kegiatan lainnya. Ini bererti minat berhubungan dengan nilai-nilai yang membuat seseorang mempunyai pilihan dalam hidupnya KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 9
(Anastasi dan Urbina, 1982: 386). Selanjutnya, minat merupakan suatu pelengkap mental yang terdiri dari suatu campuran antara perasaan, harapan, pendirian, prasangka, rasa takut, atau kecenderungan lain yang mengarahkan seeorang kepada suatu pilihan tertentu (Mapiarre dalam Prianto, 2001: 40). ‚Minat dapat dilihat dan diukur dari respon yang dihasilkan‛ (Semiawan, 1986: 120). Manakala penghayatan menurut kamus dewan membawa erti perihal menghayati, perihal mengalami dan merasai dalam batin: buku-buku yg baik akan mempertinggi ~ estetik pd pembaca. Penghayatan juga diterjemahkan oleh Prof. Dr. Hasan Langgulung dalam bukunya bertajuk Asas-Asas Pendidikan Islam (1987) iaitu ‚suatu jenis proses belajar dan tunduk dibawah hukum proses belajar.‛ Dengan kata lain juga boleh kita perjelaskan lagi bahawa ianya satu amalan yang jika
kita
lakukan
kita
akan
merasakan
kepuasannya
dan
jika
kita
meninggalkannya kita akan merasa risau serta tidak enak dan selesa.
Bahawa penghayatan ini adalah lahir dari kepatuhan. Perkara ini adalah hasil dari pengaruh autoriti seseorang dalam sesuatu perkara. Sebagai contohnya ialah kita mengamalkan bangun pagi setiap hari. Perkara ini pada awalnya adalah berat dan tidak enak, tetapi kerana kepatuhan kepada seseorang tertentu yang berautoriti yang memberi perintah, maka bangun pagi ini dikerjakan setiap hari. Lama kelamaan sikap bangun pagi ini akan dihayati dan kita akan merasa
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 10
tidak enak jika tidak mengamalkan sikap sedemikian iaitu bangun di pagi hari. Sememangnya perkara ini adalah diterapkan oleh Islam semenjak 1400 tahun dahulu lagi berdasarkan hadis Rasul S.A.W : -
مروا أوالدكم بالصالة على سبع واضربوهم على عشر Perintahkan la anak-anakmu bersembahyang ketika mereka berumur 7 tahun dan pukul mereka (kalau tidak mahu solat), sekiranya mereka sudah berumur 10 tahun
Punca Kurang Minat Pelajar Terhadap Pendidikan Islam
Minat pelajar Islam terhadap subjek Pendidikan Islam di sekolah menengah kini amat membimbangkan meskipun pelbagai cara dan teknik pengajaran dan pembelajaran telah digunakan seperti kaedah demonstrasi, penggunaan multimedia sebagai alat bantuan mengajar, simulasi, bercerita, lawatan dan sebagainya.
Banyak faktor yang menyumbang kepada permasalahan tersebut. Antaranya kurikulum pendidikan negara, peranan guru atau ustaz, persepsi pelajar dan juga persekitaran keluarga, sekolah dan masyarakat.
Subjek Pendidikan Islam secara tersembunyinya kini dilihat sebagai subjek kelas kedua, hanya subjek elektif atau pilihan sahaja dalam dunia
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 11
pendidikan di Malaysia. Fakta ini disokong oleh Dr Abd Halim Tamuri dari Universiti Kebangsaan Malaysia yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‚Mentaliti Subjek Pendidikan Islam, Subjek Kelas Kedua Di Sekolah – Satu Analisa‛ di Kongres Rejuvenasi Pendidikan Islam Malaysia 2009. Transformasi ini berlaku dengan cara yang begitu halus hasil revolusi yang dilakukan oleh British terhadap sistem pendidikan di tanah air kita. Dengan cucukan tawaran terhadap peluang pekerjaan menyebabkan masyarakat yang sedang sebati dengan sistem pendidikan pondok dan madrasah terpaksa rela untuk meninggalkan pengajian bercorak keagamaan dan bertukar ke arah sistem pengajian sekolah yang ditubuhkan oleh British dan langsung secara perlahan menghilangkan minat masyarakat terhadap Pendidikan Islam.
Bermula penubuhan sekolah vernakular 1956 di Singapura yang menekankan subjek ilmu alam, ilmu hisab, bacaan, mengira, menulis dan latihan jasmani maka Pendidikan Islam langsung tidak diberi ruang untuk diajarkan kepada pelajar-pelajar dikala itu. Sehinggalah di awal arena kemerdekaan, sistem pendidikan masih lagi berorientasikan sistem yang telah dicernakan oleh penjajah tanpa perubahan untuk memartabatkan kembali Pendidikan Islam di Negara kita.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 12
Semakin kemajuan dan kemodenan Negara kita capai, semakin Pendidikan Islam tidak diberi perhatian dan tidak dijadikan subjek utama dalam kurikulum pendidikan Negara. Kepentingannya dinafikan. Apakah perkara sebegini tidak menyumbang kepada membunuh minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam?
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran: 10 “Kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik ummat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat baik dan melarang daripada perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah s.w.t.‛. Intipati ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa perilaku seorang murabbi sebagai seorang pendidik haruslah digabungjalinkan dengan keterampilan dan perilaku yang sesuai dengan suasana dunia sekarang.
Masih ramai lagi guru Pendidikan Islam tidak mampu untuk menjadikan diri mereka sebagai role model kepada para pelajar seterusnya membentuk sifat ingin tahu dan tiru kedalam diri pelajar akan perilaku yang terpuji itu. Pasti pelajar akan cuba untuk menerokai apakah yang terkandung dalam ilmu Pendidikan Islam yang menjadi latar belakang kepada kehidupan seorang ustaz itu. Sekiranya perkara ini gagal untuk seorang guru itu kuasai, maka gagal lah objektif Pendidikan Islam untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam proses
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 13
pengajaran dan pembelajaran. (Ab. Halim Tamuri 2000). Akibatnya pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam sekadar menjadi waktu yang membosankan kepada pelajar.
Dapat kita perhatikan situasi ini dengan lebih padu berdasarkan pandangan
Prof.
Dr.
Hassan
Langgulung
dalam
tulisannya
bertajuk
‚Penghayatan Dan Pengamalan Nilai dan Etika Keguruan Menurut Islam‛ yang menyatakan bahawa nilai mestilah mempunyai tempat untuk melekat yang akan akan digelar sebagai model supaya dapat disaksikan bagaimana nilai-nilai itu beroperasi. Contohnya nilai kejujuran, ianya suatu yang mujarrad (abstract) tidak dapat diraba, dicium baunya, tidak dapat dilihat. Maka ianya perlu melekat pada suatu model iaitu seorang guru atau ibubapa, atau lain-lain agar dapat disaksikan bagaiamana nilai itu beroperasi.
Sikap negetif guru Pendidikan Islam seperti suka bertindak kasar terhadap pelajar, sentiasa bersikap serius pada pelajar, bimbingan hanya kepada pelajar-pelajar tertentu sahaja, pengajarannya yang membosankan dan suka bersyarah
tanpa
mempedulikan
pendidikan
konstruktif
adalah
faktor
penyumbang bagi kurangnya minat pelajar terhadap subjek pendidikan islam.
Stigma negetif yang diberikan oleh pelajar terhadap subjek pendidikan Islam itu sendiri menyumbang kepada permasalahan kajian ini. Mata pelajaran
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 14
Pendidikan Islam dianggap tidak penting dan tidak mampu untuk dibawa kemana-mana. Subjek Pendidikan Islam juga tidak mendapat tempat dalam borang UPU untuk kemasukan ke universiti. Dilihat subjek ini tiada fungsi langsung dalam menentukan kelayakan untuk menyambung pelajaran kemanamana saja. Subjek B.I, BM, Matematik, Sains dan sebagainya adalah menjadi syarat utama untuk menentukan kelayakan mereka menyambung pelajaran. Segala persepsi dan tanggapan ini bagaikan gunting dalam lipatan terhadap faktor kurangnya minat pelajar pada subjek Pendidikan Islam. Bahkan subjek ini tiada kepentingan langsung dalam menentukan profesion dan masa depan mereka. Perkara ini sekaligus menjatuhkan motivasi pelajar untuk menguasai sukatan pelajaran Pendidikan Islam apatah lagi untuk menghayatinya.
Selain itu, stigma negetif yang dimulakan oleh institusi keluarga adalah begitu kuat sekali. Ibubapa menganggap pendidikan agama anak-anak mereka adalah tanggungjawab guru agama disekolah, sikap lepas tangan bagai cuci tangan selepas makan sekaligus membentuk kefahaman anak-anak bahawa subjek ini tiada berkepentingan dalam kehidupan merekea dan tidak perlu ditekankan. Pemikiran para pelajar ditatah lagi dengan tindakan ibubapa yang sanggup berhabisan duit ratusan ringgit untuk memantapkan pendidikan anakanak mereka dalam subjek Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains dengan menghantar mereka ke tuisyen-tuisyen, kursus-kursus dan sebagainya. Turapan KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 15
permulaan inilah yang begitu berperanan dalam mencambahkan persepsi negetif pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam disekolah.
Realiti di sekolah pula berpunca dari sikap dan tindakan guru. Bermula dari pihak pentadbiran sekolah, pengetua hinggalah kepada guru-guru. Subjek Pendidikan Islam dijadualkan diakhir sesi waktu pengajian di sekolah. Ekspresi dan tumpuan pelajar pastinya berkurang maka ia menjadi faktor kuat yang menyumbang kepada permasalah kajian ini. Perbuatan menganaktirikan subjek Pendidikan Islam oleh pihak sekolah ini melambangkan mata pelajaran ini adalah tidak penting.
Kesedaran masyarakat dalam permasalahan ini bagai membuta mata memekak telinga membisu mulut, tanpa ada rasa tanggungjawab untuk turut bersuara dan turut sama membentuk dan memupuk minat pelajar-pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Tiada unsur bantahan atau cadangan demi membaiki kesilapan yang berlaku dalam dunia pendidikan. Masing-masing perit dengan pepatah ‘jangan jaga tepi kain orang’ membuatkan mereka tidak terbuka minda dalam memberi dan menerima teguran serta kritikan yang membina.
Stigma-stigma negetif ini mendorong kepada hilangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam. Perkara ini semakin menular kerana jari telunjuk begitu rancak menuding kesilapan kepada pihak lain tanpa kesedaran
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 16
untuk
duduk
bersama
memerah
idea,
bersepakat
membincang
dan
menyelesaikan permasalahan yang dihadapi, iaitu kurangnya minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam di sekolah.
BAHAGIAN KETIGA
Pada bahagian pertama, penyelidik telah menceritakan mengenai latarbelakang kajian, dan pada bahagian kedua penyelidik turut mengemukakan sorotan kajian bagi menguatkan lagi persoalan mengapa kajian ini begitu penting untuk dijalankan.
Seterusnya,
pada
bahagian
ketiga
ini,
penyelidik
akan
membincangkan dengan lebih terperinci mengenai kaedah kajian yang akan digunakan, sampel kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data, serta prosedur penganalisaan data, dalam mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang timbul.
KAEDAH KAJIAN
Kaedah campuran kualitatif dan kuantitatif dipilih untuk melihat puncapunca yang menyumbang kepada kurangnya minat pelajar tingkatan empat Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2,
Wangsa Maju dalam mata
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 17
pelajaran Pendidikan Islam. Tahap minat pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam akan dikaji dengan set soalan kaji selidik (Rujuk Lampiran A) dan set soalan temubual antara pengkaji dengan responden (Rujuk Lampiran B) serta set borang penilaian akhlak dan tingkah laku (Rujuk Lampiran C) berdasarkan pengamalan dan penghayatan mereka pada proses pengajaran dan pembelajaran subjek tersebut. Yang mana penghayatan tersebut pastinya membawa kepada perbezaan tingkah laku, disiplin serta keterampilan mereka.
SAMPEL KAJIAN
Bagi menjalankan kajian ini, penyelidik akan menjadikan
pelajar
tingkatan Empat Baghdad, Empat Fustat dan Empat Basrah di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Wangsa Maju sebagai responden kajian. Bagi mendapatkan kesahan peratusan pada soalan-soalan yang berbentuk deskriptif, sejumlah 90 orang pelajar akan terlibat dalam menjawab soalan berbentuk tinjauan (survey). Ketiga-tiga kelas tersebut merupakan kelas yang telah dikategorikan kepada kelas cemerlang (Baghdad), kelas pertengahan (Fustat) dan kelas lemah (Basrah).
Seterusnya, bagi menjawab soalan kumpulan fokus, seramai lima orang pelajar akan dipilih secara rambang bagi setiap kelas. Jumlah keseluruhan KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 18
pelajar yang akan terlibat dalam kumpulan fokus adalah seramai lima belas orang pelajar.
INSTRUMENT KAJIAN
Kajian ini menggunakan set soalan kaji selidik sebagai sebagai instrumen untuk menjalankan penyelidikan agar memperolehi min, peratusan dan kekerapan. Pihak penyelidik telah membina set soalan yang mengandungi 17 item. Kesemua soalan itu menggunakan Bahasa Melayu sebagai medium yang digunakan di sekolah. Set soalan kaji selidik itu telah dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian A mengandungi soalan-soalan latar belakang responden. Soalan tersebut merangkumi nama sekolah, umur, jantina dan keputusan peperiksaan awal tahun Pendidikan Islam.
Bahagian B pula mengandungi soalan-soalan mengenai persepsi murid terhadap Pendidikan Islam. Ianya mengandungi 17 soalan. Skala likert (Likert Scale) digunakan untuk mengukur jawapan bagi kajian. Mereka diarahkan untuk menanda samada (S T S – Sangat Tidak Setuju), (T S - Tidak Setuju), (S – Setuju),
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 19
(S S – Sangat Setuju), terhadap item-item tersebut. Nilai berbentuk nombor diberikan kepada setiap jawapan yang diberikan oleh responden. Sebagai contoh
STS – 4, T S – 3, S - 2, SS - 1.
Selain daripada intrumen tersebut, penyelidik juga akan menjalankan interview secara kumpulan fokus yang mana pelajar seramai 15 orang (7 Perempuan & 8 Lelaki) akan dipilih secara rawak. Proses ini akan mengambil masa selama 3 hari iaitu 5 orang responden setiap kumpulan fokus yang dijalankan dalam masa sehari. Sebanyak 5 soalan akan ditanya secara mendalam. Walaupun penyelidik akan menanyakan sebanyak 5 soalan, namun begitu soalan-soalan ini akan bertambah dan bercambah mengikut keperluan jawapan yang diberikan oleh responden (leading question).
Set soalan penilaian akhlak pelajar, tingkah laku, pengamalan dan penghayatan terhadap elemen-elemen Pendidikan Islam juga akan diberikan kepada ibubapa untuk dinilai sejauh mana pelajar-pelajar tersebut mengamali, menghayati serta mencapaiobjektif Pendidikan Islam. Soalan-soalan ini berbentuk ‘Adakah’ dan kami menetapkan perkiraan ‘1’ untuk jawapan ‘Ya’ dan ‘0’ untuk jawapan ‚Tidak’.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 20
KAJIAN PILOT
Untuk mendapat kesahan dan kebolehpercayaan pada instrumen kajian, penyelidik akan menjalankan kajian pilot untuk memastikan setiap persoalan yang akan ditanya adalah jelas dan akan difahami oleh responden sebenar.
Kajian pilot ini akan dijalankan pada 10 orang pelajar tingkatan empat Sekolah Men. Keb. Taman Melati yang mana salah seorang dari penyelidik merupakan guru pelatih di sekolah tersebut. Disini penyelidik akan dapat mengesan kekurangan yang terdapat pada set soalan samada bahasa yang digunakan terlalu tinggi, soalan sukar difahami serta soalan-soalan tersebut berkaitan ataupun tidak berdasarkan kepada komen yang diberikan oleh pelajarpelajar tersebut.
Setelah diperbaiki set soalan tersebut, set soalan baru akan digunakan untuk penyelidikan yang sebenar.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 21
PROSEDUR PENGUMPULAN DATA
Permohonan untuk menjalankan kajian ini adalah terlebih dahulu dilakukan melalui Pengetua Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Seksyen 2, Wangsa Maju. Tarikh, hari dan masa telah ditetapkan melalui perbincangan penyelidik dengan pihak pentadbiran sekolah tersebut.
Set soalan kaji selidik akan dibahagikan kepada tiga kelas tingkatan empat, iaitu Empat Baghdad (kelas cemerlang) Empat Fustat (kelas pertengahan) Empat Basrah (kelas lemah).
Jumlah keseluruhan pelajar bagi ketiga-tiga kelas ini seramai 90 orang pelajar iaitu 60 orang pelajar jantina perempuan dan 30 orang pelajar jantina lelaki. 30 minit diberikan masa kepada para pelajar untuk menjawab soalan kaji selidik tersebut.
Seterusnya, pengkaji akan menjalankan prosedur kajian yang kedua, iaitu dengan memilih secara rawak seramai 15 orang pelajar yang terdiri daripada 7 orang pelajar perempuan dan 8 orang pelajar lelaki bagi penilaian kumpulan fokus. Kaedah temubual akan digunakan dengan cara soal jawab antara pengkaji dengan sampel kajian. Kaedah ini dijalankan bertujuan untuk memperolehi gambaran
yang
jelas
terhadap
permasalahan
kajian
ini
dan
untuk
digabungjalinkan dengan set soalan kaji selidik. KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 22
Rakaman audio digital digunakan sebagai alat bantuan untuk merekod segala temubual disamping pengkaji mencatit maklumat-maklumat penting.
Seterusnya, setiap responden yang terlibat dengan kumpulan fokus akan diberikan set soalan penilaian akhlak, tingkah laku, pengamalan dan penghayatan terhadap elemen-elemen Pendidikan Islam untuk diberikan kepada ibubapa masing-masing dan dihantar kembali kepada penyelidik sehari kemudian.
PROSEDUR PENGANALISAAN DATA
Bagi tujuan menganalisis data berbentuk kualitatif, perisian SPSS versi 11.5 akan digunakan. Data-data dianalisa dengan menggunakan kekerapan, min dan peratus.
Sesi temubual bersama pelajar dilaksanakan secara kumpulan fokus dengan mengambil lima orang pelajar bagi setiap kelas. Soalan-soalan temuduga dikemukakan secara umum dan setiap pelajar diberi peluang untuk menyatakan pandangan dan pengamatan mereka.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 23
Semua temubual dalam sesi kumpulan fokus akan dirakamkan dengan kebenaran bagi tujuan analisis dan laporan kajian. Setiap sesi perbincangan kumpulan fokus akan mengambil masa lebih kurang 30 minit sehingga 90 minit.
Data temubual pula akan ditranskribkan dalam bentuk cetakan bertulis bertujuan untuk memudahkan pengkaji menganalisis data-data tersebut.
Petikan-petikan daripada perbincangan kumpulan fokus antara pengkaji dan pelajar-pelajar, akan digunakan untuk menyokong dapatan-dapatan dalam kajian ini. Seterusnya, petikan-petikan secara ‚verbatim‛ akan digunakan bagi menguatkan lagi dapatan yang diperolehi daripada data kuantitatif. Selepas analisis diselesaikan, kajian ini sekali lagi disahkan oleh kesemua ahli-ahli penyelidik untuk menentukkan kesahihan laporan ini. Bagi penganalisaan soalan penilaian pula, jawapan akan dianalisis dengan menggunakan ‛SPSS versi 11.5”. Perkiraan akan menggunakan kekerapan, min dan peratus.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 24
(Lampiran A)
SOALAN KAJISELIDIK
A. LATARBELAKANG RESPONDEN 1. Nama sekolah rendah _______________________________________________________________ 2. Umur _____________ 3. Jantina ______________ 4. Markah matapelajaran Pendidikan Islam pada peperiksaan awal tahun _______________ B. SILA TANDAKAN JAWAPAN YANG BERKAITAN
(S T S – Sangat Tidak Setuju) (T S - Tidak Setuju) (S – Setuju) (S S – Sangat Setuju)
No 1
Soalan
STS
TS
S
SS
Saya bangga dapat mempelajari subjek Pendidikan Islam di Sekolah
2
Saya mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam hanya untuk melengkapkan sukatan yang ditetapkan di Sekolah.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 25
3
Saya rasa Pendidikan Islam tidak perlu diajar dalam sukatan pelajaran di Sekolah Menengah
4
Tulisan Jawi dalam buku teks yang disediakan oleh pihak sekolah mempengaruhi minat saya untuk mempelajari subjek Pendidikan Islam.
5
Saya merasa malu sekiranya ditanya tentang perihal ibadat dan tidak mampu menjawabnya
6
Cara pengajaran guru Pendidikan Islam mempengaruhi dan menarik minat saya pada subjek Pendidikan Islam.
7
Saya amat bangga sekiranya dikatakan orang yang sangat memahami agama
8
Ustaz / ustazah adalah role-model saya
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 26
9
Pendidikan Islam adalah subjek yang sangat membosankan
10
Anda berminat sekiranya guru pendidikan Islam mengajar anda dengan kaedah ceramah
11
Melanggar disiplin sekolah membuatkan saya berasa bangga dikalangan kawan-kawan
12
Ustaz / ustazah menjadi tempat rujukan saya sekiranya saya ada masalah peribadi
13
Mata pelajaran Pendidikan Islam diajar pada akhir waktu pembelajaran.
14
Saya mempraktikkan dan bertindak seperti apa yang diajar oleh guru Pendidikan Islam saya.
15
Mata pelajaran Pendidikan Islam adalah subjek penting bagi saya.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 27
16
Saya tetap meminati subjek Pendidikan Islam walau apapun cara dan kaedah guru itu mengajar.
17
Pelajar-pelajar muslim seharusnya menguasai mata pelajaran pendidikan Islam dengan baik.
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 28
(Lampiran B)
SOALAN KUMPULAN FOKUS
1. Apakah faktor yang mendorong anda tidak/kurang berminat kepada mata pelajaran Pendidikan Islam?
2. Adakah kaedah guru mengajar dalam kelas mempengaruhi minat anda untuk terus belajar pendidikan Islam?
3. Adakah bahan bantu mengajar mempengaruhi kurangnya minat anda terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam?
4. Adakah anda bersetuju sekiranya Ibubapa adalah penyebab kurangnya minat anda terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam? Kenapa?
5. Pada pendapat anda, kaedah pengajaran bagaimanakah yang dapat membantu anda terus minat mempelajari subjek Pendidikan Islam?
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 29
(Lampiran C)
SET SOALAN PENILAIAN
1. Adakah anak anda suka membantu anda membuat kerja rumah? 2. Adakah anak anda sering meninggalkan solat? 3. Adakah anak anda suka menidakkan atau tidak mahu melakukan apa-apa kerja apabila di suruh oleh anda? 4. Adakah anak anda jenis pemarah? 5. Adakah anak anda melayan dengan baik adik-adik, abang-abang dan kakak-kakaknya sewaktu di rumah? 6. Adakah anak anda melakukan solat sunat di rumah? 7. Adakah anak anda suka melakukan puasa sunat? 8. Adakah anak anda bersalaman dan mencium tangan anda sebelum berangkat ke sekolah? 9. Adakah anak anda meminta izin apabila hendak keluar dari rumah? 10. Adakah anak anda melakukan dengan segera apabila anda menyuruhnya melakukan sesuatu pekerjaan? 11. Adakah anak anda menutup aurat apabila keluar dari rumah? 12. Adakah anak anda beradab bila bercakap? 13. Adakah anak anda melakukan kerja-kerja rumah tanpa di suruh?
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 30
14. Adakah anak anda suka bertanya tentang perihal agama? 15. Adakah anak anda suka membaca al-Quran? 16. Adakah anak anda sentiasa mentelaah buku-buku agama?
KURANG MINAT PELAJAR TERHADAP P.I 31