ISLAM HADHARI DAN REALITI KEHIDUPAN MASYARAKAT: SATU PENYINGKAPAN Zarina binti Muhammad Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Fakulti Ekologi Manusia Dan Nobaya binti Ahmad Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan Fakulti Ekologi Manusia
Abstrak Penguasaan ilmu pengetahuan, kehidupan berkualiti dan keutuhan budaya dan moral merupakan antara prinsip Pendekatan Islam Hadhari yang diketengahkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi sebaik mengambil alih kepimpinan negara. Bertumpu kepada tiga prinsip ini daripada 10 prinsip yang telah disenaraikan sebagai prinsip yang mendukung Pendekatan Islam Hadhari, kertas kerja ini akan menelusuri tiga dimensi iaitu konsep, realiti dan mekanisme . Persoalan yang ingin diketengahkan adalah senario realiti kehidupan masyarakat Malaysia hari ini dalam beberapa aspek antaranya pendidikan, keselamatan, moral; adakah langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak yang berkuasa dalam merealisasikan ketiga-tiga prinsip ini dan adakah wujud lompang ataupun ketidakseimbangan jalinan antara ideal konsep dan realiti kehidupan masyarakat serta saranan pembaikan bagi menyeimbangkan jalinan. PENDAHULUAN Anjakan paradigma dan pendekatan menyeluruh untuk mengubah tanggapan masyarakat terhadap ajaran Islam bagi membangunkan masyarakat, bangsa dan negara secara global dan bersepadu merupakan satu tugas dan tanggungjawab yang tidak harus dipandang ringan. Lantas penerapan konsep Islam Hadhari telah diangkat sebagai salah satu wadah dalam menjayakan perancangan di atas. Kedudukan ke87
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
jayaan penerapan, penghayatan dan perlaksanaan konsep ini bukan sahaj a terletak pada visi, misi dan objektifnya malah pada keupayaan memasyarakatkan prinsip-prinsip' asasnya yang telah dirangka bagi merangsang dan mengarah masyarakat kepada perubahan yang menyeluruh dan sistematik. Antara prinsip yang berkait secara langsung dengan pembentukan masyarakat adalah Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Kehidupan Berkualiti dan Keutuhan Budaya dan Moral. Kaedah yang tepat dan keseriusan dalam menangani aspek pendidikan, keselamatan serta budaya moral merupakan cabaran besar kepada kejayaan pelaksanaan dan penghayatan Islam Hadhari. KUPASAN PRINSIP Penguasaan ilmu pengetahuan mensasarkan kepada merubah masyarakat agar menguasai ilmu pengetahuan secara bersepadu melalui pengintegrasian ilmu iaitu ilmu mengurus diri (fardhu ain) dan ilmu mengurus sistem (fardhu kifayah) dan penguasaan metodologi pendidikan dan penyelidikan yang bersifat semasa (Sidek Baba, 2004) Penguasaan ini akan memampukan masyarakat memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Apatah lagi dalam keadaan dunia hari ini yang terdedah kepada pelbagai cabaran, ilmu bersepadu melalui pengukuhan kedua-dua ilmu di atas diharap dapat melonj akkan lagi pencapaian dan penguasaan masyarakat dalam sains dan teknologi seterusnya merubah mereka daripada masyarakat pengguna terhadap tamadun Barat kepada masyarakat penyumbang kepada kegemilangan tamadun manusia. Penekanankepadakehidupanberkualiti menginginkansemua aspek dalam kehidupan masyarakat termasuklah aspek kerohanian, fizikal dan mental dapat dibangunkan secara bersepadu. la boleh dicapai melalui 10 prinsip asas Islam Hadhari yang telah dirangka ialah Keimanan dan Ketaywaan Kepada Allah, Kerajaan Adil dan Beramanah, Rakyat Berj iwa Merdeka, Penguasaan Ilmu Pengetahuan, Pembangunan Ekonomi Seimbang dan Komprehensif, Kehidupan Berkualiti, Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita, Keutuhan Budaya dan Moral, Pemeliharaan Alam Semulajadi dan Kekuatan Pertahanan. (Jakim 2005)
88
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
penjanaan pembangunan yang seimbang dan pengintegrasian antara kemajuan duniawi dengan persiapan ukhrawi. Manifestasi kejayaaan kehidupan berkualiti dapat dilihat melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta, kekukuhan institusi kekeluargaan dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang (Jakim, 2005). Kualiti menjadi keutamaan kerana masyarakat yang berkualiti adalah masyarakat yang bertamadun, sesuai dengan saranan Islam dan Islam itu sendiri sebagai satu agama yang mulia dan dipandang tinggi. Keutuhan budaya dan moral adalah penting bagi membentuk bangsa terhormat dan disegani lebih-lebih lagi dalam masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama. Penghayatan nilainilai akhlak yang mutlak dan tinggi akan menjamin kesejahteraan, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat majmuk. Kejayaan dan kemajuan yang tidak berjalan seiring dengan keluhuran budaya dan ketinggian akhlak tidak mampu bertahan dan is bersifat rapuh seterusnya boleh meruntuhkan masyarakat dan negara. Maka segala bentuk kepincangan harus ditangani dengan bijak bagi menjamin agenda pembangunan yang seimbang fizikal dan spiritualnya terlaksana sepenuhnya. Sehubungan itu, penilaian dan penelitian terhadap realiti semasa dalam aspek-aspek berkaitan merupakan antara cara penting dan berkesan bagi tujuan penilaian, pembaikan dan pemantapan mekanisme bagi merealisasikan matlamat menghasilkan masyarakat yang membangun dengan ilmu, bermoral dinamik, maju dan bertamadun.
REALITI MASYARAKAT Sehingga Mei 2005, Malaysia dianggarkan mempunyai seramai 25.99 juta penduduk. (Lihat jadual 1). Mengikut perangkaan tahun 2000, kelompok terbesar berdasarkan kumpulan umur (Lihat carta 1) adalah daripada golongan berumur 25-49 tahun, manakala kelompok kedua terbesar adalah dari golongan berumur 10-24 tahun. Manakala mengikut pecahan komposisi kumpulan etnik warganegara, masyarakat Melayu merupakan golongan yang tertinggi bilangannya diikuti oleh Cina dan India (Lihat carta 2). 89
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
lad i—,a11: Penduduk Malaysia 2002-2005 (Dalam juta) TAHUN
MALAYS:. A
2000
2001
2002
2003
2004
2005
23.5
24.0
24.5
25.05
25.58
25.99
Sumber: b iletin Perangkaan Sosial Malaysia dan Jabatan Perangkaan Malaysia
Carta 1: Penduduk Malaysia mengikut kumpulan umur pada tahun 2000 54 tahun ke atas 13%
0-9 tahun 23% 0-9 tahun • 10-24 tahun 25-49 tahun
25-49 tahur 34% 10-24 tahun 30%
54 tahun ke atas
Sumber: Bu ietin Perangkaan Sosial Malaysia 2003
Carta 2: Komposisi kumpulan etnik warganegara Malaysia
Bumiputera Lain
Lain-lain India Melayu r 8°/0 1% 53%
12%
I Melayu • Cina ■ Bumiputera Lain India Lain-lain
Cina 26'4,
Sumber: Jabatan Perangkaan Negara
90
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
REALITI PENGUASAAN ILMU PENGETAHUAN Penguasaan ilmu melalui proses pendidikan amatlah penting kerana telah disepakati umum bahawa is merupakan penghubung antara manusia dulu, sekarang dan akan datang. Penguasaan ini boleh diukur dari aspek kuantiti mahupun kualitinya. Dalam konteks Malaysia, sekiranya aspek imbangan luaran atau fizikal diteliti, maka usaha ini bukanlah mustahil untuk direalisasikan. Ini kerana mengikut statistik tahun 2000, kadar celik huruf bagi warganegara Malaysia berumur 10-64 tahun adalah pada tahap 93.5 peratus, bertambah 5 peratus untuk tempoh sembilan tahun (Banci Penduduk dan Perumahan 2000). Walaupun kerajaan masih berusaha untuk membebaskan masyarakat daripada belenggu buta huruf, peratusan ini menunjukkan peluang warganegara menjalani bentuk pendidikan secara rasmi ataupun tidak terbuka luas. Malah usaha ini disokong dengan langkah kerajaan yang membelanjakan berpuluh juta ringgit bagi menaiktaraf dan memperbaiki serta meningkatkan lagi infrastruktur dan sistem pendidikan negara. Ini jelas apabila statistik 2002 menunjukkan Kerajaan telah memperuntukkan RM29,418 juta atau 28.1 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan bagi tujuan pendidikan. Ini memungkinkan penyediaan dan penyelenggaraan sebanyak 7,421 buah sekolah rendah, 1,819 buah sekolah menengah bantuan kerajaan dengan nisbah murid: guru adalah 18:1 bagi sekolah rendah dan 16:5 bagi sekolah menengah. Sebanyak 61 institusi pengajian tinggi pula yang meliputi maktab, politeknik, kolej dan universiti awam tersedia untuk dipenuhi (Buletin Perangkaan Sosial Malaysia, 2003). Ini tidak termasuk ruang dan peluang yang disediakan oleh pihak swasta. Namun penguasaan ilmu sahaj a tidak mencukupi sekiranya masyarakat yang menguasai ilmu itu tidak mampu menjadi insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Bertitik tolak dari tujuan untuk melahirkan insan yang berkualiti dan holistik ini maka beberapa usaha telah dikenalkan antaranya pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) serta penggubalan Falsafah Pendidikan Negara2 yang bermatlamat ke "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan
91
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
arah pemupukan budaya ilmu bagi melahirkan pelajar yang menguasai pengetahuan secara bersepadu. Walaupun reformasi pendidikan melalui Falsafah Pendidikan Negara dan kurikulum bersepadu telah digariskan dengan begitu teliti, namun hakikatnya kejayaan kesepaduan dan pengintegrasian ilmu yang diharapkan masih sukar disukat kejayaannya. Ada cendekiawan yang mengandaikan bahawa wujud halangan dalam melaksanakan ia sepenuhnya. Ini kerana wujudnya pengasingan sekolah aliran agama dan sekular dan di dalam kurikulum sepadu yang dilaksanakan tiada kesepaduan antara pendidikan yang bersifat material dan yang bersifat spiritual. Persoalannya apakah sistem pendidikan sedia ada tidak mampu membentuk masyarakat sepertimana yang dimatlamatkan? Malah akibat ketidakmantapan dan kerapuhan sistem ini, masyarakat terus menerus dilanda dan dibebani dengan pelbagai masalah sosial dan gejala yang tidak sihat. Rentetan daripada itu, maka terdapat usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan negeri yang melibatkan warganegara Islam dengan menawarkan kurikulum yang bersifat spiritual dan material di sekolahsekolah agama kelolaan mereka. Contohnya Jabatan Agama Islam Selangor yang mewujudkan Sekolah Rendah Agama Integrasi dan Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Integrasi. Melihat kepada data sekolah-sekolah ini yang merujuk kepada bilangan sekolah, murid dan guru, ia mendapat perhatian dan penerimaan yang luar biasa dari kalangan ibu bapa dalam pemilihan sekolah bagi memastikan anak mereka mendapat sistem pendidikan yang terbaik (Lihat jadual 2). Terdapat juga sekolah rendah dan menengah swasta yang mempunyai orientasi yang sama termasuklah rangkaian Sekolah al-Amin, Sekolah Rendah Sri Abim, Sri Hira' dan lain-lain.
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara" . (Kementerian Pendidikan, I 992) .
92
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Jadual 2: Data sekolah pelajar dan guru di negeri Selangor sehingga Oktober 2004 KATEGORI
BIL. SEKOLAH BIL. PELAJAR
Sekolah Rendah Agama Integrasi
10 buah
KAFA Integrasi
246 buah
189,911 ribu
BIL. GURU
6,044 dengan nisbah pelajar : guru = 31:1
Sekolah Rendah Agama
Sumber: Bahagian Pendidikan Islam JAIS Usaha untuk mengintegrasikan antara ilmu urus diri dengan ilmu urus sistem ini juga cuba diterapkan di peringkat pengaj ian tinggi. Contohnya penubuhan Universiti Islam Antarabangsa yang antara lainnya bermatlamatkan untuk menjadi pusat kecemerlangan antarabangsa yang mengintegrasikan ilmu wahyu dan nilai-nilai Islam' ke dalam semua disiplin ilmu agar dapat mengembalikan peranan utama ummah dalam semua cabang ilmu. Begitu juga dengan penubuhan Kolej Universiti Islam Malaysia yang ditubuhkan bertujuan untuk mengukuhkan kemantapan pendidikan Islam di negara ini, seterusnya dapat melahirkan ilmuan Islam berpendidikan sepadu antara teori dan amali, bersifat ensiklopedik dan mampu memimpin masyarakat majmuk dan pembangunan negara. Sasaran penguasaan yang seterusnya adalah penguasaan metodologi pendidikan dan penyelidikan yang bersifat semasa sesuai dengan perkembangannya yang amat pesat sekali. Penguasaan ini haruslah berbeza dengan pendekatan Barat kerana masyarakat penyelidik, pendidik, ilmuan dan pemikir haruslah tampil mendahului dalam bidang sains dan membangunkan sistem yang semasa sifatnya serta kreatif dalam menghasilkan produk-produk teknologi dengan mengekalkan kepentingan bina insan dan bina sahsiah. Maka saranan Kolej Universiti Islam Malaysia dikenali sebagai Universiti Islam Malaysia Antarabangsa.
93
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
memperkenalkan dan melaksanakan kursus Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) dan kursus kenegaraan di Institut Pengajian Tinggi pada tahun 1993 adalah merupakan langkah yang tepat bagi melahirkan intelek dan saintis yang berilmu dan berakhlak. Namun sejauh mana keberkesanan perlaksanaannya masih lagi terus dibahaskan. Kesimpulannya, apa yang disasarkan oleh Islam Hadhari bukanlah suatu yang Baru tetapi merupakan suatu usaha berterusan pihak kerajaan dalam menawarkan dan melaksanakan sistem pendidikan yang dapat membentuk masyarakat berilmu, bermoral, dinamik, maju dan bertamadun. Sudah tentu cabarannya amat perit dan tidak boleh tidak perubahan yang menyeluruh adalah perlu bagi memastikan matlamat yang disasarkan tercapai. KUALITI HIDUP: SUATU REALITI Seperti yang telah dihuraikan di bahagian awal artikel ini, kualiti hidup merupakan satu aspek yang diberi perhatian dalam pembentukan masyarakat Islam Hadhari. Kehidupan berkualiti harus diukur menerusi kaedah yang menyeluruh dan bersepadu. Di Malaysia, Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 merupakan antara dokumen yang menggariskan pencapaian kualiti hidup dalam aspek tertentu. Secara umumnya, kualiti hidup ditakrifkan sebagai merangkumi kemajuan diri, gaya hidup yang sihat, kecapaian dan kebebasan untuk memperoleh pengetahuan dan menikmati taraf hidup yang melebihi keperluan asas dan psikologi individu, untuk mencapai tahap kesejahteraan sosial yang seiring dengan hasrat negara. Apabila sesebuah masyarakat beralih kepada suasana kehidupan yang pada amnya lebih baik, maka kualiti hidupnya dianggap telah meningkat. (Laporan Kualiti Hidup Malaysia, 2002). Terdapat 10 komponen yang diberi penekanan dalam mengukur kualiti hidup seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.
94
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Jadual 3: Komponen Indeks Kualiti Hidup Malaysia BIDANG PETUNJUK Pendapatan & Pengagihan
Pendapatan Per Kapita Sebenar Pekali Gini Kadar Kemiskinan
Persekitaran Kerja
Pertikaian Perusahaan Kehilangan Hari Bekerja Kerana Tindakan Perusahaan Kadar Kemalangan Perusahaan Kadar Pengangguran
Pengangkutan & Komunikasi
Kereta &. Motosikal Persendirian Kenderaan Perdagangan Indeks Pembangunan Jalan Raya Telefon Edaran Purata Akhbar Harian
Kesihatan
Jangka Hayat Semasa Lahir Lelaki Jangka Hayat Semasa Lahir Perempuan Kadar Kematian Bayi Nisbah Doktor-Penduduk
Pendidikan
Kadar Celik Huruf Kadar Penyertaan Prasekolah Kadar Penyertaan Sekolah Menengah Kadar Penyertaan Universiti Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Rendah Nisbah Guru-Pelajar Sekolah Menengah
Perumahan
Purata Harga Rumah Kos Sederhana Unit Rumah Kos Rendah Unit Rumah Dengan Bekalan Air Paip Unit Rumah Dengan Bekalan Elektrik
95
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
BIDANG PETUNJUK Alam Sekitar
Kualiti Udara Kualiti Air Kawasan Berhutan
Kehidupan Keluarga
Perceraian Kadar Kelahiran Kasar Saiz Isi Rumah Jenayah Juvana
Penyertaan Sosial
Pengundi Berdaftar Keahlian Pertubuhan Bukan Bermotif Keuntungan yang Berdaftar Persatuan Penduduk Berdaftar
Keselamatan Awam
Jenayah Kemalangan Jalan Raya
Kebudayaan & Liburan
Keahlian Perpustakaan Awam Penonton Televisyen Penginap Hotel Domestik
Keselamatan awam adalah salah satu faktor yang penting dalam menentukan kesejahteraan sosial dan kestabilan negara. Justeru, aspek ini merupakan salah satu daripada sepuluh komponen yang diberi perhatian oleh pihak kerajaan dalam menjamin peningkatan kualiti hidup Malaysia. Antara petunjuk yang digunakan untuk mengukur tahap keselamatan awam dalam Laporan Kualiti Hidup Malaysia 2002 ialah kadar jenayah dan kemalangan jalanraya. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengalami kadar perbandaran yang tinggi iaitu melebihi 60% (Banci 2000). Ini bermakna sebahagian besar penduduk mendiami kawasan-kawasan bandar. Setiap hari juga, kita dihidangkan dengan laporan dan berita tentang pelbagai perilaku jenayah seperti samun, rompakan, penculikan, pecah rumah, penderaan, merogol, membunuh dan sumbang mahram yang sebahagian besarnya dilaporkan berlaku di bandar-bandar utama di Malaysia seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu. 96
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Menurut Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, kegiatan jenayah banyak berlaku di bandar-bandar. Polis Di Raja Malaysia pula melaporkan bahawa jumlah kerugian harta Benda yang dialami bagi tahun 1997 kesan daripada kegiatan jenayah di bandar dianggarkan berjumlah melebihi RM450 juta. Jenayah mengancam keselamatan awam dan tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa jenayah adalah satu masalah sosial yang menjejaskan kehidupan masyarakat malahan mengganggu kehidupan fizikal dan emosi mereka. Kejadian jenayah sering dikaitkan dengan keadaan ekonomi. Menurut Laporan Kualiti Hidup Malaysia 1999, jumlah jenayah bagi setiap ribu penduduk telah meningkat daripada 5.3 peratus pada tahun 1980 kepada 7.2 peratus pada tahun 1998. Kadar purata jenayah dalam tempoh 19 tahun antara 1980-1999 adalah 4.7 peratus di mana purata bagi tempoh 1980-1989 adalah 5.1 peratus manakala dalam tempoh 1990-1996 kadarnya adalah 3 peratus. Ini menunjukkan bahawa kadar jenayah mencatatkan penurunan semasa berlaku pertumbuhan ekonomi yang pesat dan meningkat semasa kemelesetan ekonomi di mana kadar jenayah meningkat dari 5.6 peratus dalam tahun 1997 kepada 7.2 peratus dalam tahun 1998. Antara punca berlakunya kegiatan jenayah di bandar-bandar ialah gejala kemiskinan, pengangguran dan ketidakseimbangan ekonomi yang berlaku dalam masyarakat terutama di kalangan penduduk yang tinggal di bandar dan antara penduduk bandar dan luar bandar. Faktor lain seperti penurunan nilai moral yang menyebabkan tiada lagi perasaan hormat menghormati antara satu sama lain dan keruntuhan struktur dan institusi sosial seperti keluarga dan kawasan kejiranan juga menyumbang kepada peningkatan kegiatan jenayah terutamanya di kawasan perumahan. Kawasan kediaman dan kejiranan tidak lagi menjadi kawasan yang selamat dan masyarakat bandar hidup dalam lingkungan pagar besi yang diharapkan dapat melindungi mereka. Adalah ironi di mana dalam keadaan negara semakin maju dan teknologi berkembang dengan pesat, penduduk bandar semakin merasa tidak selamat kerana kekhuatiran menjadi mangsa jenayah yang tidak mengira bangsa, jantina atau peringkat umur. Oleh itu, adalah agak sukar untuk mengaitkan keadaan ekonomi yang berkembang dengan peningkatan kualiti hidup dari aspek ke97
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
selamatan awam kerana penduduk semakin memencilkan diri dan membuat benteng pertahanan di rumah melalui sistem amaran, pagar besi, anjing pengawal atau bagi yang berkemampuan, mereka menggunakan khidmat pengawal peribadi di luar rumah. Pada dasarnya, Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kadar jenayah terendah berbanding banyak negara maju yang lain iaitu pada kadar 624 kes per 100,000 penduduk berbanding Hong Kong (1085:100,000) atau Australia (7475:100,000). Antara program-program yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa dalam meningkatkan keselamatan awam ialah Skim Kejiranan yang menggabungkan kuasa pihak polis dan penghuni kawasan kediaman dalam pengawasan keselamatan tempat tinggal. Manakala RakanCop yang merupakan usahama pihak polis dan organisasi-organisasi dalam sesuatu kawasan dalam membanteras jenayah, Ops Sikap, Statik dan Warta yang dilakukan secara berterusan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya semasa musim perayaan dan penubuhan Yayasan Pencegahan Jenayah yang bertindak dalam memainkan peranan proaktif bagi mencegah jenayah. Namun begitu, kita tidak boleh merasa selesa dengan keadaan tersebut dan tidak mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan kegiatan jenayah dikurangkan atau dihapuskan. Sebahagian besar kejadian jenayah berlaku kerana kecuaian mangsa yang memberi peluang kepada penjenayah untuk melakukan jenayah seperti berjalan di lorong yang sunyi dan bersemak-samun. Tetapi, dalam sebuah negara yang bertamadun dan beretika, kejadian jenayah yang boleh dicegah seperti meragut atau pecah rumah tidak sepatutnya berlaku. Jika ia masih berlaku, ini menunjukkan berlakunya keadaan yang pincang dalam masyarakat di mana jenayah berlaku kerana jurang yang luas antara yang berada dan tidak berada (those who have and those who haven't) sehingga menimbulkan situasi setiap orang yang berada berpotensi menjadi mangsa. Kini, usaha untuk menjaga keselamatan awam tidak lagi dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa sahaja, malah tenaga komuniti dan organisasi dalam masyarakat digemblengkan melalui usaha mewujudkan konsep Bandar Selamat. Satu lagi komponen penting dalam kualiti hidup yang akan dibincangkan di sini ialah aspek kehidupan keluarga. Unit keluarga merupakan institusi utama dalam masyarakat dan ia memainkan 98
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
peranan yang penting dalam menyediakan keperluan sosial, ekonomi dan kebaj ikan individu. Peranan keluarga adalah amat penting dalam menentukan kesejahteraan dan kualiti hidup ahli keluarga dan masyarakat secara umumnya. Malahan, keluarga yang sejahtera akan membawa kepada masyarakat yang sejahtera. Antara petunjuk yang digunakan untuk mengukur kehidupan keluarga ialah kadar perceraian. Laporan Kualiti Hidup menunjukkan kadar perceraian bagi mereka yang berumur 18-50 tahun menurun dari 0.25 peratus (1980) kepada 0.11peratus (1998), manakala kadar perkahwinan meningkat pada kadar 2.9 peratus setahun dalam tempoh yang sama. Namun begitu, kadar perceraian menunjukkan kadar yang membimbangkan mengikut negeri terutamanya di negeri-negeri yang dikategorikan sebagai negeri maju yang mempunyai Bandar besar di Malaysia seperti Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan. Jadual di bawah menunjukkan statistik perkahwinan dan perceraian bagi negeri-negeri di Malaysia antara tempoh 2000-2004. Jadual 4: Statistik Perkahwinan dan Perceraian di Malaysia (2000-2004) Tahun/ Negeri Perlis
Kedah
P.Pinang
Perak
Selangor
K.Lumpur
2000
2001
2002
2003
2004
1710
1275
1390
1351
2153
(188)
(186)
(226)
(253)
(164)
14120
14886
15198
16735
16751
(1168)
(1549)
(1133)
(1085)
(1474)
4431
3764
4034
3226
3368
(647)
(717)
(911)
(925)
(916)
8840
9124
8571
8247
9337
(1234)
(1103)
(1975)
(1363)
(1508)
9597
10990
11428
12314
16696
(2075)
(1878)
(1977)
(3158)
(3136)
2750
3122
4172
4531
3616
(499)
(721)
(798)
(885)
(1296)
99
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Tahun/ Negeri N.Sembilan
Melaka
Johor
Pahang
Terengganu
Kelantan
Sarawak
Sabah
W. P. Labuan
Malaysia
2000
2001
2002
2003
2004
3345
3491
3584
3488
4157
(625)
(564)
(629)
(684)
(638)
2057
2251
2930
3067
3182
(394)
(384)
(530)
(588)
(553)
10222
6289
9687
10510
13751
(1942)
(963)
(1627)
(1612)
(1690)
6247
6323
7009
7521
5116
(1016)
(1042)
(894)
(917)
(616)
6194
6641
6877
5965
7746
(1005)
(1046)
(813)
(897)
(1172)
12471
12389
12366
13205
13334
(1784)
(2042)
(1472)
(1926)
(1952)
4093
4804
4556
4333
4374
(486)
(602)
(634)
(652)
(826)
5660
5528
3261
7112
8083
(433)
(311)
(161)
(570)
(514)
253
244
218
237
280
(40)
(79)
(61)
(28)
(54)
91990
91121
95281
101842
111944
(13536)
(13187)
(13841)
(15543)
(16509)
Sumber: http://www.islam.gov.mv/informasi/statistikperkahwinanseluruhmal aysia.html(5/1112005 ) http://www. islam.gov.my/informasi/stat ist ikpe rceraianse luruhmalays ia. html(5/11/2005) Dari Jadual 4, boleh dirumuskan bahawa bagi negeri-negeri maju, 1 daripada 4 perkahwinan boleh berakhir dengan perceraian. Ini adalah satu realiti yang agak membimbangkan terutamanya bagi masyarakat 100
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
di bandar kerana ia bukan sahaja mempengaruhi kesejahteraan hidup keluarga, bahkan akan mempunyai kesan jangka panjang dari segi masa depan anak-anak. Namun begitu, usaha-usaha yang sedang dijalankan seperti program pembangunan keluarga oleh LPPKN, dan bagi bukan Islam Lembaga Pendamaian Perkahwinan yang ditubuhkan telah membawa kepada pengawalan kadar perceraian. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga melaksanakan kempen "Utamakan Keluarga Semakin Hari Semakin Sayang" sebagai langkah untuk memastikan keutuhan institusi keluarga sebagai institusi yang perlu diberi keutamaan. Manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pula mempunyai Pusat Pembangunan Keluarga dan Pembangunan Sosial di bawah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masj id sebagai satu badan yang membantu keluarga Islam dalam meningkatkan penghayatan cara hidup berlandaskan ajaran Islam. Dalam menganalisis semua petunjuk yang digunakan bagi mengukur kualiti hidup seperti yang digunapakai di Malaysia, sebagai kesimpulan, kualiti hidup di Malaysia boleh dikatakan berada pada tahap yang baik. Namun begitu, dalam pencapaian aspek kesejahteraan kehidupan secara menyeluruh seperti yang digariskan sebagai prinsip Islam Hadhari, petunjuk yang digunakan masih memberi fokus kepada aspek kebendaan/material dalam menterjemahkan maksud kesejahteraan. Aspek-aspek sosial dan kerohanian seperti nilai agama (religiousity) ataupun nilai kejiranan (neighbourliness) kurang diberi perhatian. Pengukuran kualiti hidup seperti yang digunapakai mungkin perlu diperincikan atau diperkembangkan lagi untuk mencakupi satu pengukuran yang lebih menyeluruh. REALITI KEUTUHAN AKHLAK DAN MORAL Moral secara mudahnya boleh difahami sebagai cara untuk melihat dan mempersoalkan berbagai-bagai isu berhubung dengan perbuatan atau tingkah laku. Pertimbangan moral seseorang pula bergantung kepada suasana atau keadaan di mana ia dibesarkan, sistem sosial atau kelas di mana dia hidup dan kepada agama yang dianuti (Mohd Nasir Omar, 1992). Dalam struktur masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama pengukuhan moral adalah sesuatu 101
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
yang penting. Remaja merupakan golongan kedua tertinggi peratusannya di Malaysia dan sebagai tunjang pembangunan negara di masa akan datang, peranan mereka sekarang adalah sangat penting. Namun begitu, kes-kes keruntuhan akhlak dan moral yang dilaporkan khususnya di kalangan remaja Melayu amatlah membimbangkan. Pihak Polis telah mengenalpasti 16,000 rakyat berketurunan Cina dan India yang menjadi ahli kepada 154 kumpulan kongsi gelap dan samseng di negara kita (Utusan Malaysia, 10 Mei 2005). Remaja Melayu pula dilaporkan yang paling ramai menghuni pusat pemulihan akhlak dan ini menunjukkan betapa gawatnya akhlak remaja Melayu pada masa kini. Jadual 5 menunjukkan perangkaan penghuni pusat pemulihan akhlak. Jadual 5: Perangkaan penghuni Pusat Pemulihan Akhlak (sehingga Oktober 2004) Pusat Pemulihan Akhlak 8 Tunas bakti 11 Asrama akhlak
Bil. Penghuni
Remaja Melayu
4,583 806
3,385 646
Sumber: KOSMO, 2005 Realitinya masalah moral di negara kita sering dikaitkan dengan gejala sosial yang begitu meruncing yang melibatkan kaum remaja. Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah mengulas mengenai indeks jenayah juvana di mana beliau mengumpamakan jenayah sosial di kalangan remaja seperi api yang telah sampai kebumbung yang memerlukan langkah pemulihan segera. Biarpun dari segi statistik, bilangannya adalah tidak signifikan berbanding jumlah penduduk secara total, namun, ia tidak sepatutnya dijadikan tiara dalam sekam, kerana akhirnya ia akan membakar dan memusnahkan negara.
102
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
Jadual 6: Komposisi kes juvana mengikut etnik Remaja Melayu
Remaja Cina
Remaja India
2001
3,459
831
640
2002
3,624
681
566
2003
1,897
298
286
Sumber: Utusan Malaysia, 10 Mei 2005 Jadual 6 menunjukkan statistik pembabitan kanak-kanak dan remaja dalam jenayah dari bulan Januari hingga Disember 2003. Berdasarkan kepada jadual di atas, is juga menunjukkan bilangan kes juvana remaja lelaki dan perempuan Melayu adalah yang tertinggi. Di dalam situasi negara di mana Islam adalah agama rasmi dan penduduk Melayu beragama Islam adalah teramai, keadaan ini menunjukkan satu keadaan yang tidak seimbang. Di manakah wujudnya kesilapan sehingga situasi ini berlaku? Adakah ianya tanggungjawab ibubapa dan keluarga, penguatkuasaan yang lemah atau situasi lain yang memerlukan perhatian pihak berkuasa menyebabkan remaja terjebak dalam kes sebegini? Dalam negara, terdapat banyak institusi yang bertanggungjawab dalam pengawalan dan penguatkuasaan peraturan dan undangundang untuk memastikan gejala sosial tidak menjadi barah dalam masyarakat. Sebagai contoh, kerajaan pernah memperkenalkan program Rakan Muda yang mempunyai beberapa cabang minat untuk memastikan remaja dapat menggunakan masa terluang dengan bermanfaat. Kini, Program Latihan Khidmat Negara dijadikan wadah untuk mengintegrasikan kaum di samping membentuk remaja yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang tinggi. Program-program untuk belia dan remaja akan terus menjadi keutamaan dalam negara melalui Dasar Belia Negara. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa bilangan program yang banyak belum menjadi jaminan kejayaan sesuatu matlamat pembangunan. Usaha harus ditumpukan kepada satu agenda yang bersepadu di antara semua pihak yang terlibat bagi memastikan agenda pembangunan belia dan remaja berjaya. Kerjasama dari semua 103
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
pihak yang melibatkan penguatkuasaan pihak berkuasa, peranan ahli masyarakat dan agensi-agensi bukan kerajaan adalah perlu untuk memastikan bahawa program yang dilaksanakan mengimbangi keperluan material, sosial dan fizikal golongan ini. KESIMPULAN DAN SARANAN Perlu ditekankan bahawa kejayaan pelaksanaan Islam Hadhari terletak pada keupayaan masyarakat memahami, menghayati dan mengaplikasikan prinsip-prinsip yang digariskan. Maka satu perubahan yang menyeluruh dari semua aspek haruslah mengiringi proses perlaksanannya di mana perubahan ini haruslah mengambil kira faktor keseimbangan di antara aspek spiritual dan material. Dalam membangunkan pendidikan kualiti hidup dalam aspek keselamatan dan kesejahteraan kekeluargaan dan akhlak dan moral, keagamaan dan masyarakat tidak harus dipisahkan. Ini kerana fokus pembangunan secara realitinya lebih bersifat material dan elemen-elemen kerohanian lebih bersifat tersirat. Untuk melaksanakan Islam Hadhari, elemen kerohanian ini perlu ditampakkan tanpa ragu-ragu agar tiada pemisahan di antara agama dan kehidupan. Kurangnya aspek spiritual, goyah, hilang jati diri dan mudah terpengaruh dengan elemen-elemen negatif akan merosakkan masyarakat itu sendiri. Proses perubahan ini mestilah bermula dengan mendidik masyarakat sama ada secara formal atau tidak formal bagi memenuhi hasrat pembangunan seimbang dan bersepadu yang telah disasarkan. Pendekatan tersebut turut meliputi usaha menilai semula program pembangunan sedia ada dengan melihat sejauh mana prinsip-prinsip ini boleh direalisasikan menerusi program pembangunan masyarakat yang menekankan aspek kesederhanaan. Usaha tersebut termasuk memperkenalkan konsep-konsep dan kaedah—kaedah Baru serta indeks pembangunan insan yang lebih relevan. Justeru, kebahagiaan atau happines luaran dan dalam yang mencakupi aspek spiritual dan material harus dijadikan slogan dan matlamat dalam semua kegiatan manusia. Kebahagiaan dalam konteks Islam bukan sahaja di dunia bahkan di akhirat. Kebahagiaan diri dapat dicapai melalui ilmu dan akhlak mulia. Aktiviti yang bermatlamatkan bahagia dan apabila disulami dengan kesederhanaan akan membuahkan hasil yang baik dalam apa jua lapangan hidup. Maka aspek kebahagiaan 104
JURNAL PENYELIDIKAN ISLAM
ini wajar juga dijadikan sebagai antara pengukur pembangunan dan kualiti hidup. RUJUKAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Konsep Islam Hadhari: Satu Penjelasan (Putrajaya: Jakim, 2005). Prof Dr. Sidek Baba, Cabaran dan Harapan dalam Penerapan Islam Hadhari. Kertas kerja Seminar Antarabangsa Islam Hadhari, Universiti Malaya, 24-25 November 2004. Jabatan Perangkaan Malaysia, Laporan ciri-ciri Pendidikan dan Sosial Penduduk, Banci Penduduk dan Perumahan 2000 (Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2002). Jabatan Perangkaan Malaysia, Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2003 (Putrajaya: Jabatan Perangkaan Malaysia, 2003). Kementerian Pendidikan, Falsafah Pendidikan Negara: Pukal Latihan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992). Mohd Nasir Omar, Falsafah Etika: Perbandingan pendekatan Islam dan Barat (Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, 1992). Unit Perancang Ekonomi, Kajian Kualiti Hidup Malaysia (Kuala Lumpur: UPE, 2002). Sumber Elektronik: http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperka hwinanseluruhmalaysia.html(5/11/2005). http://www.islam.gov.my/informasi/statistikperceraianseluruhmalaysia .html(5/11/2005. Utusan Malaysia, 10 Mei 2005. KOSMO, 4 April 2005.
105