PENDEKATAN MEMASYARAKATKAN PENGAMALAN SUNNAH: TINJAUAN TERHADAP SATU PROGRAM REALITI TV “LAU KANA BAYNANA AL-HABIB”1
Hj. Norakyairee Hj. Mohd Raus Syed Najihuddin Syed Hassan Mohd Yusuf Ismail Nidzamuddin Zakaria2 Abstrak Pengamalan sunnah sebagai amalan harian selalu menjadi perbincangan secara akademik. Oleh yang demikian, pelbagai program berbentuk akademik telah dilaksanakan untuk menjayakan hasrat murni tersebut. Kertas kerja ini akan membincangkan satu rancangan realiti televisyen yang unik iaitu “Lau kana baynana”. Rancangan realiti tersebut mengutamakan aspek pelaksanaan Sunnah di samping nilai informasi yang dimuatkan dalam program tersebut. Kertas ini juga akan meninjau objektif program tersebut dilaksanakan. Seterusnya, akan diterangkan kaedah penyampaian rancangan tersebut serta metode yang diguna pakai dalam menjayakan program tersebut. Di samping itu, kertas ini juga akan menghuraikan implikasi serta dapatan rancangan tersebut terhadap masyarakat setempat. Kajian mendapati program tersebut membawa kesan positif kepada tahap kesedaran masyarakat terhadap pengamalan Sunnah yang berkait rapat dengan kehidupan seharian. Kata kunci: Pengamalan Sunnah, Lau Kana Baynana, Realiti Televisyen
1.0
PENDAHULUAN
Pembelajaran sirah secara tradisional telah menuntut para pelajar mengingati fakta-fakta yang melibatkan tahun-tahun, peperangan demi peperangan, pengajaran dan peristiwa lain. Hal sebegini begitu sinonim dengan pembelajaran sirah Rasul. Pelajar juga diberikan perkara-perkara yang perlu dihafal bagi menjawab soalan peperiksaan. Ada yang menuntut pelajar agar menyediakan tugasan tertentu bagi meningkatkan pemahaman mereka terhadap mata pelajaran tersebut. Namun begitu, aplikasi sunnah 1
Kertas kerja ini dibentangkan di dalam Seminar Warisan Nabawi 2010 yang bertemakan “Sunnah: Sumber Informasi, Teras Integrasi”. 28-29 Julai 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Anjuran: Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM. 2 Pensyarah di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, USIM.
atau sirah Rasul saw ke dalam kehidupan seharian jarang atau mungkin tidak diberikan penekanan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Lambakan program realiti televisyen (tv) dewasa ini dilihat banyak menjurus kepada adaptasi program rancangan hiburan Barat yang disajikan khusus menarik para remaja mengisi masa melebihi waktu kewajaran menonton dan berhibur. Jika dilihat dari perspektif matlamat program ini sebenarnya, tidak lain dan tidak bukan hanyalah berkonsepkan mengejar keuntungan dan populariti yang lumayan dan segera. Tempias sajian program ini diciplak oleh negara-negara membangun termasuklah negara kita, Malaysia. Perkara ini menyebabkan pihak-pihak berkepentingan berlumba-lumba mengembangkan konsep realiti tv ini mengikut selera dan modul tersendiri dengan meluaskan lapisan penonton yang terdiri dari pelbagai usia. Namun jika dilihat dari sudut yang positif, program ini telah cuba diislamisasikan dengan terbitnya program Akademi Quran (AQ), Akademi Nasyid, Program Adik-adikku3 dan yang terbaru Imam Muda terbitan Astro Oasis.
Namun, usaha ke arah menerbitkan program berbentuk penghayatan terhadap nilai-nilai sunnah dan sirah Rasulullah s.a.w. masih kurang khususnya di negara kita. Kebanyakkan program tersebut berbentuk ceramah, kuliah, halaqah dan tazkirah sama ada di corong-corong radio mahupun di kaca televisyen. Untuk itu, keperluan kepada satu transformasi program yang biasa ditonton, popular, memenuhi citarasa penonton semua peringkat usia dan yang paling penting sekali adalah pengisian informasi kerohanian yang menyedarkan amat wajar diterbitkan agar pengamalan sunnah menjadi darah daging dalam kehidupan seharian. Sehubungan itu, penyelidik telah mengenalpasti satu program realiti yang berbentuk santai dan memberi fokus utama kepada golongan muda yang diterbitkan di Arab Saudi iaitu program realiti tv “Lau kana baynana”. Apabila program sebegini
diperbanyak,
masyarakat
Islam
akan
lebih
memahami
sunnah
dan
mengamalkannya dalam kehidupan seharian.
3
Program realiti tv terbitan Bahagian Media Elektronik dan Penyiaran (MEP) JAKIM dengan kerjasama RTM.
1.1
Latarbelakang dan Permasalahan Kajian
Penghayatan terhadap sunnah dan perjalanan sirah junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. merupakan kesinambungan intipati al-Quran yang dihidupkan di khalayak manusia lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Para ulama telah bersepakat bahawa kepentingan dan keperluan menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w. adalah merupakan salah satu agenda utama dalam penyebaran dakwah lebih-lebih lagi kepada masyarakat sekarang yang telah jauh terpisah dengan era kegemilangan Islam lampau. Ditambah dengan kebejatan akhlak yang membimbangkan di kalangan muda-mudi hasil daripada serangan pemikiran yang dibawa oleh Barat melalui pelbagai bentuk rancangan khususnya program berbentuk hiburan.
Berdasarkan beberapa kajian berkaitan pengaruh televisyen dalam pembinaan modal insan, maka dapat disimpulkan bahawa sudah tiba masanya kerajaan perlu menganalisa secara efektif terhadap program-program yang diceduk bulat-bulat dari budaya Barat. Ini bertujuan memurnikan program tersebut supaya selari dengan hasrat kerajaan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang di samping mengembalikan nilai-nilai ketimuran yang kian hari kian terhakis khususnya nilai akhlak dan moral generasi muda. Sehubungan itu, penyelidik telah mengenalpasti beberapa permasalahan kajian dalam isu ini di antaranya:1.1.1
Lambakan program realiti tv berbentuk hiburan yang ditontoni oleh golongan remaja;
1.1.2
Sejauhmana keberkesanan program realiti tv ini dalam membentuk modal insan yang cemerlang; dan
1.1.3
Wujud permintaan program realiti yang berbentuk islamik berdasarkan trend semasa yang menjurus kepada elemen keagamaan.
1.2
Tujuan dan Skop Kajian
Kajian ini menfokuskan terhadap perlaksanaan program realiti televisyen yang diperkenalkan di Arab Saudi iaitu “Lau kana baynana”. Program ini dianalisa berdasarkan modul yang digunakan dan dinilai implikasinya terhadap kesedaran masyarakat tentang pengamalan sunnah. Pemilihan program realiti televisyen ini adalah berdasarkan pengisian yang dihidangkan kepada masyarakat ke arah penghayatan dan pengamalan sunnah Rasulullah s.a.w. di mana penyelidik yakin dan percaya bahawa program sebegini sedikit sebanyak dapat meninggalkan implikasi positif dalam jiwa masyarakat. Ini berdasarkan permintaan dari kalangan masyarakat yang mendambakan
program
berbentuk
keagamaan
lebih-lebih
lagi
dalam
menggayakan amalan penghayatan sunnah dan pendidikan sirah Nabawiyyah.
1.3 Objektif Kajian
Di antara obejktif utama kajian ini adalah seperti berikut:1.3.1
Mengenalpasti pendekatan yang digunakan dalam program realiti tersebut.
1.3.2
Menganalisa pengisian yang dilaksana dalam program tersebut.
1.3.3
Menilai keberkesanan program tersebut terhadap pengamalan sunnah dalam kehidupan harian.
2.0
SOROTAN KAJIAN
Beberapa kajian telah dikenalpasti dalam mengutarakan isu berkaitan dengan pengaruh televisyen terhadap pembinaan minda masyarakat. Perkara ini jelas apabila Kerajaan disarankan untuk mengkaji semula kesan dan pengaruh program televisyen yang disiarkan oleh stesen TV termasuk rancangan realiti di mana serangan budaya Barat yang dipinjam dengan meluas dibimbangi akan mengancam nilai ketimuran rakyat Malaysia.
Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kajian semula itu bagi memastikan sama ada rancangan realiti yang kini menjadi fenomena bagi setiap isi rumah di Malaysia meninggalkan pengaruh yang baik atau buruk kepada masyarakat, sehingga membawa kepada keruntuhan moral. Perkara ini disokong oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato‟ Seri Mohd Najib Tun Razak yang menggesa stesen TV supaya tidak meniru bulat-bulat budaya Barat dan terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran sehinggakan mereka mengabaikan isu etika dan moral, sebaliknya mengambil kira objektif pembinaan negara. Sesetengah pihak, termasuk kalangan akademik, menyuarakan kebimbangan mereka berkaitan isu itu dan mahu kerajaan mengkaji semula semua program TV seperti rancangan realiti TV, drama bersiri malah iklan komersial yang dipinjam atau diterima pakai daripada negara Barat.
Sebuah jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri ditubuhkan baru-baru ini bagi meneliti isu berkenaan. Terdahulu, Tun Dr Mahathir pernah menyampaikan syarahan umum bertajuk "Bergerak ke arah masyarakat progresif" yang dihadiri para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM). Dalam syarahannya itu, Dr Mahathir berkata Malaysia tidak lagi boleh mencontohi negara Eropah dan Barat untuk maju, memandangkan mereka kelihatannya 'telah kehilangan nilai murni" dan mengalami keruntuhan moral. "Amat jelas modul Eropah dan Barat tidak lagi sesuai bagi kita untuk menjadi progresif," katanya4.
3.0
METODOLOGI KAJIAN
Perancangan yang efektif dan berinovatif akan memberi impak yang jelas dalam meningkat kualiti kajian yang dihasilkan. Dalam masa yang sama memudahkan aspek pengumpulan data dan maklumat dikumpul, dianalisis, dinilai dan dirumuskan.
Kajian ini menfokuskan kepada beberapa teknik antaranya pengumpulan data dan maklumat, pengamatan terhadap bahan dan teks serta proses analisis dan penilaian maklumat. Sumber primer didapati daripada laman web http://www.thakafa.net/ iaitu 4
http://www.bernama.com.my. 5 Ogos 2005.
dengan memuat turun beberapa siri rancangan “Lau Kana Baynana” yang signifikan untuk diamati dan dinilai. Kemudian proses pengamatan dijalankan dengan mengenalpasti siri-siri penting bermula dari siri pengenalan program, objektif dan sasaran serta beberapa episod yang telah dipertontonkan umum. Akhirnya proses analisis dan penilaian terhadap fakta sejarah, hadis-hadis dan pendekatan yang dimuatkan dalam beberapa siri-siri terpilih untuk mendapatkan hasil dapatan yang berkualiti.
4.0
DAPATAN DAN RUMUSAN
Berdasarkan tujuan dan objektif yang telah digariskan dalam kajian ini, penyelidik memulakan dengan mengemukakan pengenalan rancangan realiti tv ini kemudian menjalankan pengamatan dan penilaian terhadap rancangan ini sebelum membuat kesimpulan dan rumusan daripada kajian ini.
4.1
Penerbit Program
4.1.1
Nama Penerbit
Penerbit bagi program ini ialah Ahmad al-Syuqairy. Beliau, yang berasal dari Arab Saudi telah dilahirkan di Jeddah pada tahun 1973. Beliau pernah mengahwini seorang wanita senegara beliau tetapi perhubungan itu menghadapi masalah. Perkahwinan beliau seterusnya dengan Rola Dasyisyah seorang pereka fesyen yang mereka untuk beliau baju-baju yang mendapat inspirasi pakaian tradisional masyarakat Jepun. Hal ini disebabkan beliau pernah membuat penggambaran bahagian kelima siri “khawatir” di sana yang merupakan salah satu daripada sejumlah program tv terbitan beliau. Beliau mendapat dua orang cahaya mata iaitu Yusuf dan Ibrahim.
4.1.2
Pendidikan
Beliau mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengurusan Sistem, dan juga ijazah Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Universiti California, California, Amerika Syarikat.
4.1.3
Pekerjaan
Ahmad al-Syuqairy memiliki perniagaan yang dijalankan olehnya sendiri. Perniagaan tersebut ialah sebuah kedai menjual peralatan-peralatan rumah. Di samping itu, beliau turut bergiat cergas dalam aktiviti-aktiviti berbentuk dakwah dan sukarela.
4.1.4
Sumbangan Dalam Bidang Dakwah
Ahmad al-Syuqairy menjadi insan terkenal di Arab Saudi, begitu juga di negaranegara Arab lain selepas menerbitkan rancangan bersiri “khawatir” yang mencatat kejayaan
yang
memberansangkan.
Ini
disebabkan
rancangan
tersebut
menggunakan pendekatan yang mudah dalam menyelesaikan masalah pemuda dan remaja. Ucapan permulaan beliau bagi rancangan tersebut ialah, “Saya bukanlah seorang alim, bukan juga seorang mufti. Saya hanyalah seorang pemuda”. Beliau juga menerbitkan buku bagi rancangan tersebut yang berjudul “khawatir syab”. al-Syuqairy juga menerbitkan rancangan “Yalla Shabab” iaitu “Jom wahai pemuda” serta sebuah program yang terbaru “Lau kana baynana” iaitu “Kalau Baginda s.a.w. berada bersama kita”. Beliau turut menerbitkan DVD bagi rancangan “Lau kana baynana” ini. Beliau juga mempunyai beberapa buah buku terbitan. Beliau boleh dihubungi serta dibeli hasil karyanya di laman web beliau iaitu http://www.thakafa.net/.
4.1.5
Anugerah Yang Dicapai
al-Syuqairy telah mendapat tempat dipilih sebagai orang yang paling berpengaruh di dunia Arab dalam tinjauan yang dijalankan oleh Majalah Syabab 20 yang diterbitkan oleh Emiriyah Arab Bersatu (http://www.shabab20.net). Pada tahun berikutnya, beliau berjaya sekali lagi mendapat ranking tertinggi walaupun mendapat persaingan yang hebat dari Syeikh Masyari al-„Afasi.
4.1.6
Aktiviti Kemasyarakatan a.
Kafeteria Andalusiyah Beliau telah menubuhkan kafeteria pertama yang bercirikan pengetahuan di Jeddah, yang dinamakan sebagai Andalusiyah. Beliau menjalankan di tempat tersebut aktiviti-aktiviti keilmuan seperti majlis-majlis ilmu. Terdapat juga sebuah perpustakaan yang dipenuhi buku-buku dari pelbagai bidang ilmu.
b.
Program Terbitan Beliau juga turut menerbitkan program
“khawatir”
yang
mengandungi lima bahagian. Bahagian kelima diulang terbit dengan banyaknya di Jepun. Ini kerana bahagian ini dibuat penggambarannya di Jepun. Beliau juga menerbitkan program “Lau kana baynana” dalam meningkatkan kesedaran kepada pengamalan sunnah.
4.2
Pengenalan Program
4.2.1
Nama Program
Program ini dinamakan “Lau kana baynana” atau kalau Baginda Rasulullah s.a.w. bersama dengan kita. Program ini bercorak kontemporari yang mensasarkan golongan pemuda atau barnamij syababy sebagaimana yang ditegaskan oleh alSyuqairy sendiri.
4.2.2
Objektif Program
Ahmad al-Syuqairy menyatakan bahawa beliau ingin mewujudkan program yang khusus untuk disediakan untuk sajian penonton televisyen selepas berlalunya bulan Ramadan. Beliau ingin mewujudkan sebuah program yang berbentuk santai yang
bercirikan
keagamaan.
Program
tersebut
juga
diharapkan
dapat
mendekatkan masyarakat belia dengan Rasulullah saw. Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak akan membawa penonton ke zaman Rasulullah saw yang hidup
1400 tahun lalu untuk mengalami kehidupan Baginda saw. Namun begitu, beliau ingin membawa Baginda saw (secara maknawinya) ke zaman sekarang dan mewujudkan situasi yang memberikan suasana kebersamaan dengan Baginda saw. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran sirah selama yang dilaluinya sendiri menitikberatkan fakta sejarah berkaitan Rasulullah saw. Faktafakta tersebut merangkumi riwayat hidup Baginda saw, kisah sahabat, dan kisah perjuangan. Kisah-kisah tersebut dijadikan kisah semata-mata tanpa ada bezanya dengan kisah insan ulung lain. Persoalannya, bagaimana masyarakat Islam sekarang ingin menghayati perjuangan Baginda saw. Bagaimana apa yang dilaksanakan oleh masyarakat Islam boleh dikatakan menepati apa yang pernah dibuat oleh Rasulullah saw pada 1400 tahun dahulu. Kata beliau lagi, segala apa yang dipelajari daripada sejarah hidup Baginda saw kalau tidak direalisasikan pada zaman sekarang, akan menjadi riwayat hidup bacaan santai bagi mengisi masa lapang semata-mata.
4.2.3
Maklumat Penyiaran
Perkara ini dinyatakan oleh Ahmad al-Syuqairy secara tidak langsung semasa mengendalikan program ini iaitu diterbitkan pada tahun 2008.
4.3
Penyusunan Program
4.3.1
Permulaan Rancangan
Pada permulaan rancangan ini para penonton disajikan dengan untaian kata yang indah yang disulami visual yang menggambarkan hasrat dan objektif rancangan yang ingin mengaplikasikan sunnah dalam kehidupan pada zaman sekarang. Untaian kata tersebut adalah seperti berikut:
5
Permulaan yang dipertontonkan menunjukkan kombinasi situasi yang sama pada zaman dahulu dan sekarang. Turut diselitkan potongan hadis yang berkaitan. Ini sebagaimana berikut: 1.
Gambar pelajar menuntut ilmu dulu dan sekarang, hadis; ( ) طلب العلن فريضة.
2.
Gambar pengamalan pengucapan salam dulu dan sekarang; ( ) أفشىا السالم بينكن.
3.
Gambar menghormati khadam dulu dan sekarang; ( ) ال تشق على خادهك.
4.
Gambar berbuat baik terhadap isteri dulu dan sekarang; ( )خيركن خيركن ألهله.
5.
Gambar mendidik anak dulu dan sekarang; ( ) أكرهىا أوالدكن وأحسنىا أدبهن.
6.
Gambar menyelamatkan nyawa binatang dari kemalangan dulu dan sekarang; ()في كل ذات كبد رطبة أجر.
5
Maksudnya: “Kalau dia (iaitu Baginda saw) bersama dengan kita, nescaya akan mendekati yang jauh begitu juga yang dekat. Dari Taybah (iaitu Madinah) sebelum tenggelamnya mentari, dalam menginginkan mendekati al-Habib (Rasulullah saw). Dengan mendekatimu (ya Rasulullah saw) jiwa menjadi suci, maka tatkala jiwa tersebut berdoa kepada Allah swt (yang memungkinkan) dimustajabkan. Cahaya Taha (iaitu Rasulullah saw) tak akan menghilang, sampaikan kami berjumpa dengannya ya Mujib (Yang Maha Memaqbulkan). Ku serahkan jiwa ragaku buatmu ya Habib (Rasulullah saw), Muhammad yang memuliakan orang yang berkelana. Dengan mendekatimu jiwa menjadi suci bersih, wahai (yang diutus menjadi) rahmat ke seluruh alam.”
4.3.2
Pengisian Rancangan
Episod setiap rancangan memuatkan perbincangan berhubung pengamalan sunnah dalam masyarakat. Beliau membawa beberapa situasi yang tersurat dalam pembelajaran sirah dan seterusnya mengaplikasikannya pada masa kini. Begitu juga sebaliknya. Antara pengisian program realiti terbut ialah sebagaimana berikut. a) Beliau menceritakan sifat Rasulullah saw yang ceria melayani isteri-isteri Baginda saw. Kemudian beliau menterjemahkan situasi tersebut dalam masyarakat masa kini. b) Beliau juga membawa penonton berkunjung ke sebuah masjid yang dilengkapi dengan segala kemudahan dan memaparkan kelebihannya. Seterusnya beliau menjadikan masjid tersebut sebagai contoh masjid yang disarankan oleh Rasulullah saw. c) Dalam beberapa episod, beliau menguji beberapa situasi dan merakamkannya secara sembunyi. Kemudian, beliau akan bertanyakan rasional perbuatan tersebut kepada responden dan menghadiahkan plak sebagai cenderahati. Antaranya, beliau menguji sifat amanah, menjaga nikmat, membuang duri di jalanan dan sebagainya. d) Beliau turut mengkisahkan keadaan ruang bilik yang pernah didiami oleh Rasulullah saw dan memvisualisasikan dalam bentuk lakaran. Hal ini membangkitkan kesedaran betapa zuhudnya Baginda saw yang merupakan pemimpin umatnya. e) Berhubung dengan akhlak majikan terhadap pekerjanya, beliau membawa sebuah hadis yang menggambarkan akhlak Baginda saw terhadap pekerjapekerjanya. Seterusnya, beliau telah melakonkan semula situasi negatif dengan disulami keratan-keratan video yang berkaitan. f) Dalam sebuah episod, beliau menguji tahap kebersihan yang disarankan oleh Rasulullah saw. Tempat ujian itu ialah di dalam kereta responden yang bekerjasama dengannya. Ciri-ciri tersebut ditandakan dalam satu senarai semak yang direkabentuk olehnya sendiri.
6.0
KESIMPULAN
Penerbit rancangan ini telah berjaya membangkitkan kesedaran terhadap pengamalan sunnah. Ini berdasarkan respon daripada responden yang memberikan ulasan terhadap persoalan yang dikemukakan olehnya. Ada di kalangan mereka yang menangis apabila diajukan soalan berikut, “Jika Rasulullah saw bersama dengan anda sekarang selama beberapa minit, apa yang akan anda katakan padanya?”. Soalan ini menyentuh perasaan responden dan membangkitkan suasana kebersamaan bersama Baginda saw.
Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Ahzab, ayat ke-21;
Yang bermaksud “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)”.
Ayat ini jelas menggesa umat Islam agar sentiasa menjadikan Rasulullah saw. sebagai ikutan, cermin dan idola dalam apa juga situasi. Perkara ini ditegaskan dengan jaminan Allah s.w.t. bahawa contoh ikutan yang dirakamkan dalam firman-Nya hanyalah penyataan dan anjuran ke arah kebaikan. Kebaikan tersebut hanya akan dicapai dengan pengharapan tulus terhadap keredhaan Allah swt. dan sentiasa mengingati-Nya walau dalam apa juga keadaan. Firman-Nya lagi dalam surah al-Nisa‟, ayat ke-64;
Yang bermaksud: “Dan Kami tidak mengutus seseorang Rasul pun melainkan supaya ia ditaati dengan izin Allah.”
Pengembalian terhadap penghayatan Sunnah sebagaimana yang diterbitkan dalam program ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak semasa. Fokusnya terhadap golongan muda adalah merupakan satu perkara yang sangat rasional memandangkan terdapat banyak hadis-hadis Nabawi yang sangat menitikberatkan peranan Negara, pemimpin dan masyarakat terhadap generasi muda. Oleh itu, sudah tiba masanya pihakpihak berwajib menerbitkan program-program hiburan sebegini yang berinfomatif dan islamik untuk dipertontonkan kepada khalayak khususnya generasi muda.
7.0
RUJUKAN
al-Quran al-Karim Abadi, al-Fayruz. 1996. al-Qamus al-Muhit. Beirut: Mu‟assasah al-Risalah. http://www.alresalah.net/ http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/index.html http://www.thakafa.net/